بسم الله الرحمن الرحيم
[Kita, apa yang kita fikirkan!] |
Saya mendapat ilham untuk menulis entry ini ketika saya membasuh (mencuci) pinggan. Membayangkan anda dengan situasi: sinki dapur (biasa depan sinki mestila tingkap,kan.. jadi rumah saye (a.k.a rumah MakAbah sayalah!) pun tak terkecuali..hehe). Jadi pemandangan dari singki dapur, mengadap belakang rumah saya tu ade kolam ikan, dan kebun getah yang terbiar...(ntah korang boleh bayang ke tidak....haha) melihat kepada keadaan kebun getah yang terbiar, membuatkan otak saya telah dulu mendraf entry ini dalam fikiran. "kita, apa yang kita agendakan!"
Apa kaitan kebun getah terbiar, dengan "kita, apa yang kita agendakan!"?
Pemilik kebun getah, akan membiarkan kebun getahnya terbiar jika tiada agenda padanya untuk membersihkan kebun getahnya. (saya tahu siapa pemilik kebun getah itu. sangat kenal. tapi saya bukan nak bercakap tentang dia).
Fullstop. Hanya mahu meminjam 'kebun getah terbiar' itu sebagai satu analogi.
Hidup, sebagaimana kita.
Kita, apa yang kita niatkan, apa yang kita agendakan.
Agenda? Anda pernah dengar bukan...
Kamus Dewan (Edisi ke-3 yang mak saya punya) menyatakan agenda sebagai;
1) susunan perkara yang dikemukakan untuk dibincangkan (dalam mesyuarat)
2) buku catatan
Saya pula, menyetujui kedua-dua maksud yang dinyatakan oleh Kamus Dewan itu walaupun isinya di sini bukanlah dalam erti kata nak bermesyuarat..cuma, idea "susunan perkara" itu yang saya nak fokuskan tapi bab "buku catatan" tu memang saya sokong 97.5% (kenapa tak 100%, ye? ala...2.5% tu kan kena zakat...hehe. gurau jer!)
*peringatan lembut nak bagi sentap, harap maklum* haha (aduh, lama sangat dok rumah ni, makin 'sengal' pulak saya ni...~garu kepala~)
Sebenarnya 'agenda' yang saya maksudkan tu, boleh juga nak digantikan dengan 'program' (sila rujuk kamus dewan...hehe) tapi saya tetap lebih sukakan 'agenda' itu. Bunyinya lebih klasik (makin klasikkan, makin tinggi harganya, makin tinggi nilai estetikanya, kan.. tak gitu? hihi) dan....lagi satu, lebih terkesan!
Let's talk about this business...
Bila ada sesuatu yang kita 'agenda'kan (atau dalam kata lainnya, ada yang kita rancangankan, yang kita nak buat program, atau santainya: yang kita nak 'amik port'), kita akan ada niat nak buat, nak lakukannya. dan bila kita ada niat tu, insyaAllah kita akan berusaha ke arah itu. kadang boleh jadi juga, kita dah niatkan dulu baru kita agendakan. Tak kisahlah bagaimana, yang penting apa yang kita 'agenda'kan tu! dan kerana itu juga pentingnya innama a'malu binniat!
Percaya atau tidak, apa yang kita agendakan ini akan memberikan impak yang besar kepada kita. Kerana itu, kata saya (dalam versi yang ini):
agendakan apa yang kita niat.
niatkan apa yang kita agendakan.
niat mengubah diri kita.
agenda menggerakkan kita.
agenda menghidupkan hidup kita.
agendakanlah hidup kita!
Susah tak, nak faham premis-premis saya tu? maaf, mungkin dalam DNA saya ada gene yang begini. Tapi, tak apa, cuba perlahan-lahan... pejam mata anda, tarik nafas, baca bismillah, baca sekali lagi perlahan-lahan, insyaAllah anda akan faham. kalau tak berapa faham pun insyaAllah anda akan dapat rasa. tapi sebenarnya...ayat akhir tu je point yang pentingnya! hehe. ^__^
Saya nak berkongsi dengan anda sesuatu, tapi ini memang cerita saya...(kebanyakkan entry dalam blog ni pun memang cerita saya, kan...dah memang rumah saya pun! haha)
Saya membelek-belek satu buku catatan lama saya. Nak kata dairi tu, tidaklah (sebab saya tak suka tulis dairi). Buku ini mungkin sekadar kategori buku contengan untuk saya meluahkan apa yang saya rasa, hanya menjadikan buku ini perakam sejarah bagi rentetan sesuatu yang berlaku dalam hidup saya. (haha...ape bezenya dengan dairi ye?! *tak, ni memang bukan diari! haha ~denial phase~ ;P)
Ok. Tak kisahlah, tapi bagi saya ia memang bukan diari, sebab saya conteng-conteng dalam buku tu ikut suka hati saya aje nak tulis kat mukasurat mana..(ha, see..i said, it is not a diary...wehee) dan yang uniknya, semua catatan di dalamnya saya gunakan pensel! (wah, memang klasik! lagipun 'jiwa-jiwa' sekolah rendah dan zaman-zaman pensel tu masih menebal lagi agaknya...haha)
Saya pergi ke salah satu mukasuratnya, bertarikh 25/4/07. 3.55pm.
ini salah satu contengan saya berkenaan perkara-perkara yang dah saya capai dalam hidup dan perkara yang nak saya capai.
salah satunya yang ini (saya tulis begini):
-AKU NAK JADIK PENULIS NOVEL YANG BEST + ISLAMIK.
(serius, saya tulis huruf besar! haha)
bunyinya macam sangat perasan dan sangat poyo kan...haha
kemudian saya ada buat satu kolum disebelahnya. Atas sekali kolum tu saya tulis "-Kesudahan citer!!-"
Jadi di sebelah perkara yang saya tulis dengan huruf besar tu ada lagi catatan saya (of course tulisan pensel..hehe) kat dalam kolum 'kesudahan citer' saya ada tulis begini:
-Cinta ain Naqilah telah berada di pasaran. 1st promotion KLIBF'09
-17/4/09
-Telaga Biru Snd. Bhd
-A cool sigh *Alhamdulillah*
Saya selak mukasurat sebelah. Oh, ada lagi rupanya senarai saya...
Ada lagi yang saya tulis, antaranya yang ini:
-AKU NAK ADE BLOG UTK TARBIYAH KAWAN-KAWAN DAN DIRI!
di sebelah kolum 'kesudahan citer' saya ada tulis begini:
-www.atheathirahtaha.blogspot.com
-1st Entry: 16/3/09
Hurmm...ini sebahagian yang boleh saya kongsi, yang lain saya simpan sendirilah! Bukannya apa, cuma tak bagi gambaran kepada anda tentang apa yang sedang saya katakan dalam entry ini, "kita, apa yang kita agendakan!"
walaupun kita orang kecil, tapi biar jiwa kita besar!
Maka, agenda untuk ummah yang ada pada kita haruslah lebih serius dan lebih besar lagi. Biar kita merasa 'izzah (mulia) dengan Islam!
Baru semalam saya statuskan di FB saya (2 April 2012 at 21:44);
saya ada satu impian, impian yang sangat besar: mahu melihat remaja Malaysia bergenerasi sahabat, berketrampilan Rasulullah! Ayuh, mari perkasakan diri dengan akhlak nabi! subhanAllah! ;D
Betul. Ini memang impian saya. Jika saya melihat 'adik-adik' sekolah menegah yang berduyun-duyun balik sekolah tu, seakan mahu saja saya ingatkan mereka betapa pentingnya masa muda mereka.
If and only these adik-adik sekolah menengah tau yang the schooldays/schoolhood is an exciting moment. They should fully utilized, live life to the fullest during their schoolhood 'times' to develop all the 'best, awesome, great' criterias of themselves.
-leadership
-ketrampilan akhlak Rasulullah
-dimensi pemikiran-pemikiran orang yang bakal berjaya
-mensibukkan diri dengan al-quran
-menguatkan badan dengan sukan dengan etika yang benar
-mampu membantu membentuk rakan-rakan lain menjadi generasi sahabat!
[sebenarnya, ada satu entry tentang adik-adik remaja yang sedang dalam draf saya, tapi saya curi sedikit isinya dari draf entry tu, alang-alang menyentuh soal remaja ni, masukkanlah sikit..hihi]
Sambung sikit cerita 'buku catatan@contengan suka-hati' saya tadi...
rupanya sebelah mukasurat tu pulak, ada lagi contengan saya seterusnya...
28/5/09.MSU.4.48pm (saya suka tulis suka hati, bila-bila masa saya suka, pada mukasurat mana-mana...hihi)
saya ada tulis tentang perkara yang ingin saya lakukan untuk membangun ummah (antara yang boleh saya kongsi):
-menubuhkan Yayasan Athirah untuk membantu anak-anak yatim dan fakir miskin
-menubuhkan pusat tahfiz yang kurikulumnya mencakupi tuntutan dunia & akhirat
-menjadi aktivis bebas dengan mendekati masyarakat sebagai salah satu cara untk membendung kebejatan akhlak remaja
-menubuhkan Wisma Athirah yang akan bertindak sebagai saluran pembangunan ekonomi dengan membuka peluang perniagaan untuk usahawan muslim.
haha. yang ini lagitak boleh blakan... memang saya suka syok sendiri! memang dah lama saya sedar! tapi yang baru saya sedar, saya ni cemburu orangnya.
Saya sangat cemburu melihat orang yang mampu menginspirasi orang lain. Saya cemburu bila perkataan-perkataan indah yang ditutur mereka mampu memberi kesan kepada hati dan jiwa yang mendengarnya, saya cemburu bila status di laman sosial mereka mampu menggerakkan minda orang lain, menjadikan orang lain mahu berubah dan mencari kebaikan. saya sangat cemburu untuk perkara yang sebegini.
Kalau nak tahu, dalam angan-angan saya, saya nak jadi macam Oprah Winfrey! Seriously...hehe tapi hakikatnya, saya lebih nak jadi seperti Rasulullah S.A.W yang terus menginspirasi walaupun baginda tiada di 'sini'. Ianya memang menjadi impian dan matlamat saya juga untuk menginspirasi orang lain.
Kadang-kadang memang sengaja saya menstatuskan tentang doa hati dan mungkin kebaikan-kebaikan yang ada supaya ia 'mengetuk' diri saya sendiri untuk menjadi peringatan dan juga biar orang lain juga ter'ketuk' sama. Orang macam kita (atau lebih tepatnya saya!) sering menangguh-ngangguh untuk melakukan sesuatu. Perlu ada yang membantu. moga status-status dan ayat-ayat begini yang menginspirasikan diri. Dari tak berfikir jadi terfikir, dari tak buat, bertindak. moga dengan begini akan terus tersebarnya kebaikan. Allah tahu apa yang ada dalam hati. Hidayah, Allah bagi percuma, pelbagai cara dan kita juga boleh memilihnya. Namun kalau tak cari, pasti tak jumpa! (Athirah Taha, 2012)
Memang sengaja saya menjadikan impian saya 'umum' (saya terjemahkan dari perkataan 'reveal'). Jika bukan saya yang dapat merealisasikannya, mungkin anda!
Saya nak jadi orang yang bermanfaat kepada orang lain.خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia yang lain.”
Mari berjiwa besar!
Ayuh, bangunkan ummah!
.MOGA TERINSPIRASI.
____________________________________________
*selingan*
Saya bawakan untuk anda dan rakan-rakan yang mungkin sedang 'sekapal' dengan saya sekarang iaitu yang sedang berada dalam "era menanam anggur dan membina badan"...haha
Saya pernah statuskan di FB (12 December 2011 at 22:56):
my fren, Sharifah Rizwanah: interview is a part of graduate's life...
me: ...raising grapes at home is a part of graduate's life too..haha;D
huh, memang lemau jugak dok umah lama2...but here useful tips utk elakkan 'kelemauan' itu adalah dengan banyakkan membaca (tak kisahlah apa2 bahan bacaan pun..tapi lagi bagusla if yang bermanfaat & memberi ilmu..), aktifkan diri dengan aktiviti membersihkan rumah (boleh berbakti pada mak abah)... hava a blessed 'raising grapes at home' to me and my dear friends!!~ huhu^___^
Ok kawan-kawan, mari agendakan era menanam anggur dan membina badan kita ni!
Ayuh, iqra'! Mari membaca!
Agendakan masa lapang kita untuk membaca!
Ingat tak buku Sirah Nabawiyyah [Ar-Rahiq Al-Makhtum] yang pernah saya beritahu dalam entry saya dulu; Masa yang berlalu~~ Alhamdulillah, dah selesai saya membacanya. Tadaaaa...inilah hasilnya.
Sekarang sedang membaca Riyadhus Shalihin pulak (baru sampai suku). Saya selalu dengar orang sebut buku ni, Riyadus Shalihin (yang bermaksud Taman Orang-Orang Soleh karangan Imam Nawawi) tapi sebenarnya saya tak tahu ia adalah kumpulan hadis-hadis nabi.
Mungkin bacaan kita terhadap bacaan yang serius macam Ar-Rahiq Al-Makhtum dan Riyadhus Shalihin ni akan membosankan, tapi jom saya kongsikan dekat anda cara nak jadikan pembacaan kita lebih menarik dan stylo! hihi ^__^
Highlightkan isi-isi penting dan labelkan dengan 'Kisah Yang Menarik', Hot Tips', 'Capture The Moment', 'The Words I Like Best!' etc. Make it creative! |
(:alangkah indahnya hidup ini>>>bila hidup beragenda! ! :)
~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...
...wallahu'alam...
Tak paham. Banyak sgt hehe hehe.
ReplyDeleteerr...saya sendiri baca pun agak pening..huhu
Deletebanyak 'melompat2' sangat kot dalam entry saya ni..
actually banyak contoh je dalam entry ni...
anyway kesimpulannya senang je... "kita adalah apa yang kita agendakan." kita mesti ada agenda/fokus yang kita nak capai untuk diri kita, dalam hidup dengan itu barulah kita akan cuba bekerja/berusaha untuk merealisasikannya. (kalau tak tercapai pun, semoga kita telah melakukan sesuatu yang bermanfaat!) =)
"Great things start on a correct frame of mind..What we think goes into our hearts................ comes out from our mouth............. shows in our actions...... shapes our character. Our thoughts can either make or break us." - Shaykh Zahir Mahmood-