...Words From God~O Allah, The Lord~...

"Closer and closer to mankind comes their Reckoning: yet they heed not and they turn away."

"Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.." (Al-Anbiyaa':1)

AWAS! Anda berada di zon::Alangkah Indahnya Hidup Ini::

::SELAMAT DATANG:::WELCOME:::

Salam sejahtera, salam singgah, salam melawat, salam menjengok, dan semua salamlah saya ucapan kepada pengunjung rumah saya ni teratak; Alangkah Indahnya Hidup Ini...

Saya sangat berbesar hati sekiranya anda dapat meluangkan masa untuk membaca perkongsian saya di dalam blog ini. Saya juga mengalu-alukan anda untuk 'copy' atau ambil apa sahaja yang ada di teratak saya ini yang memberi manfaat kepada anda. Namun saya mengharapkan jasa baik anda untuk melampirkan link 'Alangkah Indahnya Hidup Ini' sebagai rujukannya. Ini kerana sebarang artikel yang saya hasilkan sendiri pasti menjadi tanggungjawab saya kepada ALLAH. ^_^

~Moga ' Alangkah Indahnya Hidup Ini' sentiasa menjadi inspirasi anda~
~Moga segala kandungannya dapat memberi manfaat kepada semua~
~Moga dengan 'Alangkah Indahnya Hidup Ini' menjadikan kita sama-sama beroleh rahmat dan hidayah Allah S.W.T..aminnn~

Sekian Terima Kasih.

Almari_tazkirah..(^_^)

بسم الله الرحمن الرحيم


Almari?

Apa definisi 'almari' pada anda?

Mengikut kata Prof Kamus Dewan (Edisi Ketiga):  almari; perabot yang bertingkat-tingkat dan berpintu untuk menyimpan pakaian (barang-barang dll).

Mengikut kata saya: Saya bersetuju dengan definisi yang diutarakan En Prof Kamus Dewan dan ingin menambah sedikit daripadanya, iaitu almari lazimnya (biasanya) juga selalu 'dibuka-tutup' pintunya untuk mengambil pakaian (brang-barang dll) di dalamnya itu....(haha)

Jadi, almari-tazkirah di sini saya ertikan sebagai peringatan-peringatan yang perlu diambil oleh kita pada setiap waktu dan ketika kita memerlukannya. Kita perlu sentiasa berpakaian, jadi jadikanlah "tazkirah" sebagai pakaian kita sehari-hari. (Almari; hati).


Ayuh baca di sini:


Pakaikan ini bila anda rasa sedih melalui hidup ini:
 “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir".(2:286)


Ayuh diagnosis hati kita!!!
  • Diagnosis Hati...

     Empat jenis racun hati...
    Pertama: Berlebihan dalam berbicara
    Kedua:Berlebihan dalam memandang
    Ketiga: Berlebihan dalam makan
    Keempat: Berlebihan dalam bergaul


 Mari kita 'overwhole' dengan make-up hati kita!!!
 Akhirnya yang baik itu hanya dari Allah..kite hanya cuba dan berusaha menjadikannya baik. Dalam perjalanan yang panjang nak menjadi baik itu juge...kadang-kala kita pun ade masanya terlatah...Manusia biasakan...tak dpat lari daripada melakukan kesilapan...jangan kerana 'hujan' setahun dilupakan dek 'kemarau' sesaat...(maaf peribahasa yang sengaja dihiperbolakn..utk anda mentafsirknnye sendiri..=D)..Segala kelemahan diakui sebagai hambaNya yang lemah jua~

 Check balik kejayaan kita apa ertinya...
"Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah dia (dengan sombongnya): Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah dia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu)."(39:49)


 Macam mana solat kita???
  • Di mana silapnya:Sebelum, Semasa, atau Selepas?? ~
    "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya." (2:45-46)


 Susahkah nak berubah???
 "...Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..."(13:11)


Mari berlapang dada!
  • ~Berlapang Dada~

     " (Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa." (53:32)
     
Hidup sebagaimana kita...
 Lihatlah hidup dgn mata hati, nilailah hidup dengan kesederhanaan,  timbanglah hidup dgn neraca Tuhan...Hidup di dunia jangan disia-siakan kerana itu bukan tujuan penciptaan~


Ingat!!!
For those easily get bore because of the behaviour of the people around and tends to get angry, remember this: LA TAGHBAB! (Don't be ANGRY!) as the prophet Muhammmad (pbuh) have said.


Penatkah berbuat baik???
 "Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal salih), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal salih yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)." (94:7-8) 

Apa kaitan Braces dan Solat yang indah???
Allah, aku mahu solatku indah, agar hatiku cantik...
Allah, jangan aku menghirup udaraMu untuk meninggalkan suruhanMu...
Athirah Taha, 2012)

Taubat kita pada siapa...
Allah lebih gembira menerima taubat hambaNya melebihi gembiranya seseorang di antara kalian yang menemukan kembali barangnya yang telah hilang di tengah padang pasir!!

Nak kahwin?? Meh cek diri dulu...
  • Entry ke-100: [~Terbinanya Masjid itu~]
      
    Mengharapkan yang solehah, kita dulu yang kena jadi soleh. Nakkan yang soleh, kita kena jadi solehah dulu. Jadi, baik buru cinta Allah dulu, baru dapat cinta yang itu!





    (:alangkah indahnya hidup ini>>>bila dalam almari banyak tazkirah! ! :)




     ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
    ...wallahu'alam...

No comments:

Post a Comment