...Words From God~O Allah, The Lord~...

"Closer and closer to mankind comes their Reckoning: yet they heed not and they turn away."

"Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.." (Al-Anbiyaa':1)

AWAS! Anda berada di zon::Alangkah Indahnya Hidup Ini::

::SELAMAT DATANG:::WELCOME:::

Salam sejahtera, salam singgah, salam melawat, salam menjengok, dan semua salamlah saya ucapan kepada pengunjung rumah saya ni teratak; Alangkah Indahnya Hidup Ini...

Saya sangat berbesar hati sekiranya anda dapat meluangkan masa untuk membaca perkongsian saya di dalam blog ini. Saya juga mengalu-alukan anda untuk 'copy' atau ambil apa sahaja yang ada di teratak saya ini yang memberi manfaat kepada anda. Namun saya mengharapkan jasa baik anda untuk melampirkan link 'Alangkah Indahnya Hidup Ini' sebagai rujukannya. Ini kerana sebarang artikel yang saya hasilkan sendiri pasti menjadi tanggungjawab saya kepada ALLAH. ^_^

~Moga ' Alangkah Indahnya Hidup Ini' sentiasa menjadi inspirasi anda~
~Moga segala kandungannya dapat memberi manfaat kepada semua~
~Moga dengan 'Alangkah Indahnya Hidup Ini' menjadikan kita sama-sama beroleh rahmat dan hidayah Allah S.W.T..aminnn~

Sekian Terima Kasih.

Friday, May 22, 2009

Sinopsis...Cinta Ain Naqilah (CAN)...

Rase cm nk pos entry br tp xde idea...
then one of my friend request for the synopsis of the novel...

so..

Here it goes...

~~~Cinta Ain Naqilah~~~
Cintanya penuh dengan keindahan, kehalusan, kesucian, dan keanggunan yang bukan mudah untuk dimiliki.

Kesetiaannya selama ini tidak pernah dihargai seorang lelaki yang bergelar tunangan. Fariz curang padanya. Sudahlah perasaan Ain Naqilah tidak dipedulikan malah Fariz sama sekali tidak pernah mahu berterus-terang dengannya.
Julia Anis meleraikan segalanya. Dia datang bagai menyerah diri kepada Ain Naqilah. Kecewanya Ain Naqilah hanya tuhan yang tahu. Baru sedar yang cinta Fariz bukan lagi untuk dirinya. Perasaan Ain Naqilah terguris.
Ain Naqilah tidak mahu silap membuat perhitungan lagi. Biarlah Fariz dengan hidupnya sendiri. Dia bukan wanita lemah yang akan merana kerana cinta. Keputusan dibuatnya demi kebaikan dirinya sendiri dan juga Fariz. Walaupun dia mungkin tidak mendendami Fariz tapi satu yang pasti mereka tidak mungkin akan kembali bersama.
Setelah persetujuan dicapai, hati Fariz mula bergolak. Seakan menyesal mengecewakan Ain Naqilah. Fariz mahu mengutip kembali sisa kenangan ketika mereka bersama. Namun Fariz terpaksa akur. Ain Naqilah tidak mungkin lagi menjadi miliknya. Fariz belajar menerima takdir itu. Fokusnya beralih pada Julia Anis. Namun Julia Anis pula yang seperti tidak tegar bersamanya kerana merasa bersalah pada Ain Naqilah.
Apabila kesetiaannya tidak dihargai, ke manakah Ain Naqilah mahu membawa cintanya. Adakah menutup ruang hatinya buat seketika atau pun kehadiran Azri berjaya meyakinkan Ain Naqilah bahawa cinta akan menemaninya ke suatu destinasi yang indah?
Apakah kesudahannya..Cinta Ain Naqilah merungkai segalanya.


Penulis berkata-kata:

"walaupun sinopsis mungkin nmpak mcm same dgn sinopsis 'novel-novel cinta' yg len kalo anda pernah baca..tp xkenal maka xcinta kn..so anda kenalah beli dan bace keseluruhan novel baru tau isi dia..InsyaAllah, sekiranya anda membaca CAN ini anda bukan sahaja dpt baca sebuah cerita rekaan sebaliknya ia merangkumi motivasi, tafsir, doa, adab pergaulan dalam hidup, panduan memilih pasangan hidup, persahabatan dan beberapa elemen lagi yang insyaAllah sangat bermnfaat untuk anda.."


Selamat membeli, membaca, mengomen, dan mengimplimen perkara-perkara baik yg didapti daripada novel ini dalam kehidupan kte.

Segala yang baik itu datang dari Allah...dan yang xbrape nk baik itu juga dari Allah tetapi berlandaskn diri saya yang lemah ini..

16 comments:

  1. atheeeeeeee! teringin sangat nak baca novel ni. dekat kedai2 buku dah keluar ke rasanya? nak beli. lagi satu, tahniah tahniah sbb keluarkan buku! kagum2.

    ReplyDelete
  2. patennnnnnnnnn!!!ha..pe lagik carilah kat mph ke..da ade da kt pasaran sekarg..uhhhuuhuhu
    silalah bace then nt jgn lupe drop komen kat cni yer..tQ.:)

    ReplyDelete
  3. athe!!!!
    aku nak jugak..huhuh
    tape2..stok bnyak lagi kan
    ini buku wajib beli nih..hahaha

    ReplyDelete
  4. awe!!insyaAllah..pokoknye...kamo pulang msia dlu dong...huuhuhuh.:)

    ReplyDelete
  5. salam...
    nak beli ar nnti...
    insyaAllah...
    jln cter cam bes...
    hehe3...

    ReplyDelete
  6. wassalam.
    sila2..
    insyaAllah byk mnfaatnye...;)
    da abis bace bolela drop komen kt cni yer..tq.^_^

    ReplyDelete
  7. ni kluaran pe ek???

    ReplyDelete
  8. ni keluaran telaga biru...dapatkan di kedai2 buku yer~;)

    ReplyDelete
  9. athirah...humaira da baca..besh2...sangat suka..nak juga cinta mcm ni..payah kan nk jumpa 1 dalam seribu? tak pe..humaira yakin yang Allah beri tu yang terbaik untuk kita kan?? hee...besh..nti kalo tulis lagi..gtahu tau..:) nak beli lagik..support u...keep it up!!..salam ramadhan juga ya..

    ReplyDelete
  10. humaira...
    insyaAllah, tq for your support...
    doakan...skrg tgh ondwy 2nd nvl..^__^
    moga manfaat dari CAN dpt dikongsi bersma..

    ReplyDelete
  11. saya baru je hbs bc novel ni..novel ni betul2 mengajar kita tntg ketentuan tuhan..kita hnya mampu merancang tuhan yg menentukan..sy suka watak ain naqilah..ketabahan dia..

    ReplyDelete
  12. cik MAIZATUL:
    Alhamdulillah. terima kasih kerana membaca CAN.
    moga manfaatnya dpt dikongsi bersma...
    keep spreading good words..^__^

    ReplyDelete
  13. ini yang dulu ada preview kat radio ikimfm ke... penulisnya pelajar MSU..

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye...sayalah orangnya...:)
      dapat baca ke novel Cinta Ain Naqilah ni?

      Delete
  14. sy t'ingin nk bce novel nie..tp sy cri kt kdai bku,sume xde..novel nie sdah tiada di psaran ke?..hrap2 ade la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurmm...ramai juga cakap macam tu...mungkin buku CAN dipasaran dah berkurang sbb da hampir 5thn diterbitkan.

      saudara/saudari Anonymous boleh hubungi pihak penerbit sendiri http://www.telagabiru.net.my/v2/ atau boleh membeli novel ini secara online di http://www.bukuonline2u.com/.

      semoga berjodoh dengan novel ini. :)

      Delete