...Words From God~O Allah, The Lord~...

"Closer and closer to mankind comes their Reckoning: yet they heed not and they turn away."

"Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.." (Al-Anbiyaa':1)

AWAS! Anda berada di zon::Alangkah Indahnya Hidup Ini::

::SELAMAT DATANG:::WELCOME:::

Salam sejahtera, salam singgah, salam melawat, salam menjengok, dan semua salamlah saya ucapan kepada pengunjung rumah saya ni teratak; Alangkah Indahnya Hidup Ini...

Saya sangat berbesar hati sekiranya anda dapat meluangkan masa untuk membaca perkongsian saya di dalam blog ini. Saya juga mengalu-alukan anda untuk 'copy' atau ambil apa sahaja yang ada di teratak saya ini yang memberi manfaat kepada anda. Namun saya mengharapkan jasa baik anda untuk melampirkan link 'Alangkah Indahnya Hidup Ini' sebagai rujukannya. Ini kerana sebarang artikel yang saya hasilkan sendiri pasti menjadi tanggungjawab saya kepada ALLAH. ^_^

~Moga ' Alangkah Indahnya Hidup Ini' sentiasa menjadi inspirasi anda~
~Moga segala kandungannya dapat memberi manfaat kepada semua~
~Moga dengan 'Alangkah Indahnya Hidup Ini' menjadikan kita sama-sama beroleh rahmat dan hidayah Allah S.W.T..aminnn~

Sekian Terima Kasih.

Thursday, April 26, 2012

Ada apa dengan...Jaja & Din?

بسم الله الرحمن الرحيم


Jaja & Din
Noor Suraya


[credit]

Biasa, bila ada entry baru yang saya layarkan di blog pasti ada sesuatu atau ada yang men'trigger' saya menaip. Kadang-kadang tajuknya sudah ada tapi isinya belum saya draf...jadi 'sesuatu' itulah yang biasanya akan menjadi 'faktor mood' nak mengarangnya (ala-ala driving-factor la konon..hehe). 

Semasa zaman-zaman belajar Biomed Sc dulu,  bila selalu travel sana-sini atas urusan tertentu,  berdikari dengan kehidupan rumah sewa, bercampur dengan ramai orang yang berbeza fikrah, warna kulit, bangsa, dan agama itulah yang membuatkan saya mula mendraf entry dalam kepala (yang ada otak ini), dan kemudian berusaha menterjemah segala perkataan ke layar blog.

Sekarang, duduk di rumah ini (yang jika anda mengikuti entry saya sebelum ini, akan tahu saya sedang 'menikmati' (wah positifnya!) era menanam anggur & membina badan..haha)...dan duduk di rumah ni memang saya jarang keluar@cakap senangnya jarang nak jumpa orang (al-maklumlah, saya memang spesis si dara pingitan..kiki).

Bila duduk di rumah dengan 'kespesisan dara pingitan itu' sedikit menterhadkan 'sesuatu' untuk men'trigger' saya menulis. Maka, saya selalu manfaatkan aktiviti yang saya selalu lakukan kat rumah ni....contoh macam tengah mengemas rumah ke, membasuh pinggan, melipat kain ke, tengok cerita dan drama kat TV ke...untuk saya berfikir. Berfikirlah.  Berfikir mengingati Allah, berfikir cari idea untuk karya-karya akan datang  dan termasuklah berfikir tentang umat sehingga dapat melayarkannya di blog ini.

Dan pastilah yang men'trigger' saya menaip entry ini novel Jaja & Din tu sendiri. Sebenarnya saya baru saja selesai membacanya (dengan sedikit lompat-lompat katak di bab-bab awal..hehe). Terima kasih kepada bestpren saya a.k.a adik kesayangan saya yang  sorang tu, yang kata dia: dia memang tak puas hati kalau saya tak baca novel tu! (the truth, saya sedikit malas nak mula membaca novel tu, dan saya baca novel tu yang sampai membuatkan saya mendraf entry ini hanya bila dia tak ada di rumah...sebab waktu tu saya dah boring sangat! ngeh3 ;D)

Sedikit latarbelakang Jaja & Din:
- Jaja & Din tu tajuk novel tu
-Penulisnya Noor Suraya
-Penerbitnya JS(Jemari Seni Snd. Bhd)

Tiada niat promosi,  hanya berharap dapat berkongsi manfaat yang baik dan moga lagi baik buat penulis dan penerbitnya. (Harap-harap anda-anda yang membaca ter'trigger' nak mendapatkan novelnya...hehe Biar banyak kali diulang cetak lagi..^__^)

Saya kira novel ini, penulis dan penerbitnya bertuah, ini kali pertama saya mengulas sebuah novel (tidak seperti kebiasaan saya yang sudah mengulas drama Chinta dan Nur Kasih yang lalu~) tapi di sini saya tidak berhajat nak memberikan sinopsisnya. (anda kena baca sendirilah! haha) cuma main pointnya, nak berkongsi dengan anda sudut pandang saya terhadap karya yang manis ni.

Ya, komen 1: karya yang manis! (macam juga penulisnya selalu describekan heroinnya,  si Jaja.)

Komen 2: saya rasa jika kulit novelnya dicuitkan dengan sedikit lagi seni dan kreatif, pasti hasilnya akan lebih lagi untuk menarik minat orang untuk membeli sebagai koleksi! (sebab jika tak tahu ceritanya bagaimana dan jika adik saya tak beli mungkin saya juga tak berpeluang untuk membacanya...hihi...oh, komen ni agak peribadi sebab memang kegemaran saya nak membeli buku akan menghakiminya sejak mula melihat kulit buku! anda bagaimana?(@__@)

Lagi: untuk tarbiyyahnya saya bagi 3.5 hingga 4 (haha...boleh pulak ada point-point) dari 5 bahagian kek! (analogi saja sebab haritu baru  saya ajar anak jiran, subjek matematik bab pecahan. Saya guna kek untuk tunjuk bahagian pecahan tu, bukan bintang! haha) 

**Selingan**

Saya pro pada pandangan 'Gary', si watak sarkastik (bagi saya) dalam Seikat Kembang Merah karya Imean ( yang juga terbitan JS, dalam novel ni pun dia, si Gary tu pun ada sebut pasal novel Jaja & Din..haha) Oh..back to business, Gary dalam novel karya Imaen tu kata:
tak perlu nak label perkara-perkara dengan 'islamik'...contoh basikal-islamik, buku-islamik ke....
Yang saya pro pendapat tu sebab bagi saya contohnya, sesebuah novel itu kadang-kadang tak perlu dilabel novel-islamik pun ia boleh jadi 'islamik' dengan sendirinya, jika ia digarap dengan baik dan penuh hikmah serta sarat dengan nilai-nilai murni, moral dan persoalan-persoalan ketuhanan (maksud saya ini bukanlah tentang aqidah, tauhid segala bagai tu, maksud saya lebih kepada aspek ketuhanan yang penulis tu cuba sampaikan dan cuba bawa pembacanya untuk mendekati tuhan dengan mengajak pembaca menjadi hamba Allah yang taat (yang melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) dan menjadi manusia yang lebih baik (yang bergaul dengan akhlak yang baik sesama manusia).

Tapi, connya saya rasa kadang-kadang perlu juga dilabel novel-islamik tu, supaya jelas mana yang hak & batilnya. Supaya kita terus boleh pilih yang 'islamik' tanpa perlu 'cuba jaya', yang kadang-kadang 'cuba jaya' tu tak selalunya kita betul. Kerana hakikatnya, Allah telah lama menunjukkan jalan yang lurus untuk kita ikuti.

Apa-apa pun, ini tiada kaitan dengan mana-mana pihak, sekadar persepsi saya saja..(haha. cliche! ayat escapism!)


Ok, lagi: Benarlah yang ditulis penulis novel ini pada epilog akhirnya, ceritanya biasa saja yang sengaja dijadikannya luar biasa. Pandangan ikhlas saya terhadap penulis: menerusi novel Jaja & Din ini beliau telah meletakkan dirinya pada satu kelasnya yang tersendiri. Jujurnya, saya pernah mengikuti beberapa lagi novel penulis ini dan jujurnya juga, saya rasa Jaja & Din adalah yang terbaik pada pandangan saya.

**Selingan**
Sebelum menulis novel, saya juga membaca novel (BM & BI..tapi yang BI taklah hardcore sangat..hihi) dan ruang lingkup novel bacaan saya juga luas. Bukan hanya novel cinta. Saya juga membaca yang thriller contohnya dari karangan Ramli Awang Mursyid.  Saya juga baca yang berbentuk bibliografi dan sejarah seperti Hari-hari Dalam Hidupku (Zainab Al-Ghazali), Sultan Muhammad Al-Fateh (Abdul Latip Talib). Juga Ayat-ayat Cinta (Habiburrahman El-Shairazy) dan lain-lain.

Selain membaca, saya juga menilai karya itu, dari pelbagai sudut. Teknik penceritaannya, gaya bahasanya, persoalan di dalamnya, ke mana nak penulis arahkan pemikirkan pembacanya. (Wah dah macam A.Samad Said pulak bunyinya saya! hehe) tapi benar, ini yang saya ambil tahu dari sesebuah novel yang saya baca. Bukan baca saja-saja! (kalau tak buang masa namanya, ingat ni!)

Penulis yang saya katakan rasa ada kelasnya tersendiri, adalah yang ada identitinya tersendiri.

Tidak terlalu larut dengan khayalan fantasi hingga tidak berpijak dibumi yang nyata, yang bila digambarkan romantiknya, romantik bagai nak rak, cinta tak mahu berpisah. Saya faham apa yang mereka tuliskan, ilham dari Allah juga sebenarnya, datangnya dengan izin Allah juga. Namun, Allah juga ilhamkan akal dan nafsu serta iman untuk menjadi petunjuk. Jadi, jangan biar nafsu yang mendahului. Rugi nanti!

"...kerana aku bukan penulis picisan yang menjual karya untuk mencabul minda pembaca dengan fantasi yang tidak berpijak di bumi yang nyata. " (Athirah Taha, 2012)

'Sesak' juga saya melihat fenomena lambakan novel-novel (yang khususnya novel cinta) yang tak lain tak bukan golongan sasarannya adalah remaja. Aduh, penerbit juga...mungkin temanya mahu cinta remaja, mahu yang santai untuk remaja...namun tolonglah. Tolonglah anak-anak seagama kita. Jangan biarkan mereka dibuai fantasi seperti itu lagi. Cukuplah!

Saya juga lihat penulisan-penulisan novel di internet...Wah, bagus masing-masing berkongsi karya. Muda-muda pula penulisnya. (Eh, saya pun penulis muda, juga amatur lagi!) Namun, janganlah begitu asyik berkarya hingga melupakan cinta Tuhan. Penulis muda (yang mungkin lebih muda atau baya-baya saya), ayuh matlamatkan penulisan kita. Jangan biar ia sia-sia. 

"Mari kita kembalikan perkara ini pada tempatnya. Mari bawa lebih banyak hati mendekat pada Pemiliknya. Biar ruang kosong di hati itu diisi dengan cinta Tuhan. Isi dengan cinta Allah baru cinta manusia!"  (Athirah Taha, 2012)

Ingatan untuk diri saya serta penulis lainnya;
Karya kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah nanti! Berkaryalah untuk jalanNya!
Penulis yang ada kelasnya tersendiri juga, hikmah dalam bahasa ceritanya, mendamaikan jiwa. Barangkali tidak perlu terlalu puitis tapi terus menyerap ke jiwa. Jiwa layu jadi segar, jiwa mati jadi hidup!

Penulis yang ada kelasnya tersendiri juga, tidak perlu meletakkan konflik yang berlebihan sampai naik pening pembaca nak membacanya. Serabut dek pasangan watak utama yang berselisih faham ntah apa-apa. (sarkastiknya saya! haha ;D) konflik kecil mungkin perlu sebagai penambah perisa... namun konflik tu juga luas maknanya: konflik diri, delima membuat keputusan, mujahadah (keazaman melawan hawa nafsu) untuk berubah ke arah kebaikan... lihat tu, banyak lagi konfliknya, jangan terhad kepada 'gaduh-gaduh-ntah-apa-apa' dan 'salah faham kecil saja'...

Penulis yang ada kelasnya tersendiri juga, memandu pemikiran pembaca ke arah yang baik-baik saja! watak antagonis mungkin ada, tapi tetap dibawa hati pembaca dekat kepada tuhan dengan 'antagonisnya' watak itu. 
p/s: Selain penulis novel Jaja & Din yang baru masuk  dalam  'Penulis yang ada kelasnya tersendiri' dalam senarai saya,  mari saya beritahu anda beberapa penulis yang ada dalam senarai saya tu... harap ada yang anda kenal..;) ~Habiburrahman El-Shairazy, Zainab Al-Ghazali, Fatimah Syarha, Hlavote,  dan Ramli Awang Mursyid~
p/s: kateria 'penulis yang ada kelasnya tersendiri' itu hanya dari sudut pandangan saya saja, jadi don't get offense, ya! hihi


Seterusnya: bagi saya garapan tarbiyyahnya agak baik.
Tidak terlalu keras dan cara penyampaian tarbiyyah si Din itu pun agak berhalus dan hikmah. Tapi bab zuhud dia, jika ada 'orang awam' yang masih tak faham mungkin akan sukar untuk menerima perspektif Din kerana kita maklumnya sudah agak terbiasa disogokkan dengan kesenangan dunia. Namun jika yang faham dan  sudah dapat merasa 'izzahnya Islam itu pasti akan  turut merasakan positifnya zuhud si Din tu, tak pun paling kurang, tak banyak soal nak menerima ke'zuhud'annya itu. Saya juga dapat merasakan penulisnya dapat meletakkan perspektif berbeza bila menjadi zuhud dan bagi saya (berdasarkan fikrah dan tarbiyyah saya yang setakat ini, yang tak seberapa ini)...tidaklah begitu teruk menjadi zuhud! hihi. Zuhud tidaklah bererti kita menolak fitrah secara total! 


Wah, senorok benar gayanya saya mengomen novel orang...haha Maka, kerana itu mungkin saya juga tak kisah malah berbesar hati dikomen orang! Rasanya cukuplah sampai di sini saja. *peace*


Moga beroleh ibrah!


KosaKata:
fikrah=  pembinaan akal (kefahaman/idea/gambaran terhadap sesuatu. Dalam entry ini saya memaksudkan: pemikiran yang dijadikan pegangan menjurus kepada fikrah Islam/ cara hidup Islam)
tarbiyyah= didikan (saya merujuknya sebagai Tarbiyyah Islamiyah: Didikan Islam)
orang awam= saya merujuknya sebagai kita: 'orang yang biasa-biasa'
'izzah= mulia
zuhud= Penerangan dari saya zuhud bererti tidak cinta akan dunia/ tidak cenderung kepada kesukaan di dunia. Hiburannya akhirat. (sila rujuk disini untuk keterangan lanjut)
ibrah= pengajaran



p/s luar tajuk: Jika berselisih-faham dengan saya...jangan bimbang, saya orangnya mudah berlapang dada. kecil hati mungkin barang seketika. bukan jenis saya menyimpan rasa apatah lagi dendam pula. yang saya suka professional dan rasional, jika ia baik saya mengaku, jika kurang pada pandangan saya; saya lahirkan rasa...bukan mengata, sekadar menegur untuk kebaikan bersama. Jika ditegur saya pula, tidak mengapa. besar hati saya kerananya! (bukan mahu promosi diri, sekadar memberitahu fakta! hihi ^__^)




 
(:alangkah indahnya hidup ini>>>bila hidup ini rajin membaca! ! :)




 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...

Tuesday, April 3, 2012

Kita, apa yang kita agendakan!

بسم الله الرحمن الرحيم




[Kita, apa yang kita fikirkan!]

Saya mendapat ilham untuk menulis entry ini ketika saya membasuh (mencuci) pinggan. Membayangkan anda dengan situasi: sinki dapur (biasa depan sinki mestila tingkap,kan.. jadi rumah saye (a.k.a rumah MakAbah sayalah!) pun tak terkecuali..hehe). Jadi pemandangan dari singki dapur, mengadap belakang rumah saya tu ade kolam ikan, dan kebun getah yang terbiar...(ntah korang boleh bayang ke tidak....haha) melihat kepada keadaan kebun getah yang terbiar, membuatkan otak saya telah dulu mendraf entry ini dalam fikiran. "kita, apa yang kita agendakan!"

Apa kaitan kebun getah terbiar, dengan "kita, apa yang kita agendakan!"?

Pemilik kebun getah, akan membiarkan kebun getahnya terbiar jika tiada agenda padanya untuk membersihkan kebun getahnya. (saya tahu siapa pemilik kebun getah itu. sangat kenal. tapi saya bukan nak bercakap tentang dia).

Fullstop. Hanya mahu meminjam 'kebun getah terbiar' itu sebagai satu analogi.

Hidup, sebagaimana kita.
Kita, apa yang kita niatkan, apa yang kita agendakan.

Agenda? Anda pernah dengar bukan...
Kamus Dewan (Edisi ke-3 yang mak saya punya) menyatakan agenda sebagai;
1) susunan perkara yang dikemukakan untuk dibincangkan (dalam mesyuarat)
2) buku catatan

Saya pula, menyetujui kedua-dua maksud yang dinyatakan oleh Kamus Dewan itu walaupun isinya di sini bukanlah dalam erti kata nak bermesyuarat..cuma, idea "susunan perkara" itu yang saya nak fokuskan tapi bab "buku catatan" tu memang saya sokong 97.5% (kenapa tak 100%, ye? ala...2.5% tu kan kena zakat...hehe. gurau jer!)
*peringatan lembut nak bagi sentap, harap maklum* haha (aduh, lama sangat dok rumah ni, makin 'sengal' pulak saya ni...~garu kepala~)

Sebenarnya 'agenda' yang saya maksudkan tu, boleh juga nak digantikan dengan 'program' (sila rujuk kamus dewan...hehe) tapi saya tetap lebih sukakan 'agenda' itu. Bunyinya lebih klasik (makin klasikkan, makin tinggi harganya, makin tinggi nilai estetikanya, kan.. tak gitu? hihi) dan....lagi satu, lebih terkesan!


Let's talk about this business...

Bila ada sesuatu yang kita 'agenda'kan (atau dalam kata lainnya, ada yang kita rancangankan, yang kita nak buat program, atau santainya: yang kita nak 'amik port'), kita akan ada niat nak buat, nak lakukannya. dan bila kita ada niat tu, insyaAllah kita akan berusaha ke arah itu. kadang boleh jadi juga, kita dah niatkan dulu baru kita agendakan. Tak kisahlah bagaimana, yang penting apa yang kita 'agenda'kan tu! dan kerana itu juga pentingnya innama a'malu binniat!

Percaya atau tidak, apa yang kita agendakan ini akan memberikan impak yang besar kepada kita. Kerana itu, kata saya (dalam versi yang ini):

agendakan apa yang kita niat.
niatkan apa yang kita agendakan.
niat mengubah diri kita.
agenda menggerakkan kita.
agenda menghidupkan hidup kita.
agendakanlah hidup kita!

Susah tak, nak faham premis-premis saya tu? maaf, mungkin dalam DNA saya ada gene yang begini. Tapi, tak apa, cuba perlahan-lahan... pejam mata anda, tarik nafas, baca bismillah, baca sekali lagi perlahan-lahan, insyaAllah anda akan faham. kalau tak berapa faham pun insyaAllah anda akan dapat rasa. tapi sebenarnya...ayat akhir tu je point yang pentingnya! hehe.  ^__^

Saya nak berkongsi dengan anda sesuatu, tapi ini memang cerita saya...(kebanyakkan entry dalam blog ni pun memang cerita saya, kan...dah memang rumah saya pun! haha)

Saya membelek-belek satu buku catatan lama saya. Nak kata dairi tu, tidaklah (sebab saya tak suka tulis dairi). Buku ini mungkin sekadar kategori buku contengan untuk saya meluahkan apa yang saya rasa, hanya menjadikan buku ini perakam sejarah bagi rentetan sesuatu yang berlaku dalam hidup saya. (haha...ape bezenya dengan dairi ye?! *tak, ni memang bukan diari! haha ~denial phase~ ;P)

Ok. Tak kisahlah, tapi bagi saya ia memang bukan diari, sebab saya conteng-conteng dalam buku tu ikut suka hati saya aje nak tulis kat mukasurat mana..(ha, see..i said, it is not a diary...wehee) dan yang uniknya, semua catatan di dalamnya saya gunakan pensel! (wah, memang klasik! lagipun 'jiwa-jiwa' sekolah rendah dan zaman-zaman pensel tu masih menebal lagi agaknya...haha)


Saya pergi ke salah satu mukasuratnya, bertarikh 25/4/07. 3.55pm.
ini salah satu contengan saya berkenaan perkara-perkara yang dah saya capai dalam hidup dan perkara yang nak saya capai.

salah satunya yang ini (saya tulis begini):
-AKU NAK JADIK PENULIS NOVEL YANG BEST + ISLAMIK.

(serius, saya tulis huruf besar! haha)
 bunyinya macam  sangat perasan dan sangat poyo kan...haha

kemudian saya ada buat satu kolum disebelahnya. Atas sekali kolum tu saya tulis "-Kesudahan citer!!-"

Jadi di sebelah perkara yang saya tulis dengan huruf besar tu ada lagi catatan saya (of course tulisan pensel..hehe) kat dalam kolum 'kesudahan citer' saya ada tulis begini:
-Cinta ain Naqilah telah berada di pasaran. 1st promotion KLIBF'09
-17/4/09
-Telaga Biru Snd. Bhd
-A cool sigh *Alhamdulillah*

Saya selak mukasurat sebelah. Oh, ada lagi rupanya senarai saya...
Ada lagi yang saya tulis, antaranya yang ini:
-AKU NAK ADE BLOG UTK TARBIYAH KAWAN-KAWAN DAN DIRI!

di sebelah kolum 'kesudahan citer' saya ada tulis begini:
-www.atheathirahtaha.blogspot.com
-1st Entry: 16/3/09

Hurmm...ini sebahagian yang boleh saya kongsi, yang lain saya simpan sendirilah!  Bukannya apa, cuma tak bagi gambaran kepada anda tentang apa yang  sedang saya katakan dalam entry ini, "kita, apa yang kita agendakan!"

walaupun kita orang kecil, tapi biar jiwa kita besar!

Maka, agenda untuk ummah yang ada pada kita haruslah lebih serius dan lebih besar lagi. Biar kita merasa 'izzah (mulia) dengan Islam!

Baru semalam saya statuskan di FB saya (2 April 2012 at 21:44);
saya ada satu impian, impian yang sangat besar: mahu melihat remaja Malaysia bergenerasi sahabat, berketrampilan Rasulullah! Ayuh, mari perkasakan diri dengan akhlak nabi! subhanAllah! ;D

Betul. Ini memang impian saya. Jika saya melihat 'adik-adik' sekolah menegah yang berduyun-duyun balik sekolah tu, seakan mahu saja saya ingatkan mereka betapa pentingnya masa muda mereka.
If and only these adik-adik sekolah menengah tau yang the schooldays/schoolhood is an exciting moment. They should fully utilized, live life to the fullest during their schoolhood 'times' to develop all the 'best, awesome, great' criterias of themselves.

-leadership
-ketrampilan akhlak Rasulullah
-dimensi pemikiran-pemikiran orang yang bakal berjaya
-mensibukkan diri dengan al-quran
-menguatkan badan dengan sukan dengan etika yang benar
-mampu membantu membentuk rakan-rakan lain menjadi generasi sahabat!

[sebenarnya, ada satu entry tentang adik-adik remaja yang sedang dalam draf saya, tapi saya curi sedikit isinya dari draf entry tu, alang-alang menyentuh soal remaja ni, masukkanlah sikit..hihi]

Sambung sikit cerita 'buku catatan@contengan suka-hati' saya tadi...
rupanya sebelah mukasurat tu pulak, ada lagi contengan saya seterusnya...


28/5/09.MSU.4.48pm (saya suka tulis suka hati, bila-bila masa saya suka, pada mukasurat mana-mana...hihi)

saya ada tulis tentang perkara yang ingin saya lakukan untuk membangun ummah (antara yang boleh saya kongsi):
-menubuhkan Yayasan Athirah untuk membantu anak-anak yatim dan fakir miskin
-menubuhkan pusat tahfiz yang kurikulumnya mencakupi tuntutan dunia & akhirat
-menjadi aktivis bebas dengan mendekati masyarakat sebagai salah satu cara untk membendung kebejatan akhlak remaja
-menubuhkan Wisma Athirah yang akan bertindak sebagai saluran pembangunan ekonomi dengan membuka peluang perniagaan untuk usahawan muslim.

haha. yang ini lagi tak boleh bla kan... memang saya suka syok sendiri!  memang dah lama saya sedar! tapi yang baru saya sedar, saya ni cemburu orangnya.

Saya sangat cemburu melihat orang yang mampu menginspirasi orang lain. Saya cemburu bila perkataan-perkataan indah yang ditutur mereka mampu memberi kesan kepada hati dan jiwa yang mendengarnya, saya cemburu bila status di laman sosial mereka mampu menggerakkan minda orang lain, menjadikan orang lain mahu berubah dan mencari kebaikan. saya sangat cemburu untuk perkara yang sebegini. 

Kalau nak tahu, dalam angan-angan saya, saya nak jadi macam Oprah Winfrey! Seriously...hehe tapi hakikatnya, saya lebih nak jadi seperti Rasulullah S.A.W yang terus menginspirasi walaupun baginda tiada di 'sini'. Ianya memang menjadi impian dan matlamat saya juga untuk menginspirasi orang lain.
Kadang-kadang memang sengaja saya menstatuskan tentang doa hati  dan mungkin kebaikan-kebaikan yang ada supaya ia 'mengetuk' diri saya sendiri untuk menjadi peringatan dan juga biar orang lain juga ter'ketuk' sama. Orang macam kita (atau lebih tepatnya saya!) sering menangguh-ngangguh untuk melakukan sesuatu. Perlu ada yang membantu. moga status-status dan ayat-ayat begini yang menginspirasikan diri. Dari tak berfikir jadi terfikir, dari tak buat, bertindak. moga dengan begini akan terus tersebarnya kebaikan. Allah tahu apa yang ada dalam hati. Hidayah, Allah bagi percuma, pelbagai cara dan kita juga boleh memilihnya. Namun kalau tak cari, pasti tak jumpa! (Athirah Taha, 2012)

Memang sengaja saya menjadikan impian saya 'umum' (saya terjemahkan dari perkataan 'reveal'). Jika bukan saya yang dapat merealisasikannya, mungkin anda!


Saya nak jadi orang yang bermanfaat kepada orang lain.

خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia yang lain.”


Mari berjiwa besar!
Ayuh, bangunkan ummah!
.MOGA TERINSPIRASI.





p/s: bila saya baca kembali entry ni, banyak main-main rupanya saya. maaf ye. ntah kenapa macam tu, saya pun tak tahu. =__=""
____________________________________________



*selingan*


Saya bawakan untuk anda dan rakan-rakan yang mungkin sedang 'sekapal' dengan saya sekarang iaitu yang sedang berada dalam "era menanam anggur dan membina badan"...haha

Saya pernah statuskan di FB (12 December 2011 at 22:56):
my fren, Sharifah Rizwanah: interview is a part of graduate's life...
me: ...raising grapes at home is a part of graduate's life too..haha;D
huh, memang lemau jugak dok umah lama2...but here useful tips utk elakkan 'kelemauan' itu adalah dengan banyakkan membaca (tak kisahlah apa2 bahan bacaan pun..tapi lagi bagusla if yang bermanfaat & memberi ilmu..), aktifkan diri dengan aktiviti membersihkan rumah (boleh berbakti pada mak abah)... hava a blessed 'raising grapes at home' to me and my dear friends!!~ huhu^___^

Ok kawan-kawan, mari agendakan era menanam anggur dan membina badan kita ni!

Ayuh, iqra'! Mari membaca!  

Agendakan masa lapang kita untuk membaca!

Ingat tak buku Sirah Nabawiyyah [Ar-Rahiq Al-Makhtum] yang pernah saya beritahu dalam entry saya dulu; Masa yang berlalu~~  Alhamdulillah, dah selesai saya membacanya. Tadaaaa...inilah hasilnya.



Sekarang sedang membaca Riyadhus Shalihin pulak (baru sampai suku). Saya selalu dengar orang sebut buku ni, Riyadus Shalihin (yang bermaksud Taman Orang-Orang Soleh karangan Imam Nawawi) tapi sebenarnya saya tak tahu ia adalah kumpulan hadis-hadis nabi.

Mungkin bacaan kita terhadap bacaan yang serius macam Ar-Rahiq Al-Makhtum dan Riyadhus Shalihin ni akan membosankan, tapi jom saya kongsikan dekat anda cara nak jadikan pembacaan kita lebih menarik dan stylo! hihi ^__^


 Highlightkan isi-isi penting dan labelkan dengan 'Kisah Yang Menarik', Hot Tips', 'Capture The Moment', 'The Words I Like Best!'  etc. Make it creative!








(:alangkah indahnya hidup ini>>>bila hidup beragenda! ! :)




 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...

Friday, March 16, 2012

BioMed Sc dan saya!



  بسم الله الرحمن الرحيم




*versi orang dah grad menulis..hehe ^__^*


Saya masih ingat lagi ketika mula membuat pertimbangan untuk memasuki sebuah universiti swasta, saya adalah pemecah tradisi keluarga yang memilih ke institusi itu. Namun ada harapan besar yang disandarkan kepada saya, jadi Biomedicine (nama bidangnya ketika itu; bioperubatan. Kini, Biomedical Science; BioMed Sc) menjadi pilihan saya.

Melangkah ke universiti yang pada mulanya...hanyalah sebuah universiti (yang saya kira tak patut digelar universiti). Mana tidaknya, belajar di dalam deretan kedai-kedai  (shop lots) yang disewa, yang selalu menghadapi masalah dengan penghawa dinginnya juga kemudahan makmal yang serba terhad.

Tambah pula sepanjang tahun pertama, saya menjadi penghuni di sebuah hostel rumah kedai, dengan bilik yang 'sekangkang kera' (dikongsi bersama 8orang yang lain dengan 4 katil double-decker) sewa yang sebanyak rm180 itu memang dirasakan sangat tak patut! Sangat cemburu dengan universiti orang lain. Semuanya besar dan ada bangunan sendiri.  Pinjaman pelajaran masa tu pun hanya cukup untuk menampung yuran pengajian. Belanja makan dan lain-lain pun masih perlu minta pada mak abah. Jadi,  saya menyekat belanja makan hanya sekitar rm5 sehari.

Pernah suatu ketika, ditingkap bilik itu saya merenung masa depan saya (ceywah...cam ala-ala drama gitu, tapi ni betul...sebab dah tak ada kerja nak buat masa tu..haha).

"Mampukah aku lalui 3tahun yang akan datang ini..." 

Namun setahun itu digagahi juga demi ijazah BioMed Sc. dan Alhamdulillah, tahun kedua bertambah baik. Bertukar menjadi 'anak angkat' MARA mengizinkan kewangan yang lebih baik dan tak perlu lagi minta duit belanja dari mak dan abah (this one relief me soooo much, Alhamdulillah; thank you Allah!).  Saya juga telah berpindah ke rumah sewa, yang sewanya separuh dari sewa di hostel dulu dan persekitaran rumah dan  biliknya juga  lebih selesa. Saya ada ceritanya dulu di sini>> it's time to make a change..~hijrah's beautiful~ (Part 1)
 
[Credit: FB AinAmin]
Melangkah ke tahun ketiga, Alhamdulillah bertambah baik lagi. 'Aku sudah punya universiti!' baru tahu perasaannya bila ada 'universiti sendiri'. Alhamdulillah, 'sempat  juga merasa universiti baru ni!' (this is much better then the seniors yang tak sempat dengan bangunan baru ni..hihi). Saya juga telah berpindah ke sebuah apartment yang lebih dekat dengan bangunan universiti yang baru dibina dan di rumah baru ini memudahkan lagi perjalanan tarbiyyah saya. 

Kini...macam tak percaya! Setelah melalui 3tahun yang penuh suka duka...sekarang saya menunggu tarikh bergraduasi (*semasa mendraf entry ini..huhu), dah nak konvo dah! Alhamdulillah. (sekarang, dah grad dah pun! Alhamdulillah!)

Teringat lama dulu, (semasa tahun pertama BioMed Sc) saya berborak dengan salah seorang "Rinduu...kamu.kamu..dan kamuuu" ditelefon.  Kawan saya ni,  mengambil jurusan Biochemistry dan dia kata dia memikirkan sesuatu, mengenai jurusan yang dia ambil sekarang. Kalau dulu, di matrik apa yang kami belajar semua boleh dikaitkan dengan Allah secara langsung. Contohnya di matrik tu, subjek Biologi.  Apa saja yang tentang biologi ni memang dapat kita rasakan kekaguman terhadap ciptaan Allah. Jadi, dalam Biochemistry ni, dia masih memikirkan apa yang boleh dikaitkan secara langsung kepada Allah. Persolannya yang menarik itu menjentik pemikiran saya;


''What've BioMed Sc gave me??"


Lama dah saya fikir...Kalau jurusan lain, mungkin sedikit sukar untuk mencari hikmah penciptaannya. Namun, ditakdirkan Allah dalam lapangan Sains Bioperubatan ini, sangat rugilah kiranya saya gagal mencari hikmah dari ilmu Allah yang ini. Sesungguhnya ilmu yang ada di dunia ini hanyalah sedikit daripada ilmu-ilmu Allah yang ada. Setiap ilmu dan amalan itu seharusnya menambahkan cinta dan mendekatkan kita kepada Allah!


''What've BioMed Sc gave me??"




Semasa di tahun pertama saya...

Biostatistics sebenarnya telah mengajar saya mengEsakan Allah! Luas dibawah graf yang infiniti  di kiri dan kanannya itu akan sentiasa bersamaan dengan 1! 

[Credit]


"Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa." (Al-Ikhlaas 112:1)


 Subahanallah! Cell Biology and Genetics mengagumkan saya dengan gene mutation yang sebenarnya telah dulu Allah sebut dalam Al-Quran. 'Gene mutation' atau pun 'mutasi gen' adalah perubahan kekal dalam jujukan DNA yang membentuk gen dan meyebabkan kecatatan kepada kromosom. Mutasi gen juga boleh disebabkan penambahan atau kehilangan gen dalam kromosom yang boleh mengakibat beberapa jenis penyakit keturunan seperti Down Syndrome dan lain-lain.


[Credit]

"" Allah mengetahui akan apa yang dikandung oleh tiap-tiap ibu, dan mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih. Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu."  (Ar-Ra'd 13:8)

Anatomy pun sama hebatnya, setiap persendian yang maha diatur tuhan Allah yang menciptakan. Subhanallah!
[Credit]


“Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)? Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).” (Al-Qiyamah 75:3-4)

“Kamilah yang menciptakan mereka serta menguatkan tulang sendi dan urat saraf mereka (Kami berkuasa membinasakan mereka) dan apabila Kami kehendaki, Kami gantikan (mereka dengan) orang-orang yang serupa dengan mereka, dengan penggantian yang sebaik-baiknya.” (Al-Insaan 76:28)


Semasa di tahun kedua pula...

Clinical Biochemistry dalam setiap proses itu....macam kreb cycle dan beberapa lagi proses semua tu buat saya takjub, Subhanallah! 

[Credit]
Bertambah hairan, macam mana saintis boleh kemukakan semua 'substance' yang terlibat dalam proses tu sedangkan proses tu semua berlaku dalam satu organel. Anda mungkin pernah dengar sel adalah unit asas hidupan dan saiznya sangatlah kecil. Untuk pengetahuan anda juga, dalam setiap sel pula ada lagi unit lain iaitu organel. Contoh process kreb cycle yang saya berikan itu adalah process pengoksidaan glucose (glukosa) untuk menghasilkan ATP (tenaga) yang berlaku  di dalam mitochondria dan ketahuilah anda bahawa mitochondria itu sangatlah super-duper nano saiznyer....MasyaAllah! Allah maha kaya dengan pengetahuannya!

 "Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan TadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!" (Al-Mulk 67:14)



Semasa di tahun ketiga...

Banyak serangga yang dapat kenal masa belajar Medical Entomology dulu. Dari kutu, lalat, rama-rama. kumbang macam-macam lagilah! Antara serangga yang sangat penting belajar dalam subjek ni dulu adalah nyamuk sebab nyamuk ni adalah vektor (pembawa) penyakit yang berbahaya contohnya Denggi dan Malaria. Hurmm, contohnya nyamuk yang menjadi vetor penyakit Denggi tu; Aedes. Bukan ada satu spesis je Aedes tu tau. Ada dua-tiga spesis lagi and every species  poses their own characteristics. Aedes ada banyak jenis contohnya ada Aedes egypti.  Dan yang sebenarnya, dah lama Allah sebut pasal nyamuk dalam Al-Quran. Subhanallah!

[Credit]

"Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat pertunjuk dengan sebabnya dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik." (Al-Baqarah 2:26)



Ini sebahagian sahaja yang daripada apa yang 'BioMed Sc' dah bagi pada saya. Sebenarnya banyak lagi perkara yang saya nak cerita...termasuklah;

Clinical Microbiology yang banyak cerita pasal penyakit yang semuanya berasal daripada microorganisma yang kecil tetapi bila dah menyerang buruk padahnya, Allahlah yang maha bijaksana, kalau tak tak, tak ada pulak kerja doktor kan...hehe

Kemudian, Clinical Pathology iaitu antara subjek yang saya suka. Mengkaji sebab berlakunya penyakit dengan lebih mendalam lagi...dan antara perkara yang membuatkan saya rasa sangat 'wow' masa belajar subjek ni dulu adalah tentang lapisan usus (GI tract) kita. Ha, sebenarnya usus kita ada lapisan mucosa dan beberapa lapisan lain. tapi yang saya nak ceritanya tentang  lapisan mukosa ni...lapisan mukosa ni pula terdiri daripada beberapa bahagian, dan yang saya nak highlight kat sini adalah lapisan lamina propia iaitu sejenis tisu penghubung (connective tissue). Banyak fungsinya lapisan lamina propia ni, dan antaranya adalah menjadi lapisan pertama pertahanan usus dari serangan jangkitan kuman. 'wow' saya takjub kerana betapa telitinya Allah sehinggakan dalam lapisan mukosa pun tetap ada lapisan lamina propia untuk pertahanan badan. Allah sayang kat kita tau!


Hispathology pulak dapat pengalaman 'marathon lab' yang panjang. Hampir 8 jam jugaklah untuk lalui semua process untuk membuat satu slaid (bagi membolehkan pathologist buat pemeriksaan untuk tengok keadaan sesuatu sel (perubahan struktur etc) yang berlaku pada sel tu yang mungkin akibat jangkitan penyakit atau disebabkan kanser). Susunan dan struktur sel-sel yang rosak tu pun kadang-kadang nampak cantik..hehe. Pasti kagum kita melihatnya! (Kalau anda nak tengok contoh slaid boleh tengok kat entri ini..."What it takes to be a biomedical science student?")

Dalam Neuropharmacology pun banyak belajar penyakit yang berkaitan dengan saraf dan otak..(penyakit-penyakit yang menyebabkan ramai orang masuk 'tanjung rambutan' hehe...) yang menariknya masa belajar subjek ni adalah tentang neurotransmitter (*saya tak pandai nak terangkan ini...tapi ianya kira-kira macam isyarat (implus) untuk membolehkan kita memberikan tindak balas).anda pasti akan takjub bila mengetahui cara neurotransmitter bergerak dan macam mana tindaknya tu sehingga boleh menghasilkan tindakan oleh badan kita.

Medical Diagnostic memerlukan pembacaan journal yang banyak jugaklah, kalau tak silap saya hampir 20 journal dan artikel kesihatan tentang bidang-bidang (subjek) yang kami dah belajar. Huh, bukan senang nak faham apa yang jurnal tu nak sampaikan tau. Dan bila anda baca semua journal tu, anda (yang celik hati dan minda) pasti kagum, kagum dengan penulis jurnal yang buat kajian tu dan jugak anda pasti sebutkan ini: MasyaAllah! Luasnya ilmu Allah tu!

Maaf, untuk perkongsian subjek-subjek yang akhir tu, tak dapat saya nak sertakan contoh dan ayat qurannya. InsyaAllah,  saya akan cuba untuk update dalam versi editnya dan sekiranya anda membaca entry ini anda pasti tahu mengapa blog saya agak 'kesawangan' sejak kebelangan ini, kan..hehe

Apa-apapun, semoga perkongsian tentang 'BioMed Sc-saye' ni sedikit sebanyak akan men'trigger' anda yang membaca untuk  lihat apa yang 'course/jurusan' atau 'apa yang anda sedang belajar' sekarang telah beri pada anda.

“Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Luqman 31:27)


~Semoga ilmu ini, ilmu yang berkat lagi manfaat...aminn~



***the coolest sigh…Alhamdulillah***

*a picture is worth a thousand words*
Alhamdulillah, dah berkonvokesyen! (^^,)

p/s: maaf kerana mengambil terlalu banyak masa untuk mengepos entri  ini ke layar blog.. ;)
p/s: moga anda terINSPIRASI!






(:alangkah indahnya hidup ini>>>bila bertambahnya ilmu seiring bertambahnya lagi tingkat keimanan kita kepada Allah! ! :)


 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...

Friday, December 2, 2011

lama tak update...


بسم الله الرحمن الرحيم




Astaghfirullahal'azim... dah dekat 4 bulan tak update rupanya! Walaubagaimanapun harapnya masih tak terlambat untuk saya sampaikan Salam Muharram, Salam Hijrah 1433!  Dah masuk tahun baru Islam tapi dah suntuk benar tahun masihinya...nampaknya biarlah entry ini menjadi entry terakhir sebelum tamatnya 2011 ni..

Maaf, biasanya memang bukan sengaja saya tidak meng'update' sesuatu di layar rumah yang saya cintai ini... Hakikatnya memang banyak perkara yang tidak mengizinkan. Mengimbau sekitar 4 bulan yang lepas, saya berada di penghujung tempoh praktikal saya di hospital daerah kampung halaman saya ini. Biasanya, balik kerja, sampai rumah agak lewat juga sebab perjalanan dari rumah saya ke hospital tu mengambil masa setengah jam..plus kadang-kadang abah saya jemput lambat, waktu kerja yang biasa habis pukul lima tu hanya mengizinkan saya sampai di rumah sekitar enam setengah petang...huhu..dan jujurnya sepanjang LI (latihan industri@ praktikal) hari tu memang saya selalu tidur awal. Inilah juga antara penyebabnya, tiada entry berjaya didraf.

Lepas tamat berpraktikal tu pulak, hampir dua bulanlah jugak saya 'terputus bekalan internet' kat rumah ni..hehe. Saya tahu, ada antara anda yang mungkin selalu melawat ke teratak 'Alangkah Indahnya Hidup Ini'  ni dan mungkin juga sedikit kecewa bila tiada entry baru diupdate. Sekali lagi, maafkan saya..(kalau anda nak balas, balaslah dengan lagu Jamal ft Malique tu: Aku Maafkan Kamu..hehe (sebab tu lagu yang saya suke..hiihi)

Sepanjang empat bulan ini juga banyak perkara yang berlaku...dan nak menuju ke penghabisan tahun ini memang kenduri-kendara menjadi kesibukkan utama saya. Terbaru, saya terima seorang lagi ahli keluarga baru (dapat abang ipar..huhu) dan akan datang  penutup tahun nanti akan terima seorang lagi.  Al-maklumlah, adik-beradik ramai perempuankan..;) Tak tambah lagi dengan kenduri aqiqah sepupu dan anak saudara. Huh! Tahun ni memang kenduri saja..hehe
Kawan saya, cikpah (panggilan manja saya pada dia...hihi) pernah mesej kat saya...

'interview is a part of graduate's life...'
 

then i've replied to her..

'...raising grapes at home is a part of graduate's life too'....hahha
Jadi untuk memanfaatkan masa saya bersama dengan 'anggur2' saya di rumah ni...maka memang sayalah yang menjaga 'kebajikan' rumah ini.

'Sheriff Kebersihan..' kata along saya, kira-kira merangkap bagi pangkat kat sayalah tu...haaha

Memanglah, 'Sheriff Kebersihan kena beraksi, mengenal pasti lokasi jenayah kekotoran yang melanda rumah saya ni!'...ha..memang penat jugaklah mengemas satu rumah untuk kenduri-kendara kak dhe saya haritu.
Hmmm...dan yang sebenarnya juga, saya tak pernah lupakan layar rumah saya yang satu ni. Banyak sebenarnya tajuk-tajuk entry yang dah saya fikir...cuma tak sempat nak mendraf aja lagi. Baru mendrafkannya dalam kepala. Tak apalah, insyaAllah akan datang, salah satu dari tajuk-tajuk entry ni akan saya poskan ke layar rumah saya ini..^__^


UPCOMING ENTRIES, InsyaAllah..;D
-manusia beradab
-anak-anak kitakah?
­-kita kadang-kadang sampah
-fassobru jamil
-qalbu saleem
-terbinanya masjid itu
-LI dan saye!
-BioMed Sc dan saye!
-terhijabnya hati...


p/s: kalau anda diberi pilihan...entry mana yang anda nak baca dulu?? heee~;)
p/s: moga entry ini menjadi entry pengubat rindu! ;)) insyaAllah, see you next year! (sebab saya mungkin tak dapat nak poskan entry yang akan datang dalam masa terdekat ini tapi apa-apapun anda doakanlah ye!) 





(:alangkah indahnya hidup ini>>>bila dapat update blog selalu!!:)


i miss 'my home' so badly!



 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...


Sunday, July 3, 2011

fastabiqulkhairat!

بسم الله الرحمن الرحيم


Lama rasanya tak menulis artikel tarbiyyah di layar blog..rindu yang teramat...rindu untuk mengisi hati sendiri dan agar yang lain juga turut ter'isi' hatinya, insyaAllah.

Kita (termasuk saye!) kadang-kadang malah mungkin selalu merasa penat dengan kebaikan-kebaikan yang telah kita lakukan. Bila kita dah lakukan kebaikan, orang tak hargai, lagi sakit hati rasanya. Bila kita dah lakukan sesuatu, kita pasti nak juga orang lain melakukan perkara yang sama. Tak pun paling kurang nakkan perhatian dari apa yang kita lakukan. Belajar dari hidup, saye faham sesuatu. Oh, itu semua lumrah manusia, lumrah hidup. Namun, tarbiyyah (atau kata lainnya, terdidik dari kehidupan ni...) saye sedar sesuatu. Oh, Allah ilhamkan sesuatu rupanya. Hidup ni penuh dengan perkara yang nak Allah ajarkan; FASTABIQULKHAIRAT!

Dulu, saya pun tak familiar dangan ayat ni, macam jugak yang pernah saye cerita dalam entry berlapang dada. Al-Kisahnya, saye 'discover' perkataan ni buat kali pertama masa saya ber'blog-walking' dan melompat-lompat dari satu blog ke blog yang lain. Ada satu blog yang saye singgah tu gunakan ayat ini; Fastabiqulkhairat!  Lepas tu macam selalu pulak dengar dalam lingkungan tarbiyyah. Kemudian saye pun carilah ayat ni dalam al-quran...

Here it goes...
"Fastabiqulkhairat!
" ~berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan..(2:148)

Saye sangat suka kata-kata Allah yang  ni, Fastabiqulkhairat! Rasa macam comel sangat-sangat and its just like a motivation that Allah use to inspire Rasulullah to do all the deeds, supaya baginda tak putus asa untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini dan yang sebenar-benarnya Allah gunakan ayat ni untuk memujuk hamba-hambaNya supaya tak jemu-jemu untuk lakukan kebaikan.

Nak tau macam mana Fastabiqulkhairat! ni??
Agak-agak kita ni dah cukup Fastabiqulkhairat! tak??
Sejauh manakah kita ni dah Fastabiqulkhairat!???

JOM! muhasabah diri! (saye dan kamu yang membaca!)

Macam mana Fastabiqulkhairat! tu?
Macam ni...senang aje (lebih senang dari makan kacang...hehe)
Setiap kebaikan yang kita lakukan kita ikhlaskan hati dan niatnya hanya kerana Allah pasti itu telah menjadi titik-tolak kepada Fastabiqulkhairat!

" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Agak-agak kita ni dah cukup Fastabiqulkhairat! tak??
kalau nak dikata cukup itu, memang tak wajar...sebab sewajarnya kita takkan pernah rasa cukup untuk melakukan kebaikan. Jadinya, bila kita dah rasa cukup dengan kebaikan-kebaikan (yang mungkin 'tak seberapa') yang pernah kita lakukan, itu maknanya kita memang tak cukup Fastabiqulkhairat! lagi.

  • Orang yang mengejar Fastabiqulkhairat! dalam hidupnya...takkan pernah berkira-kira dengan orang lain...bukannya; aku dah buat semalam, aku dah sudah, kau bila pulak...
  • Orang yang mengejar Fastabiqulkhairat! dalam hidupnya...akan mengajak dirinya dan orang lain Fastabiqulkhairat!...kau dan aku jom Fastabiqulkhairat!; Jom berjemaah! hari ni kau imam, esok aku pulak. Jom sama-sama baca quran! Jom qiamulail! Jom kutip sampah!
  • Orang yang mengejar Fastabiqulkhairat! dalam hidupnya...akan  rasa frust bile dia nak buat sesuatu, tapi dah ade orang lain yang buat. Rasa kalah bila rasa tak cukup Fastabiqulkhairat! bila dah ada orang lain yang buat kebaikan tu dulu; Ala...kau dah buat? aku baru je nak buat tadi...(dituturkan bukan kerana saje-saje tapi memang sebab rasa 'frust' tu ada dalam hati...)
  • Orang yang mengejar Fastabiqulkhairat! dalam hidupnya...rasa tak senang duduk bila orang lain buat kebaikan, dia boleh pulak duduk senang-lenang saje-saje...;kalau orang lain dah mengemas, biar dia yang menyapu...kalau orang lain dah berzikir, dia nak baca quran pulak...
  • Orang yang mengejar Fastabiqulkhairat! dalam hidupnya...akan sentiasa mencari kebaikan-kebaikan lain untuk dibuat setelah selesai suatu kebaikan yang dia lakukan... 
"Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal salih), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal salih yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)." (94:7-8)



(:alangkah indahnya hidup ini>>>bila kita  fastabiqulkhairat!!:)




 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...

Sunday, May 15, 2011

What it takes to be a biomedical science student?

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, all praises to Allah...
saye dah habis blaja! boleh tak, nak buat statement macam tu? (haha..dah  buat dah pun.) owh..baru tau, macam ni rasanye bile dah 'abis blaja'..(hurm..'habis belajar' ke?? =__="")

sebenarnye macam tak patut pun nak buat statement macam tadi tu... interm of 'belajar' tu sendiri pun sebenarnye...sampailah kite ke liang lahad..jadi, kalau setakat baru abis degree ni macam poyo je rase bile kata dah 'habis blaja' kan..huhu.

Anyway, secara tersuratnya; 'habis blaja' ni bagi saye, mungkin boleh di'kata'kan macam ala-ala 'the coolest sigh~Alhamdulillah~' yang saye selalu kate dalam entry2 pasal novel saye...its a feeling of 'relief@kelegaan' bila dapat accomplished something in our life. Macam juge bile orang yang baru kawen akan kata, "yeahhh...aku dah kawen!" (releven tak analogi nie?? ngeeee) then macam tu jugalah dengan 'habis belajar', that is what  i feel tapi tak tau la pulak kalau orang lain kan..

Frankly, 1st-2nd week after finished the last paper for the last semester and year of study tu...actually i'm feeling empty! (pulak dah? tadi kate macam suatu 'kelegaan' lepas habis blaja)
Betoll, empty!!! tak caya??? percayalah!

Serius, rasa 'empty' sebab...dah tak kena study, dah tak bukak buku...tapi rasa macam bosan pun ada..(hahha...) Then, sebab tu la saye kate dah 'habis belajar' ni suatu kelegaan sebab dah tak perlu nak fikir pasal assignment, nak pergi kuliah, nak siapkan tesis, lab report and so on...

Lagi satu 'empty' tu sebab, biasanya setiap kali sebelum exam...saye akan penuhkan otak saye ni dengan segala bagai maklumat+nota2+tips etc pasal subjek2 sem tu...contohnya..
macam semester 4 hari tu, ambil subjek...

~Clinical Pathology
~Medical Parasitology
~Pharmacology & Toxicology
~Reaserch Methodology
~English for Academic Enrichment

so dalam masa 4bulan long sem, saye akan penuh otak saye ni dengan ke 5-5 input tentang subjek2 berkenaan (ceyy...budget cam rajin sangat je study gayernye..huhu) then, bile exam tu, mulalah...otak akan memuntahkan segala isi2nye...(haahha..ala2 merapi memuntahkan lavanye..walopn ade je soalan yang tak terjawab..hehe)

lepas tu..otak pun akan menjadi 'empty' supaya dapat sediakan space untuk subjek2 sem depan pulak.. jadi, macam tu jugalah terjadinya kepada last semester saye ni...otak saye dah memuntahkan isi2 CAM, MDII, Occuptional English masa exam haritu...tu yang rase 'empty' lepas 'habis belajar'! tak caya? ha..korang yang tak 'habis belajar' ni rasakanlah nanti..haaha*gelak jahat*

Dan sebagai seorang 'kakak' yang prihatin, saye nak revealkan tips2 if anda berminat jadi pelajar biomed macam saye (heehe)...so..check it out!


What it takes to be a Biomedical Science student?


1) masa cuti lepas matrik, foundation etc..anda dinasihatkan untuk mengikuti kelas melukis...

-seriously! (tapi tak serius sangatla..)
ha..tgk gamba ni...


ha ni pulak..

Subahanallah! cantikkan sel-sel bawah microskop ni...yang nilah yang kena lukis banyak-banyak dalam lab report nanti..huhu

ape significantnye??...ha..korang kena lukis semua bende2 alah ni..siap kena color2 lagi (cam ala2 coloring contest! haha)

2)selain kelas melukis, korang tryla menceburkan diri dalam bidang cinematography yer!



ha...inilah salah satu video yang group saye buat dulu dalam subject CAM (Complementary & Alternative Medicine..) ini part intro die..canggih tak?? hehe..credits to iqbal..our story board director..^__^

p/s: opss....sorry..there's problem while uploading this video.. (xpela nnt saye cuba lagi yer..)
p/s: edit(21hb..): yeayhhh!! berjaya upload!(^__^)



ha..ni lagi satu video yg di'potong' dari video keseluruhan kami tu...;)

3)ok, lagi perkara yang penting kenalah belajar jadi pencinta haiwan yer...(haaha)


untuk makluman..gambar ni sengaja diberikan 'effect' noise..hehe

4)lepas jadi pencinta haiwan..kena jadi kejam pulak..(hehe)

ade gayekan...mcam 'pembunuh' professional..ehehe

5) kalo takut darah...(takyahla amik kos ni..hehe...acah je..sape rase ok dengan darah bolehlah amik kos ni..;)

ha..cucuk jangan tak cucuk!!

6) pastu kenalah praktis jadi manager ke ape ke yang macam nak membentangkan proposal tu..

Poster Presentation for Research Project 1&2

Inilah sebahagian perkara yang akan anda lalui jika anda berminat untuk mengambil/mengikuti (jejak langkah saye..haha)...huh! rindu pulak rasenya nak kembali ke zaman belaja..(ceywah..cara cakap cam dah lame jer 'habis blaja' kn..perasan betol saye nih! haha)


p/s: owh sekarang nak kena fikir pasal LI(latihan industri@internship@praktikal)...see..tak 'habis belajar' pun lagi!
p/s: life is a learning process! so do TARBIYYAH!
p/s: jom masuk Akademi Tarbiyyah@AT. Akademi sepanjang hanyat! say NO to AF! Say YES to AQ! (pesanan luar tajuk..hheee) ^_^
p/s:(macam kena jekan, AT=Athirah Taha!)



(:alangkah indahnya hidup ini>>>bila belajar kerana ALLAH! :)


 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...