بسم الله الرحمن الرحيم
"Din Beramboi dikebumikan sebelum solat Jumaat"
Pagi ini saye online di FB agak terkejut saye membace beberapa status kwn2 ttg pemergian Allahyarham Din Beramboi...*innalillahi wainnailaihirajiun* mmg sudah diketahui beliau berada dlm keadaan kritikal disebabkan demam denggi berdarah..sebelum ni ade juga mendengar di radio supaya mendoakan kesembuhannya..sebagai seorg yg ade juga belajar tentang perubatan..apabila dikatakan demam denggi berdarah yg kritikal dan telah merosak organ dalaman...saye berpendapat memang peluang utk Allahyarham kembali sembuh adalah sgt tipis..tetapi saye ade menulis komen di status kwn2 seblm ni...saye mendoakn agar Allah kembalikan kesihatan itu padanya supaya dia sedar hidup ini hanya sementara~~
Namun perancangn Allah s.w.t mendahului kita..DIA pemilik manusia..berhak mengambil nyawa dan jasad kite bila2 masa...
saye pernah menulis entry di kala ini selepas permegian Yasmin Ahmad dan Ustaz Asri..kini saye suka sekali lagi mengingatkn diri saye dan anda semua ttg peringatan2 yg Allah dah bagi dekat kita semua melalui kalamNya...
******
" Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan." (21:35)
"(Diperintahkan demikian) supaya jangan seseorang (menyesal dengan) berkata: Sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku terhadap Allah serta aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan (agama Allah dan penganut-penganutnya)!"(39:56)
"(Tiap-tiap balasan berdasarkan kaedah): Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang berbuat kejahatan, maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu."(45:15)
"Sesungguhnya orang-orang yang berdosa berada dalam keadaan sesat (di dunia), dan (di akhirat pula mereka berada dalam) api Neraka."(54:47)
"Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)." (91:9-10)
".....tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya." (52:21)
"Sesiapa yang mengerjakan amal soleh maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya."(41:46)

*****
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! - Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! (89:27-30)
~Hidup Hanya Sementara~
hayatilah lirik lagu ini..marilah kita menginsafi diri sejauh mana kita telah mentaati perintah Allah dan menjauhi laranganNya...renung2kn dn slmat beramal!
Mungkinkah kita hidup untuk selamanya
Mungkinkah kita mati membawa harta
Mungkinkah kita menjadi penghuni sorga
Ataukah kita kekal di dalam neraka
Hidup kita bukan akhir dari semua
Hidup kita bukanlah segalanya
Siapkah kita saat ajal menjemput kita
Siapkah kita menghadap kepadaNya
Bergegaslah siapkanlah semua
waktu kita tinggal sebentar saja
Bergegaslah perbanyak amal ibadah
Hidup di dunia ini hanya sementara
Ketahuilah... selama kita hidup di dunia
Kerjakan segala perintahNya, jauhi laranganNya
Pahamilah... malaikat tlah datang menjemput kita
Takkan ada lagi kesempatan untuk mengucap kata taubat
~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~