...Words From God~O Allah, The Lord~...

"Closer and closer to mankind comes their Reckoning: yet they heed not and they turn away."

"Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.." (Al-Anbiyaa':1)

AWAS! Anda berada di zon::Alangkah Indahnya Hidup Ini::

::SELAMAT DATANG:::WELCOME:::

Salam sejahtera, salam singgah, salam melawat, salam menjengok, dan semua salamlah saya ucapan kepada pengunjung rumah saya ni teratak; Alangkah Indahnya Hidup Ini...

Saya sangat berbesar hati sekiranya anda dapat meluangkan masa untuk membaca perkongsian saya di dalam blog ini. Saya juga mengalu-alukan anda untuk 'copy' atau ambil apa sahaja yang ada di teratak saya ini yang memberi manfaat kepada anda. Namun saya mengharapkan jasa baik anda untuk melampirkan link 'Alangkah Indahnya Hidup Ini' sebagai rujukannya. Ini kerana sebarang artikel yang saya hasilkan sendiri pasti menjadi tanggungjawab saya kepada ALLAH. ^_^

~Moga ' Alangkah Indahnya Hidup Ini' sentiasa menjadi inspirasi anda~
~Moga segala kandungannya dapat memberi manfaat kepada semua~
~Moga dengan 'Alangkah Indahnya Hidup Ini' menjadikan kita sama-sama beroleh rahmat dan hidayah Allah S.W.T..aminnn~

Sekian Terima Kasih.

Thursday, April 26, 2012

Ada apa dengan...Jaja & Din?

بسم الله الرحمن الرحيم


Jaja & Din
Noor Suraya


[credit]

Biasa, bila ada entry baru yang saya layarkan di blog pasti ada sesuatu atau ada yang men'trigger' saya menaip. Kadang-kadang tajuknya sudah ada tapi isinya belum saya draf...jadi 'sesuatu' itulah yang biasanya akan menjadi 'faktor mood' nak mengarangnya (ala-ala driving-factor la konon..hehe). 

Semasa zaman-zaman belajar Biomed Sc dulu,  bila selalu travel sana-sini atas urusan tertentu,  berdikari dengan kehidupan rumah sewa, bercampur dengan ramai orang yang berbeza fikrah, warna kulit, bangsa, dan agama itulah yang membuatkan saya mula mendraf entry dalam kepala (yang ada otak ini), dan kemudian berusaha menterjemah segala perkataan ke layar blog.

Sekarang, duduk di rumah ini (yang jika anda mengikuti entry saya sebelum ini, akan tahu saya sedang 'menikmati' (wah positifnya!) era menanam anggur & membina badan..haha)...dan duduk di rumah ni memang saya jarang keluar@cakap senangnya jarang nak jumpa orang (al-maklumlah, saya memang spesis si dara pingitan..kiki).

Bila duduk di rumah dengan 'kespesisan dara pingitan itu' sedikit menterhadkan 'sesuatu' untuk men'trigger' saya menulis. Maka, saya selalu manfaatkan aktiviti yang saya selalu lakukan kat rumah ni....contoh macam tengah mengemas rumah ke, membasuh pinggan, melipat kain ke, tengok cerita dan drama kat TV ke...untuk saya berfikir. Berfikirlah.  Berfikir mengingati Allah, berfikir cari idea untuk karya-karya akan datang  dan termasuklah berfikir tentang umat sehingga dapat melayarkannya di blog ini.

Dan pastilah yang men'trigger' saya menaip entry ini novel Jaja & Din tu sendiri. Sebenarnya saya baru saja selesai membacanya (dengan sedikit lompat-lompat katak di bab-bab awal..hehe). Terima kasih kepada bestpren saya a.k.a adik kesayangan saya yang  sorang tu, yang kata dia: dia memang tak puas hati kalau saya tak baca novel tu! (the truth, saya sedikit malas nak mula membaca novel tu, dan saya baca novel tu yang sampai membuatkan saya mendraf entry ini hanya bila dia tak ada di rumah...sebab waktu tu saya dah boring sangat! ngeh3 ;D)

Sedikit latarbelakang Jaja & Din:
- Jaja & Din tu tajuk novel tu
-Penulisnya Noor Suraya
-Penerbitnya JS(Jemari Seni Snd. Bhd)

Tiada niat promosi,  hanya berharap dapat berkongsi manfaat yang baik dan moga lagi baik buat penulis dan penerbitnya. (Harap-harap anda-anda yang membaca ter'trigger' nak mendapatkan novelnya...hehe Biar banyak kali diulang cetak lagi..^__^)

Saya kira novel ini, penulis dan penerbitnya bertuah, ini kali pertama saya mengulas sebuah novel (tidak seperti kebiasaan saya yang sudah mengulas drama Chinta dan Nur Kasih yang lalu~) tapi di sini saya tidak berhajat nak memberikan sinopsisnya. (anda kena baca sendirilah! haha) cuma main pointnya, nak berkongsi dengan anda sudut pandang saya terhadap karya yang manis ni.

Ya, komen 1: karya yang manis! (macam juga penulisnya selalu describekan heroinnya,  si Jaja.)

Komen 2: saya rasa jika kulit novelnya dicuitkan dengan sedikit lagi seni dan kreatif, pasti hasilnya akan lebih lagi untuk menarik minat orang untuk membeli sebagai koleksi! (sebab jika tak tahu ceritanya bagaimana dan jika adik saya tak beli mungkin saya juga tak berpeluang untuk membacanya...hihi...oh, komen ni agak peribadi sebab memang kegemaran saya nak membeli buku akan menghakiminya sejak mula melihat kulit buku! anda bagaimana?(@__@)

Lagi: untuk tarbiyyahnya saya bagi 3.5 hingga 4 (haha...boleh pulak ada point-point) dari 5 bahagian kek! (analogi saja sebab haritu baru  saya ajar anak jiran, subjek matematik bab pecahan. Saya guna kek untuk tunjuk bahagian pecahan tu, bukan bintang! haha) 

**Selingan**

Saya pro pada pandangan 'Gary', si watak sarkastik (bagi saya) dalam Seikat Kembang Merah karya Imean ( yang juga terbitan JS, dalam novel ni pun dia, si Gary tu pun ada sebut pasal novel Jaja & Din..haha) Oh..back to business, Gary dalam novel karya Imaen tu kata:
tak perlu nak label perkara-perkara dengan 'islamik'...contoh basikal-islamik, buku-islamik ke....
Yang saya pro pendapat tu sebab bagi saya contohnya, sesebuah novel itu kadang-kadang tak perlu dilabel novel-islamik pun ia boleh jadi 'islamik' dengan sendirinya, jika ia digarap dengan baik dan penuh hikmah serta sarat dengan nilai-nilai murni, moral dan persoalan-persoalan ketuhanan (maksud saya ini bukanlah tentang aqidah, tauhid segala bagai tu, maksud saya lebih kepada aspek ketuhanan yang penulis tu cuba sampaikan dan cuba bawa pembacanya untuk mendekati tuhan dengan mengajak pembaca menjadi hamba Allah yang taat (yang melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) dan menjadi manusia yang lebih baik (yang bergaul dengan akhlak yang baik sesama manusia).

Tapi, connya saya rasa kadang-kadang perlu juga dilabel novel-islamik tu, supaya jelas mana yang hak & batilnya. Supaya kita terus boleh pilih yang 'islamik' tanpa perlu 'cuba jaya', yang kadang-kadang 'cuba jaya' tu tak selalunya kita betul. Kerana hakikatnya, Allah telah lama menunjukkan jalan yang lurus untuk kita ikuti.

Apa-apa pun, ini tiada kaitan dengan mana-mana pihak, sekadar persepsi saya saja..(haha. cliche! ayat escapism!)


Ok, lagi: Benarlah yang ditulis penulis novel ini pada epilog akhirnya, ceritanya biasa saja yang sengaja dijadikannya luar biasa. Pandangan ikhlas saya terhadap penulis: menerusi novel Jaja & Din ini beliau telah meletakkan dirinya pada satu kelasnya yang tersendiri. Jujurnya, saya pernah mengikuti beberapa lagi novel penulis ini dan jujurnya juga, saya rasa Jaja & Din adalah yang terbaik pada pandangan saya.

**Selingan**
Sebelum menulis novel, saya juga membaca novel (BM & BI..tapi yang BI taklah hardcore sangat..hihi) dan ruang lingkup novel bacaan saya juga luas. Bukan hanya novel cinta. Saya juga membaca yang thriller contohnya dari karangan Ramli Awang Mursyid.  Saya juga baca yang berbentuk bibliografi dan sejarah seperti Hari-hari Dalam Hidupku (Zainab Al-Ghazali), Sultan Muhammad Al-Fateh (Abdul Latip Talib). Juga Ayat-ayat Cinta (Habiburrahman El-Shairazy) dan lain-lain.

Selain membaca, saya juga menilai karya itu, dari pelbagai sudut. Teknik penceritaannya, gaya bahasanya, persoalan di dalamnya, ke mana nak penulis arahkan pemikirkan pembacanya. (Wah dah macam A.Samad Said pulak bunyinya saya! hehe) tapi benar, ini yang saya ambil tahu dari sesebuah novel yang saya baca. Bukan baca saja-saja! (kalau tak buang masa namanya, ingat ni!)

Penulis yang saya katakan rasa ada kelasnya tersendiri, adalah yang ada identitinya tersendiri.

Tidak terlalu larut dengan khayalan fantasi hingga tidak berpijak dibumi yang nyata, yang bila digambarkan romantiknya, romantik bagai nak rak, cinta tak mahu berpisah. Saya faham apa yang mereka tuliskan, ilham dari Allah juga sebenarnya, datangnya dengan izin Allah juga. Namun, Allah juga ilhamkan akal dan nafsu serta iman untuk menjadi petunjuk. Jadi, jangan biar nafsu yang mendahului. Rugi nanti!

"...kerana aku bukan penulis picisan yang menjual karya untuk mencabul minda pembaca dengan fantasi yang tidak berpijak di bumi yang nyata. " (Athirah Taha, 2012)

'Sesak' juga saya melihat fenomena lambakan novel-novel (yang khususnya novel cinta) yang tak lain tak bukan golongan sasarannya adalah remaja. Aduh, penerbit juga...mungkin temanya mahu cinta remaja, mahu yang santai untuk remaja...namun tolonglah. Tolonglah anak-anak seagama kita. Jangan biarkan mereka dibuai fantasi seperti itu lagi. Cukuplah!

Saya juga lihat penulisan-penulisan novel di internet...Wah, bagus masing-masing berkongsi karya. Muda-muda pula penulisnya. (Eh, saya pun penulis muda, juga amatur lagi!) Namun, janganlah begitu asyik berkarya hingga melupakan cinta Tuhan. Penulis muda (yang mungkin lebih muda atau baya-baya saya), ayuh matlamatkan penulisan kita. Jangan biar ia sia-sia. 

"Mari kita kembalikan perkara ini pada tempatnya. Mari bawa lebih banyak hati mendekat pada Pemiliknya. Biar ruang kosong di hati itu diisi dengan cinta Tuhan. Isi dengan cinta Allah baru cinta manusia!"  (Athirah Taha, 2012)

Ingatan untuk diri saya serta penulis lainnya;
Karya kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah nanti! Berkaryalah untuk jalanNya!
Penulis yang ada kelasnya tersendiri juga, hikmah dalam bahasa ceritanya, mendamaikan jiwa. Barangkali tidak perlu terlalu puitis tapi terus menyerap ke jiwa. Jiwa layu jadi segar, jiwa mati jadi hidup!

Penulis yang ada kelasnya tersendiri juga, tidak perlu meletakkan konflik yang berlebihan sampai naik pening pembaca nak membacanya. Serabut dek pasangan watak utama yang berselisih faham ntah apa-apa. (sarkastiknya saya! haha ;D) konflik kecil mungkin perlu sebagai penambah perisa... namun konflik tu juga luas maknanya: konflik diri, delima membuat keputusan, mujahadah (keazaman melawan hawa nafsu) untuk berubah ke arah kebaikan... lihat tu, banyak lagi konfliknya, jangan terhad kepada 'gaduh-gaduh-ntah-apa-apa' dan 'salah faham kecil saja'...

Penulis yang ada kelasnya tersendiri juga, memandu pemikiran pembaca ke arah yang baik-baik saja! watak antagonis mungkin ada, tapi tetap dibawa hati pembaca dekat kepada tuhan dengan 'antagonisnya' watak itu. 
p/s: Selain penulis novel Jaja & Din yang baru masuk  dalam  'Penulis yang ada kelasnya tersendiri' dalam senarai saya,  mari saya beritahu anda beberapa penulis yang ada dalam senarai saya tu... harap ada yang anda kenal..;) ~Habiburrahman El-Shairazy, Zainab Al-Ghazali, Fatimah Syarha, Hlavote,  dan Ramli Awang Mursyid~
p/s: kateria 'penulis yang ada kelasnya tersendiri' itu hanya dari sudut pandangan saya saja, jadi don't get offense, ya! hihi


Seterusnya: bagi saya garapan tarbiyyahnya agak baik.
Tidak terlalu keras dan cara penyampaian tarbiyyah si Din itu pun agak berhalus dan hikmah. Tapi bab zuhud dia, jika ada 'orang awam' yang masih tak faham mungkin akan sukar untuk menerima perspektif Din kerana kita maklumnya sudah agak terbiasa disogokkan dengan kesenangan dunia. Namun jika yang faham dan  sudah dapat merasa 'izzahnya Islam itu pasti akan  turut merasakan positifnya zuhud si Din tu, tak pun paling kurang, tak banyak soal nak menerima ke'zuhud'annya itu. Saya juga dapat merasakan penulisnya dapat meletakkan perspektif berbeza bila menjadi zuhud dan bagi saya (berdasarkan fikrah dan tarbiyyah saya yang setakat ini, yang tak seberapa ini)...tidaklah begitu teruk menjadi zuhud! hihi. Zuhud tidaklah bererti kita menolak fitrah secara total! 


Wah, senorok benar gayanya saya mengomen novel orang...haha Maka, kerana itu mungkin saya juga tak kisah malah berbesar hati dikomen orang! Rasanya cukuplah sampai di sini saja. *peace*


Moga beroleh ibrah!


KosaKata:
fikrah=  pembinaan akal (kefahaman/idea/gambaran terhadap sesuatu. Dalam entry ini saya memaksudkan: pemikiran yang dijadikan pegangan menjurus kepada fikrah Islam/ cara hidup Islam)
tarbiyyah= didikan (saya merujuknya sebagai Tarbiyyah Islamiyah: Didikan Islam)
orang awam= saya merujuknya sebagai kita: 'orang yang biasa-biasa'
'izzah= mulia
zuhud= Penerangan dari saya zuhud bererti tidak cinta akan dunia/ tidak cenderung kepada kesukaan di dunia. Hiburannya akhirat. (sila rujuk disini untuk keterangan lanjut)
ibrah= pengajaran



p/s luar tajuk: Jika berselisih-faham dengan saya...jangan bimbang, saya orangnya mudah berlapang dada. kecil hati mungkin barang seketika. bukan jenis saya menyimpan rasa apatah lagi dendam pula. yang saya suka professional dan rasional, jika ia baik saya mengaku, jika kurang pada pandangan saya; saya lahirkan rasa...bukan mengata, sekadar menegur untuk kebaikan bersama. Jika ditegur saya pula, tidak mengapa. besar hati saya kerananya! (bukan mahu promosi diri, sekadar memberitahu fakta! hihi ^__^)




 
(:alangkah indahnya hidup ini>>>bila hidup ini rajin membaca! ! :)




 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...

No comments:

Post a Comment