...Words From God~O Allah, The Lord~...

"Closer and closer to mankind comes their Reckoning: yet they heed not and they turn away."

"Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.." (Al-Anbiyaa':1)

AWAS! Anda berada di zon::Alangkah Indahnya Hidup Ini::

::SELAMAT DATANG:::WELCOME:::

Salam sejahtera, salam singgah, salam melawat, salam menjengok, dan semua salamlah saya ucapan kepada pengunjung rumah saya ni teratak; Alangkah Indahnya Hidup Ini...

Saya sangat berbesar hati sekiranya anda dapat meluangkan masa untuk membaca perkongsian saya di dalam blog ini. Saya juga mengalu-alukan anda untuk 'copy' atau ambil apa sahaja yang ada di teratak saya ini yang memberi manfaat kepada anda. Namun saya mengharapkan jasa baik anda untuk melampirkan link 'Alangkah Indahnya Hidup Ini' sebagai rujukannya. Ini kerana sebarang artikel yang saya hasilkan sendiri pasti menjadi tanggungjawab saya kepada ALLAH. ^_^

~Moga ' Alangkah Indahnya Hidup Ini' sentiasa menjadi inspirasi anda~
~Moga segala kandungannya dapat memberi manfaat kepada semua~
~Moga dengan 'Alangkah Indahnya Hidup Ini' menjadikan kita sama-sama beroleh rahmat dan hidayah Allah S.W.T..aminnn~

Sekian Terima Kasih.

Friday, February 18, 2011

~Berlapang Dada~

  بسم الله الرحمن الرحيم


Niat awal entry ni nak jadikan ia rekod dalam sejarah entry saye sebagai entry yang terpendek..hehehe (tapi tak taulah tercapai atau tidak...ahaha) Didraf asal, pada 27hb Januari.  Kemudian 'berdating di taman syurga' pada 28hb Januari telah diingatkan sekali lagi tentang indahnya berlapang dada ni. Namun takdirnya...9hb Februari, entry KEMM1511 menjengah blog lebih awal...Maka hari ni, terimalah....


~Berlapang Dada~


Dulu saye pun tak berapa familiar dgn 'term' ini. Tapi berlapang dada ni memang memberi suatu impak yang besar dalam diri saye. Terima kasih kepada Arifah, si kembar singa yang mula mendedahkan saye kepada berlapang dada! (sejak matrik dulu). Sekarang saye pulak yang sebarkan kebaikan berlapang dada ni. Moga kita bersama beroleh pahala berpanjangan hendakNya.

Berlapang dada. These words are such a soothing tone that Allah used to calm prophet Muhammad s.a.w! Keindahan belapang dada ini sangat saye rasa. Oh, Allah memang maha romantik! Romantiknya Dia memujuk hati KekasihNya! SubahanAllah! Cantiknya Allah!

"Bukankah Kami telah meLAPANGkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah pertunjuk)?, Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -, Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?, Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?, Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran ada disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran ada disertai kemudahan, Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal salih), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal salih yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)." (94:1-8)

Hikmahnya berlapang dada dalam kehidupan seharian, mari saye bawa contoh yang ini:

Kadang-kadang secara tak sengaja kata-kata (dan perbuatan) kita yang 'terkeluar' (kerana@dipengaruhi sesuatu situasi) tanpa kita sedar, sebenarnya memberi impak yang sangat dalam kepada hati dan perasaan orang lain. Namun, sebenarnya, kita tak berniat atau tak sengaja pun.

Hari tu: saye (mungkin kerana tengah menyapu satu rumah, dan pula dalam aura2 sedikit 'keletihan' & 'kepanasan') adik saye telefon mak saye. Kemudian dia pun berhajat la (ceywahh...cam ala2 nk meminang aje gayenye..hehe) nak cakap dengan saye.  'Mungkin' kerana dipengaruhi situasi tadi, saye yang tengah agak 'berpeluh-peluh' ni  jadi macam tak ada mood nak cakap telefon dengan dia.. So, bila kak de saye nak bagi telefon tu, saye jadi cam malas nak cakap. Pastu saye pun kata nak telefon balik, tapi lepas tu saye pun dah lupe nak telefon balik semula...(haha..kejam punye kakak!)

Dan lepas tu, adik saye yang juga merangkap bestfriend saye ni..(ni versi nak pujukla kira..kalau die baca mesti tersenyum lebar punye...;D) pun merajuk la dengan saye. Bila saye call dia, beberapa hari lepas tu die pulak tak mau cakap dengan saye..huhu( p/s: anyway sekarang kitaorang dah baik da...hehe)

Hari ini: kawan saye, 'mengeluarkan sesuatu yang boleh difahami dari sudut maksud bahasanya dengan baik', 'mungkin' dia nak bergurau (jika saye tak 'emo'  memang boleh diterimalah 'kot' jika rasanya dia nak bergurau). Dia 'mungkin' nak beritahu sesuatu yang memang daripada hatinya atau 'mungkin' dia sebenarnya memang jenis yang begitu.

Rasionalnya bagi saye, memang kata-kata itu biasa saja. Namun situasinya berbeza, mungkin pada saat itu tak kena dengan 'mood' saye, mungkin juga sebab hati tak berapa bersih, jadi saye 'kurang-rasa-nak-boleh-terima' itu sebagai suatu 'gurauan-kasar-tapi-manja' yang dia maksudkan sebenarnya.

Hurmmm...

Perkara ini membuatkan saye terfikir dan bersyukur! Oh, Allah sayangkan saye! (walaupun perasan. Saye tak kisah, sebab saye tahu Allah memang tak akan pernah kecewakan saye kalau saye sayang Dia!..^__^)

Allah nak saye refleksi diri saye semula. Jadi, Allah bagi saye 'rasa' dan 'terkena'!

Memang kita mungkin 'tak berniat', 'tak sengaja'... tapi  'ke-tak-ter'tak berniatan dan 'ke-tak-ter'tak sengajaan kita ini sebenarnya sangat terkesan di hati orang-orang di sekeliling kita.

Jadi, jangan ikut 'ke-tak-ter'tak berniatan dan 'ke-tak-ter'tak sengajaan kita aje... berfikirlah dengan bijaksana! (pesan pada diri sendiri!)


Maka, marilah berlapang dada dengan segala kekhilafan.
Jom doakan kita dan dia supaya mendapat rahmat dan redha Allah sentiasa.^__^

" (Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa." (53:32)

Oh, Allah bantulah saye mendidik diri untuk jadi orang yang 'bersih' & 'baik hati'! aaaminn!!


(:alangkah indahnya hidup ini>>>bila sentiasa berlapang dada!:)




 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...

Wednesday, February 9, 2011

Ada apa dengan "Melayu Sepakat, Islam Berdaulat"?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Konvensyen Memperingati 500 Tahun (1511-2011) Kejatuhan Empayar Melayu Melaka Islam (KEMM1511)

"Melayu Sepakat, Islam Berdaulat"


Dah 2minggu lebih dah berlalu. Namun saye tetap gagahkan diri (ceywahh...hehe) untuk melayarkannya ke  blog saye ni...1: kerana saye memang dah berniat nak mengeposnya ke blog ni seperti yang saye lakukan selepas KOBANA yang lalu..2: mengira 'ia'nya sudah berupa janji pada kembar singa di UK, dan orang di Sabah..(hehe)..

Namun saye ini juga manusia yang tidak dapat tidak terlepas dari kelemahan... Selepas KEMM1511 yang lalu, saye bertungkus-lumus memasukkan data-data research saye dalam SPSS, kemudian nak siapkan abstrak research tersebut untuk dihantar kepada supervisor saye...lepas tu berkejar (takdelah berkejar pun..rushing aje..hehe) balik kampung cuti CNY...dan menyumbangkan pula tenaga membantu persiapan kenduri-kendara sepupu saye. Sudahnya memang tak sempat nak mendraf pasal KEMM1511 ni.. (=__=""). Thus,  i make it today!..;) (walaupun actually sekarang dah kena siapkan full thesis sebab dan nak kena design poster untuk presentation Research Project 2..huhu)

UTeM Overview
Nak diceritakan, perjalanan nak ke UTeM agak adventure juge (hehe)...  Rombongan kami dari Shah Alam membelah highway dengan menaiki bas sewa Ikhwan  Travel ke Durian Tunggal , Melaka...Bandar Bersejarah. Namun kehendak Allah juga, berlaku 'kesilapan' jalan (hehe).
Maka kami pun 'sedikit' kelewatanlah. Selesai pendaftaran, kami masuklah ke dalam dewan dan waktu tu memag dah ramai memenuhi ruang bawah dan atas dewan. Kami sampai almost 10 dan terlepaslah pembentangan kertas kerja pertama;

Pembentangan 1: "Kegemilangan Empayar Kesultanan Melayu Melaka"
Prof. Emeritus Datuk Dr Yusuf B. Hashim (Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka).

Semasa kami sampai tu majlis sedang berehat seketika sebelum meneruskannya ke pembentangan 2. Selingannya, adalah sebuah pidato penuh bersemangat ini...rugi tak dengar!


Cuba bayangkan, kami dahlah baru sampai..terlepas pulak pembentangan 1. Tup-tup diperdengarkan pidato ini. Tak sempat nak warm-up pasal KEMM1511 dah di'sentap'kan dengan pidato ni. Tapi pidato ni memang 'terbaikk' lah! Serius, meremang bulu roma rasa, tersentap pun ada. 'BANGUNLAH MELAYU!'. Bila kena sergah macam ni...dengan automatiknya sensor untuk ambil berat agenda umat dan bangsa dah ter'aktif'! Tiada masa untuk berpangku tangan!

Seterusnya, 
Pembentangan 2: "Kejatuhan Melaka Satu Tragedi kepada Jatidiri Bangsa Melayu dan Islam"
Dato' Dr. Hassan Ahmad (Mantan Pengarah DBP).

Sebenarnya, begitulah tajuk asal pembentangan kedua ni..tapi Dr. Hassan telah memposifkan sedikit tajuk ni dari tragedi kepada pengajaran.. Jadi bunyinya tajuk pembentangan 2 ini adalah:

"Kejatuhan Melaka Sebagai Pelajaran Penting Untuk Bangsa Melayu-Islam Hari Ini"

Jika melihat kepada kertas kerja ini, hampir 10 mukasurat (saiz A4 paper) jugaklah... Namun yang menariknya Dr. Hassan membentangkan kronologi kejatuhan Melaka dengan rilex dan sempoi (ala-ala macam atok2 kita bercerita kt cucu-cucu..hehe.) Yalah, cerita pasal Melaka kan, kena klasik sikitla bunyinya. Apa-apa pun memang best! Memang boleh nampak flow ceritanya. Ianya tak lah susah nak faham macam masa kita belajar Sejarah kat sekolah dulu, kan..hehe.

Dan pengajaran yang  boleh kita dari kejatuhan ni memang banyak. Antara yang saye suka nak highlight, adalah kerana kita tiada kepimpinan 'Islam-Melayu' yang betul-betul dipraktikkan di ambang kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka. Selain itu, pentingnya kita membaca buku-buku sejarah seperti Sejarah Melayu (Sulalat Al-Salatin) dan Hikayat Hang Tuah yang merupakan tinggalan Melaka yang sangat berharga untuk kita ambil pengajaran. Seperti juga 'Ini Sejarah Kita' yang perlu kita ambil pengajaran dari Keruntuhan Empayar Islam dahulu.

Kemudian,
Pembentangan 3: "Perjuangan Bangsa Melayu Dalam Mempertahankan Jatidiri dan Agama Islam"
Ust Mohd Fauzi Asmuni (Naib Presiden Isma).

Kali ni ketebalan kerja tersebut adalah sebanyak 25 muka surat (termasuk rujukan..hihi). Dalam pembentangan ini Ustaz Fauzi ada menerangkan sedikit sebanyak asalnya perkataan 'MELAYU' tersebut dengan itu ditunjukkan bahawa yang bernama 'Melayu' ini memberi penegasan bahawa ia ditakrifkan berdasarkan komponen penting yang membentuk jatidiri dan identiti 'Melayu' itu sendiri. Antaranya adalah dari aspek agamanya, cara kehidupan (adat resam) dan juga pemikiran mereka. Faktor-faktor inilah yang amat penting yang menjadikan Melayu-Islam sangat berkait-rapat.

Bagi saye, menerusi pembentangan Ustaz Fauzi ini kita dapat melihat dan mendapat input-input baru dan menarik tentang 'Melayu' itu sendiri yang mungkin tak pernah didengar sebelum ini. 'Perjuangan Bangsa Melayu Dalam Mempertahankan Jatidiri dan Agama Islam' dapat disimpulkan bahawa Orang Melayu perlu menjadi suatu bangsa yang juga sebagai Pendakwah Islam, yang menyebarkan Islam kepada umat manusia, Bahasa Melayu juga perlu sebagai Jati Diri Kaum Melayu dan juga Tulisan Jawi. Orang Melayu juga amat mudah memahami Ilmu Islam sebenarnya dengan itu seharusnya undang-undang kita adalah undang-undang Islam yang mampu mengubah Sistem Hidup rakyat seperti kejayaan undang-undang Melaka yang berjaya mengubah Sistem Hidup masyakat Melaka ketika itu menjadi lebih baik. Karya-karya seni juga merupakan salah satu cara untuk kita mempertahankan jati diri kita melalui kehalusan bahasanya. Jihad orang Melayu juga penting dalam menegakkan Islam. Kitalah yang perlu mewakili agama dan bangsa kita dan jihad kita bukanlah hanya jihad politik semata!

Selesai pembentangan Ustaz Fauzi, agenda seterusnya adalah;  

Forum: Kejatuhan Melaka dalam Tahun 1511 Sebagai Pelajaran Penting kepada Bangsa Melayu-Islam Hari Ini"

Dipengerusikan oleh: Hj Aminuddin Yahaya (S/U Agung ISMA)
Antara panel-panelnya adalah:
-Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman (Presiden ISMA)
-Prof. Datuk Dr. Abdul Latif Abu Bakar (Ketua II, GAPENA)
-Dr. Muhamad Razak Idris (Presiden ABIM)
-Dato' Seri Dr Zaharah Sulaiman (Mantan Menteri Perpaduan Negara & Pembangunan Masyarakat)

Sebelum mem'draf'kan entry ini saye ada katakan pada salah seorang kembar singa, terlalu banyak input dari KEMM1511 ini.  Sememangnya forum inilah  sesi yang paling  paling hangat. Selesai soalan dari pengerusi@moderator forum, bertubi-tubi (exaggrate aje bunyinya..hhaha)  soalan yang diajukan dari peserta. Rasa saye, mungkin hampir 30 soalan agaknya. Masing-masing beratur panjang di 3 tempat (barisan) mikrofon yang disediakan. Ikhwah dan akhawat masing-masing melontarkan pandangan dan soalan yang bernas dan semakin di akhir-akhir masa, bertambah 'panas' pula soalan-solan yang ditanya. Namun pengerusi bijak mengawal keadaan kerana masa dah tak mengizinkan.

Jadi, bersama ini saye sertakan RESOLUSI Konvensyen Memperingati 500 Tahun (1511-2011) Kejatuhan Empayar Melayu Melaka Islam (KEMM1511).

Tn. Hj Aminuddin Yahaya membacakan resolusi KEMM

Resolusi Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka

Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka (KEMM) telah berlangsung dengan jayanya pada 29 Januari 2011 di UTEM. Tiga kertas kerja telah dibentang dan dibincangkan.
Dengan ini KEMM merumuskan bahawa:
  1. Bangsa Melayu telah menjadi bangsa Islam yang sebaris dengan bangsa-bangsa lain di kalangan umat Islam di serata dunia, memainkan peranan mengembang dan mendaulatkan Islam di rantau ini.
  2. Kedudukan yang hebat itu telah dicapai kerana Islam telah sebati dengan pemikiran serta adab budaya Melayu sehingga melahirkan tamadun bangsa yang agung.
  3. Sejarah mencatatkan kecekalan bangsa Melayu mempertahankan keperibadian dan jatidiri keIslaman mereka dalam siri perjuangan yang panjang menentang penjajah yang bertujuan menjadikan Melayu bangsa yang lemah.
  4. Kesatuan agenda Islam dan semangat kebangsaannya telah berjaya menyatukan orang Melayu sepanjang sejarah.
  5. Kelunturan pegangan umat Melayu kepada Islam telah melemahkan sendi-sendi kekuatan yang menjadi pemangkin untuk agenda penjajah yang berteraskan humanism dan materialism bertapak lalu melemahkan jatidiri bangsa Melayu.
Berdasarkan rumusan tersebut Konvensyen Memperingati 500 Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka menegaskan bahawa bangsa Melayu mesti:
  1. Menyedari keperluan yang mendesak supaya kembali kepada keperibadian Islam mereka yang asal.
  2. Mengharmonikan kefahaman antara Nasionalis dengan Islamis dalam perjuangan bangsa Melayu di Malaysia.
  3. Menjadikan usaha mengumpul bukti-bukti sejarah yang boleh mengembalikan Melayu kepada jatidiri mereka sebagai agenda nasional.
  4. Mendedahkan fakta-fakta sejarah bagi memberi nafas baru dalam memahami sejarah perjuangan bangsa Melayu.
  5. Mentajdid peradaban Melayu dalam rangka mewariskan kisah kegemilangan, peradaban dan kepahlawanan umat Islam.
  6. Mencari persepakatan atas satu agenda yang boleh mambangunkan sebuah bangsa yang mempunyai agenda yang didukung bersama, “Melayu sepakat Islam berdaulat”.
  7. Memperkasakan institusi yang memperjuangkan dan memartabatkan identiti keperibadian bangsa Melayu.



p/s: Oh Melakaku! Tempat tumpah tarbiyyah & ukhuwwah yang pasti saye akan kenang sampai bila-bila!


(:alangkah indahnya hidup ini>>>bila Melayu Sepakat, Islam Berdaulat!:)





 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...

Monday, January 24, 2011

Tidak, Paksa, Susahnya...BERUBAHlah!

 بسم الله الرحمن الرحيم



Mari kita bercakap tentang tiga perkataan ini... TIDAK, PAKSA dan SUSAHnya...


TIDAK
-belajar katakan TIDAK pada perkara yang tidak perlu
-mujahadah untuk katakan TIDAK pada hasutan nafsu
-katakanlah TIDAK bila kita dah tak cukup tangan untuk uruskan sesuatu sehingga ia akan mendatangkan mudharat kepada kita.

PAKSA
-PAKSA diri untuk melakukan sesuatu yang baik walaupun kita tak suka, kerana yang baik itu pasti ada manfaatnya.
-PAKSAlah diri untuk melakukan setiap tuntutan yang Allah  dah wajibkan walaupun kadang-kadang@ selalu rasa malas.
-Cuba PAKSA diri kita untuk meninggalkan keburukan dalam diri..(pesan dekat diri sendiri!)

SUSAHnya
-SUSAHnya nak berubah bila fikir apa yang orang lain akan cakap
-SUSAHnya nak berubah jadi lebih baik bila rasa masih tak bersedia
-SUSAHnya nak berubah bila rasa tak baik lagi...
-SUSAHnya nak berubah, nanti itu tak boleh, ini tak boleh...
-SUSAHnya bila selalu fikir susah!

Banyaknya susah, tapi inilah KITA! (yang lagi tepat, inilah SAYE!)

Perhatikan, hayati, fikir. Tiga perkataan yang saye highlightkan kat atas tu semuanya berbau negatif, kan. TAPI, baca sekali lagi! Psikologinya, sebenarnya  ia akan membawa impak dan manfaat yang besar kepada kita...

Misalnya saye tukar perkataan SUSAH itu kepada SENANG...

SENANG...
-SENANGnya nak berubah jika kita tak fikir apa yang orang kata tentang kita..
-SENANGkan kalau kita nak berubah jika kita tak perlu berkorban apa-apa...

Rasa tak? Impak baca die tak sama pada pemikiran dan hati kita, kan.
Tau tak sebab apa?

Manusianya macam KITA ini,  seringkali 'take for granted' untuk perkara@benda2 yang dah SENANG.

Ada yang akan ingat ALLAH waktu SUSAH aje. Akan BUAT BAIK bila perlukan sesuatu. Akan lupa diri bila GEMBIRA. Akan MENYESAL bila dah 'kena'. Akan KUTUK bila jahat. Akan MANIS MUKA bila ada kepentingan..etc..ni contoh je...hehe

Bagi saye, tiga perkataan inilah antara yang bawa impak dalam hidup saye, dan cara saye memanipulasikan perkataan-perkataan inilah yang membentuk pemikiran saye. Ia negatif, namun kita ada kuasa (kuasa pemikiran), untuk kita jadikan ia positif. Sekali gus mempositifkan hati dan diri kita. Dan sebenarnya dari refleksi yang mudah ini pun kita dah boleh menilai diri kita samada negatif atau pun positif!

Kadang-kadang, malah banyak kali DATANG yang NEGATIF kat kita, tapi kita ambil dan JADIKAN ia POSITIF...namun kadang-kadang malah banyak kali DATANG yang POSITIF kat kita, tapi kita ambil dan JADIKAN ia NEGATIF.

Allah bagi kita akal. So, mari berfikir! Tahap mana dan sejauh mana kita mengambil sesuatu dalam hidup kita sebagai sesuatu yang positif.

Ayuh, positifkan diri kita. Kita akan dapat yang positif. Hidup kita positif. Cas-cas positif pun suka nak dekat dengan kita. Kita tarik yang positif dan akan sebarkan yang positif juga!

Ayuh, berubah kepada yang lebih baik!
Allah itu baik, tidak menerima sesuatu kecuali yang baik juga~
"...Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..."(13:11)



(:alangkah indahnya hidup ini>>>bila kita berubah menjadi orang yang lebih baik!:)





 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...

Monday, January 3, 2011

Feedback CAN~


 بسم الله الرحمن الرحيم


TAHUN BARU: JANUARI-2011!


Entry tahun baru..Oh, nak mulakan entry tahun baru dengan sesuatu yang indah...walaupun life seems not to be so... yang tu kita cerita lain entry la yer.;) insyaAllah, moga Allah S.W.T permudahkan segala urusan untuk setahun yang akan datang ini..^__^

 Mungkin sepatutnya saye menyiarkan entry ini lebih awal... namun perancangan Allah itu pasti lebih hebat, jadi kiranya waktu inilah yang terbaik untuk saye menge'pos'nya ke layar 'rumah' saye ni. Bulan April tahun ini insyaAllah, sudah dua tahun Novel Cinta Ain Naqilah, novel pertama saye berada di pasaran atau telah selamat diterbitkan...sebagai penghargaan saye kepada anda semua yang telah membaca, membeli dan menyokong karya saye ni..saye lampirkan antara feedback yang telah saye terima daripada anda... Namun komen-komen dan maklum balas ini hanya 'antara' komen yang 'sempat' dan 'dapat' saye kumpulkan... jadi bagi komen-komen yang mungkin ada anda berikan pada saye menerusi FB, email dan SMS yang tidak saye sertakan di sini..saye memohon maaf kerana tak dapat nak menyertakannya..Saye amat berbesar hati sekiranya anda sudi melakukannya sekali lagi di ruangan komen entry ini...^__^

CAN@jj wangsa-maju


Cinta Ain Naqilah
~Cintanya penuh dengan keindahan, kehalusan, kesucian, dan keanggunan yang bukan mudah untuk dimiliki~




Friends & clicks...
Aqmar's:
jln crita novel mmg mnarik..nnt novel yg kedua..trah pnjgkn plot penceritaan taw..hehe...

Yun's:
yun suke citanya.byk gak panduan n pengajaran yg bley diambil dlm melayari kehidupan berumah tangga, memilih ehem2..hehe..bkn tu saje,ade gak doa2 yg bley diamalkan..hihi..terlalu bykla nk senaraikan kebaikan novel nih huhu.. yun sukela wtk ain naqilah yg tabah dan cekal tu..hehe.

Nawa's:
good artwork,dat novel!!love it so00 much^_^ringkasnye, novel tu byk bg impak,lg2 bg nawa la..huhu mayb dah tjodoh tuk bc novel cinta islamic trah pas ape yg nawa dah thabat kn lam hati ni..bgusla, cinta yg benar2 jujur, semata2 kernaNya, rindu pun keranaNya..dan yg plg pentg cinta yg xternilai tuk suami. barulah rs cinta yg abadi...phewh touching kot..^_^

Alzyemah's..(saye curi dr blog die..hiihih):
to my dearst ukhti athe, sy dah habis bace ur novel!!!best2...nk promote novel kat sini.....BACELAH NOVEL CINTA AIN NAQILAH....karangan athirah taha...sy suke bile die selitkan byk hadis2 dan ayat al-quran....and when she mention about islamnye dlm kad pengenalan-tak same dengan islamnye seseorang itu....tak same dengan islamnye disisi Allah....

DR.AKHBAR's:
Aslkm.Buku cinta ain naqilah tu abr baca dalam satu hari je.hehe..Mmandangkan ni buku pertama buat athirah,satu novel yg bagus cuma pas ni kalo thirah wat novel lg,susunan ayat tu harus dperhaluskan lagi dan watak n tempat harus lebih dperincikan lagi supaya mudah bagi gambaran kat pbaca.Tu just cadangan abr..Scr kseluruhannya buku thirah simple, menarik best lah..so sape yg lum baca tu cari lah dpasaran ye..hehe..

Jannah's..(through email):
wa gempak celibrity astro ah nvl ko2..nya nvl ah..weh aku bce nvl ko smpi x nk tdo mlm ah..xde byk ku nk ckp la.melainkan aku dh jadi ko pnya big fan of ur nvl.so cpt2 la publish konye 2nd nvl.aku dh x sbr2 nk collect nvl ko2..huhu.great idea.pape pn cite ko mmg bst n aku x sabar2 nk tggu 2nd nvl.ble nk publish?dh hbs tls lum?

Aina Hazwani's (through email):
CINTA AIN NAQILAH..
name tu bes la..hehe.(mane dpt name tu ye?=p)
for me it is good enough for 1st trial..
jln cite yg simple yet byk knowledge kt dlm tu
geram dgn riz yg ntah ape2, azri yg byk pendam rase mule2..
ain yg pandai jage diri..
bes2!!
Naufal Jailani : Salam... Novel Cinta Ain Naqilah mempunyai kekuatan tersendiri; jalan cerita, nasihat dan bimbingan buat yang bakal mendirikan rumah tangga. Sifat kesabaran Ain dalam menempuhi dugaan dan cabaran dalam mendirikan rumah tangga. Turut dipamerkan kasih sayang antara dua sahabat yang saling bantu membantu ketika datangnya ujian. Cuma ana tertanya-tanya apa yang terjadi kepada Fariz dan Julia Anis. Apakah kesudahan mereka? Apakah tragedi bakal berulang? Hurm.. Apa-apa pun, keep up the good work.  


@FB...
Rames Poonudurai says at FB:
hi athirah...novel 'cinta ain naqilah' tu mmg bes..tahniah sbb dpt tulis novel dlm usia yg masih muda...tpi kalau boleh dlm novel setrusnye cuba tmbhkan sense of humor dgn unsur saspens skit..mesti lgi bes.....All d bes kpd awk dlm bidang ni..


Ustazah Aisyah(ex-kkb) says@FB:
Ain Naqilah bukan sekadar novel 'makanan ringan' ttp ia penuh kata nasihat spt buku panduan yang diolah sbg cerita spy org tak jemu mencari makna isinya...Semoga ia boleh jd tuntunan para remaja muslim/ah...Semoga Allah terus memberi idea pd Athi utk terus menulis...
 Azie Husman:
hehhe..da bce da bku ni.. :) mmg best :)

Miester Ash:
THUMBS UP!! NICE NOVEL I EVER READ

Nuramalina Huda Yahya:
sye minat sngt novel tu...lain dri yg lain.. 

Siraaj Muneer Abdul Karim:
Utk pgetahuan akk, CAN mrupakan novel pertama yg sy bce smpai hbis...hehehe... Jd sy xthu cmne nk coment sbb x reti nk wat pebandingan, anyway i like the ending.. :)  
 
Cinta Ain Naqilah...mmg best sngt karya penulisan akak.. jln penceritaannye amt menrk hati sy.. Setelah rawaida selesai membaca CAN...rawaida mmg menanti novel kedua kak athirah... hasil nukilan CAN seharusnye mmg layak diberikan pujian* krn bnyk mengandungi hadis2 yg dpt membrikan pengajaran dn boleh dijdkn pedoman dlm khidupn kpd rawaida dan sesiapa jua yg membaca CAN....mengandungi kata2 dn bhse yg sngt indah...berbeza dgn novel2 yg pernh rawaida bace sebelum ni.
 *praise be to Allah..;)
farhat: baik dr segi penonjolan watak yg mpunyai sahsiah yg baik mahupun ungkapan2 hadis & pngajaran al-Quran yg tkandung.. watak2 yg baik dlm novel mmg bkesan utk bg kpd para pmbaca novel kak..sperti watak ain naqilah yg akak gambarkn sdiri.. kalo le sy leh cari org cm die... kih3.. =P



Shoutbox...
fatihahainun: salam trah..novel tirah memang best..idea yg bgus dan mantop!!..sy tggu 2nd novel trah k..:)

ctcomey: erm...novel CAN ni best lar...byk input...heheh...doa zuriat soleh..hehe...

sarina : salam athirah...dah baca novel nie..sgt best.sesuai dijadikan panduan hidup.skrg pun sdg membaca bingkisan fatimah syarha tentang Pemilik Cintaku.
k.sarah: nice novel!!akk ske..kalw de yg d latest,gtw ye..ahlan ke blog..


Dan yang ini saye jumpa dari beberapa blog....hehe;))
humaira:
"First impression tgk novel islamic ni....jatuh hati..:) credit to penulis..smga berjaya..Bca sinopsis crta ni..agak lara la juga hati..tp tak tahu lagi setara mana laranya...

Baru baca...hati sgt terusik...kesetiaan dipermainkan..diri tidak dihargai...knpa ya..slalu manusia diluar sana..seringkali juga begini..huu..Humaira kan..kdg2 terfikir..knpa la org2 ni..tak pk dlu..setiap apa yg kita lakukan..smuanya kan diberi ganjaran..tak kira la baik @ buruk..Allah tu Maha Adil..

Semakin tertarik dgn jalan cerita..sgt impikan perhubungan berlandaskan Islam sebegini...sgt ssh mencari kaum Adam sebegini..huu..begitu juga kaum Hawanya..."

MiaNur:
"Its kinda funny knowing how a novel reflects your real life.. Maybe its not 100% exactly the same but around 80% - 90%.. Its like someone tells others about you. Actually there is a novel introduced by my friend Fadilah (mind you that she is a novel lover) entitled "Cinta AinNaqilah" written by Siti Nur Athirah Bt Mat Taha and published by Telaga Biru.. She "fished" me to read this novel by saying.. "Cerita dia macam awk"..hehehe.. Okay..After reading it..yup its true..the story is kinda similar with me..the cinta part ye..It then makes me realised..perhaps what happened to me really did happened to someone else too or maybe worse.. hm..this is how God test us. Anyways, the overall story was great..so Islamic (and surely it does open my eyes) and here are a quote at the end of the novel that I would like to share with others..simple with a deep meaning..

"Jika ada sesiapa pinta CINTAmu,
katakan ianya hanya pada ALLAH.
Jika ada sesiapa pinta RINDUmu,
katakan ia hanya untuk RASULULLAH.
Jika ada sesiapa pinta KASIHmu,
katakan ianya hanya buat IBUBAPAmu.
Jika ada sesiapa pinta SAYANGmu,
katakan kau menyayangi saudara-saudara MUSLIMmu.
Jika ada sesiapa pinta KEIKHLASANmu,
maka berilah ia pada yang benar-benar menghargainya."


 "Sinopsis dibelakang buku telah sedikit sebanyak menceritakan keseluruhan novel ini. Cuma diakhir cerita sahaja tidak diketahui sama ada Ain Naqilah mungkin tidak akan menerima insan bernama lelaki dalam hidupnya atau memilih Azri untuk mengubati lukanya..memang telah dapat diagak yang Ain akan menerima Azri tetapi cara dan bagaimana Azri merisik dan mendekatinya amat menarik sekali kerana penulis menggunakan landasan agama dalam setiap plot dan ceritanya. Penglibatan keluarga dari kedua belah keluarga, hubungan sesama insan yang bukan mahram dan hubungan erat persahabatan amat dititikberatkan di dalam cerita ini dimana penulis menyusun cerita disamping menyelitkan Al-Quran, hadis dan ijmak agar ianya lebih berilmu dan menarik. Rating : ***** (sangat berbaloi dijadikan koleksi)" 


"satu pncapaian yg agak m'bngga kn laa. ain bce novel melayu dlm mase dua hari jee. a'ah, novel cinta ain naqilah tuu laa. haha. excited ain bg tau roomie ain taun lepas. dorg ckap bgus laa. tadelaa, seari sehelai jee bace kan. haha :) rase nk beli novel lagi laa. mne tak nye. selalu nye lepas suboh tido balek kn. arini lepas suboh bce novel tuu. lagi pon ain nk b'ubah. tamo daa tido after suboh. anak dare ape ni. hehe :) novel tuu best sgt laa. mmg ptut beli dan m'bace nye :) novel tuu pon byk buat ain sedar kesilapan yg ain buat slame nii."
~~~~

***the coolest sigh; Alhamdulillah***
Bukan dahagakan pujian. jauh sekali membangga diri. Sebenarnya bersyukur. Sedikit-sebanyak matlamat dan objektif saye menghasilkan Cinta Ain Naqilah telah menampakkan hasil. Hanya mahu memberi sesuatu yang bermanfaat buat masyarakat untuk mengisi hati-hati mereka dari yang sia-sia, insyaAllah. Doa yang sentiasa saye pohon dari Allah dengan maha sangat, moga dibimbingNya dalam setiap pemikiran, perkataan & perbuatan...Moga Allah sentiasa menjaga niat dan istiqamahkan hati untuk terus berada di landasan; Aku menulis bukan kerna nama...~
Saye mohon dengan sangat, tolong doakan saye!







(:alangkah indahnya hidup ini>>>bile Ilham dari Allah, menulis untuk berkongsi yang indah!:)



 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...

Tuesday, December 28, 2010

r.e.f.l.e.k.s.i

بسم الله الرحمن الرحيم


r.e.f.l.e.k.s.i

Hari tu saye meronda-ronda sekitar blog-blog yang dihubungkan dengan blog saye ni.. Menyinggah di salah satu blog di 'bawah payung rabitah' memberi refleksi yang begitu terkesan di hati saye. Tambah pula sebelum itu, jalan-jalan di 'MukaBuku' terjumpa pula satu 'note' (dari 'MukaBuku' siapa entahlah, saye pun dah tak ingat) tapi dalam note itu tersenarai pesan  Saidina Umar Al-Khattab...

Suatu hari Umar Bin Khattab r.a. berkata kepada sebahagian sahabatnya ;- Aku berwasiat kepadamu enam perkara :

1) Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

2) Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

3) Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

4) Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

5) Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

6) Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.

Dan hati tiba-tiba terasa sangat terkesan. Refleksi diri:  yang belum melakukan yang terbaik dan menjadi baik dalam pandangan Allah. Masih tak layak rasanya..T__T

Kelemahan saye sebagai manusia, yang saye meminta dengan sangat dari Allah; bantulah aku, perbaikilah akhlakku! Moga Allah buang yang lagho dan yang buruk dari percakapan saye... Oh, masih cuba mendidik diri menjadi yang terbaik dalam pandangan Allah. Sedar, terkadang salah langkahnya, sumbang tarinya.  Oh Allah, ampunkanlah maafkanlah.

Allah itu juga memberi hidayah dengan cara pelbagai. Mungkin 'refleksi' yang saye lalui ini salah satu darinya. Hanya yang sebenarnya sekadar 'ter'ronda dan 'ter'jalan-jalan di blog orang, tapi manfaat dikongsi bersama buat orang yang berfikir. Maka, hasilnya: 'refleksi' pada diri sendiri....

Ada orang, hidayah yang Allah kurniakan menerusi 'refleksi' sungguh banyak, tapi tak diendah kerana tak 'ter'perasan... oh, jangan kita rugi...'refleksi' yang Allah bagi percuma gagal kita manfaatkan...

Contoh terdekat yang mungkin saye boleh bagi;
  • Seorang yang tak tutup aurat, tapi kawan-kawan dan orang-orang disekeliling kebanyakkannya memakai tudung dan menutup aurat, tapi dia masih dengan 'diri'nya...(mungkin menggunakan alasan belum bersedia...belum dapat hidayah..) Oh kawan, belum dapat hidayah? Itu, tidak!  kawan-kawan sekeliling anda adalah 'hidayah' yang mungkin anda tak endah kan..
  • Kita tahu ada kawan-kawan yang mampu dan boleh membantu kita menjadi lebih baik, tapi kita tak dekati dia...(mungkin dengan harapan dia yang akan mendekati kita...) Oh kawan, jangan menunggu dia dekati kita! Rugi kita. Kita yang memerlukan Allah, Allah bukan perlukan kita...Strike for that! Dekati orang yang boleh membawa anda dekat dengan Allah! ;)
Obat Hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah


Ini contoh saja...sebaliknya ia juge menjadi refleksi kepada diri saye sendiri...



versi update(5:50am): 
"Hati Kita Hati Orang" link ini dikongsikan oleh housemate saye di MukaBukunya...tetapi saye hanya membacanya setelah mengepos entry ini ke layar blog...dan ia menambahkan lagi terkesannya refleksi dalam hati saye...terkesan! sangat-sangat! So, feel free to read. Rasalah seperti yang saye rasa...

"Alhamdulillah, baru-baru  ini saya berpeluang mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran dalam  sebuah majlis. Bacaan dan terjemahan surah  Al-Hujraat, benar-benar berkesan di hati kerana ia memperingatkan saya  mengenai pelbagai polemik, konflik, krisis dan kritik yang sudah  menjelma menjadi kata mengata, senda mempersenda, maki hamun malah  fitnah memfitnah sesama kita. Surah ini seharusnya menjadi renungan  pelbagai pihak di kalangan orang politik,  orang persatuan, orang surau,  malah orang di pejabat-pejabat.

Renungkanlah di antara peringatan daripada ALLAH dalam surah ini:

Ayat 6: Pentingnya Menyelidik Sesuatu Berita, Cerita & Gosip
WAHAI  orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa  sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,  supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak  diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan  kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

Ayat 10: Mendamaikan Pihak Yang Bersengketa, Bukan Mengapi-Apikan
SEBENARNYA orang-orang  yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua  saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya  kamu beroleh rahmat.

Ayat 11:Larangan Meninggi Diri Dan Mengata Orang Lain
WAHAI  orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki)  mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus  puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula  sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak  perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik  daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban  setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara  satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang  tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka)  amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia  beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan  fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

Ayat 12:Larangan Berprasangka Dan Mencari Salah Orang

Wahai  orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya  kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya  sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip  atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah  kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka  memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan  mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah  larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah;  sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Ayat 13: Allah Memandang Ketakwaaan, Bukan Keturunan
WAHAI  umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan  perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku  puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan  yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang  yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau  bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam  PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (13)

SESUNGGUHNYA  pertelingkahan dan pergeseran yang terjadi berpunca kerana kegagalan  masing-masing menjaga hati. Perasan yang hati masing-masing masih putih  bersih. Kerana itu berani dan konfiden melakukan apa sahaja dosa tanpa  menyedari hati sudah mula dipenuhi titik-titik noda.

Hadis Rasulullah:
"Sesungguhnya dalam jasad manusia itu ada seketul daging,  jika baik daging itu itu maka baiklah keseluruhan jasad dan jika buruk,  maka buruklah jasad keseluruhannya, ingatlah bahawa daging itulah hati".

Bila hati sendiri tidak terjaga, bagaimana hendak menjaga hati orang lain?"
-by NORDEN MOHAMED-

p/s: Saye novelis. tapi terus-terang...saye bukanlah seorang yang begitu puitis. Ayat yang saye lakar biasanya ayat dari hati. Ayat yang terus dari hati itu maksudnya, harapnya terus juga sampai ke hati....dan sebab itulah juga saye sukakan Opick! Bagi saye bait-bait lagunya terus dari hati yang sampai ke hati. Penggunaan perkataan yang mudah namun tak tinggal nilai puitisnya..fallin' in love with Opick!^__^ (ooopss..ape yang saye mengarut ni..haisyhh...(=__='')

Harap Taubat dari Opick ini dapat menenangkan sedikit resah hati yang mengharapkan keredhaanNya ini..



Opick - Taubat

wahai tuhan jauh sudah
lelah kaki melangkah
aku hilang tanpa arah
rindu hati sinarmu

wahai tuhan aku lemah
hilang terumur noda
hapuskanlah terangilah
jiwa di hitam jalanku

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang maha pengampun dosa

Ya robbi, ijinkanlah
aku kembali padamu
meski mungkin takkan sempurna
aku sebagai hambamu

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang maha pengampun dosa

berilkanlah aku
kesempaatn waktu
aku ingin kembali
kembali...

dan meski aku tak layak
sujud padamu
dan sungguh tak layak
aku...

powered by lirik lagu indonesia


Oh! Dah nak tinggalkan 2010.Jom refleksi diri, apa yang telah kita lakukan tahun ini...



 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...

Monday, December 20, 2010

Ada apa dengan Cinta ke 'Chinta'???

بسم الله الرحمن الرحيم


Sebelum ni...saye bawakan anda entry kekasih halal, anda nak couple dan nampaknya bakal ada kesinambungannya dengan entry yang ni....

Ada apa dengan 'cinta@chinta'???

Cinta ke Chinta??? huhu...tak kisahlah. sebelum ini juga saye dah pernah menulis Ada apa dengan Nur Kasih??? Kali ini sekali lagi saye dengan 'waras'-kuasanya saye akan melantik diri saye sebagai pengkritik tetap drama-drama di TV...hehe. Tu la... dulu saye dapat offer jadi pengkritik filem saye tolak... kalau tak mesti dah maju industri drama  kat Malaysia ni bila dapat kritikan saye ni...(gurau jer..) bab-bab kritik suke jer kan saye nih..(hehe..bukan kritik, nasihat aje..^__^)

ok..kembali pada topik..


Chinta? Anda tengok tak cerita ni kat TV3 waktu untuk Slot Akasia hari tu?... bagi saye time die agak tak 'strategik' sangatla sebab around 6.30-7.30pm... ade ke patut 'waktu-waktu' maghrib hari tayang cerita cam gini kan...(memang tak sesuaiiii!) anyway, dari segi masa tu memang tak sesuai tapi saye rasa perlu  juga ada orang yang berfikrah, tahu agama, hayati agama tengok drama-drama macam gini..supaya kita tahu apa yang sedang berlaku dalam masyarakat kita.

filem atau drama ini dihasilkan biasanya kerana ada 'permintaan'nya. so, kita perlu juga tahu 'demand' masyarakat kita sekarang nak tengok cerita yang bagaimana. kalau yang banyak terbit  berupa cerita yang (agak tak keterlaluan) dikatakan 'rosak akhlak' tu maknanya 'orang-orang yang tahu agama' perlu melakukan sesuatu untuk membantu masyarakat kita yang 'mungkin' (nauzubillahiminzalik) ke arah seperti  cerita yang mereka 'demand'kan tu. wallahu'alam.

nak diceritakan...hari tu..(berapa hari bulannye saye dah lupa).. saye naiklah komuter dari Shah Alam nak ke KL..saye dah musafir nak balik kampung cuti semester..hehe... sampai aje train tu, saye pun masuklah ke gerabak wanita. train agak 'tenteram' sebab tak ramai sangat orang cuma tak ade rezeki saye nak duduk dengan 3beg berat (1beg balk kampung+beg sandang ade laptop+1beg tepi;beg wajib saye) yg dibawa..(biaselah balik kampung kan..hehe) kalo balik ade appoinment dentist, saye bawak beg tepi saye tu aje...hihi(ayat cover! ;)

sambung cerita, then saye berdiri la sepanjang perjalanan ke KL tu. Depan seat yang dekat tempat saye berdiri tu ada...lah seorang 'kakak' ni dengan 2org lagi anak dia (sorang lelaki, sorang lagi perempuan). yang perempuan tu saye agak mungkin dalam lingkungan 12-13thn dan yang lelaki tu mungkin dalam darjah 2-3). ibunya tu, boleh saye katakan agak 'ranggi' juge... (dalam pandangan mata sayelah..huhu)...emaknya dengan jean, baju t-shirt lengan pendek, rambut panjang diikat dan memakai cap....kemudian berlakulah dialong antara anak-beranak ini..yang cukup kuat untk saye mendengar dengan jelas butir-butir percakapan mereka...(wah..macam menulis novel pulak saye nih...hihi)

anak P: sampai rumah nanti nak tengok cerita apa yer? (tanya dia pada adik L die tu..)
anak L: urmm...nak tgk siti kelembai, chinta...(wah..adik die siap dah hafal siaran TV tu..*nada sarkastik*)
emak die: hari ini hari apa...tak ada chinta...(lebih kurang beginilah kata mak die tu)

#maaf, mungkin dialog ni bukan yang tepat sbb saye pun dah tak ingat sangat... tapi memang itulah antara isi-isi percakapan mereka yang masih terlekat dalam ingatan saye ni...

Saye hanya memerhatikan mereka...saye menggeleng dalam hati...
'haisyhh...rosak budak ni..kecik-kecik tengok Chinta Chandurry tu..'


Ada PRO dan KONTRAnya dari drama ni...
Suka saye nak cerita tentang KONTRAnya dulu..moga kita ambil pengajaran..

Personally, diawalnya memang saye nampak yang KONTRA aje... sebabnya,  fasa awal  cerita ni memaparkan kisah Chinta yang hilang arah dan hidup bergelumang dosa. Siap berkedudukan lagi dengan bukan mahram dan tinggal serumah..*astaghfirullah*

mak saye yang kadang-kadang tengok 'tebuk-tebuk' tu selalu je komen... 'hai apalah nak jadi dengan Malaysia. Mesti ada jugak golongan yang macam ni...'

kemudian bab-bab nak membunuh macam senang-senang je...macam nyawa manusia ni tak berharga langsung...macam suka-suki je nak membunuh orang...siap boleh tutup dari polis dapat tau lagi..(maju sangatlah tu Malaysia  kononnye kalo cam gini...huh!) sebab tu lah pada mulanya saye rase tak patut drama ni ditonton secara U. patutnye 18SG!

kalau saye dan mak saye ni pun rasa kandungan dan adegan-adegannya tak sesuai untuk tontonan kami yang sah-sah dah 18thn ke atas ni..apatah lagi budak-budak kecik tu...

apa-apapun saye cerita kan sedikit latar belakangnya...
Chinta (Si Fasha Sandha yang melakonkan watak ini..) dibesarkan di kampung. ayah die yang berpegang pada agama...sangat bagus sebab selalu berjemaah surau. Solat subuh pun mereka satu keluarga akan berjemaah dekat surau...tapi  si Chinta ni memang liat sikit nak bangun subuhnya (huh! reject jadik isteri..hehe)  jadi sebab yang inilah yang membuatkan ayah dia bertambah tegas terhadap die. secara tak langsung menampakkan ayah die seperti melebihkan anak lelaki (abang die) dari anak perempuan.

“Dan dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang Subuh; sesungguhnya sembahyang subuh itu disaksikan (keistimewaannya; disaksikan oleh malaikat)” (17:78)

sedangkan sebenarnya abang dia ni lah sebenarnya penipu besar. berlakon baik depan ayah dia padahal die jahat dan selalu 'skodeng' adik die ni.. tapi ayah dia percaya aje ape yang abang die cakap kononnya anak lelaki die ni yang baik sangatlah.


"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya dan Ia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (3:29)

"Dan Tuhanmu mengetahui akan apa yang terpendam dalam hati mereka, dan apa yang mereka zahirkan." (28:69)


tup-tup dieorang dah besar.

chinta memang dikenali kt kampung tu sebagai budak baik, lepas tu abang die tu pulak 'kononnya' selalu berulang surau...padahal...perangai macam....(anda fikirlah sendiri...huhu) buktinya abang dia  jahat bila Chinta dapat tahu yang sebenarnya abang die dan kawan baik dia (Si Mustika) dah melakukan zina. sebab tu lah jugak abang dia beriya-iya nak kawen dengan si mustika tu. dan cerita tragis Chinta ni bermula bila abang dia dan Mustika berpakat dengan seorang 'haji' (pak haji 'tak soleh'  yang kaya dalam kampung) tu untuk mendapatkan Chinta. Jadi, waktu inilah Chinta dianiayai abang dan kawan baik dia sendiri.


"Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur." (22:38)

"Allah mengetahui pengkhianatan (keserongan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati." (40:19)


Bila dapat tahu perkara ni...ayah Chinta percayakan kata-kata abang dia, tak mengaku dan putar belit tu...hanya mak Chinta yang  percayakan dia. bertambah tragis kekasih Chinta pulak, bila dapat tahu yang pak 'haji' tu dah buat camtu kat Chinta dia jadi marah..dah dia pulak yang buat perkara yang sama macam pak 'haji' tu buat kat Chinta. (huh! complicated benar saye nak ceritakannya, tak tau macam mana nak buat short-cut). ayah Chinta ni pulak tak habis-habis salahkan Chinta sebab Chinta tak pandai jaga diri. Padahalnya abang dia tu yang paling bersalah.

lepas kejadian inilah, Chinta lari ke Kuala Lumpur. Masa ini dia seperti kehilangan arah dan mula meyalahkan takdir terhadap apa yang berlaku dalam hidup dia selama ni. Bila dah sampai KL, dia dah mula tak pakai tudung, tak solat. bagi dia, buat apa dia jadi baik tapi dia selalu teraniaya.
Selepas tu bermula perjalanan hidup dia sebagai model dan 'kupu-kupu-malam' kelas atasan... Chinta berubah macam ni sebab dia marahkan takdir dan dah tak percayakan lelaki dan kawan baik.

"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah pertunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit- sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman." (6:125)

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)." (17:32)


Pelbagai konflik jugaklah yang berlaku waktu ni...dipendekkan cerita,

Ada sorang 'ahli perniagaan' ni nak kawen dengan dia. Tapi sebenarnya, Chinta ni dah 'crush' dengan bodyguard yang datuk tu arahkan untuk jaga Chinta die. Name die Ammar. Ammar ni kononnya baikla tak tinggal solat...(tapi yang saye tak pahamnya macam manelah die boleh kerja bodyguard dan siap selamba bunuh2 orang lagi..)  semasa hari perkahwinan datuk+chinta ni datuk tu 'bebas'kn Chinta ni sebab kononnye Chinta n Ammar ni saling mencintailah...(cinta duniaaaa...apalah sangatkan..hehe) dan Chinta ni nak bertaubatlah bila dia bersama Ammar nanti. bla.bla.bla. masa si Chinta ni nak kawen dengan Ammar, Ammar ni accident kena langgar oleh bekas kekasih Chinta tu dulu...dan meninggal dunia. Sekali lagi Chinta ni menyalahkan takdir. Dia rasa macam Tuhan tak adil...bila dia dah nak berubah, Tuhan ambil nyawa orang-orang yang disayang.

"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu ) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu). Dan kamu tidak akan dapat melemahkan kuasa Allah (daripada menimpakan kamu dengan bala bencana, walaupun kamu melarikan diri di mana sahaja) di muka bumi (atau di langit) dan kamu juga tidak akan beroleh sesiapapun - yang lain dari Allah - sebagai pelindung atau pemberi pertolongan." (42:30-31)


bla.bla.bla lagi...lepas 5tahun

satu hari Chinta ni pergilah jumpa seorang peguam syariah (name die Rasul Iman) yang uruskan kes khalwat die...

jeng-jeng-jeng...die pengsan!

sebab....
muka peguam tu macam muka Ammar...

dah malas nak cerita....pendekkan,

mula2 peguam tu macam professionallah...at last 'crush' jugak dengan si Chinta ni...
masa tu peguam ni dah nak kawen...Chinta ni pulak memang masih dalam 'misi' nak mengorat peguam ni...jadi dia katalah yang dia  dah nak bertaubat...

lagi.lagi.dan lagi.

Rasul pun kawenlah jugak dengan gadis pilihan mak die (Saadah)... lepas tu, Saadah ni tau la jugak yang Chinta ni kawan dengan suami dia...jadi Saadah ni pun menjalinkanlah persahabatan dengan Chinta ni untuk membantu Chinta untuk berubah. mula-mula Chinta ni masih berniat jahat nak rampas si Rasul tu dari Saadah, tapi akhirnya dia kalah juga dengan keikhlasan Saadah terhadap dia. jadi, Chinta pun mula berubah juge...tambah pula bila dia disahkan ada brain tumor.

"Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur) dan apabila ia ditimpa kesusahan, maka ia berdoa -merayu dengan panjang lebar." (41:51)

nak jimat masa dan tenaga saye...

Saadah pulak dikhabarkan tak boleh mengandung. lepas tu, mak Rasul dah mendesak supaya Rasul kawen lain.

"Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya Ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Atau Ia mengurniakan mereka kedua-duanya, - anak-anak lelaki dan perempuan, dan Ia juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya: mandul. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa." (42:49-50)

"Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (diantara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (4:3)

Saadah meminangkan Chinta untuk suami dia sebab dia tahu yang Chinta dan Rasul ni saling 'cinta' la kan... Chinta memang nak menolak, sebab dia dah nak terbang ke Mekah, Chinta mahu menghabiskan sisa hidupnya di Mekah. Chinta mahu bertaubat dengan sebenar-benarnya. Dia rasa sangat berdosa terhadap apa yang dia lakukan selama ini kerana sepanjang hidupnya itu dia menyalahkan takdir. 

"Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat), kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (4:110)

"Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan (curi) itu dan memperbaiki amal usahanya, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (5:39)

"Dan mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengasihani, lagi Maha Pengasih." (11:90)

Tetapi mengenangkan dia sayangkan Saadah, Chinta terima juga kerana tak sanggup nak hampakan Saadah kerana Saadah masih mahu mereka melangsungkan perkahwinan walaupun pada ketika itu Saadah sudah pun mengandung..(dengan kuasa Allah jugak kan..)

"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: "Jadilah engkau! Maka ia terus menjadi." (36:82)

dan akhirnya, Chinta meninggal dipangkuan Rasul ketika nak menyarungkan cincin perkahwinan mereka selepas akad nikah...

Pengakhiran Chinta, mengingatkan saye kepada hadith 40 oleh imam nawawi yang bermaksud...

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga. (Riwayat Bukhari dan Muslim, Hadis ke-4)

kalau kita tengok sejarah Chinta ni...Allah sedang menguji dia sebenarnya. moga benarlah pengakhirannya itu  dalam Khusnul Khatimah ketika dia benar-benar sudah bertaubat sungguh pun terlalu banyak kemungkaran yang dia lakukan sebelum ni. Dari sejarah dirinya pula, dia adalah orang yang teraniya! 

Apa-apa pun moral dari cerita, kitalah yang selalu memerlukan Allah!

"(Oleh kerana Allah Menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara) sedang Allah Dialah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji." (35:15)


Bagi saye, sebuah cerita itu dikira 'baik' bila elemen makrufnya lebih banyak daripada yang mungkar.
Moga, insyaAllah...next entry pun akan ade kesinambungannya dengan enrty yang ini pula...nantikan 'Feedback Cinta Ain Naqilah'.

p/s: target 10-15tahun lagi..harap ada penerbit yang sudi menerbitkan novel-novel islami (atau yang sarat mesej)  macam Tautan Hati, Lantera Mustika, CAN ke kan..untuk diadaptasi ke layar TV (hehhe) . ..aminnn!! 





 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...

Tuesday, December 7, 2010

waktu 'jahiliyah'...kemudian bila 'hijrah' saye...

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam HIJRAH, semua!

Sedar tak sedar...dah setahun berlalu...dan sekarang dah nak melangkah ke 1432H. Selalu, sambutan tahun Islam ni seperti dikesampingkan..ramai yang tak perasan kecuali sebab 1malaysia cuti!.

Sejarahnya: tahun hijrah diasaskan Syaidina Umar Al-Khattab r.a, Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua..(ha...ingat lagi tak ni??) Tahun Hijrah adalah sempena memperingati peristiwa hijrah Nabi dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Namun lebih dari itu, hijrah sebenarnya membawa pengertian yang lebih hebat dan lebih luas lagi..

Sebagai contoh, Syaidina Umar yang selaku pengasas kalender Islam ini sendiri telah melalui hijrahnya. Bermula dengan hijrah dari masa jahiliyahnya itulah yang membawanya menjadi Umar yang berani mencabar orang-orang musyrik dari menghalang perjalanan orang-orang Islam berhijrah ke Madinah.

"Barangsiapa yang sanggup menjadikan ibunya keseorangan disebabkan kematian anak, meletakkan anak-anak mereka menjadi yatim piatu lantaran kematian bapa, sanggup menjadikan isteri kesayangannya menjadi balu kerana kematian suami, marilah kita adu senjata di sebalik bukit ini."

Demikian barulah kaum muslimin Mekah berani menyahut seruan hijrah kerana berasa aman dari ancaman kaum musyrikin. Dialah Umar, Umar yang menjadi pembeza yang hak dan yang batil! Dia juga adalah Umar yang masa jahiliyahnya, dia pernah menanam anaknya hidup-hidup. Namun 'HIJRAH' dirinya kepada ISLAM itulah yang mengangkat darjatnya di sisi Allah dan mendapat jaminan syurga daripada Rasulullah s.a.w.

Lihat!
betapa besarnya erti 'HIJRAH' ini...jika Umar boleh, mengapa tidak kita???
Umar manusia, kita juga manusia...dalam pandangan Allah...semua manusia sama kecuali yang membezakan kita adalah amalan dan taqwa!

Saye juga sentiasa berusaha untuk meng'hijrah'kan diri dari segala 'karat' jahiliyah yang mencengkam dalam diri setelah sekian lama...


 waktu 'jahiliyah'...kemudian bila 'hijrah' saye...



waktu 'jahiliyah' saye...
-saye pelik dan kadang-kadang menyampah orang solat lama-lama...(macam poyo ajekan...*astagfirullah, orang waktu jahil memang cam gini*) sebab bagi saye, tak payahlah lama-lama pun..kalau solat lama-lama tapi fikiran entah ke mana tak guna jugak...

kemudian bila 'hijrah' saye...

  • saye tahu sebenarnya, orang-orang yang soleh solatnya lama sebab dia menghayati setiap bacaan, dan perbuatan solatnya. Kesan bacaan solat itu sampai ke hati...dan mereka juga mahu 'masa' untuk mereka bersama Allah itu lebih lama...


waktu 'jahiliyah' saye...
-bila solat, saye selalu buat yang wajib aje...lepas Al-Fatihah tak baca surah pun... sebab tak buat yang sunat tu pun sah jugak solat kan...solat pun nak cepat-cepat macam tak cukup masa...

kemudian bila 'hijrah' saye...
  • saye tahu sebenarnya, perkara sunat dalam solat itulah yang mendekatkan diri kepada Allah. Solat tanpa yang sunat itu umpama muka tanpa make-up (a.k.a macam mayat hidup...bak kata make-up artist tu la kan..hehhe) dan bila solat nak cepat-cepat tu, sebenarnya syaitan sedang menipu kita,  menipu kata tak cukup masa. Padahalnya solat tu sebenarnya tak effect pun masa kita! Allah tulah pemilik masa. Janganlah kita 'berkira' dengan Allah!


waktu 'jahiliyah' saye...
-saye ada rasa macam perlu ke pakai tudung labuh, pakai purdah tu... asalkan tudung melabuhi dada kira macam ok lah kot...

kemudian bila 'hijrah' saye...
  • saye tahu sebenarnya, orang-orang mampu bertudung labuh dan berpurdah itu menunjukkan sejauh mana mujahadahnya. orang yang taqarrub dengan Allah pasti akan melakukan yang terbaik untuk melaksanakan syariat yang Allah tetapkan. Dah saye juga berdoa, agar suatu hari nanti, Allah akan berikan taufiq dan hidayahnya pada saye untuk mengenakan busana yang sejuk hati dan indah memandang itu...aaaaminnn..=)


waktu 'jahiliyah' saye...
-saye ada rasa macam yang tudung labuh, yang pakai jubah, yang pakai kopiah, pakai kurta tu...kebanyakkannye mesti ustaz-ustazah aje...

kemudian bila 'hijrah' saye...
  • saye tahu sebenarnya, orang-orang yang bertudung labuh tudung labuh, yang pakai jubah, yang pakai kopiah, yang pakai kurta tu tak semestinya ustaz-ustazah aje... malah bila dah ada tarbiyah (didikan) dan fikrah (kefahaman) beragama, ramai 'akak-akak & abang-abang' yang saye jumpa terdiri daripada golongan professional. Macam akak-akak tu ade yang engineer, yang TESL, doktor, QS, IT, ACC...tapi semuanya bertudung labuh...sangat respectla kt diaorang semua...


waktu 'jahiliyah' saye...
-saye selalu rasa tak puas hati dengan mak abah jika kata-kata mereka seakan 'membebel' di pendengaran saye....dan asyik nak 'menjawab' aje kerjanya...(darah muda..biasalah kan..huhu)

kemudian bila 'hijrah' saye...
  • saye tahu sebenarnya, berdosa melawan cakap mak abah hatta dengan perkataan 'ha' atau pun 'ah' (17:23)~sekali pun...(huh! berapa ramai anak derhaka zaman ni..bukan setakat 'ah' aje...=__="") dan saye tahu, diam itu adalah yang lebih baik dan perasaan memberontak itu boleh di atasi dengan bersikap tenang. Orang yang tenang itu emosinya tidak akan mudah terusik dan tak pula mudah marah. Macam mana nak tenang? (13:28)~


waktu 'jahiliyah' saye...
-saye selalu rasa tak adil bila asyik saye aje yang kena buat kerja rumah...adik saye selalu skip...padahal jarak kitaorang dua tahun aje...


kemudian bila 'hijrah' saye...
  • saye tahu sebenarnya, setiap perbuatan kita perlu ikhlas. Bila ikhlas, kita takkan rasa terpaksa dan kita akan buat dengan rela hati. dan sekarang bila balik kampung, matlamat saye adalah nak berbakti pada mak abah...bersih rumah, kemas rumah, bab-bab kain-kain tu mesti diselesaikan sebelum balik semula ke tempat belajar.


waktu 'jahiliyah' saye...
-saye selalu ada sikap macam ni...'ko buatlah, awak buatlah, kenapa aku, kenapa saye pulak'...

kemudian bila 'hijrah' saye...
  • saye tahu sebenarnya, nak membuat kebaikan dan mendapatkan pahala itu tak perlu nak mengharap dan menunggu orang lain. Kitalah yang harus mencarinya dan mendahului orang lain.


waktu 'jahiliyah' saye...
-saye selalu rasa macam tension bila kena membersihkan benda-benda yang kotor...toilet ke, dapur ke..etc.. 'sikit-sikit aku, sikit-sikit saye...'

kemudian bila 'hijrah' saye...
  • saye tahu sebenarnya, lebih baik kita tak suka kotor dari suka bersih. Orang yang tak suka kotor akan membersihkan sesuatu jadi bersih! Lagi pun buat kerana Allah suka bersih!


waktu 'jahiliyah' saye...
-saye tak kisah pun orang ber'couple'...ade juga kawan saye yang menggalakkannye...

kemudian bila 'hijrah' saye...
  • saye tahu sebenarnya, ber'couple' itu bukan cara yang Allah suka. lagipun itu tak menjamin cinta sampai syurga. 'Couple' hanyalah senjata syaitan semata-mata nak merosakkan umat Muhammad supaya jauh dari redha Allah...


waktu 'jahiliyah' saye...
-saye suka dengar lagu-lagu yang lagho-lagho...lagu cintala, lagu orang puteh la..etc..

kemudian bila 'hijrah' saye...
  • saye tahu sebenarnya, lagu-lagu tu tak bawak ketenangan pun...dengar lagu yang lirik dan muziknya baik-baik..(tapi tak semestinya nasyid aje..) dan mendengar ayat-ayat cinta dari Allah lagi mendamaikan dan boleh membentuk peribadi saye menjadi lebih baik...


hurmmm...sebenarnya banyak lagi persepsi waktu 'jahiliyah' saye...yang saye nak kongsi dengan anda supaya sama-sama kita memuhasabah diri...tetapi saye agak kebatasan waktu...tapi yang akhirnya saye nak kongsikan yang satu ni...


waktu 'jahiliyah' saye...
-saye rasa hidup ni kosong, tak ada matlamat yang jelas. Adakah sekadar belajar, masuk universiti, dapat degree, berjaya dapat kerja bagus-bagus, kahwin, dapat anak, dan menunggu mati..


kemudian bila 'hijrah' saye...
  • saye tahu sebenarnya, banyak yang perlu saye perbuat di dunia ni. Masih banyak yang belum saye lakukan! Segala amalan di dunia inilah yang menentukan siapa kita di akhirat nanti.


Pasti, hijrah kali ini adalah hijrah 'penebusan' bagi target-target yang masih belum terlaksana. Moga hijrah kali ini juga adalah langkah 'pembetulan' bagi segala kekhilafan...

Jadi, jangan buang masa...jangan berlengah untuk berhijrah!
Ayuh kita jadi Umar, ayuh kita sahut seruan hijrah!
Berhijrahlah!
Allah tidak memandang masa lalu kita sebaliknya kebaikan-kebaikan yang bakal kita lakukan...





azam saye hijrah ini;
-moga saye menjadi dai'e yang lebih baik...amin...(oh Allah, bantu aku!)
-moga saye memanfaatkan waktu lepas subuh selain daripada kalah di medan tilam..(yang bukanlah empuk mana pun...huhu)
-moga saye mengistiqamahkan diri dengan hafazan dan tasmi'..amin..(oh Allah, permudahkanlah!)
-moga saye mengikis sikap lagho dalam perbualan...(oh Allah, jauhkanlah yang buruk dari perkataanku!)
-moga saye dapat siapkan novel kedua ini secepat mungkin, mengikut keizinan Allah!
-moga saye melalui tahun ni dengan penuh berkat dan kebaikan...aaaaaaaaaminn..^__^


p/s: banyak lagi sebenarnya..tapi tak apelah..biar saye simpan sendiri...cukuplah yang itu azam yang ingin saye kongsikan dengan anda...banyak-banyak pun jangan hanya tahu berazam! (pesan dekat diri sendiri!..huhu) 
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya." (61:2-3)



(:alangkah indahnya hidup ini>>>dari 'jahiliyah' kepada HIJRAH !:)





 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...