بسم الله الرحمن الرحيم
Tadaaaa! Its november! ahaa. (padahal dah sampai tengah bulan dah.. :P) anyway, how was it? harap Allah permudahkan segala urusan anda melalui bulan november ni!
Sebenarnya
mood macam baik sikit harini so ini rasanya first time kot, pop-out
idea dan tak simpan lama, terus taip kat laptop sebab nak share dalam
blog..aha.. *(oops...tak sempat nak post on-time sebenarnya sebab banyak
sangat nak kena taip rupanya..hehe)
Ok. seperti tajuk: its spongebob.square.pants.
[sebenarnya nak letak gambar kat sini, tapi line internet begitu mencemburui. nantilah bila-bila saya edit kasi masuk gambar, ok?! ;)]
Kenal tak mamat 'span' ni?! haha
Hidup
di 'BumiTarbiyyah yang seterusnya' ini, (yang saya namakan dia
MES..hehe) membuatkan saya jarang tengok TV..(ok, sebenarnya saya memang
jenis yang tak berapa suka menonton TV pun). tambah-tambah pulak, asal
buka TV je mesti time spongebob squarepants...(al-maklumlah, biasa lepak
kat ruang tamu masa makan, so waktu tulah baru buka TV). dulu-dulu masa
jaga anak sedara saya si kakak hasya tu selalu jugalah layan mamat span
ni...tapi tak sangka plak, sampai sini pun kena layan katun
ni...huhu (pasrah jela...) so, hari ini nak cerita sikit satu scene dari
spongebob squarepants hari ni...
Tadi,
spongebob tengah tengok filem pasal robot yang cuba nak menakluki
dunia...lepas tu punyalah takut, sampai dia terbawa-bawa dalam mimpi
yang robot tu nak kejar dia...esoknya spongebob pun pergi kerja kat cafe
mr.crab...disebabkan masih teringat-ingat igauan filem pasal robot tu,
spongebob tak dapat nak fokus buat kerja kat cafe mr.crab tu. semua
benda dia terbayangkan robot...sampai daging burger pun dah nak
hangus..huhu pastu apa yang mr. crab buat pun semua dia ingat mr.crab tu
pun macam robot...sebabnya 'konon'nya dia berjaya buktikan ciri-ciri
'robot' pada mr.crab..
.....sebab mengikut kata filem yang spongebob ni tengok semalam...robot ni ada beberapa kriteria;1) Bercakap bahasa pelik dengan mesin "bababobobababbobobabo"Masa lepas hantar order, masa spongebob lalu depan bilik mr.crab dia telek kat cermin pintu mr.crab dan dia nampak mr.crab tengah pegang telefon dia dan cakap "bababbabbaobobobo" dekat telefon tu....masa tu spongebob ni da cuak da...2) Menari tarian pelik...Oleh sebab cuak sangat, spongebob pun tengoklah lagi perlakuan mr.crab dari cermin pintu...dan lebih mengejutkan bila dia nampak mr.crab menari (cam tarian sotong...tapi style yang cam robot...haha) masa tu lagila spongebob ingat ada adegan dalam fiem yang tunjuk robot pun menari camtu...3) Robot tak ada perasaan gembira...Disebabkan takut sangat pulak, spongebob pun mengadulah dan ceritalah apa yang dia rasa pada kawan dia...(ala..lupa plak nama dia...eh, squidward kot....) mula-mula kawan dia ni tak mau percaya dan dia kata jom la kita uji mr.crab... then dia pun panggillah mr.crab tu...bila mr.crab datang si squidward ni buatla satu lawak (yang tak bapa lawak pun sebenarnya..ahah) tapi mr.crab buat dek je...tak ketawa pun. jadi ini menambahan lagi spekulasi spongebob...4) Robot tak ada perasaan sedih/tak menangis...Untuk menambahkan lagi "evidence based" dakwaan spongebob terhadap mr.crab adalah robot, maka dia pun nak uji lagi mr.crab. so, squidward pun panggillah mr.crab sekali lagi. lepas tu spangebob kononnya buatla satu cerita sedih tentang squidward... dan bila dengar cerita yang 'kunun2' sedeh, skali lagi mr.crab selamba je buat tak tau cam tak ada perasaan dan suruh spongebob & squidward sambung buat kerja. ha..tuh tinggal brapa persent je lagi nak confirmkan mr.crab tu ROBOT! squidward pun dah nak terpengaruh da, tapi atlast dia tanya spongebob, "apa lagi ciri-ciri yang ada pada 'seorang' robot" spongebob pun kata ada lagi satu iaitu;5) Robot akan bermata merah dan akan keluar dangan marah... (lebih kurang camni nak describe..)Pastu squidward pun panggil lagi sekali si mr.crab; "mr.crabbbbb!!" (ala-ala.....panggil....'rotiiiiiii'.. *aha ingat tak iklan nih?! legend punya iklan..hihi) ok, tak lama lepas tu mr.crab keluar dengan mata merah dan seperti sangat marahhhhhhh!! lepas tu apa lagi, kecutla perut si spongebob dan squidward bila tengok mr.crab macam tu.Then diaorang pun fikirkan strategi macam mana nak bagi 'robot' dalam diri mr.crab mengakui yang dia adalah robot dan bukannya mr.crab yang sebenar. lepas tu diaorang decide untuk buat penyiasatan (ala-ala polis tu..) so diaorang tangkap mr.crab dan ikat mr.crab. mula-mula tu diaorang tanya elok-elok, tapi 'robot mr.crab' tak nak mengaku yang dia adalah robot. dia asyik cakap..."akulah mr.crab!!" banyak kalilah dia ulang setiap kali spongebob & squidward tanya.Spongebob & squidward mula nak main kasar la..haha diaorang punlempangtamparmr.crab..*ouch..snapppp! sakit wooo! bukan sekali ok, banyak kali diaorangtamparmr.crab. huhu tapi tak jalan juga...'robot mr.crab' still cakap "akulah mr.crab!!"....Bila dah tak berjaya cara tu, dapatlah pula akal si spongebob & squidward ni untuk guna mesin sebab mengikut kata si spongebob ni tadi, bahasa robot hanya mampu difahami oleh robot juga...
Mula-mula diaorang ambil blender dan paksa mr.crab untuk mengaku kalau tak, diaorang pecahkan blender dia....tapi mr.crab tak mengaku juga.. dia just kata lebih kurang "jangan pecahkan, tu barang kedai dia yang dia sayang" (siap sebut berapa harga benda alah tu...al-maklumlah mr.crab kan berkira-kira sikit tentang duit ni..ahha)Bang! pecah blender sebab mr.crab tak mau mengaku.Ambil pulak toaster.Bang! pecah juga!(ada la beberapa mesin lain da tak ingat da..huhu)...tapi yang last sekali dieorg ambil mesin cashier.Mr.crab kata lebih kurang "oh tidak......" jangan! itu harta dia yang paling dia sayang. yang dia mula-mula beli masa nak mulakan perniagaan dengan usaha dan modal yang sikit dia ada. kira tinggila sentimental valuenya tu...tapiiii.....Bang! pecah juga!krirk.krirk.krirk...."huwaaaaaaaaaaaa"Mr.crab dah banjir!! T_T T_T T_Tsquidward: spongebob, bukankah robot tak boleh nangis?spongebob: memang benarlah macam dalam filem tu.squidward:tapi......mr.crab menangis! ni menunjukkan ini memang mr.crab yang sebenar!squidward lagi: spongebob, jadi apakah kesudahan filem kamu itu?spongebob: hurmm...(sengih kerang busuk...) oh, pengakhiran filemnya agak happy ending bila robot itu sebenarnya bukan robot!!! (pastu boleh plak gelak...)
*dialog dah di'simplify'kan...hehe
Mr.crab dah meraung kat situ, yang si spongebob & squidward dah cabut larii!! hisyh3....=_=''''
Oooooopssss!! TUNGGU! STOP SCROLL!
Ok, cuba fikir apa agak-agaknya ibrah yang anda dapat daripada cerita spongebob yang dah saya hikayatkan ni?? (aha..saya tahu anda tetap akan scroll punya!! haha :P)
*
*
*
Ok, dah ke?
Ok, good! ^_^
Jom tengok ibrah yang saya dapat pulak! :)
**********
Ibrahnya; Si Spongebob!
- Betapa tingginya darjat/maqam/level bersangka-baik. walaupun kita mungkin telah dipertontonkan dengan bukti-bukti mata kasar...kerana Maha Suci Allah yang lebih tahu.
#BehindTheScences1) Mr. crab tengah kira duit untung kedai dia sambil dengar radio, tetiba ada satu lagu yang dia suka.lepas tu dia pun telefonla Dj untuk mintak lagu tu diputarkan sekali lagi. bila Dj tu tanya lagu yang mana, tu la mr.crab cakap; "bababobobababbobobabo". kira cam humming balik lagu tulah!2) Lepas tu Dj putarla lagu tu sekali lagi. oleh sebab happy sesangat..mr.crab pun menarilah..rock'nroll tu..huuhu3) & 4) Mr.carb malas nak layan perangai budak-budak dua orang tuh! haha5) Mr.crab baru je nak ambil telur rebus separuh masak dia...tiba-tiba squidward panggil "mr.crabbb!!" terkejut pakcik crab ni..sampai terlepas penyepit telur dan telur yang panas-panas pecah kena mata dia..that why la.......mata dia merah, dan keluar macam nak marahh!
"Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan Allah sentiasa Meliputi (pengetahuanNya dan kekuasaanNya) akan tiap-tiap sesuatu." (An-Nisaa 4:126)
- Selidiki maklumat yang sampai kepadamu...jangan biarkan kita terjerumus ke dalam fitnah..pastikan sumber kita sohih!
(buat apalah si squidward ni percaya bulat-bulat kata2 si spongebob, padahal spongebob tengok filem je..bukannya rujuk jurnal pun..haha)
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." (Al-Hujuraat 49:6)
- Umat Islam seharusnya mempunyai jati diri yang kuat dan takkan terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang mampu menggugat pegangan dan prinsip kita dan perkara yang penting untuk menjamin perkara ini adalah dengan adanya; ilmu (kefahaman yang tinggi sehingga tidak mudah diperdayakan dengan hujah-hujah dangkal) dan amal yang istiqamah.
(kalau spongebob mampu berfikir sedikit rational dan logik pun dah boleh selamatkan keadaan, iaitu memang tak masuk akal untuk robot menakluki dunia sedangkan robot manusia yang cipta...dan begitu juga dengan kita; memang tak logik kita nak menguasai dunia sedangkan 'dunia bukan ana yang punya'!)
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata." (Al-Baqarah 2:208)
- Tetaplah dalam landasan kebenaran meskipun terpaksaan melalui banyak kepayahan
(lihatlah betapa istiqamahannya mr.crab mempertahankan 'aqidah'nya sebagai seorang mr.crab sebab dia memang bukan seorang 'robot'!! sehingga terpaksa mengorbankan harta dan jiwanya...)
"Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah semata-mata dan Allah pula amat belas-kasihan akan hamba-hambaNya." (Al-Baqarah 2: 207)
Selamat mengambil ibrah! ^_^
____________
p/s: ooopss! rupanya ini entry pertama 1435H! ^_^
(:alangkah indahnya hidup ini>>>... bila kita sentiasa berbaik-sangka!! :)
~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam..
...wallahu'alam..
-MES,1054pm, Sabtu,16-November-2013, 12 Muharram,1435-