...Words From God~O Allah, The Lord~...

"Closer and closer to mankind comes their Reckoning: yet they heed not and they turn away."

"Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.." (Al-Anbiyaa':1)

AWAS! Anda berada di zon::Alangkah Indahnya Hidup Ini::

::SELAMAT DATANG:::WELCOME:::

Salam sejahtera, salam singgah, salam melawat, salam menjengok, dan semua salamlah saya ucapan kepada pengunjung rumah saya ni teratak; Alangkah Indahnya Hidup Ini...

Saya sangat berbesar hati sekiranya anda dapat meluangkan masa untuk membaca perkongsian saya di dalam blog ini. Saya juga mengalu-alukan anda untuk 'copy' atau ambil apa sahaja yang ada di teratak saya ini yang memberi manfaat kepada anda. Namun saya mengharapkan jasa baik anda untuk melampirkan link 'Alangkah Indahnya Hidup Ini' sebagai rujukannya. Ini kerana sebarang artikel yang saya hasilkan sendiri pasti menjadi tanggungjawab saya kepada ALLAH. ^_^

~Moga ' Alangkah Indahnya Hidup Ini' sentiasa menjadi inspirasi anda~
~Moga segala kandungannya dapat memberi manfaat kepada semua~
~Moga dengan 'Alangkah Indahnya Hidup Ini' menjadikan kita sama-sama beroleh rahmat dan hidayah Allah S.W.T..aminnn~

Sekian Terima Kasih.

Monday, February 15, 2010

Ada apa dgn 14 Februari???~~Cerpen valentine~~

بسم الله الرحمن الرحيم
 
Sebenarnya saye tgh cuti CNY skrg...dan baru-baru ni  berlalunya 14 februari..ada apa !4 februari?? tp hari ni da 15 Feb...ini ceritanya..saye sign in YM, mula membace status kwn2 di mssenger list...dan salah seorg kwn saya mase matrik attachkan link cerpen Hilal Asyraf ni..for me it's really interesting..so read-up guys!!;D (p/s: thanks to taqirah@taqi. ^__^)

******


14 Februari? Valentine? Ho3… Saya tak menyambutnya. Maaf.
Tapi, apa kata kita baca cerpen saya ini?
Terimalah - Cerpen: Valentine -
Enjoy!
Valentine
Cinta padaku mahal
Kalau cinta mesti membawa ke syurga
Apa cinta kalau akhirnya ke neraka
Maka keredhaan Allah adalah dasar sebenar kepada cinta.
Kuliah tamat. Hari ini kuliah agak berat dengan aku mempunyai tiga kelas, dan ketiga-tiga kelas itu memakan masa satu jam setengah setiap satu. Kelas terakhir adalah pada pukul 2.00 petang hingga pukul 3.30 petang. Pembelajaran yang sepenuhnya di dalam bahasa arab membuatkan aku jadi sedikit letih. Belajar dalam bukan bahasa ibunda memerlukan fokus yang lebih.

Hah…
Letih. Aku membiarkan dahulu pelajar-pelajar lain keluar dari dewan kuliah 401. Ilmu-ilmu yang ditumpahkan oleh Dr Asyraf Kinanah, Pensyarah Madah Tasyri’ Islami aku sebentar tadi seakan-akan bergantungan di hadapan mataku. Akalku memerlukan rehat. Justeru aku malas hendak berasak di kawasan pintu. Biarlah aku bertenang terlebih dahulu.
“Assalamu’alaikum…” Satu suara lembut menyapa. Aku memandang, dan kelihatan seorang perempuan arab yang berpakaian sopan, bertudung labuh serta berpurdah. Aku tidak pernah melihatnya, tetapi aku kenal akan namanya. Dia adalah pelajar yang aktif di dalam kuliah Tasyri’ ini, dan amat suka bertanya kepada pensyarah. Namanya adalah Rana Jameelah.

“Wa’alaikumussalam. Shu biddik?” Aku bertanya dalam bahasa arab pasar. Kamu nak apa?
“Hai chokolata. Laka” Ini coklat, untuk kamu. Dia menghulurkan kotak berwarna merah, terdapat reben yang terikat kemas pada kotak itu.
“Li? Li eish?” Untuk saya? Kenapa? Aku kehairanan.
“Yaumul Valentine” Hari Valentine. Dia menjawab dengan wajah tertunduk. Kemudian dia pantas meletakkan kotak coklat itu di meja lipat, kemudian bergerak pantas keluar.
Aku terkesima, memandang sahaja Rana keluar dari kelas, kemudian menghela nafas berat.
Ha…
Aku buka beg, kemudian mengambil kotak yang baru sahaja diberikan oleh Rana, lalu memasukkannya ke dalam beg.
“Valentine day ha..” Hari ini, 14 Februari, turut dinamakan sebagai Valentine Day. Nama melayunya adalah Hari Kekasih.
Dan aku tak sangka, di negara arab ini, 14 Februari turut disambut. Malah, wanita yang kelihatan amat solehah seperti Rana juga tidak terlepas. Manusia menganggap, inilah hari menterjemahkan cinta. Kononnya pada hari inilah cinta diagung-agungkan.
Tetapi untuk aku, nampaknya cinta telah direndah-rendahkan pada hari ini.
Sucinya cinta tercemar.
Mahalnya cinta tergadai dengan murah.

*********

Aku duduk-duduk di hadapan meja jepun di tengah ruang tamu rumah sewaku. Sebaik sahaja selesai solat asar tadi, aku membancuh teh dan minum petang. Cuaca yang sejuk membuatkan aku sedikit malas untuk keluar bersenam.
“Wah, untung la kau, ada minah bagi coklat” Satu suara menyapa, selepas bunyi engsel pintu bersama salam kedengaran.
Aku menoleh. Seorang lelaki bergerak ke arah coklat pemberian Rana yang kuletak atas meja. Sengih tergaris di bibirku.
“Ambil lah” Aku menjuihkan bibirku pada coklat Rana. Mahal coklat ini.
“Betul ke aku boleh ambil ni?” Sahabat serumahku itu, Na’em bertanya. Aku mengangguk sahaja.
“Ish, kecewa la nanti minah ni” Na’em berseloroh. Aku nampak dia membelek-belek kotak coklat atas meja bulat jepun itu.
Aku tersengih. “ Kecewa apa pula. Ada banyak lagi lelaki lain dalam dunia ni” Kalau kecewa pun lagi bagus.
Aku hairan, kalau Rana itu sudah boleh dikatakan agak baik la juga. Perempuan lain, aku lihat tanpa segan silu keluar dengan pasangan mereka. Kononnya meraikan Hari Valentine. Pening kepala aku. Aku tak tahu la kalau ada ahli PERMAI yang menyambutnya juga. Aku minta jauh la.
“Perempuan ni suka pada kau. Bukan pada orang lain. Kalau tak, mana la nak bagi coklat pada hari Valentine ni” Na’em terus berceloteh.
“Ana bukan sambut pun hari valentine ni”
“Eh kenapa? Rugi tau” Na’em memfokuskan pandangannya kepadaku.
“Ru… gi?” Aku mengangkat kening sebelah.
“Ya la. Hari ni lah orang nak bermadu asmara, meluahkan cinta. Kau seorang diri pula, tak sambut dengan sesiapa pun. Hari ni semua orang keluar dengan pasangan masing-masing. Aku tengok di JUST tu, ramai yang duduk dua-duaan, pegang-pegang tangan. Romantik gayanya” Na’em menyatukan kedua tangannya, dan meletakkan ke dada, bersama muka penuh perasaan.
Aku tergelak sambil menggeleng kepala. Lebih-lebih pulak mamat Na’em ni.
“Banyak la enta. Buat macam tu tak syara’ tahu. Allah tak suka.”
“Ya la, itu yang tak tahu syara’ buat macam tu.Takkan la kau yang kuliah syariah nak buat macam tu. Tapi sekurang-kurangnya pergi la keluar makan bersama ke, sembang ke, janganla bergesel-gesel pegang-pegang tangan” Na’em memberikan cadangan.
Aku ketawa kecil. “Sama la tu. Haram juga”
“Aik, tak sentuh tangan pun haram?”
“Ulama menggariskan, al-aslu fi ikhtilat, haram. Maksudnya, asal dalam permasalahan percampuran lelaki perempuan adalah haram. Melainkan ada sebab yang darurat serta tidak menimbulkan fitnah. Kalau dah keluar sama-sama, makan sama-sama, sembang bukan main lagi, tak sentuh tangan pun haram juga.”
“oh, begitu ke?”
“Ya la, Allah SWT berfirman: “Jangan kamu dekati zina…” Surah Al-Israa’ ayat 32
“Sentuh tangan, keluar dua-dua, sembang-sembang, bukan zina la” Na’em menyangkal.
“Ya, tetapi cuba kau tengok balik arahan Allah SWT. Allah kata: Jangan kamu dekati. Jadi, macam mana? Sentuh tangan, keluar dua-dua, sembang macam tiada batas pergaulan, bukankah itu semua antara lubang-lubang pembuka kepada zina?”
Na’em terdiam. Mungkin akalnya baru berfikir logika itu.
“Kenapa? Enta buat jugak ke macam yang enta cerita tu?” Aku memandang Na’em.
Na’em menggeleng. “Eh, tak la. Belum lagi la. Tapi ingatkan boleh. Ingatkan kalau ada perempuan nak masuk, aku nak ambil je. Mujur kau cerita. Kalau tak, naya aku. Untung la aku ni serumah dengan kau”
Aku tersengih. “Enta tahu tak, semenjak ana kenal dengan enta, ana sambut juga 14 Februari ni”
Mata Na’em membesar. “ Loh, tadi kata tak boleh”
Aku tersenyum. “ Tapi ana tak sambut la Valentine, ana sambut….” Aku menarik beg, mendekatkan pada diriku dan membuka zipnya. Sebuah kotak sederhana besar, yang terbalut kemas kukeluarkan.
Susah payah aku beli benda ini di kedai Syu Hilu sebelah kedai Mandi Yamani lepas kuliah tadi.
“ Nah. 14 Februari, birthday enta yang ana sambut” Aku menghulurkan hadiah itu.
Na’em terdiam. Dia nampak kelu. Aku melihat, matanya memandang hadiah pada tanganku itu.
“Kenapa? Teharu?” Aku bertanya.
Na’em tersenyum. “Terharu la seh. Kau ni susah-susah je. Tak sangka kau ingat” Tangannya mengambil hadiah.
“Dari ana ingat Hari Valentine yang entah apa-apa ni, ingat hari lahir sahabat lagi bagus. Dapat pahala.” Aku memandang ke arah lain.
“Betul jugak ya. Baguslah kau. Ni yang aku sayang kau lebih ni” Na’em mendekati aku dan melagakan pipinya dengan pipiku.
“Uhibbukafillah” Aku menyebut kata-kata kasih sayang kerana Allah di dalam bahasa arab.
“Moga dengan umur yang ALLAH beri kepada enta, enta akan lebih kuat untuk berusaha mendekatiNya” Aku menepuk belakang tubuhnya.
“ Em, aku akan ingat pesan kau. Uhibbukafillah kaman” Aku menyayangimu kerana Allah juga. Kata-kata itu terlafaz dari bibir Na’em. Hatiku jadi kembang dengan rasa tenang. Senang ada sahabat yang berusaha untuk menjadi baik seperti Na’em di sisi.
Walaupun Na’em tidak mengambil jurusan agama, tetapi dia mempunyai kesungguhan untuk mendalami dan mempraktik gaya hidup Islam di dalam kehidupannya. Dia sentiasa haus dan dahaga dengan fikrah Islam, dan praktis hidup Islam yang menyenangkan.
“Eh, tak apa ke aku cakap aku kau dengan kau? Kau pakai ana enta ni”
“Tak pe, enta nak aku hang dengan ana pun boleh”
“Kau tak akan rasa pelik?”
“Nak rasa pelik apanya? Benda cabang aja pun. Bukan benda usul. Lain la enta kata solat itu tak wajib, ha… itu aku bising la”
“Baguslah kau ni. Tapi aku janji, nanti lama-lama, aku akan usaha juga cakap ana enta dengan kau”
“No hal beb. Utamakan benda yang usul dulu.”
Aku secara jujurnya, rasa bersyukur serumah dengannya. Hadirnya Na’em membuatkan aku rasa lebih bersungguh untuk mempertingkatkan diri.
Inilah dia antara cinta yang tinggi, yang disediakan oleh Islam, tetapi tidak dilihat oleh masyarakat. Rasa cinta, hubungan kasih sayang berdasarkan iman dan taat kepada Allah SWT. Malah ganjaran untuk cinta seperti ini juga lumayan.
Rasulullah SAW ada bersabda mengenai tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah SWT, pada perkumpulan manusia di padang Mahsyar nanti. Salah satu golongannya, adalah seperti yang disebut oleh Rasulullah SAW,
“Dua orang yang berkasih sayang kerana ALLAH, bertemu dan berpisah hanya keranaNya” Riwayat Bukhari dan Muslim.
Dan rasa bahagia dari cinta ini melebihi segala-galanya.
“Eh, makan malam kita hari ini aku belanja la.” Na’em mengeluarkan aku dari lamunan.
Aku mengangkat kening. “Enta punya hari lahir, kenapa pula enta yang belanja?”
“Weh sedara, kau tu budak persendirian, aku ni ada biasiswa JPA. Kejam la aku kalau kau yang belanja. Dah la kau bagi hadiah untuk aku. Kau punya hari lahir pun aku tak bagi apa-apa” Na’em mencubit hidung aku.
“Ana ada duit royallti nasyid-nasyid ana la. Apa salahnya ana belanja” Aku sebenarnya merupakan penasyid sambil belajar di Universiti Yarmouk, Jordan. Nasyid-nasyid aku mendapat sambutan hangat. Nasyid tanpa instrumen, satu fenomena baru di Malaysia.
“Ish, degil kau ni ya. Aku kata aku nak belanja, aku la belanja. Ingat aku ni tak ada perasaan ke?”
“Enta ni ada perasaan juga rupanya” Aku bercanda.
“Kau ingat aku ni robot macam dalam cerita terminator tu ke?” Na’em mencubit hidung aku dengan lebih kuat.
“Adeh, adeh. Ok, ok, enta belanja. Surrender” Aku mengangkat tangan.
Kami berdua ketawa bersama.
“Hu hu. Aku ingat la kan, kalau orang tengok kita, silap hari bulan orang ingat kita ni gay”
Aku ketawa. Gay atau dalam kata lainnya adalah homoseksual, hubungan sejenis antara lelaki dengan lelaki. Zaman hari ini sudah rosak. Kalau tiada teman wanita pada usia seperti aku, maka orang akan terus menuduh sebagai gay. Kalau nampak dua lelaki keluar bersama, berukhuwwah, mesra, dan rapat, terus sahaja dituduh sebagai homoseksual. Pada aku, inilah bukti serangan pemikiran barat yang telah berjaya dalam kehidupan masyarakt. Dengan wujudnya ideologi sedemikian, maka pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan menjadi lebih galak.
Bahkan, aku ada membaca di internet, sebuah akhbar Malaysia yang menyatakan bahawa untuk remaja perempuan hari ini, adalah aib jika dia masih dara pada usia 20-an. Aku hampir sahaja tidak percaya. Aib menjaga maruah diri? MasyaAllah. Tak hairanlah, hari valentine menjadi hari yang paling banyak anak gadis kehilangan dara mereka. Mungkin rata-rata meletakkan kalimah cinta untuk menghalalkan segala-galanya.
“Kalau ana gay, menangislah bakal isteri ana”
“Aiseh, kau ada buah hati ke?”
Aku angkat kening dua kali. “Tak boleh ke?”
“Tadi kau kata, semua perkara yang mendekati zina tak boleh. Habis kau ada buah hati ni, macam mana pula?”
Aku tersengih. “Suka tu, fitrah manusia. Islam meraikan juga fitrah manusia itu. Tetapi ada cara yang ditetapkannya. Kalau dalam kes ana, ana jatuh hati pada perempuan itu, tapi kami tak pernah berhubung pun. Cuma ana kalau ada apa-apa hal, abang, mak atau ayah dia la yang menjadi orang tengah.”
“Wah… Aku tak tahu pun. Kau simpan je ya selama ni”
“Buat apa ana nak heboh. Belum kahwin lagi. Biarlah ana dengan keluarga dia sahaja yang tahu buat masa ni”
“Dia tak cakap apa-apa ke sempena valentine ni?”
Aku menggeleng. “Dia pun sama macam ana. Bukannya sambut valentine. Lagipun, tak main la bercinta lalu hari valentine ni. Buat apa. Cinta patut hari-hari la.”
“Ya la, tapi kita kena la ada satu hari yang nak dijadikan kemuncak. Dah terlanjur ada hari valentine, apa salahnya kita tumpang”
“Apa salahnya tumpang ya… Enta tahu tak, Rasulullah SAW ada bersabda yang menyatakan bahawa barangsiapa yang mengikuti tindak tanduk sesuatu kaum itu, maka amalnya itu tertolak dan tidak dikira”
“Ya ke?”
Aku mengangguk. Hadith itu adalah dari riwayat At-Tirmidzi.
“Ish, aku ni jahil la. Nasib baik kau ada”
“Tak mengapa. Kalau tak tahu, kita belajar”
Na’em tersenyum.
“Tambahan, kalau mengikut pengetahuan ana mengenai valentine ni, semua sumber yang menyatakan asal-usulnya, menceritakan bahawa hari valentine ni berasal dari upacara keagamaan orang kristian” Aku menjelaskan.
“Oho.. Ya ke. Tak tahu pula aku. Ei.. terima kasih banyak la” Na’em menepuk belakang tubuhku.
“Tak mengapa. Kita muslim ni macam satu bangunan. Kena saling sokong menyokong. Nanti ana ada masalah kesihatan, enta pulak kena bantu”
“Habis kan, kalau kau tak sambut valentine, kau nak cakap kau cinta pada buah hati kau macam mana?”
Aku senyap.
“Nanti orang kebas, kau kecewa menonggeng seorang diri”
Aku memandang Na’em.
“Lepas tu, mesti buah hati kau sunyi. Kau tak hubungi dia, sedangkan keliling dia, semua orang sambut valentine. Dia tak rasa apa-apa ke? Kurang-kurang ada kesan juga kan?”
“Dia solehah, takkan la terkesan dengan benda-benda macam ni”
“Bukan semua orang macam kau kawan” Na’em menolak.
Aku diam.
“Perempuan pulak lain. Emosi lebih, senang terganggu. Tambahan, IPT di mana-mana tempat sekarang banyak benda bukan-bukan berlaku. Hubungan bebas tu biasa je. Baik kat Malaysia, mahupun di luar negara. Kau punya buah hati tu selamat ke rasanya? Ha…”
Kata-kata Na’em mengetuk sesuatu dalam hatiku. Aku memandang Na’em.
“Enta ni doktor psikologi je, atau doktor perubatan?” Aku cuba berseloroh.
Na’em tersenyum. “Kau ni kuat bergurau ya. Dah la, aku nak pergi bersiap ni. Aku nak ikut kau pergi masjid hari ni. Maghrib pun dah dekat. Lepas maghrib, kita pergi makan di Yamani bawah tanah. Aku belanja ka”
Hidung aku dicubit sekali lagi. Aku menutup mata atas gerakannya itu. Cubitannya dilepaskan, kemudian aku membuka mata, Na’em sudah masuk ke bilik. Aku terfikir kata-katanya tadi.
“Bukan semua orang macam kau kawan”
“Perempuan pulak lain. Emosi lebih, senang terganggu. Tambahan, IPT di mana-mana tempat sekarang banyak benda bukan-bukan berlaku. Hubungan bebas tu biasa je. Baik kat Malaysia, mahupun di luar negara. Kau punya buah hati tu selamat ke rasanya? Ha…”
Aku melepaskan keluhan berat.
Dia macam mana agaknya?
Betul tak terkesan ke?
*********
Pukul 5.30 malam. Solat isya’ telah lama selesai. Aku merehatkan diri di atas katil. Perut masih kekenyangan, diisi dengan kabsah sebelum solat isya’ tadi. Waktu masih awal.
Saat ini, waktu malam di Jordan sudah menjadi panjang. Keadaan ini adalah situasi yang biasa ketika musim sejuk, atau di dalam bahasa arabnya, syita’. Kebelakangan ini, pukul 2.15 petang sudah asar, kemudian pukul 4.00 petang sudah masuk waktu maghrib. Pukul 5.00 sudah masuk waktu isya’. Subuh pula adalah pada pukul 5.00 pagi, dan zuhur adalah pada pukul 11.30 pagi.
Hidup di negara yang sering sahaja berubah waktu solat ini, memerlukan jiwa yang sensitif dalam melaksanakan ibadah fardhu itu. Solat awal waktu yang dituntut oleh Rasulullah SAW akan menjadi sukar untuk dilakukan sekiranya aku tidak sensitif dengan perubahan waktu di sini.
Saat ini, aku teringatkan Malaysia. Musim sejuk menjadikan perbezaan waktu antara Jordan dengan Malaysia bertambah sejam. Pada musim panas, waktu Malaysia adalah awal lima jam berbanding waktu Jordan. Tetapi pada musim sejuk, waktu Malausia akan menjadi awal enam jam berbanding waktu Jordan. Justeru, sekarang waktu di Malaysia adalah 11.30 malam.
Aku memandang telefon bimbit nokia N-Gage pemberian seorang sahabat. Itu adalah telefon lama yang diberikan secara percuma, sebagai tanda ukhuwwah, cinta dan kasih sayang atas dasar iman dan Islam. Sebab itulah aku amat menghargai cinta di dalam Islam. Cinta yang tak terbatas hanya kepada perempuan, tetapi mencintai segala-galanya dalam rangka mendapat keredhaan Allah. Inilah dia cinta yang tidak dibatasi hanya dengan satu hari, serta mendatangkan kebahagiaan yang amat menyenangkan hati. Pahala pun dapat.
Nombor hubungan tertera di skrin telefon bimbit. Tiga huruf, I, B dan U tertera dalam satu kalimah di atas nombor telefon.
Aku berkira-kira. 11.30 malam, adakah orang di Malaysia sudah tidur?
“Ah, tak rugi cuba” Aku menguatkan tekad. Aku menekan butang dail. Corong suara kudekatkan pada telinga.
Beberapa ketika aku menunggu, kedengaran talian di sana terangkat.
“Assalamu’alaikum, siapa ni” Satu suara lembut mulus menjawab.
Aku terdiam.
“Siapa?” Suara itu kedengaran lagi.
Hatiku bergetar.
“Hello, siapa ni?”
“Eh.. biddi atakallam ma’a ummik” Saya ingin berbicara dengan ibu kamu? Aku bertutur dalam bahasa arab.
“huh? Sorry mister, wrong number” Suara itu menjawab sopan.
“Ah…” Aku hendak bercakap memperkenalkan diri, tetapi belum sempat aku meneruskan kata-kata, kedengaran satu suara dari corong telefon.
“Siapa tu Naseeha?” Dan suara itulah yang aku hajat untuk berbicara dengannya.
“Entahlah ummi, orang arab mana entah yang telefon”
“Ah, bagi pada ummi”
Kedengaran pada corong, bunyi ganggang bergalih tangan. “Siapa ni?” Suara serak basah kedengaran.
“Makcik Asiah, ni Kimi” Kimi, nama panggilan aku, singkatan dari nama penuh ku, Hakimi.
“Aha… ‘afwan. Tobakhtu fi matbakh” Maafkan saya, saya tadi memasak di dapur. Itu maknanya.
Aku tersenyum simpul sendirian di atas katil mendengar jawapan ibu itu. Dia adalah seorang guru kelas tambahan yang mengajar bahasa arab. Aku yakin dia menjawab dalam bahasa arab juga adalah untuk mengelak dari diragui oleh anaknya yang bernama Naseeha tadi.
“Mak kenal ke arab tu?” Kedengaran suara Naseeha.
“Ha. Mak kenal. Dia baik dengan mak. Naseeha tolong tengokkan biskut di dapur. Takut hangit pula”
“Baik”
Tidak lama kemudian, perempuan itu menyambung. “Kimi apa khabar?”
Aku tersenyum. “Kimi sihat makcik. Makcik apa khabar?”
“ Makcik sihat.”
Aku diam sebentar.
“Naseeha tak tanya ke, dia sihat ke tak?” Makcik Asiah menyakat.
Aku tersengih. Wajah aku panas. “Segan la makcik.”
Kemudian aku dapat mendengar Makcik Asiah ketawa kecil.
“Kenapa tiba-tiba telefon malam macam ni? Ni mesti ada apa-apa ni. Rindu pada Naseeha ke?” Tepat ibu itu meneka.
Aku ketawa. “Makcik ni, saya rindu pada makcik la” Cuba bergurau.
“ Elelele. Jangan nak bohong la Kimi.”
Aku terus ketawa senang. “Buat apa di dapur tengah-tengah malam ni?”
“Naseeha tu ha yang gatal sangat nak buat biskut untuk dibawa pulang ke univeristi esok”
“ Ooh. Lepas tu, makcik yang masak?”
“Dialah yang buat acuan, makcik tinggal masukkan dalam oven sahaja. Kenapa? Nak suruh dia pos untuk kamu di sana?”
Aku ketawa lagi. Makcik Asiah memang pandai bergurau. Tak sempat sampai, biskut dah hancur agaknya.
“Tak adalah. Saya sengaja telefon. Rindu la makcik”
“Ha, kan makcik dah cakap. Ala, kamu tinggal setengah tahun sahaja lagi di sana kan? Mak ayah kamu kata mereka nak datang hujung bulan ni. Nak masuk meminang.”
“Em. Kimi Tahu”
“Habis, telefon ni nak pastikan Naseeha selamat la tak kena kebas orang?”
“Ha ha.. Makcik ni ada-ada sahaja.” Selamba betul bakal mertua aku ini.
“Berjiwa muda la katakan”
Aku tersenyum lebar dengan gaya Makcik Asiah berbicara. Dia memang mesra dengan aku dan melayan aku dengan baik. Kepadanya, aku luahkan segala rasa hatiku terhadap anaknya yang bernama Naseeha. Aku tidak pernah lagi berhubung dengan Naseeha, keluar makan, menghantar hadiah atau melakukan perkara-perkara yang dilakukan oleh muda mudi zaman sekarang dalam alam percintaan mereka. Kalau ada apa-apa hal, rindu, atau risau, maka makcik Asiah menjadi tempat aku untuk meluahkan segalanya.
“Kamu telefon ni, kamu sambut valentine juga ke? Hari ni Valentine Day kan?”
“Ish, tak ada lah makcik. Buat apa nak sambut perayaan yang asal usulnya dari agama lain?”
“Ha.. Manalah tahu skru kepala kamu longgar ke, boleh ,makcik tolong ketatkan.”
“Kalau betul longgar, baik saya e-mail terus anak makcik”
“Ha.. gembira la dia, penasyid terkenal Malaysia yang dia suka e-mail terus dengan dia”
“ Ha ha.. Dia minat ke lagu-lagu saya makcik?”
“Kalau kat rumah, lagu kamu sahajalah yang berkumandang.”
“Ni kalau mak ayah saya masuk meminang, agak-agak dia terima ke?”
“Kalau dia tak ada sakit jantung pun, dia mesti terkejut dan gembira teramat sangat”
Aku tersengih. Ada-ada sahaja Makcik Asiah ni. Selamba rilek betul.
“Kimi telefon bukan sebab apa, sengaja je nak tanya khabar Naseeha”
“Ha.. kan betul makcik cakap. Makcik ni pelakon tambahan je”
“Ha ha.. Ada-ada je makcik ni. Kimi sayang juga la dengan makcik”
“Ha, tu baru namanya anak menantu. Kamu tak ada apa-apa nak pesan ke?”
“Em, tak adalah kut. Tapi hajatnya, makcik pesan la pada Naseeha supaya jaga diri. Jangan terpengaruh dengan suasana masyarakat hari ini. Saya telefon ni sebab takut dia terkesan dengan suasana hari ini yang memang penuh dengan unsur-unsur jahiliyyah. Kimi risau la makcik”
“Oh. Kalau macam tu, Kimi jangan risau. Hari ni, dia dari pagi pergi daurah Isteri Solehah kelolaan HALUAN Malaysia. Lagipun dalam kepala dia, mana ada valentine yang entah apa-apa ni.”
“Ya ke makcik? Senang hati Kimi dengar. Makcik memang pandai jaga anak. Daurah Isteri Solehah? Menarik tu”
“Makcik nak dia matang sikit mengenai pembinaan keluarga muslim. Supaya kamu nanti hidup bahagia, dan bercinta betul-betul atas dasar iman dan Islam”
“Alhamdulillah. Lapang hati saya dengar makcik cakap begitu. Kimi juga akan usaha tingkatkan diri makcik. InsyaAllah Win tak akan sia-siakan kepercayaan makcik.”
“ Itulah yang makcik nak dengar. Ha, ni kamu telefon lama-lama ni, tak mahal ke kena bayar? Tahulah duit royalti lagu-lagu kamu tu banyak, tapi berjimatlah”
“Saya tahu makcik. Tapi Syarikat Telefon Orange di Jordan ni buat promsi, dapat percuma 12 dinar. Tambahan teringat Naseeha, jadi Kimi telefon la”
“Em. Kamu jangan risau lah Kimi. Banyakkan munajat kepada Allah agar semuanya terjaga. Binalah cinta kamu pada Naseeha itu, atas cinta kamu kepada-Nya. Itu jaminan ke syurga Kimi. Kesabaran kamu menjaga hubungan ni untuk terus berada atas landasan syara’ Allah akan bayar. InsyaAllah makcik juga akan buat yang terbaik untuk jaga anak makcik ni.”
“Terima kasih makcik. Kimi akan ingat pesan makcik. Win akan jaga diri dan hati Win.”
“Baik. Jaga diri baik-baik. Belajar rajin-rajin. Studi sungguh-sungguh. Tunjukkan manusia yang bawa Islam ni berkualiti dalam semua lapangan yang dia ceburi”
“Baik makcik. Jumpa nanti. Kirimkan salam pada pakcik.”
“Dengan Naseeha tak nak kirim salam?”
“Ha ha… Cakapla yang kawan arab makcik kirim salam pada dia”
Kedengaran suara makcik Asiah ketawa. “InsyaAllah, makcik akan sampaikan. Dan lepas ni Kimi kena panggil makcik, ummi tahu”
Aku tersenyum. “ baik ummi”
“Aha.. macam tu baru sedap dengar. Baik, Assalamu’alaikum”
“ Wa’alaikumussalam”
Butang penamat dail kutekan.
Hati lapang. Walaupun cinta mengikut jalan syara’ ni menguji ketahanan diri dengan menghindari nafsu, tetapi aku yakin yang cinta sebegini adalah cinta yang bersih, cinta yang melapangkan hati dan cinta yang terjaga. Cinta atas dasar keimanan kepada Allah SWT.
Kalau syurga itu hebatnya sehingga tidak terbayang dek fikiran manusia, nikmatnya langsung tidak pernah terlintas di hadapan mata, maka apakah ia boleh dicapai dengan bersenang lenang bergoyang kaki?
Mustahil. Mestilah kena ada susah payahnya. Itulah dia mahar ke syurga sana.
Valentine tidak pernah kupandang sebagai hari cinta. Hakikatnya, hari ini cinta telah direndahkan serendah-rendahnya. Bagaimana agaknya cinta manusia yang tidak menjaga hubungannya dengan Allah? Agaknya bagaimana keluarga mereka? Agaknya bagaimana kehidupan mereka? Tidakkah mereka memikirkan akhirat mereka?
Apakah cinta dua orang manusia, yang sibuk bermadu asmara sehingga tidak menghiraukan waktu solat, yang tidak kisah akan batas-batas pergaulan, yang langsung tidak menjaga sensitiviti masyarakat, akan membuahkan kebahagiaan yang sebenar?
Perbuatan-perbuatan hodoh sebeginilah yang membuatkan cinta dipandang sebagai perkara yang murah dalam kehidupan manusia. Tindakan pasangan-pasangan yang kononnya mencontohi cinta Paderi Valentine inilah yang mencemarkan cinta. Hatta jika mengikut sejarah dan sumber yang mahsyur, Valentine sendiri tidak meraikan Hari Valentine seperti yang dirayakan oleh muda mudi hari ini.
Sedangkan, hubungan lelaki perempuan hakikatnya adalah hubungan suci, yang dikhaskan oleh Allah untuk suami dan isteri. Hubungan dua manusia, untuk melahirkan zuriat mereka bagi meneruskan kesinambungan hidup di dunia ini. Kalau hubungan cinta itu sendiri dirosakkan dengan hubungan lelaki perempuan yang kotor, luar batasan syara’, bagaimana agaknya kesinambungan dunia selepas ini?
Tapi semuanya dihalalkan atas satu kalimah bernama cinta. Sehingga ada satu kata-kata,
“Kerana cinta, kugadaikan segalanya”
Habis dengan maruah pun digadainya. Inilah yang menyebabkan cinta dipandang rendah, dan manusia terkelambu dari makna cinta yang sebenar.
Pada aku, cinta yang sebenar, hanyalah cinta yang mengikuti landasan yang Allah tetapkan. Cinta yang kekal hingga ke syurga. Cinta yang dapat merentasi akhirat. Cinta yang dapat melepasi titian sirat.
Aku jadi teringat akan satu sirah.
Satu hari, seorang perempuan bertanya kepada Rasulullah SAW. Dia berwajah sedih. Bila ditanya mengapa, dia menjawab bahawa, di akhirat nanti, dia akan berpisah dengan Rasulullah SAW. Rasulullah SAW pastinya akan memasuki syurga yang tertinggi. Sedangkan dia sebagai manusia biasa, kalau masuk syurga pun mustahil tempatnya setaraf dengan Rasulullah SAW. Hal itu menyebabkan dia sedih, kerana cintanya amat mendalam terhada Rasulullah SAW.
Ketika itu Rasulullah SAW senyap sahaja. Kerana dia juga tiada jawapannya. Tetapi tidak lama kemudian, wahyu turun dan Allah memberikan jawapan. Rasulullah SAW tersenyum, lalu bersabda,
“ Sesungguhnya kau akan bersama dengan orang yang kau cintai di akhirat nanti”
Itulah dia cinta yang aku cuba capai. Cinta yang kekal hingga ke akhirat. Cinta yang asasnya adalah iman dan buahnya adalah taqwa kepada Allah.
Tetapi apakah cinta sedemikian difahami oleh masyarakat hari ini.

********
“ Assalamu’alaikum akhi…” Suara lembut Rana kedengaran.
Aku memandang perempuan berpurdah itu. Hari ini, dalam dewan 305, aku sekali lagi mempunyai kuliyyah bersama dengannya dalam madah Sunnah.
“Waalaikumussalam. Hal yujad syai ma’i?” Ada apa-apa ke dengan saya?
Rana menggeleng. “Keif cokolati?” Macam mana dengan coklat saya? Dia bertanya.
Aku tersenyum. “Mush ‘araftu, li anna sodiqi fil beit akala coklatuki”
“Limaza? Tilka coklat laka” Kenapa? Coklat itu untuk awak. Nampak kecewa nadanya.
“Afwan. Ma biddish coklatuki” Maaf, saya tak mahu coklat awak. Aku menjawab sopan.
“Mush tuhib?” Kamu tak suka? Rana bertanya dengan gaya risau.
“La. Walakin inno ma hafaltu valentine” Tidak, tetapi sesungguhnya saya tak menyambut valentine. Aku cuba menerangkan.
“Oo.. walakin inni uhibbuka. Laisa li annani ahfalu valentine” Oo, tetapi sesungguhnya saya cintakan awak, bukan sebab saya nak sambut Valentine. Rana tetap tidak mahu mengalah, terus berterus terang.
“Afwan, yujad afeefah solihah fi qolbi, wa hia qurratu li sodri.” Maafkan saya, sudah ada perempuan yang solehah dalam kalbu saya. Dan dia adalah penyejuk jiwa saya. Aku menjawab yakin.
Rana senyap.
“Rana, al-aslu fi ikhtilat haram. Iza la yujad syai’ doruri, lan taqrobiini. Enti muslimah solehah insyaAllah, tafham kalami wadhihan” Rana, asal untuk percampuran adalah haram. Kalau kamu tiada perkara penting, janganlah sekali-kali mendekati saya. Kamu ni perempuan muslimah yang solehah, pasti kamu faham kata-kata saya dengan jelas. Aku bertegas.
“Allahumma yu’tiki sakeenah wal ‘afiah” Semoga ALLAH memberikan kepada kamu ketenangan dan kebaikan.
Kemudian aku terus melangkah pergi, meninggalkan Rana tanpa memandangnya.
Dalam menjaga prinsip Islami yang aku pegang, aku perlu bertegas. Menjaga cinta yang ALLAH curahkan dalam jiwaku.
Dan Valentine turut pergi, bersama-sama dengan cinta yang diagung-agungkan manusia yang meraikannya. Cinta berasaskan valentine semata-mata, atau suka-suka dunia semata, tidak akan ke mana. Berapa ramai manusia telah merendahkan maruah diri mereka semalam.
Aku hendak terus melangkah ke arah cinta yang bersih, dan menyenangkan jiwa. Di dalamnya hanya ada bahagia, dan tiada pula kecewa. Tribulasi di dalamnya adalah ibadah, dan kesenangannya di dalamnya adalah hadiah.
Valentine pergi, tetapi cintaku tetap mekar seiring masa yang terus bergerak mengelilingi diri. Cinta kepada Allah, membuahkan cinta-cinta lain yang bersemi dengan indah dan bertahan dengan gagah.
Cinta kepada Allah lah sebenarnya yang menggerakkan cinta-cinta yang lain dalam kehdiupan manusia. Inilah sebenarnya cinta yang hakiki!

Sumber: Hilal Asyraf

Sunday, February 7, 2010

Ada ape dgn KOBANNA???



بسم الله الرحمن الرحيم

KOBANNA?????? ape tu??
tp ni bkn REBANA...bukan juge RIBENA (yg saye suke tu..hihi;D)


KOBANNA yg dimaksudkan adalah....
~~KONVENSYEN PEMIKIRAN HASAN AL-BANNA dalam Melakar Agenda Bangsa~~
yg diadakan...pd 30hb Jan 2010, 8.30pg-5.30ptg..bertempat di Dewan Seri Saujana Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)..





Siapa HASSAN AL-BANNA???

-Tau tak Al-Ma'thurat?
-Selalu tak bace?
-Tahu siapa penyusun wirid-wirid yg nabi selalu bace tu?

Urmm....kalo anda pass soalan-soalan di atas, pasti anda tau siapa HASSAN AL-BANNA bkn...tetapi jika anda blum kenal siapa sebenar gerangan yang saye nak perkatakan ni..(yelah smpai org siap buat konvensyen pasal pakcik ni kn..ihihi) mesti dia seorang yg bukn calang-calang kn.kn..kn.. so..bg yg belum tahu dan masih tertanya-tanya siapakan die..kenalah buat homework sikit....yg mane saye da permudahkan....cume perlu klik sini, di sini dan di sini...dan silalah bace...
~~TAK KENAL... MAKA MACAM MANA NAK JADI MACAM HASSAN AL-BANNA????~~

Alhamdulillah dan maha suci Allah...ramai yg dtg hari sabtu tu..penuh satu dewan Uniten tu...*moga Allah satukan hati-hati kita demi menegakkn kalimahNya di Bumi ini*-aminnn..


Pembentangan kertas kerja terbahagi pd 3 sesi....pembentangan kertas kerja pertama seperti yg saye dah mudahkan dan keluarkn point2 penting tu...selamat mengikutinya..ok?!(^___^) 


Kertas kerja 1: "Pemikiran Hassan Al-Banna dan Ideologi Barat: Pertembungn Antara Dua Aliran"
telah dibentangkn oleh Ustaz Haji Mohd Rusdi b. Haji Alias..

Sedikit mengenai Pembentang Kertas kerja 1:

~beliau mendpt pendidkn awal di Kolej Islam Klang, kemudian ke Universiti Al-Azhar (BA Usuluddin-Hadis), dan institut Pengajian Tinggi Hasan Al-Baquri (Dip. Pengajian Islam) 
~Beliau pernah menjadi pengetuan SMI Hira Sh.Alm, Konsultan di Bahtera Consultant Snd. Bhd,  dan Pembimbing Bahasa Arab Al-Quran di pendidikn Al-Furqan sh.Alam..)
~beliau juge dikenali kerana kefasihannya berbhs Arab..
~Dlm bidang dkwah beliau merupakan Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia ISMA.

 ********


Dalam pembentangan ni Ustaz Rusdi telah menerangkan konsep HUMANISME iaitu merupakan kehendak manusia sbg matlamat&pusat kehidupan, ianya juga hasil drpd penolakn yg amat ektrim terhadap agama di Eropah). Konsep inilah  telah dibawa oleh barat yg cuba diterapkan oleh meraka kpd umat Islam pd hari ini. Antara konsep2 lain yg berkaitan dgn konsep humanisma adelah..
  • Globalisasi: masyarakat hanyut dgn kehendak diri tanpa batasan..
  • Hedonisme: suka berhibur
  • Sekularisme: memisahkan manusia dgn agama
  • Islam Liberal: utk bebas mengatakan apa sahaja
  • Pluralisme: yg bertujuan utk persamaan agama
Melalui pemehatian Hassan Al-Banna dlm menganalisa politik semasa yang mana beliau melihat semasa di zamannya lagi, ideologi2 barat ni dianggap sebahagian drpd demokrasi, barat juga meyakinkan mereka akn maju dgn menolak agama, ketika itu  juga institusi ulama juga menjadi terbatas.

Maka kesan daripada penerimaan ideologi2 ini dalam umat Islam menjadikan umat Islam pd hari ini pincang akhlaknya, hilang role-model, mengutamakan kepentingn peribadi lebih drpd kepentingn umum, takut utk berhadapan dgn kenyataan,dan tidak mahu memikul tanggungjawab. 
Bagi mengatasi maslah ini, Hassan Al-Banna mengesa agar diri yang rosak itu perlu dirawat dan berusaha  membetulkn akhlak masyarakat. Bahkan perkara2 yg sama jugalah sedang berlaku dlm masyarakat Islam pada hari ini. 

Model Fikrah Syumul menurut Hassan Al-Banna dlm merangka agenda bangsa:
  • Akidah& ibadah
  • Negara &tanah air
  • Kerajaan &rakyat
  • Akhlak & kekuatan 
  • Rahmat& Keadilan
  • Pengtahuan& undang2
  • Ilmu& Kehakiman
  • Benda& harta
  • Pendapatan& Kekayaan 
  • Jihad&dakwah
  • Tentera &gagasan
Selain itu untuk mengatasi ancaman humanisme dalam menangani masalah pluralisme di Malaysia Iman Hassan Al-Banna menggariskan 3 prinsip utama iaitu:
  1. Yakin dengan kemulian Islam (perjungan utk menegakkan kalimah Islam)
  2. Rasa bangga dengan Islam  
  3. Persandaran hanya pd Allah s.w.t dalam menghadapi pelbagai halangan (Allah akan menolong orang yang menolong agamaNya)
Inilah serba sedikit antara intipati daripada pembentangan oleh Ustaz Rusydi yang saye da simplify daripada banyak-banyak perkataan dari buku kertas kerja tu..ihihihi..;)  Selepas pembentangan pertama ni majlis berehat utk mkn tengah hari dan solat zohur  kemudiannya diteruskan lagi dengan pembentanagn kertas kerja kedua pula...rentetannya saye catatkan di sini...


Kertas kerja 2: "Pandangan Hassan Al-Banna Terhadap Agenda Pembangunan Ummah dan Pelaksanaannya di Malaysia"
telah dibentangkan oleh Ustaz Haji Mohd Hazizi b Hj Abdul Rahman
Sedikit mengenai Pembentang Kertas kerja 2:
~ beliau mendpt pendidkn di maktb Mahmud Alor Setar, Universiti Al-Azhar(BA Syariah Islamiah), Universiti Putra Malaysia (M.A Pembgnn Sumber Manusia)
~kerjaya beliau; content Expert di Impian Teknik Integraton System, Penterjemah bebs, dan sekarg sebgai pegawai eksekutif ISMA.

********

Dalam pembentangan pertama actually utk terangankn kepada kita mengapa perlunya kita mengambil pemikiran Imam Hassan Al-Banna ni dalam membangunkan umat Islam kita pada hari ini dan sebab apa kita tak bole nak ambil acuan barat tu...ok then dlm pembentangan kedua ini adalah lebih fokus kepada cara-cara atau pelaksaan pemikiran Hassan Al-Banna ini dlm masyarakat kita dalam menegakkn dan membangunkan masyarakat Islam..Ustaz Hazizi  menerangkan undang-undang pembaharuan yang Imam Hassan Al-Banna telah gariskn berdasarkan pemerhatiannya terhadap apa yang berlaku pada zamannya..dan undang-undang ini bersifat universal..menjadi agenda bagi semua perubahan dan pembangunan umat di mana-mana pun..undang-undang itu merangkumi aspek:

  1. Ideologi/ falsafah yg melatari perubahan (akidah&falsafah perjuangan perlu menjadi tulang belakang)
  2. Kekuatan jiwa (iaitu kehendak dan semangat yang tinngi untuk menegakkan agama Allah)
  3. Perubahan kendiri (yang mahukan agama Allah disnjung tinggi)
  4. Eleman pemuda (yang mana akan menjadi generasi hadapan yang akan memacu negara, mereka perlu diberikn tarbiyah yang berterusan)
  5. Penyediaan pejuang
  6. Pertembungan yang pasti (dalam meakukan perubahan pastinya ada saingn dengan seruan-seruan lain)
  7. Kerangka pemikiran
Selain daripada undang perubahan tu Imam Hassan Al-Banna juga menerangkan kaedah-kaedah perubahan yang boleh dilakukan utk melakukan perubahan tersebut melalui mereliasasikan misi-misi ini:
  1. melepaskan umat daripda kemelut politik  dan membinanya semula
  2. menyekat arus tamadun kebendaan (ataupun konsep Humanisme itu)
  3. menegakkan sistem Islam yang syumul 
  4. memimpin dunia dan membimbing manusia
jadi..utk mencapai misi-misi ini Imam Hassan Al-Banna menggariskan pula objektif-objektif yg perlu dilakukan terlebih dahulu. Ianya adalah sebagai satu pelan tindakan yg berterusan utk mencapai matlamat kita utk menegakkan Islam to the entire world~~

  • Memperbaiki diri (yg termasuknya 10muwasafat tarbiyah: memiliki tubuh bdn yg kuat, akhlak yg mantap, berpendidikan, mampu berdikari, akidah yg sejahtera, ibadah yg betul, bermujahadah melawan nafsu, menjaga masa, tersusun urusannya, berguna kpd org lain)
  • Pembinaan keluarga muslim (mendidik ahli keluarga dgn syariat dan adab-adab Islam)
  • Membimbing masyarakat (ammar ma'aruf nahi mungkar)
  • Membebaskan tanahair dengan cara mengusir  kuasa asing (bkn Islam) drpd mengusai aspek politik, ekonomi @moral
  • Memulihkan kerajaan supaya benar-benar bercirikan Islam
  • Mewujudkan kembali negara utk umat Islam dan menghidupkan semula sejarah kegemilangan Islam
  • Menjadi pemimpin dunia dengan cara menyebarkan Islam keseluruh pelusuk dunia. 
  

Selepas itu Ustaz Fauzi pula mengambil alih pentas utk sesi pembantangan terakhir....Ustaz Fauzi ni bole anda temui di blog beliau..hanya perlu klik di sini..

Kertas  Kerja 3: "Menilai Kemelut Politik Tempatan Berdasarkan Maqasid Syarak"
telah dibentangakn oleh Ustaz Muhammad Fauzi b. Asmuni

Sedikit mengenai Pembentang Kertas kerja 2:
~beliau mendpt pendidikn awal di SMAP labu, Universiti Al-Azhar(Syariah Islamiah)
~beliau meupakan eksekutif penerbitan Pustaka Salam, Pengurus Besar Srihira Education Center, dan merupakan Naib presiden II ISMA.

********

Memandangakan kontroversi yg sering melanda di negara kita sejak akhir-akhir ini...topik ini mmg agak 'panas' juga..namun tujuan ISMA membawa tajuk ni bukanlah utk menyebelahi atau menyalahkan mana-mana pihak. Sebaliknya ISMA cuba mengupas pandangan berdasarakan pemikiran Imam Hassan Al-Banna mengenai politik itu sendiri dan cuba untuk melihat aplikasinya dlm masyakarat kita. Kepuakan dan ketaasuban terhadap parti politik masing-masing kekadang malah selalu menjadikan masyarakat kita terlupa bahawa kita sebenarnya perlu bersatu atas nama Islam apabila perkara-perkara yang boleh menggangu-gugat agama kita dicanang-canangkan. Ini kerana maqasid syarak itu sendri tujuan utamanya adalah utk menjaga kepentingan agama. Jadi, pertelagahan sesama umat Islam agama merugikan kita...ini sangatlah wajar diambil perhatian oleh semua masyarakat Islam tanpa mengira status politik masing-masing. Jadi, dalam pembentangan Ustaz Fauzi ini adalah bertujuan untuk membuka mata masyarakat akan kepentingan bersatu atas nama Islam dan mengenepikan agenda masing-masing. Ustaz Fauzi juga ada menyentuh mengenai konsep tahaluf (kerjasama) muslim dan non-muslim.

Rasenye bila membicarakan hal-hal sebegini pasti ada yg 'takut'..xyakin dgn Islam...dpt ke kite maju?...NAMUN usah lupe sejarah telah pun tertulis yang KITA umat Islam MAMPU melakukannya...Lihatlah zamn kegemilangan khulafa' Ar-Rasyidin, Zaman Abbasiyyah, Zaman Umaiyyah, Salahuddin Al-Ayubi, Sultan Muhammad Al-Fateh dan lain-lain. Segalanya telah dibuktikan....kita hanya perlu meniru sejarah itu utk mengembalikan kegemilangan Islam yg telah hilang dek serangan-serangan dan putar belit yg dilakukan oleh golongn bukan Islam..yg menipu kita dengan membutakan mata dan hati kita dgn ideologi mereka supaya kita semakin jauh dari agama ini dan akhirnya hilang kepercayan kepada agama sendiri. Untuk mencapai kegemilangan yang pernah menjadi milik kita umat ISLAM pd suatu masa dulu adalah tidak lain dan tidak bukan...kembali kepada AL-QURAN & SUNNAH RASUL!!!

****** 

Yang akhirnya...inilah RESOLUSI yang telah dibentangkan oleh Tn Hj Aminuddin B.Yahya selaku setiausaha agung ISMA..

  1. Untuk menjayakan agenda Islam: kita perlu membangkitkan sebuah bangsa yang kuat
  2. Pepecahan Melayu Islamis adalah disebabkan kepartian yang melampau 
  3. Pemikiran humanisme yang menyebabkan Melayu hilang identiti & jati diri agama
  4. Modul fikrah Islam syumul Al-Banna: adalah untuk menangkis fahaman & ideologi barat
  5. Mengubah nasib Melayu Islam tidak akan berlaku kalau tidak dijadikan falsafah perjuangan 
  6. Kekuatan jiwa sebagai kekuatan ummah tanpa menidakkan ekonomi dan politik
  7. Sikap terhadap sesuatu isu mesti berpandukan maqasid syariat bukan kuasa politik 
  8. Tahaluf muslim dan non-muslim dibenarkan jika non-muslim bersetuju mematuhi syarat.
Actually ayat-ayat resolusi ini panjang lagi..tp saye da potong ambil point yang penting tu...tp kalau nak tau full sila ke sini ye...
 
p/s: -Alhamdulillah...setelah kali pertama taip xsempat nk autosave...dan terpakse ditaip semula..
       -finally  dpt pun siapkn entry ni...:)
       -entry ni ditujukan khas buat kembar singa penang&manchester..(^^,)
       -dan umumnya utk semua yg melawat blog saye nie!!!!:D
       -ayuh berkerja utk Islam dan matlamatnya adalah ALLAH~~
       -sebarangan kekurangan terhadap pemahaman isi amatlah dikesali sekiranya itu disebabkan entry TuanRumahBlog  ni yang mungkin kurang jelas...Segala yg baik itu hanya dari Allah, yang tak berapa nk jadi baek itu pastinya kelemahan KITE--manusia...

...wallahu'alam...

Monday, January 25, 2010

jiwa kacau...


 بسم الله الرحمن الرحيم 

jiwa kaco...
ntah kenapa rasa macam tu.. playlist "tenangkan jiwo kaco' kt hp pun cam tak berfungsi...tambah plak "nasyid best" kt laptop pun tak jadi apa-apa..
cahaya hati@nurul qolby by opick..dah disetkan repeat track...
lepas tu Hayya bil jihad pulak....
tak lama lepas tu I'tiraf menyapa telinga berulang kali~~

huh...kenapa ni...
status YM da 2-3 kali bertukar:

  • Hati itu milik Allah~~:)
  • YaAllah maafkan andai hati ini tidak cukup bersih:'(
  • InnaAllahama'ak:)
  • wahai hati, usah kau futur...
*p/s: hisyhhh....nampak sangtla pemilik status tu memang ber'jiwa' kacau...


Mungkin juga sebab penat memikirkan idea untuk assignment 2 research methodology yang nak kena buat research proposal tu. Serius memang blank. Tak tau nak buat reseach pasal apa. Dateline lagi seminggu. Walopun saya ni memang 11th momment punya orang tapi kali ni saya kurang berkenan sikit nak buat last minute sebab research proposal ni penting bagi saya sebab kalau boleh nak terus jadikan tajuk untuk research project untuk semester depan.
Lagi pun banyak nak kena buat literature review nak kena baca banyak journal yang berkaitan tapi kalau tajuk pun tak ada camne nak cari journal, kan. hurmm...tu yang mungkin membawa kepad jiwa kacau saya ni. Tambah pulak English pun nak kena buat journal jugak tapi ni journal pasal routine hari-hari, kena buat 3entries per week. Sekarang da pending almost 8weeks, so kira-kira 3x8...nearly 24 entries. wow...(tapi yang ni salah sendirlakan..sapa suruh procastinate!!) nak buat camne kadang-kadang tak tau nak tulis, tula....walaupun da jadi penulis kadang idea tu pun tak selalu nak ada kalau idea ada pun mood belum tentu. Hati pulak kekadang malas nak melakar ayat..(that why la second novel still ondaway..tapi ondaway punya pun da stuck kt pg26..)
Hai...banyaknya benda nak kena fikir...

mungkin penyakit futur melanda~~~
futur?
putus asa...
tak bersemangt..
lemah...
hati macam da futur....itulah saya buat mase ni..tapi ingin sekali menjerit untuk menafikannya!!!
~oh aku..jangan sampai begitu~~

pastu cam klaka je..siap cari kt brower pasal hati futur...hehehhe..
dann jumpa tulisan-tulisan kt blog dan web yang macam ada sikit-sikitla kena batang hidung saya ni...
salah satunya saya suka yang ini...amik dari blog orang di banda acheh(jauh tu..ihihi:)

Kate-kata penulis blog tu dalam blognya yang saya curik ni... dari entry dia yg bertarikh: Sep 10-Yang Kalah dan Tersungkur-cerita hati, sampah hati

Berbeda… ini berbeda. Kali ini sungguh berbeda…
Aku seolah menjelma menjadi prajurit kalah perang. Prajurit-prajurit yang tersungkur, setelah lelah kalah melawan nafsu mereka sendiri. Tidak cuma kalah, aku pun menderita, tersiksa, dan tersungkur.
Gontai, lemah… itu aku.
Ramadhan yang dulu pun aku tidak se-tersungkur ini. Bahkan aku masih memiliki sisa-sisa kekuatan walau seminggu kemudian aku seperti tak tersisa pernah menikmati Ramadhan yang begitu syahdu. Episode Ramadhan kali ini begitu kacau, teramat sangat kacau.
Tilawahku hancur-hancuran, tarawehku binasa, infaq dan sadoqah ku minim. Duh gusti, permainan apa lagi ini?
Semoga, aku cepat bangkit.
Futur. Mengapa penyakit itu harus terus mendekam dalam waktu yang lama? Mengapa…"

p/s: walopun pasal ramadhan itu agak jauh bedanya dgn saya~~tapi kondisi waktu ini seakan sama...

mugkin juga jiwa kacau ni kerana terlalu mengambil berat...
ambil berat tentang ape??
tentang umat..
bila melibat kan soal prinsip yang memagari diri...:mahu membawa kebaikan pada si kawan bila bersahabat...(yang kalau sekarang..kau hal kau, aku hal aku..aku tak kaco kau, kau jangan kacau aku...*nak bagi bau minyak wangi pun ramai yang tak nak..urmm...)

salahkan aku kerana inginkan kau menjadi lebih baik...
salahkan aku kerana ingin melihat kau menjaga diri mu...
salahkn aku kerana ingin kau rasai cinta Illahi seperti yg ak rasai ini...
kerana aku sayang pada mu...KAWANku...

ada  yang kate: tak ke ko akan rase kecewa bila ko tak dapt nak bwa kebaikan pada dia...ko terlampau ambil berat kot...

airmata ini mahal...tapi begitu murah....

bila melihat kawan bertudung ke kelas tapi...keluar rumah hilang tudungnya...
bila melihat kawan baik, yg dikira elok lakunya...tapi bercouple juge, pegang tangan dah jadi biase padanya...
bila seakan dilengahkn solatnya...

apalah aku disisi mu...melihat sajakah?
mahu ditegur...rasanya dkwh bukn hanya dgn lisan..(besar-besarkn tak suka kena *tegur (padahalnya sekadr nasihat..))
dicuba juga dengan perbuatan....kekadang semacam tak dihiraukan..(malah terpaksa dijadikan gurauan untuk sampaikan maksud tersirat yang amat dalam..)
semuanya berpengetahuan....(mungkin ilmu itu tak diamalkn...maka bagaimana harus aku bicarakn...)
cemburu bila yang lagho...result 'power-power'..(eh...terlupa, Allah akan bagi kalau berusaha..muhasabahlah!..tak cukup rajin lagi tu!!)

ayat memujuk hati sendiri: bersabarlah sikit lagi. kenali hatinya dulu. Rasulullah pun berdakwah 23thn. kau kenal dia pun tak smpai setahun...
tapi apalah ertinya aku di sini seperti tiada apa yang dilakukan..untuk membawa hatimu kepada tuhan..cuma hati yang mendoakn...
       

tapi mungkin...memang aku yang salah...

hati ni tidak cukup bersih; belum sepenuhnya dibersihkan..
niat harus diluruskan...Allah dijadikan sandaran..
jangan sakit hati itu memusnahkan...

kenapa tiba-tiba semacam futur sgt2 ni..
padahal baru semalm ber'midnite-party' dengan Allah bersama akhawat...
siap dapat tazkirah pasal tazkiyatun nafs..(pembersihan hati..)
oh Allah, senangnya turun-naik iman...
memang diri ini yang lemah...
checklah amalan...
baikilah amalan..
istiqamahkanlah..
lakukanlah dengan ikhlas kerana ALLAH..

Ya Allah, jangan kau jadikan mujahadah ini sukar untukku...~~aku tak inginkan ia begitu~~
teguhkanlah hati ni..

"(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya." (3:8)

p/s: banyak pulak rasanya lagu yang nak tujukan dekat diri sendiri ni..hihii

"So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart"
-Always be there by maher zain-


"You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah
Insya Allah you`ll find your way"
-InsyaAllah by maher zain-

"Gunakan kesempatan  untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nnt tak berkesudahan apa guna sesalan hanya menekan jiwa
Jangan difikir derita akan berpanjangan kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pastikan cerah kembali"
-kehidupan by Nazrey ft inteam-

"Harus ada rasa bersyukur disetiap kali ujian menjelma
itu jelasnya membuktikan Allah mengasihi mu setiap masa
diuji tahap keimanan sedangkan ramai terbiar dilalaikan…
hanya yg terpilih sahja antra berjuta mendpt mendpt rahmatnya
Allah rindu mendegrkan rintihanmu brpnjangan bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi maka bersyukurlah selalu"
-rahmat ujian by mestica-

"When you feel all alone in this world
And there's nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows"
-Allah knows by zain bikha-

~~OH HATI>>USAH KAU FUTUR~~~




ayuh...HAYY BIL JIHAD!!!!


...wallahu'alam...

Sunday, January 17, 2010

This is what we call sharing...^__^

بسم الله الرحمن الرحيم 

Salam to all...
Rasanye inilah entry pertama saye tahun ni...nur kasih adalah penutup entry thn lepas..dan entry Alhamdulillah~~ adalah entry pembukaan untk thn ini..chantek pulak tu tarikhnye *10/01/10*..xtually xdirancg pun nk post entry pd tarikh chantek sebegitu...nk taip entry ni barulah saye perasan mase nk cek traikh last saye update blog..
supposely..saye rase mmg saye kne panjangkan kot tjk entry Alhamdulillah tu kpd entry yg ini...ihihihi(^__^)


Alhamdulillah~~~
  • 2009 da berlalu, da tinggl kenangan dan dah jadi sejarah...ape2 pun saye sgt2 bersyukur dgn segala yg Allah dah takdirkan dan ape yg telah saye lalui thn lepas..Alhamdulillah..
  • Semoga segala pengalamn yg dilalui thn lps memberi pengajaran dan menjadikan diri manusia yg lebih baik dan bermanfaat untk manusia yg lainnye..insyaAllah:)
Alhamdulillah~~~
  • Saya masih dipanjangkan umur (insyaAllah utk membuat kebaikn) oleh Allah s.w.t yg masih memberi peluang untuk untuk terus bernafs dan menggunakn nikmat2nya di bumi mciptaanNya ini...
  • Yang pasti....thn ni bkal bertambah lagi kiraan umur...huhuuhuh...
  • moga2 segala plan untuk kehidupn yg akn dtg ni...dipermudahkan dan moga sentiasa dlm bimbingn Allah selalu...amin..
ok then...saye nk share something...yg inilah juge tujuan tjk entry tu mcm tu.. saya dpt artikal ni dr facebook.(yg insyaAllah kalo kita pandai kawal n jage diri, mmg byk manfaatnya utk kite..p/s:so ber'FB' secara berhikmah iye...ihihhi:)) this is from:Ustaz Zahazan Mohamed's Notes





UMAR BIN AB AZIZ R.A & PANDUAN MENDAPATKAN ANAK YANG SALIH



Kita pasti mendengar tentang Umar bin Abdul Aziz (61-101 H) seorang yang banyak ilmu, warak, zuhud, rajin beribadah dan juga merupakan seorang khalifah yang adil sehingga semua rakyatnya hidup dalam kemakmuran. Selama dua tahun ia memerintah, tidak ada seorang pun yang berasa berhak menerima zakat kerana keadilan telah memperkayakan mereka. Kisah keadilan dan kesolehan khalifah ini sangat masyhur sehingga Imam al-Syafiʻi berkata, “Khulafa’ al-Rasyidin sebanyak lima orang; Abu Bakar, Umar, Usman, Ali dan Umar bin Abdul Aziz.”

Imam Abu Muhammad Abdullah bin Abdil Hakam (w. 214 H), seorang murid cemerlang Imam al-Syafiʻi di Mesir, pernah menulis riwayat hidup khalifah soleh ini dalam sebuah buku yang berjudul Sirah ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz: Kama Rawahu Malik bin Anas wa Ashabuhu. Beliau membuka buku ini dengan kisah Amirulmukminin Umar bin al-Khattab yang sedang meninjau di tengah malam di sekeliling kota Madinah untuk mengetahui keadaan rakyatnya dari dekat. Tiba-tiba, Umar mendengar dari sebuah rumah suara perempuan tua yang sedang berkata kepada puterinya, “Campurkanlah air ke dalam susu (jualan) itu. Waktu telah hampir pagi.”


Anak perempuan itu menjawab: “Bagaimana saya akan mencampurkannya padahal Amirulmukminin telah melarang perbuatan tersebut.” Ibunya berkata lagi: “Semua (pedagang) melakukan itu, maka lakukanlah. Lagi pula Amirulmukminin tidak akan tahu.” Anak itu kembali menjawab: “Meski Umar tidak tahu, namun tuhan Umar tahu. saya tidak akan melakukan sesuatu yang dilarang.”


Ucapan ini sangat berkesan di hati Umar. Pada pagi harinya, ia segera memerintahkan anaknya yang bernama ‘Ashim untuk mendatangi rumah itu. Ia berkata, “Pergilah wahai anakku dan pinangilah beliau. Ia akan melahirkan seorang satria yang akan menguasai bangsa Arab.” ‘Ashim melaksanakan perintah itu.


Hasil daripada perkahwinan mereka berdua lahirlah seorang anak perempuan yang diberi nama Ummu ‘Ashim. Setelah dewasa, Ummu ‘Ashim menikah dengan ‘Abdul Aziz bin Marwan dan melahirkan seorang anak yang kelak membuktikan kebenaran firasat Umar bin al-Khattab. Anak itu bernama Umar bin Abdul Aziz.


Memilih Pasangan


Seorang anak tidak lahir dari ruang hampa, namun ia lahir dari dua orang manusia dewasa yang menurunkan kepadanya sel-sel genetik yang akan membentuk tubuh dan otaknya. Dalam tulisan kali ini, saya hendak mengingatkan hakikat yang mungkin sering kita lupa iaitu bahawa anak-anak itu juga mewarisi akhlak dan sikap keagamaan orang tuanya.


Seorang ulama akhlak di Mesir yang bernama Syeikh Ali al-Khawas pernah berkata, “Hendaklah setiap orang memperhatikan sifat anak-anaknya. Jika sifat mereka baik, maka itu adalah akhlaknya. Jika buruk, itu juga akhlaknya. Sebab sperma (mani) turun dari dirinya dengan membawa sifat-sifat tersebut. Maka tidak ada yang boleh disalahkan selain dirinya sendiri.”


Hakikat yang terpaksa kita terima ,bahawa anak yang soleh hanya lahir dari ibu bapa dan keturunan yang soleh. Ini sebuah kaedah umum yang selalu terjadi, kecuali Allah berkehendak lain lalu mentakdirkan seorang anak soleh lahir dari kedua orang tua yang fasik. Meski hal itu tidak mustahil, tapi ianya sangat sedikit dibandingkan kaedah umum yang disebutkan tadi.


Mungkin itulah sebabnya agama kita sering berpesan agar kita berhati-hati memilih pasangan, dan menganjurkan agar kita menjadikan agama sebagai kriteria utama. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, “Dan janganlah kamu menikahi wanita-wanita musyrik sebelum mereka beriman. Sesungguhnya hamba wanita yang mukmin lebih baik daripada wanita musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Dan janganlah kamu menikahi orang musyrik (dengan wanita-wanita mukmin) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya hamba yang mukmin lebih baik daripada orang musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Mereka ( orang-orang musyrik ) itu mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke syurga dan ampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran.” (Surah al-Baqarah 2: 221)



Hadis-hadis yang mendukung hal ini pun sangat banyak. Imam al-Hakim meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud, “Pilih-pilihlah untuk sperma (mani) kalian.”  Begitu juga sebuah hadis yang sangat terkenal riwayat al-Bukhari dan Muslim bahawa Baginda s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Seorang wanita (biasanya) dinikahi kerana empat perkara, kecantikannya, keturunannya, hartanya dan keagamaannya. Maka dapatkanlah perempuan yang memiliki keagamaan (yang baik), berdebulah tanganmu.”


Imam al-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim berkata, “Makna yang benar untuk hadis ini bahawa Nabi s.a.w. memberitakan tentang kebiasaan masyarakat pada saat itu yang menginginkan empat sifat ini (ketika mencari isteri), dan meletakkan agama di tempat terakhir. Maka dapatkanlah, wahai orang yang meminta nasihat, isteri yang berpegang teguh kepada agama.”



Al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari berkata, “Makna hadis ini, sepatutnya bagi orang yang beragama dan bermaruah menjadikan sifat soleh itu sebagai fokus pandangannya dalam segala sesuatu, terutamanya (ketika memilih) orang yang akan berdampingan lama dengannya.”




Para ulama berbeza pendapat tentang makna “berdebulah tanganmu”. Sebahagian mengatakan bahawa kalimat ini sekadar ucapan yang biasa dilontarkan orang Arab tanpa mengandung makna apa-apa di dalamnya. Dan sebahagian yang lain mentafsirkannya dengan “kefakiran”, ertinya engkau akan mendapat kefakiran jika tidak melaksanakan anjuran ini.


Kesolehan Ibubapa


Apabila kedua-dua ibu bapa telah menjadi hamba Allah yang sempurna, maka kesan daripada hal itu dapat dilihat pada diri keturunannya. Kesan itu bahkan boleh terus terlihat meskipun mereka telah lama meninggal dunia. Imam Abu Bakar Muhammad bin Ja’far al-Kharai’thi (w. 327 H) meriwayatkan dalam kitab Makarim al-Akhlaq dari Ibn Abbas, “Sesungguhnya kebaikan (yang dilakukan seseorang) akan dibalas hingga ke anak cucunya.”



Al-Hafiz Abu Nu’aim dan al-Khatib al-Baghdadi meriwayatkan daripada imam tabiin ahli tafsir di Makkah yang bernama Mujahid bin Jabr (w. 103 H), “Sesungguhnya Allah s.w.t. memperbaiki anak cucu seseorang kerana kesolehan dirinya.” Ucapan serupa diriwayatkan oleh Ibn al-Mubarak dalam kitab al-Zuhd wa al-Raqa’iq dari Muhammad bin al-Munkadir (w. 130 H), seorang ulama tabiin di Madinah.



Makna ini bahkan dapat ditemukan dukungannya daripada al-Quran, iaitu ketika hamba yang soleh (Nabi Khidr) membangunkan rumah milik dua orang anak yatim yang hampir roboh. Apabila Nabi Musa bertanya mengapa ia melakukan perbuatan itu, ia menjawab, “Ayah keduanya adalah seorang yang soleh.” (Surah al-Kahf 18: 82). Imam ahli tafsir terkenal berasal dari Andalusia, Abu Abdillah al-Qurtubi (w. 671 H) berkata dalam tafsirnya al-Jami’ li Ahkam al-Quran 11/27, “Ini menunjukkan bahawa Allah s.w.t. menjaga diri orang yang soleh, juga menjaga anak keturunannya meskipun jauh.”


Tidak ada penjagaan yang lebih diharapkan orang tua yang soleh selain agar Allah menjaga anak-anaknya daripada perbuatan maksiat yang akan mengundang murka Allah di dunia dan akhirat.


Mendidik Anak


Kesolehan ibu bapa memang modal utama yang mesti dipenuhi, tapi bukan bererti hal itu sudah mencukupi untuk membentuk anak soleh. Pendidikan juga sangat penting dalam menentukan akhlak dan personaliti anak. Dan antara kekeliruan yang berlaku jika kita menyangka bahawa pendidikan anak hanya akan dimulakan ketika ia mencapai usia sekolah.Pendidikan sewajarrnya mesti dimulai jauh sebelum ia diciptakan.


Pertama sekali, ibu bapa yang menginginkan anak soleh harus menerapkan semua adab-adab bersetubuh sebagaimana yang diajarkan Rasulullah s.a.w. dan disebutkan para ulama di dalam buku-buku mereka. Salah satunya saya nukilkan di sini ucapan Imam Abdul Wahab al-Sya’rani (w. 973 H). Dalam kitab Lathaif al-Minan wal Akhlaq, ia menulis, “Aku sangat menyayangi keturunanku sebelum mereka dilahirkan. Yakni dengan cara aku tidak pernah menyentuh ibu mereka sambil lalai mengingat Allah, atau sambil menyimpan sifat marah, serakah dengan dunia, dengki ataupun ujub.”


 
Selanjutnya, jika Allah menentukan tercipta anak dari hubungan tersebut, maka ibu bapa harus menjaga perkembangan spiritual anaknya dengan menyediakan persekitaran yang islami. “Aku selalu memelihara perjanjian yang Allah ambil daripadaku ketika aku berada di alam arwah. Dan aku menjaga anakku sejak waktu tersebut hingga Allah mengeluarkannya ke alam dunia.”
Imam Sahl bin Abdillah al-Tustari berkata,


Tugas mendidik anak semakin bertambah berat setelah anak itu lahir, membesar dan mempunyai keperibadiannya sendiri. Pada saat ini, orang tua harus telah membiasakan anaknya dengan aktiviti tertentu yang akan membentuk jiwa anaknya sesuai dengan apa yang mereka harapkan.


Imam Abu Abdillah al-Dzahabi dalam Siar ʼAlam al-Nubala dari ‘Urwah bin al-Zubair bercerita bahawa ayahnya (al-Zubair bin Awwam seorang sahabat Nabi yang gagah berani) meletakkan anaknya, Abdullah bin al-Zubair yang masih berusia 10 tahun, di atas seekor kuda pada perang Yarmuk lalu mengamanahkannya kepada seseorang untuk mengawasinya. Ia melakukan hal itu untuk mengajarkan kepada anaknya erti keberanian dan keperwiraan. Mungkin kerana itu, Abdullah bin al-Zubair kemudian terkenal sebagai seorang panglima yang gagah berani.


Imam Ibrahim bin Adham berkata, “Ayahku selalu berkata kepadaku, ‘Wahai anakku, pelajarilah hadis. Setiap kali engkau menghafal sebuah hadis, aku akan memberi keapadamu satu dirham. Aku lalu menghafal hadis kerana itu.’” Hingga saat ini, nama Ibrahim bin Adham masih dikenal sebagai ulama yang banyak menyumbang untuk kemajuan ilmu-ilmu keislaman.


Itu juga yang dilakukan Imam Abu Abdillah al-Syafiʻi. Al-Hafiz Abu Nuʻaim dalam Hilyat al-Awlia meriwayatkan bahawa Imam al-Syafiʻi sering melontarkan soalan-soalan fiqah kepada anaknya yang bernama Abu Usman dan muridnya Abu Bakar al-Humaidi sambil berkata, “Siapa dia antara kalian yang dapat menjawabnya, maka aku akan memberinya satu dirham.”


Perhatian Imam Ahmad kepada pendidikan anaknya tidak kurang dari itu. Imam Ibn al-Jauzi dalam kitab Manaqib al-Imam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan dari Saleh bin Ahmad bin Hanbal, “Ayahku (Imam Ahmad) selalu memanggilku setiap kali ada seorang zahid datang bertamu agar aku melihatnya. Ia ingin agar aku menjadi sepertinya.”


Doa Nabi Ibrahim


Satu lagi yang terpenting, ibu bapa dituntut untuk semakin mendekatkan dirinya kepada Allah s.w.t. dan tidak henti-henti meminta penjagaan untuk anaknya. Pemimpin ulama tabiin di Madinah, Said bin al-Musayyab pernah berkata, “Sering kali apabila aku melakukan solat, aku teringat kepada anakku. Lantas aku menambahkan solatku kerananya.”


Membiasakan diri dengan mendoakan anak pada saat-saat mustajab adalah sikap terpuji yang mempunyai sandaran kuat daripada Nabi Ibrahim a.s. Setiap kali kita membaca doa-doa Nabi Ibrahim dari al-Quran, kita akan melihat beliau selalu menyertakan anak-anak keturunannya dalam setiap doa yang ia panjatkan kepada Allah s.w.t. Akhirnya, Allah mengabulkan doanya dengan mengeluarkan seorang rasul terbesar di antara anak-anak keturunannya sebagai penutup semua nabi dan rasul.


Imam Ahmad dalam Musnad-nya meriwayatkan daripada Abu Umamah al-Bahili, ia berkata, “Wahai Nabi Allah, beritahukanlah tentang awal kejadian Nabi.” Baginda menjawab yang bermaksud, “(Awal kejadianku adalah) doa bapaku Ibrahim, khabar gembira Isa, dan ibuku pernah bermimpi bahawa sebuah cahaya keluar daripada tubuhnya lalu menerangi istana-istana Syam.” 




p/s:DIPETIK DARI MAKALAH US UMAR M NOR, MAJALAH SOLUSI EDISI KE 12 
-Actually saje je nk share artikel ni..tiada kene mengena dgn Tuan Rumah blog ni..hehehe..just suke sbb artikel ni menarik dan bgs utk dijadikn panduan..
- lagi pun kalo xsmpai 'seru' pn xsalah untuk kumpul ilmu kn...*PENTING NIE!!!*



...wallahu'alam... 


Sunday, January 10, 2010

Alhamdulillah~~


بسم الله الرحمن الرحيم  

 

TERRKINI: Pasukan bantuan Malaysia ke Gaza selamat kembali

"Kami bertegas tidak akan pulang selagi tidak dan sehinggalah kami memasuki Gaza dan menyampaikan bantuan kepada (penduduk) di Gaza. Kami telah melakukannya,” katanya. - Bernama