...Words From God~O Allah, The Lord~...

"Closer and closer to mankind comes their Reckoning: yet they heed not and they turn away."

"Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.." (Al-Anbiyaa':1)

AWAS! Anda berada di zon::Alangkah Indahnya Hidup Ini::

::SELAMAT DATANG:::WELCOME:::

Salam sejahtera, salam singgah, salam melawat, salam menjengok, dan semua salamlah saya ucapan kepada pengunjung rumah saya ni teratak; Alangkah Indahnya Hidup Ini...

Saya sangat berbesar hati sekiranya anda dapat meluangkan masa untuk membaca perkongsian saya di dalam blog ini. Saya juga mengalu-alukan anda untuk 'copy' atau ambil apa sahaja yang ada di teratak saya ini yang memberi manfaat kepada anda. Namun saya mengharapkan jasa baik anda untuk melampirkan link 'Alangkah Indahnya Hidup Ini' sebagai rujukannya. Ini kerana sebarang artikel yang saya hasilkan sendiri pasti menjadi tanggungjawab saya kepada ALLAH. ^_^

~Moga ' Alangkah Indahnya Hidup Ini' sentiasa menjadi inspirasi anda~
~Moga segala kandungannya dapat memberi manfaat kepada semua~
~Moga dengan 'Alangkah Indahnya Hidup Ini' menjadikan kita sama-sama beroleh rahmat dan hidayah Allah S.W.T..aminnn~

Sekian Terima Kasih.

Wednesday, December 17, 2014

Berkumpulnya kita...


بسم الله الرحمن الرحيم


[credit]

Saya tengah berfikir dan merenung masa depan saya sebenarnya...(cheewahhh). tiba-tiba..tinggg (efek harry potter..hahha) come across tentang perkara ni...

Alangkah indahnya jika dapat berkumpul lagi di dalam iman?


 *******


Pernah terfikir tak, perkumpulan@gathering@meeting atau berkumpulnya kita yang manakah untuk kita mengingati Allah?
 
Maksud saya, tujuan kita berjumpa tu memang sebab nak ingat Allah. Bercakap pasal akhirat. Mengingatkan tentang amal.

Mungkinlah seseorang tu ada usrah seminggu sekali. Maka insyaAllah, dia berkumpul dalam halaqah usrah untuk mengingati Allah. Itu pun sekali seminggu.
Mungkinlah pula seseorang itu solat jemaah di masjid setiap hari. Maka, Alhamdulillah untuknya yang berusaha berkumpul bersama jemaah lain untuk mengingati Allah 5x sehari. Ini memang cukup 0sem!
Mungkinlah ada antara kita yang rajin qiam...tapi selalunya kita qiam sorang-sorang atau qiam dengan orang? hehe
 
OK, selain tu apalagi atau yang manakah lagi perkumpulan kita yang memang untuk mengingati Allah?

Meeting atau mesyuarat kita, adakah betul untuk mengingati Allah?
Keluar makan kita dengan kawan-kawan adakah ada padanya untuk mengingati Allah?
Futsal, badminton, bola sepak, berenang kita, ada untuk ingat kepada Allah?
Kalau dating memang dah sah outla! Pergi tengok wayang pun sama!

Jadi, bagaimana kita yang sebenarnya sering berkumpul ini?
Beritahu saya, perkumpulan kita yang mana lagi kita ingat kepada Allah?
Solat? itu kita solat sendirian. Istighfar@zikir? itu kita sendirian juga.
Baca quran? Kalau kita bertadarus ramai-ramai baru ya itu mengingati Allah dalam kumpulan.

Maka, bermaknakah pertemuan-pertemuan/perkumpulan-perkumpulan kita selama ini?

OK, macam syadid (keras) sangat je bunyinya kan...huhu

Saya tak kata salah pun kita nak berjumpa/berkumpul untuk tujuan apa pun...insyaAllah asalkan niat dan tujuannya baik dan tak menyalahi syarak..insyaAllah dapat pahala. Allah pun suka. Innama al-a'amalu binniat kan...hihi

Cumanya, saya juga wonder dan terfikirkan soalan ni kepada diri saya sendiri...
Berkumpul kita yang manakah untuk kita ingat Allah pada makna & tujuan khususnya?
Seringnya kita hanya "menyelit-nyelitkan" tujuan kita untuk mengingati Allah.

Sedangkan yang paling dekat kepada taqwa itu adalah yang khusus mengingati Allah.
... dan kerana itu juga Allah menyeru Nabi, "Qum, faannzir!"

Mungkin saya terlebih fikir barangkali...
Tapi, cubalah kita renungkan sekali lagi...

Perkumpulan kita yang manakah memang untuk kita mengingati Allah?
...sedangkan pada suatu saat nanti kita memang akan dikumpulkan untuk berjumpa Allah.

Jadi, bila masanya saja kita ini ingat kepada Allah sebenarnya?
Kalau tak solat, tak baca quran, lagilah sia-sia hidup....hmmm
Berkumpul kita di dalam lagho, sendirian kita sia-sia...

Kita ni, selalu berkumpul ramai tapi sedikit sekali kita mengingati Allah!
Nastaghfirullah.

...kerana itu kita mungkin tak excited nak jumpa Allah. Nau'zubillah...
...kerana perkumpulan kita di dunia dahulu seringnya bukan kerana untuk ingat Allah.   

Maka, kerana itu carilah teman yang bila memandangnya saja mengingatkan kita kepada Allah. Mendengarkan kata-katanya pula menambah iman & taqwa...




 *******
 "O Allah, make my best day is the day i meet You~"

"Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah (untuk menerima balasan), maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi) dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Al-Ankabut 29:5)






(:alangkah indahnya hidup ini>>>... jika dapat berkumpul lagi di dalam iman!! :)







 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam..
-MES,12.52pm, Rabu,17-Disember-2014, 3 Safar 1436 H-

Thursday, November 27, 2014

Di Tanah Ini...

بسم الله الرحمن الرحيم


‎[‎September ‎04, ‎2012; 3.45pm; MES]

Di tanah ini...
ketika anak-anaknya
masih tak beralas kaki
tak takut cacing tambang
merata-rata seperti tegar
aku belajar...
melihat dunia dari sudut berbeza
apa ada itu diukur

Di tanah ini...
ketika semuanya dengan uang
susah mungkin yang nampak
masih senyum seperti selesa
sederhana tapi bahagia
aku belajar...
walau aku punya...
orang lain belum tentu serupa.

Di tanah ini..
bisingnya angkot
menentangnya arah becak
banjirnya hujan
aku lewat basah sepatu
aku belajar...
setiap saat ke depan..
belum tentu milik aku.

Di tanah ini..
ketika pergi pagi
pulang petang
makannya siang
kadang malam
aku belajar...
tak resah rezekiku
kerana ada pengatur yang Satu

Di tanah ini...
ketika kecelaruan identiti
yang dirosak dengan ideologi
payahnya tetapkan hati
hanya tergerak hati sendiri
aku belajar...
di mana aku berdiri
Allah jadi saksi.

Di tanah ini...
untuk mengenal diri
takdirku di sini
bermanfaat di sini
itu yang aku pasti.



[5/11/2014][22:15][MES]



___________
p/s:haha. ini kelakar sebenarnya. mula-mula just nak masukkan audio je, tapi option nak masukan audio masa create new post takde > so dapat idea buat video > dah buat video plak, cubalah upload kat newpost > tak boleh nak upload sebab exceed limit > pastu last-last terfikir satu lagi cara > upload dulu kat channel utube then baru embended > sekian. Inilah dia susur-galur benda alah ni telepas ke utube..muahahaa.. lama crazy tak buat video..haha -_-''.

 


(:alangkah indahnya hidup ini>>>... Di Tanah Ini, Bumi Tarbiyyah Ini!! :)




 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam..
-MES,1:43pm, Khamis,27-November-2014, 4 Safar 1436 H-

Wednesday, October 29, 2014

Bersediakah?

بسم الله الرحمن الرحيم


Wohaa..almost 5months (masa mula-mula draft..sekarang dah dekat 10bulan..whoaa! rekod baru!!)...hehe cam tak biasa, kan. tulah saya! selalu macam ni kan..kalau lama tak update mulalah nak cover...haha 

Anyway, 5bulan. 

Memang banyak perkara yang nak dikongsi, nak ditulis dan nak diceritakan.

Hurmmmm....anda pernah dengar lagu "Kalau Aku Kaya" by Altimet ft Awi Rafael tak?  Personally, saya suka lagi ni. Salah satu sebabnya; lirik dia! dan satu lagi sebab saya suka hiphop! hehe...




Kalau aku kaya
Kalau aku kaya

[Altimet]
Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0


 ...dan kalau SAYA KAYA...saya nak beli MASA! hoho  (ini memang tak mungkinla kan...) tapi saya memang pernah terfikir ni..haha

Benarlah firman Allah Ta'ala,

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian..." [103:1-2]

...dan benarlah juga kata Nabi; 

"Lapang sebelum sibuk..."

Saya pernah baca Majalah Solusi Isu berapa tak ingat tapi isu kali tu membicara tentang 'Usia@Umur'. 

Ada yang tua. Amalnya sedikit tapi....sebaliknya, ada orang muda. Amalnya banyak. SubhanaAllah. Kontra, kan tapi tak pelik pun. SEBAB...

Semuanya bergantung kepada bagaimana kita memanfaatkan usia/umur tu sendiri. orang muda yang amalnya banyak seperti sudah panjang hidupnya. Seakan-akan 'hidupnya tua'...tapi apabila yang tua, tapi amalnya sedikit sama saja seolah-olah baru memulakan hidup. 'masih muda hidup'nya. muda yang tanpa amal.

Saya draf post ni kalau tak silap dalam bulan 5. Lebih kurang 3 bulan selepas saya memulakan semester baru. Permulaan sem yang dirasakan agak tak best waktu tu. Jiwa yang agak melayang. 

Saya kembali ke BumiTarbiyyah yang seterusnya ini masa tu pada 15/2/14, Sabtu, 3.45pm.

Seperti biasa sebelum nak balik saya akan pergi jumpa atok & wan @nenek (untuk salam dan mintak doa sikit..eheh). Jadi saya pergilah melawat wan saya pada hari khamis (13/2/14) tu sebab jumaat dah nak gerak ke KL. Masa sampai rumah wan, saya tak sangka akan jumpa dengan makndak (which is my aunty). Mula-mula tu agak terkejut nampak mandak because she seems so different than 6 months ago (yang mana 6 bulan lepas, kali terakhir saya jumpa makndak waktu raya..).

Dalam tempoh 6 bulan tu, mak ada bagitahu yang yang makndak ada breast cancer and she's already done her mastectomy and undergo chemotherapy. No wonder the hairs are almost gone.

Mak pun tanya kat wan bila makndak sampai...kalau tak silap masa tu wan kata semalam kot. Wan kata makndak telefon wan kata dia tak tahan sakit sangat, badan rasa panas lepas dia buat rawatan radioterapi. So, wan kata balikla..apa-apa mak ada kat sini. Then, pakndak hantar makndak balik kampung but he went back to KL because esok tu dia ada seminar.

Makndak nampak sangat tak larat tapi dia masih boleh jalan nak pergi toilet dan lain-lain. Siap telefon kat k.yong (sepupu) mintak tolong belikan ikan nak masak malam tu.

Macam biasalah, kalau datang rumah wan saya akan tolong sapu rumah...jadi sebelum balik tu...saya sapu satu rumah wan..dari ruang depan, bilik, ruang tengah, dapur sampailah ke beranda luar. Bila dah dekat maghrib, saya mak dan abah dah nak balikla (rumah wan-rumah kteorang 20minit je..so memang selalu balik hari je..huhu) lagipun saya tak habis packing lagi. Esok pagi-pagi dah nak gerak.

Masa salam makndak, rasa macam sayu sangat and i can't bear to look at her..saya selalu larikan mata dari tengok makndak sebab ntahla, rasa sayu tengok dia dan keadaan dia yang macam dah tak larat sangat dan pelukan itu terasa sangat berat untuk dilepaskan sambil dia berpesan kat saya. Lepas salam semua orang kami balik rumah.

Esoknya, Jumaat (14/2/14). Pagi tu dah nak gerak ke KL...tapi tak tahu macam-macam hal pulak nak settle kat rumah, jadi lambat juga keluar dari rumah. Lepas tu pergi sarapan dulu kat kedai depan (actully mak tak buat sarapan sebab nak keluar cepat kununnya..last2 lambat gak..huhu). Lepas sarapan tu, masa nak gerak dari kedai tu...dari dalam kereta mak nampak kereta ayahlang (paksedara, adik mak) menghala ke rumah wan which is opposite direction kteorang nak ke KL. Hari jumaat memang ayahlang biasanya pergi rumah wan. Lepas tu, abah kata tak isi minyak lagi...hmmm..lambat lagilah jawabnya sebab nak kena pergi station minyak dulu...

Masa kat station minyak, mak dapat call dari ayahlang kata makndak dah nazak. Saya kata kat abah, takpalah pusing balik pergi tengok makndak. Lagipun esok flight petang.

Gerak pagi-pagi esok sempat lagi. Akhirnya, abah pun bawak kereta 120km/j (ok, ini exaggerate)...pergi rumah wan. Its almost 5mins to reach rumah wan...dapat call dari ayahlang, makndak dah tak ada. Allahu Allah. Its 11.30am. Its Jum'ah mubaraka. SubhanAllah!

Serius, macam tak percaya. Semalam memang makndak baik-baik saja. I'm the 1st one to recite yassin beside her.... juga dengan blause unggu kesayangan saya dan jeans itu saya mandikan jenazah beliau. Tolong kafankan juga. It's only at 8pm i got change. Nasib baik dalam luggage ada bawak jubah.

The rest is mystory.

Memang banyak perkara yang nak dikongsi, nak ditulis dan nak diceritakan. 

Allahumma firlaha wa'afiha wa'fuanha. Kembalilah dengan jiwa yang tenang makndak.


******


Since i was here, di BumiTarbiyyah yang seterusnya ini, this is my 2nd lost. The 1st one was my late uncle ayahndak (adik abah, panggilan pun nak sama cam makndak)...but at that time i couldn't get back. Masa tu dekat nak raya haji if i'm not mistaken...tapi kali ni rasa bersyukur juga atas keterlambatan yang Allah hikmahkan...saya dapat sumbangkan sesuatu buat kali terakhir untuk arwah.

Saya rasa tidak keterlaluan jika saya katakan insyaAllah, makndak khusnul khatimah. Biiznillah. Wan pun cakap macam tu.
Dia pergi dalam usianya 42tahun. Sudah berkahwin. Dia sabar dan tabah dengan penyakit yang Allah berikan untuknya. Makndak kahwin agak lambat sebenarnya. Rasanya baru 2 tahun lepas makndak kahwin. Sebelum kahwin malah selepas kahwin, makndak sangat setia berbakti kat wan. Gaji makndak banyak untuk keluarga, anak-anak sedara. Kalau ada makndak, rumah wan berkilat! Makndak sangat pembersih dan pengemas orangnya. Mungkin kerana itu saya rasa Allah sangat mempermudahkan pemergiaannya. Dia pergi dalam keadaan yang bersih, rumah wan yang saya dah sapu semalamnya, jadi orang semua fokus untuk persiapan menguruskan ijazahnya dengan keadaan rumah yang bersih. Keadaan yang makndak suka. Kalau raya, makndak mesti jadi orang yang akan tolong kat dapur. Cuci pinggan bagi habis, baru dia balik. Mungkin kerana itu, tak susah nak memandikan jenazahnya. Tak ada najis, tak ada bau busuk. Rambut yang dah tak ada, suatu nikmat dia bertemu tuhannya, mudah urusan mandi jenazahnya. Urusan jenazah beliau selesai lepas asar Jumaat haritu juga.

Orang baik, tiadanya kita terasa. Begitulah kami setelah makndak pergi. Saya selalu doakan agar orang-orang yang terkesan dengan sangat kehilangan makndak khususnya wan, pakndak dan cue akan diberikan kekuatan hati oleh Allah SWT. Laluilah hidup tanpa makndak dengan sebaiknya. InsyaAllah, kita bertemu di syurga. :)

Sehingga kini, saya sering terfikir...bersediakah saya andai sekarang ajalnya saya? Adakah saya akan dijemput Allah dalam keadaan yang baik seperti makndak? Adakah amal-amal selama ini cukup untuk membantu? Wallahu'alam...dan Allah yang lebih tahu. 

Cukuplah Allah sebagai kekasih,
Cukuplah Al-quran sebagai penghibur,
Cukuplah MATI sebagai pengingat!


I would leave you all with this question mark so that we can think about it together. 


Bersediakah kita?
 

___________
p/s: Husnul Khatimah= Kesudahan yang baik

 


(:alangkah indahnya hidup ini>>>... Husnul khatimah untukku!! :)




 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam..
-MES,4:59pm, Rabu,29-Oktober-2014,5 Muharram 1436 H-

Monday, January 20, 2014

Jodoh Berdua~

بسم الله الرحمن الرحيم




Jodoh berdua?? eheh, karang tak pasal-pasal Hafiz Hamidun claim hakcipta plak kat saya...huhu *pinjam tajuk sat, tolong promote nih! :D

Kalau masuk entry ni, hurmm..kira dah banyak jugala koleksi entry yang saya tulis bab couple-nikah-kahwin-bina masjid.  (anda boleh cari jejak di sini: Kalau berpacaran~ ) perghh...kali ni pasal jodoh plak..huhu *tapi nasi minyak tak ada bau lagi..kui3.. -_-''' (insyaAllah, doakan ek!)

Sebenarnya sejak zaman matrik lagi, kalau chitchat dengan kawan-kawan dan singgah bab-bab cam gini, saya selalu cakap yang saya nak kahwin awal! huhu seriously, target saya masa tu nak nikah umur 23. (target sekarang naik skitla...hihi) dan sekarang, dah lepas dah target tu..dan lagi, kawan-kawan saya yang masa matrik dulu yang tak cakap nak kahwin awal ramai je yang dah kahwin, ada ramai yang dah jadi mak dah pun! hehe *Alhamdulillah, may Allah bless they all!

At one side, sedihla jugak tak dapat accomplish aim.. sobssobs :(  anyway, at the other side, saya rasa Alhamdulillah dan saya memang sentiasa fikir positif, which Allah knows best, Allah is the best planner, He reserves me a better plan. that's soothing enough...so, keep calm and keep praying hard...(...and keep *usha2 jejaka soleh! eheh! lol :P)

Sebab apa saya rasa Alhamdulillah.....
Sebab,

....dengan tak kahwin awal...Allah memberikan saya pengalaman, tarbiyyah, dan memberi peluang kepada saya untuk merasai sendiri perasaan macam mana nak manage mental, emosi, masa sebagai orang yang 'tak berkahwin awal'...tapi saya tak nafikan, ini juga viceversa dengan orang yang nikah awal@kahwin muda. *(definisi kahwin muda saya: nikah < 23thn) yang mana if orang yang nikah awal, Allah akan beri pulak dia pengalaman, tarbiyyah, dan beri peluang kepada diaorang untuk merasai sendiri perasaan macam mana nak manage mental, emosi, masa sebagai orang yang 'berkahwin awal'. 


Tapi ramainya akan bercakap bagi pihak yang "berkahwin awal". kebaikan, ke'best'an, ke'pro-cons'annya.
Tapi kita sebenarnya kurang nak promosi atau ambil port bagi pihak case macam saya; yang mana 'sek-sek' tak ditakdirkan Allah untuk nikah awal. *ini diskriminasi! hoho (kasihan tau yang tak ada rezeki nak kahwin-nikah awal ni.. huhu)

....sedangkan sebenarnya, cabaran orang yang tak bernikah awal juga tak kurang hebatnya, bahkan boleh jadi lebih besar!
....cabaran itu mencabar dalam banyak perkara seperti yang saya senaraikan tadi; mental, emosi, masa. saya nak bagi contoh yang paling senang...berkaitan "EMOSI".
1) "bila nak jemput makan nasi minyak?" haa tu, soalan yang timbul tak semena-mena waktu dapat jemputan makan nasi minyak kawan atau ketika masa berada di tempat kejadian (baca: kenduri kawen tulah!)

2) seperti biasa, selepas weekend gambar nikah+kahwin+tunang akan memenuhi timeline...*experience is the best teacher! hoho

3) bila orang sekeliling lebih excited dan tertunggu-tunggu bila kita nak kahwin...huhu

4) bila kakak kita dah start guna 'nama anak' dia (a.k.a nama anak saudara kita tu) untuk tanya bila la nak dapat 'paksu/pakcik/pakngah @ maksu/makcik/makngah' (semua pak&mak-lah tak terkecuali..hoho)

5) dan macam-macam lagi soalan yang sewilayah dengannnya...

Amacam?..tak ke stress menjadi 'orang yang tak kahwin lagi/tak kahwin awal'? *hujah backup geng seangkatan..ngeh3 :P

Bagi saya banyak-banyak perkara berkaitan emosi yang saya utarakan tu tak adala saya stress sangat pun..huhu *control macho..pheww~ ...(errrr...except no.2..sebab lately tiap-tiap minggu kot...T_T)

Hurmmmm...anyway, bagi saya it is not that bad, being tak kahwin lagi....as long as kita faham apa tujuan nikah-kahwin tu, kita faham apa makna takdir-jodoh, yang akhirnya tapi sepatutnya yang pertama-tama perlu kita faham, iaitu apa ertinya HIDUP ini.

Secara peribadi, saya lihat masyarakat kita sekarang (khususnya remaja@masyarakat FB; *sebab saya perhatikan perkara ini banyak terjadi versi FB dan realiti juga..)
 
Terlalu banyak membicarakan soal kahwin-nikah awal ini sehingga ia menjadi seolah-olah visi & misi remaja-remaja di luar sana. Saya tidak menolak kahwin-nikah awal, bahkan saya sebenarnya turut menyokong cita & aspirasi berkenaan. (cheewah! ayat cegu BM!..hihi). walaubagaimanapun, saya tak begitu bersetuju sekiranya promosi-promosi kahwin awal ni diambil sebagai jalan pintas untuk kita konklusikan kahwin awal sebagai penyelesaian bagi permasalahan sosial yang melanda remaja kita sekarang (yang saya maksudkan di sini mungkin masalah-masalah seperti couple, zina, pergaulan bebas dll).

Oopsss! tapi jangan silap faham. maksud saya kat situ adalah kita mempromosikan kahwin nikah awal kadang-kadang nampaknya 'agak keterlaluan/berlebih-lebihan'. *err..ini memang 100% pandangan saya. so, harap anda tak emo. haha

Saya juga tidak menolak bahawa nikah memang solusi terbaik.
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (An-Nur 24:32)
NAMUN saya tidak melihat nikah awal sebagai konklusi total. 

Kadang-kadang saya pula yang berasa bimbang apabila melihat remaja-remaja (khususnya yang perempuanlah!) yang sering kelihatan terbuai-buai perasaan dek hembusan 'status/post/ gambar nikah-kahwin, zauj-zaujah' yang sepoi-sepoi bahasa itu...

Memang amat rugilah jika para rijjal dan fattah kita dibuai dengan perasaan dan angan-angan semacam ini. Sedangkan Saidina Ali kwh pada usia remaja sudah menggantikan Rasulullah SAW di pembaringan, lalu dia menjadi sebahagian strategi hijrah nabi. Bahkan pula Muhammad Al-Fateh sibuk membentuk diri untuk menjadi sang penakluk Constantinople. Yang mana ketika remajanya Hassan Al-Banna sibuk memikirkan kecelaruan yang berlaku dalam kalangan ummat sehingga tertubuhnya Ikhwanul Muslimin.

Nah, apa yang terjadi kepada remaja kita hari ini? Lemah, tidak beragenda, tidak melihat masa hadapan, tertutup pemikirannya kerana visi-misi yang mungkin hanya sebatas nikah-kahwin awal, di tambah lagi fenomena "Cinta Jannah-Saya sebenarnya isteri dia- Playboy itu suami aku" etc yang 'menjadi-jadi'kan lagi angan-angan mat jenin seperti ini.  Sudahnya, kahwin-nikah awal didasari betapa 'dramanya'  perkahwinan itu. Hilanglah kebaikan, ke'best'an, ke'pro-cons'annya kahwin-nikah awal yang sepatutnya difahami hakikatnya. 
(yang kahwin-nikah awal atas kefahamaan, persediaan yang betul tu baguslah! syabas! =D, yang saya cakap ni yang kes lain sikit..huhu)
"Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan apa yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata." 
(An-Nisaa' 4:120)

"Biarkanlah mereka makan dan bersenang-lenang dengan kemewahan dunia dan dilalaikan oleh angan-angan (daripada bertaubat dan insaf) kemudian mereka akan mengetahui kelak (bencana perbuatan mereka)." 

(Al-Hijr 15:3) 

Maka, bagi saya...tidak mengapa tidak kahwin-nikah awal@ tak-kahwin lagi pun,  La tahzan! *pujuk diri sendiri..hihi

Sebab...
Masa muda dan single-mingle inilah yang seharusnya kita fully-utilized kan untuk membangun semua potensi diri. menyemai benih di ladang amal dengan sebanyak-banyaknya.
"Wahai sekalian pemuda, sesiapa yang berkemampuan dan mempunyai keinginan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana perkahwinan akan memelihara pandangan dan kemaluan kamu. Sesiapa yang tidak mampu maka berpuasalah ia kerana dengan berpuasa dapat memelihara daripada kejahatan. – (Hadis Nasai dan Abu Daud).

Hadis lain menyebut, "Wahai sekalian pemuda, sekiranya kamu berkemampuan, berkahwinlah dan sesiapa yang tidak mampu maka berpuasalah ia kerana dengan berpuasa dapat memelihara daripada kejahatan. – (Hadis Bukhari).

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam, maksudnya:
“Wahai sekalian pemuda, Barangsiapa dari kamu mempunyai kemampuan, maka berkahwinlah, kerana nikah itu dapat menutup pandangan dan menjaga kemaluan. Barang siapa yang tidak mampu, maka berpuasalah kerana puasa itu baginya menjadi sebagai perisai (mengurangi syahwatnya)”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Kadang-kadang apabila terlalu banyak membicarakan soal jodoh-nikah-kahwin pada usia 'kahwin awal' (mengikut definisi saya tadi)...bagi saya ini adalah penyakit. Apabila sudah di post di FB itu, maknanya simptomnya sudah mula kelihatan. sekali-sekala tidaklah mengapa. mungkin sekadar berkongsi rasa...tapi kalau dah selalu....memang masalah tu! 

Adalah lebih baik buat persiapan untuk diri sebagai persediaan kahwin-nikah tu. caranya bagaimana? (rujuk: Entry ke-100: [~Terbinanya Masjid itu~]) jadi, mengepos 'status/post/ gambar nikah-kahwin, zauj-zaujah' yang sepoi-sepoi bahasa itu bukanlah cara yang tepat untuk melakukan persediaan untuk diri ye!

Berkaitan jodoh pula, ia bukanlah perkara sembarangan yang boleh kita jangkakan. orang yang bernikah-awal mungkin cepat jodohnya. maka, yang belum berkahwin/tak kahwin lagi mungkin lambat jodohnya. Usahlah membicarakan sesuatu yang memang bukan kuasa kita. Pening kepala 'yang kena tanya' nak jawab apa. kalau saya, jawapan standard senang je; "insyaAllah, doakanlah!" settle! haha :D

Kita lebih excited nak ambil tahu tentang jodoh orang; yang kita dan dia sendiri tak pasti, namun kita sering terlupa "jodoh" yang sememangnya telah dulu 'jodoh berdua' kita..iaitu  MATI


*sentap tak?? sentapkan..hoho
Cukuplah Allah sebagai kekasih,
Cukuplah Al-quran sebagai penghibur,
Cukuplah MATI sebagai pengingat!

Jadinya, adakah kita telah mempersiapkan diri kita sebagaimana mungkin kita mempersiapkan diri untuk nikah-kahwin???? *Allah, Allah! ketuk diri sendiri ni! atau mahukan kita 'Jodoh berdua' kita dengan cara se-tragic "Tanah Kubur" atau mahu pengakhiran yang seindah Khusnul Khatimah!

Maka, tepukla dada...tanyalah iman. sejauh mana, sekadar apa... wajah 'jodoh berdua' sebenarnya yang kita mahu.

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."
(Ali-'Imraan  3:185)


 Selamat mengambil ibrah! ^_^


___________
p/s: snack to digest~: Do read up, guys!
p/s: rijjal/fattah= remaja/ pemuda

 


 

(:alangkah indahnya hidup ini>>>... 'Jodoh Berdua' sudahku tahu!! :)





 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam..
-MES,1:06am, Isnin,20-Januari-2014, 18 Rabi'ulawwal,1435-