...Words From God~O Allah, The Lord~...

"Closer and closer to mankind comes their Reckoning: yet they heed not and they turn away."

"Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.." (Al-Anbiyaa':1)

AWAS! Anda berada di zon::Alangkah Indahnya Hidup Ini::

::SELAMAT DATANG:::WELCOME:::

Salam sejahtera, salam singgah, salam melawat, salam menjengok, dan semua salamlah saya ucapan kepada pengunjung rumah saya ni teratak; Alangkah Indahnya Hidup Ini...

Saya sangat berbesar hati sekiranya anda dapat meluangkan masa untuk membaca perkongsian saya di dalam blog ini. Saya juga mengalu-alukan anda untuk 'copy' atau ambil apa sahaja yang ada di teratak saya ini yang memberi manfaat kepada anda. Namun saya mengharapkan jasa baik anda untuk melampirkan link 'Alangkah Indahnya Hidup Ini' sebagai rujukannya. Ini kerana sebarang artikel yang saya hasilkan sendiri pasti menjadi tanggungjawab saya kepada ALLAH. ^_^

~Moga ' Alangkah Indahnya Hidup Ini' sentiasa menjadi inspirasi anda~
~Moga segala kandungannya dapat memberi manfaat kepada semua~
~Moga dengan 'Alangkah Indahnya Hidup Ini' menjadikan kita sama-sama beroleh rahmat dan hidayah Allah S.W.T..aminnn~

Sekian Terima Kasih.

Wednesday, November 11, 2009

Aku menulis bukan kerna nama...

بسم الله الرحمن الرحيم
~~Ilham dari Allah, menulis untuk berkongsi yang indah~~



To tell the truth…

Inilah antara perkara yang saya hadapi bila dah jadi penulis novel ni..

~~orang akan tanya macam mana boleh terbitnya novel tu..dan jawapannya yang sangatla pnjang..so kalau nak tau..read-up here guys….apa-apa pun..perjalanannya bukanlah senang..bukan ambil masa satu-dua hari. Memerlukan banyak usaha, keyakinan, PR yang baik, kesabaran, berdedikasi dan most of all.. kenalah selalu berdoa..

~~lepas tu ada yang beri komen…yang memang saya alu-alukan malah ada sesetengahnya memang yang minta feedback mereka..dan antara komen-komennya seperti yang dah saya pamerkan kat blog, sebelah side bar ni..

Tapi mungkin yang saya sempat nak letak kat situ nampak macam komen-komen yang memberangsangkan..dan nampak macam baek-baek aje kan..tapi to tell the truth meh saya beritau antara komen-komen lain yang saya terima….

“ novel ni buat tido bolela..”
“ konflik tak kuat sangatla…”

Ada lagila, macam-macam komen yang saya dapat…nway saya hargai semua komen tak kiralah berbau negative atau pun yang positif. Kedua-duanya bagi saya sama saja..komen-komen tu saya terima sebagai RnD yang akan menjadi semangat dan akan cuba saya perbaiki untuk novel-novel akan datang, insyaAllah. Terima kasih banyak kepada semua yang sudi bagi feedback. There’s the says yang kata: perkara yang paling mustahil untuk kita buat dalam dunia ni adalah untuk memuaskan hati semua orang..Then sebab tulah saya terima segala komen2 dengan hati terbuka..


These are the side yang saya terima daripada orang ramai..then mungkin mereka tak tahu apa tujuan saya menulis…macam ayat first saya kat atas tu.. ~~Ilham dari Allah, menulis untuk berkongsi yang indah~~ minat dalam bidang penulisan adalah antara fakta utama yang saya memang saya tak terfikir pun untuk nafikannya.. tapi di sebalik tu..ada beberapa fakta dan faktor utama yang lain yang sebenarnya membuatkan saya menghasilkan Cinta Ain Naqilah (CAN)..

-saya melihat novel CAN sebagai salah satu medium dakwah (yg kalo guna istilah ni..orang selalu pandang dengan pandangan yang menmpakannya adalah suatu unsur yang berat..) dengan itu secara peribadinya..saya lebih suka menjadikannya sbagai satu medium tarbiyah.. (mungkin ada yang tak familiar dengan istilah ni…) tak apalah saya permudahkan lagi untuk kefahaman semua..tarbiyah ni adalah suatu bentuk pendidikan...jadi saya suka menjadikan novel ni suatu medium utk mentarbiyyah masyarakat atau mendidik masyarakat.

-Melihat kepincangan yang melanda umat sekarang khususnya para remajalah yang membuatkan saya menghasilkn CAN.. couple seakan menjadi “budaya” yg sukar nak dikikis dalam kalangan masyarakat kita..ibu bapa pun semacam tak kisah melepaskan anak-anak keluar bersama lelaki yg bukan mahram mereka (atau dalam bahasa yang tak sedapnye ber“dating”lah kan..) dan sebagai seorang yang membaca novel,yang selalu mengkrtik novel (yang ada di pasaran sekarang)..khususnya novel yang seangkatan dengan genre novel CAN iaitu kalo tak salah saya masukkannya dalam kelas novel cinta.. saya kadang-kadang (malah selalu) hairan dengan penulis-penulis novel yang ada sekarang..serius, kalo saya bace novel-novel cinta tu sebenarnye memang saya menahan rasa geram..dan sakit hati..kadang-kadang saya tak faham..apalah agaknye motif penulis novel tu…konon ceritanya tentang kehebatan cinta lelaki dan perempuan ni..sebab terlalu cinta (kononnya la kan..) sampailah sanggup buat apa saja.. pastu siap ada heroin yg digambarkan bertudung, jaga solat..tapi alih2..sanggup beri peluang kepada jejaka “pujaaan” menyentuhnya..exspecially yang paling 'biasa'..pegang tanganla.. sedangkan pegang tangan tu memang dah sah berdosa dan salah disisi agama secara terang-terangan!! mungkin pendedahan saya ini nampaknya sedikit sinis tapi inilah kebenarannya…sebab tu remaja kita seakan disogok baca-bacaan fantasi macam ni..maruah agama tak dijaga..macam mana tu?hisy..*regretful sigh*


-jadi kerana bimbang perkara ni menular dalam masyarakat kita saya hasilkn novel CAN (dgn ilham dan taufiq Allah)…ada yang beranggapan susah nak pilih pasangan kalau tak bercinta….dengan anggapan sedemikianlah menampakkan Islam tak harmoni, tak open –minded..maka saya harap CAN dapat membuka mata masyarkat dan mengubah persepsi mereka tentang itu…Islam bukan tak open-minded, cuma kita ade cara kita,  cara yang lebih indah…sebab Islam tu sendiri maksudnya sejahtera, selamat…dan segala-galanya itu akan menjadikan hidup kita indah kalau kita ikut apa yang Islam dah gariskan… dekat MSU haritu masa ada Minggu Penghayatan Islam..saya ada attend satu forum cinta remaja.. "bercinta sampai syurga..” adalah panel tu menyentuh macam mana sebenarnya nak bercinta dalam Islam..kata ustaz tu..(maaflah saya tak sempat nak tangkap nama ustaz tu MC sebut sebab saya terlambat sikit..hihi)


Ustaz tu berkata-kata yang mana katanya…

-mengikut Ibnu Qayyim..tiada percintaan sebelum perkahwinan... ada dua pndapat ulama mengenai perkara tersebut.. yg pertama..dibolehkan “bercinta” sebelum berkahwin..misal kate nk berjumpa, atau pergaulannya…. Ttp ada syarat2nye..ada syarat2 yg perlu dijaga.... yg kedua..mengikut pendapat yg syadid (kuat)…mmg tidak diboleh berjumpa langsung..(kire sbb tulah ade org tengah..)
 نظرة فابتسامة فسلام فكلام فموعد فلقاء
Bermula dgn pandangan, kemudian disusuli senyuman, lalu bertegur sapa, barulah berbicara, lalu berjanji dan duduk bersemuka...
. (Maksud Syair Arab)

-bagi kite orang-orang “biasa” ni maka saya lebih suka mengambil pendekatan yang pertama..mengikut pendapat ulama itu…tetapi bagi orang yang “taqarub” yang mana yang sangat menjaga hubungannya dengan Allah..maka sudah tentu akan memilih pendapat kedua..tak apalah apa-apa pun kedua-duanya tidak menyalahi syarat Islam kan..

-inilah perkara-perkara bersyarat yang saya cuba terapkan dalam novel CAN…dengan hasrat cuba dan supaya dapat mendidik masyarakat kita khususnya para remaja (khususnya remaja perempuan kita) supaya tahu menjaga diri dalam pergaulan, berakhlak mulia…

-selain itu saya juga cuba nk menyedarkan para remaja yang apabila membicarakn soal perkahwinn, ia bukanlah suatu perkara yang kecil..bila bace novel-novel yang “sebegitu” mereka akan merasakan macam senang je perkara-perkara yang berkaitan dengan perkahwinn tu..tapi mereka tak sedar sebenarnya banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki dan perlu lengkapkan diri sebelum betul-betul bersedia “bercinta” dengan orang yang sepatutnya apabila sudah berkahwin tu nanti..(cey da rupe kaunselor perkahwinan plak..ahaha)

-sebenarnya perkara nilah yang paling penting dalam masyarakat.. perlu membentuk diri dengan akhlak yg baik (yang betul-betul menjadi individu muslim), ilmu yang cukup baru boleh membina sebuah keluarga yang bahagia (baitul muslim), lepas tu barulah melahirkan rijal-rijal (pemuda-pemuda) yang agung.. kemudian barulah terhasilnya masyarakat yang bertamadun, bersivik tinggi..then barulah orang nampak imej Islam yang sebenar.. tapi kalau dari awalnya perkahwinn yang merupakan “misqan-ghalizo” iaitu ikatan yang kuat yang diambil dari Allah itu dicemari dengan ‘couple’ dan perkara-perkara yang bertentangan dengan agama (contohnya macam dating, pegang tangan, itu-ini lagilah rasanya tak perlu saya mention kat sini..) macam mana nak membentuk perkahwinn yang diredhai Allah.. natijahnya lahirlah anak-anak yang tak jaga akhlak, tak berapa nak masuk diajar, anak-anak yang tak berapa nak ada adab..

~~da yang paling tak tahannya bila da jadi penulis novel…ramai yang tanya…

“bape dapat royalty?”
“ banyak ke dapat royati??”
“wah....kayalah die sekarang.”

-terus-terang Alhamdulillah…bolelah buat side-income saya skrg yang masih belajar ni..tapi sebelum ni memang saya tak pernah nak amik tau pun pasal royalty saya tu lepas sign agreement. Saya mendiamkan diri macam tu jer.. tak kisahlah..asalkan matlamat utama saya utk berkongsi sesuatu yang berharga dengan masyarakat dah tercapai.. bila akak TBSB telefon beritau pasal nak bank-in cek barulah satu amik tau… saya jadi sedih dengan mentaliti masyarakat kita..memang menulis boleh jadikan satu karier..tapi bagi saya untuk jadi seorang penulis yang berharga untuk agama dan masyarakat penulis tu harusla ada matlamat bukan tulis saja-saja, bantu didik masyarakat untuk jadi masyarakat yang lebih baik…dan kalo boleh itulah misi saya menjadi seorang penulis.

~~ “ lagi best ayat2 cinta..”

-saye faham..bukan semua orang mempunyai tahap tarbiyah yang sama... Tak semua orang boleh terima ayat-ayat cinta..orang-orang yang fikrahnya yang tinggi (kefahamn tentang agamanya) mungkin boleh sangat menyukai ayat-ayat cinta. (secara peribadinya)…saya mensasarkn novel Cinta Ain Naqilah untuk orang yang mungkin baru hendak mengenal keindahan percintaan dalam Islam..yang baru nak tahu betapa indahnya Islam itu kalau tak ada unsur-unsur syaitan di dalamnya… saya gembira bila orang yang “biasa2 aja” (mean bukanlah nak merendah-rendakan mereka kerana saya pun termasuk golongn ini juga… kita yang tak brape nak berfikrah ni la..) lepas baca novel saya berikan feedback yang boleh membuatkan saya tersenyum…
“ novel ni tak berat sangat…”
....dalam hati saya sangat bersyukur dan berdoa supaya hidayah itu akan sentiasa menjadi milik kita bersama dan berharap mesej di dalam CAN dapat diterima..

***the coolest sigh…Alhamdulillah***


JOM…SAME-SAME KITE TARBIYAH DIRI UNTUK JADI ORANG YANG LEBIH BAIK!!!!

inilah desktop pic saye..anda bagaimana???

...wallahu'alam...

Monday, November 9, 2009

MESTI BELI & BACA!!!!!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

pilihan mata hati: MESTI BELI & BACA!!!!

~~~Untukmu Wanita by Ustaz Zaharuddin Abd Rahman~~~

Athirah Taha gives 9.9 out of 10 to this book!!!(0_0)


***UNTUKMU WANITA***


“Buku ini dihasilkan bagi menghampiri kaum wanita dan menghulurkan secebis nasihat buat tatapan mereka. Ia turut dikhususkan untuk para lelaki yang sedang berusaha mencari-cari intipati ilmu kebaikan dan nasihat untuk hidangan mereka yang bernama ibu, isteri, kakak, adik dan anak,” beritahu Ustaz Zaharuddin dalam mukadimah bukunya.


Dengan huraian yang padat, jelas dan tegas, buku ini dipersembahkan dalam bentuk soal-jawab, menjadikannya bahan bacaan yang lebih santai dan bersahaja. Terdapat juga kisah-kisah motivasi dan rantaian cebisan pengalaman yang dialami sendiri oleh penulis untuk dijadikan iktibar kepada pembaca.


Buku ini mengandungi tiga bahagian utama iaitu:
Bahagian 1: Wanita, maruah dan aurat
Bahagian 2: Wanita dan munakahat
Bahagian 3: Wanita dan rumah tangga


Setiap bahagian pula mengandungi lebih kurang 10 bab yang dikupas bersama dalil-dalil al-Quran dan hadis untuk memantapkan pemahaman pembaca.


Buku setebal 214 muka surat itu boleh didapati di pasaran dengan harga RM23.


Thursday, November 5, 2009

**Kekasih Halal**


بسم الله
الرحمن الرحيم


Suatu petang yg indah di rumah sewa saye…saye tgh basuh periuk nk mask nasi...smbil diperhatikan oleh housemate saye yg sorg nie..kiteorg mg suke berdikusi..(ahahha..) kt dapur pn bole gak..kuang3.. bukan stakat diskusi ttg bab2 memasak tau…jadik hari tu kteorg bukakla dskusi pasal nk carik pasangn hidup..hoohohoho..topik ni mmgla topic yg kire-kire agak2 tajuk terhangat di pasaranla nk-nak plak kalo kt student kn…


Housemate tersyang : weh trah….cube ko btau ak ape kateria (bukn catering yer...hahaha ) lelaki idaman ko..(cey..lelaki idaman..cam geli jer..huhuhu)


Memandangkan sayelah satu-satunye yg masih berstatus single n available..make housemate saye nk merekomenkn saye dgn sedara-mare dan sepupu-sepapat die yg bole dipercayai….ihihihi….tp die tak tau yg sebenrnye hati saye mmg dah dimiliki si-Dia>> tuhan yg Esa..

Make utk tidak membuang mase..pd hari ini saye akn reveal kn kateria-kateria tersebut…Dulu…kateria seperti physical appearance sgtla tidak saye titik beratkn.. nilai2 materialistk pn tdk msk langsung dlm senarai kateria idaman saye..(chewah…)

Tp..

Kini….memandangkan krisis identiti yg melanda ramai remaja pd hari ini serta kebejatan akhlak yg menular dlm kalangn masyarkt skrg..dan tdk ketnggalan tuntutan dunia globalisasi sekrg..

Maka..saye telah melakukan suatu evolusi dan anjakn paradigm dgn merombak kembali kateria2 pilihan saye…hahahah..

Jadi..kalo sesiape yg nk merekomenkan sesiapa pd sye yg masih single but hati saye yg xavailabe ni..harapnye tolonglah carikn yg ade kateria2 yg cam gini yer~~huhuhu(^__^)

-Dulu saye tak kisah pun kalo org tu tak handsome…tp sekarang..tak boleh tidak..org tu mesti.mesti.dan mesti HANDSOME!!! Kalo tak saye mmg tak nk terima…Dia MESTILAH handsome(@kacak@macho dan semualah perkataan yg sewaktu dgnnya..) Nk jadi lelaki yg akn membimbing seorng perempuan dlm hidupnya..dia mestilah HANDSOME:

~~handsome AQIDAHnya....
~~handsome AKHLAKnya…

- Dulu saye tak kisah pun kalo org tu tak kaya…tp sekarang..tak bole tidak..org tu mesti.mesti.dan mesti KAYA!!! Kalo tak saye mmg tak nk terima…Dia MESTILAH kaya(ni bukan kaya yg letak kt roti tu tau..ahaha) Nk jadi lelaki yg akn membimbing seorng perempuan dlm hidupnya..dia mestilah ade harta yg tak ternilai utk diwarisi oleh anak2 die nnt..jadi lelaki tu mestilah KAYA:

~~kaya BUDI BAHASA..
~~kaya ILMU…
~~Kaya SENYUMAN…
~~kaya MORAL..

-Dulu saye tak kesah pun kalo die ade degree jer…tp skarang saye nk die ade PhD!! Mesti ade PhD..

Tp bukan PhD doctor falsafah tu…yg nie..PerasaanHasadDengki…serius..

Dulu saye nk org2 yg baik2 jer..tp sekarang saye nk yg ade PhD@ PerasaanHasadDengki… Nk jadi lelaki yg akn membimbing seorng perempuan dlm hidupnya..dia mestilah ade tahap pendidikn yg tinggi..jadi lelaki tu mestilah ada PhD dlm dua keadaan ni..macm dalam hadis Rasulullah kate…kite bole ade PhD kt org kalo…

~~pertama PhD bile org yg kaya harta dan membelanjkan hartanya pada jalan Allah
~~kedua PhD bile org ade ilmu yg banyak dan digunakan ilmunya untk mengajak org kpd kebaikn dan cegah kemungkaran..

Sebenarnya..byk lg kateria yg saye nk senaraikn..
Tp saye dah ringkaskan semua…..tengoklah kt side bar bahagian temuduga terbuka tu yer~~ihihiihi(~.*)


P/s: kesimpuannye bukan senng nk cari "Kekasih yg Halal" nie ..tak kisah bg pihak lelaki ataupn perempuan..jadi kepada ssiapa yg sedang ber'couple' tu sedarlah anda bahawa si die masih lagi "Kekasih Haram " anda...*fikir-fikirkn dan lakukanlah perubahan*


...Wallahu'alam...


p/s: actually klip video ni cm tak sesuai sgt dgn lagu tu...tp yg penting dgr liriknye yer!!

 



Share

Tuesday, November 3, 2009

The Words I like beSt todaY....


"Jadikan yang tebal itu iman, yang nipis itu lidah, yang tajam itu akal, yang lembut itu hati, yang ringan itu solat, yang luas itu ilmu, yang manis itu senyuman."