بسم الله الرحمن الرحيم
r.e.f.l.e.k.s.i
Hari tu saye meronda-ronda sekitar blog-blog yang dihubungkan dengan blog saye ni.. Menyinggah di salah satu blog di 'bawah payung rabitah' memberi refleksi yang begitu terkesan di hati saye. Tambah pula sebelum itu, jalan-jalan di 'MukaBuku' terjumpa pula satu 'note' (dari 'MukaBuku' siapa entahlah, saye pun dah tak ingat) tapi dalam note itu tersenarai pesan Saidina Umar Al-Khattab...
Suatu hari Umar Bin Khattab r.a. berkata kepada sebahagian sahabatnya ;- Aku berwasiat kepadamu enam perkara :
1) Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.
2) Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.
3) Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.
4) Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.
5) Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.
6) Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.
Dan hati tiba-tiba terasa sangat terkesan. Refleksi diri: yang belum melakukan yang terbaik dan menjadi baik dalam pandangan Allah. Masih tak layak rasanya..T__T
Kelemahan saye sebagai manusia, yang saye meminta dengan sangat dari Allah; bantulah aku, perbaikilah akhlakku! Moga Allah buang yang lagho dan yang buruk dari percakapan saye... Oh, masih cuba mendidik diri menjadi yang terbaik dalam pandangan Allah. Sedar, terkadang salah langkahnya, sumbang tarinya. Oh Allah, ampunkanlah maafkanlah.
Allah itu juga memberi hidayah dengan cara pelbagai. Mungkin 'refleksi' yang saye lalui ini salah satu darinya. Hanya yang sebenarnya sekadar 'ter'ronda dan 'ter'jalan-jalan di blog orang, tapi manfaat dikongsi bersama buat orang yang berfikir. Maka, hasilnya: 'refleksi' pada diri sendiri....
Ada orang, hidayah yang Allah kurniakan menerusi 'refleksi' sungguh banyak, tapi tak diendah kerana tak 'ter'perasan... oh, jangan kita rugi...'refleksi' yang Allah bagi percuma gagal kita manfaatkan...
Contoh terdekat yang mungkin saye boleh bagi;
- Seorang yang tak tutup aurat, tapi kawan-kawan dan orang-orang disekeliling kebanyakkannya memakai tudung dan menutup aurat, tapi dia masih dengan 'diri'nya...(mungkin menggunakan alasan belum bersedia...belum dapat hidayah..) Oh kawan, belum dapat hidayah? Itu, tidak! kawan-kawan sekeliling anda adalah 'hidayah' yang mungkin anda tak endah kan..
- Kita tahu ada kawan-kawan yang mampu dan boleh membantu kita menjadi lebih baik, tapi kita tak dekati dia...(mungkin dengan harapan dia yang akan mendekati kita...) Oh kawan, jangan menunggu dia dekati kita! Rugi kita. Kita yang memerlukan Allah, Allah bukan perlukan kita...Strike for that! Dekati orang yang boleh membawa anda dekat dengan Allah! ;)
Obat Hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah
Ini contoh saja...sebaliknya ia juge menjadi refleksi kepada diri saye sendiri...
versi update(5:50am):
"Hati Kita Hati Orang" link ini dikongsikan oleh housemate saye di MukaBukunya...tetapi saye hanya membacanya setelah mengepos entry ini ke layar blog...dan ia menambahkan lagi terkesannya refleksi dalam hati saye...terkesan! sangat-sangat! So, feel free to read. Rasalah seperti yang saye rasa...
"Alhamdulillah, baru-baru ini saya berpeluang mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran dalam sebuah majlis. Bacaan dan terjemahan surah Al-Hujraat, benar-benar berkesan di hati kerana ia memperingatkan saya mengenai pelbagai polemik, konflik, krisis dan kritik yang sudah menjelma menjadi kata mengata, senda mempersenda, maki hamun malah fitnah memfitnah sesama kita. Surah ini seharusnya menjadi renungan pelbagai pihak di kalangan orang politik, orang persatuan, orang surau, malah orang di pejabat-pejabat.
Renungkanlah di antara peringatan daripada ALLAH dalam surah ini:
Ayat 6: Pentingnya Menyelidik Sesuatu Berita, Cerita & Gosip
WAHAI orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
Ayat 10: Mendamaikan Pihak Yang Bersengketa, Bukan Mengapi-Apikan
SEBENARNYA orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
Ayat 11:Larangan Meninggi Diri Dan Mengata Orang Lain
WAHAI orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
Ayat 12:Larangan Berprasangka Dan Mencari Salah Orang
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
Ayat 13: Allah Memandang Ketakwaaan, Bukan Keturunan
WAHAI umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (13)
SESUNGGUHNYA pertelingkahan dan pergeseran yang terjadi berpunca kerana kegagalan masing-masing menjaga hati. Perasan yang hati masing-masing masih putih bersih. Kerana itu berani dan konfiden melakukan apa sahaja dosa tanpa menyedari hati sudah mula dipenuhi titik-titik noda.
Hadis Rasulullah:
"Sesungguhnya dalam jasad manusia itu ada seketul daging, jika baik daging itu itu maka baiklah keseluruhan jasad dan jika buruk, maka buruklah jasad keseluruhannya, ingatlah bahawa daging itulah hati".
Bila hati sendiri tidak terjaga, bagaimana hendak menjaga hati orang lain?"
-by NORDEN MOHAMED-
Harap Taubat dari Opick ini dapat menenangkan sedikit resah hati yang mengharapkan keredhaanNya ini..
wahai tuhan jauh sudah
lelah kaki melangkah
aku hilang tanpa arah
rindu hati sinarmu
wahai tuhan aku lemah
hilang terumur noda
hapuskanlah terangilah
jiwa di hitam jalanku
ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang maha pengampun dosa
Ya robbi, ijinkanlah
aku kembali padamu
meski mungkin takkan sempurna
aku sebagai hambamu
ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang maha pengampun dosa
berilkanlah aku
kesempaatn waktu
aku ingin kembali
kembali...
dan meski aku tak layak
sujud padamu
dan sungguh tak layak
aku...
powered by lirik lagu indonesia
Oh! Dah nak tinggalkan 2010.Jom refleksi diri, apa yang telah kita lakukan tahun ini...
~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...
...wallahu'alam...