بسم الله الرحمن الرحيم
Lama rasanya tak menulis artikel tarbiyyah di layar blog..rindu yang teramat...rindu untuk mengisi hati sendiri dan agar yang lain juga turut ter'isi' hatinya, insyaAllah.
Kita (termasuk saye!) kadang-kadang malah mungkin selalu merasa penat dengan kebaikan-kebaikan yang telah kita lakukan. Bila kita dah lakukan kebaikan, orang tak hargai, lagi sakit hati rasanya. Bila kita dah lakukan sesuatu, kita pasti nak juga orang lain melakukan perkara yang sama. Tak pun paling kurang nakkan perhatian dari apa yang kita lakukan. Belajar dari hidup, saye faham sesuatu. Oh, itu semua lumrah manusia, lumrah hidup. Namun, tarbiyyah (atau kata lainnya, terdidik dari kehidupan ni...) saye sedar sesuatu. Oh, Allah ilhamkan sesuatu rupanya. Hidup ni penuh dengan perkara yang nak Allah ajarkan; FASTABIQULKHAIRAT!
Dulu, saya pun tak familiar dangan ayat ni, macam jugak yang pernah saye cerita dalam entry berlapang dada. Al-Kisahnya, saye 'discover' perkataan ni buat kali pertama masa saya ber'blog-walking' dan melompat-lompat dari satu blog ke blog yang lain. Ada satu blog yang saye singgah tu gunakan ayat ini; Fastabiqulkhairat! Lepas tu macam selalu pulak dengar dalam lingkungan tarbiyyah. Kemudian saye pun carilah ayat ni dalam al-quran...
Here it goes...
"Fastabiqulkhairat!
" ~berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan..(2:148)
Saye sangat suka kata-kata Allah yang ni, Fastabiqulkhairat! Rasa macam comel sangat-sangat and its just like a motivation that Allah use to inspire Rasulullah to do all the deeds, supaya baginda tak putus asa untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini dan yang sebenar-benarnya Allah gunakan ayat ni untuk memujuk hamba-hambaNya supaya tak jemu-jemu untuk lakukan kebaikan.
Nak tau macam mana Fastabiqulkhairat! ni??
Agak-agak kita ni dah cukup Fastabiqulkhairat! tak??
Sejauh manakah kita ni dah Fastabiqulkhairat!???
JOM! muhasabah diri! (saye dan kamu yang membaca!)
Macam mana Fastabiqulkhairat! tu?
Macam ni...senang aje (lebih senang dari makan kacang...hehe)
Setiap kebaikan yang kita lakukan kita ikhlaskan hati dan niatnya hanya kerana Allah pasti itu telah menjadi titik-tolak kepada Fastabiqulkhairat!
" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Agak-agak kita ni dah cukup Fastabiqulkhairat! tak??
kalau nak dikata cukup itu, memang tak wajar...sebab sewajarnya kita takkan pernah rasa cukup untuk melakukan kebaikan. Jadinya, bila kita dah rasa cukup dengan kebaikan-kebaikan (yang mungkin 'tak seberapa') yang pernah kita lakukan, itu maknanya kita memang tak cukup Fastabiqulkhairat! lagi.
- Orang yang mengejar Fastabiqulkhairat! dalam hidupnya...takkan pernah berkira-kira dengan orang lain...bukannya; aku dah buat semalam, aku dah sudah, kau bila pulak...
- Orang yang mengejar Fastabiqulkhairat! dalam hidupnya...akan mengajak dirinya dan orang lain Fastabiqulkhairat!...kau dan aku jom Fastabiqulkhairat!; Jom berjemaah! hari ni kau imam, esok aku pulak. Jom sama-sama baca quran! Jom qiamulail! Jom kutip sampah!
- Orang yang mengejar Fastabiqulkhairat! dalam hidupnya...akan rasa frust bile dia nak buat sesuatu, tapi dah ade orang lain yang buat. Rasa kalah bila rasa tak cukup Fastabiqulkhairat! bila dah ada orang lain yang buat kebaikan tu dulu; Ala...kau dah buat? aku baru je nak buat tadi...(dituturkan bukan kerana saje-saje tapi memang sebab rasa 'frust' tu ada dalam hati...)
- Orang yang mengejar Fastabiqulkhairat! dalam hidupnya...rasa tak senang duduk bila orang lain buat kebaikan, dia boleh pulak duduk senang-lenang saje-saje...;kalau orang lain dah mengemas, biar dia yang menyapu...kalau orang lain dah berzikir, dia nak baca quran pulak...
- Orang yang mengejar Fastabiqulkhairat! dalam hidupnya...akan sentiasa mencari kebaikan-kebaikan lain untuk dibuat setelah selesai suatu kebaikan yang dia lakukan...
"Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal salih), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal salih yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)." (94:7-8)
(:alangkah indahnya hidup ini>>>bila kita fastabiqulkhairat!!:)
~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...
...wallahu'alam...
No comments:
Post a Comment