بسم الله الرحمن الرحيم
[credit] |
Ini
sebenarnya cerita semalam (tarikh draf: 5/1) dan rasanya seperti tak
perlu nak berkongsi di sini tapi tengah gosok gigi pagi tadi
membuatkan saya membatalkan niat yang itu sebab ada sesuatu yang patut
di kongsi agar mendapat manfaat bersama.
Cerita semalam: Setelah 2 bulan pakai retainer jadi semalam baru ada
appointment dengan Orthodontist untuk review retainer tu. Saya sampai
awal juga tapi kena menunggu hampir sejam. Mungkin kerana ramai patient
dan procedure yang mengambil masa. Selepas hampir sejam tu, tiba giliran
saya dan saya rasa mungkin tak sampai 10-15 minit saya dah siap...haha
(memang dah agak pun sekejap, sebab just nak review retainer jer!)
Lagipun gigi saya tak ada masalah..hihi
Kemudian, masuk je kereta saya cakap kat abang saya yang hantar saya
(yang lebih kurang cam ginilah dialog kami semalam) >>>
saya: Sekejap je masuk tadi tak sampai 15 minit pun..
bunbun: La...tunggu punyalah lama, dekat sejam lebih dah ni (dengan nada exaggerate..)
saya: tula, da agak dah kejap je, arini ramai orang pastu ada pulak budak sekolah tu tadi bracket off...dia kena potong queue...
bunbun: yela, esokkan cuti. budak tu sekolah arini tu yang diaorang bagi masuk dulu.
saya: tapi yang bestnye...masa doktor pakar cek tu dia kata: "oral hygiene sangat bagus."
(sebelum doktor pakar tu cek, ada lagi sorang doktor (dokor biasa) dah cek, dia pun mengiayakan kata-kata doktor pakar tu..hihi kembang hati saya dengar doktor cakap macam tu...)
bunbun: memangla, dah gosok gigi 7-8 kali! (sehari)
saya, gelak aje...the rest is history.
Sebenarnya mungkin juga betul cakap abang saya tu, "memangla, dah gosok
gigi 7-8 kali! (sehari)" tapi ada sedikit ke'exaggerate'tan lah di
situ. Opss.. plus, saya tak sarapan pagi tu..(memang sengaja tak nak
bersarapan pagi tu sebab nak jumpa doktor kan, malas dah nak berus gigi
dengan 'gigih' nanti..hehe).
Saya rasa tak lah sampai 7-8x tu, tapi sejak
pakai braces dulu yang pasti setiap kali lepas makan memang saya gosok
gigi dan kadang-kadang lepas minum air manis pun saya gosok gigi...(tapi
gosok gigi yang dengan ubat gigi berfluorida tu, 3-2 kali sehari jelah,
yang lain-lain tu biasa saya gosok gigi tanpa ubat gigi. Kalau tak,
lebih sangat fluorida, gigi dapat fluorosis pulak nanti...haha)
Dan semasa saya memberus gigi pagi tadi saya terfikirkan ini...
Memang terbuktilah, hasil gosok gigi "7-8x" tu membuahkan hasilnya: "oral hygiene yang sangat bagus"...hehe ianya memang kedengaran agak klise bila kita kata: usaha tangga kejayaan, tak berusaha tak berjaya tapi sebenarnya memang betulkan kata-kata tu, bahkan ianya adalah satu sunnatullah, seperti yang telah ditetapkan Allah dengan sifat RahmanNya; Man Jadda Wa Jadda (siapa yang berusaha, dia yang berjaya)
Dan bercakap lagi tentang {gosok gigi "7-8x" tu membuahkan hasilnya: "oral hygiene yang sangat bagus"} mengingatkan saya kepada sebuah hadith ini:
"Dari Jabir r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan solat yang lima itu adalah seperti sungai yang penuh air pada pintu salah seorang di antara kamu sekalian di mana ia mandi lima kali setiap hari dari sungai itu." (Riwayat Bukhari dan Muslim)-Imam Nawawi, Riyadhus Shalihin I, Bab Berharap kepada Allah-
Sekiranya seseorang itu mandi di sungai sebanyak 5 kali sehari, apakah masih tertinggal kotoran di badannya?
Tidak.
Ya, itulah perumpaan yang cuba Rasulullah SAW sampaikan. Sekiranya kita solat lima waktu...dengan izin Allah, segala dosa kita akan diampunkan. MasyaAllah!
Malah permulaan solat itu sendiri sudah menyumbang kepada 'penyucian dosa' kita. Sesiapa yang berwudhu dengan sempurna pada setiap anggota wudhunya, maka akan berguguranlah dosa-dosanya seperti air yang menitis dari wudhunya. Dalam kitab-kitab fekah sekali pun Bab Thoharah (bersuci) sangatlah penting sehingga menjadi bab pertama dan utama yang dibincangkan. Seperti juga dalam hadith nabi yang lain ini:
Dari Aisyah r.a, katanya: Rasulullah S.A.W bersabda: “Sepuluh perkara dari (peraturan-peraturan kebersihan) yang dituntut oleh agama, iaitu: menggunting misai, membiarkan janggut(tumbuh panjang serta mengemaskannya), bersugi(membersihkan gigi), menyedut air-membersihkan hidung, memotong kuku, membasuh buku-buku jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, dan beristinjak”. Kata Mus`ab (salah seorang rawi hadis ini): “dan aku lupa akan perkara yang kesepuluh, aku fikir perkara itu) tidak lain dari berkumur-kumur.” (Riwayat Muslim)
Dulu, saya pun kadang-kadang malas nak berus gigi.. (masa kecik-kecik dulu la...haha) Namun, saya melihat hikmah yang sangat besar sejak saya memakai braces. Ya, sekarang saya telah menjadi antara orang yang mementingkan kebersihan gigi! (ceywah..hehe)
Yang patut kita maklum (tahu), berus gigi adalah antara sunnah Nabi! Tak gembirakah kita ikut sunnah Nabi? Law kana bainana habib, Ya Rasulullah: Seandainya Rasulullah SAW ada di sini bersama kita, pasti baginda akan tersenyum bila tahu ummatnya suka berus gigi!
Sebenarnya juga, berus gigi menambahkan kekhusyukkan dalam solat juga bagi yang menghafal, insyaAllah akan memudahkan hafalannya. Masa belajar dulu, sebelum membaca pun saya suka gosok gigi! hehe
Lihatlah bagaimana {gosok gigi "7-8x" tu membuahkan hasilnya: "oral hygiene yang sangat bagus"} saya ini dapat memberikan suatu refleksi dan anologi yang cukup mendalam sekiranya kita mahu berfikir.
Analogi saya ini barukan gosok gigi, ini apa lagi solat. Pasti berkilat hati kita nanti!
Allah, aku mahu solatku indah, agar hatiku cantik...
Allah, jangan aku menghirup udaraMu untuk meninggalkan suruhanMu...(Athirah Taha, 2012)
Moga beroleh ibrah!
KosaKata:
braces=pendakap gigi
retainer=suatu alat yang perlu dipakai selepas braces di debond (dicabut/ditanggalkan) untuk memastikan gigi tak bergerak...
orthodontist= pakar orthodontik (pakar yang pakar bab-bab pendakap gigi tu la..)
bracket off= bracket (alat pendakap) tertanggal
bracket off= bracket (alat pendakap) tertanggal
fluorosis= gejala terlebih fluorida
exaggerate= melebih-lebih
sunnatullah= ketetapan Allah
sunnatullah= ketetapan Allah
ibrah=pengajaran
(:alangkah indahnya hidup ini>>>bila suka gosok gigi! ! :)
~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...
...wallahu'alam...
No comments:
Post a Comment