...Words From God~O Allah, The Lord~...

"Closer and closer to mankind comes their Reckoning: yet they heed not and they turn away."

"Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.." (Al-Anbiyaa':1)

AWAS! Anda berada di zon::Alangkah Indahnya Hidup Ini::

::SELAMAT DATANG:::WELCOME:::

Salam sejahtera, salam singgah, salam melawat, salam menjengok, dan semua salamlah saya ucapan kepada pengunjung rumah saya ni teratak; Alangkah Indahnya Hidup Ini...

Saya sangat berbesar hati sekiranya anda dapat meluangkan masa untuk membaca perkongsian saya di dalam blog ini. Saya juga mengalu-alukan anda untuk 'copy' atau ambil apa sahaja yang ada di teratak saya ini yang memberi manfaat kepada anda. Namun saya mengharapkan jasa baik anda untuk melampirkan link 'Alangkah Indahnya Hidup Ini' sebagai rujukannya. Ini kerana sebarang artikel yang saya hasilkan sendiri pasti menjadi tanggungjawab saya kepada ALLAH. ^_^

~Moga ' Alangkah Indahnya Hidup Ini' sentiasa menjadi inspirasi anda~
~Moga segala kandungannya dapat memberi manfaat kepada semua~
~Moga dengan 'Alangkah Indahnya Hidup Ini' menjadikan kita sama-sama beroleh rahmat dan hidayah Allah S.W.T..aminnn~

Sekian Terima Kasih.

Wednesday, April 1, 2009

Anda Nakk 'Couple'???

Suatu hari saye tengok inbox dekat fs saye...then, one of my friend, asked me about ‘coupling’..

Just wanna share this with you guys...this is what i’ve replayed to her.. tapi yang ni versi edit2 sikitla.hehhee...

Salam A***... pasal couple tu haram kite pun bukanlah ‘ustazah’ yang tau sume bende pasal agama ni..tapi kalau just nak share ape2 yg kite tau bole la... At first kite pun tak tau yang 'couple' tu bole jatuh haram..mula2 kite cam tak boleh nak terima sangat walaupun kite sebenarnya tak suka orang ‘couple’.. tapi bila da join usrah dan faham kenapa 'couple' tu haram barula kite boleh terima...

Istilah 'couple' tu sendiri macam tak sedap didengar, kan... tapi dalil utama yang boleh kita gune adalah dalam Surah Al-Isra' ayat 32: dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).  Masa mula-mula tahu 'couple' haram saya pelik agak bile ada yang guna ayat ni. Kita cakap pasal 'couple' bukan zina. Jangan terkejut...teruskan baca..


Memanglah dalam ayat tu cakap pasal zina dan Allah kata jangan menghampiri zina. Macam juga Allah pernah pesan pada Nabi Adam masa dalam syurga dalam surah Al-Baqarah, ayat 35: Dan Kami berfirman , “Hai Adam!diamilah oleh kamu isterimu syurga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik di mana saja yang kamu sukai dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang nanti menyebabkan kamu termasuk dalam orang-orang yang zalim.” Dalam tafsir pohon yang dimaksudkan Allah adalah pohon khuldi. Kalau dalam ayat tu Allah kata pada Nabi Adam jangan menghampiri pohon itu, sebab kesudahannya pasti sesuatu yang buruk berlaku dan seperti yang kite maklumm, Nabi Adam dan Hawa diusir dari syurga sebab makan buah khuldi atas pujuk rayu syaitan.


Macam juga zina, Allah kata jangan menghampiri zina sebab nanti pasti akhirnya kita akan terjebak dengan zina. Apa kaitan 'couple' dgn zina? KAITANNYA...'couple' ini adalah jalan-jalan yang akan membawa kepada zina. Hukum zina itu secara jelasnya haram dan Allah pun dah berfirman dalam Al-Quran, jangan mengampiri zina. Ini bererti, perkara yang boleh menjurus kepada zina juga adalah haram. Maka sebab itulah 'couple' boleh jatuh kepada haram.


Nabi Muhammad bersabda dalam satu hadis yang diriwayatkan Muslim: "Telah ditetapkan ke atas anak adam bahagian daripada zina, ia akan mendapatkannya, tidak dapat tidak dua mata, zinanya adalah penglihatan. Dua telinga, zinanya adalah pendengran. Lidah, zinanya ialah percakapan. Tangan, zinanya ialah amukan dan serangan. Kaki, zinanya adalah melangkah. Hatinya, keinginan dan bercita-cita dan kemaluan membenarkan dan mendustakan."

Katakanlah kalau seseorang tu ber'couple'. Mula-mula selalu saling berpandang-pandangan kalau ‘dating’, bagi kiteorang pompuan tak tau pandangan lelaki macam mana. Mungkin tembus semua (Nauzubillah), itu dah zina mata. Lepas tu cakap melalui telefon, cakap manja-manja. Panggilan yang ‘gitu-gitu’ tak masuk lagi, dalam Surah Al-Ahzab, Ayat 32 Allah melarang orag perempuan mendayukan suara: "...maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang berpenyakit dalam hatinya....”


‘Orang yang berpenyakit dalam hati’ tu dalam terjemahan ialah orang yang mempunyai niat berbuat sesuatu yang tidak baik dengan perempuan seperti melakukan zina. Ini dah zina telinga dan lidah. Dan kemudian, kalau 'dating' mesti nak pegang-pegang tangan ('nanti tak nampak loving couple pulakkan'), tu dah kira zina tangan sebab lelaki dan perempuan yang bukan mahram tak boleh bersentuhan. Dah kira berdosa terang-terangan. Lagi pula, bila bawa ‘couple dia tu’ pergi keluar jalan-jalan, dah zina kaki sebab melangkah ke tempat yang tak baik bersama tujuan yang tidak selari dengan syarak. 

Perempuan mungkin bila dah sayang sangat tu mulalah 'konon'nya sanggup serahkan ‘segala-galanya’. Kemudian, bila dah selalu berdua-duaan yang jadi orang ketiga (tak lain tak bukan si setan tu) akan memujuk rayu kedua-duanya. Maka akhirnya kemaluan membenarkan mereka berzina. Itulah kesudahan orang 'couple'. Kadang-kadang ada yang kata boleh tahan nafsu, tapi kena ingat... alangkan Nabi Adam dan Siti Hawa dalam syurga pun berjaya digodanya, apatah lagi kita manusia biasa yang banyak dosa ni.


Islam agama yang mementingkan kesejahteraan dan lebih suka umatnya mengambil langkah mencegah lebih baik daripada mengubati. Sebab itulah jangan menghampiri zina sebagai langkah pencegahan. Mengelakkan daripada menghampiri zina jalannya adalah dengan tidak ber'couple'. Jadi,  kena terima hakikat ‘couple’ tu haram. Lagipun dalam Islam sesuatu yang boleh membawa kemudharatan hukumnya haram. Sebenarnya, bila kita tengok bermula dengan 'couple'lah menjurus kepada zina. Dah berzina, kalau ada anak, dah tak sah taraf. Jadi nasab keturunan dah rosak. Ini akan merosakkan institusi kekeluargaan dan masyarakat.


Ada yg bimbang macam mana nak cari pasangan hidup kalau tak ber'couple'... Jangan risau, percayalah jodoh pertemuan itu ditangan tuhan. Berdoalah dipertemukan dengan jodoh yang baik.


Allah s.w.t berfirman dalam Surah An-Nur ayat 26: "Perempuan-peremuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki –lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula).......”


Apa-apa pun yang sebenarnya lupakanlah pasal 'couple'. Yang penting buat persediaan dan perbaikilah diri untuk ber‘couple’ dengan orang yang berhak apabila dah bergelar suami/isteri nanti.


Hakikatnya perempuanlah yang lebih perlu menjaga kehormatan diri sebab nabi ada bersabda yang wanita adalah fitnah terbesar di dunia ini namun jika perempuan itu mampu memelihara kehormatan dirinya, dia akan menjadi perhiasan paling cantik.
wanita hiasan dunia.....
seindah hiasan adalah wanita solehah...

Kaum Adam pula kenalah tundukkan pandagan: “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.” (24:30)

Lelaki yang baik tidak akan sewenang-wenangnya menyentuh wanita yang bukan hak baginya, tapi dia akan melindungai wanita itu apabila hak itu sudah menjadi miliknya melalui pernikahan yang lafaznya bersaksikan Allah S.W.T. 





NO COUPLING IS ALLOWED BEFORE MARRIAGE
.:NIKAH CONNECTING PEOPLE:.
~~Fikir2kan dan selamat beramal...WALLAHU’ALAM~~

18 comments:

  1. best athe best! heee
    sy sokong sgt2..
    :)
    penerangan pon bgus la..
    br la phm knp xleh..
    mmg.. org slalu pk couple tu bknnye zina..
    tp yg kite sme phm , zina tu yg buat tu2 je..
    kite xpk mksd sebenar zina tu
    kite doa sesme ye minta dijauhkn.. kawen trus je :D haha

    ReplyDelete
  2. nina.nina.nina.
    hhehehe..
    tu la...ramai lg yg kurg faham sebenarnyr ttg ni..
    couple ni pun dah jadi mcm 'budaya' dlm masykrt kita..kalo cam budaya membaca tu xpe jugakkn.. sbb budaya yg baek..hihihi..
    tp couple ni merosakkan umat jer..
    harap entry ni dpt membantu..
    may Allah bless u nina..:)

    ReplyDelete
  3. eh lupe plak nk mintk kebenaran athe linkkn post blog nina kt athe..sori...

    lenkali nina xbuat lg..janji.. :p
    thanks! <3

    ReplyDelete
  4. eh..xpaham la nina..
    ape2 je la..xkesah janji ade manfaatnyer..:))

    ReplyDelete
  5. wah bgs ustzh athirah ni..
    ad kemajuan bab ceramah couple2 ni..
    bgs la tu at least ad yg paham pe yg dsampaikn..

    ReplyDelete
  6. hisyh..sape lg la Anonymous nih..
    taarufla ckit...
    nt nk kene wat pengumummn spy xlupa drop name skali..

    ReplyDelete
  7. hmm..cakap pasal couple ni...teringat waktu zmn2 jahilliyah....slalu je dgr yg couple is haram..tapi x dpt terima time tu.....kita ni suka nak manipulate2.."ala couple je..bukan sentuh2 pun.."..dan muncul la couple islamic..daa..(yg kira couple yg x sentuh2 tgn)..tapi kalau da dating tu..hmm..alamak..xreti la nak komen byk..syukur sgt Allah bagi hidayah dn jalan kluar dan terus tinggalkan jahilliyah yg membuatkanku sukar utk dekat dgn Allah.....(athe, i think u know my story)...hehe......kalau kat sini(uk)...belum kawin lagi dah 'test2'...yg tu obvious la zina kan...

    ReplyDelete
  8. huh..
    ~~~d coolest sigh:Allah chose u rifah,Alhamdulillah~~~
    barakallahufik..(mg Allah berkatimu)
    Ala..syaidina umar pun ade zmn jahiliyah..tp krn hijrahnya, beliau diangkat shgga mnjadi org yg Rasulullah s.a.w gerenti msk syurga(r.a).
    urmm..astaghfirullah..bole plak 'test2'.. nauzubillah.hrp bkn dr glngn seagama kite..
    jgn ingt msk neraka pun bole 'test2'kn.

    ReplyDelete
  9. bgos gler..tp cam xtbukk ht tuk perbetulkan seme ni..taw memg taw..yelah manusia..
    phewh..kan bgos dapt knal2 kwn cam korg2 ni..huhu
    bgosla trah..teruskan pjuanagn..
    alhamdulillah ade gak kwn mcm ni..(^_^)

    ReplyDelete
  10. urmm..
    it's okla nawa..
    yg penting kene slalu berdoa spy Allah beri kte petnjuk dan lorongkn kte ke jlnNya yg bena..
    I know u can do it!..chayok!!
    kalo nawa dpt jihad lwn prasan tu mesti Allah akn gntikan dgn yg lebih baek lg..insyaAllah..
    Moga Allah beri diri nawa kekuatan utk perbetulkn sume itu.=)

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah.. bagus artikel nih :)
    Zaman skrg kene basuh sket remaja2 kite bg clean sket.

    ReplyDelete
  12. tQ..xive..
    tp ni pun spesis misteri...hehhheheehe=)
    nwy tq for follwing my blog yg xsebrape nih..huhuhu~~~

    ReplyDelete
  13. alhmdllah trah..
    makasih la saling memperingati ttg hal2 gnie..
    walaupon sering ddgr..
    tp kurang tndakn yg diambil oleh individu2 yg terlibat...
    hrp2 aqmr djauhkn la...
    nauzubillah...

    ReplyDelete
  14. cne eh..tatkala dia caam hilg kan diri jaap, time tu r ase the best tyme nk lupe kan die n mule dekatkan diri dgn Allah(supy jauh dr memikirkn die yg mlalaikn)..tp slu time da smpy separo or suku or klimax lpe kan die, die dtg blik..patu hati jadi lemah blik...susah ar nk buang yg btul2 buang dlm kpale...bley bg spatah 2 kata x saudari athirah...

    ReplyDelete
  15. aqmar: btol tu aqmar...berdoalh agar Allah hindari kte dr perkara2 yg mcm gini..amin..^_^

    Anonymous:
    1stly sori sgt2 sbb respon lambt...br tgk entry ni tok update comment..

    cne eh..
    camnii..

    nwy...Alhamdulillah cik Anonymous berani luahkn kat cni..xtually ble cik Anonymous kate "rase the best tyme nk lupe kan die n mule dekatkan diri dgn Allah(supy jauh dr memikirkn die yg mlalaikn)" that's mean Allah da gerakn hati cik Anonymous utk berubah..
    ble face keadaan cm gini yg pertama2nye knelah tekadkn hati utk xkn ulngi benda2 cam ni lg..cam nk taubat jugakla kte kne berazam dgn sssghnya xkn ulngi maksiat yg kte dah lakukn pd Allah tu..

    then mmg akn ade rase lemah tu..sbb kte ni mnusia biase yg xlari dr c setan yg xkn henti goyahkn tekad kite..sbb die xsuke org yg mula nk dktkn diri dgn Allah..

    ape yg bole sye share ngn cik Anonymous...

    -tekadkn hati..
    -solat taubat..
    -byk2 doa spy Allah xkn goyahkn keyakinn n pendirian..
    -start a new beginning..
    -cari kwn2 yg bole support utk berubah, yg bole membantu..
    -rajin2 bace quran+insyaAllah ada wktu free, fell free to go through quran tafsir k..=D
    -solat mest penuh!

    insyAllah, dgn perkara2 diatas kalo cik Anonymous btol2 amlkn...Allah akn hindarikan cik Anonymous dr teringt2 ttg 'die' tu..

    "Bercintalah dgn Allah, kite xkn pernah rase kesunyian...sebaliknye kite akn lebihh bahagia.."

    ..kalo kite jadikn Allah kekasih kite n kite pun da jadi kekasih Allah, Allah akn temukan kite dgn org yg btol2 kasihkn kite bkn kerana cinta dunia...

    Renung2kn & selamat AMar Makruf Nahi Mungkar..=D

    ReplyDelete
  16. salam..ukhti..sy ingin m'minta izin utk m'ambil sbhgn artikel ni sbgi bhn tazkirah wat diri yg masih m'cari cinta agung...warakallahufik..:)

    ReplyDelete
  17. wassalam'alayk~
    bole2 ukhti khadijah...
    tafaddal~;)
    moga sentiasa dlm redha Allah selalu^__^

    ReplyDelete
  18. bagus athirah ni....huhu...lama da tau dia bagus...huu.....teruskan athirah!!!

    "dalam hidup ni kita menjadi dan bukan mencari"
    -usahalah untuk jadi yg soleh dan solehah..usahalah untuk jadi yang terbaik..nescaya akan datang yang baik untuk kita-

    ReplyDelete