بسم الله الرحمن الرحيم
Saya pernah beritahu dalam entry saya yang ini {Kita Apa yang Kita Agendakan}; saya seorang yang sangat cemburu dengan orang dapat menginspirasi orang lain. Jadi, saya sangatlah cemburu dengan Ustaz Don dan Aiman Azlan..hehe (bukan cemburu sebab diaorang glamour pun)...tapi sebab...
Episod ke-100, 30Minit Ustaz Don: sangat best! (Sesi istimewa bersama Ustaz Don)Entry ke-100, kat blog Aiman Azlan: pun best jugak! (Dia post sambungan cerita 'Manis' dia)
Oh, saya pun nak bagi anda sesuatu yang istimewa juga! hehe.
Entry ke-100: [~Terbinanya Masjid itu~]
Ooops...bukan masjid saya.
'Masjid' saya masih dalam perancangan pembinaan, 'pelan' dari arkitek Maha Hebat sudah terlukis, kini mahu dikumpulkan bahan-bahan binaan yang terbaik, biar kukuh tiangnya nanti, biar indah hiasan dalamnya juga...cuma bila waktunya, bila masanya biar kontraktor Yang Maha Berkuasa beri arahan, saya terima aje! ^__^ (Athirah Taha, 2012)
p/s: Doakan 'masjid' saya siap dibina yer! Dalam blueprint, hanya tinggal 2 tahun lagi..hihi
Terbinanya Masjid itu~
Jujurnya, dah lama saya bagi tajuk untuk entry ini. (aha, saya memang selalu macam gini, tajuk bukan main banyak, tapi draf masih kosong tak pun baru bertaip separuh...) dan memang sesuai sangatlah dengan mood saya yang baru aje balik dari 'new castle' (Kota Bharu) menghadiri walimah ex-roommate saya di sana.
Seingat saya, sejak tahun lepas lagi (masa saya LI) memang banyak undangan walimah (kenduri kahwin) daripada orang yang 'dekat-dekat' dengan saya. Mula-mula kawan masa saya sekolah menegah, kemudian kawan LI saya, kemudian yang paling buat saya gembira; mas'ulah saya!
Kemudian lepas pergi walimah orang, selepas LI tu saya pula yang dah jadi ala-ala wedding planner bila kakak-kakak saya pulak yang kahwin. Tahun lepas memang saya 'membanting-tulang' untuk urusan nikah-kahwin...hehe dan dicelah-celah kesibukan 'membanting-tulang' tu (ceywah, macam dok usahakan bendang aje gayanya kan...haha) sempat juga saya pergi kursus kahwin. Tapi cerita sebenarnya, bukanlah masuk dalam rancangan saya pun, cuma Allah dah dulu aturkan untuk saya, untuk ke kursus kahwin tu.
Cerita Kursus Kahwin:
~Sebenarnya saya ni kira-kira jadi 'bidan terjun' je nak pergi kursus kahwin tu, al-sebabnya saya gantikan kakak saya yang nak kahwin (masa tu). Kakak saya dah tempah dan bayar tapi last minute disebabkan hal-hal tertentu, dia terpaksa batalkan untuk ikut kursus kahwin di tempat saya tu (sebab dia pergi kursus kahwin kat tempat lain). Jadi, mak sayalah yang suruh saya gantikan dia. Mak cakap: nanti senang nak kahwin, tak yah fikir nak gi kursus kahwin da...haha (ok, yang ketawa tu saya...bukan mak saya..hihi)~Memandangkan tempat kursus kahwin yang saya hadir ni atas kelolaan pejabat agama daerah jadi ia bukanlah macam kalau kita hadiri kat IPT-IPT. 'Peserta-peserta' kursus kahwin kat sini pun bervariasi dari segi umur, latar belakang keluarga, tempat asal, pekerjaan dan pendidikan. Ha, nak cerita kat sini...masa pergi kursus kahwin tu, saya rasa saya ni agak 'tua' sebab bila borak-borak tanya umur (senario standard kalau gi kursus kahwin..haha), ramai jugak yang lebih muda daripada saya..(aiseh, rupanya lambat jugak rupanya saya gi kursus kahwin ni...mujur tak extend lagi..hehe) dan pertanyaan atau ayat 'standard' juga yang akan ditanya adalah..."Dah tunang ke?" (ok, biasa tengok cincin kat jarilah!)
tak pun "Bila nak buat majlis?" huhu
"Datang sorang ke berdua?"
tak pun "Mana cik abangnye?" wohaa!Ok, untuk saya yang tak berkaitan dengan pertanyaan tersebut, saya sengih aje...dan dengan bangganya saya menjawab "saya ganti tempat kakak saya aje!" haha~Selain menggantikan 'tempat' kakak saya untuk kursus kahwin tu, saya luruskan juga niat untuk dapatkan ilmu dan yang penting sekali, kalau memang dah 'jodoh' kira ok jugaklah kan gi kursus kahwin ni! (haha) dan sepanjang dua hari kursus kahwin tu, saya sebenarnya suka perhatikan ragam mereka yang bersama saya di dalam kursus kahwin ni. Nak tengok jugakkan, macam mana 'attitude' orang-orang yang nak kahwin ni kan..(saya lainlah, pergi kursus kahwin ni just kira buat preparation awal..hehe) tapi 'diaorang' yang lain-lain tu, kebanyakannya datang dengan tunang masing-masing, siap memang yang tengah buat persiapan nak kenduri-kendara dah. Ada yang siap nak edar kad pun!~Hari pertama tu, saya terlewat sikit sebab jarak dari rumah saya ke bandar dalam 20minit (lagi pun sebenarnya saya macam lupa nak kena gi kursus kahwin pagi tu..haha), kemudian saya kenalah duduk barisan belakang sikit, saya ingatkan tak ramai, rupanya full house! dan..rupanya jugak ada yang lebih lambat daripada saya..huhu Jadi dia pun duduk sebelah saya, so saya pun 'buatlah kawan' (makes friend) dengan dia. Tengok gaya dia rasa-rasa saya umur dia mungkin lebih kurang saya, hurmmm....atlast taulah saya yang dia rupanya dua tahun lebih muda daripada saya, kata dia...tahun depan nak kahwin (masa tu, dan kalau masa sekarang mungkin dah kahwinlah kot..)~Sepanjang pemerhatian saya terhadap 'orang-orang' yang bakal kahwin ni...saya tak tahulah nak cakap macam mana, tapi berdasarkan pemerhatian saya yang memerhati dan menganalisis secara 'zahir' pandangan mata ni, bagi saya, saya hanya ada satu kesimpulan: mereka sebenarnya masih belum bersedia nak mendirikan rumahtangga (dalam erti kata yang sebenar).
~Mana taknya, saya lihat peserta lelaki, pantang rehat saja, pasti merokok. Karektor mereka yang melalui pakaian mereka juga tidak meyakinkan. Saya boleh katakan terlalu 'sempoi'. Kalau nak sempoi pun, agak-agaklah, biarlah nampak kemas sikit.
~Ok, macam tak adillah saya cakap macam tu, mungkin saya bias sebab mungkin saya yang 'high expectation' sangat kan...tapi cuba fikir, dah taukan nak pergi kursus kahwin, yang mana ianya satu majlis yang 'agak-agak' formal jugaklah, so please make it proper. Ada je yang pakai t-shirt dengan jeans (lelaki), tak kisahlah nak pakai apa tapi cara present diri tu biar nampak kemas. Kalau diri sendiri tak boleh nak urus, macam mana urus rumahtangga? #sendiri mau ingatlah kan... huhu
~Itu sedikit sebanyak tentang peserta lelaki, peserta perempuan pulak....semuanya nampak manis dan sopan dengan berbaju kurung. Tahniah! tapi....yang tak berapa nak jadi manis dan sopannya.....bila daripada hampir 60 orang peserta perempuan tu, tak sampai 10 orang pun yang solat zuhur... #ok, memanglah perempuan kalau tak solat mungkin ada sebab 'tu' kan..tapi logik ke kalau dari ramai-ramai tu, berapa kerat aje yang solat! haisyhhh...
~Oh lupa nak bagitahu, kalau kursus kahwin kat tempat saya ni, lepas sesi terakhir peserta kena jawab soalan tau. Ala-ala soalan periksa pendidikan agama Islamla, soalan tu merangkumi semua silibus ceramah kursus kahwinlah, kira-kira macam soalan kefahaman nak tengok apa yang kita dapat daripada slot-slot yang banyak tu. Ada 50 soalan semuanya. Seingat saya, untuk kursus kahwin 2 hari tu ada 8 slot termasuk; aqidah, ibadah, akhlak, munakahat, hubungan dalam keluarga & komunikasi suami isteri, pengurusan sumber keluarga, pengurusan kesihatan, pengurusan stress, dan pembubaran perkahwinan.
~Sebenarnya, semua slot ni adalah silibus dalam buku "Gerbang Perkahwinan" yang biasa peserta akan dapat bila pergi kursus kahwin. Penceramah tu kiranya 'tolong' membentangkan semua tajuk-tajuk dari buku tu lah. Masa jawab soalan sebelum habis tamat kursus kahwin tu, saya duduk sebelah 'kawan yang dua tahun lebih muda daripada saya' tu... muka surat pertama kertas soalan banyak bab aqidah dan ibadahlah. Bila jawab soalan muka surat pertama tu, dia dah tanya saya: (yang dialognya lebih kurang beginilah)
watak: saya (saya, sayalah!), dia (yang dua tahun lebih muda daripada saya, yang tak lama lagi nak kahwin)
dia: eh, rukun iman...ada 5 ke 6 ek??
(saya yang tengah sibuk jawab soalan lain toleh ke sebelah melihat dia, betul ke apa yang dia tanya saya tu???)
saya: eh, dah nak kahwin dah, takkan tak ingat lagi rukun iman ada berapa? (saja saya memprovokasi. oh adik, ni basic tau!)
dia: ala tak ingatla..bagitau jelaa....(dia buat muka tak bersalah ala-ala nak mintak jawapan sayalah tu tapi dia tak tau yang saya ni kedekut! meh nak lecture sikit adik ni! haisyh..)
saya: macam mana ni, nanti kalau dah kahwin anak-anak tanya macam mana? (saja lagi saya provokasi. sebenarnya sedih! alahai adik, anda dah nak kahwin, takkan rukun iman ada berapa boleh konpius lagi..astaghfirullah!).
saya lagi: cuba ingat semula...pertama apa? cuba kira semula...(saya cuba nak bantu dia, sambil jari saya dah nak membilang..)
dia: ala...bagitau jela....(mungkin malu dia nak mengira dengan saya agaknya..)
saya: satu, percaya pada Allah, dua kitab, tiga rasul...(jari kanan saya dah keluar tiga..) lagi? (saya tanya dia, tapi dia buat diam je.. jadi saya pun terus kirakan sampai cukup enam semuanya)
dia: (sengih aje.....)
saya: ha, tulah masa ustaz bagi ceramah tidur lagi.... (Opps...bukan dia saja yang tidur masa ceramah, malah ramai yang terlentuk-lentuk kepala masa ustaz bagi ceramah kat depan...memanglah semua yang penceramah tu cakap ada dalam buku tu, tapi apa salahnya buat catatan, nanti kalau dah balik rumah, 'harapan'lah nak baca buku tu semula kan...saya pulak yang menyalin tips-tips dan point-point dari penceramah, kalah diaorang yang nak kahwin tu! haha rugi betullah diaorang ni..)
saya lagi: nanti balik, jangan lupa baca balik apa yang ada dalam buku tu tau! (itu jelah yang saya mampu pesan. selebihnya terpulanglah pada dia...)
Ini bukan dialog rekaan tapi inilah perkara sebenar yang saya lalui masa berkursus kahwin tempoh hari. Saya bukan nak menghebahkan 'aib' tapi saya nak menceritakan realiti sebenar...dan saya juga sebenarnya teramat sedih!
Ini baru seorang yang saya jumpa begini. Masih keliru rukun iman dan rukun islam...astaghfirullah, ini isu besar bagi saya. Masyarakat kita masih tak settle bab tauhid! Inilah realitinya, belum masuk bab-bab lain lagi. Bab bersuci, bab solat, bab aurat, bab quran!
Sebagai seorang yang dah berpengalaman menghadiri kursus kahwin di tempat saya (saya tak mahu mengeneralisasikannya untuk semua tempat, kerana lain tempat mungkin lain pendekatannya, lain situasinya)...tapi maaf cakaplah, saya rasakan objektif kursus kahwin perlu diperhalusi lagi kerana tak salah jika saya katakan tujuannya belum cukup tercapai. Peserta pun rata-ratanya menghadiri kursus kahwin semata-mata hendakkan sijil...kerana itu mereka tak kisah tertidur atau memang sengaja tidur semasa ceramah.
Lagi pula, mana taknya, masing-masing pun datang 'berpasangan' naik kereta sama-sama, bonceng motor lagi...haisyhh...inilah masyarakat kita! Perkara ini perlu difikirkan bersama kerana sebuah masyarakat Islam itu tidak akan terbina dari keluarga yang tidak mengamalkan Islam, dan keluarga Islam itu tidak akan terbina, jika individu yang membina rumahtangga itu tidak mengamalkan nilai-nilai Islam, apatah lagi jati diri Islamnya lemah tak bermaya!
Terbinanya Masjid itu~
Biasanya, bila cakap soal nak membina/mendirikan masjid ni, 'masyarakat' kita akan kaitkan dengan nikah-kahwinlah, cari pasangan, dan bila bab cari pasangan mereka akan kaitan dengan couple. Bila singgah bab couple pulak, mesti tak terlepas bab cinta. Sebelum ni, saya dah pernah tulis pasal couple dalam entry ni:{Anda Nakk 'Couple'??? , Anda Nakk 'Couple' (2)???}, dan bab-bab nak cari pasangan saya ada tuliskannya di sini:{**Kekasih Halal**, **Kekasih Halal (2)**}... jadi kali ni lagi seriuslah, kan...Bab Rumahtangga:Terbinanya Masjid itu!
Asalnya, memang dah lama saya draf tajuknya dan sedikit isi-isinya tersimpan di kepala tapi yang men'trigger' terhasilnya entry penuh ini apabila ada special request dari mas'ulah saya! (sebab saya sangat sayangkan mas'ulah saya kerana Allah, maka pastilah saya tak akan hampakannya.. kata mas'ulah saya; nak request! new entry: persiapan baitul muslim.. and...here it goes~
cerita kursus kahwin yang saya cerita tu sebenarnya baru mukaddimah aje...(haha...terbaekkan..) saja je nak bagi gambaran pada anda tentang apa yang saya nak coretkan tentang entry kali ini...
Terbinanya Masjid itu~
Baitul Muslim. Mungkin ada yang dah biasa dengar...baguslah, jadi mudah anda faham apa yang bakal saya terangkan seterusnya nanti. Bagi yang tak biasa dengar mari saya bagi ta'aruf (perkenalan) sikit. Baitul Muslim ni sebenarnya maksudnya sama saja dengan istilah rumahtangga yang biasa kita guna....tapi yang lainnya rumahtangga ini adalah 'rumahtangga Islam'.
Kenapa mesti bunyinya begitu?
Sebab...itulah yang akan membezakan rumahtangga kita sebagai orang Islam dengan 'rumahtangga-rumahtangga' yang lain. Pembinaan rumahtangga Islam atau baitul muslim ini pastilah bermula dengan individu-individu yang faham dan mengamalkan Islam. Ianya macam satu hierarki jugakla..contoh daripada datuk>ayah>anak>cucu>cicit....
Jadi, ianya bermula dengan individu muslim>baitul muslim>masyarakat muslim>daulah (negara) muslim>khalifah (zaman pemerintah) muslim> empayar muslim> ustaziatul alam (seluruh alam di bawah naungan Islam).
[Thanks to k.mekna's FB coverphoto] |
Nampak tak? Matlamat kita besar! Nak capai perkara yang besar kita perlu bermula dengan sekecil-kecil perkara. Jadi, kita perlu bermula dengan diri kita. Bila bercakap soal rumahtangga, bukan soal cinta sahaja. Ia soal agama, soal matlamat kita. Perkara inilah yang nak perlu kita faham. Kalau rasa kahwin sebab nak suka-suka memang rosaklah masyarakat kita jawabnya. Na'uzubillah!
Maka, sebab itulah bila nak membina masjid, perlu tengok diri kita dulu (saya pun nak letak cermin kat depan saya ni!)...
Yang paling utama: Bab Tauhid, bab aqidah mesti dah nak kena settle awal-awal (ni bab penting, tak settle yang ni yang lain pun tak settle juga!)Segala amalan kita perlu berpaksikan keimanan kepada Allah, dengan itu barulah semua perbuatan kita akan dirasakan diperhatikan oleh Allah yang Maha Melihat!
Bagi saya: Yang paling utama ni tak ada kompromi dan tak ada toleransi. By hook or by crook...mesti settle! So, ini juga sebenarnya menjadi tanggungjawab ibubapa nak pastikan anak-anak tak ada masalah bab ni. (Apatah lagi anak-anak yang dah nak kahwin! huhu)
Yang kedua utama: Bab Ibadah. Ini bab kedua terpenting kerana manifestasi keimanan kita kepada Allah adalah dengan ibadah yang kita lakukan. Ibadah ini secara kasarnya boleh saya katakan adalah dengan mengamalkan Islamlah! Yang asasnya adalah Rukun Islam yang ada 5 tu!
Bagi saya: untuk kita, yang asas dari yang paling asas dari 5 perkara tu adalah SOLAT! Solat pula sepatutnya kena pakej sekali dengan AL-QURAN! Solat sangatlah berkait rapat dengan perkara yang utama tu tadi. kalau tak settle solat yang lain pun tak settle juga! kalau solat kita tak settle macam mana nak ajar anak-anak solat? Kalau anak-anak malas solat, anak-anak tu tiru siapa sebenarnya? dan..kalau kita tak minat Al-Quran macam mana kita nak kongsikan minat kita tu dengan anak-anak kita kan?
Yang ketiga utama: Bab Akhlak. Sebenarnya, bila settle bab paling utama dan bab yang kedua utama tadi, insyaAllah dan sepatutnya bab ketiga utama ni pun dah tak ada masalah. Rasulullah S.A.W pun diutuskan kepada kita untuk menyempurnakan akhlak. Cabang akhlak ni pula sebenarnya ada banyak perkara. (Tapi saya tak bercadang untuk membincangkannya lebih detail di sini). Cukuplah sekadar saya katakan; jika anda benar-benar menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai idola (qudwah) contoh tauladan anda, pasti anda akan menjadi seorang yang berakhlak mulia!
Saya memang nak ulas panjang untuk ketiga-tiga perkara ni...tapi saya rasa lebih baik saya sampaikannya dengan cara yang lebih ringkas dan sederhana... Biasanya kata-kata orang yang belum berpengalaman ni, berdasar teori dan agak-agakkan saja kan, so saya nak cakap lebih pun susah juga..sebab saya pun belum kahwin...huhu. Cuma apa yang saya kongsikan ni adalah perkara-perkara yang saya sendiri sedang berusaha mempersiapkan diri dan berdasarkan 'pengalaman' yang saya dapat daripada bahan-bahan bacaan, pemerhatian dan analisis saya terhadap orang-orang di sekeliling saya.
Saya ingat lagi, masa belajar dulu bila dok bersembang dengan kawan-kawan dan masuk bab-bab ni mesti ada yang kata, nak 'orang' yang macam nilah, yang macam tulah. Bagi saya, kita memang mempunyai hak atau fitrahnya memang kita boleh nak meletakkan ciri-ciri pasangan yang kita inginkan...tapi yang lebih penting, kitalah yang sebenarnya perlu mempersiapkan diri untuk berbaitul-muslim ni...
Persiapan-persiapan ini saya bahagikan kepada persiapan:
[Zahir, Batin, Mental, Fizikal.]
[Zahir, Batin, Mental, Fizikal.]
[ZAHIR]
Saya mulakan dengan persiapan zahir..'Zahir' ni, mungkin boleh dikatakan hampir nak sama dengan definisi 'fizikal' tapi saya nak mentakrifkannya sebagai apa yang terzahir dari diri kita atau apa yang terlihat dari diri kita. Maksudnya, bila kita dah buat persiapan 'zahir' untuk kahwin ni, bila orang tengok kita aje orang dah boleh nilai dan kata; "Ha, dah boleh kahwin dah ni!"
Jadi, persiapan zahir ini merangkumi pembinaan karektor diri, pembawakan diri, kebersihan diri, akhlak, how we present ourselves, hubungan dengan orang lain dan sebagainya.Contohnya;
Pembinaan Karektor Diri: Kita mesti telah didik diri kita dengan sifat-sifat mahmudah; sifat-sifat yang baik. Kita mempunyai cara, style kita yang tersendiri sebab Allah ciptakan kita ni exclusive dan memang hanya kita satu-satunya 'signature-design' Allah dalam dunia ini yang menjadi diri kita. Kita adalah kita. Kita istimewa dengan apa adanya kita. Jadi, kita perlu menerima kelemahan dan kekurangan diri kita seadanya.
Contoh buat kaum adam:
~dah tunjukkan ketokohan nak jadi ketua keluarga, mesti dah boleh jadi imam, rajin-rajin jemaah kat surau!
~dah tau hal-hal rumah, kereta (benda-benda segala bagai tu la. Nanti isteri nak refer kat siapa lagi kalau bukan suami...haha)
~dah ambil tau juga hal-hal dapur
~dah boleh juga berdikari basuh baju sendiri (takkan semuanya nak harap isteri nanti, kita kan kena ikut qudwah nabi!)
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka." (An-Nisaa' 3:34)
Rasulullah S.A.W bersabda dalam hadisnya bermaksud: “Sesungguhnya Allah akan menyoal tiap-tiap penggembala akan apa yang digembalanya, adakah dia menjaganya dengan baik, atau dia mensia-siakannya, sehinggalah seseorang lelaki itu akan disoal tentang ahli rumahnya.” (Riwayat Ibnu Hibban)
Contoh buat kaum hawa:
~dah tunjukkan ketokohan nak jadi isteri, nak jadi ibu!
~dah tau hal-hal rumah, hal-hal dapur (kalau tak hebat sangat memasak pun atleast tau sikit jangan tak tahu langsung...nanti suami nak juga rasa air tangan isteri...kata nak jadi isteri solehah kan?! haha)
~tak kekok nak deal dengan budak-budak (nanti ada anak sendiri lagi parah..)
~kena biasakan diri nak mengemas, membasuh, menghiasi...(ha, apa-apalah yang berkaitan 'meng-men-me' untuk rumah...)
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al ‘Ash, Rasulullah S.A.W bersabda: “Dunia ini adalah perhiasan (kesukaan dan keseronokkan) dan sebaik-baik perhiasannya adalah wanita (isteri) yang solehah.” (Riwayat Muslim)
Rasulullah S.A.W bersabda dalam hadisnya bermaksud: “Tiadalah sesuatu yang diperoleh oleh seorang mukmin sesudah bertaqwa kepada Allah SWT, lebih utama daripada seorang isteri yang solehah; apabila disuruh dia taat, apabila suaminya melihat kepadanya hati suami merasa tenang, apabila suaminya bersumpah dibantu suaminya untuk menunaikan sumpahnya, dan apabila suaminya tidak ada di rumah ia menjaga kehormatan dan harta suaminya.” (Riwayat Ibnu Majah)
Kita perlu menggunakan kelebihan yang ada pada diri kita untuk memaksimumkan potensi yang ada dalam diri kita. Bersikaplah kreatif dan kritis, ok! ;) Mari kita tunjukkan ketokohan kita dalam semua lapangan. Qudwah kita, qudwah sapu semua!
Pembawakan Diri: pembawakan diri atau kata orang putih; self-bringing lebih kepada menunjukkan EQ (emotional quotes) kita. (wah, cam pakar psikologi plak saya ni! haha) Ini pun antara perkara-perkara yang penting untuk diri kita, tak semestinya bila nak kahwin aje... Contoh pembawakan diri yang baik adalah dapat menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan, dapat menyesuaikan diri dengan orang yang bervariasi latar belakang hidup, umur, pendidikan dan sebagainya. Ini sangat membantu bila kita dah ada keluarga baru nanti. (keluarga mertua lah! huhu)
Kebersihan Diri: Ahaa, ini elemen yang paling saya suka...huhu. Perkara yang asas memanglah kebersihan diri, tapi sebenarnya maksud yang nak saya sampaikan lebih besar lagi; kebersihan serba-serbi!
Bersihnya kita nak beribadah, bersihnya kita hal kain-baju kita, tempat tinggal kita dan lain-lain lagi. Kena didik diri sentiasa bersih, sebab....Annazifatu minnal iman! (kebersihan sebahagian daripada iman).
Kena ada rutin potong kuku, syampu rambut, korek telinga (ha, sampai sini detail saya...haha). Bangun pagi, mesti kemas katil, lipat selimut. Kebersihan pun pakej dengan kekemasan, ingat ni! Tuala pun atleast, dua minggu sekali kena basuh, cadar pun mau kena tukar, baju jangan pakai sampai 2-3-4 kali...huhu
Perkara ni memang sangat basic sepatutnya, tapi saya tahu..ramai yang terlepas pandang. Kalau kita orang yang menjaga agama, kita lagi perlu jaga perkara-perkara macam ni...ini semua kan mencerminkan imej Islam kita. Kalau kita tak jadi individu yang mengamalkan Islam, macam mana kita nak bina rumahtangga Islam, betul tak?
Akhlak: Yang ni pun part yang saya sangat suka. Bagi saya, cabang akhlak yang paling saya suka adalah common sense! Jika kita baca sirah, kita pasti tahu Rasulullah S.A.W juga adalah seorang yang sangat tinggi common sensenya. Saya pernah statuskan di FB:
Common sense is a part of akhlak which possesses almost whole of the proportion. (Athirah Taha, 2012)cerita saya: dalam doa saya, saya mesti sebut yang saya nak suami yang tinggi common sensenya! serius! (alahai malulah pulak...haha *blushing*)
How we present ourselves: sebenarnya elemen-elemen 'zahir' yang saya kata ni semuanya saling berkaitan. Saja je saya kecilkannya supaya menjadi skop yang lebih halus, agar kita nampak jelas ruang-ruang yang mana yang perlu dan boleh kita baiki. Macam elemen ni 'how we present ourselves' maksud saya lebih kepada bagaimana kita 'mempamerkan' diri kita dari segi pemakaian, aksesori dan sebagainya.
Contoh terdekat saya bagi contoh untuk kaum hawa dalam bab pemakaian, mestilah menutup aurat. Kena faham konsep menutup aurat tu bagaimana. Pemilihan fabrik, warna, gaya semua tu, memang Islam ini bersifat murunah (fleksible) dengan memberi pilihan kepada kita tetapi perlu faham, contohnya...tak kisahlah nak pakai tudung labuh bulat ke, tudung labuh bidang 60/55/48, selendang pasmina ke apa ke...asalkan mesti labuhannya menutupi dada, tidak jarang, dan tidak berlebih-lebihan...dan pesanan saya untuk kaum adam pula, seeloknya elakkanlah memakai seluar pendek/short yang akan menampakkan dua lutut anda...(simpan bagi isteri aje yang tengok ok!) Janganlah pakai baju yang tak diseterika, kalau baju dah bunga-bunga tudung tu janganlah yang bunga-bunga juga...perlu sesuaikan dengan keadaan.
Penting juga untuk ambil tahu bab-bab nak mix-match kan pakaian...supaya Islam tu nampak cantik menerusi kita! Apa-apapun yang penting untuk perkara dalam 'how we present ourselves' , adalah pastikan ikut syariat dan kemas!
Hubungan dengan Orang Lain: Hubungan dengan orang lain ini lebih kurang macam pembawakan diri tu juga. Ini persiapan yang penting untuk diri kita supaya kita tahu bagaimana nak tackle orang lain, supaya orang lain sentiasa senang nak berurusan dengan kita. Kena tengok dulu hubungan kita dengan mak ayah kita, adik-beradik kita, kawan-kawan kita macam mana. Jadilah baik dengan kaum kerabat terdekat kita dulu. Ini sangat mendidik dan membantu kita bila nak berurusan dengan ipar-duai kita nanti.
lya, kita perlu banyak belajar dan praktis seni-seni interaksi dan komunikasi dengan orang yang berbeza 'warna' dari diri kita, dengan itu barulah hidup berumahtangga akan lebih ceria! hihi :)
#Oh ya, saya rasa saya kena ingatkan satu perkara...Sekarang ni saya lihat masyarakat kita macam dah 'terbiasa' dengan satu 'trend' ini...Ibu bapa semacam tak kisah bila anak-anak lelaki 'membawa' balik seorang 'perempuan' ke rumah. Mungkinlah niatnya nak memperkenalkan 'si gadis' pilihan hati kepada mak ayah, tapi saya rasakan memang tak wajar bila si gadis bermalam di rumah keluarga si lelaki yang masih belum mempunyai ikatan dengannya bahkan pula tidak ditemani mahramnya.
Cukuplah sekadar berziarah sahaja untuk berkenalan. Ibu bapa juga tolonglah, jangan biarkan kemaksiatan itu berlaku di dalam rumah anda sedang anda sendiri mengetahui duduk perkara itu. Alasan lain mungkin boleh diberi: Oh, si lelaki ada adik-beradik perempuan yang lain. Walaupun begitu si lelaki dan si gadis itu seolah sengaja diberi peluang untuk lebih banyak masa 'bersama' bila si gadis ada di rumah lelaki tersebut. matlamat tidak menghalalkan cara. Bab aurat dan batasan pergaulan pun nak kena jaga lagi!
Aduhai wanita, jagalah maruah dan kehormatan kita. Ibu bapa juga, tolonglah ambil tahu dengan siapa anak perempuan anda keluar, bermalam di rumah siapa, dengan siapa. Tolonglah, jangan benarkan dia bermalam di rumah lelaki hatta dah jadi tunang sekali pun. (Maaf, memang saya berpendirian agak tegas untuk hal ini bagi menjaga kemaslahatan yang lebih besar). Sebenarnya, banyak lagi cara yang boleh kita lakukan untuk berkenalan dengan keluarga 'si dia'. Sila kreatif! Contohnya; ajak saja mak si lelaki tu pergi shopping dengan kita! haha
[BATIN]
Bab batin ni, mesti benda-benda atau perkara-perkara yang kita tak nampakkan...so bab batin ni sebenarnya lebih menjurus kepada aspek yang mula-mula saya beritahu awal-awal tadi. Bab paling utama dan kedua utama tu. Kedua-dua aspek tu pula sebenarnya berkait dengan HATI kita! Bila hati kita baik, bersih-suci-dan-murni, barulah segala tindak-tanduk kita yang ter'zahir' akan jadi baik-baik belaka. Sekali gus elemen-elemen dalam persiapan zahir tu pun akan settle, insyaAllah! Saya tak mahu kupasnya panjang...harap anda dapat merungkainya di sini: {melihat diri; melihat hati...}. Ayuh, baikkan hati kita!
[MENTAL]
Bab mental ini pula berkaitan dengan pemikiran dan cara kita berfikir. Pemikiran kita yang dianjurkan Islam pastilah pemikiran yang baik-baikkan dan cara berfikir pula perlulah lebih berpandangan luas, berfikiran jauh, berfikiran positif dan fikir yang memudahkan serta bukan yang menyempitkan, menyusahkan atau complicated sangat!
Bila kita berfikiran jauh dan luas kita akan fikir hala tuju perkahwinan kita. Kita akan fikir perkara-perkara pada masa hadapan untuk keluarga kita. Jadi, kita akan sentiasa bersedia dan merancang yang terbaik untuknya.
Persiapan mental ini merangkumi persediaan-persediaan ilmu yang akan kita bawa dalam mengelola rumahtangga nanti. Cara untuk mendapatkan ilmu juga sangatlah pelbagai. Tambah lagi zaman teknologi canggih sekarang, memang tak ada alasan lagi untuk kata tak sempat atau tak tahu bagaimana nak cari 'ilmu-ilmu' rumahtangga ini. Mari saya bagi idea bagaimana caranya nak cari ilmu...
- Kalau online tu janganlah asyik Facebooking aje...carilah artikel-artikel yang berkaitan. Sedikit-sebanyak bila baca tu, dapat jugak input-input berguna yang boleh kita amalkan.
- Kalau tak sempat nak pergi dengar ceramah atau kuliyah kat masjid/surau, dekat YouTube pun dah banyak ustaz-ustaz bagi pengisian ilmu. Ha, dengar Ustaz Izhar Idrus ke, Ustaz Don ke, tak kisahlah asalkan dapat cari manfaat dari kuliyah-kuliyah mereka.
- Kalau jarang online, radiokan ada...dengarlah radio IKIM.fm yer! hehe
- Tak suka dengar radio? Ok, TV kan ada...bukalah siaran kt TV Al-Hijrah ke, Astro Oasis ke Semanis Kurma ke...ha, tu banyakkan cara.
- Ok, last. Back to basic. Read! Sekarang banyak sangat dah bahan-bahan bacaan yang ada kat pasaran, tinggal lagi kita aje yang nak atau pun tak nak. Belilah buku-buku yang boleh membantu kita untuk memperbaiki aspek-aspek yang macam saya nyatakan di atas tu. Tak semestinya baca yang tentang nak berumahtangga aje...
Contohnya: Boleh baca juga Sirah Nabawiyyah ke, hadith ke, buku-buku tentang komunikasi ke, perancangan kewangan ke, pendidikan anak-anak ke, didik anak cara sunnah ke, buku-buku motivasi ke...
Majalah pun banyak; Solusi, Anis, Al-Ustaz, JOM dan lain-lain. (tapi janganlah baca URTV, Mangga, REMAJA,CLEO tu semua..nanti tak dapat apa..huhu)
Sebenarnya, kalau kita nak kenal seseorang tu...kita tengok buku-buku yang ada di rak dia. Bahan-bahan bacaan yang kita bacalah sebenarnya dapat membentuk diri kita. There's the says: You, what you eat...tapi saya nak tukar jadi; You what you read!
[FIZIKAL]
Oyeay, yang akhir! Penat dah saya menaip...huhu. Ok, fizikal ini pula berkaitan dengan persiapan material. Kalau Bahasa Indonesianya dipanggil materi...hihi Berdasarkan pengalaman saya menjadi 'wedding-planner' (yang tak berapa nak rasmi haritu..huhu) Perancangan perkahwinan sememangnya menuntut kos-kos fizikal yang tinggi. Jika boleh saya katakan bermula dari proses pertunangan lagi banyak kos-kos fizikal yang perlu diambil kira.
Jadi, saya sarankan kepada (saya!) dan sesiapa saja yang dah berfikir nak mendirikan rumahtangga, eloklah buat perancangan awal. Perlu rancang atau buat budget dari sekarang dan jika kita mulakannya sekarang, kita boleh merancang kewangan dan membuat simpanan untuk perkahwinan. Dalam membuat rancangan tu, yang penting rancanglah sebuah perkahwinan yang mengikut syariat, buat syarat ikut adat, ikut kemampuan dan bersederhanalah!
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (An-Nur 24:32)
Bila atau dah dalam proses mempersiapkan diri ini, bolehlah kita 'starring' (usha-usha, intai-intai) calon yang sesuai. Rasulullah S.A.W telah pun menunjukkan kita panduan pemilihan pasangan;
Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W bersabda: “Seseorang wanita dinikahi kerana empat sebab: Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang agama, nescaya beruntunglah kamu (itulah pilihan yang terbaik).” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Selidikilah calon yang ingin dipinang melalui orang tengah yang kita percayai atau lebih baik menerusi mahramnya (ayah, emak, adik-beradik, kawan-kawan rapatnya). Kemudian, bila dah berpuas-hati dengan agama dan akhlaknya, lakukanlah istikharah serta bertawakkallah kepada Allah S.W.T
At-Tirmizi telah meriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W, bahawasanya baginda telah bersabda: “Apabila datang kepada kamu peminang yang engkau puas hati dengan agamanya dan kelakuannya, maka kahwinkanlah dia. Jika tidak kamu lakukan, akan berlaku fitnah di atas muka bumi dan kerosakan yang berpanjangan.”
“…Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepadaNya.” (Ali-‘Imraan 3:159)
Apa-apapun, pandangan peribadi saya: segalanya bermula dengan diri kita sendiri, diri kita dulu. Ayuh, hebatkan diri dengan muwasafat tarbiyyah dulu.
Mengharapkan yang solehah, kita dulu yang kena jadi soleh. Nakkan yang soleh, kita kena jadi solehah dulu. Jadi, baik buru cinta Allah dulu, baru dapat cinta yang itu!
Semoga bercinta kerana syurga dan bercinta sampai syurga!
Moga beroleh ibrah!
p/s 1: Apa yang saya nyatakan dalam entry ni mungkin nampak macam 'perfect' je kan...bukan bermaksud kena jadi perfect baru boleh nak dirikan masjid. Tak, itu bukan maksud saya. Sebenarnya, kalau tengok dari tips yang saya kongsikan ni pun adalah asas kepada pembinaan karekter individu Muslim yang baik. as long as kita berusaha utk jadi a good Muslim, (lagi bgus otw tu mukmin) itu pun dah kira persediaan yg mantop! So, bila baiki agama dan diri, itu mknanya kita persiapakan diri untuk bina baitul muslim juga.
p/s 2 : Anda masih ingat novel saya; Cinta Ain Naqilah? Dalam novel tu saya banyak menerapkan panduan dan adab-adab pergaulan semasa tempoh dalam pertunangan. InsyaAllah, novel kedua saya yang akan datang (yang bukanlah sekuel dari Cinta Ain Naqilah) tapi ianya adalah 'stage' selepas Cinta Ain Naqilah, mengandungi banyak tips sebelum, semasa dan post-wedding. InsyaAllah, kebanyakkan tips yang ada dalam entry ini semua saya dah muatkan dalam novel tu. Jadi, doakanlah novel tu dapat terbit tahun ini, insyaAllah...dan dalam perancangan saya yang akan datang, insyaAllah saya akan menulis novel tentang pendidikan anak-anak pula nanti, aaamin! ^__^
p/s 2 : Anda masih ingat novel saya; Cinta Ain Naqilah? Dalam novel tu saya banyak menerapkan panduan dan adab-adab pergaulan semasa tempoh dalam pertunangan. InsyaAllah, novel kedua saya yang akan datang (yang bukanlah sekuel dari Cinta Ain Naqilah) tapi ianya adalah 'stage' selepas Cinta Ain Naqilah, mengandungi banyak tips sebelum, semasa dan post-wedding. InsyaAllah, kebanyakkan tips yang ada dalam entry ini semua saya dah muatkan dalam novel tu. Jadi, doakanlah novel tu dapat terbit tahun ini, insyaAllah...dan dalam perancangan saya yang akan datang, insyaAllah saya akan menulis novel tentang pendidikan anak-anak pula nanti, aaamin! ^__^
(:alangkah indahnya hidup ini>>>bila terbinanya 'masjid' itu atas dasar iman & taqwa! ! :)
~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...
...wallahu'alam...
Nice sharing, athe.. Berjaya bace smpi abes hehe.. Jzkk..insyaAllah akan berusaha mantapkan diri sebelum minta org yg mantap utk diri sndiri.. Ehemm 2 tahun lg? Jgn lupa jemput e hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah, well done nina! thanks for reading. semoga beroleh ibroh! ayuh, perbaiki diri sebelum membina masjid..hihi;) insyaAllah, dalam perancangan macam tu lah..sure do, insyaAllah mest jemput punye! ^_^
ReplyDelete