...Words From God~O Allah, The Lord~...

"Closer and closer to mankind comes their Reckoning: yet they heed not and they turn away."

"Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.." (Al-Anbiyaa':1)

AWAS! Anda berada di zon::Alangkah Indahnya Hidup Ini::

::SELAMAT DATANG:::WELCOME:::

Salam sejahtera, salam singgah, salam melawat, salam menjengok, dan semua salamlah saya ucapan kepada pengunjung rumah saya ni teratak; Alangkah Indahnya Hidup Ini...

Saya sangat berbesar hati sekiranya anda dapat meluangkan masa untuk membaca perkongsian saya di dalam blog ini. Saya juga mengalu-alukan anda untuk 'copy' atau ambil apa sahaja yang ada di teratak saya ini yang memberi manfaat kepada anda. Namun saya mengharapkan jasa baik anda untuk melampirkan link 'Alangkah Indahnya Hidup Ini' sebagai rujukannya. Ini kerana sebarang artikel yang saya hasilkan sendiri pasti menjadi tanggungjawab saya kepada ALLAH. ^_^

~Moga ' Alangkah Indahnya Hidup Ini' sentiasa menjadi inspirasi anda~
~Moga segala kandungannya dapat memberi manfaat kepada semua~
~Moga dengan 'Alangkah Indahnya Hidup Ini' menjadikan kita sama-sama beroleh rahmat dan hidayah Allah S.W.T..aminnn~

Sekian Terima Kasih.
Showing posts with label koleksi tuan punye diri a.ka. hamba yg lemah tu.... Show all posts
Showing posts with label koleksi tuan punye diri a.ka. hamba yg lemah tu.... Show all posts

Thursday, January 8, 2015

Jangan dikesalkan hidup. Everything happens for a reason~

بسم الله الرحمن الرحيم
 
Sebenarnya saya plan nak pos entry lain...tapi entry ini plak yang siap dulu. Di kala meng'exam'kan diri ni memang kekadang banyak pula ideanya. *seperti coklat mencurah-curah jatuh ke ladang gandum..haha :D
 

********

Jangan dikesalkan hidup. Everything happens for a reason~

Di sebalik karekter saya yang nampak cam tenang, cool..hehe (kot la anda yang kenal saya 'nampak' secara zahirnya saya camni kan..kihkih) tapi...sebenarnya selaku manusia biasa yang tidak maksum..maka sebenarnya saya pernah juga melalui suatu fasa dalam hidup yang mana saya takut nak menghadapi masa depan, which i really not sure how it will look like and i even can't really direct my own path. This is the part in life yang paling saya tak suka or tak gemar..haha saya tak suka samar-samar, tak pasti, tak ada harapan, tak ada jaminan.

I've once questioned to myself, did i made a wrong choice? Why the things seem not work or atleast there were few things went as the blueprint and my life's plan, accordingly. Saya pernah juga bersikap introvert terhadap diri sendiri, feeling looser, putus asa, rendah diri etc (tapi orang sekeliling tak perasan kot sebab saya nampak rilex dan go with the flow je..tapi di sebalik tu saya tahu apa yang saya sendiri rasa...huhu) not to wonder how i can live like this cause my best buddy used to say; "Athe, ko memang hebat bab nak menyembunyikan perasaan!" haha lol. Not to agree more. By the way, what she said might true enough...kahkah (ayat denial! :P)

Saya pernah juga kira-kira cam mengundercoverkan diri, 'menghibernasikan' diri interm of not really want to get expose to the other friends with my updates etc...tapi dengan my 1st degree friends saya takla camtu..haha

...and after a while... after a deep thinking... saya kembali kepada apa yang patut saya imani selama ini; everything happens for a reason~

Allah knows best~

...dan ianya terbukti apabila kita muhasabah tentang diri dan hidup, tak salahkan diri sendiri, tak salahkan keadaan akhirnya kita akan rasa lebih bersyukur, sabar, positif dan put all trust to Allah!

Kalau anda melalui fasa yang macam saya pernah alami ni...apa yang perlu anda buat adalah just take sometime for yourself. Do have a deep thinking about your life. Then, stop questioning about the past and the road that you might not taken.. Bebaskan perasaan anda daripada semua perkara yang akan buat anda sedih, kesal, tak puas hati etc... senang cakap perasaan-perasaan yang negatifla!

Bila kita stop complaining about takdir yang jadi kat kita baru kita boleh start live life to the fullest! Lepas tu kita akan rilex je berhadapan dengan realiti dan masa hadapan. Just let Allah decides your path. Let He directs your heart. Biar Dia tentukan kita di mana. Biar Dia aturkan rezeki kita. Allah takkan terlepas pandangkan kita punyaaa!

"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak (bernyawa) di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)." [Hud 11:6]

OK, this might sound macam orang berputus asa, kan... No! I mean after you put much effort, just leave it to Allah. 
 
Maksud saya bila kita dah buat apa yang perlu akhirnya tawakalkan saja semua kat Allah. Jadikan pergantungan dan persandaran yang maha tinggi dan maha hebat tu kat Allah saja...

...kerana hakikatnya, Allah je yang tahu sebesar, sekeras, sekuat mana kita betul-betul berusaha, sekerap mana dan betapa mengharapnya kita dalam doa-doa kita, Allah juga yang tahu sebanyak mana airmata yang telah kita tumpahkan untuk Dia. 


********

Tak susah nak jadi orang bersyukur,
Ingat Yang Berkuasa di atas...
Tak lupa siapa yang ada di bawah.

Bila 'terasa/terperasan' macam hidup senang-lenang, mudah... saya selalu juga tanyakan kepada diri sendiri; "Nikmat yang manakah lagi mahu aku dustakan?"  kadang-kadang, malah selalunya kita ni lupa dengan nikmat yang sebenarnya cuma sedikit, hanya sementara...[inspired by 55:13]

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?"
 
...dan apabila sering kali merasa kalah dengan dugaan hidup dan mula tanyakan kepada Allah, "Mengapa aku diuji begini"...maka, tanyakanlah kepada diri sendiri dulu; "Dah cukup berimankah aku ni?" [inspired by 29:2] 

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"

 Kemudian tertanya lagi kita..."Kenapa sebegini berat Allah mengujiku? Susah, payah, gelisahnya cubaan ini, wahai Allah.." Maka, ketahuilah...Allah takkan uji kalau kita tak mampu. Kalau tak mampu sekali pun, itu adalah kerana Allah nak bagi kita mampu hadapi ujian besarnya...[inspired by 2:286] 

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”."

Tak berdosa langsungkah sampai rasa Allah tak patut uji kita??  [inspired by 64:11]

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."

Keep calm..Allah kan ado... La tahzan innallaha ma'ana.. [inspired by 9:40] 

"Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: “Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Bersabarlah dengan kesabaran yang chanteek! Fa sobrun jameel...[inspired by 12:18] 

"Dan (bagi mengesahkan dakwaan itu) mereka pula melumurkan baju Yusuf dengan darah palsu. Bapa mereka berkata: “Tidak! Bahkan nafsu kamu memperelokkan kepada kamu suatu perkara (yang tidak diterima akal). Kalau demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, dan Allah jualah yang dipohonkan pertolonganNya, mengenai apa yang kamu katakan itu.”"
 
********

Maka, jangan dikesalkan hidup. Everything happens for a reason~
When you're not sure of how's life will look like,
just hold your head up high to the sky and...
know that Allah will always be there for you~


___________
p/s: yeayyy! entry tahun baru! :DDD Semoga entry ni buat semangat anda untuk hidup di tahun 2015 lebih membara...hehe :P



(:alangkah indahnya hidup ini>>>... kerana redhaku untuk Allah!! :)






 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam..
-MES,1.32pm, Khamis, 8-Januari-2015,17 Rabi'ul Awwal1436 H-

Monday, April 22, 2013

ukhuwwah berbau syurga~

بسم الله الرحمن الرحيم


Pernah baca entry saya yang ini {kat mana 'degree' kita???}, yang ini {Anda Nakk 'Couple' (2)???}   ..ha, nak tambah lagi satu dalam koleksi dengan tema yang ala-ala sama.

Saya sebenarnya tak suka nak cerita hal yang agak peribadi di blog. Walaubagaimanapun saya tak nafikan...memang di blog ni semua cerita saya, tapi kebanyakkan cerita-cerita yang saya kongsi semuanya adalah berdasarkan pengalaman yang membuatkan saya terfikirkan sesuatu dan tujuan saya berkongsi dengan anda adalah untuk anda turut 'terfikir' sama. Cuma kali ini, saya kira memang satu entry yang sangat peribadi. saya kongsikan juga supaya anda dapat memahami dan saya sebenarnya mahu anda cuba 'create' kan dan rasakannya juga!

Saya tahu, selaku pembaca blog biasanya kita (termasuk saya!) suka baca cerita-cerita tentang si penulis blog tu kan...(ha, jangan ada yang tak mengaku..haha) Jadi tak hairanlah blog-blog  seperti honeykoyuki, mariaelena, irinenadia, farahlee, denabahrin, hamiasraff mendapat follower yang banyak.. (sound jealous je kan..hahha) tapi sebenarnya tak pun...sebab saya faham, itu semua lumrah manusia. suka mendengar cerita! ;D
Kita memang suka baca, dengar cerita kan...dan sebab itu jugalah Allah banyak mempamerkan kisah-kisah dan cerita-cerita dalam Al-quran supaya kita baca. bahkan cerita-cerita dan kisah-kisah tersebut diulang beberapa kali supaya kita mengambil pelajaran. tapi kita aja yang mungkin tak nampak tujuan tersebut dengan mata hati. (Ya Allah, jauhi kami dari menjadi orang yang dirugikan!)

Frankly, masa mula-mula saya decide nak tulis blog dulu adalah sebab ramai kawan-kawan yang tanya; saya tak ada blog ke? So, di situlah mulanya 'ada hatinya' nak mula ber'bloging'. Blog ni sebenarnya macam online personal diary, bezanya diari kita orang boleh baca...huhu Jadi, pada pandangan peribadi saya di situlah letaknya 'kebijaksanaan' atau 'integriti' (ceywahh) blogger tu untuk menggunakan kelebihan menulis atau (should i say mengarut..macam saya..haha) tu macam mana. Harapnya bukan hanya untuk attention seeker aja. *na'uzubillah!

Macam saya mula-mula tulis blog dulu banyak mengarut aja. Pastu sebenarnya kadang-kadang nak luahkan perasaan sebenarnya...susah nak cerita kat orang, baik mengarut sorang-sorang banyak-banyak, kan..haha sampai sekarang pun banyaknya entry lebih kepada luahan perasan selepas mengalami proses muhasabah diri..hehe tapi tujuan utamanya harap bermanfaat buat orang lainlah... :) #peace

So, tak kisahlah apa tujuan blog yang semua blogger nak buat, tapi untuk entry ini sebenarnya sangatlah personal bagi saya dan memang sengaja saya nak postkannya sebab saya memang nak abadikan ia kat blog saya ni...hehe

Entry februari haritu sebenarnya dah delay saya postkan. *susah kot nak siapkan entry tu..lama gila waras!! hhaaha :D tapi rasanya bukan sebab tu pun...sebab yang sebenarnya adalah 1) saya tak ada mood nak menulis 2) saya tak ada mood nak menulis sebab saya ditimpa sedikit musibah tempoh hari...

Al-kisahnya....pada 26hb februari yang lalu..(sila baca ala-ala intonasi cerita arnab&kura-kura..kihkih) sorry2, saya memang ada masalah ketawa berbunyi...haha (ok, lagi sekali.. -__-")

Ok, pada tarikh tu bersamaan tarikh hari lahir saya, saya telah ditakdirkan Allah untuk terseliuh kaki... (Ok, saya da cerita dah pada entry sebelum ni. di sini: Musibah itu 'hadiah' yang Allah beri...). makanya, saya tak begitu nak ada mood untuk menulis di blog masa tu padahal memang saya ada sedikit memaksa diri saya untuk siapkannya pada tarikh 1mac yang lepas. Telah menjadi prinsip dan motto saya untuk 'menulis dengan hati' (aiceceh~ so, saya tak ada lah nak push sangat-sangat...just go with the follow bila dapat hasilkan entry tu...Alhamdulillah, common sense menjengah juga blog akhirnya. ^_^

Menyedari hakikat yang saya ini manusia biasa, saya sebenarnya ada juga berasa sedikit 'down' semasa mendapat 'hadiah' dari Allah tempoh hari..(walaupun maybe nampak macam saya ok ja...huhu cover baik punya! :P)

Saya ada seorang kawan yang (berani saya katakan) saya sering curhat, kongsi dan dapatkan pandangan dll dengan dia. Saya ada cerita sedikit sebanyak tentang dia dalam entry ini: {Rinduu...kamu.kamu..dan kamuuu..} ; dia yang empunya resume 'Ai'. Jadi untuk mudah cerita seterusnya dalam post ni, saya akan mewakilkan dirinya sebagai Ai..hehe

Jadi, di waktu ke'down'an saya tempoh hari saya ada curhat dengan Ai. (malu sebenarnya nak publish benda alah ni...tapi ada something nak share sebenarnya...)

Inilah sedikit sebayak thread inbox kitaorang haritu...selamat mengikutinya...eheh!

[sebenarnya Ai yang tolong printscreen benda alah ni..hihi]

[masa tu memang kitaorang guna propic yang sama ;)]

Sebenarnya saya jenis yang ramai kawan baik. (serius, ini bukan perasan.) sebabnya saya akan selalu cuba letakkan kawan-kawan saya semua istimewa di hati saya. Usahlah memberi saya membuat pilihan kerana mereka semua dekat di hati saya dan Ai adalah salah seorang yang sangat memahami saya walaupun kami mungkin ada beberapa berbezaan seperti yang saya nyatakan dalam post Rinduu...kamu.kamu..dan kamuuu.. itu. Adik saya yang merangkap (BFF saya) pun sangat menyenangi Ai walaupun baru sekali berjumpa dengan Ai.

Persahabatan kami melalui proses yang agak panjang juga dan persahabatan kami dikuatkan dengan ukhuwwah apabila kami mendapat tarbiyyah yang sama.

Bagi saya asas sebuah persahabatan itu terdiri sama seperti pembinaan sebuah usrah. Asas persahabatan kami adalah berdasarkan 3T: Taaruf, Tafahum, Takaful.

Saya bertaaruf dengan Ai semasa kami di matrik. Ditakdirkan Allah, kami satu kelompok semasa minggu orientasi. Kemudian yang menarik lagi, rupa-rupanya kami satu blok asrama cumanya saya ditingkat dua, Ai di tingkat satu. Sungguh, persahabatan ini memang ditakdirkan Allah! saya bersyukur dengan sangat untuk nikmat yang ini!

Kemudian kami sama-sama mengikuti halaqah tarbiyyah. Memang Ai dan saya adalah geng dalam soal ini. Allah juga memudahkan persahabatan kami kerana lazimnya kami mempunyai sudut pandang yang sama. Malah apa yang kami rasakan juga biasanya serupa. Jadi, agak mudah mencari konklusi dengan tidak perlu berhujah panjang, kerana itu kami mempunyai tafahum atau kefahaman yang sama.

Selepas tamat matrikulasi kami membawa haluan berbeza. Saya di negeri banyak roundabout dan Ai terbang ke negeri di bawah bayu. Tapi ukhuwwah kami masih seperti selalu, sentiasa manis dan wangi. saya akui, sehingga sekarang pun kami sebenarnya bukan selalu sangat berhubung. Ia juga ada masa-masa tertentu...tapi saya tahu, bila dia kata dia mendoakan saya, saya yakin memang dia mendoakan saya. dan  bila saya kata saya mendoakan dia atau dia minta saya doakan dia, saya  memang akan mendoakannya.

Banyak perkara saya lebih tegar berkongsi dengan Ai daripada mas'ulah saya sendiri dan hatta banyak masalah saya, saya ceritakan pada Ai dulu bukan pada mak saya. Kami bertakaful (membantu) bukan sekadar pendapat, malah tenaga. dan kadang-kala soal kewangan juga. Ai pernah meminta tolong saya menempahkan tiket flight dia, dah dia pasti membayar semula. kalau saya meminjam wang dia pun saya akan bayar kembali. persahabatan kami bukan persahabatan mengambil kesempatan. Saya tahu kewangan dia, dia juga faham kewangan saya, kami sama-sama belajar dan bukan dari keluarga yang berada. Jadi kami berpada-pada.

Oh ya, maaf saya tersilap mengatakan kami tidak mengambil kesempatan antara satu sama lain. Bahkan sebenarnya kami sangat mengambil kesempatan antara satu sama lain. kesempatan itu, 'kesempatan' untuk saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. juga mengambil kesempatan terhadap kekuatan yang dimiliki antara kami untuk menjadikan kami peribadi yang lebih baik.

Pernah dulu, saya menyambut ulangtahun kelahiran salah seorang housemate dan dalam majlis kecil itu semua yang hadir adalah perempuan. maka, ada salah seorang kawan saya telah mengambil gambar untuk kenangan. Semua kami memakai tudung dengan baju berlengan panjang. Lalu, kawan saya itu telah menguploadkan gambar tersebut di facebook dan menge'tag' saya. Tidak lama selepas itu Ai menghantar mesej kepada saya. katanya ada satu gambar yang lengan baju saya sedikit terangkat dan dia bimbang sekiranya gambar itu bersifat public dalam privacy kawan saya yang mengupload.

Saya sebenarnya tak perasan pun akan gambar tersebut. Alhamdulillah, dan saya bersyukur Ai menegur saya untuk itu. betapa ruginya saya sekiranya gambar itu dilihat oleh kaum lelaki. walaupun mungkin ada yang berpendapat 'hanya lengan yang terlihat sedikit' tak apa. bagi saya itu, soal besar, bukan soal 'tak apa'. sesungguhnya saya menjaga kehormatan saya hanya untuk bakal suami saya, bukan orang lain! kawan saya yang mengupload juga memahami dan dia juga telah memadamkan gambar tersebut.
MasyaAllah, lihat betapa Ai mahu menjaga saya dari api neraka! Itulah tugas utama sahabat sebenarnya, menyelamatkan kita dari api neraka dan membawa kita ke syurga. itulah yang baru dikatakan; ukhuwwah berbau syurga! ^_^

Benarlah kata mas'ulah saya dulu; ikatan yang berasaskan aqidah sebenarnya akan lebih kuat  daripada ikatan darah! dan kerana itu juga kita sanggup boikot produk yahudi hanya kerana saudara-saudara se'aqidah kita di Palestin kan!

Demi Allah, Ai salah satu bukti nikmat ukhuwwah yang Allah kurniakan.
Demi Allah, Ai salah satu bukti ukhuwwah berbau syurga saya~

Maka saya tidak hairan bagaimana kesediaan Ansor yang sanggup melepaskan isteri mereka untuk Muhajirin. Rupanya mereka sudah mencium ukhuwwah berbau syurga!

Keterikatan kita dengan dunia kadang-kadang menghijabkan hati dari merasakan nikmatnya ukhuwwah itu, kerana ia membuatkan kita selalu 'berkira'; tentang masa kita, harta kita, wang/duit kita, tenaga kita, perasaan kita, ego kita.

Akhlak yang baik dan hati yang bersih itu antara faktor utama keberhasilan sesebuah ukhuwwah berbau syurga! ewahh! :D

Ukhuwwah tu efeknya seperti amphetamin, tak pun candu...ukhuwwah boleh bawa ketagihan tau! tapi kalau semakin kenal, semakin kita tak suka...itu maknanya ada something wrong some wherelah tu! (Athirah Taha, 2013)

bersahabat itu perhubungan hati..ia bisu, ia buta tapi ikhlas berkata, perbuatan dan hikmah perkataannya membukakan mata dan kerana itu aku ingin bersahabat dgnmu, kau sahabat dgnku..

khilaf...tegurlah, nasihatilah aku... lupa..ingatkanlah aku... mungkar..nahikanlah aku... ma'ruf...ajaklah  aku... jauh dari Allah...bawalah aku kembali dekat padaNya... jika benar... kau benar-benar sahabatku..aku rindu seperti dulu~

Ukhuwah itu nikmatnya indah. Diuji bila ada hati yg 'terasa', xpuashati, terusik, terkilan dgn perlakuan atau perbuatan.Terasa indahnya ukhuwah itu bile ubatnya berlapang dada dan memberi peluang untuk memperbaiki diri. Maka berlapang dadalah!;)

 Athirah Taha, 2010


Maka, beruntunglah orang-orang yang telah dulu menghidu wanginya 'ukhuwwah berbau syurga'. 
 
[Saya berdoa Ai yang akan menjadi jiran saya di syurga! amin.] 

(:alangkah indahnya hidup ini>>>bila  ukhuwwah itu berbau syurga!! :)





 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam..
Rekod sebenar entry siap:
-MES,4.55pm,Isnin, 22-Apr-2013, 12 Jamadil Akhir, 1434-

Saturday, March 30, 2013

Musibah itu 'hadiah' yang Allah beri...

بسم الله الرحمن الرحيم


Saya sekarang sebenarnya tengah berusaha untuk siapkan entry April dan di dalam entry Februari yang telah 'kelewatan' tempoh hari saya ada cakap yang saya akan bagitahu sebab kelewatan saya post entry tersebut dalam entry April nanti. Walaubagaimanapun, memandangkan ada sesuatu yang saya nak kongsi pada tarikh ini eloklah kiranya saya 'reveal'kan sebab itu lebih awal..hehehe #Entry ni akan ada kesinambungannya dengan entry April nanti..

Alhamdulillah, 26hb Mac. (ok, sepatutnya saya post pada tarikh ni, tapi masa tu internet agak mencabar 'kewibawaan' saya so, tak dapat nak buka blog.. *memang susah nak berjodoh dengan blogger nih! -_-'')  So, sepatutnya 'hari ini' sebenarnya kira genap sebulan selepas kaki saya terseliuh. Ya itulah dia! antara sebab yang membuatkan saya tak berjaya nak siapkan entry Februari tu adalah kerana kaki saya terseliuh.

*gambar untuk rekod..heheh. :D

Alhamdulillah. hari ini walaupun mungkin takla 'fully-cured' (sebab...kalau jalan banyak dan 'terlupa' yang kaki tu sebenarnya masih sakit dan jalan macam orang gagah memang masih terasa juga sakitnya tu) tapi selepas sebulan ni... Alhamdulillah, saya boleh katakan da dapat jalan macam orang normal means tak ada terencot-encot da. Alhamdulillah! #Allah begitu baik dengan menyembuhkan kaki saya! Love you, Allah! ^_^ 

 [26:80]: "Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku"

26 Mac. dah sebulan. Maknanya kena haritu 26Feb kan. Serius. 26Februari! Hari lahir saya yang ke-sweet sokmo!! (haha :D) 

Kalau tanya perasaan saya masa tu...hurmmmm...frankly, tak tahu nak describe macam mana. Lagipun sebelum ni sebenarnya kaki saya memang pernah injured macam ni jugak *gaya macam dah biasa je kan..hahaha dan waktu tu lagilah kelakarnya, tak ada sebab pun....ntah macam mana dalam rumah pun boleh nak kena. itulah takdir namanya. kunfayakun, Allah kata!

Mak saya pun saya bagitahu 3 hari lepas kejadian tu...huhu tak nak bagi dia risau sebenarnya. Perasaan bila kena kali ni macam tak tahu nak cakap macam mana. Sedih...hurmm...lepas kena tu tak la pulak menangis. kelakar...agak kelakar jugala saya rasa sebab sebelum tu elok aje pergi tengok rumah untuk survey rumah sewa. Tup-tup on the way balik tu takdirnya terjatuh dari 'pengangkutan awam' kat sini. Haaa tu, split second je Allah nak tarik nikmat jalan.

Masa tu tak tahu nak rasa macam mana. Mungkin feelingless sebab macam terima aja keadaan tu. Masu'lah saya kata ada beza antara pasrah dan sabar, tapi saya pun tak tahu saya masa tu kategori pasrah ke sabar...hahha bak kata akhi Salim A. Fillah; sabar tu pun menunjukkan taqwa apabila....


Actually haritu saya puasa sebab memang saya suka puasa masa birthday sebagai hadiah untuk diri sendiri...tapi Allah beri saya 'hadiah' yang lebih besar lagi.

Betul...musibah itu 'hadiah'! 


Terbaikkan hadiah hari lahir saya? haha Agak-agak 'cool' tak hadiah Allah takdirkan ni??

Seriuosly, memang cool! *ni bukan sakartik. Demi Allah, memang cool!

Rasanya memang macam tak berapa nak ada perasaan tapi mungkinla ada macam down juga sebenarnya. (walaupun nampak macam saya rilek jer...haha #control macho! ) Tapi lepas tu macam banyak aja kata-kata semangat yang saya baca untuk berikan semangat. Macam Aagym ni..macam tau-tau je saya ditimpa musibah hari tu...hehe

Betul. Kalau kita terima keadaan dengan berlapang dada, insyaAllah hati kita akan jadi tenang. Maka saya pun memberikan kata-kata semangat kepada diri sendiri...hehe ^_^

 
Sebenarnya, walau seteruk manapun keadaan yang datang kat kita tapi kalau kita berfikiran positif, dan bersangka baik kat Allah insyaAllah kita akan dapat menghadapinya dengan tenang. Dulu saya selalu pesan kat adik saya; kalau benda buruk atau perkara negatif jadi or datang kat kita dan kita menerima dan memandangnya negatif juga, maka akan jadi lagi negatiflah perkara tu. Then, kalau buruk sekali pun tapi kita berfikiran positif insyaAllah kita akan rasa lebih baik. Kita takkan rasa stress lebih-lebih dan sebagainya. Pokok pangkalnya semua pada kita, bagaimana kita nak menerima sesuatu keadaan tu. Even sebenarnya kalau perkara tu negatif tapi kita still positif, kita tak rugi apa-apa pun kan... :)
hidup kalau nak lancar, baik, tenang, happy kenalah husnuzon (baik-sangka), berharap, bergantung dan minta kepada Allah. :) (Athirah Taha, 2013)
  
Musibah akan jadi hadiah dari Allah kalau kita sabar dan tenang menghadapinya. Sebab....banyak sebabnya!
  • Allah uji kita sebab sebenarnya kita mampu.  
  "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (Al-Baqarah 2:286)
 
  • Allah nak dekat lagi kita denganNya.
Tenang dan sabarlah dalam menghadapi cubaan, Allah mahu mendekatkan kamu kepadaNya. (Athiran Taha, 2013)

 "Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman." (Ali-'Imraa 3:139)
  
  • Supaya dengan musibah kita akan meletakkan tawakkal dan pergantungan kita yang maha tinggi  kepada Allah!
Aku meminta pada Tuhan manusia; yang empunya setiap jiwa dan segala sesuatu yang ada di langit, di bumi dan yang di antara. Aku meminta kepada Allah bukan untuk dimakbulkan tapi kerana Aku tahu Dia tuhan yang tiada selain Dia yang harus aku meminta. Aku meminta kerana aku mengharapkan Dia, bukan manusia.Walauapapun yang aku minta semuanya mudah bagi Dia, tidak terkurang sedikit pun apa yang milikNya.

Tanpa sedar kita seakan memperlekehkan Allah dengan tidak meminta dan tidak bergantung harap kepadaNya.

 Pada siapa lagi harus meminta, berharap dan menagih kasih kalau bukan Allah yang Maha Punya Segala.
 (Athirah Taha, 2013)

  • Supaya dengan musibah kita lebih menghargai hidup!
benarlah, jika kita tak pernah rasa susah atau sakit, kita mungkin akan 'kurang' nak rasakan apa dan bagaimana rasa susah dan sakit itu...atau mungkin...kita yang tak pernah nak cuba rasa 'kasut' orang lain yang mungkin 'saiz'nya memang tak pernah sama dengan kita...

belajar bersusah-susah itu akan membuatkan kita lebih mengerti dan lebih menghargai hidup.
 (Athirah Taha, 2013)

  • Supaya kita sedar kita ada Allah! Allah campak kita jauh-jauh, sorang-sorang dan bagi pulak kita musibah sebab Dia nak kita sedar kita ada Dia!
Ya Allah, kau permudahkanlah dalam setiap urusan melalui ujianMu.

 Akan aku berdoa dalam setiap sujud, akan aku meminta dalam setiap tasbih
 
  ...kerana aku mencintai Tuhanku dengan Maha sangat!

 ...kerana aku ini tiada apa melainkan Tuhanku, Allah!

 ...kerana hati ini selalu terikat untuk Dia, Maha Pencipta.

  Maha benar, Allahlah permata hati yang tiada galang-ganti!

(Athirah Taha, 2013) 

  • Supaya dengan musibah  Allah nak kita meminta dengan sangat-sangat kepadanya! 
 Aku meminta dengan sangat: Allah, permudahkanlah!
 (Athirah Taha, 2013)

  •  Supaya dengan musibah kita muhasabah hidup kita. Adakah kita hidup mengikut apa yang Allah suka??
Adakah aku telah menggunakan umur ini untuk Islam?
Aku ini berdosa kepada Tuhanku. Allah ampunkanlah.
prescribe istighfar untuk hati..
 (Athirah Taha, 2013)
 Ya Allah ya tuhanku, tolonglah aku dan bantulah aku dalam mengingatiMu dan bersyukur kepadaMu dalam memperelokkan ibadah kepadaMu.
 
  • Supaya dengan musibah kita bersangka-baik dengan Allah!
 Allah yang melancarkan hidup, maka bersabarlah!

seakan sakit ini tiada apa, kerana aku tahu Allah pasti menjanjikan aku sesuatu... =)
(Athirah Taha, 2013)



Saya juga dah pernah kongsi banyak perkara dalam post yang ini {MeNgataSi PeRSoaLaN HiDuPPP...}, {Adakah saya bernasib malang???}.

Kadang-kadang kita (atau lebih tepatnya saya!) selalu mengeluh dengan banyaknya cubaan Allah bagi, tapi kita lupa Allahlah yang telah dan akan melancarkan, memudahkan hidup kita. Para sahabat dulu akan tertanya-tanya pula: "Mengapa Allah tak uji aku, tak datangkan musibah?" sebab..bagi mereka, bila Allah uji, itu tandanya Allah sayang dan care dekat kita. 
Musibah itu sebenarnya nikmat; ia kasih-sayang, teguran, tarbiyyah (didikan) dan rahmat dari Allah! (Athirah Taha, 2013)

 Semoga apa pun musibah yang menimpa, kita melihatnya sebagai 'hadiah' dari Allah SWT. Jadi, ^_^ lah menghadapi kepayahan!!



______________
Kata-kata ini sebenarnya hasil komplasi dari karutan di kicauan saya. 
Hidup biasanya bukan seperti yang kita lihat, sentiasa ada maksud tersirat~



(:alangkah indahnya hidup ini>>>bila Allah menjadi permata hati! :)







 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam..
Rekod sebenar entry siap:
-MES,9.29am, Sabtu, 30-Mar-2013, 1 Jamadil Akhir, 1434-

Friday, June 8, 2012

Entry ke-100: [~Terbinanya Masjid itu~]


بسم الله الرحمن الرحيم


Saya pernah beritahu dalam entry saya yang ini {Kita Apa yang Kita Agendakan}; saya seorang yang sangat cemburu dengan orang dapat menginspirasi orang lain. Jadi, saya sangatlah cemburu dengan Ustaz Don dan Aiman Azlan..hehe (bukan cemburu sebab diaorang glamour pun)...tapi sebab...

Episod ke-100, 30Minit Ustaz Don: sangat best! (Sesi istimewa bersama Ustaz Don)
Entry ke-100, kat blog Aiman Azlan: pun best jugak! (Dia post sambungan cerita 'Manis' dia)

Oh, saya pun nak bagi anda sesuatu yang istimewa juga! hehe.


Entry ke-100: [~Terbinanya Masjid itu~]


Ooops...bukan masjid saya.
 'Masjid' saya masih dalam perancangan pembinaan, 'pelan' dari arkitek Maha Hebat sudah terlukis, kini mahu dikumpulkan bahan-bahan binaan yang terbaik,  biar kukuh tiangnya nanti, biar indah hiasan dalamnya juga...cuma bila waktunya, bila masanya biar kontraktor Yang Maha Berkuasa beri arahan, saya terima aje! ^__^  (Athirah Taha, 2012)
p/s: Doakan 'masjid' saya siap dibina yer! Dalam blueprint, hanya tinggal 2 tahun lagi..hihi


Terbinanya Masjid itu~

Jujurnya, dah lama saya bagi tajuk untuk entry ini. (aha, saya memang selalu macam gini, tajuk bukan main banyak, tapi draf masih kosong tak pun baru bertaip separuh...) dan memang sesuai sangatlah dengan mood saya yang baru aje balik dari 'new castle' (Kota Bharu) menghadiri walimah ex-roommate saya di sana.

Seingat saya, sejak tahun lepas lagi (masa saya LI) memang banyak undangan walimah (kenduri kahwin) daripada orang yang 'dekat-dekat' dengan saya. Mula-mula kawan masa saya sekolah menegah, kemudian kawan LI saya, kemudian yang paling buat saya gembira; mas'ulah saya!
[oooh..masulahku dah disunting orang.. Moga ikatan itu meneguhkan lagi letaknya kaki yang telah dipasakkan di 'jalan' ini. Moga dilapangkan rezeki, dipermudahkan segala urusan...i'm soooo happy for you~ ^_^]

Kemudian lepas pergi walimah orang, selepas LI tu saya pula yang dah jadi ala-ala wedding planner bila kakak-kakak saya pulak yang kahwin. Tahun lepas memang saya 'membanting-tulang' untuk urusan nikah-kahwin...hehe dan dicelah-celah kesibukan 'membanting-tulang' tu (ceywah, macam dok usahakan bendang aje gayanya kan...haha) sempat juga saya pergi kursus kahwin. Tapi cerita sebenarnya, bukanlah masuk dalam rancangan saya pun, cuma Allah dah dulu aturkan untuk saya, untuk ke kursus kahwin tu.


Cerita Kursus Kahwin:
~Sebenarnya saya ni kira-kira  jadi 'bidan terjun' je nak pergi kursus kahwin tu, al-sebabnya saya gantikan kakak saya yang nak kahwin (masa tu). Kakak saya dah tempah dan bayar tapi last minute disebabkan hal-hal tertentu, dia terpaksa batalkan untuk ikut kursus kahwin di tempat saya tu (sebab dia pergi kursus kahwin kat tempat lain). Jadi, mak sayalah yang suruh saya gantikan dia. Mak cakap: nanti senang nak kahwin, tak yah fikir nak gi kursus kahwin da...haha (ok, yang ketawa tu saya...bukan mak saya..hihi)

~Memandangkan tempat kursus kahwin yang saya hadir ni atas kelolaan pejabat agama daerah jadi ia bukanlah macam kalau kita hadiri kat IPT-IPT. 'Peserta-peserta' kursus kahwin kat sini pun bervariasi dari segi umur, latar belakang keluarga, tempat asal, pekerjaan dan pendidikan. Ha, nak cerita kat sini...masa pergi kursus kahwin tu, saya rasa saya ni agak 'tua' sebab bila borak-borak tanya umur (senario standard kalau gi kursus kahwin..haha), ramai jugak yang lebih muda daripada saya..(aiseh, rupanya lambat jugak rupanya saya gi kursus kahwin ni...mujur tak extend lagi..hehe) dan pertanyaan atau ayat 'standard' juga yang akan ditanya adalah...
"Dah tunang ke?" (ok, biasa tengok cincin kat jarilah!)
tak pun "Bila nak buat majlis?" huhu
"Datang sorang ke berdua?"
tak pun "Mana cik abangnye?" wohaa!
Ok, untuk saya yang tak berkaitan dengan pertanyaan tersebut, saya sengih aje...dan dengan bangganya saya menjawab "saya ganti tempat kakak saya aje!" haha

~Selain menggantikan 'tempat' kakak saya untuk kursus kahwin tu, saya luruskan juga niat untuk dapatkan ilmu dan yang penting sekali, kalau memang dah 'jodoh' kira ok jugaklah kan gi kursus kahwin ni! (haha) dan sepanjang dua hari kursus kahwin tu, saya sebenarnya suka perhatikan ragam mereka yang bersama saya di dalam kursus kahwin ni. Nak tengok jugakkan, macam mana 'attitude' orang-orang yang nak kahwin ni kan..(saya lainlah, pergi kursus kahwin ni just kira buat preparation awal..hehe) tapi 'diaorang' yang lain-lain tu, kebanyakannya datang dengan tunang masing-masing, siap memang yang tengah buat persiapan nak kenduri-kendara dah. Ada yang siap nak edar kad pun!

~Hari pertama tu, saya terlewat sikit sebab jarak dari rumah saya ke bandar dalam 20minit (lagi pun sebenarnya saya macam lupa nak kena gi kursus kahwin pagi tu..haha), kemudian saya kenalah duduk barisan belakang sikit, saya ingatkan tak ramai, rupanya full house! dan..rupanya jugak ada yang lebih lambat daripada saya..huhu Jadi dia pun duduk sebelah saya, so saya pun 'buatlah kawan' (makes friend) dengan dia. Tengok gaya dia rasa-rasa saya umur dia mungkin lebih kurang saya, hurmmm....atlast taulah saya yang dia rupanya dua tahun lebih muda daripada saya, kata dia...tahun depan nak kahwin (masa tu, dan kalau masa sekarang mungkin dah kahwinlah kot..)

~Sepanjang pemerhatian saya terhadap 'orang-orang' yang bakal kahwin ni...saya tak tahulah nak cakap macam mana, tapi berdasarkan pemerhatian saya yang memerhati dan menganalisis secara 'zahir' pandangan mata ni, bagi saya, saya hanya ada satu kesimpulan: mereka sebenarnya masih belum bersedia nak mendirikan rumahtangga (dalam erti kata yang sebenar).
~Mana taknya, saya lihat peserta lelaki, pantang rehat saja, pasti merokok. Karektor mereka yang melalui pakaian mereka juga tidak meyakinkan. Saya boleh katakan terlalu 'sempoi'. Kalau nak sempoi pun, agak-agaklah, biarlah nampak kemas sikit.
~Ok, macam tak adillah saya cakap macam tu, mungkin saya bias sebab mungkin saya yang 'high expectation' sangat kan...tapi cuba fikir, dah taukan nak pergi kursus kahwin, yang mana ianya satu majlis yang 'agak-agak' formal jugaklah, so please make it proper. Ada je yang pakai t-shirt dengan jeans (lelaki), tak kisahlah nak pakai apa tapi cara present diri tu biar nampak kemas. Kalau diri sendiri tak boleh nak urus, macam mana urus rumahtangga? #sendiri mau ingatlah kan... huhu

~Itu sedikit sebanyak tentang peserta lelaki, peserta perempuan pulak....semuanya nampak manis dan sopan dengan berbaju kurung. Tahniah! tapi....yang tak berapa nak jadi manis dan sopannya.....bila daripada hampir 60 orang peserta perempuan tu, tak sampai 10 orang pun yang solat zuhur... #ok, memanglah perempuan kalau tak solat mungkin ada sebab 'tu' kan..tapi logik ke kalau dari ramai-ramai tu, berapa kerat aje yang solat! haisyhhh...

~Oh lupa nak bagitahu, kalau kursus kahwin kat tempat saya ni, lepas sesi terakhir peserta kena jawab soalan tau. Ala-ala soalan periksa pendidikan agama Islamla, soalan tu merangkumi semua silibus ceramah kursus kahwinlah, kira-kira macam soalan kefahaman nak tengok apa yang kita dapat daripada slot-slot yang banyak tu. Ada 50 soalan semuanya. Seingat saya, untuk kursus kahwin 2 hari tu ada 8 slot termasuk; aqidah, ibadah, akhlak, munakahat, hubungan dalam keluarga & komunikasi suami isteri, pengurusan sumber keluarga, pengurusan kesihatan, pengurusan stress, dan pembubaran perkahwinan.
~Sebenarnya, semua slot ni adalah silibus dalam buku "Gerbang Perkahwinan" yang biasa peserta akan dapat bila pergi kursus kahwin. Penceramah tu kiranya 'tolong' membentangkan semua tajuk-tajuk dari buku tu lah. Masa jawab soalan sebelum habis tamat kursus kahwin tu, saya duduk sebelah 'kawan yang dua tahun lebih muda daripada saya' tu... muka surat pertama kertas soalan banyak bab aqidah dan ibadahlah. Bila jawab soalan muka surat pertama tu, dia dah tanya saya: (yang dialognya lebih kurang beginilah)

watak: saya (saya, sayalah!), dia (yang dua tahun lebih muda daripada saya, yang tak lama lagi nak kahwin)
dia: eh, rukun iman...ada 5 ke 6 ek??
(saya yang tengah sibuk jawab soalan lain toleh ke sebelah melihat dia, betul ke apa yang dia tanya saya tu???)

saya: eh, dah nak kahwin dah, takkan tak ingat lagi rukun iman ada berapa? (saja saya memprovokasi. oh adik, ni basic tau!)

dia: ala tak ingatla..bagitau jelaa....(dia buat muka tak bersalah ala-ala nak mintak jawapan sayalah tu tapi dia tak tau yang saya ni kedekut! meh nak lecture sikit adik ni! haisyh..)

saya: macam mana ni, nanti kalau dah kahwin anak-anak tanya macam mana? (saja lagi saya provokasi. sebenarnya sedih! alahai adik, anda dah nak kahwin, takkan rukun iman ada berapa boleh konpius lagi..astaghfirullah!).

saya lagi: cuba ingat semula...pertama apa? cuba kira semula...(saya cuba nak bantu dia, sambil jari saya dah nak membilang..)

dia: ala...bagitau jela....(mungkin malu dia nak mengira dengan saya agaknya..)

saya: satu, percaya pada Allah, dua kitab, tiga rasul...(jari kanan saya dah keluar tiga..) lagi? (saya tanya dia, tapi dia buat diam je.. jadi saya pun terus kirakan sampai cukup enam semuanya)

dia: (sengih aje.....)

saya: ha, tulah masa ustaz bagi ceramah tidur lagi.... (Opps...bukan dia saja yang tidur masa ceramah, malah ramai yang terlentuk-lentuk kepala masa ustaz bagi ceramah kat depan...memanglah semua yang penceramah tu cakap ada dalam buku tu, tapi apa salahnya buat catatan, nanti kalau dah balik rumah, 'harapan'lah nak baca buku tu semula kan...saya pulak yang menyalin tips-tips dan point-point dari penceramah, kalah diaorang yang nak kahwin tu! haha rugi betullah diaorang ni..)

saya lagi: nanti balik, jangan lupa baca balik apa yang ada dalam buku tu tau! (itu jelah yang saya mampu pesan. selebihnya terpulanglah pada dia...)

Ini bukan dialog rekaan tapi inilah perkara sebenar yang saya lalui masa berkursus kahwin tempoh hari. Saya bukan nak menghebahkan 'aib' tapi saya nak menceritakan realiti sebenar...dan saya juga sebenarnya teramat sedih! 
Ini baru seorang yang saya jumpa begini. Masih keliru rukun iman dan rukun islam...astaghfirullah, ini isu besar bagi saya. Masyarakat kita masih tak settle bab tauhid! Inilah realitinya, belum masuk bab-bab lain lagi. Bab bersuci, bab solat, bab aurat, bab quran!
Sebagai seorang yang dah berpengalaman menghadiri kursus kahwin di tempat saya (saya tak mahu mengeneralisasikannya untuk semua tempat, kerana lain tempat mungkin lain pendekatannya, lain situasinya)...tapi maaf cakaplah, saya rasakan objektif kursus kahwin perlu diperhalusi lagi kerana tak salah jika saya katakan tujuannya belum cukup tercapai. Peserta pun rata-ratanya menghadiri kursus kahwin semata-mata hendakkan sijil...kerana itu mereka tak kisah tertidur atau memang sengaja tidur semasa ceramah.
Lagi pula, mana  taknya, masing-masing pun datang 'berpasangan' naik kereta sama-sama, bonceng motor lagi...haisyhh...inilah masyarakat kita! Perkara ini perlu difikirkan bersama kerana sebuah masyarakat Islam itu tidak akan terbina dari keluarga yang tidak mengamalkan Islam, dan keluarga Islam itu tidak akan terbina, jika individu yang membina rumahtangga itu tidak mengamalkan nilai-nilai Islam, apatah lagi jati diri Islamnya lemah tak bermaya!

Terbinanya Masjid itu~

Biasanya, bila cakap soal nak membina/mendirikan masjid ni, 'masyarakat' kita akan kaitkan dengan nikah-kahwinlah, cari pasangan, dan bila bab cari pasangan mereka akan kaitan dengan couple. Bila singgah bab couple pulak, mesti tak terlepas bab cinta. Sebelum ni, saya dah pernah tulis pasal couple dalam entry ni:{Anda Nakk 'Couple'??? , Anda Nakk 'Couple' (2)???}, dan bab-bab nak cari pasangan  saya ada tuliskannya di sini:{**Kekasih Halal**, **Kekasih Halal (2)**}... jadi kali ni lagi seriuslah, kan...Bab Rumahtangga:Terbinanya Masjid itu!

Asalnya, memang dah lama saya draf tajuknya dan sedikit isi-isinya tersimpan di kepala tapi yang men'trigger' terhasilnya entry penuh ini apabila ada special request dari mas'ulah saya! (sebab saya sangat sayangkan mas'ulah saya kerana Allah, maka pastilah saya tak akan hampakannya.. kata mas'ulah saya; nak request! new entry: persiapan baitul muslim.. and...here it goes~

cerita kursus kahwin yang saya cerita tu sebenarnya baru mukaddimah aje...(haha...terbaekkan..) saja je nak bagi gambaran pada anda tentang apa yang saya nak coretkan tentang entry kali ini...


Terbinanya Masjid itu~

Baitul Muslim. Mungkin ada yang dah biasa dengar...baguslah, jadi mudah anda faham apa yang bakal saya terangkan seterusnya nanti. Bagi yang tak biasa dengar mari saya bagi ta'aruf (perkenalan) sikit. Baitul Muslim ni sebenarnya maksudnya sama saja dengan istilah rumahtangga yang biasa kita guna....tapi yang lainnya rumahtangga ini adalah 'rumahtangga Islam'.

Kenapa mesti bunyinya begitu?

Sebab...itulah yang akan membezakan rumahtangga kita sebagai orang Islam dengan 'rumahtangga-rumahtangga' yang lain. Pembinaan rumahtangga Islam atau baitul muslim ini pastilah bermula dengan individu-individu yang faham dan mengamalkan Islam. Ianya macam satu hierarki jugakla..contoh daripada datuk>ayah>anak>cucu>cicit....

Jadi, ianya bermula dengan individu muslim>baitul muslim>masyarakat muslim>daulah (negara) muslim>khalifah (zaman pemerintah) muslim> empayar muslim> ustaziatul  alam (seluruh alam  di bawah naungan Islam).

[Thanks to k.mekna's FB coverphoto]

Nampak tak? Matlamat kita besar! Nak  capai perkara yang besar kita perlu bermula dengan sekecil-kecil perkara. Jadi, kita perlu bermula dengan diri kita. Bila bercakap soal rumahtangga, bukan soal cinta sahaja. Ia soal agama, soal matlamat kita. Perkara inilah yang nak perlu kita faham. Kalau rasa kahwin sebab nak suka-suka memang rosaklah masyarakat kita jawabnya. Na'uzubillah!

Maka, sebab itulah bila nak membina masjid, perlu tengok diri kita dulu (saya pun nak letak cermin kat depan saya ni!)...

Yang paling utama: Bab Tauhid, bab aqidah mesti dah nak kena settle awal-awal (ni bab penting, tak settle yang ni yang lain pun tak settle juga!)Segala amalan kita perlu berpaksikan keimanan kepada Allah, dengan itu barulah semua perbuatan kita akan dirasakan diperhatikan oleh Allah yang Maha Melihat!

Bagi saya: Yang paling utama ni tak ada kompromi dan tak ada toleransi. By hook or by crook...mesti settle! So, ini juga sebenarnya menjadi tanggungjawab ibubapa nak pastikan anak-anak tak ada masalah bab ni. (Apatah lagi anak-anak yang dah nak kahwin! huhu)

Yang kedua utama: Bab Ibadah. Ini bab kedua terpenting kerana manifestasi keimanan kita kepada Allah adalah dengan ibadah yang kita lakukan. Ibadah ini secara kasarnya boleh saya katakan adalah dengan mengamalkan Islamlah! Yang asasnya adalah Rukun Islam yang ada 5 tu!
Bagi saya: untuk kita, yang asas dari yang paling asas dari 5 perkara tu adalah SOLAT! Solat pula sepatutnya kena pakej sekali dengan AL-QURAN! Solat sangatlah berkait rapat dengan perkara yang utama tu tadi. kalau tak settle solat yang lain pun tak settle juga! kalau solat kita tak settle macam mana nak ajar anak-anak solat? Kalau anak-anak malas solat, anak-anak tu tiru siapa sebenarnya? dan..kalau kita tak minat Al-Quran macam mana kita nak kongsikan minat kita tu dengan anak-anak kita kan?

Yang ketiga utama: Bab Akhlak. Sebenarnya, bila settle bab paling utama dan bab yang kedua utama tadi, insyaAllah dan sepatutnya bab ketiga utama ni pun dah tak ada masalah. Rasulullah S.A.W pun diutuskan kepada kita untuk menyempurnakan akhlak. Cabang akhlak ni pula sebenarnya ada banyak perkara. (Tapi saya tak bercadang untuk membincangkannya lebih detail di sini). Cukuplah sekadar saya katakan; jika anda benar-benar menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai idola (qudwah) contoh tauladan anda, pasti anda akan menjadi seorang yang berakhlak mulia!

Saya memang nak ulas panjang untuk ketiga-tiga perkara ni...tapi saya rasa lebih baik saya sampaikannya dengan cara yang lebih ringkas dan sederhana... Biasanya kata-kata orang yang belum berpengalaman ni, berdasar teori dan agak-agakkan saja kan, so saya nak cakap lebih pun susah juga..sebab saya pun belum kahwin...huhu. Cuma apa yang saya kongsikan ni adalah perkara-perkara yang saya sendiri sedang berusaha mempersiapkan diri dan berdasarkan 'pengalaman' yang saya dapat daripada bahan-bahan bacaan, pemerhatian dan analisis saya terhadap orang-orang di sekeliling saya.

Saya ingat lagi, masa belajar dulu bila dok bersembang dengan kawan-kawan dan masuk bab-bab ni mesti ada yang kata, nak 'orang' yang macam nilah, yang macam tulah. Bagi saya, kita memang mempunyai hak atau fitrahnya memang kita boleh nak meletakkan ciri-ciri pasangan yang kita inginkan...tapi yang lebih penting, kitalah yang sebenarnya perlu mempersiapkan diri untuk berbaitul-muslim ni...
 

Persiapan-persiapan ini saya bahagikan kepada persiapan:
[Zahir, Batin, Mental, Fizikal.]


[ZAHIR]
Saya mulakan dengan persiapan zahir..'Zahir' ni, mungkin boleh dikatakan hampir nak sama dengan definisi 'fizikal' tapi saya nak mentakrifkannya sebagai apa yang terzahir dari diri kita atau apa yang terlihat dari diri kita. Maksudnya, bila kita dah buat persiapan 'zahir' untuk kahwin ni, bila orang tengok kita aje orang dah boleh nilai dan kata; "Ha, dah boleh kahwin dah ni!"

 Jadi, persiapan zahir ini merangkumi pembinaan karektor diri, pembawakan diri, kebersihan diri, akhlak, how we present ourselves, hubungan dengan orang lain dan sebagainya.Contohnya;

Pembinaan Karektor Diri: Kita mesti telah didik diri kita dengan sifat-sifat mahmudah; sifat-sifat yang baik. Kita mempunyai cara, style kita yang tersendiri sebab Allah ciptakan kita ni exclusive dan memang hanya kita satu-satunya 'signature-design' Allah dalam dunia ini yang menjadi diri kita. Kita adalah kita. Kita istimewa dengan apa adanya kita. Jadi, kita perlu menerima kelemahan dan kekurangan diri kita seadanya.

Contoh buat kaum adam:
~dah tunjukkan ketokohan nak jadi ketua keluarga, mesti dah boleh jadi imam, rajin-rajin jemaah kat surau!
~dah tau hal-hal rumah, kereta (benda-benda segala bagai tu la. Nanti isteri nak refer kat siapa lagi kalau bukan suami...haha)
~dah ambil tau juga hal-hal dapur
~dah boleh juga berdikari basuh baju sendiri (takkan semuanya nak harap isteri nanti, kita kan kena ikut qudwah nabi!)
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka." (An-Nisaa' 3:34)
Rasulullah S.A.W bersabda dalam hadisnya bermaksud: “Sesungguhnya Allah akan menyoal tiap-tiap penggembala akan apa yang digembalanya, adakah dia menjaganya dengan baik, atau dia mensia-siakannya, sehinggalah seseorang lelaki itu akan disoal tentang ahli rumahnya.” (Riwayat Ibnu Hibban)

Contoh buat kaum hawa:
~dah tunjukkan ketokohan nak jadi isteri, nak jadi ibu!
~dah tau hal-hal rumah, hal-hal dapur (kalau tak hebat sangat memasak pun atleast tau sikit jangan tak tahu langsung...nanti suami nak juga rasa air tangan isteri...kata nak jadi isteri solehah kan?! haha)
~tak kekok nak deal dengan budak-budak (nanti ada anak sendiri lagi parah..)
~kena biasakan diri nak mengemas, membasuh, menghiasi...(ha, apa-apalah yang berkaitan 'meng-men-me' untuk rumah...)
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al ‘Ash, Rasulullah S.A.W bersabda: “Dunia ini adalah perhiasan (kesukaan dan keseronokkan) dan sebaik-baik perhiasannya adalah wanita (isteri) yang solehah.” (Riwayat Muslim)
Rasulullah S.A.W bersabda dalam hadisnya bermaksud: “Tiadalah sesuatu yang diperoleh oleh seorang mukmin sesudah bertaqwa kepada Allah SWT, lebih utama daripada seorang isteri yang solehah; apabila disuruh dia taat, apabila suaminya melihat kepadanya hati suami merasa tenang, apabila suaminya bersumpah dibantu suaminya untuk menunaikan sumpahnya, dan apabila suaminya tidak ada di rumah ia menjaga kehormatan dan harta suaminya.” (Riwayat Ibnu Majah)
Kita perlu menggunakan kelebihan yang ada pada diri kita untuk memaksimumkan potensi yang ada dalam diri kita. Bersikaplah kreatif dan kritis, ok! ;) Mari kita tunjukkan ketokohan kita dalam semua lapangan. Qudwah kita, qudwah sapu semua!

Pembawakan Diri: pembawakan diri atau kata orang putih; self-bringing lebih kepada menunjukkan EQ (emotional quotes) kita. (wah, cam pakar psikologi plak saya ni! haha) Ini pun antara perkara-perkara yang penting untuk diri kita, tak semestinya bila nak kahwin aje... Contoh pembawakan diri yang baik adalah dapat menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan, dapat menyesuaikan diri dengan orang yang bervariasi latar belakang hidup, umur, pendidikan dan sebagainya. Ini sangat membantu bila kita dah ada keluarga baru nanti. (keluarga mertua lah! huhu)

Kebersihan Diri: Ahaa, ini elemen yang paling saya suka...huhu. Perkara yang asas memanglah kebersihan diri, tapi sebenarnya maksud yang nak saya sampaikan lebih besar lagi; kebersihan serba-serbi!
Bersihnya kita nak beribadah, bersihnya kita hal kain-baju kita, tempat tinggal kita dan lain-lain lagi. Kena didik diri sentiasa bersih, sebab....Annazifatu minnal iman! (kebersihan sebahagian daripada iman).
Kena ada rutin potong kuku, syampu rambut, korek telinga (ha, sampai sini detail saya...haha). Bangun pagi, mesti kemas katil, lipat selimut. Kebersihan pun pakej dengan kekemasan, ingat ni! Tuala pun atleast, dua minggu sekali kena basuh, cadar pun mau kena tukar, baju jangan pakai sampai 2-3-4 kali...huhu
Perkara ni memang sangat basic sepatutnya, tapi saya tahu..ramai yang terlepas pandang. Kalau kita orang yang menjaga agama, kita lagi perlu jaga perkara-perkara macam ni...ini semua kan mencerminkan imej Islam kita. Kalau kita tak jadi individu yang mengamalkan Islam, macam mana kita nak bina rumahtangga Islam, betul tak?

Akhlak: Yang ni pun part yang saya sangat suka. Bagi saya, cabang akhlak yang paling saya suka adalah common sense! Jika kita baca sirah, kita pasti tahu Rasulullah S.A.W juga adalah seorang yang sangat tinggi common sensenya. Saya pernah statuskan di FB:
Common sense is a part of akhlak which possesses almost whole of the proportion. (Athirah Taha, 2012) 
cerita saya: dalam doa saya, saya mesti sebut yang saya nak suami yang tinggi common sensenya! serius! (alahai malulah pulak...haha *blushing*)

How we present ourselves: sebenarnya elemen-elemen 'zahir' yang saya kata ni semuanya saling berkaitan. Saja je saya kecilkannya supaya menjadi skop yang lebih halus, agar kita nampak jelas ruang-ruang yang mana yang perlu dan boleh kita baiki. Macam elemen ni 'how we present ourselves' maksud saya lebih kepada bagaimana kita 'mempamerkan' diri kita dari segi pemakaian, aksesori dan sebagainya.
Contoh terdekat saya bagi contoh untuk kaum hawa dalam bab pemakaian, mestilah menutup aurat. Kena faham konsep menutup aurat tu bagaimana. Pemilihan fabrik, warna, gaya semua tu, memang Islam ini bersifat murunah (fleksible) dengan memberi pilihan kepada kita tetapi perlu faham, contohnya...tak kisahlah nak pakai tudung labuh bulat ke, tudung labuh bidang 60/55/48, selendang pasmina ke apa ke...asalkan mesti labuhannya menutupi dada, tidak jarang, dan tidak berlebih-lebihan...dan pesanan saya untuk kaum adam pula, seeloknya elakkanlah memakai seluar pendek/short yang akan menampakkan dua lutut anda...(simpan bagi isteri aje yang tengok ok!)  Janganlah pakai baju yang tak diseterika, kalau baju dah bunga-bunga tudung tu janganlah yang bunga-bunga juga...perlu sesuaikan dengan keadaan.
Penting juga untuk ambil tahu bab-bab nak mix-match kan pakaian...supaya Islam tu nampak cantik menerusi kita! Apa-apapun yang penting untuk perkara dalam 'how we present ourselves' , adalah pastikan ikut syariat dan kemas!

Hubungan dengan Orang Lain: Hubungan dengan orang lain ini lebih kurang macam pembawakan diri tu juga. Ini persiapan yang penting untuk diri kita supaya kita tahu bagaimana nak tackle orang lain, supaya orang lain sentiasa senang nak berurusan dengan kita. Kena tengok dulu hubungan kita dengan mak ayah kita, adik-beradik kita, kawan-kawan kita macam mana. Jadilah baik dengan kaum kerabat terdekat kita dulu. Ini sangat mendidik dan membantu kita bila nak berurusan dengan ipar-duai kita nanti. 
lya, kita perlu banyak belajar dan praktis seni-seni interaksi dan komunikasi dengan orang yang berbeza 'warna' dari diri kita, dengan itu barulah hidup berumahtangga akan lebih ceria! hihi :)
#Oh ya, saya rasa saya kena ingatkan satu perkara...Sekarang ni saya lihat masyarakat kita macam dah 'terbiasa' dengan satu 'trend' ini...Ibu bapa semacam tak kisah bila anak-anak lelaki 'membawa' balik seorang 'perempuan' ke rumah. Mungkinlah niatnya nak memperkenalkan 'si gadis' pilihan hati kepada mak ayah, tapi saya rasakan memang tak wajar bila si gadis bermalam di rumah keluarga  si lelaki yang masih belum mempunyai ikatan dengannya bahkan pula tidak ditemani mahramnya.
Cukuplah sekadar berziarah sahaja untuk berkenalan. Ibu bapa juga tolonglah, jangan biarkan kemaksiatan itu berlaku di dalam rumah anda sedang anda sendiri mengetahui duduk perkara itu. Alasan lain mungkin boleh diberi: Oh, si lelaki ada adik-beradik perempuan yang lain.  Walaupun begitu si lelaki dan si gadis itu seolah sengaja diberi peluang untuk lebih banyak masa 'bersama'  bila si gadis ada di rumah lelaki tersebut. matlamat tidak menghalalkan cara. Bab aurat dan batasan pergaulan pun nak kena jaga lagi!
 Aduhai wanita, jagalah maruah dan kehormatan kita. Ibu bapa juga, tolonglah ambil tahu dengan siapa anak perempuan anda keluar, bermalam di rumah siapa, dengan siapa. Tolonglah, jangan benarkan dia bermalam di rumah lelaki hatta dah jadi tunang sekali pun. (Maaf, memang saya berpendirian agak tegas untuk hal ini bagi menjaga kemaslahatan yang lebih besar). Sebenarnya, banyak lagi cara yang boleh kita lakukan untuk berkenalan dengan keluarga 'si dia'. Sila kreatif! Contohnya; ajak saja mak si lelaki tu pergi shopping dengan kita! haha 

[BATIN]
Bab batin ni, mesti benda-benda atau perkara-perkara yang kita tak nampakkan...so bab batin ni sebenarnya lebih menjurus kepada aspek yang mula-mula saya beritahu awal-awal tadi. Bab paling utama dan kedua utama tu. Kedua-dua aspek tu pula sebenarnya berkait dengan HATI kita! Bila hati kita baik, bersih-suci-dan-murni, barulah segala tindak-tanduk kita yang ter'zahir' akan jadi baik-baik belaka. Sekali gus elemen-elemen dalam persiapan zahir tu pun akan settle, insyaAllah! Saya tak mahu kupasnya panjang...harap anda dapat merungkainya di sini: {melihat diri; melihat hati...}. Ayuh, baikkan hati kita!


[MENTAL]
Bab mental ini pula berkaitan dengan pemikiran dan cara kita berfikir. Pemikiran kita yang dianjurkan Islam pastilah pemikiran yang baik-baikkan dan cara berfikir pula perlulah lebih berpandangan luas, berfikiran jauh, berfikiran positif dan fikir yang memudahkan serta bukan yang menyempitkan, menyusahkan atau complicated sangat!
Bila kita berfikiran jauh dan luas kita akan fikir hala tuju perkahwinan kita. Kita akan fikir perkara-perkara pada masa hadapan untuk keluarga kita. Jadi, kita akan sentiasa bersedia dan merancang yang terbaik untuknya.
Persiapan mental ini merangkumi persediaan-persediaan ilmu yang akan kita bawa dalam mengelola rumahtangga nanti. Cara untuk mendapatkan ilmu juga sangatlah pelbagai. Tambah lagi zaman teknologi canggih sekarang, memang tak ada alasan lagi untuk kata tak sempat atau tak tahu bagaimana nak cari 'ilmu-ilmu' rumahtangga ini. Mari saya bagi idea bagaimana caranya nak cari ilmu...
  • Kalau online tu janganlah asyik Facebooking aje...carilah artikel-artikel yang berkaitan. Sedikit-sebanyak bila baca tu, dapat jugak input-input berguna yang boleh kita amalkan.  
  • Kalau tak sempat nak pergi dengar ceramah atau kuliyah kat masjid/surau, dekat YouTube pun dah banyak ustaz-ustaz bagi pengisian ilmu. Ha, dengar Ustaz Izhar Idrus ke, Ustaz Don ke, tak kisahlah asalkan dapat cari manfaat dari kuliyah-kuliyah mereka.
  • Kalau jarang online, radiokan ada...dengarlah radio IKIM.fm yer! hehe
  • Tak suka dengar radio? Ok, TV kan ada...bukalah siaran kt TV Al-Hijrah ke, Astro Oasis ke Semanis Kurma ke...ha, tu banyakkan cara.
  • Ok, last. Back to basic. Read! Sekarang banyak sangat dah bahan-bahan bacaan yang ada kat pasaran, tinggal lagi kita aje yang nak atau pun tak nak. Belilah buku-buku yang boleh membantu kita untuk memperbaiki aspek-aspek yang macam saya nyatakan di atas tu. Tak semestinya baca yang tentang nak berumahtangga aje...
Contohnya: Boleh baca juga Sirah Nabawiyyah ke, hadith ke, buku-buku tentang komunikasi ke, perancangan kewangan ke, pendidikan anak-anak ke, didik anak cara sunnah ke, buku-buku motivasi ke... 
Majalah pun banyak; Solusi, Anis, Al-Ustaz, JOM dan lain-lain. (tapi janganlah baca URTV, Mangga, REMAJA,CLEO tu semua..nanti tak dapat apa..huhu)
Sebenarnya, kalau kita nak kenal seseorang tu...kita tengok buku-buku yang ada di rak dia. Bahan-bahan bacaan yang kita bacalah sebenarnya dapat membentuk diri kita. There's the says: You, what you eat...tapi saya nak tukar jadi; You what you read!

[FIZIKAL]
Oyeay, yang akhir! Penat dah saya menaip...huhu. Ok, fizikal ini pula berkaitan dengan persiapan material. Kalau Bahasa Indonesianya dipanggil materi...hihi Berdasarkan pengalaman saya menjadi 'wedding-planner' (yang tak berapa nak rasmi haritu..huhu)  Perancangan perkahwinan sememangnya menuntut kos-kos fizikal yang tinggi. Jika boleh saya katakan bermula dari proses pertunangan lagi banyak kos-kos fizikal yang perlu diambil kira.
Jadi, saya sarankan kepada (saya!) dan sesiapa saja yang dah berfikir nak mendirikan rumahtangga, eloklah buat perancangan awal. Perlu rancang atau buat budget dari sekarang dan jika kita mulakannya sekarang, kita boleh merancang kewangan dan membuat simpanan untuk perkahwinan. Dalam membuat rancangan tu, yang penting rancanglah sebuah perkahwinan yang mengikut syariat, buat syarat ikut adat, ikut kemampuan dan bersederhanalah!
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (An-Nur 24:32)

Bila atau dah dalam proses mempersiapkan diri ini, bolehlah kita 'starring' (usha-usha, intai-intai) calon yang sesuai. Rasulullah S.A.W telah pun menunjukkan kita panduan pemilihan pasangan;
Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W bersabda: “Seseorang wanita dinikahi kerana empat sebab: Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang agama, nescaya beruntunglah kamu (itulah pilihan yang terbaik).” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Selidikilah calon yang ingin dipinang melalui orang tengah yang kita percayai atau lebih baik menerusi mahramnya (ayah, emak, adik-beradik, kawan-kawan rapatnya). Kemudian, bila dah berpuas-hati dengan agama dan akhlaknya, lakukanlah istikharah serta bertawakkallah kepada Allah S.W.T
At-Tirmizi telah meriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W, bahawasanya baginda telah bersabda: “Apabila datang kepada kamu peminang yang engkau puas hati dengan agamanya dan kelakuannya, maka kahwinkanlah dia. Jika tidak kamu lakukan, akan berlaku fitnah di atas muka bumi dan kerosakan yang berpanjangan.”
“…Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepadaNya.” (Ali-‘Imraan 3:159)

Apa-apapun, pandangan peribadi saya: segalanya bermula dengan diri kita sendiri, diri kita dulu. Ayuh, hebatkan diri dengan muwasafat tarbiyyah dulu. 



Mengharapkan yang solehah, kita dulu yang kena jadi soleh. Nakkan yang soleh, kita kena jadi solehah dulu. Jadi, baik buru cinta Allah dulu, baru dapat cinta yang itu!


Semoga bercinta kerana syurga dan bercinta sampai syurga!



Moga beroleh ibrah!



p/s 1: Apa yang saya nyatakan dalam entry ni mungkin nampak macam 'perfect' je kan...bukan bermaksud kena jadi perfect baru boleh nak dirikan masjid. Tak, itu bukan maksud saya. Sebenarnya, kalau tengok dari tips yang saya kongsikan ni pun adalah asas kepada pembinaan karekter individu Muslim yang baik. as long as kita berusaha utk jadi a good Muslim, (lagi bgus otw tu mukmin) itu pun dah kira persediaan yg mantop! So, bila baiki agama dan diri, itu mknanya kita persiapakan diri untuk bina baitul muslim juga.

p/s 2 : Anda masih ingat novel saya; Cinta Ain Naqilah? Dalam novel tu saya banyak menerapkan panduan dan adab-adab pergaulan semasa tempoh dalam pertunangan. InsyaAllah, novel kedua saya yang akan datang (yang bukanlah sekuel dari Cinta Ain Naqilah) tapi ianya adalah 'stage' selepas Cinta Ain Naqilah, mengandungi banyak tips sebelum, semasa dan post-wedding. InsyaAllah, kebanyakkan tips yang ada dalam entry ini semua saya dah muatkan dalam novel tu. Jadi, doakanlah novel tu dapat terbit tahun ini, insyaAllah...dan dalam perancangan saya yang akan datang, insyaAllah saya akan menulis novel tentang pendidikan anak-anak pula nanti, aaamin! ^__^





(:alangkah indahnya hidup ini>>>bila terbinanya 'masjid' itu atas dasar iman & taqwa! ! :)




 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...