"We first make our habits, and
then our habits make us."
- John Dryden-
::SELAMAT DATANG:::WELCOME:::
Salam sejahtera, salam singgah, salam melawat, salam menjengok, dan semua salamlah saya ucapan kepada pengunjung rumah saya ni teratak; Alangkah Indahnya Hidup Ini...
Saya sangat berbesar hati sekiranya anda dapat meluangkan masa untuk membaca perkongsian saya di dalam blog ini. Saya juga mengalu-alukan anda untuk 'copy' atau ambil apa sahaja yang ada di teratak saya ini yang memberi manfaat kepada anda. Namun saya mengharapkan jasa baik anda untuk melampirkan link 'Alangkah Indahnya Hidup Ini' sebagai rujukannya. Ini kerana sebarang artikel yang saya hasilkan sendiri pasti menjadi tanggungjawab saya kepada ALLAH. ^_^
~Moga ' Alangkah Indahnya Hidup Ini' sentiasa menjadi inspirasi anda~
~Moga segala kandungannya dapat memberi manfaat kepada semua~
~Moga dengan 'Alangkah Indahnya Hidup Ini' menjadikan kita sama-sama beroleh rahmat dan hidayah Allah S.W.T..aminnn~
Sekian Terima Kasih.
"Antara Muslim yang paling baik antara kamu adalah yang paling bnyak manfaatnya kepada orang lain.."
“ Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan.”(1:5)
“dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.”(2:186)
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir".(2:286)
“.... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (2:216)
“..dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa Yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang Yang tertinggi (mengatasi musuh Dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang Yang (sungguh-sungguh) beriman.”(3:139)
“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,(sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. kemudian apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh Yang lain),dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa Yang Engkau gemar dan ingini).” (94:5-8)