Cuciii Mataa...

Loading...

...Words From God~O Allah, The Lord~...

"Closer and closer to mankind comes their Reckoning: yet they heed not and they turn away."

"Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.." (Al-Anbiyaa':1)

This is my shelter...

Saturday, December 26, 2009

Ada apa dengan NUR KASIH???



بسم الله الرحمن الرحيم


NUR KASIH???

Lagu kumpulan in-team tu ke??


Owh tidakkk....


 

masa cerita ni ditayangkn kt tv3 hari tu mmg mendapat rating yg luar biasa...smpai kalah rating buletin utama..bahkan marathon siaran ulangannya pun masih ramai yg menonton..


secara peribadinya mmg saya adalah salah seorg antara berjuta rakyat msia yg mengikuti cerita tu..


so..ada apa sebenarnya dengan nur kasih ni???


saye nk bawak anda lihat cerita nur kasih ni dari beberapa persektif yg berbeza...


terlebih dahulu saye nk ucapan tahniahla kpd Kabir Bakhtiar (KB) dan produksi die...ditengah2 keghairahan producer filem hari ni menghasilkn filem dan drama yg berunsurkn keuntungn tnpa memikirkn kualiti... Kabir dtg dgn idea yg laen dr kebiasaan pembikin filem dan drama. rasanye ke'professional'an Kabir dlm mengendalikn setiap babak mmg tidak dpt dinafikan lagi..walaupn saye bknnye pengkrtik filem apatah lagi yg arif ttg filem dan drama, bg saya cara Kabir merakamkn setiap babak@scene tu mmg sgt mengagumkn..he's impressive..*two-thumbs-up*


ok then...jom kite mskkn nur kasih dalam dimensi kehidupan kite!!


actually cerita seperti nur kasih adalah sebuah cerita yg menyampaikn isi yg sgt berat kerana dr episode pertamanya sgt2 bahkn mnjadi tunjang tema drama ini, adalah tema keagamaan..persoalan yg dibwanya juga adalah persolaan2 keislaman..contohnya soal jodoh, poligami, taubat, aurat dll.(wah da mcm A. Samad Said pulak..ihhih..)


~~walaubagaimana pun KB telah membuktikn bhwa cerita2 keislaman seperti ni sgt2 memberi impak dan lebih diterima masyarakat...mcm juga smbutan masyarkt terhadp cerita Syurga Cinta kn...malangnnya ramai producer hari ini lebih mmikirkn keuntungan dgn memanipulasikn pelakon wanita(khususnya) utk melariskn filem mereka..sebaliknya tiada yg berani nk buat filem mcm fikir Syukur21, yg boleh didik masyarakat utk jadi masyarakat yg lebih baik....yg boleh membantu anjakan paradigma masyarakt...yg bawa kesedaran, dan membuatkn masyarakat berfikir..malah baru2 ade yg menghasilkn filem Jalan*.. daripada tajuknya pun sdh melambangkn keruntuhan akhlak n moral.. sebelum ini pun filem spt impak mksima, rempit semua tidak mendidik mesyarakat..kononnya mahu memberi pengajaran pda masyakat dan anak2 muda tp kate2 yg mcm ni sbenrnya hanya sekadar escapisma utk menutup kebejatan akhlak yg sarat didalm filem tersebut..astaghfirullah.

""Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.(6:116)


sebenarnya nur kasih ni sgt berkait rapat dgn kehidupn kita...Jom kite buat analisis dan tgk hikmah dr Nur Kasih~~

sedikit drpd sedutan ceritanya: Adam dijodohkn oleh Ustaz Hassan dgn Nur Amina yg sebenrnya Aidil terlebih dahulu berhasrat hendak meminng Nur. Walaupn sudh berada dm keluarga Adam yg semmgnya mmpunyai hubngn baik dgn keluarga Nur, Nur tetap membatasikn auratnya dgn Aidil(abg iparnya)..Adam dan Nur dijodohkn oleh Ustaz Hassan dgn harapan Nur dpt membimbing Adam akn tetapi yg terjadi adalah sebaliknya...Adam tidak dapat menerima Nur dan tetap sombong dgn dirinya. Adam kembali ke Australia, dgn masih perangai buruknya (minum arak, xjaga batas pergaulan, xsolat dll) dan kemudian berkahwin dgn Katrina. selpas bbrpa thn disebbkn kemlangn yg membunuh kandungn Katrina, barulah Adam mula sedar dan bertaubat...




Hikmahnya: inilah perangai2 manusia yg sebenarnya Allah telah dulu ceritakn dlm Alquran...




Pertama:Aidil menerima dgn hati yg terbuka apabila ayahnya menjodohkn pilihn hatinya buat Adam

...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (2:216)

Ke-2: Nur tetap menjaga auratnya dgn abg ipar sendiri... 

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (24:31)
p/s:~~dlm ayt nie..xde kn Allah kate bole menmpakkn aurat pd abg ipar~~


Ke-3:Adam kembali ke Australia, dgn masih perangai buruknya (minum arak, xjaga batas pergaulan, xsolat dll)  

Dengan yang demikian, adakah orang-orang (yang beriman dan taat) yang keadaannya sentiasa berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhannya: Sama seperti orang-orang (yang ingkar derhaka) yang telah diperhiaskan kepadanya (oleh Syaitan) akan kejahatan amalnya (sehingga dipandangnya baik) dan yang telah menurut hawa nafsunya? (Sudah tentu tidak sama)! (47:14) 

(Bukan demikian), yang benar, barang siapa berbuat dosa dan ia telah diliputi oleh dosanya, mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.(2:81)



Ke-4:Adam bertaubat bkn kerana bimbgn Nur Amina..

Dan tidak ada gunanya nasihatku kepada kamu, jika aku hendak menasihati kamu, kalau Allah hendak menyesatkan kamu (kerana kamu tetap berdegil); Dialah Tuhan kamu dan kepadaNya kamu akan kembali. (11:34)

Ke-5: Adam bertaubat dan sedar setelah musibah dtg melandanya.. 

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.(66:8)

Ke-6: Akhirnya Adam bertaubat juga...  


Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar.(4:48) 

Maka sesiapa yang bertaubat sesudah dia melakukan kejahatan (curi) itu dan memperbaiki amal usahanya, sesungguhnya Allah menerima taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (5:39)


Adam pulang ke Msia, ingin menebus kembali silapnya, berterus-trg ttg status Katrina pd Nur. Nur membawa diri ke Jeddah. Katrina pn tinggalkn Adam jugak. Adam pn terus berdoa supaya Nur akn terima dia semula.




Ke-7: Adam berpoligami 

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.(4:3)



Ke-8:Adam terus berdoa dan tidak berputus harap supya Nur terima dia kembali.. 

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.(2:186)


Ke-9: Nur dan Katrina meninggalkn Adam dan barulah Adam memuhasabah dirinya kembali.. 

Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. Dan kamu tidak akan dapat melemahkan kuasa Allah (daripada menimpakan kamu dengan bala bencana, walaupun kamu melarikan diri di mana sahaja) di muka bumi (atau di langit) dan kamu juga tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari Allah. - sebagai pelindung atau pemberi pertolongan. (42:30-31)


Aidil bertemu Aliya semasa menunaikn umrah. Sekembalinya ke Msia Aidil masih berhbung dgn Aliya kerana membantu kerja yayasan umi Aliya (Datin Mona). Walid Aliya merisik Aidil untuk anak tunggalnya itu. Aidil dan Aliya pun berkahwin..




Ke-10: Walid Aliya merisikn Aidil untuk anknya...(xsalah sebelah perempuan yg mula dlu..tp knelah caranya kn....lagipn lelaki soleh biasanya mmg pemalu...hihii(^^,)

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (24:26)


Macm2la konflik yg berlaku lagi in between ini...tmbah2 pulak si Sarah  yg jadi gunting dlm lipatan tu...nk melagakn Nur dan Aliya...astaghfirullah..




Ke-11: Sarah yg suka me'laga-laga'kn Nur dan Aliya... 

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (49:6) 

"Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah." Riwayat Bukhari dan Muslim)


Lagi...katrina kembali semasa majlis perkahwinn Aidil. dan menceritakn perubahannya slps meninggalkn Adam dlu... perubahan katrina yg mula beajar agama di sebuah pasentran di Indonesia. Dia kembali mntaati Allah dgn bersolat dan belajar Al-quran.




Ke-12: perubahan katrina~~~  

Dan mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengasihani, lagi Maha Pengasih.(11:90) 

Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertakwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik. (30:31) 


Katrina yang menderita cancer hati...akhirnya pergi juga mngadap Penciptanya... dipendekkn cerita...Adam pergi outstation kt India dan terpergkp dlm serangn pengganas..di dlm kekusutan ni lah Sarah dgn perangai buruknya tu terbongkar apabila Aliya berterus-trg dgn Aidil.. tetapi Aidil, Aliya dan Nur ttp memaafknnya. Nur pulak masih xputus harapn yg Adam masih hidup dan terus berdoa kpd Allah s.w.t...Akhirnya Adam kembali semula setelah lebih kurang setahn kemudian..Sarah pula ditimpa kemalangan...~~~




Ke-13: kematian Katrina... 

" Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan." (21:35)


Ke-14:terbongkarnya perangai buruk Sarah.. 

Dan katakanlah:” telah datang kebenaran, dan hilang lenyaplah kebatilan; Sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap (17:81)


Ke-15 : Aidil, Aliya dan Nur Maafkn Sarah... 

Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.(2:263)


Ke-16:harapan dan keyakinn Nur yg berdoa pd Allah.. 

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (64:11)


Ke-17:Sarah yg ditimpa kecelakaan.. 

(Lalu dikatakan kepada mereka setelah ditimpakan dengan azab seksa): Balasan buruk yang demikian ini disebabkan kamu dahulu bersukaria di muka bumi dengan cara yang salah (pada hukum Tuhan) dan disebabkan kamu bersenang lenang dan bermegah-megah dengan berleluasa (dalam maksiat).(40:75)
 p/s:~~tapi nasib baik Allah da bls ats dunia~~~



*end of story*

actually saye pn da xbape nk ingt sgt kronologi cerita nur kasih ini..yg baik itu dtg dari Allah s.w.t dan yg xbrape nk baik tu adalah ats kelemahan diri saye sendiri.. semoga dpt kite kongi bersama manfaat daripada cerita nur kasih ini~~


qoute yg paling saye ingt dr cerita ni...kata2 Adam pd katrina masa naek teksi nk blk msia lps die da insaf (yg lebeh kurang mcm nilah bunyinya): 

"Bukannya hipokrit, tapi tak salahkan kalau kita cuba jadi yang lebih baik..."


~~renung2kn dan selamat beramal~~
...wallahu'alam...






Monday, December 21, 2009

~~Bila dah lama x berbola jaring dan berbola tampar...

بسم الله الرحمن الرحيم

....bdn pun sakit2 dan sengal seluruh bdn~~


Actually tuan rumah menaip entry ini dgn keadan yg statik duduk di ats kerusi belajarnya smbil mnaip laptop..kaki statik tanpa bergerak..sbb kalau gerak..~~aduh skitnyer~~~*muscles injury*


semlam(skrg da nk msk hari senin..)..suppose to say..hari sabtula...saye berpeluang join KASBI...comelkn name tu...ihihihhi... actually it stands from Karnival  Sukan Belia Islam Nasional yg dianjurkan oleh PEMBINA (persatuan belia islam nasional) dan rakan strategiknye..ISMA (ikatan muslimin msia)..


inilah KASBI  kali pertama dan berjaya mengumpulkn penyertaan pembina dari negeri penang,kedah, johor, melaka, gombak, Shah alam -kelang(SAK), dan daerah hulu langat (DHL). Saya salah seorg kontigen SAK!!!




nak dicerita..perjalann saye nk menyertai prgrm hari sabtu tu mmg agak mencabar...
mlm khamis tu saya pulang ke kmpg halaman tercinta saya yg terlokasinya di 'bandar ikan patin'...
saya blk rumah yg home sweet home itu dgn along saye kire2 pkol9 mlm. dan smpai kt rumah kire2 11pm lebih..
saya balk rumah sbb nk jumpa emak n abah saya yg br aje pulang dr menunaikan fardhu haji pd hari selasa yg lalu..
memndagkn saye tak dapt nk ikut jemput mk n abah kt klia hari selasa tu..disebb kn jadual klas yg sgt2 pack..jadi sbb itulah saye ambil keputusn utk blk hari kamis mlm tu..jumaat pgi tu pulak adik-beradik sebelah mk saye dtg menziarah..n lepas zuhur br diaorg beransur balik..lpas je adik-beradik mk saya blk..saye pun bersiap2lah utk blk ke sh.alm semula..tak smpi 24 jm pun balik rumah..:((..dlm planning saye mmg nk blk petg tu dan nk naek bas pkol4.30 ptg..dan Alhamdulillah..planning berjaya dgn izin Allah..mmg rase bersalah sbb balk sekejap je jumpa mak n abah..(tp xpe, Alhamdulilah pagi tu sempat jugk solat subh berjemaah:)) nk buat  mcmana..saye da janji nk join KASBI lebih awal..lagipn mlm jummat tu kne bermlm kt rumah seorg akak ni (akhawat) utk memdhkn transportation hari sabtu nt..



dlm perjalnn bas yg saye naek tu rosak la pulak..biasenye bas ni mmg bas favourte saya..tp xtaulah..haritu bas tu cm 'xsehat' ckit kot..jadi terpaksela tgg bas laen dtg...kelewatan bas td menyebbkn time planning saya da terlari ckit...smpai je kat perhentian bas kt kl ..cept2 saye naek monorel..mase tu da dkt2 kol 7..smpai kl sentral pun da 7.30..jadi saye solat la jama-qasar kt kl sentral dlu...lps tu brulah saye tgg train nk blk sh.alm..tgg punya tgg train tu mmg lambt..dkt pkol 9 br sampai..akak yg akn pick-up saye nt da call..tny da smpai sh.alm ke blom..alamak...rase bersalahnye sbb xsmpai lagi...
sampai kt sh.alm  da dkt pkol 10..siap mintak pkck tksi  yg hntr saye kt umah sewa tu tgg kt luar rumah sementra saye  packing brg2 utk esk..saye kne pergi seksyen 3 sbb akak tu akn pick up saye ngn kawan saye yg sorg lagi...dgn kelam kabut saye sumbat sume baju2 n brg2 lain dlm beg..(hehehe..) naseb baek xde ape2 yg tertinggl..then xsempat pn nk tukar baju saye trusla pergi umah kawn saye tu...mase tu bdn pun sgtla penat da perut pun agak lapa..sementra tgg akak tu dtg..habis mknn kt umah kwn saye tu saye keje kn..(huuhuu..exaggerating..).then smpai kt rumh akak yg kteorg ak pergi ngn die hari esk dit pkol 12. mcm xpatt je dtg rmh org tgh2 mlm cmtu kn..ihihihi..


then pagi2 bgn n bersiap2 nk bertolak ke ukm, bangi tempat perasmian KASBI. then lps tamat perasmian, akhawat (saudara perempuan)@peserta perempuan bergerak ke unikl GMI. kteorg punye games berlangsng kt cni..kne separate ngn ikhwah (saudara lelaki) @peserta lelaki la kn.

jadinya..naqibah saye masukkn nama saye dlm senarai bola jaring utk wakil pasukn pembina shah alm-kelang(SAK)..frankly, saye mmg bole maen, tahu maen, tahu undang bola jaring tp mmg dah lame sgt xmain..rasenye last maen bola jaring mase F1 kot..

sbb mase skolah menegah saye lebih aktif maen bola tmpar...tp xpela saye xkisah pun..part nk pilih position yg paling tak tahannya....semua org xnk jadi C(center)..then terpaksala saye amik postion tu yg mmerlukan ketangkasan dan kelicikn...mula2 saye pun cm xyakin sgt sbb seingt saye last saye jadi C mase darjah 2 kot..huuhuh..nk2 pulak da hampir dua thn mmg xbersukan langsg..(dok menjage lemak di bdn je..hohoho) aduh...tp nk wat cmne mne da xde org yg nk amik position tu. mula2 tu still ok lagi...tp lepas half time saye mmg xbole nk tahn da..nk2 pulak 1st match tu lawn grup melaka yg die  punye C sgtla lincah..huh..mmg kepenatanlah saye...*pengumpulan asid  laktik nmpknye..tmbah pulak respirasi anaerob..* hahahh..kn da msk bab2 biology ni..uhuhuu..
Dua match berlangsg dan kemenngn tidak berpihak di pasukan kami...(mayb sbb C die xmembantu kot..hehehe..sape C die???..sayela tu..kui3..)..then game yg ketiga...saye bagi kwn saye yg lain ganti psition saye...sebb saye mmg da xlarat..then bile saye jadi tukang sorak..menng pulak game tu...hihih..
tp lepas tu..saye replace pulak kwn saye dlm team volleyball..sye sgt suke sbnrnye sbb b4 this mse kt mrsm dlu mmg saye yg wakil team volleyball..bile diberi peluang tu saye gunekanlah dgn baekkn..dan Alhamdulillah..dua2 game yg saye join volley ball tu kami menng..kteorg dpt jadi naib johan...:)) (mungkin jodoh msih bersama bola tmpar...ihihihi)


yang seronoknye lagi..saye dpt jumpe salah seorg kembar singe...yg da dkt 3tahn xjumpa...dptla lepas rindu kt die..

then...
bila balik..
bdn sgt2 sakit...
inilah padahnye...bile xade latihan dan da lame xbesukan...
walaupn sakit2 bdn..tp sgt2 seronok..sbb dpt tautan ukhuwah dan enjoy!!!


 


 
~~Allahumma'afini fibadani~~



...wallahu'alam..




P/s: this is all for this time being...nk smbg buat nota pharmacology...
insyaAllah upcoming entry.."Ada ape dgn Nur Kasih??"..tggggggggg.!! 

-12.53a.m, monday, 21st Dec, 4th muharam-

Saturday, December 5, 2009

The Words I like beSt todaY....

Tika lemah Allah ada untuk kau luah rasa. Tika goyah kau harus kuat kerana kau pembawa agama. Tika terluka kau harus tabah kerana kau mujahid muda. Tiada rasa ketuhanan jika tiada ujian, tiada rasa kehambaan jika tiada kepasrahan, tiada rasa pergantungan jika tiada kepayahan...

Wednesday, November 11, 2009

Aku menulis bukan kerna nama...

بسم الله الرحمن الرحيم
~~Ilham dari Allah, menulis untuk berkongsi yang indah~~



To tell the truth…

Inilah antara perkara yang saya hadapi bila da jadi penulis nvel ni..

~~orang akan tny macm mane bole terbitnye novel tu..dan jawapannyer yg sgtla pnjang..so kalo nk tau..read-up here guys….ape2 pn..perjalanannya buknnlah senang..bkan amik mase satu-dua hari…memerlukan byk usaha, keyakinan, PR yg baik, kesabaran, berdidikasi n yg most of all.. knelah selalu berdoa..


~~lepas tu ade yang beri komen…yang mmg saya alu-alukan malah ade sesetengahnye mmg yang minta feedback mereka..dan antara komen2 nye seperti yang da saya pamerkn kt blog, sebelah side bar ni..


Tp mungkin yg saya sempat nk letak kt ctu nmpak macm komen2 yg memberangsangkn..n Nampak cm baek2 jer komen tu kan..tp to tell the truth meh saya btau antara komen2 laen yg saya terima….


“ novel ni buat tido bolela..”
“ konflik tak kuat sgtla…”

Ade lagila mcm2 komen yg saya dpt…nwy saya hargai semua komen tak kiralah berbau negative atau pn yg positif…kedua-duanya bgi saya sama saja..komen2 tu saya terima sebagai RnD yg akn menjadi semangat dan akan cuba saye perbaiki untk novel-novel akan datang, insyaAllah..terima kaseh byk kepada semua yang sudi bagi feedback..There’s the says yg kate..perkara yg paling mustahil untuk kite buat dalam dunia ni adalah untuk memuaskan hati semua org..Then sebb tulah saye terima segala komen2 dgn hati terbuka..


These are the side yang saya terima daripada org ramai..then mungkin mereka tak tahu apa tujuan saya menulis…mcm ayat first saye kat atas tu.. ~~Ilham dr Allah, menulis untuk berkongsi yang indah~~ minat dalam bidang penulisan adalah antara fakta utama yg saya mmg saye tak terfikir pn utk nafikannya.. tp di sebalik tu..ada beberapa fakta n faktor utama yang laen yg sebenrnya mmbuatkan saya menghasilkan Cinta Ain Naqilah (CAN)..


-saye melihat novel CAN sebagai salah satu medium dakwh (yg kalo guna istilah ni..org selalu pandang dgn pandgan yang menmpaknnya adalah suatu unsur yg berat..) dengan itu secara peribadinya..saye lebih suka menjadikannye sbagai satu medium tarbiyah.. (mungkin ade yg x familiar dgn istilah ni…) xapalah saye permudahkan lgi utk kefahaman semua..tarbiyah ni adalah suatu bentuk pendidikan...jadi saye suka menjadikan novel ni suatu medium utk mentarbiyah masyarakat atau mendidik masyarakat..


-Melihat kepincangan yang melanda umat sekarang khususnya para remajalah yang membuatkan saye menghasilkn CAN.. couple seakan menjadi “budaya” yg sukar nk dikikis dalam kalangan masyarakat kite..ibu bapa pn semacam tak kisah melepaskan anak2 keluar bersama lelaki yg bukan mahram mereka (atau dalam bahasa yg tak sedapnye ber“dating”lah kn..) dan sebagai seorang yang membaca novel,yang selalu mengkrtik novel (yg ade di pasaran skarg)..khususnya novel yg seangkatan dgn genre novel CAN iaitu kalo xsalah saye mskknnye dalam kls novel cinta.. saye kadang2 (malah selalu) hairan dgn penulis2 novel yg ada sekarg..serius, kalo sya bce novel2 cinte tu sebenrnye mmg saye menahan rase geram..dan sakit hati..kadang2 saye tak faham..apalah agaknye motif penulis novel tu…konon ceritanye tentang kehebtan cinta lelaki dan perempuan ni..sebb terlalu cinta (kononnye la kan..) smpailah snggup buat ape saja.. pastu siap ade heroin yg digambarkan bertudung, jaga solat..tp alih2..sanggup beri peluang kepada jejaka “pujaaan” menyentuhnya..exspecially yg paling biasa..pegang tanganla.. sedangkn pegang tgn tu mmg da sah berdosa dan salah disisi agama secara terang-terangn!! mungkin pendedahan saye ini nmpaknye sedikit sinis tp inilah kebenrannya…sebab tu remaja kite seakan disogok baca-bacaan fantasi mcm ni..maruah agama tak dijaga..macam mane tu?hisy..*regretful sigh*



-jadi kerana bimbang perkara ni menular dlm masyarakat kite saya hasilkn novel CAN (dgn ilham dan taufiq Allah)…ade yg beranggapan ssh nk pilih pasangan kalo tak bercinta….dgn anggapn sedemikianlah menampakkn Islam tak harmoni, tak open –minded..maka saye harap CAN dapt membuka mata masyarkt dan mengubah persepsi mereka tentang itu…Islam bukan tak open-minded, cma kita ade cara kite… cara yg lebih indah…sebab Islam tu sendiri mksudnya sejahtera, selamat…dan segala2nya itu akan menjadikan hidup kita indah kalo kite ikot ape yg Islam dah gariskan… dkt MSU haritu mase ade Minggu Penghayatan Islam..saye ade attend satu forum cinta remaja..”bercinta sampai syurga..” adelah panel tu menyentuh macam mne sebenrnye nk bercinta dlm Islam..kate ustaz tu..(maaflah saye tak sempat nk tangkap name ustaz tu MC sebut sbb saye terlambt ckit..ihiihihi)



Ustaz tu berkata-kte yg mane katanye…

-mengikut Ibnu Qayyim..tiada percintaan sebelum perkahwinan... ada dua pndapat ulama mengenai perkara tersebut.. yg pertama..dibolehkan “bercinta” sebelum berkahwin..misal kate nk berjumpa, atau pergaulannya…. Ttp ada syarat2nye..ada syarat2 yg perlu dijaga.... yg kedua..mengikut pendapat yg syadid (kuat)…mmg tidak diboleh berjumpa langsung..(kire sbb tulah ade org tengah..)


-bagi kite org2 “biasa” ni maka saye lebih suke mangambil pendekatan yang pertama..mengikut pendapat ulama itu…ttp bagi org yang “taqarub” yang mane yg sgt menjaga hubungannya dgn Allah..maka sudah tentu akan memilih pendapat kedua..tak apalah apa2 pn kedua2nya tidak menyalahi syarat Islam kn..


-inilah prkara2 bersyarat yg saye cube terapkan dalam novel CAN…dgn hasrat cuba dan supaya dpt mendidik masyarakat kita khususnya para remaja (khususnya remaja perempuan kite) supaya tahu menjaga diri dlm pergaulan, berakhlak mulia…


-selain itu saye juga cube nk menyedarkan para remaja yg apabila membicarakn soal perkahwinn, ia bukanlah suatu perkara yg kecil..bile bace novel2 yg “sebegitu” mereka ak merasakn mcm senng je perkara2 yg berkaitan dgn perkahwinn tu..tp mereka tak sedar sebenrnya banyk lagi perkara yang perlu diperbaiki dan perlu lengkapkn diri sebelum btol2 bersedia “bercinta” dgn org yg sepatutnya apabila sudah berkahwin tu nanti..(cey da rupe kaunselor perkahwinn plak..ahaha)


-sebenarnya perkara nilah yg paling penting dalam masyarakt.. perlu membentuk diri dgn akhlk yg baik (yg btol2 menjadi individu muslim), ilmu yg cukup br boleh membina sebuah keluarga yg bahagia (baitul muslim), lepas tu barulah melahirkan rijal-rijal (pemuda-pemuda) yg agung.. kemudian barulah terhasilnya masyarakat yg betamadun, bersivik tinggi..then barulah org nmpak imej Islam yg sebenar.. tp kalau dr awalnye perkahwinn yg merupakn “misqan-ghalizo” iaitu ikatan yg kuat yg diambil dari Allah itu dicemari dgn ‘couple’ dan perkara2 yg bertentangan dg agama (cthnya mcm dating, pegang tgn, itu-ini lagilah rasenye xperlu saye mention kt cni..) macm mane nk membentuk perkahwinn yg diredhai Allah.. natijahnya lahirlah anak-ank yg xjaga akhlak, xbape nk msk diajar, anak-ank yg xbape nk ada adab..


~~da yg paling tak tahannye bile da jdi penulis novel…ramai yg tanya…


“bape dapat royalty?”
“ banyak ke dapat royati??”
“wah....kayalah die sekarang.”

-terus-terang Alhamdulillah…bolela buat side-income saye skrg yg msh belajar ni..tp sblm ni mmg saye tak pernah nk amik tau pun pasal royalty saye tu lps sign agreement. Saye mendiamkan diri mcm tu jer.. tak kisahlah..asalkn matlamat utama saye utk berkongsi sst yg berharga dgn masyarakat da tercapai.. ble akak TBSB tepon btau pasal nk bank-in cek br lah satu amik tau… saye jadi sedih dgn mentaliti masyarakat kite..mmg menulis boleh jadikn satu karier..tp bg saye untuk jdi seorg penulis yg berharga utk agama dan masyarakat penulis tu harusla ada matlamat..bukan tulis saja2..bantu didik masyarakat utk jadi masyarakat yg lebih baik…dan kalo boleh itulah misi saye menjadi seorg penulis..


~~ “ lagi best ayat2 cinta..”


-saye faham..bukan semua org mempunyai tahap tarbiyah yg sama... Tak semua org bole terima ayat2 cinta..org2 yg fikrahnya yg tinggi (kefahamn ttg agamanya) mgkin boleh sgt menyukai ayat2 cinta. (secara peribadinya)…saye mensasarkn novel cinta ain naqilah untuk org yg mungkin baru hendak mengenal keindahan percintaan dalam Islam..yg br nk tahu betapa indahnya Islam itu kalo tak ade unsur-unsur syaitan di dalamnya… saye gembira bila org yg “biasa2 aja” (mean bukanlah nk merendah-rendakan mereka kerana saye pun termasuk golongn ini juge… kite yg tak brape nk berfikrah ni la..) lepas bace novel saye berikan feedback yg bole membuatkn saye tersenyum…
“ novel ni tak berat sangat…”
....dalam hati saye sgt bersykur dan berdoa supaya hidayah itu akan sentiasa menjadi milik kite bersama dan berharap mesej di dalam CAN dapat diterima..


***the coolest sigh…Alhamdulillah***





JOM…SAME-SAME KITE TARBIYAH DIRI UNTUK JADI ORANG YANG LEBIH BAIK!!!!


inilah desktop pic saye..anda bagaimana???



...wallahu'alam...


Monday, November 9, 2009

MESTI BELI & BACA!!!!!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

pilihan mata hati: MESTI BELI & BACA!!!!

~~~Untukmu Wanita by Ustaz Zaharuddin Abd Rahman~~~

Athirah Taha gives 9.9 out of 10 to this book!!!(0_0)


***UNTUKMU WANITA***


“Buku ini dihasilkan bagi menghampiri kaum wanita dan menghulurkan secebis nasihat buat tatapan mereka. Ia turut dikhususkan untuk para lelaki yang sedang berusaha mencari-cari intipati ilmu kebaikan dan nasihat untuk hidangan mereka yang bernama ibu, isteri, kakak, adik dan anak,” beritahu Ustaz Zaharuddin dalam mukadimah bukunya.


Dengan huraian yang padat, jelas dan tegas, buku ini dipersembahkan dalam bentuk soal-jawab, menjadikannya bahan bacaan yang lebih santai dan bersahaja. Terdapat juga kisah-kisah motivasi dan rantaian cebisan pengalaman yang dialami sendiri oleh penulis untuk dijadikan iktibar kepada pembaca.


Buku ini mengandungi tiga bahagian utama iaitu:
Bahagian 1: Wanita, maruah dan aurat
Bahagian 2: Wanita dan munakahat
Bahagian 3: Wanita dan rumah tangga


Setiap bahagian pula mengandungi lebih kurang 10 bab yang dikupas bersama dalil-dalil al-Quran dan hadis untuk memantapkan pemahaman pembaca.


Buku setebal 214 muka surat itu boleh didapati di pasaran dengan harga RM23.


Thursday, November 5, 2009

**Kekasih Halal**


بسم الله
الرحمن الرحيم

Suatu petang yg indah di rumah sewa saye…saye tgh basuh periuk nk mask nasi...smbil diperhatikan oleh housemate saye yg sorg nie..kiteorg mg suke berdikusi..(ahahha..) kt dapur pn bole gak..kuang3.. bukan stakat diskusi ttg bab2 memasak tau…jadik hari tu kteorg bukakla dskusi pasal nk carik pasangn hidup..hoohohoho..topik ni mmgla topic yg kire-kire agak2 tajuk terhangat di pasaranla nk-nak plak kalo kt student kn…

Housemate tersyang : weh trah….cube ko btau ak ape kateria (bukn catering yer...hahaha ) lelaki idaman ko..(cey..lelaki idaman..cam geli jer..huhuhu)

Memandangkan sayelah satu-satunye yg masih berstatus single n available..make housemate saye nk merekomenkn saye dgn sedara-mare dan sepupu-sepapat die yg bole dipercayai….ihihihi….tp die tak tau yg sebenrnye hati saye mmg dah dimiliki si-Dia>> tuhan yg Esa..


Make utk tidak membuang mase..pd hari ini saye akn reveal kn kateria-kateria tersebut…Dulu…kateria seperti physical appearance sgtla tidak saye titik beratkn.. nilai2 materialistk pn tdk msk langsung dlm senarai kateria idaman saye..(chewah…)


Tp..


Kini….memandangkan krisis identiti yg melanda ramai remaja pd hari ini serta kebejatan akhlak yg menular dlm kalangn masyarkt skrg..dan tdk ketnggalan tuntutan dunia globalisasi sekrg..


Maka..saye telah melakukan suatu evolusi dan anjakn paradigm dgn merombak kembali kateria2 pilihan saye…hahahah..


Jadi..kalo sesiape yg nk merekomenkan sesiapa pd sye yg masih single but hati saye yg xavailabe ni..harapnye tolonglah carikn yg ade kateria2 yg cam gini yer~~huhuhu(^__^)


-Dulu saye tak kisah pun kalo org tu tak handsome…tp sekarang..tak boleh tidak..org tu mesti.mesti.dan mesti HANDSOME!!! Kalo tak saye mmg tak nk terima…Dia MESTILAH handsome(@kacak@macho dan semualah perkataan yg sewaktu dgnnya..) Nk jadi lelaki yg akn membimbing seorng perempuan dlm hidupnya..dia mestilah HANDSOME:


~~handsome AQIDAHnya....

~~handsome AKHLAKnya…


- Dulu saye tak kisah pun kalo org tu tak kaya…tp sekarang..tak bole tidak..org tu mesti.mesti.dan mesti KAYA!!! Kalo tak saye mmg tak nk terima…Dia MESTILAH kaya(ni bukan kaya yg letak kt roti tu tau..ahaha) Nk jadi lelaki yg akn membimbing seorng perempuan dlm hidupnya..dia mestilah ade harta yg tak ternilai utk diwarisi oleh anak2 die nnt..jadi lelaki tu mestilah KAYA:


~~kaya BUDI BAHASA..

~~kaya ILMU…

~~Kaya SENYUMAN…

~~kaya MORAL..


-Dulu saye tak kesah pun kalo die ade degree jer…tp skarang saye nk die ade PhD!! Mesti ade PhD..


Tp bukan PhD doctor falsafah tu…yg nie..PerasaanHasadDengki…serius..


Dulu saye nk org2 yg baik2 jer..tp sekarang saye nk yg ade PhD@ PerasaanHasadDengki… Nk jadi lelaki yg akn membimbing seorng perempuan dlm hidupnya..dia mestilah ade tahap pendidikn yg tinggi..jadi lelaki tu mestilah ada PhD dlm dua keadaan ni..macm dalam hadis Rasulullah kate…kite bole ade PhD kt org kalo…


~~pertama PhD bile org yg kaya harta dan membelanjkan hartanya pada jalan Allah

~~kedua PhD bile org ade ilmu yg banyak dan digunakan ilmunya untk mengajak org kpd kebaikn dan cegah kemungkaran..


Sebenarnya..byk lg kateria yg saye nk senaraikn..

Tp saye dah ringkaskan semua…..tengoklah kt side bar bahagian temuduga terbuka tu yer~~ihihiihi(~.*)


P/s: kesimpuannye bukan senng nk cari "Kekasih yg Halal" nie ..tak kisah bg pihak lelaki ataupn perempuan..jadi kepada ssiapa yg sedang ber'couple' tu sedarlah anda bahawa si die masih lagi "Kekasih Haram " anda...*fikir-fikirkn dan lakukanlah perubahan*

...Wallahu'alam...

p/s: actually klip video ni cm tak sesuai sgt dgn lagu tu...tp yg penting dgr liriknye yer!!




Tuesday, November 3, 2009

The Words I like beSt todaY....


"Jadikan yang tebal itu iman, yang nipis itu lidah, yang tajam itu akal, yang lembut itu hati, yang ringan itu solat, yang luas itu ilmu, yang manis itu senyuman."

Tuesday, October 20, 2009

A piece from heart...

بسم الله الرحمن الرحيم

the coolest sigh...~~Alhamdulillah~~

Praise be to Allah...for every nikmat that Allah give to us....
saye sgt bersyukur kerana dimurah rezeki oleh Allah..apabila perkara yg saye usahakn selama ini telah pun membuahkan hasil..
maka hasilnye telah saye dpt sebelum raye yg lalu..
it is just a piece of mind which comes and would return back to Allah, the Lord.
~~Cinta Ain Naqilah>>ilham dr Allah, menulis utk berkongsi yg indah~~

"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.." (53:39)

Acknowledgement...

  • Pertama sekali, first of all, the most of the most of all....

~~syukur Alhamdulillah (segala nikmat dan ujian hanyalah dari Allah)~~

  • Keduanya...

~~mak dan abah...yang sentiasa doakan kak chik...

  • Ketiganya...

~~to all TBSB crews...special thanks to tn Hj Mohamad coz sudi beri peluang untuk go through my manuscript.. may Allah bless all of you...

  • Keempat...

~~adk-beradik...along+abglong, angah,kde, abgmer....Adik-my bestfren...

  • Kelima...

~~my usrahmates....Aini,Arifah,Wahida,Jannah,Jue,Syeena.... tq for the moral support...

  • Ke-(mls nk kire..hahhaa)...

~~kwn2 rapat kat skpa,kkb n kmm... dan yg lain2 juga..(yg support kalo beli..hhaaahaa) aina hazwani,alzyemah,yun,takki,nina..(ni yg saye tau die beli dan bace..)

  • Ke...(seterusnya..)

~~roommates (min,c.zue,c.pah,c.yah,KD, ira) n bebdk kat hostel ‘yg indah dan permai tu.’

  • Ke....(kemudiannya..)

~~~classmates and kawan2 kt MSU, kolej ‘yg popular...’ tu...(ye ker...hihihi)..thanks to all especially whose buy CAN to support.. nik,tehah,jihah,ena,izzah,yus,halim,meena,lina,aqmar,nina,minu, intan,tiqah,cikan,meera,syira.. (and a few more..sorry kalo xmskkn dlm ni..remind me..then i'll add it on..)

  • Ke..(infiniti...)

~~~kepada semua yang sudi beli, sudi baca, sudi komen, sudi nak ambil pengajaran dari novel Cinta Ain Naqilah.. May Allah be the light for you, everlasting...insyaAllah..


..Ma’assalamah..



Wednesday, September 23, 2009

Eid Mubarak..^___^

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebulan dah pun berlalu...
bulan yg penuh keberkatan telah meninggalkn kita..
or should i say..
kte yg sebenarnya telah meninggalkn bulan yg penuh keistimewaan ini..

Adakah kite dah memanfaatkan semksimumnya bulan ramadhan ini???
ble muhasabah diri balik..seriously...
mmg x-brape nk puas hati dgn achievement diri send
iri walaupun ramadhan dah berlalu..
sedih pulak rasenyer..

~~kite akn lebih menghargai sesuatu ble ia
dah hilang dari kte kn?!~~

ntah akn berjumpa lagi atau tidak dgn ramadhan akan dtg...
moga Allah masih mengizinkn kite utk terus bernafas demi untk memnfaatkn nikmat2nya sehingga ramadhan akn dtg, insyaAllah-amin..


Raye saye tahun ni xbyk sgt bezanya...
oooopsss...
one thing nk share..
before this saye xprasan..
tp mase tgh tgk tv hari tu br prasan..
baru2 ni saye sgt suke tgk cerita kt Astro Oasis(106) tajuk die..
Qamar Bani Hashim kalo xsilapla..
cerita ni dilakonkn oleh org Arab..tp ade subtiltle..
drama ni mungkin disiarkn sempena Ramadhan hari tu..tp still ade lagi smpai sekarang..
biasenye sy tgk wktu siaran pkol6 ptg..
ceritanyer berkisarkan ttg nabi Muhammad s.a.w.
sgt2 menarik ceritanya...saye pun rasa sgt rugi sbb br tau ade cerita tu kt Oasis (sbb kt umah sewakn xde tv..) rasecm nk carik je cerita ni nt..

then..smbg cte pasal raye ni...hihihih
biasanya mmg adik-beradik abah akn berkumpul kt rmah kami memandangkn abah nak sulung..
balik kmpung mk ptg rayer pertama tu jugak..
tapi lagi seronok tahun ni sebb bertambah sorg lagi ahli keluarga kami...
si budak kecik tu..ihihihi..
so kt rmh ni mmg ade "peralit" kteorgla..

then...
right after balik cuti rayer ni terus kte berhempas pulas utk final exam..
so nampaknye..
akn sedikit "bersawanglah" blog saye ni yer..hehhehe..
xpe..insyaAllah cuti sem nnt sye make up ckit blog yg dah lame xdi 'update' ni..

JADI..
dikesempatan ini saya nk ucapakn terima kasih kepada sesiapa sahaja yag sudi singgah blog saya yg xseberapa ni...
dan saya juga ingin memohon kepada semua di atas segala kekhilafan diri ni..
~~May Allah bless you~~
Barakallahufikum


...Wallahu'alam...

Sunday, August 30, 2009

Ramadhan Oh Ramadhan..

بسم الله الرحمن الرحيم

~~aLaNgKaH iNdAhNYa HiDuP iNi~~
bile Ramadhan menjelma lagi!!!

"Allahuma bariklana fi rajjab wa syaaban wabalighna ramadhan.."
Ya Allah berkatilah kami di bulan rejab dan syaaban,dan sampaikanlah kami bulan ramadhan..

Alhamdulillah..smpai pun kte kt bulan ramadhan tahun ni kn..da seminggu kte berpuase..tp br skrg saye berkesempatn nk mengepos entry di bulan yg Allah bg khas utk umat Muhammad s.a.w ni..

recap skit seblm bberapa hari sblm ramadhan tiba..
saye rasa sgt xsaba2..
xtaulah mungkin sbb pindah rumah so atmosphere die maybe terasa len ckit..
dan mungkin lagi..rumah sewa saye ni sgt berdekatn dgn surau..yg dlu tahn lepas mmg saye sgt mengidam-idamkn nk mejadi sebahagian drpd mkmum yg akn mengimarah surau tu mase ramadhan nnt..
Alhamdulillah impian itu jadi kenyataan ramadhan kali ni..:))
sgt2 suke rasenye berade di bln ni pd kali ni..sekali lagi juga..xtaulah knape...urmm..Allah knows..

~~Ramadhan yang indah..^__^~~

byk sgt target ramadhan saye kali ni..

*nk khatamkn quran..insyaAllah..(byk2 bace quran..)
*bykkn qiamulail..(seminggu da berlalu tp msh rase x achieve target yg septtnyer..cmne ni?:((
*solat dhuha..
*bykkn istighfar..
*solat terawih..(note:urmm..mcm xpuas solat terawih bile saf tak rapat kn..atleast siku bertemu siku..org xsuke panas kalo rapat...tp sye sgt suke..kalo org lain marah bile ade org tahiyat akhir atas kaki die..saye suke sbb terampun doa2 kecil kite..)
*doa byk2...(semoga dimkbulkn Allah..:)
*ape lagi...
*byk lagi yg nk kne buat dlm mse sebulan..
*da mse kecederaan..seminggu da berlalu..

cam byk je kn targetnyer..ntah tercapai ke tidak????
tp bg saye x ape..SBB..
saye suke kate2 yg kwn sye mse kt mrsm dlu slalu tulis...dan sye msih ingt smpai sekarang.

"Shoot for the moon if you missed, you'll be among the stars.."


kite kne cube sedaya upaya utuk jadi yg terbaik dalam pandangan Allah..
walau ape pun penilaiannye hanya pada Allah..
kte mmg xmmpu nk jadi mcm Rasulullah s.a.w..tp dgn meniru@mengikut sunnah baginda..kite tetap dan pasti berade dlm pandagan Allah juge...
jadi jagn risau..ape yg perlu kite lakukan adalah lakukan yg terbaik untuk melaksanakan segala suruhan Allah s.w.t..
kalo Allah xpandang kite betol2 pun 'jeling2' pun da kire cukup baek..sbb semmgnye siapalah kite hamba yg hina ini di mata Allah kn?!..
TP!!! hamba yg hina inilah yg akn menjadi kesyangn Allah kalo kite lakukan segala suruhan dan tinggalkan segala laranganNya...

P/S:

  • Seronoknyer ramadhan!!!
  • Ya Allah bantulah ak mencapai target2 ku itu...amiiiin.
  • JOM!! same2 kite slalu ber'midnite party' dgn Allah di hamparan sejadah..dan berborak degn Al-Quran sampai kte xde suare..hihi:D

...wallahu'alam..

****************************************

update cerita lain...

yey.yey..
lebih kurang semggu b4 puase hari tu...
keluarga saye smbut org baru...
ni gamba die..


YUMNI HASYA namenye..
name yg di berikan oleh along n abglong saye ni membawa maksd..
"kesempurnaan, keberkatan"
saye da naek pangkat sekarg...
da jadi mkcik yg dipanggil ibu (alamak..sounds 'tua' but cute jugak kot..)..hohohohh..=P

Ibu berpesan pd Hasya: Selamat datang ke dunia yang penuh pancaroba ini..May Allah leads and guides you all the way you lead to, my dear..:)
Related Posts with Thumbnails

TayANgan GaMba FRee...