...Words From God~O Allah, The Lord~...

"Closer and closer to mankind comes their Reckoning: yet they heed not and they turn away."

"Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.." (Al-Anbiyaa':1)

AWAS! Anda berada di zon::Alangkah Indahnya Hidup Ini::

::SELAMAT DATANG:::WELCOME:::

Salam sejahtera, salam singgah, salam melawat, salam menjengok, dan semua salamlah saya ucapan kepada pengunjung rumah saya ni teratak; Alangkah Indahnya Hidup Ini...

Saya sangat berbesar hati sekiranya anda dapat meluangkan masa untuk membaca perkongsian saya di dalam blog ini. Saya juga mengalu-alukan anda untuk 'copy' atau ambil apa sahaja yang ada di teratak saya ini yang memberi manfaat kepada anda. Namun saya mengharapkan jasa baik anda untuk melampirkan link 'Alangkah Indahnya Hidup Ini' sebagai rujukannya. Ini kerana sebarang artikel yang saya hasilkan sendiri pasti menjadi tanggungjawab saya kepada ALLAH. ^_^

~Moga ' Alangkah Indahnya Hidup Ini' sentiasa menjadi inspirasi anda~
~Moga segala kandungannya dapat memberi manfaat kepada semua~
~Moga dengan 'Alangkah Indahnya Hidup Ini' menjadikan kita sama-sama beroleh rahmat dan hidayah Allah S.W.T..aminnn~

Sekian Terima Kasih.

Friday, March 8, 2013

Dobi 'hingga rasa'! =)

بسم الله الرحمن الرحيم


Eh, dah Mac da... alahai tak sempat nak post entry Februari padahal kat draf dah ada da satu. Tak apalah, yang tu nanti saya post kemudian. Ini entry Mac.. :)


Dobi 'hingga rasa'! =)

Hari ni saya mendobi hanya dengan menggunakan sedikit sabun. sebab sabun dah habis. tak sempat nak pergi beli. itu pun nasib baik kali terakhir basuh tu sempat spare lagi sikit kot-kot nak basuh baju lagi nanti...dan memang betul ada baju yang nak kena basuh lagi.. ..huhu

Haisyhh rugi pulak tak ambil gambar 'kesedikitan' sabun serbuk yang saya gunakan tadi. *eh, perlu ke?? hahha..untuk rekod perlu kott..kihkih ;)

Biasa kena bilas dua kali. sebab biasa saya basuh kain saya suka letak banyak sikit sabun supaya ada banyak buih.. haha #macamla indikator bersih tu, pada banyaknya buih..ngeh3...

Jadi, tadi lepas basuh boleh sekali bilas aja..*sape yang selalu basuh baju dengan tangan tahulah apa yang saya maksudkan...huhu  tapi takla basuh baju tadi cam 'mandi kerbau' atleast ada jugak buih-buih sabun tu, tak ada la tak ada langsung buih-buih..hehe. kira-kira saya basuh kain tadi 'hingga rasa'.

Tau 'hingga rasa' tu macam mana?

Abah saya suka guna term tu. contohnya macam kalau buat air teh'o, kira gula dia yang kita letak tu cukup-cukup je. 'hingga rasa'! katakanlah kuantiti gula nak bagi rasa manis tu 0.5 jadi maknanya kita letak gula tu cukup-cukup aja 0.5...tak ada lah 0.51 ke..0.505 ke...so maknanya 'hingga rasa' lah tu!

Masa tengah ralit basuh kain yang hampir satu baldi dengan satu lagi baldi kecik basuh tuala, dengan berbekalkan sabun yang 'hingga rasa' tu saya terfikirkan ini...

Allah itu memang Maha Mencukupkan.

Alhamdulillah, cukup aja sebenarnya nak basuh baju tadi. Siap dengan basuh tuala.

Sebenarnya kalau kita cuba untuk hidup sederhana dan hidup dengan apa adanya kita, insyaAllah memang akan cukup. Allah itu Maha Mencukupkan.

Yang kita nak 'lebih-lebih' tu sebenarnya keinginan kita saja sebenarnya. Tambah dorongan nafsu dan godaan si setan tu yang meng'kuasa-dua'kan keinginan kita.

Hidup di 'bumi tarbiyyah yang seterusnya' ini mengajar saya banyak perkara. Bersyukur dan sentiasa muhasabah untuk selalu berasa beruntung dengan apa yang Allah dah berikan nikmat kepada saya, supaya sedar dan tahu kesusahan orang lain.

benarlah, jika kita tak pernah rasa susah atau sakit, kita mungkin akan 'kurang' nak rasakan apa dan bagaimana rasa susah dan sakit itu...atau mungkin...kita yang tak pernah nak cuba rasa 'kasut' orang lain yang mungkin 'saiz'nya memang tak pernah sama dengan kita... #It takes a loss before you found it.~ (Athirah Taha, 2013)

Hiduplah secara sederhana.

Sederhana itu adalah dengan hidup yang 'hingga rasa' atau mungkin 'cukup rasa' bukan 'sesedap rasa'.. *macam perencah plak kan...haha

Kalau hidup nak 'sesedap rasa'...hai binasalah kita! #na'uzubillahi min zalik!


Maha benar, Allah yang akan mencukupkan!


"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui." (An-Nur 24:32)

"Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya." (At-Talaaq 65:3)




(:alangkah indahnya hidup ini>>>bila hidup seadanya kerana Allah selalu ada! :)










 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam..
 
 -MES,1.25pm, Jum'ah, 08-Mar-2013, 25 Rabi'ul Akhir, 1434-

No comments:

Post a Comment