بسم الله الرحمن الرحيم
Niat awal entry ni nak jadikan ia rekod dalam sejarah entry saye sebagai entry yang terpendek..hehehe (tapi tak taulah tercapai atau tidak...ahaha) Didraf asal, pada 27hb Januari. Kemudian 'berdating di taman syurga' pada 28hb Januari telah diingatkan sekali lagi tentang indahnya berlapang dada ni. Namun takdirnya...9hb Februari, entry KEMM1511 menjengah blog lebih awal...Maka hari ni, terimalah....
~Berlapang Dada~
Dulu saye pun tak berapa familiar dgn 'term' ini. Tapi berlapang dada ni memang memberi suatu impak yang besar dalam diri saye. Terima kasih kepada Arifah, si kembar singa yang mula mendedahkan saye kepada berlapang dada! (sejak matrik dulu). Sekarang saye pulak yang sebarkan kebaikan berlapang dada ni. Moga kita bersama beroleh pahala berpanjangan hendakNya.
Berlapang dada. These words are such a soothing tone that Allah used to calm prophet Muhammad s.a.w! Keindahan belapang dada ini sangat saye rasa. Oh, Allah memang maha romantik! Romantiknya Dia memujuk hati KekasihNya! SubahanAllah! Cantiknya Allah!
"Bukankah Kami telah meLAPANGkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah pertunjuk)?, Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -, Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?, Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?, Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran ada disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran ada disertai kemudahan, Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal salih), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal salih yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)." (94:1-8)
Hikmahnya berlapang dada dalam kehidupan seharian, mari saye bawa contoh yang ini:
Kadang-kadang secara tak sengaja kata-kata (dan perbuatan) kita yang 'terkeluar' (kerana@dipengaruhi sesuatu situasi) tanpa kita sedar, sebenarnya memberi impak yang sangat dalam kepada hati dan perasaan orang lain. Namun, sebenarnya, kita tak berniat atau tak sengaja pun.
Hari tu: saye (mungkin kerana tengah menyapu satu rumah, dan pula dalam aura2 sedikit 'keletihan' & 'kepanasan') adik saye telefon mak saye. Kemudian dia pun berhajat la (ceywahh...cam ala2 nk meminang aje gayenye..hehe) nak cakap dengan saye. 'Mungkin' kerana dipengaruhi situasi tadi, saye yang tengah agak 'berpeluh-peluh' ni jadi macam tak ada mood nak cakap telefon dengan dia.. So, bila kak de saye nak bagi telefon tu, saye jadi cam malas nak cakap. Pastu saye pun kata nak telefon balik, tapi lepas tu saye pun dah lupe nak telefon balik semula...(haha..kejam punye kakak!)
Dan lepas tu, adik saye yang juga merangkap bestfriend saye ni..(ni versi nak pujukla kira..kalau die baca mesti tersenyum lebar punye...;D) pun merajuk la dengan saye. Bila saye call dia, beberapa hari lepas tu die pulak tak mau cakap dengan saye..huhu( p/s: anyway sekarang kitaorang dah baik da...hehe)
Hari ini: kawan saye, 'mengeluarkan sesuatu yang boleh difahami dari sudut maksud bahasanya dengan baik', 'mungkin' dia nak bergurau (jika saye tak 'emo' memang boleh diterimalah 'kot' jika rasanya dia nak bergurau). Dia 'mungkin' nak beritahu sesuatu yang memang daripada hatinya atau 'mungkin' dia sebenarnya memang jenis yang begitu.
Rasionalnya bagi saye, memang kata-kata itu biasa saja. Namun situasinya berbeza, mungkin pada saat itu tak kena dengan 'mood' saye, mungkin juga sebab hati tak berapa bersih, jadi saye 'kurang-rasa-nak-boleh-terima' itu sebagai suatu 'gurauan-kasar-tapi-manja' yang dia maksudkan sebenarnya.
Hurmmm...
Perkara ini membuatkan saye terfikir dan bersyukur! Oh, Allah sayangkan saye! (walaupun perasan. Saye tak kisah, sebab saye tahu Allah memang tak akan pernah kecewakan saye kalau saye sayang Dia!..^__^)
Allah nak saye refleksi diri saye semula. Jadi, Allah bagi saye 'rasa' dan 'terkena'!
Memang kita mungkin 'tak berniat', 'tak sengaja'... tapi 'ke-tak-ter'tak berniatan dan 'ke-tak-ter'tak sengajaan kita ini sebenarnya sangat terkesan di hati orang-orang di sekeliling kita.
Jadi, jangan ikut 'ke-tak-ter'tak berniatan dan 'ke-tak-ter'tak sengajaan kita aje... berfikirlah dengan bijaksana! (pesan pada diri sendiri!)
Maka, marilah berlapang dada dengan segala kekhilafan.
Jom doakan kita dan dia supaya mendapat rahmat dan redha Allah sentiasa.^__^
" (Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa." (53:32)
Oh, Allah bantulah saye mendidik diri untuk jadi orang yang 'bersih' & 'baik hati'! aaaminn!!
(:alangkah indahnya hidup ini>>>bila sentiasa berlapang dada!:)
~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...
...wallahu'alam...
No comments:
Post a Comment