...Words From God~O Allah, The Lord~...

"Closer and closer to mankind comes their Reckoning: yet they heed not and they turn away."

"Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.." (Al-Anbiyaa':1)

AWAS! Anda berada di zon::Alangkah Indahnya Hidup Ini::

::SELAMAT DATANG:::WELCOME:::

Salam sejahtera, salam singgah, salam melawat, salam menjengok, dan semua salamlah saya ucapan kepada pengunjung rumah saya ni teratak; Alangkah Indahnya Hidup Ini...

Saya sangat berbesar hati sekiranya anda dapat meluangkan masa untuk membaca perkongsian saya di dalam blog ini. Saya juga mengalu-alukan anda untuk 'copy' atau ambil apa sahaja yang ada di teratak saya ini yang memberi manfaat kepada anda. Namun saya mengharapkan jasa baik anda untuk melampirkan link 'Alangkah Indahnya Hidup Ini' sebagai rujukannya. Ini kerana sebarang artikel yang saya hasilkan sendiri pasti menjadi tanggungjawab saya kepada ALLAH. ^_^

~Moga ' Alangkah Indahnya Hidup Ini' sentiasa menjadi inspirasi anda~
~Moga segala kandungannya dapat memberi manfaat kepada semua~
~Moga dengan 'Alangkah Indahnya Hidup Ini' menjadikan kita sama-sama beroleh rahmat dan hidayah Allah S.W.T..aminnn~

Sekian Terima Kasih.

Sunday, November 21, 2010

**Kekasih Halal (2)**

 بسم الله الرحمن الرحيم



Dulu saye pernah menulis entry kekasih halal..
dalam entry tu ada saye senaraikan beberapa kriteria 'kekasih halal'...(yang sebenarnya bukan utk saye)...tapi sepatutnya itulah kriteria secara general bagi seseorang perempuan (khususnya) bila nak memilih kekasih-halal mereka... entry kali ni pula adalah antara perwatakan@sifat kekasih-halal yang secara spesifiknya saye sendiri pun memang dalam proses mencari..hiihi

dari entry kekasih halal yang lalu:~ handsome aqidah dan akhlaknya~

  • yang subuhnya senang digerak, senang juge dibangunkan diri
  • yang bila ada bersama, pasti 27kali ganda pahala solatnya..
  • yang boleh menjadi teman beral-ma'thurat
  • yang nanti dhuha kita tak berseorangan lagi
  • yang boleh mengajak dan diajak berqiam bersama..
  • yang bile di depan kuali, dia membancuh air
  • yang bile menghidangkan makanan, dia pula sediakan pinggan di meja
  • yang boleh bersama ringankan tangan membasuh, menjemur, melipat kain.
  • yang ada 'common sense' bile sampah dah penuh nak kena pergi buang
  • yang boleh menolak troli di pasaraya
  • yang  juge berjaga malam bila anak menangis nak susu dan tukar diaper..
  • yang boleh menjadi perunding imej kita...(yang memastikan pakaian kita mengikut syariat!)
  • yang tak kisah bile diajak mencuci longkang, membersih sawang di rumah mak ayah kita
  • yang akan join sama-sama mengurut kaki mak dan abah kita
  • yang bersama-sama mengencangkan dakwah dan mengimarahkan masjid/surau

dan it goes the same to him...kitalah yang perlu ~gorgeous aqidah dan akhlaknya~

  • yang tangan ini, dialah lelaki ajnabi pertama yang memegangnya
  • yang segala kecantikan diri hanya untuk dipertontonkan kepada dia...
  • yang akan dijaga sebaik mungkin kehormatan diri dan hartanya bile dia outstation
  • yang subuhnya kita senang terjaga
  • yang sentiasa bila solat, kitalah makmumnya..
  • yang boleh menjadi teman dia beral-ma'thurat
  • yang nanti dhuha dia tak berseorangan lagi
  • yang boleh mengajak dan diajak berqiam bersama..
  • yang akan dididik anaknya dengan didikan yang terbaik
  • yang akan disuapkan buah, bila dia letih memandu
  • yang memasak...(walaupun simple) dengan penuh kasih sayang untuk dia
  • yang menjadi perunding imej, perapi tie dan yang me'mix n match'kan pakaian dia...
  • yang tak kisah nak membersihkan rumah mak dia
  • yang akan join sama-sama mengurut kaki mak dan abah dia
  • yang bersama-sama mengencangkan dakwah dan mengimarahkan masjid/surau




p/s: so, kepada sesiapa yang ~ handsome aqidah dan akhlaknya~ bolehla masuk meminang saye...hihhi...ooopss! sorry, saye dah berpunya...(kepunyaan Allah dan rasulNya, mak abah, dan agama yang saye cintai ini!)..(~__*)
p/s:sebenarnye entry ni dikeluarkan kerana insyaAllah ada kesinambungannya dengan entry akan datang... 'Anda Nakk 'Couple' (2)???' nantikan kemunculnnye ye..;)



“(lazimnya) perempuan-perempuan Yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki Yang jahat, dan lelaki-lelaki Yang jahat untuk perempuan-perempuan Yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) Yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan Yang mulia.” (An-Nur 24:26)

 JOM! Searching for 'kekasih _halal' yang ~handsome/gorgeous aqidah & akhlaknya~




(:alangkah indahnya hidup ini>>>bile dapat 'kekasih halal' dalam redha ALLAH !:)


 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...

5 comments:

  1. aduhaii athe!!!kalo ada yg mcm ni pon aku sanggup kalo ada org masuk minang..tolak tepi la prinsip aku.hahaha.serius *_*

    ReplyDelete
  2. amboi ainie laju je..
    sape yg xmau kalo camtu.hehe

    ReplyDelete
  3. ainie & meq: hehhe...comel betulllah korang berdua ni...;)insyaAllah...akan jumpa Kekasih_Halal masing2! aaaaminnn!! doakanlah doa yang baik, kite kene jadi baik, insyaAllah dapat yang baik! ^___^

    ReplyDelete
  4. boleh beri alamat web kalu nak beli secara onlline?????

    ReplyDelete
  5. try tgk kt cni..;)
    http://www.kedai-buku.com/kedai-buku/details/2833/62/novel-umum/telaga-biru/tb-cinta-ain-naqilah.html

    ReplyDelete