بسم الله الرحمن الرحيم
Baru-baru ini...saya dan kawan-kawan berada dalam kehangatan mendapat result...dan sangat gembira kerana 'berduyun-duyun' dapat deanlist...tapi...yang sedihnya...saya tak termasuk pun dalam golongan yang berduyun-duyun itu..frust juga...xpela..sikit lagi nak dapat tu.....cuba untuk sem ni pula, insyaAllah, amin~~;)
"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorg melainkan (balasan) apa yang diusahakannya..."(53:39)
Dan saya tetap bersyukur Alhamdulillah...walaupun tak dapat deanlist tapi result previous sem tu naik dan CGPA pun maintain 3..Alhamdulillah... dan saya menerima seadanya result ni..kerana telah bermuhasabah diri... (sama macam entry yg ini: Post-mortem ble da dpt result...) usaha masih tak cukup lagi...jadi untuk sem depan kenalah berganda-ganda lagi usaha saya untuk dapatkan yang lebih baik dari result sekarang.. cara menghafal pun harus diperbaiki dan dipertingkatkan lagi.. (al-maklumlah orang macam saya ni tak suka sangat nak menghafal ayat buku tu..somehow kena belajar dari kesilapan..learn from mistake dan tak boleh ulanginya lagi, jadi kenalah ambil pengajaran...remember: orang beriman, tidak melakukan kesilapan yang lama berulang kali~~)
Bila sesuatu perkara berlaku kepada saya...saya lebih suka melihat kepada hikmahnya...jadi saya pun nak ajak anda begitu... berbalik pada result saya ni kan.. katakanlah Allah beri saya rezeki dan dapat deanlist sedangkan saya ni 'tak study sangat' or banyak 'main dan tido aje'...huhu bimbang juga mungkin terbit perasaan yang macam gini: Aku yang tak berapa study pun dapat deanlist...jadi Allah lebih tahu yang terbaik untuk saya maka saya tahu yang usaha saya tu belum cukup kuat lagi untuk menjadi asbab untuk dapat deanlist...
Bila kita kenal Allah dan mengharapkan persandaran hanya padaNya, kita akan menerima segala sesuau yang ditakdirkan untuk kita dengan berlapang dada. orang yang dihatinya bersama Allah... baik ke, buruk ke dia tetap akan bersederhana...
Bila mendapat musibah dan ujian... dia berbaik sangka dengan Allah..tahu itu adalah tarbiyah (didikan) Allah untuknya..untuk menguji sejauh dan setakat mana kesabaran, muhasahabah hambaNya.. dan Bila diberikan kejayaan.. dia bersyukur tetapi tidaklah merasakan kejayaan itu hak miliknya yang mutlak.. jangan kejayaan itu menjadikannya isti'raj (bimbang nikmat yang dikurniakan Allah, menjadikan kita lalai..)
"Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah dia (dengan sombongnya): Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah dia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu)."(39:49)
Buat saya dan anda yang membaca,
jadilah kita MUSLIM yang belajar BUKAN pelajar MUSLIM! ada beza ke kn??
urmm..banyak bezanya...
pelajar muslim hanya semata-mata kerana dia tengah belajar dan agama dia islam..
tapi kalau MUSLIM yang belajar...belajarnya kerana ALLAH...
- studynya success...tapi solat still awal waktu, tak dilengah-lengahkn..
- stay up, stay up jugak...qiyam dilazimi, subuh tak lajak. (i hate myself the most whenever i've stayed up to study but then..my Subuh is almost 7. astaghfirullah! kelemahan yang masih perlu diperbaiki..;'(( Oh Allah, ampuni kelalaian aku yang satu ini..)
- berkawan..kawan juga..tapi berkawan dia kerana ukhuwah & membwa kebaikan kepada teman..
- mase mudanya ini dihiasi dengan taubat, bakti, dan akhlak mulia.. (tak sibuk nak 'couple-couple' or such things yang tak berfaedah dan lagho..)
- sukannya untuk kesihatan, moga dimudahkn ibadah dan menjaga 'dressing code' sukan yg syariat tetapkan..
- sibuk, sibuk juga dengan assignment, lab report, ulangkaji, dan nota...tapi masih dapat memberikan hak pada Quran untuk tidak meninggalkannya walaupun sehari..
Ada pro dan kontra nya...
Kalau tak baca quran hari-hari pun, solat ada jugak tinggal, 'dating' pun ada jugak.. dan bila studi sungguh-sungguh pun... memang Allah akan bagi result yang bagus..sebab Allah tu Ar-Rahman.. tapi sayanglah kita, tak dapat Ar-Rahim Allah. yang mana dua sifat Allah yang sangat berkait rapat bahkan permulaan surah juga dengan dua sifat Allah yang agung itu..kalau yang begini..rugilah kita... kita sama aja macam Ah Chong atau Mutu yang dapat result bagus-bagus tu...
Pastu pula yang...solatnya tak tinggal, baca quran hari-hari...tapi bila waktu ambil result, keputusannya takla bagus pun...urmm.. memang Allah nak uji...tapi kita kena muhasabah diri.. solat,quran memang hak Allah.. tapi sunnatullahnya.. nak ilmu, nak pengetahuan kenalah studi juga...solat, baca quran tapi langsung tak study tak bolehla cam gitu kan...ada juga study tapi result still biasa2 aja.... itu maknanya usaha tak cukup kuat lagi...
Maka..
Marilah muhasabah diri...kita nak kejayaan yang bagaimana...
Berjaya atas slip result, tapi hak Allah fault...(walaupun orang puji itu-ini...)
Sukses dengan hak Allah tapi kat slip result fault juga...(ini tak boleh, fitnah pada Islam nanti)
Yang sebaik-baiknya... JOM kita jaga hak Allah tu yang utama dan jaga juga Sunnatullah yang sepatutnya.. itulah orang yang berjaya... iaitu MUSLIM yang BELAJAR kerana ALLAH!!^__^
(:alangkah indahnya hidup ini>>>bile berbaik sangka dengan Allah s.w.t:)
~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...