بسم الله الرحمن الرحيم
Saya sekarang sebenarnya tengah berusaha untuk siapkan entry April dan di dalam entry Februari yang telah 'kelewatan' tempoh hari saya ada cakap yang saya akan bagitahu sebab kelewatan saya post entry tersebut dalam entry April nanti. Walaubagaimanapun, memandangkan ada sesuatu yang saya nak kongsi pada tarikh ini eloklah kiranya saya 'reveal'kan sebab itu lebih awal..hehehe #Entry ni akan ada kesinambungannya dengan entry April nanti..
Alhamdulillah, 26hb Mac. (ok, sepatutnya saya post pada tarikh ni, tapi masa tu internet agak mencabar 'kewibawaan' saya so, tak dapat nak buka blog.. *memang susah nak berjodoh dengan blogger nih! -_-'') So, sepatutnya 'hari ini' sebenarnya kira genap sebulan selepas kaki saya terseliuh. Ya itulah dia! antara sebab yang membuatkan saya tak berjaya nak siapkan entry Februari tu adalah kerana kaki saya terseliuh.
*gambar untuk rekod..heheh. :D |
Alhamdulillah. hari ini walaupun mungkin takla 'fully-cured' (sebab...kalau jalan banyak dan 'terlupa' yang kaki tu sebenarnya masih sakit dan jalan macam orang gagah memang masih terasa juga sakitnya tu) tapi selepas sebulan ni... Alhamdulillah, saya boleh katakan da dapat jalan macam orang normal means tak ada terencot-encot da. Alhamdulillah! #Allah begitu baik dengan menyembuhkan kaki saya! Love you, Allah! ^_^
[26:80]: "Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku"
26 Mac. dah sebulan. Maknanya kena haritu 26Feb kan. Serius. 26Februari! Hari lahir saya yang ke-sweet sokmo!! (haha :D)
Kalau tanya perasaan saya masa tu...hurmmmm...frankly, tak tahu nak describe macam mana. Lagipun sebelum ni sebenarnya kaki saya memang pernah injured macam ni jugak *gaya macam dah biasa je kan..hahaha dan waktu tu lagilah kelakarnya, tak ada sebab pun....ntah macam mana dalam rumah pun boleh nak kena. itulah takdir namanya. kunfayakun, Allah kata!
Mak saya pun saya bagitahu 3 hari lepas kejadian tu...huhu tak nak bagi dia risau sebenarnya. Perasaan bila kena kali ni macam tak tahu nak cakap macam mana. Sedih...hurmm...lepas kena tu tak la pulak menangis. kelakar...agak kelakar jugala saya rasa sebab sebelum tu elok aje pergi tengok rumah untuk survey rumah sewa. Tup-tup on the way balik tu takdirnya terjatuh dari 'pengangkutan awam' kat sini. Haaa tu, split second je Allah nak tarik nikmat jalan.
Masa tu tak tahu nak rasa macam mana. Mungkin feelingless sebab macam terima aja keadaan tu. Masu'lah saya kata ada beza antara pasrah dan sabar, tapi saya pun tak tahu saya masa tu kategori pasrah ke sabar...hahha bak kata akhi Salim A. Fillah; sabar tu pun menunjukkan taqwa apabila....
Actually haritu saya puasa sebab memang saya suka puasa masa birthday sebagai hadiah untuk diri sendiri...tapi Allah beri saya 'hadiah' yang lebih besar lagi.
Betul...musibah itu 'hadiah'!
Terbaikkan hadiah hari lahir saya? haha Agak-agak 'cool' tak hadiah Allah takdirkan ni??
Seriuosly, memang cool! *ni bukan sakartik. Demi Allah, memang cool!
Rasanya memang macam tak berapa nak ada perasaan tapi mungkinla ada macam down juga sebenarnya. (walaupun nampak macam saya rilek jer...haha #control macho! ) Tapi lepas tu macam banyak aja kata-kata semangat yang saya baca untuk berikan semangat. Macam Aagym ni..macam tau-tau je saya ditimpa musibah hari tu...hehe
Sebenarnya, walau seteruk manapun keadaan yang datang kat kita tapi kalau kita berfikiran positif, dan bersangka baik kat Allah insyaAllah kita akan dapat menghadapinya dengan tenang. Dulu saya selalu pesan kat adik saya; kalau benda buruk atau perkara negatif jadi or datang kat kita dan kita menerima dan memandangnya negatif juga, maka akan jadi lagi negatiflah perkara tu. Then, kalau buruk sekali pun tapi kita berfikiran positif insyaAllah kita akan rasa lebih baik. Kita takkan rasa stress lebih-lebih dan sebagainya. Pokok pangkalnya semua pada kita, bagaimana kita nak menerima sesuatu keadaan tu. Even sebenarnya kalau perkara tu negatif tapi kita still positif, kita tak rugi apa-apa pun kan... :)
hidup kalau nak lancar, baik, tenang, happy kenalah husnuzon (baik-sangka), berharap, bergantung dan minta kepada Allah. :) (Athirah Taha, 2013)
Musibah akan jadi hadiah dari Allah kalau kita sabar dan tenang menghadapinya. Sebab....banyak sebabnya!
- Allah uji kita sebab sebenarnya kita mampu.
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (Al-Baqarah 2:286)
- Allah nak dekat lagi kita denganNya.
Tenang dan sabarlah dalam menghadapi cubaan, Allah mahu mendekatkan kamu kepadaNya. (Athiran Taha, 2013)"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman." (Ali-'Imraa 3:139)
- Supaya dengan musibah kita akan meletakkan tawakkal dan pergantungan kita yang maha tinggi kepada Allah!
Aku meminta pada Tuhan manusia; yang empunya setiap jiwa dan segala sesuatu yang ada di langit, di bumi dan yang di antara. Aku meminta kepada Allah bukan untuk dimakbulkan tapi kerana Aku tahu Dia tuhan yang tiada selain Dia yang harus aku meminta. Aku meminta kerana aku mengharapkan Dia, bukan manusia.Walauapapun yang aku minta semuanya mudah bagi Dia, tidak terkurang sedikit pun apa yang milikNya.Tanpa sedar kita seakan memperlekehkan Allah dengan tidak meminta dan tidak bergantung harap kepadaNya.Pada siapa lagi harus meminta, berharap dan menagih kasih kalau bukan Allah yang Maha Punya Segala.
(Athirah Taha, 2013)
- Supaya dengan musibah kita lebih menghargai hidup!
benarlah, jika kita tak pernah rasa susah atau sakit, kita mungkin akan 'kurang' nak rasakan apa dan bagaimana rasa susah dan sakit itu...atau mungkin...kita yang tak pernah nak cuba rasa 'kasut' orang lain yang mungkin 'saiz'nya memang tak pernah sama dengan kita...belajar bersusah-susah itu akan membuatkan kita lebih mengerti dan lebih menghargai hidup.
(Athirah Taha, 2013)
- Supaya kita sedar kita ada Allah! Allah campak kita jauh-jauh, sorang-sorang dan bagi pulak kita musibah sebab Dia nak kita sedar kita ada Dia!
Ya Allah, kau permudahkanlah dalam setiap urusan melalui ujianMu.Akan aku berdoa dalam setiap sujud, akan aku meminta dalam setiap tasbih...kerana aku mencintai Tuhanku dengan Maha sangat!...kerana aku ini tiada apa melainkan Tuhanku, Allah!...kerana hati ini selalu terikat untuk Dia, Maha Pencipta.Maha benar, Allahlah permata hati yang tiada galang-ganti!(Athirah Taha, 2013)
- Supaya dengan musibah Allah nak kita meminta dengan sangat-sangat kepadanya!
Aku meminta dengan sangat: Allah, permudahkanlah!
(Athirah Taha, 2013)
- Supaya dengan musibah kita muhasabah hidup kita. Adakah kita hidup mengikut apa yang Allah suka??
Adakah aku telah menggunakan umur ini untuk Islam?
Aku ini berdosa kepada Tuhanku. Allah ampunkanlah.
prescribe istighfar untuk hati..
(Athirah Taha, 2013)
Ya Allah ya tuhanku, tolonglah aku dan bantulah aku dalam mengingatiMu
dan bersyukur kepadaMu dalam memperelokkan ibadah kepadaMu.
- Supaya dengan musibah kita bersangka-baik dengan Allah!
Allah yang melancarkan hidup, maka bersabarlah!seakan sakit ini tiada apa, kerana aku tahu Allah pasti menjanjikan aku sesuatu... =)
(Athirah Taha, 2013)
Saya juga dah pernah kongsi banyak perkara dalam post yang ini {MeNgataSi PeRSoaLaN HiDuPPP...}, {Adakah saya bernasib malang???}.
Kadang-kadang kita (atau lebih tepatnya saya!) selalu mengeluh dengan banyaknya cubaan Allah bagi, tapi kita lupa Allahlah yang telah dan akan melancarkan, memudahkan hidup kita. Para sahabat dulu akan tertanya-tanya pula: "Mengapa Allah tak uji aku, tak datangkan musibah?" sebab..bagi mereka, bila Allah uji, itu tandanya Allah sayang dan care dekat kita.
Musibah itu sebenarnya nikmat; ia kasih-sayang, teguran, tarbiyyah (didikan) dan rahmat dari Allah! (Athirah Taha, 2013)
Semoga apa pun musibah yang menimpa, kita melihatnya sebagai 'hadiah' dari Allah SWT. Jadi, ^_^ lah menghadapi kepayahan!!
______________
Kata-kata ini sebenarnya hasil komplasi dari karutan di kicauan saya.
Hidup biasanya bukan seperti yang kita lihat, sentiasa ada maksud tersirat~
(:alangkah indahnya hidup ini>>>bila Allah menjadi permata hati! :)
~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam..
...wallahu'alam..
Rekod sebenar entry siap:
-MES,9.29am, Sabtu, 30-Mar-2013, 1 Jamadil Akhir, 1434-
No comments:
Post a Comment