...Words From God~O Allah, The Lord~...

"Closer and closer to mankind comes their Reckoning: yet they heed not and they turn away."

"Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.." (Al-Anbiyaa':1)

AWAS! Anda berada di zon::Alangkah Indahnya Hidup Ini::

::SELAMAT DATANG:::WELCOME:::

Salam sejahtera, salam singgah, salam melawat, salam menjengok, dan semua salamlah saya ucapan kepada pengunjung rumah saya ni teratak; Alangkah Indahnya Hidup Ini...

Saya sangat berbesar hati sekiranya anda dapat meluangkan masa untuk membaca perkongsian saya di dalam blog ini. Saya juga mengalu-alukan anda untuk 'copy' atau ambil apa sahaja yang ada di teratak saya ini yang memberi manfaat kepada anda. Namun saya mengharapkan jasa baik anda untuk melampirkan link 'Alangkah Indahnya Hidup Ini' sebagai rujukannya. Ini kerana sebarang artikel yang saya hasilkan sendiri pasti menjadi tanggungjawab saya kepada ALLAH. ^_^

~Moga ' Alangkah Indahnya Hidup Ini' sentiasa menjadi inspirasi anda~
~Moga segala kandungannya dapat memberi manfaat kepada semua~
~Moga dengan 'Alangkah Indahnya Hidup Ini' menjadikan kita sama-sama beroleh rahmat dan hidayah Allah S.W.T..aminnn~

Sekian Terima Kasih.

Friday, December 2, 2011

lama tak update...


بسم الله الرحمن الرحيم




Astaghfirullahal'azim... dah dekat 4 bulan tak update rupanya! Walaubagaimanapun harapnya masih tak terlambat untuk saya sampaikan Salam Muharram, Salam Hijrah 1433!  Dah masuk tahun baru Islam tapi dah suntuk benar tahun masihinya...nampaknya biarlah entry ini menjadi entry terakhir sebelum tamatnya 2011 ni..

Maaf, biasanya memang bukan sengaja saya tidak meng'update' sesuatu di layar rumah yang saya cintai ini... Hakikatnya memang banyak perkara yang tidak mengizinkan. Mengimbau sekitar 4 bulan yang lepas, saya berada di penghujung tempoh praktikal saya di hospital daerah kampung halaman saya ini. Biasanya, balik kerja, sampai rumah agak lewat juga sebab perjalanan dari rumah saya ke hospital tu mengambil masa setengah jam..plus kadang-kadang abah saya jemput lambat, waktu kerja yang biasa habis pukul lima tu hanya mengizinkan saya sampai di rumah sekitar enam setengah petang...huhu..dan jujurnya sepanjang LI (latihan industri@ praktikal) hari tu memang saya selalu tidur awal. Inilah juga antara penyebabnya, tiada entry berjaya didraf.

Lepas tamat berpraktikal tu pulak, hampir dua bulanlah jugak saya 'terputus bekalan internet' kat rumah ni..hehe. Saya tahu, ada antara anda yang mungkin selalu melawat ke teratak 'Alangkah Indahnya Hidup Ini'  ni dan mungkin juga sedikit kecewa bila tiada entry baru diupdate. Sekali lagi, maafkan saya..(kalau anda nak balas, balaslah dengan lagu Jamal ft Malique tu: Aku Maafkan Kamu..hehe (sebab tu lagu yang saya suke..hiihi)

Sepanjang empat bulan ini juga banyak perkara yang berlaku...dan nak menuju ke penghabisan tahun ini memang kenduri-kendara menjadi kesibukkan utama saya. Terbaru, saya terima seorang lagi ahli keluarga baru (dapat abang ipar..huhu) dan akan datang  penutup tahun nanti akan terima seorang lagi.  Al-maklumlah, adik-beradik ramai perempuankan..;) Tak tambah lagi dengan kenduri aqiqah sepupu dan anak saudara. Huh! Tahun ni memang kenduri saja..hehe
Kawan saya, cikpah (panggilan manja saya pada dia...hihi) pernah mesej kat saya...

'interview is a part of graduate's life...'
 

then i've replied to her..

'...raising grapes at home is a part of graduate's life too'....hahha
Jadi untuk memanfaatkan masa saya bersama dengan 'anggur2' saya di rumah ni...maka memang sayalah yang menjaga 'kebajikan' rumah ini.

'Sheriff Kebersihan..' kata along saya, kira-kira merangkap bagi pangkat kat sayalah tu...haaha

Memanglah, 'Sheriff Kebersihan kena beraksi, mengenal pasti lokasi jenayah kekotoran yang melanda rumah saya ni!'...ha..memang penat jugaklah mengemas satu rumah untuk kenduri-kendara kak dhe saya haritu.
Hmmm...dan yang sebenarnya juga, saya tak pernah lupakan layar rumah saya yang satu ni. Banyak sebenarnya tajuk-tajuk entry yang dah saya fikir...cuma tak sempat nak mendraf aja lagi. Baru mendrafkannya dalam kepala. Tak apalah, insyaAllah akan datang, salah satu dari tajuk-tajuk entry ni akan saya poskan ke layar rumah saya ini..^__^


UPCOMING ENTRIES, InsyaAllah..;D
-manusia beradab
-anak-anak kitakah?
­-kita kadang-kadang sampah
-fassobru jamil
-qalbu saleem
-terbinanya masjid itu
-LI dan saye!
-BioMed Sc dan saye!
-terhijabnya hati...


p/s: kalau anda diberi pilihan...entry mana yang anda nak baca dulu?? heee~;)
p/s: moga entry ini menjadi entry pengubat rindu! ;)) insyaAllah, see you next year! (sebab saya mungkin tak dapat nak poskan entry yang akan datang dalam masa terdekat ini tapi apa-apapun anda doakanlah ye!) 





(:alangkah indahnya hidup ini>>>bila dapat update blog selalu!!:)


i miss 'my home' so badly!



 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...


Sunday, July 3, 2011

fastabiqulkhairat!

بسم الله الرحمن الرحيم


Lama rasanya tak menulis artikel tarbiyyah di layar blog..rindu yang teramat...rindu untuk mengisi hati sendiri dan agar yang lain juga turut ter'isi' hatinya, insyaAllah.

Kita (termasuk saye!) kadang-kadang malah mungkin selalu merasa penat dengan kebaikan-kebaikan yang telah kita lakukan. Bila kita dah lakukan kebaikan, orang tak hargai, lagi sakit hati rasanya. Bila kita dah lakukan sesuatu, kita pasti nak juga orang lain melakukan perkara yang sama. Tak pun paling kurang nakkan perhatian dari apa yang kita lakukan. Belajar dari hidup, saye faham sesuatu. Oh, itu semua lumrah manusia, lumrah hidup. Namun, tarbiyyah (atau kata lainnya, terdidik dari kehidupan ni...) saye sedar sesuatu. Oh, Allah ilhamkan sesuatu rupanya. Hidup ni penuh dengan perkara yang nak Allah ajarkan; FASTABIQULKHAIRAT!

Dulu, saya pun tak familiar dangan ayat ni, macam jugak yang pernah saye cerita dalam entry berlapang dada. Al-Kisahnya, saye 'discover' perkataan ni buat kali pertama masa saya ber'blog-walking' dan melompat-lompat dari satu blog ke blog yang lain. Ada satu blog yang saye singgah tu gunakan ayat ini; Fastabiqulkhairat!  Lepas tu macam selalu pulak dengar dalam lingkungan tarbiyyah. Kemudian saye pun carilah ayat ni dalam al-quran...

Here it goes...
"Fastabiqulkhairat!
" ~berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan..(2:148)

Saye sangat suka kata-kata Allah yang  ni, Fastabiqulkhairat! Rasa macam comel sangat-sangat and its just like a motivation that Allah use to inspire Rasulullah to do all the deeds, supaya baginda tak putus asa untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini dan yang sebenar-benarnya Allah gunakan ayat ni untuk memujuk hamba-hambaNya supaya tak jemu-jemu untuk lakukan kebaikan.

Nak tau macam mana Fastabiqulkhairat! ni??
Agak-agak kita ni dah cukup Fastabiqulkhairat! tak??
Sejauh manakah kita ni dah Fastabiqulkhairat!???

JOM! muhasabah diri! (saye dan kamu yang membaca!)

Macam mana Fastabiqulkhairat! tu?
Macam ni...senang aje (lebih senang dari makan kacang...hehe)
Setiap kebaikan yang kita lakukan kita ikhlaskan hati dan niatnya hanya kerana Allah pasti itu telah menjadi titik-tolak kepada Fastabiqulkhairat!

" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Agak-agak kita ni dah cukup Fastabiqulkhairat! tak??
kalau nak dikata cukup itu, memang tak wajar...sebab sewajarnya kita takkan pernah rasa cukup untuk melakukan kebaikan. Jadinya, bila kita dah rasa cukup dengan kebaikan-kebaikan (yang mungkin 'tak seberapa') yang pernah kita lakukan, itu maknanya kita memang tak cukup Fastabiqulkhairat! lagi.

  • Orang yang mengejar Fastabiqulkhairat! dalam hidupnya...takkan pernah berkira-kira dengan orang lain...bukannya; aku dah buat semalam, aku dah sudah, kau bila pulak...
  • Orang yang mengejar Fastabiqulkhairat! dalam hidupnya...akan mengajak dirinya dan orang lain Fastabiqulkhairat!...kau dan aku jom Fastabiqulkhairat!; Jom berjemaah! hari ni kau imam, esok aku pulak. Jom sama-sama baca quran! Jom qiamulail! Jom kutip sampah!
  • Orang yang mengejar Fastabiqulkhairat! dalam hidupnya...akan  rasa frust bile dia nak buat sesuatu, tapi dah ade orang lain yang buat. Rasa kalah bila rasa tak cukup Fastabiqulkhairat! bila dah ada orang lain yang buat kebaikan tu dulu; Ala...kau dah buat? aku baru je nak buat tadi...(dituturkan bukan kerana saje-saje tapi memang sebab rasa 'frust' tu ada dalam hati...)
  • Orang yang mengejar Fastabiqulkhairat! dalam hidupnya...rasa tak senang duduk bila orang lain buat kebaikan, dia boleh pulak duduk senang-lenang saje-saje...;kalau orang lain dah mengemas, biar dia yang menyapu...kalau orang lain dah berzikir, dia nak baca quran pulak...
  • Orang yang mengejar Fastabiqulkhairat! dalam hidupnya...akan sentiasa mencari kebaikan-kebaikan lain untuk dibuat setelah selesai suatu kebaikan yang dia lakukan... 
"Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal salih), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal salih yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)." (94:7-8)



(:alangkah indahnya hidup ini>>>bila kita  fastabiqulkhairat!!:)




 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...

Sunday, May 15, 2011

What it takes to be a biomedical science student?

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, all praises to Allah...
saye dah habis blaja! boleh tak, nak buat statement macam tu? (haha..dah  buat dah pun.) owh..baru tau, macam ni rasanye bile dah 'abis blaja'..(hurm..'habis belajar' ke?? =__="")

sebenarnye macam tak patut pun nak buat statement macam tadi tu... interm of 'belajar' tu sendiri pun sebenarnye...sampailah kite ke liang lahad..jadi, kalau setakat baru abis degree ni macam poyo je rase bile kata dah 'habis blaja' kan..huhu.

Anyway, secara tersuratnya; 'habis blaja' ni bagi saye, mungkin boleh di'kata'kan macam ala-ala 'the coolest sigh~Alhamdulillah~' yang saye selalu kate dalam entry2 pasal novel saye...its a feeling of 'relief@kelegaan' bila dapat accomplished something in our life. Macam juge bile orang yang baru kawen akan kata, "yeahhh...aku dah kawen!" (releven tak analogi nie?? ngeeee) then macam tu jugalah dengan 'habis belajar', that is what  i feel tapi tak tau la pulak kalau orang lain kan..

Frankly, 1st-2nd week after finished the last paper for the last semester and year of study tu...actually i'm feeling empty! (pulak dah? tadi kate macam suatu 'kelegaan' lepas habis blaja)
Betoll, empty!!! tak caya??? percayalah!

Serius, rasa 'empty' sebab...dah tak kena study, dah tak bukak buku...tapi rasa macam bosan pun ada..(hahha...) Then, sebab tu la saye kate dah 'habis belajar' ni suatu kelegaan sebab dah tak perlu nak fikir pasal assignment, nak pergi kuliah, nak siapkan tesis, lab report and so on...

Lagi satu 'empty' tu sebab, biasanya setiap kali sebelum exam...saye akan penuhkan otak saye ni dengan segala bagai maklumat+nota2+tips etc pasal subjek2 sem tu...contohnya..
macam semester 4 hari tu, ambil subjek...

~Clinical Pathology
~Medical Parasitology
~Pharmacology & Toxicology
~Reaserch Methodology
~English for Academic Enrichment

so dalam masa 4bulan long sem, saye akan penuh otak saye ni dengan ke 5-5 input tentang subjek2 berkenaan (ceyy...budget cam rajin sangat je study gayernye..huhu) then, bile exam tu, mulalah...otak akan memuntahkan segala isi2nye...(haahha..ala2 merapi memuntahkan lavanye..walopn ade je soalan yang tak terjawab..hehe)

lepas tu..otak pun akan menjadi 'empty' supaya dapat sediakan space untuk subjek2 sem depan pulak.. jadi, macam tu jugalah terjadinya kepada last semester saye ni...otak saye dah memuntahkan isi2 CAM, MDII, Occuptional English masa exam haritu...tu yang rase 'empty' lepas 'habis belajar'! tak caya? ha..korang yang tak 'habis belajar' ni rasakanlah nanti..haaha*gelak jahat*

Dan sebagai seorang 'kakak' yang prihatin, saye nak revealkan tips2 if anda berminat jadi pelajar biomed macam saye (heehe)...so..check it out!


What it takes to be a Biomedical Science student?


1) masa cuti lepas matrik, foundation etc..anda dinasihatkan untuk mengikuti kelas melukis...

-seriously! (tapi tak serius sangatla..)
ha..tgk gamba ni...


ha ni pulak..

Subahanallah! cantikkan sel-sel bawah microskop ni...yang nilah yang kena lukis banyak-banyak dalam lab report nanti..huhu

ape significantnye??...ha..korang kena lukis semua bende2 alah ni..siap kena color2 lagi (cam ala2 coloring contest! haha)

2)selain kelas melukis, korang tryla menceburkan diri dalam bidang cinematography yer!


video

ha...inilah salah satu video yang group saye buat dulu dalam subject CAM (Complementary & Alternative Medicine..) ini part intro die..canggih tak?? hehe..credits to iqbal..our story board director..^__^

p/s: opss....sorry..there's problem while uploading this video.. (xpela nnt saye cuba lagi yer..)
p/s: edit(21hb..): yeayhhh!! berjaya upload!(^__^)


video

ha..ni lagi satu video yg di'potong' dari video keseluruhan kami tu...;)

3)ok, lagi perkara yang penting kenalah belajar jadi pencinta haiwan yer...(haaha)


untuk makluman..gambar ni sengaja diberikan 'effect' noise..hehe

4)lepas jadi pencinta haiwan..kena jadi kejam pulak..(hehe)

ade gayekan...mcam 'pembunuh' professional..ehehe

5) kalo takut darah...(takyahla amik kos ni..hehe...acah je..sape rase ok dengan darah bolehlah amik kos ni..;)

ha..cucuk jangan tak cucuk!!

6) pastu kenalah praktis jadi manager ke ape ke yang macam nak membentangkan proposal tu..

Poster Presentation for Research Project 1&2

Inilah sebahagian perkara yang akan anda lalui jika anda berminat untuk mengambil/mengikuti (jejak langkah saye..haha)...huh! rindu pulak rasenya nak kembali ke zaman belaja..(ceywah..cara cakap cam dah lame jer 'habis blaja' kn..perasan betol saye nih! haha)


p/s: owh sekarang nak kena fikir pasal LI(latihan industri@internship@praktikal)...see..tak 'habis belajar' pun lagi!
p/s: life is a learning process! so do TARBIYYAH!
p/s: jom masuk Akademi Tarbiyyah@AT. Akademi sepanjang hanyat! say NO to AF! Say YES to AQ! (pesanan luar tajuk..hheee) ^_^
p/s:(macam kena jekan, AT=Athirah Taha!)



(:alangkah indahnya hidup ini>>>bila belajar kerana ALLAH! :)


 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...

Saturday, April 23, 2011

a simple reminder for you and me!

بسم الله الرحمن الرحيم

a simple reminder for you and me!


Sometime, when the surrounding is 'hot' plus the people around us act like 'rubbish' or talk 'rubbish', we tend to feel bore and easily get angry. RITE?!!

So, here a simple reminder for you and me!

For those easily get bore because of the behaviour of the people around and tends to get angry, remember this: LA TAGHBAB! (Don't be ANGRY!) as the prophet Muhammmad (pbuh) have said.
~sometimes, we have to consider a lot on other's attitudes which most of the times 'may' not suit and fix with us
~we have to learn to accept other's as we accept our bad
~yup, it is frustrated when the people around us is not the one we look for, but remember! Allah never creates something for a waste, rite?!
~its a kind of tarbiyyah* that Allah wants to teach us...
~don't ever feel we are better than others. Always, do see people who are better than us in thier 'urusan akhirat' (interms of their ibadah, qudwah, sodaqoh etc) BUT do always look at the people who needy than us in 'urusan dunia' (interms of pooper, sufferer, etc) .

p/s: this is the kind of me that i'm 'always' in progress to be, accept people around me equally, insyaAllah...;)

Then, for those who tends to make people 'bored' with thier attitudes and behaviour, do improve ourself!
~please, REALISED! We are the one who makes people sick of our own attitudes! (oh NO! astaghfirullah, na'uzubillahiminzalik!)
~improving ourself to the better never a sin!
~improving ourself to the better does not mean we are hypocrite!
~improving ourself to the better bring lots of benefit to us and others. It's 'never-never' a waste!
~please, never satisfied with ourselves...do always remind ourselves to improve  to the better, better and better!
~remember! Allah loves those improving themselves to the better. 
~come on, we can 'be' the difference!


p/s: tarbiyyah*= didikan
p/s: YES! Finally, this my shortest entry...Do enjoy this! hehe^__^
p/s: takde bagus sgt pun nak 'cakap' omputih tapi ntah macam mana tiba2 boleh terkeluar ni..ngee~;D
p/s: Coming up next:another 'story telling' entry. see yar!







(:alangkah indahnya hidup ini>>>bila selalu boleh maintain 'COOL'!:)


 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...

Sunday, April 17, 2011

pandanganlah hidup dgn mata hati...


بسم الله الرحمن الرحيم

Biasanya lama tak menulis di blog adalah kerana dua perkara: 1) menyibukkn diri dengan kesibukkan yang menjadi keperluan. 2)ketandusan idea...(haha)

Jika sebulan-dua yang lalu mungkin saya memilih sebab yang pertama kerana ketika itu rasanya seperti lemas dan bertungkus-lumus nak menyiapkan assigment dan tesis.  Tapi sekarang, sebab kedua tu nampaknya lebih tepat untuk saye...(heehe). Sebenarnya hampir 2minggu (waktu awal entry ini didraf) kertas peperiksaan terakhir untuk semester dan tahun akhir saya dah berakhir (aduii, banyaknye 'akhir'...yelah dalam hidup kita ni ada permulaan, pasti ada pengakhiran. yang kekal hanyalah Allah! Subahanallah!).

Ada orang hidupnya sehari-hari sama saja, matlamatnya biasa-biasa. Pergi kelas, balik rumah, makan tidur, studi, studi dan studi. Tup-tup, dah semester akhir, pergi LI, viva, konvokesyen. Oh, saya tak mahu seperti itu!

Kerana  saya telah menadahkan tangan saya  selebar-lebasnya untuk mengutip segala yang perlu dalam hidup ketika saya belajar ni. Usah menadah tangan hanya selebar bahu kerana hanya sedikit yang akan kita dapat pelajari dari hidup. kalau hanya buka selebar bahu, maka jadilah kita orangnya yang hidup sehari-harinya sama saja, matlamatnya biasa-biasa.

Saye pernah baca 'Deep Thinking' by Harun Yahya. Beliau banyak ketengahkan 'idea-idea' untuk kita 'fikir secara mendalam' for instance, bila kita pandang alam akan membuatkan kita berfikir,bila kita ditimpa sakit pun kita boleh terfikir, even bila membersihkan rumah pun kita boleh terfikir@berfikir...fikir ape yer? 'fikir-fikir' yang boleh membawa kita dekat kepada pencipta kita; ALLAH!

Lalu bagaimana kita nak 'Deep Thinking' macam tu? Mudah aje..Allah dah bagi tip tu siap2 dalam Al-Quran...pandanglah sesuatu dalam hidup kita ini dengan pandangan MATA HATI! Macam jugak yang lagu Hijjaz ni kata...

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih


"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur." (16:78)


walaupun saye tak konvo lagi, tapi saye nak kongsi dengan anda beberapa perkara yang telah saye lalui setakat ini dan apa yang telah saye dapat sepanjang pengajian saye...bagaimana saye melihatnya...Hidup kita menjadi indah dengan cara kita melihatnya. ~Lihatlah, pandanglah hidup dengan 'kaca-mata@kanta-mata@binocular@telescope' hati~

Saye pernah tanya pada diri saye "kenapa macam tak se'bernasib baik' macam kawan2 yang lain (kkbians)..."Thus, many things come across my mind..dan mulahlah keluar perkataan 'KALAU' (yang sememangnya tak bagus, sebab membuka peluang syaitan!) and that's the fact, i use to think like that..
  • kalaulah saye belajar rajin2 mase SPM dulu..mesti saye dah fly-overc...
  • kalaulah saye tak aktif sangat Bola Tampar dulu, mesti result saye OK je..hurmmm...;(

The truth, result saye mungkinlah tak teruk mana, tak ada pun C. Cuma, persaingan dalam kalangan 'budak-budak' pandai akan menjadikan kita rendah diri bila tak dapat straight A's.
Dan yang sebenarnya, bila  dah dapat result tu, memang saye sedih jugak tapi saye positifkan diri saye, saye terima dengan redha sebab saye rasa Allah lebih tahu usaha saye yang mungkin masih tak seberapa tu...

Then, saye dapat tawaran ke Matrik Melaka. Kat sini pun, mula-mula semangat tu punyelah berkobar-kobar! Nak jugak dapatkan peluang untuk fly-overc. In the end, i've spoiled and spilled the oppurtunites away. Result matrik pun tak berapa memberangsangkan. Somehow, Melaka significant a lot to me! Itulah antara yang menjadikannya  'sebab' untuk saye tak pernah menyesal dengan result yang macam tu...kerana bumi Melakalah tempat tumpah TARBIYYAH dan UKHUWWAH saye!

Its something beautiful that you can't even describe it by words melainkan dengan  merasainya!
Pernah suatu ketika...saye rasa sangat bosan untuk studi, tapi bila dah mula baca terjemahan Al-Quran, you'll feel the harmony and can't stop form reading it at all! Itu yang saye rasa masa tu. 

Yup, that's true...kita mungkin dapat rasakan kemanisan iman waktu tu, but REMEMBER! Studi juga adalah tanggungjawab untuk agama, diri, mak abah, malah ia juga adalah tanggungjawab terhadap Allah. Result yang tak bagus akan jadi FITNAH kepada kita, apatah lagi orang yang ada dalam tarbiyyah. Pengalaman di matrik menjadikan saye melihat kelemahan-kelemahan itu.

Sekali lagi, result yang 'kurang memberangsangkan' itulah yang membawa saye ke IPTS ini...*Alhamdulillah, tak lama lagi akan bergraduasi sebagai graduan Biomedical Science, insyaAllah..(tp kena habiskan internship ni dulu!;D)

Ceritanya, tercampaknya di bumi Shah Alam (bumi San Antonio saye...hehe). I've learnt many thing in my life. Shah Alam yang pasti (pasti! dan pasti!) saye rindu! Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat amik degree, tempat disiram tarbiyah, tempat memantapkan fikrah, menebar ukhuwah.

Pengalaman-pengalaman lepas banyak mengajar saye. Kita perlu jadi orang yang seimbang. Seimbang cara kita; cara yang Islam suruh, dah cara yang Islam suka!  Qudwah kita, Qudwah sapu semua! (saye dapat dari blog akhi ni..^_^) Sukses belajar, sukses tarbiyyah, sukses ibadah, sukses ukhuwah! Belajar yang utama, tapi tarbiyyah bukan yang kedua. Genggam sebuah ijazah ini biar kerana sebuah risalah!

Frankly,  saye ni bukan kaki study sangat pun. Tak pernah pun dapat deanlist (tapi hampir2 tu adelah..heehe). Yang penting pointer dan CGPA mesti mau maintain 3! Dengan ke'tough'an course biomed ni...kena 'pandai2 nak hidup'...untuk dua tujuan penting dalam hidup ini; IJAZAH & RISALAH!

Kena settlekan semua kerja@assignment@discussion before pergi program tarbiyyah... all those things lah yang mengajar saye menjadi saye yang pada hari ini (walaupun takdelah baik mane...heheee)

OK dah abis story telling! Tell me the ibrah!

Saye bukan nak 'jaja' cerita saye (yang tak-brape nak menarik ni)...just want to share something with you...supaya kita tahu yang....

(:alangkah indahnya hidup ini>>>bila hidup bersama ILLAHI!:)

Sharing is caring
Caring is loving
Spreading good thing
Extending the love
To get true love
To get ALLAH's love!

Ini 'Deep Thinking' saye terhadap hidup saye setakat ni;
  • saye tahu yang Allah Perancang yang Maha Hebat!
  • If i were to fly, saye takkan berpeluang untuk temui tarbiyyah bersama kawan-kawan dan ukhuwah yang best di Melaka. Mereka adalah orang-orang yang Allah dah susun dan aturkan untuk masuk ke dalam hidup saye. Tanpa mereka, saya mungkin tak berpeluang untuk jadi manusia yang bermanfaat pada manusia yang lainnya!*Khairunnas yanfa'ulinnas (sebaik-baik manusia adalah orang yang banyak bermanfaat bagi orang lain)~
  • Jika tak memijak bumi Shah Alam, saya mungkin masih saye yang rutin hariannya sama saja, matlamatnya biasa-biasa saja...
  • yang mungkin saye masih di takuk lama,  tak berjaya nak  meng'Islah' kan diri..*Islah Nafsak, Wad'u Ghairak (Perbaikilah dirimu, dan Serulah orang lain)~
  • Saye juga mungkin takkan mengenali orang-orang yang telah menceriakan hari-hari saye sepanjang perjalanan nak amik degree saye ni...hiihi;D
  • Live kanlah Life kita ni to the fullest! Don't keep thinking on 'the road not taken' dalam hidup kita sebelum ni. Apa yang perlu...hargailah dan hadapilah apa yang kita ada pada hari ini dengan sebaik-baiknya!

Pesanan ikhlas untuk semua, mari develop 10muwasafat tarbiyyah dalam diri kita! Qudwah kita, Qudwah sapu semua!


hidup indah dengan bagaimana cara kita melihatnya

Lihatlah hidup dgn mata hati, nilailah hidup dengan kesederhanaan,  timbanglah hidup dgn neraca Tuhan...Hidup di dunia jangan disia-siakan kerana itu bukan tujuan penciptaan~


p/s: hurmm..tak update blog mungkin kerana ketandusan idea...namun kadang-kadang 'lama'nya itu adalah kerana hati yang mungkin futur. =__="" Ayuh, lenyapkan futur!
p/s: esok saye dah mula LI! doakan saye yer!;) 


(:alangkah indahnya hidup ini>>>bila hidup bersama ILLAHI!:)


 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...

Friday, February 18, 2011

~Berlapang Dada~

  بسم الله الرحمن الرحيم


Niat awal entry ni nak jadikan ia rekod dalam sejarah entry saye sebagai entry yang terpendek..hehehe (tapi tak taulah tercapai atau tidak...ahaha) Didraf asal, pada 27hb Januari.  Kemudian 'berdating di taman syurga' pada 28hb Januari telah diingatkan sekali lagi tentang indahnya berlapang dada ni. Namun takdirnya...9hb Februari, entry KEMM1511 menjengah blog lebih awal...Maka hari ni, terimalah....


~Berlapang Dada~


Dulu saye pun tak berapa familiar dgn 'term' ini. Tapi berlapang dada ni memang memberi suatu impak yang besar dalam diri saye. Terima kasih kepada Arifah, si kembar singa yang mula mendedahkan saye kepada berlapang dada! (sejak matrik dulu). Sekarang saye pulak yang sebarkan kebaikan berlapang dada ni. Moga kita bersama beroleh pahala berpanjangan hendakNya.

Berlapang dada. These words are such a soothing tone that Allah used to calm prophet Muhammad s.a.w! Keindahan belapang dada ini sangat saye rasa. Oh, Allah memang maha romantik! Romantiknya Dia memujuk hati KekasihNya! SubahanAllah! Cantiknya Allah!

"Bukankah Kami telah meLAPANGkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah pertunjuk)?, Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -, Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?, Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?, Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran ada disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran ada disertai kemudahan, Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal salih), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal salih yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)." (94:1-8)

Hikmahnya berlapang dada dalam kehidupan seharian, mari saye bawa contoh yang ini:

Kadang-kadang secara tak sengaja kata-kata (dan perbuatan) kita yang 'terkeluar' (kerana@dipengaruhi sesuatu situasi) tanpa kita sedar, sebenarnya memberi impak yang sangat dalam kepada hati dan perasaan orang lain. Namun, sebenarnya, kita tak berniat atau tak sengaja pun.

Hari tu: saye (mungkin kerana tengah menyapu satu rumah, dan pula dalam aura2 sedikit 'keletihan' & 'kepanasan') adik saye telefon mak saye. Kemudian dia pun berhajat la (ceywahh...cam ala2 nk meminang aje gayenye..hehe) nak cakap dengan saye.  'Mungkin' kerana dipengaruhi situasi tadi, saye yang tengah agak 'berpeluh-peluh' ni  jadi macam tak ada mood nak cakap telefon dengan dia.. So, bila kak de saye nak bagi telefon tu, saye jadi cam malas nak cakap. Pastu saye pun kata nak telefon balik, tapi lepas tu saye pun dah lupe nak telefon balik semula...(haha..kejam punye kakak!)

Dan lepas tu, adik saye yang juga merangkap bestfriend saye ni..(ni versi nak pujukla kira..kalau die baca mesti tersenyum lebar punye...;D) pun merajuk la dengan saye. Bila saye call dia, beberapa hari lepas tu die pulak tak mau cakap dengan saye..huhu( p/s: anyway sekarang kitaorang dah baik da...hehe)

Hari ini: kawan saye, 'mengeluarkan sesuatu yang boleh difahami dari sudut maksud bahasanya dengan baik', 'mungkin' dia nak bergurau (jika saye tak 'emo'  memang boleh diterimalah 'kot' jika rasanya dia nak bergurau). Dia 'mungkin' nak beritahu sesuatu yang memang daripada hatinya atau 'mungkin' dia sebenarnya memang jenis yang begitu.

Rasionalnya bagi saye, memang kata-kata itu biasa saja. Namun situasinya berbeza, mungkin pada saat itu tak kena dengan 'mood' saye, mungkin juga sebab hati tak berapa bersih, jadi saye 'kurang-rasa-nak-boleh-terima' itu sebagai suatu 'gurauan-kasar-tapi-manja' yang dia maksudkan sebenarnya.

Hurmmm...

Perkara ini membuatkan saye terfikir dan bersyukur! Oh, Allah sayangkan saye! (walaupun perasan. Saye tak kisah, sebab saye tahu Allah memang tak akan pernah kecewakan saye kalau saye sayang Dia!..^__^)

Allah nak saye refleksi diri saye semula. Jadi, Allah bagi saye 'rasa' dan 'terkena'!

Memang kita mungkin 'tak berniat', 'tak sengaja'... tapi  'ke-tak-ter'tak berniatan dan 'ke-tak-ter'tak sengajaan kita ini sebenarnya sangat terkesan di hati orang-orang di sekeliling kita.

Jadi, jangan ikut 'ke-tak-ter'tak berniatan dan 'ke-tak-ter'tak sengajaan kita aje... berfikirlah dengan bijaksana! (pesan pada diri sendiri!)


Maka, marilah berlapang dada dengan segala kekhilafan.
Jom doakan kita dan dia supaya mendapat rahmat dan redha Allah sentiasa.^__^

" (Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa." (53:32)

Oh, Allah bantulah saye mendidik diri untuk jadi orang yang 'bersih' & 'baik hati'! aaaminn!!


(:alangkah indahnya hidup ini>>>bila sentiasa berlapang dada!:)




 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...

Wednesday, February 9, 2011

Ada apa dengan "Melayu Sepakat, Islam Berdaulat"?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Konvensyen Memperingati 500 Tahun (1511-2011) Kejatuhan Empayar Melayu Melaka Islam (KEMM1511)

"Melayu Sepakat, Islam Berdaulat"


Dah 2minggu lebih dah berlalu. Namun saye tetap gagahkan diri (ceywahh...hehe) untuk melayarkannya ke  blog saye ni...1: kerana saye memang dah berniat nak mengeposnya ke blog ni seperti yang saye lakukan selepas KOBANA yang lalu..2: mengira 'ia'nya sudah berupa janji pada kembar singa di UK, dan orang di Sabah..(hehe)..

Namun saye ini juga manusia yang tidak dapat tidak terlepas dari kelemahan... Selepas KEMM1511 yang lalu, saye bertungkus-lumus memasukkan data-data research saye dalam SPSS, kemudian nak siapkan abstrak research tersebut untuk dihantar kepada supervisor saye...lepas tu berkejar (takdelah berkejar pun..rushing aje..hehe) balik kampung cuti CNY...dan menyumbangkan pula tenaga membantu persiapan kenduri-kendara sepupu saye. Sudahnya memang tak sempat nak mendraf pasal KEMM1511 ni.. (=__=""). Thus,  i make it today!..;) (walaupun actually sekarang dah kena siapkan full thesis sebab dan nak kena design poster untuk presentation Research Project 2..huhu)

UTeM Overview
Nak diceritakan, perjalanan nak ke UTeM agak adventure juge (hehe)...  Rombongan kami dari Shah Alam membelah highway dengan menaiki bas sewa Ikhwan  Travel ke Durian Tunggal , Melaka...Bandar Bersejarah. Namun kehendak Allah juga, berlaku 'kesilapan' jalan (hehe).
Maka kami pun 'sedikit' kelewatanlah. Selesai pendaftaran, kami masuklah ke dalam dewan dan waktu tu memag dah ramai memenuhi ruang bawah dan atas dewan. Kami sampai almost 10 dan terlepaslah pembentangan kertas kerja pertama;

Pembentangan 1: "Kegemilangan Empayar Kesultanan Melayu Melaka"
Prof. Emeritus Datuk Dr Yusuf B. Hashim (Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka).

Semasa kami sampai tu majlis sedang berehat seketika sebelum meneruskannya ke pembentangan 2. Selingannya, adalah sebuah pidato penuh bersemangat ini...rugi tak dengar!


Cuba bayangkan, kami dahlah baru sampai..terlepas pulak pembentangan 1. Tup-tup diperdengarkan pidato ini. Tak sempat nak warm-up pasal KEMM1511 dah di'sentap'kan dengan pidato ni. Tapi pidato ni memang 'terbaikk' lah! Serius, meremang bulu roma rasa, tersentap pun ada. 'BANGUNLAH MELAYU!'. Bila kena sergah macam ni...dengan automatiknya sensor untuk ambil berat agenda umat dan bangsa dah ter'aktif'! Tiada masa untuk berpangku tangan!

Seterusnya, 
Pembentangan 2: "Kejatuhan Melaka Satu Tragedi kepada Jatidiri Bangsa Melayu dan Islam"
Dato' Dr. Hassan Ahmad (Mantan Pengarah DBP).

Sebenarnya, begitulah tajuk asal pembentangan kedua ni..tapi Dr. Hassan telah memposifkan sedikit tajuk ni dari tragedi kepada pengajaran.. Jadi bunyinya tajuk pembentangan 2 ini adalah:

"Kejatuhan Melaka Sebagai Pelajaran Penting Untuk Bangsa Melayu-Islam Hari Ini"

Jika melihat kepada kertas kerja ini, hampir 10 mukasurat (saiz A4 paper) jugaklah... Namun yang menariknya Dr. Hassan membentangkan kronologi kejatuhan Melaka dengan rilex dan sempoi (ala-ala macam atok2 kita bercerita kt cucu-cucu..hehe.) Yalah, cerita pasal Melaka kan, kena klasik sikitla bunyinya. Apa-apa pun memang best! Memang boleh nampak flow ceritanya. Ianya tak lah susah nak faham macam masa kita belajar Sejarah kat sekolah dulu, kan..hehe.

Dan pengajaran yang  boleh kita dari kejatuhan ni memang banyak. Antara yang saye suka nak highlight, adalah kerana kita tiada kepimpinan 'Islam-Melayu' yang betul-betul dipraktikkan di ambang kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka. Selain itu, pentingnya kita membaca buku-buku sejarah seperti Sejarah Melayu (Sulalat Al-Salatin) dan Hikayat Hang Tuah yang merupakan tinggalan Melaka yang sangat berharga untuk kita ambil pengajaran. Seperti juga 'Ini Sejarah Kita' yang perlu kita ambil pengajaran dari Keruntuhan Empayar Islam dahulu.

Kemudian,
Pembentangan 3: "Perjuangan Bangsa Melayu Dalam Mempertahankan Jatidiri dan Agama Islam"
Ust Mohd Fauzi Asmuni (Naib Presiden Isma).

Kali ni ketebalan kerja tersebut adalah sebanyak 25 muka surat (termasuk rujukan..hihi). Dalam pembentangan ini Ustaz Fauzi ada menerangkan sedikit sebanyak asalnya perkataan 'MELAYU' tersebut dengan itu ditunjukkan bahawa yang bernama 'Melayu' ini memberi penegasan bahawa ia ditakrifkan berdasarkan komponen penting yang membentuk jatidiri dan identiti 'Melayu' itu sendiri. Antaranya adalah dari aspek agamanya, cara kehidupan (adat resam) dan juga pemikiran mereka. Faktor-faktor inilah yang amat penting yang menjadikan Melayu-Islam sangat berkait-rapat.

Bagi saye, menerusi pembentangan Ustaz Fauzi ini kita dapat melihat dan mendapat input-input baru dan menarik tentang 'Melayu' itu sendiri yang mungkin tak pernah didengar sebelum ini. 'Perjuangan Bangsa Melayu Dalam Mempertahankan Jatidiri dan Agama Islam' dapat disimpulkan bahawa Orang Melayu perlu menjadi suatu bangsa yang juga sebagai Pendakwah Islam, yang menyebarkan Islam kepada umat manusia, Bahasa Melayu juga perlu sebagai Jati Diri Kaum Melayu dan juga Tulisan Jawi. Orang Melayu juga amat mudah memahami Ilmu Islam sebenarnya dengan itu seharusnya undang-undang kita adalah undang-undang Islam yang mampu mengubah Sistem Hidup rakyat seperti kejayaan undang-undang Melaka yang berjaya mengubah Sistem Hidup masyakat Melaka ketika itu menjadi lebih baik. Karya-karya seni juga merupakan salah satu cara untuk kita mempertahankan jati diri kita melalui kehalusan bahasanya. Jihad orang Melayu juga penting dalam menegakkan Islam. Kitalah yang perlu mewakili agama dan bangsa kita dan jihad kita bukanlah hanya jihad politik semata!

Selesai pembentangan Ustaz Fauzi, agenda seterusnya adalah;  

Forum: Kejatuhan Melaka dalam Tahun 1511 Sebagai Pelajaran Penting kepada Bangsa Melayu-Islam Hari Ini"

Dipengerusikan oleh: Hj Aminuddin Yahaya (S/U Agung ISMA)
Antara panel-panelnya adalah:
-Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman (Presiden ISMA)
-Prof. Datuk Dr. Abdul Latif Abu Bakar (Ketua II, GAPENA)
-Dr. Muhamad Razak Idris (Presiden ABIM)
-Dato' Seri Dr Zaharah Sulaiman (Mantan Menteri Perpaduan Negara & Pembangunan Masyarakat)

Sebelum mem'draf'kan entry ini saye ada katakan pada salah seorang kembar singa, terlalu banyak input dari KEMM1511 ini.  Sememangnya forum inilah  sesi yang paling  paling hangat. Selesai soalan dari pengerusi@moderator forum, bertubi-tubi (exaggrate aje bunyinya..hhaha)  soalan yang diajukan dari peserta. Rasa saye, mungkin hampir 30 soalan agaknya. Masing-masing beratur panjang di 3 tempat (barisan) mikrofon yang disediakan. Ikhwah dan akhawat masing-masing melontarkan pandangan dan soalan yang bernas dan semakin di akhir-akhir masa, bertambah 'panas' pula soalan-solan yang ditanya. Namun pengerusi bijak mengawal keadaan kerana masa dah tak mengizinkan.

Jadi, bersama ini saye sertakan RESOLUSI Konvensyen Memperingati 500 Tahun (1511-2011) Kejatuhan Empayar Melayu Melaka Islam (KEMM1511).

Tn. Hj Aminuddin Yahaya membacakan resolusi KEMM

Resolusi Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka

Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka (KEMM) telah berlangsung dengan jayanya pada 29 Januari 2011 di UTEM. Tiga kertas kerja telah dibentang dan dibincangkan.
Dengan ini KEMM merumuskan bahawa:
  1. Bangsa Melayu telah menjadi bangsa Islam yang sebaris dengan bangsa-bangsa lain di kalangan umat Islam di serata dunia, memainkan peranan mengembang dan mendaulatkan Islam di rantau ini.
  2. Kedudukan yang hebat itu telah dicapai kerana Islam telah sebati dengan pemikiran serta adab budaya Melayu sehingga melahirkan tamadun bangsa yang agung.
  3. Sejarah mencatatkan kecekalan bangsa Melayu mempertahankan keperibadian dan jatidiri keIslaman mereka dalam siri perjuangan yang panjang menentang penjajah yang bertujuan menjadikan Melayu bangsa yang lemah.
  4. Kesatuan agenda Islam dan semangat kebangsaannya telah berjaya menyatukan orang Melayu sepanjang sejarah.
  5. Kelunturan pegangan umat Melayu kepada Islam telah melemahkan sendi-sendi kekuatan yang menjadi pemangkin untuk agenda penjajah yang berteraskan humanism dan materialism bertapak lalu melemahkan jatidiri bangsa Melayu.
Berdasarkan rumusan tersebut Konvensyen Memperingati 500 Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka menegaskan bahawa bangsa Melayu mesti:
  1. Menyedari keperluan yang mendesak supaya kembali kepada keperibadian Islam mereka yang asal.
  2. Mengharmonikan kefahaman antara Nasionalis dengan Islamis dalam perjuangan bangsa Melayu di Malaysia.
  3. Menjadikan usaha mengumpul bukti-bukti sejarah yang boleh mengembalikan Melayu kepada jatidiri mereka sebagai agenda nasional.
  4. Mendedahkan fakta-fakta sejarah bagi memberi nafas baru dalam memahami sejarah perjuangan bangsa Melayu.
  5. Mentajdid peradaban Melayu dalam rangka mewariskan kisah kegemilangan, peradaban dan kepahlawanan umat Islam.
  6. Mencari persepakatan atas satu agenda yang boleh mambangunkan sebuah bangsa yang mempunyai agenda yang didukung bersama, “Melayu sepakat Islam berdaulat”.
  7. Memperkasakan institusi yang memperjuangkan dan memartabatkan identiti keperibadian bangsa Melayu.



p/s: Oh Melakaku! Tempat tumpah tarbiyyah & ukhuwwah yang pasti saye akan kenang sampai bila-bila!


(:alangkah indahnya hidup ini>>>bila Melayu Sepakat, Islam Berdaulat!:)





 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...

Monday, January 24, 2011

Tidak, Paksa, Susahnya...BERUBAHlah!

 بسم الله الرحمن الرحيم



Mari kita bercakap tentang tiga perkataan ini... TIDAK, PAKSA dan SUSAHnya...


TIDAK
-belajar katakan TIDAK pada perkara yang tidak perlu
-mujahadah untuk katakan TIDAK pada hasutan nafsu
-katakanlah TIDAK bila kita dah tak cukup tangan untuk uruskan sesuatu sehingga ia akan mendatangkan mudharat kepada kita.

PAKSA
-PAKSA diri untuk melakukan sesuatu yang baik walaupun kita tak suka, kerana yang baik itu pasti ada manfaatnya.
-PAKSAlah diri untuk melakukan setiap tuntutan yang Allah  dah wajibkan walaupun kadang-kadang@ selalu rasa malas.
-Cuba PAKSA diri kita untuk meninggalkan keburukan dalam diri..(pesan dekat diri sendiri!)

SUSAHnya
-SUSAHnya nak berubah bila fikir apa yang orang lain akan cakap
-SUSAHnya nak berubah jadi lebih baik bila rasa masih tak bersedia
-SUSAHnya nak berubah bila rasa tak baik lagi...
-SUSAHnya nak berubah, nanti itu tak boleh, ini tak boleh...
-SUSAHnya bila selalu fikir susah!

Banyaknya susah, tapi inilah KITA! (yang lagi tepat, inilah SAYE!)

Perhatikan, hayati, fikir. Tiga perkataan yang saye highlightkan kat atas tu semuanya berbau negatif, kan. TAPI, baca sekali lagi! Psikologinya, sebenarnya  ia akan membawa impak dan manfaat yang besar kepada kita...

Misalnya saye tukar perkataan SUSAH itu kepada SENANG...

SENANG...
-SENANGnya nak berubah jika kita tak fikir apa yang orang kata tentang kita..
-SENANGkan kalau kita nak berubah jika kita tak perlu berkorban apa-apa...

Rasa tak? Impak baca die tak sama pada pemikiran dan hati kita, kan.
Tau tak sebab apa?

Manusianya macam KITA ini,  seringkali 'take for granted' untuk perkara@benda2 yang dah SENANG.

Ada yang akan ingat ALLAH waktu SUSAH aje. Akan BUAT BAIK bila perlukan sesuatu. Akan lupa diri bila GEMBIRA. Akan MENYESAL bila dah 'kena'. Akan KUTUK bila jahat. Akan MANIS MUKA bila ada kepentingan..etc..ni contoh je...hehe

Bagi saye, tiga perkataan inilah antara yang bawa impak dalam hidup saye, dan cara saye memanipulasikan perkataan-perkataan inilah yang membentuk pemikiran saye. Ia negatif, namun kita ada kuasa (kuasa pemikiran), untuk kita jadikan ia positif. Sekali gus mempositifkan hati dan diri kita. Dan sebenarnya dari refleksi yang mudah ini pun kita dah boleh menilai diri kita samada negatif atau pun positif!

Kadang-kadang, malah banyak kali DATANG yang NEGATIF kat kita, tapi kita ambil dan JADIKAN ia POSITIF...namun kadang-kadang malah banyak kali DATANG yang POSITIF kat kita, tapi kita ambil dan JADIKAN ia NEGATIF.

Allah bagi kita akal. So, mari berfikir! Tahap mana dan sejauh mana kita mengambil sesuatu dalam hidup kita sebagai sesuatu yang positif.

Ayuh, positifkan diri kita. Kita akan dapat yang positif. Hidup kita positif. Cas-cas positif pun suka nak dekat dengan kita. Kita tarik yang positif dan akan sebarkan yang positif juga!

Ayuh, berubah kepada yang lebih baik!
Allah itu baik, tidak menerima sesuatu kecuali yang baik juga~
"...Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..."(13:11)



(:alangkah indahnya hidup ini>>>bila kita berubah menjadi orang yang lebih baik!:)





 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...

Monday, January 3, 2011

Feedback CAN~


 بسم الله الرحمن الرحيم


TAHUN BARU: JANUARI-2011!


Entry tahun baru..Oh, nak mulakan entry tahun baru dengan sesuatu yang indah...walaupun life seems not to be so... yang tu kita cerita lain entry la yer.;) insyaAllah, moga Allah S.W.T permudahkan segala urusan untuk setahun yang akan datang ini..^__^

 Mungkin sepatutnya saye menyiarkan entry ini lebih awal... namun perancangan Allah itu pasti lebih hebat, jadi kiranya waktu inilah yang terbaik untuk saye menge'pos'nya ke layar 'rumah' saye ni. Bulan April tahun ini insyaAllah, sudah dua tahun Novel Cinta Ain Naqilah, novel pertama saye berada di pasaran atau telah selamat diterbitkan...sebagai penghargaan saye kepada anda semua yang telah membaca, membeli dan menyokong karya saye ni..saye lampirkan antara feedback yang telah saye terima daripada anda... Namun komen-komen dan maklum balas ini hanya 'antara' komen yang 'sempat' dan 'dapat' saye kumpulkan... jadi bagi komen-komen yang mungkin ada anda berikan pada saye menerusi FB, email dan SMS yang tidak saye sertakan di sini..saye memohon maaf kerana tak dapat nak menyertakannya..Saye amat berbesar hati sekiranya anda sudi melakukannya sekali lagi di ruangan komen entry ini...^__^

CAN@jj wangsa-maju


Cinta Ain Naqilah
~Cintanya penuh dengan keindahan, kehalusan, kesucian, dan keanggunan yang bukan mudah untuk dimiliki~




Friends & clicks...
Aqmar's:
jln crita novel mmg mnarik..nnt novel yg kedua..trah pnjgkn plot penceritaan taw..hehe...

Yun's:
yun suke citanya.byk gak panduan n pengajaran yg bley diambil dlm melayari kehidupan berumah tangga, memilih ehem2..hehe..bkn tu saje,ade gak doa2 yg bley diamalkan..hihi..terlalu bykla nk senaraikan kebaikan novel nih huhu.. yun sukela wtk ain naqilah yg tabah dan cekal tu..hehe.

Nawa's:
good artwork,dat novel!!love it so00 much^_^ringkasnye, novel tu byk bg impak,lg2 bg nawa la..huhu mayb dah tjodoh tuk bc novel cinta islamic trah pas ape yg nawa dah thabat kn lam hati ni..bgusla, cinta yg benar2 jujur, semata2 kernaNya, rindu pun keranaNya..dan yg plg pentg cinta yg xternilai tuk suami. barulah rs cinta yg abadi...phewh touching kot..^_^

Alzyemah's..(saye curi dr blog die..hiihih):
to my dearst ukhti athe, sy dah habis bace ur novel!!!best2...nk promote novel kat sini.....BACELAH NOVEL CINTA AIN NAQILAH....karangan athirah taha...sy suke bile die selitkan byk hadis2 dan ayat al-quran....and when she mention about islamnye dlm kad pengenalan-tak same dengan islamnye seseorang itu....tak same dengan islamnye disisi Allah....

DR.AKHBAR's:
Aslkm.Buku cinta ain naqilah tu abr baca dalam satu hari je.hehe..Mmandangkan ni buku pertama buat athirah,satu novel yg bagus cuma pas ni kalo thirah wat novel lg,susunan ayat tu harus dperhaluskan lagi dan watak n tempat harus lebih dperincikan lagi supaya mudah bagi gambaran kat pbaca.Tu just cadangan abr..Scr kseluruhannya buku thirah simple, menarik best lah..so sape yg lum baca tu cari lah dpasaran ye..hehe..

Jannah's..(through email):
wa gempak celibrity astro ah nvl ko2..nya nvl ah..weh aku bce nvl ko smpi x nk tdo mlm ah..xde byk ku nk ckp la.melainkan aku dh jadi ko pnya big fan of ur nvl.so cpt2 la publish konye 2nd nvl.aku dh x sbr2 nk collect nvl ko2..huhu.great idea.pape pn cite ko mmg bst n aku x sabar2 nk tggu 2nd nvl.ble nk publish?dh hbs tls lum?

Aina Hazwani's (through email):
CINTA AIN NAQILAH..
name tu bes la..hehe.(mane dpt name tu ye?=p)
for me it is good enough for 1st trial..
jln cite yg simple yet byk knowledge kt dlm tu
geram dgn riz yg ntah ape2, azri yg byk pendam rase mule2..
ain yg pandai jage diri..
bes2!!
Naufal Jailani : Salam... Novel Cinta Ain Naqilah mempunyai kekuatan tersendiri; jalan cerita, nasihat dan bimbingan buat yang bakal mendirikan rumah tangga. Sifat kesabaran Ain dalam menempuhi dugaan dan cabaran dalam mendirikan rumah tangga. Turut dipamerkan kasih sayang antara dua sahabat yang saling bantu membantu ketika datangnya ujian. Cuma ana tertanya-tanya apa yang terjadi kepada Fariz dan Julia Anis. Apakah kesudahan mereka? Apakah tragedi bakal berulang? Hurm.. Apa-apa pun, keep up the good work.  


@FB...
Rames Poonudurai says at FB:
hi athirah...novel 'cinta ain naqilah' tu mmg bes..tahniah sbb dpt tulis novel dlm usia yg masih muda...tpi kalau boleh dlm novel setrusnye cuba tmbhkan sense of humor dgn unsur saspens skit..mesti lgi bes.....All d bes kpd awk dlm bidang ni..


Ustazah Aisyah(ex-kkb) says@FB:
Ain Naqilah bukan sekadar novel 'makanan ringan' ttp ia penuh kata nasihat spt buku panduan yang diolah sbg cerita spy org tak jemu mencari makna isinya...Semoga ia boleh jd tuntunan para remaja muslim/ah...Semoga Allah terus memberi idea pd Athi utk terus menulis...
 Azie Husman:
hehhe..da bce da bku ni.. :) mmg best :)

Miester Ash:
THUMBS UP!! NICE NOVEL I EVER READ

Nuramalina Huda Yahya:
sye minat sngt novel tu...lain dri yg lain.. 

Siraaj Muneer Abdul Karim:
Utk pgetahuan akk, CAN mrupakan novel pertama yg sy bce smpai hbis...hehehe... Jd sy xthu cmne nk coment sbb x reti nk wat pebandingan, anyway i like the ending.. :)  
 
Cinta Ain Naqilah...mmg best sngt karya penulisan akak.. jln penceritaannye amt menrk hati sy.. Setelah rawaida selesai membaca CAN...rawaida mmg menanti novel kedua kak athirah... hasil nukilan CAN seharusnye mmg layak diberikan pujian* krn bnyk mengandungi hadis2 yg dpt membrikan pengajaran dn boleh dijdkn pedoman dlm khidupn kpd rawaida dan sesiapa jua yg membaca CAN....mengandungi kata2 dn bhse yg sngt indah...berbeza dgn novel2 yg pernh rawaida bace sebelum ni.
 *praise be to Allah..;)
farhat: baik dr segi penonjolan watak yg mpunyai sahsiah yg baik mahupun ungkapan2 hadis & pngajaran al-Quran yg tkandung.. watak2 yg baik dlm novel mmg bkesan utk bg kpd para pmbaca novel kak..sperti watak ain naqilah yg akak gambarkn sdiri.. kalo le sy leh cari org cm die... kih3.. =P



Shoutbox...
fatihahainun: salam trah..novel tirah memang best..idea yg bgus dan mantop!!..sy tggu 2nd novel trah k..:)

ctcomey: erm...novel CAN ni best lar...byk input...heheh...doa zuriat soleh..hehe...

sarina : salam athirah...dah baca novel nie..sgt best.sesuai dijadikan panduan hidup.skrg pun sdg membaca bingkisan fatimah syarha tentang Pemilik Cintaku.
k.sarah: nice novel!!akk ske..kalw de yg d latest,gtw ye..ahlan ke blog..


Dan yang ini saye jumpa dari beberapa blog....hehe;))
humaira:
"First impression tgk novel islamic ni....jatuh hati..:) credit to penulis..smga berjaya..Bca sinopsis crta ni..agak lara la juga hati..tp tak tahu lagi setara mana laranya...

Baru baca...hati sgt terusik...kesetiaan dipermainkan..diri tidak dihargai...knpa ya..slalu manusia diluar sana..seringkali juga begini..huu..Humaira kan..kdg2 terfikir..knpa la org2 ni..tak pk dlu..setiap apa yg kita lakukan..smuanya kan diberi ganjaran..tak kira la baik @ buruk..Allah tu Maha Adil..

Semakin tertarik dgn jalan cerita..sgt impikan perhubungan berlandaskan Islam sebegini...sgt ssh mencari kaum Adam sebegini..huu..begitu juga kaum Hawanya..."

MiaNur:
"Its kinda funny knowing how a novel reflects your real life.. Maybe its not 100% exactly the same but around 80% - 90%.. Its like someone tells others about you. Actually there is a novel introduced by my friend Fadilah (mind you that she is a novel lover) entitled "Cinta AinNaqilah" written by Siti Nur Athirah Bt Mat Taha and published by Telaga Biru.. She "fished" me to read this novel by saying.. "Cerita dia macam awk"..hehehe.. Okay..After reading it..yup its true..the story is kinda similar with me..the cinta part ye..It then makes me realised..perhaps what happened to me really did happened to someone else too or maybe worse.. hm..this is how God test us. Anyways, the overall story was great..so Islamic (and surely it does open my eyes) and here are a quote at the end of the novel that I would like to share with others..simple with a deep meaning..

"Jika ada sesiapa pinta CINTAmu,
katakan ianya hanya pada ALLAH.
Jika ada sesiapa pinta RINDUmu,
katakan ia hanya untuk RASULULLAH.
Jika ada sesiapa pinta KASIHmu,
katakan ianya hanya buat IBUBAPAmu.
Jika ada sesiapa pinta SAYANGmu,
katakan kau menyayangi saudara-saudara MUSLIMmu.
Jika ada sesiapa pinta KEIKHLASANmu,
maka berilah ia pada yang benar-benar menghargainya."


 "Sinopsis dibelakang buku telah sedikit sebanyak menceritakan keseluruhan novel ini. Cuma diakhir cerita sahaja tidak diketahui sama ada Ain Naqilah mungkin tidak akan menerima insan bernama lelaki dalam hidupnya atau memilih Azri untuk mengubati lukanya..memang telah dapat diagak yang Ain akan menerima Azri tetapi cara dan bagaimana Azri merisik dan mendekatinya amat menarik sekali kerana penulis menggunakan landasan agama dalam setiap plot dan ceritanya. Penglibatan keluarga dari kedua belah keluarga, hubungan sesama insan yang bukan mahram dan hubungan erat persahabatan amat dititikberatkan di dalam cerita ini dimana penulis menyusun cerita disamping menyelitkan Al-Quran, hadis dan ijmak agar ianya lebih berilmu dan menarik. Rating : ***** (sangat berbaloi dijadikan koleksi)" 


"satu pncapaian yg agak m'bngga kn laa. ain bce novel melayu dlm mase dua hari jee. a'ah, novel cinta ain naqilah tuu laa. haha. excited ain bg tau roomie ain taun lepas. dorg ckap bgus laa. tadelaa, seari sehelai jee bace kan. haha :) rase nk beli novel lagi laa. mne tak nye. selalu nye lepas suboh tido balek kn. arini lepas suboh bce novel tuu. lagi pon ain nk b'ubah. tamo daa tido after suboh. anak dare ape ni. hehe :) novel tuu best sgt laa. mmg ptut beli dan m'bace nye :) novel tuu pon byk buat ain sedar kesilapan yg ain buat slame nii."
~~~~

***the coolest sigh; Alhamdulillah***
Bukan dahagakan pujian. jauh sekali membangga diri. Sebenarnya bersyukur. Sedikit-sebanyak matlamat dan objektif saye menghasilkan Cinta Ain Naqilah telah menampakkan hasil. Hanya mahu memberi sesuatu yang bermanfaat buat masyarakat untuk mengisi hati-hati mereka dari yang sia-sia, insyaAllah. Doa yang sentiasa saye pohon dari Allah dengan maha sangat, moga dibimbingNya dalam setiap pemikiran, perkataan & perbuatan...Moga Allah sentiasa menjaga niat dan istiqamahkan hati untuk terus berada di landasan; Aku menulis bukan kerna nama...~
Saye mohon dengan sangat, tolong doakan saye!







(:alangkah indahnya hidup ini>>>bile Ilham dari Allah, menulis untuk berkongsi yang indah!:)



 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...