...Words From God~O Allah, The Lord~...

"Closer and closer to mankind comes their Reckoning: yet they heed not and they turn away."

"Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.." (Al-Anbiyaa':1)

AWAS! Anda berada di zon::Alangkah Indahnya Hidup Ini::

::SELAMAT DATANG:::WELCOME:::

Salam sejahtera, salam singgah, salam melawat, salam menjengok, dan semua salamlah saya ucapan kepada pengunjung rumah saya ni teratak; Alangkah Indahnya Hidup Ini...

Saya sangat berbesar hati sekiranya anda dapat meluangkan masa untuk membaca perkongsian saya di dalam blog ini. Saya juga mengalu-alukan anda untuk 'copy' atau ambil apa sahaja yang ada di teratak saya ini yang memberi manfaat kepada anda. Namun saya mengharapkan jasa baik anda untuk melampirkan link 'Alangkah Indahnya Hidup Ini' sebagai rujukannya. Ini kerana sebarang artikel yang saya hasilkan sendiri pasti menjadi tanggungjawab saya kepada ALLAH. ^_^

~Moga ' Alangkah Indahnya Hidup Ini' sentiasa menjadi inspirasi anda~
~Moga segala kandungannya dapat memberi manfaat kepada semua~
~Moga dengan 'Alangkah Indahnya Hidup Ini' menjadikan kita sama-sama beroleh rahmat dan hidayah Allah S.W.T..aminnn~

Sekian Terima Kasih.

Monday, March 23, 2009

MeNgataSi PeRSoaLaN HiDuPPP...



"Hari ini kite sangat bertuah kerana dapat bersama Dato' Dr Athirah yer..."

hahahaha..
Dulu, hajat dihati pernah nk sambung dalam bidang psikologi...nak memotivasikan orang..
Urmm..xpe. tak jadi pakar motivasi macam Dr Fadhilah Kamsah pun xpe..kite masih boleh memotivasi orang..
semalam maasa tgh mengelamun, saye teringat suatu pesanan Rasulullah s.a.w..(yang lebih kurang beginilah bunyinye...kalo salah tolong betolkan ye..)

"Antara Muslim yang paling baik antara kamu adalah yang paling bnyak manfaatnya kepada orang lain.."

-jadi orang yang memotivasikan hidup orang lain inilah yang paling bnyk manfaatnya untuk orang lain.. ~~this is the thing i like most in mylife..~~
-saye suka perhatikan ragam orang..dan selalu jumpa dengan orang yang tak dapat terima apa yang berlaku pada diri dia.. 


sebenarnya kalau kite menerima keadaan diri kite seadaanya, bersyukur dengan kurnian tuhan dan tidak berputus asa dgn rahmat Allah kite pasti akan menjadi orang yang lebih positif untuk menghadapi hidup ini.. 


kite selalu mengeluh apabila ada dugaan yg dtg.. ckit pun da merungut 'berbakul-bakul"...
itu ke sikap seorg muslim?
Kenapa Muslim? Bkn org islam ke?
Org islam “macam-macam-ada” (bk kte nek wan-astro..hehehe)
Bole jdk org islam yg agama sahaja tercatat di kad pengenalan ialah Islam namun tujuan hidup masih tidak jelas, ramai yang mengaku Islam, namun hakikatnya hanya pada nama dan kad pengenalan. Maka lahirlah umat akhir zaman yang seperti bebuih di lautan. Kelihatan banyak tetapi rapuh.
TAPI seseorg yg bergelar MUSLIM....
Menjadikan Islam sebagai ad-din..Islam is the way of life...yg menjadikan Allah tujuan atau matlamat hidupnya. Seorang MUSLIM bukan sahaja beragama islam tapi yang faham agama, yg hayati agama, yang sayang pada agamanya (ISLAM), yg cuba amalkan segala tuntutan dalam agamanya dgn bersungguh-sungguh..
Kite mngkin layak jd org islam...tp mungkin belum layak menjadi seorang MUSLIM yang sejati..sma2lah kite renung2kan..dan..selamat ber’amal..
Kite tak sedar betapa untungnya kite menjadi seorg muslim...
Kite takkan pernah rasa keseorgan, hilang tempat pergantungan...sebab awal2 lg dlm surah pembukaan, pd ayat 5 Allah dah bagi gerenti untuk kite akui..

“ Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan.”(1:5)

Kite juga tak perlu risau...

“dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.”(2:186)

JADI...kenapa, mengapa kita masih lg tak boleh terima keadaan diri dan hidup kte..
padahal Allah tahu yg terbaik buat kite kan..
Allah takkan menganiyaai hamba-hambanya melainkan itu sekadar untuk menguji kite...

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir".(2:286)

sedangkan Allah berfirmn jgk dalm surah Al-baqarah..

“.... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (2:216)
MAKA...
Marilah kite sama2 muhasabah diri yg serba hina ini...
“..dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa Yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang Yang tertinggi (mengatasi musuh Dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang Yang (sungguh-sungguh) beriman.”(3:139)


3 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Btol-btol-btol!. kita ni or "aku ni" slalu gak tergolong dlm group org yg kurg penybr. juz want 2 share my exp yestrdy. smlm hp ak bleh hilg kt lib!!.Mula2 tny la org kat kaunter bwh pastu die kt xde. Ms 2 pasrah jela. Dlm hati kt kafarah ni.. last2 tinggal kat lib tgkt ats. Alhamdulillah jump. Next, ad kelas Pkul 5pm.Around 4 dh tggu bas la kt bwh. Smalm ak pose, pastu hari memg sgt3x panas.dlm hati doa jgkla bas dtg cepat, panas mmbara nih. Tp.. timbul perasaan malu dgn Allah. sbbnye kalu mintk kesengan dunia hny tulah yg kt dapt.tp kalu kt mtk kesengn akhrt, maka ngeri akhirat tu kekal abadi. So, ak pun istigfar byk kali ats ketidaksyukuran diri n mohon dijdkn hmb yg b'syukur. Hny skdr p'kongsian~

    ReplyDelete
  2. luper lak. ni syena

    ReplyDelete
  3. hehhheehhe..
    upin-ipin pn kte btol.btol.btol..
    hhhehehe..xtgk name pn ak tau mest ko..hehehehe
    tq for sharing..
    it's nice, ble kite tersedar dr ke khilafan diri snd..byk2 istighfarlah kuncinyer..

    ReplyDelete