...Words From God~O Allah, The Lord~...

"Closer and closer to mankind comes their Reckoning: yet they heed not and they turn away."

"Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.." (Al-Anbiyaa':1)

AWAS! Anda berada di zon::Alangkah Indahnya Hidup Ini::

::SELAMAT DATANG:::WELCOME:::

Salam sejahtera, salam singgah, salam melawat, salam menjengok, dan semua salamlah saya ucapan kepada pengunjung rumah saya ni teratak; Alangkah Indahnya Hidup Ini...

Saya sangat berbesar hati sekiranya anda dapat meluangkan masa untuk membaca perkongsian saya di dalam blog ini. Saya juga mengalu-alukan anda untuk 'copy' atau ambil apa sahaja yang ada di teratak saya ini yang memberi manfaat kepada anda. Namun saya mengharapkan jasa baik anda untuk melampirkan link 'Alangkah Indahnya Hidup Ini' sebagai rujukannya. Ini kerana sebarang artikel yang saya hasilkan sendiri pasti menjadi tanggungjawab saya kepada ALLAH. ^_^

~Moga ' Alangkah Indahnya Hidup Ini' sentiasa menjadi inspirasi anda~
~Moga segala kandungannya dapat memberi manfaat kepada semua~
~Moga dengan 'Alangkah Indahnya Hidup Ini' menjadikan kita sama-sama beroleh rahmat dan hidayah Allah S.W.T..aminnn~

Sekian Terima Kasih.

Thursday, July 22, 2010

Imam Muda bagai penawar...

IMAM MUDA! penawar racun hiburan yang semakin membarah dalam kalangan masyarakat kita yang disogokkan dengan hiburan! hiburan! dan hiburan! tak habis2 hiburan! inilah Malaysia..MUJUR baru ada IMAM MUDA!!!





HIDUP IMAM MUDA! TAKBIRR!! ALLAHUAKBAR!!

Saturday, July 17, 2010

Di mana silapnya:Sebelum, Semasa, atau Selepas?? ~

بسم الله الرحمن الرحيم


 "Allahuma bariklana fi rajjab wa syaaban wabalighna RAMADHAN..." Ya Allah berkatilah kami di bulan rejab dan syaaban,dan sampaikanlah kami bulan ramadhan..aaminn~


Kini Rejab dah berlalu dan kita sekarang sedang bersama Sya'aban... Hampir seminggu sudah Rejab pergi..tetapi saya sebenarnya masih mahu berkata tentangnya...kerana apa? kerana ada sesuatu yang penting di dalam bulan Rejab yang kelihatan seperti kita semakin melupakannya....mungkin juga tanpa sengaja kita terlupa, tak perasan dek kesibukan seharian atau mungkin sebabnya kita tak peka tarikh hijrah, ya lah kelender yang kita guna..kan kalender masihi... agak terlewat, namun saye menulis kali ini kerana 27rejab...

Ada apa dengan 27 Rejab???

27 Rejab....hah..yang tak ingat mungkin dah lupa...Tp yang pasti Rejab itu bulan ALLAH! (harap yg ni  masih ramai lagilah yang ingat..)

Pada malam 27 Rejab yang lalu...saye statuskan di FB..

"27rejab akan melabuhkan tirai~~pensyariatan terbesar yang perlu diambil penghayatan..."

Terlupa lagi? Masih tak ingat?

Mari saye ingatkan anda semua...

Sejarahnya: 27Rejab adalah tarikh Isra' Mikraj...Allah dah rakamkan sejarah ini di dalam Al-Quran...(homework utk anda...(nk mendapat hidayah perlulah berusaha jugee, kan..hihi;)); cari Al-Quran terjemahan atau tafsir dan silalah go through ayat ini..)

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (17:1)

Allah S.W.T memperjalankan hambaNya (Nabi kita Muhammad s.a.w) dari MasjidilHaram ke MasjidilAqsa kemudiannya baginda melalui perjalanan langit ke Sidratul Muntaha...Isra' Mikraj berlaku di tahun dukacita di mana selepas kematian Abu Talib dan Siti Khadijah yang mana kedua-duanya adalah insan kesayangan nabi. Isra' Mikraj juga adalah satu simbolik Allah memujuk kekasihNya yang telah kehilangan orang-orang yang sayang dan banyak berjasa kepada baginda. Yang utama,  Isra' mikraj adalah titik tolak penerimaan perintah atau pensyariatan terbesar dari Allah s.w.t kepada umat Nabi Muhammad. 
p/s: siapa umat Muhammad??? KITA lah itu!!! (yang ini tak bolehlah nk buat-buat lupe yer~)

Then, the rest is history...anda bolehlah google atau cari buku-buku yang ada menceritakan berkenanan Isra' Mikraj dengan lebih lanjut...(huh! homework lagi...hihii;)

Saye tak berhajat nak menceritakan sejarah Isra' mikraj secara detail...sebab fokus saye dalam post ni adalah untuk ingatkan anda "pensyariatan terbesar yang perlu diambil penghayatan~" itu...^__^

Pensyariatan ape tu???

Syariatnya....yang kita kena tunai 5 waktu sehari semalam tulah! Yang menjadi rukun ke-2 dalam RUKUN ISLAM!!

itulah dia>>> SOLAT!!!


....yang harus dikerjakan 5kali sehari...yang wajib bagi setiap yang baligh, yang berakal, yang suci dari sebarang keuzuran, yang beragama ISLAM!

kenapa saye nak tekankan "pensyariatan yang perlu diambil PENGHAYATAN"????

Saye tahu, saye bukanlah insan yang layak memperkatakan tentang perkara yang besar ini...ilmu pun masih belajar, solat saye pun mungkin belum tentu diterima Allah..namun..atas nama Islam..dan kerana saye sayangkan agama dan umat ini seperti mana Rasullah menyebut "ummati. ummati.ummati" di nafas terakhir baginda...(yang insyaAllah, begitu juga saye inginkan)...saye tetap mahukan bicara tentang ini..moga Allah memperbaiki diri saye  dan anda semua melalui perkongsian ini..aaaaminnn..^__^

Berapa ramai 'yang baligh-berakal-suci dari sebarang keuzuran-yang beragama Islam!' pada hari ini yang tak solat??
Berapa ramai yang 'take for granted' tentang solat?? 
Berapa ramai yang solatnya tak penuh?
Tak kurang juge berapa ramai yang tak solat langsung? (sengaja tinggalkan tanpa rasa berslah langsung!)

Bila kita tak menghayati pensyariatan solat ini MAKA sebab itulah tujuan pelaksanaan solat yang Allah s.w.t perintah itu seakan tidak ada maknanya, seakan tiada impak pada kita; hambaNya...

Allah Ta'ala dah kata dalam Al-Quran:

"Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;.." (23:9)


Betapa masih ramai lagi yang kurang faham dan tidak menghayati tuntutan SOLAT yang Allah dah perintahkan tu...

MARI...saye tambahkan kefahaman anda..;)

'Memelihara' SOLAT pada pandangan hati saye ini merangkumi 3 fasa...memelihara sebelum-semasa dan selepasnya...

Ramai juga yang tidak mengambil berat yang sebelumnya...
'SEBELUM' ini dalam dalam erti kata lainnye adalah persediaan sebelum solat tu...pastinya soal thoharah atau kebersihan yang paling dititik-beratkan..perlu bersih dari sebarang hadas...begitu juga soal WUDHU! saye kira, wudhu adalah elemen penting yang menjadi cerminan kepada solat yang bakal didirikan..
tak salah rasanya, jika dikatakan: pincang wudhu, pincanglah solatnya!!

Wudhu itu permulaan solat! Bagaimana kita mengambil berat solat begitu jugalah wudhu!

Seringkali berulang-alik balik ke rumah dari Sh.Alam atas urusan tertentu,...saye sering menjadikan surau KL sentral sebagai tempat transit saye untuk melunas solat jamak-qasar. Kerap juga saye memerhatikan muslimat yang sedang mengambil wudhu ketika menanti giliran. 

*air tak diratakan hingga ke siku*basuh kaki tak cecah buku lali pun*nampak macam tak sungguh-sungguh pun nak ambil wudhu*ambil wudhu macam keretapi da sampai landasan je gayenye*bukak pili air punye la gedabak besar*

aduii...inilah antara perkara yang saye 'perasan' sepanjang pemerhatian itu....bukan sengaja mencari salah, tapi kalau dah terang lagi bersuluh, itu pastilah bukan sesuatu yang saye sengajakan... alangkan berwudhu di sungai pun Rasulullah tak bagi membazir....mentang-mentanglah bukan kita yang bayar bil air surau tu kan..ketahuilah...air yang kecil itulah yang membawa kekhusyukan 'SEMASA'  solat nanti~

Mari kita ambil iktibar dari kisah ni;

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?".

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimanakah wuduk zahir dan batin itu?."

Hatim berkata, "Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengna air. Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan 7 perkara:-

   1. Bertaubat
   2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
   3. Tidak tergila-gilakan dunia
   4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
   5. Tinggalkan sifat berbangga
   6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
   7. Meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata , "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap ke kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan ALLAH, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal Mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

Setiap bacaan dan doa dalam solat ku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

SubahanAllah! kisah ni memang betul-betul membuatkan saye tersentap, memuhasabah diri...ahli ibadah pun boleh menangis mengenangkannya, inikan pula kita... memang wajar mungkin rase macam nak terjerit kerana apalah sangat tahap kita, jika mengenangkan  SOLAT yang kadang-kala mungkin kita rasa payah itu.

Semasa solat tu pula...sempurna atau tak rukunnya semua tak tahu lagi, tambah khusyuknya pun entah ke mana... maksud setiap bacaan juga selari atau tak dengan apa yang dibaca pun tak pasti juge...(oh Allah! utk saye...muhasabah diri ni!) 'semasa' solat ini kalo tak ada penghayatan, mungkin kita  da 'out' awal-awal dari pandangan Allah..na'uzubillah..

Bila cerita pasal  SELEPAS solat pulak...lagilahnye....

Solat itu sebenarnya hidup! Bagaikan Roh yang menghidupkan Jasad!

Namun, berapa ramai yang masih tak sedar akan hakikat ni... 

Secara fizikal atau zahirnya, selepas salam tamat dan selesailah sudah solat kita. Tetapi lebih dari itu, hakikat rohani dan batinnya, roh solat itu akan sentiasa bersama kita jika.... perkara 'SEBELUM dan SEMASA' solat itu dihayati sepenuhnya. Bila 'roh' solat ini hidup dalam diri setiap orang Islam.. barulah SOLAT yang dikerjakan itu dapat menariknya pada yang MAKRUF dan mencegahnya dari yang MUNGKAR!

Hari ini...kata-kata sumbang sering kedengaran....

-dia solat, tapi tak tutup aurat..
-dia solat tapi suka fitnah orang...
-dia solat tapi pengotor....
-dia solat tapi suka sakitkan hati orang...
-dia solat tapi...banyak lagilah itu dan ini...

Mengapa jadi macam ni? Salah Solat ke? Tuan punya badan yang solat macam mane pula?

Kita ini memang tak berhak menilai solat orang, bahkan solat kita pun kita tak pun tak tahu bagaimana.... sah dan terima atau tidak itu hanya pada Allah... 
Namun hati dan akal telah dibekalkan dengan pesanan dari Allah dalam Al-Quran...

Solat yang diterima Allah s.w.t itu PASTI akan membawa yang MAKRUF, dan dijauhkan dari yang MUNGKAR!!

MARILAH kita sama-sama reksi diri...bermuhasabah mana silapnya solat kita: Sebelum, Semasa, atau Selepas yang membuatkan solat kita itu tak mampu nak cegah kita dari yang keji dan mungkar~

MARILAH solat dengan penuh penghayatan!!!

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya." (Riwayat Abu Daud dan Termizi)


MARILAH KITA SOLAT DENGAN SEBENAR-BENARNYA!! 

"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (29:45)



p/s: kalau Solat pun kita masih tak settle, jangan mimpi nak bebaskan Palestin!!




"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya." (2:45-46)







(:alangkah indahnya hidup ini>>>bile SOLAT itu tanpa rasa berat!:)


 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...

Tuesday, July 6, 2010

Di suatu malam dari malam-malamku...

بسم الله الرحمن الرحيم
 

في ليلة من الليالي
لست أدري ما اعتراني
ظلمةٌ تغمرني يا رب

Di suatu malam dari malam-malamku,
Aku tidak tahu apa yang terjadi padaku,
Kegelapan menyelubungi diriku, wahai Tuhan.


الأرض ضاقت والسماء
وقلبي ما عرف الضياء
والدمع بات يبكي يا إلهي

Bumi dan langit ku rasakan sempit,
Hatiku tidak menjumpai cahaya,
Dan air mataku sentiasa bercucuran, wahai Tuhanku.


عصيت والذنب كبير
وإني في حزني أسير
مقيد بالذنب يا رب

Aku ingkar dan dosaku bertimbun,
Sesungguhnya aku di dalam penjara kesedihan,
Dirantai oleh dosa-dosaku, wahai Tuhan.


فهل يستحق يا إلهي
العفو مجرماً
مقرٌّ بالذنوب يا إلهي

Akan layakkah, wahai Tuhanku,
kemaafan diberikan kepada si pesalah,
yang sering berbuat dosa, wahai Tuhanku?


أنت الذي خلقتني
رحمتني ورزقتني
دوماً يا رب قد كنت معي

Engkau yang menciptakanku,
Mengasihiku dan memberikanku rezeki,
Wahai Tuhan, Engkau sentiasa mendampingiku,


لكنني نأيت عنك
نسيت ما قد كان لك
وسرت في طريقي يا إلهي

Namun aku pula menjauhi-Mu,
Aku melupai apa yang ada pada-Mu,
Dan aku mengikuti jalanku sendiri, wahai Tuhanku.


واليوم يا رب أعود
من ظلمة خلف الحدود
فالقلب منكسر وطرفي حائر

Pada hari ini wahai Tuhan, aku kembali
daripada kegelapan di belakang sempadan,
Hatiku berkecai dan jalanku mengelirukan,


وأنا الغريق فلا أرى
إلا سواك لي منقذاً
لا منجى ولا منجى إلا أنت يا إلهي

Aku yang kelemasan tidak melihat sesiapa
melainkan Engkau untuk menyelamatkanku,
Tiada penyelamat, tiada penyelamat kecuali Engkau, wahai Tuhanku! 


Friday, June 25, 2010

get busy living~~

  
بسم الله الرحمن الرحيم


Lepas hip-hop rap dgn I'm not afraid to stand alone & i've seen...skrg country music dgn get busy living& generous peace pulak...huuhhu~~;D dulu fallin' in love dgn native deen&outlandish skrg dgn kareem salama pule...hhiihi^__^

~~get busy living yang latarnya country music dengan suara penuh kelunakan Kareem Salama ni membuatkan saye me'repeat track' kannye..(huh..saye memang nak jadi tukang merosakkan bahasa ke ape ni?!..p/s: jgn tiru gaya bahasa ni di atas kertas peperiksaan Bahasa Melayu anda...sekian, terima kasih..hhihi;))~~

Bile dengar lagu ni dan hayati liriknya..membuatkan saye terfikir tentang hidup saye yang Alhamdulillah ditakdirkan Allah berjaya sampai ke tahun ke-21 ni...dan  katakanlah jika ade yang tanya saye " what do you love/like most about your life?"...

saye dah ade jawapannye sekarang...

"thing i like most in my life is my-life! and my self!", seriously!...without any second thought!

Dan bile recap mula-mula tertubuhnya blog saya ni..saya sangat bersyukur kerana Allah telah mengilhamkan dan mengtakdirkan "Alangkah Indahnya Hidup Ini" untuk jadi nama blog saya ni.. i really feel...homely with that sweet title, seriously!

sebabnya...

bagi saya, apa yang berlaku dalam hidup kita ini memang segalanya indah dan akan jadi indah bila kita melihat kepada hikmahnya! nak-nak pulak segala yang berlaku dalam hidup kita ini memang dalam pengetahuan dan kekuasaan Allah s.w.t. Macam Allah kata dalam Al-Quran;

"Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan Allah sentiasa Meliputi (pengetahuanNya dan kekuasaanNya) akan tiap-tiap sesuatu." (4:126)

Maka,

bila saya hayati lirik lagu kareem salama ni membuatkn saya terfikir tentang hidup saya selama ni...dan saye ni sebenarnye memang seorang yang sibuk dan akan bertambah sibuk lagi semester ni, insyaAllah.
bagi saya...hidup saye ni memanglah sentiasa sibuk, tapi saya sendiri memang suka sibuk sebenarnya...hihi;)

moga sibuk saya inilah yang menjadikan saya bersedia untuk bertemu Allah...insyaAllah

macam juga kareem salama kata...

"That I get busy living and I get ready to die"

kerana apa??

-kerana biar kesibukkan ini yang boleh dipersembahkan kepada Allah supaya dengan rahmat Allah saye dapat claim syurga..aaamin.. insyaAllah..
-kerana biar sibuk ini yg menjadikan saya cinta kepada Allah dan Allah cinta kepada saye...subahanAllah.
-kerana biar hikmah dari sibuk ni yang menemani saye dibarzakh nanti...insyaAllah.
-kerana saya mahu sibuk ini yang menjadikan orang ingat pada saye jika saye dah tiada di dunia ni..aaaminn..;)
-dan kerana sibuk inilah yang mengajar saye erti hidup yang sebenarnya..


insyaAllah, andai Allah panjangkan umur saye (untuk membuat kebaikan, insyaAllah.) saya tak sabar-sabar nak cerita pada anak-anak saye tentang kesibukan masa muda saye ini...

masa konco-konco kat sekolah rendah...
-sibuk belaja kat sekolah...aktif bersukan..wakil sekolah sana sini..
-sibuk carik ilmu agama sebelah petang bila abah hantar pergi sekolah fardhu ain... belaja perkara basic agama ni pun bukan belajar saja-saja..

lepas tu, zaman geng muda-muda kat sekolah menengah..
-sibuk belajar disekolah yang persaingannya dgn budak-budak yang bijak pandai..
-sibuk juge wakil itu-ini...seronok dapat berjalan tempat orang, dapat banyak pengalaman..
-sibuk organize program-program untuk membawa hati kawan-kawan dan juniour kepada Allah yang memegang hati mereka..

kemudian tahun bertukar dengan geng-geng nak membesar pulak..
-sibuk belajar yang sangat 'rush' dan 'compact program' di matrik..
-sibuk dengan tarbiyah..tarbiyah diri untuk tarbiyah anak-anak jagaan wing...

kini..melangkah ke 'sekarang', dengan geng-geng bile dah besar sikit..bertambah lagi senarai 'kesibukan' itu..
-masih tetap sibuk studi dengan course yang 'agak-agak cam' memang tough ni..huhu
-sibuk untuk memenuhi tuntutan pelajaran...mana nak buat assignmnt, nak buat research lagi sem ini..nak study subject yang tak kurang 'tough'nye tu..
-sibuk memastikan diri supaya menjadi anak yang baik... yang peka dengan mak, abah dan keluarga.
-sibuk meneruskan perjalanan tarbiyah diri yang perlu dipertingkatkan lagi...kerana tarbiyah atau peningkatan diri ini adalah satu perjalanan bukan destinasi...
-sibuk berukhuwah, bersilaturrahim dengan kawan-kawan, dan akhawat..
-sibuk memikirkan masalah umat yang melanda kawan-kawan rapat..
-sibuk juge memikir cara untuk mendekati mereka supaya dapat menyentuh dan membawa hati-hati ini dekat dengan Allah..
-otak dan fikiran juge sentiasa sibuk memikirkan idea supaya dapat siapkan novel pada 'interval time' yang dah dipersetujui..
-tuntutan dari hati nak sibukkan diri dengan ayat-ayat Allah...rasa sangat bersalah bila tiada progression dan bila susah nak pergi tasmi' sebab sekarang dah ada kengkangan jarak...~oh, Athirah Taha..jangan jadikan itu alasan~
-sibuk juge nak menghabiskan praktikal kereta supaya cepat ckit dpt lesennye..huhu;)

inilah antara 'kesibukan-kesibukan' yang perlu saye tempuh kini...

saye tak tahu bagaimana anda menilai kesibukkan anda...setiap orang pasti ada justifikasi kesibukkan masing-masing...namun bagi saye...inilah kesibukkan yang membuatkan saye rasakan hidup saye ni begitu indah..
 
"That I get busy living and I get ready to die" 

Dengan itu, saye menyeru kepada diri saye sendiri dan untuk anda juge...

MARILAH KITA SAMA-SAMA MENJALANI HIDUP YANG SIBUK dan KITA BERSEDIA UNTUK MENINGGALKAN DUNIA YANG FANA NI BILA-BILA MASA PUN!


Jadi dengan senyum-lebar-sampai-telinga-tak boleh-reversible...saye membawakan 'kareem salama; get busy living' kepada anda semua...



Every single day, someone is born and someone dies
It wasn't long ago my uncle passed and my little niece came to life
I get to thinking about my time to go and it won't be long from now
I shiver inside at the chance that I might leave a life untouched by a vow

And I believe tonight is the night that I decide
That I get busy living and I get ready to die
So that when the fateful day does come when I'm six feet in the ground
The poor and the weak and the orphan and meek will miss having me around

When I pass I don't wanna leave a life of regret
So I give rise to change today by trying not to forget
That pleasures do pass and sunrises end and stars do fade away
But it's love and it's virtue and honor and truth that remain for all days

I want that final breath to be the sweetest of all
And it will be certainty if I answer the call
To help all those in need and decipher the meaning of life
'Cause the seekers of truth they fear not death anymore than they fear life 
 

Yang akhirnya, hanya satu yang saye harapkan dari kehidupan saye yang sibuk ini...
"I want that final breath to be the sweetest of all"



p/s: sayu pulak rasenye...da la tgh dgr khutbah jumaat pasal kematian: tajuk--pergi tak kembali~~^__^
p/s: eh lupe pule...sibuk juge nak meng'update' blog ini...hehe;D 
p/s: Alhamdulillah...Allah masih jaga 'hati-perasaan' saye ni supaya tak nk sibuk2kn diri dgn perkara such as 'couple-couple' ni..cume skarg menunggu nak 'bercouple' dgn org yg berhak aje..hehe*wink*=))
p/s: huhu...saye ni..byk btolla sibuknya..mcm entry yg hari tu jugak...;)



(:alangkah indahnya hidup ini>>>bile sibuk dengan Allah s.w.t:)

 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~


...wallahu'alam...

Monday, May 17, 2010

Berjaya & Cemerlang kita yang mcm mane??


بسم الله الرحمن الرحيم


Baru-baru ini...saya dan kawan-kawan berada dalam kehangatan mendapat result...dan sangat gembira kerana 'berduyun-duyun' dapat deanlist...tapi...yang sedihnya...saya tak termasuk pun dalam golongan yang berduyun-duyun itu..frust juga...xpela..sikit lagi nak dapat tu.....cuba untuk sem ni pula, insyaAllah, amin~~;)


"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorg melainkan (balasan) apa yang diusahakannya..."(53:39)


Dan saya tetap bersyukur Alhamdulillah...walaupun tak dapat deanlist tapi result previous sem tu naik dan CGPA pun maintain 3..Alhamdulillah... dan saya menerima seadanya result ni..kerana telah bermuhasabah diri... (sama macam entry yg ini: Post-mortem ble da dpt result...) usaha masih tak cukup lagi...jadi untuk sem depan kenalah berganda-ganda lagi usaha saya untuk dapatkan yang lebih baik dari result sekarang.. cara menghafal pun harus diperbaiki dan dipertingkatkan lagi.. (al-maklumlah orang macam saya ni tak suka sangat nak menghafal ayat buku tu..somehow kena belajar dari kesilapan..learn from mistake dan tak boleh ulanginya lagi, jadi kenalah ambil pengajaran...remember: orang beriman, tidak melakukan kesilapan yang lama berulang kali~~)

Bila sesuatu perkara berlaku kepada saya...saya lebih suka melihat kepada hikmahnya...jadi saya pun nak ajak anda begitu... berbalik pada result saya ni kan.. katakanlah Allah beri saya rezeki dan dapat deanlist sedangkan saya ni 'tak study sangat' or banyak 'main dan tido aje'...huhu bimbang juga mungkin terbit perasaan yang macam gini: Aku yang tak berapa study pun dapat deanlist...jadi Allah lebih tahu yang terbaik untuk saya maka saya tahu yang usaha saya tu belum cukup kuat lagi untuk menjadi asbab untuk dapat deanlist...

Bila kita kenal Allah dan mengharapkan persandaran hanya padaNya, kita akan menerima segala sesuau yang ditakdirkan untuk kita dengan berlapang dada. orang yang dihatinya bersama Allah... baik ke, buruk ke dia tetap akan bersederhana...

Bila mendapat musibah dan ujian... dia berbaik sangka dengan Allah..tahu itu adalah tarbiyah (didikan) Allah untuknya..untuk menguji sejauh dan setakat mana kesabaran, muhasahabah hambaNya.. dan Bila diberikan kejayaan.. dia bersyukur tetapi tidaklah merasakan kejayaan itu hak miliknya yang mutlak.. jangan kejayaan itu menjadikannya isti'raj (bimbang  nikmat yang dikurniakan Allah, menjadikan kita lalai..)


"Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah dia (dengan sombongnya): Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah dia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu)."(39:49)


Buat saya dan anda yang membaca,


jadilah kita MUSLIM yang belajar BUKAN pelajar MUSLIM! ada beza ke kn??

urmm..banyak bezanya...

pelajar muslim hanya semata-mata kerana dia tengah belajar dan agama dia islam..

tapi kalau MUSLIM yang belajar...belajarnya kerana ALLAH...


  • studynya success...tapi solat still awal waktu, tak dilengah-lengahkn..
  • stay up, stay up jugak...qiyam dilazimi, subuh tak lajak. (i hate myself the most whenever i've stayed up to study but then..my Subuh is almost 7. astaghfirullah! kelemahan yang masih perlu diperbaiki..;'(( Oh Allah, ampuni kelalaian aku yang satu ini..)
  • berkawan..kawan juga..tapi berkawan dia kerana ukhuwah & membwa kebaikan kepada teman..
  • mase mudanya ini dihiasi dengan taubat, bakti, dan akhlak mulia.. (tak sibuk nak 'couple-couple' or such things yang tak berfaedah dan lagho..)
  • sukannya untuk kesihatan, moga dimudahkn ibadah dan menjaga 'dressing code' sukan yg syariat tetapkan..
  • sibuk, sibuk juga dengan assignment, lab report, ulangkaji, dan  nota...tapi masih dapat memberikan hak pada Quran untuk tidak meninggalkannya walaupun sehari..


Ada pro dan kontra nya...


Kalau tak baca quran hari-hari pun, solat ada jugak tinggal, 'dating' pun ada jugak.. dan bila studi sungguh-sungguh pun... memang Allah akan bagi result yang bagus..sebab Allah tu Ar-Rahman.. tapi sayanglah kita, tak dapat Ar-Rahim Allah. yang mana dua sifat Allah yang sangat berkait rapat bahkan permulaan surah juga dengan dua sifat Allah yang agung itu..kalau yang begini..rugilah kita... kita sama aja macam Ah Chong atau Mutu yang dapat result bagus-bagus tu...


Pastu pula yang...solatnya tak tinggal, baca quran hari-hari...tapi bila waktu ambil result, keputusannya takla bagus pun...urmm.. memang Allah nak uji...tapi kita kena muhasabah diri.. solat,quran memang hak Allah.. tapi sunnatullahnya.. nak ilmu, nak pengetahuan kenalah studi juga...solat, baca quran tapi langsung tak study tak bolehla cam gitu kan...ada juga study tapi result still biasa2 aja.... itu maknanya usaha tak cukup kuat lagi...


Maka..


Marilah  muhasabah diri...kita nak kejayaan yang bagaimana...

Berjaya atas slip result, tapi hak Allah fault...(walaupun orang puji itu-ini...)
Sukses dengan hak Allah tapi kat slip result fault juga...(ini tak boleh, fitnah pada Islam nanti)

Yang sebaik-baiknya... JOM kita jaga hak Allah tu yang utama dan jaga juga Sunnatullah yang sepatutnya.. itulah orang yang berjaya... iaitu MUSLIM yang BELAJAR kerana ALLAH!!^__^




(:alangkah indahnya hidup ini>>>bile berbaik sangka dengan Allah s.w.t:)


 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...

Monday, May 10, 2010

Khaibar khaibar ya yahud!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Khaibar khaibar ya yahud!!!!
Khaibar khaibar ya yahud Jaisyu Muhammad saufa ya'ud!!!!
Jaisyu Muhammad saufa ya'ud!!!!
Khaibar khaibar ya yahud jaisyu Muhammad saufa ya'ud
Tunggu saatnya hai yahudi, tentara Allah kan kembali

 Ayuhhh, RIJJAL!!! Bangunlah!!!
Ayuhhh, PEMUDA!!! Bangkit!!!
Ayuhh, REMAJA!!! Sedarlah!!


*****

Perhimpunan Perdana Palestin @Stadium Melawati Shah Alam...

Sebenarnya memang rezeki sangat nak pergi...
ceritanye...
petang tu saye baru aje habis midsem paper utk entomology dan malaysian studies.. 
lebih kurang  pukul 2.30..tolak-tambah itu ini..alih-alih dkt pukul 3 jugakla makan tengah hari di giant..
saye dan kawan saye sorang nk cikZ ni agak2 adela 'cadangan2' nk pergi perhimpunan ni sebelah malam tu...
lepas tu mase saye dekat giant tu hujan lebatla pulak, mase tu saye ade bersama dengan 3lagi kwn saye yang lain cik himawari, cik mata, dan cikTq....
so saye pun mesgla CikZ nak tny jadi tak nak pergi malam tu ke stadium...
kawan saye yang lagi 3org ni pun berminat nk ikut sekali kalau saye jadi pergi...mase tu...
memandangkan hari tengah hujan, tambah pulak masing-masing penat baru lepas perah otak jawab entomo dengan 'sangat2 sukses' itu..(hihihih)..maka.. 
kami pun 'macam-cancel'kanlah program nak pergi stadium  malam tu...
dan saye mesg la pada CikZ tu 'xpela kte g surau je la'... tulepas balk je la rumah....
Allah takdirkan balik tu saye tertidur..ingat nak 'baring-baring' kejap sebelum mandi...
sedar-sedar dah agak lambat..
so saye pun lambatla bersiap nak ke surau.. 
jadi saye pun solat maghrib kat rumah...
lepas tu jalanla pergi surau...
*semangat tu nk pergi surau..huhu~*
tp on the way jalan tu...terserempak dengan sorang makcik yang selalu datang surau..
die cam nak balik umah... 
makcik tu kate xde kuliah, so ramai yang balik... 
mase tu saye pun berbelah bagila nk terus g surau ke tak..
so saye  nak la mesg salah sorang akak yang selalu datang surau tu jugak
 (kire2 kteorg je yg ala2 mude-remaja sikit yang sebolehnya cube nak ikut sekali imarah surau munawarah tu...hhihi)
*ni agak2 cam nak 'meroger' geng dulu la..haha* 
kalau ade akak tu kat surau maybe saye akan pergi..
tp tanyalah dulu kat makcik tu...
then katanye akak tu xde... 
saye pun agak pelik jugak..jarang akak ni xde kat surau..make...
saye pun mesg la die...
ingatkan die gi stadium sbb smlm cm ade gakla 'rase2 cm' nk gi kn...
saye taip mesg terus je tanya..

'Salam.kak.F g stadium ke?'
 'Nti g ke? kta g pas isyak nak? Sempat lagi kan? ana br nak siap gi surau'
saye ni mule2 cm rase malas2 ckit...akak tu bls mesg lambat ckit td..maka saye da smpai bilik semula..
'bole gak. nk g cmne ek? Nt trah btau Z. td da otw g surau. tp xdeorg sgt mkck sal kte. ni bce quran kt bilk je.'
'kita g jalan kaki je lah. Ana nak gi surau da ni. Ana tau jalan. kita g pas isya. ok?'
'insyaAllah'

selepas insyaAllah di 'send' kn saye pun tanpa berlengah lagi terusla meroger cikZ....huhu..
dan kate sepakat pun didapati make lepas isyak tu agak2 kol 9.15 kteorg pun bergeraklah dgn 'car-ki' kteorg tu ke stadium...kteorg ikutla jalan akak tu tunjukkan, biase kteorg ikut belakang giant tu je..
utk kelainan kte pun setuju je ikot jalan yang lain tu..xsalah kn cube alternatif lain..
tapi rase cm lebih jauh plak dari jln ikut giant tu..urmm..smpai kteorg kte 'biar btol ni kak..karang kte sampai orang lain balik...'hehe
then kiteorg jalan je malam2 tu dengan berlapang dada walaupun cm agak jauh...huhu..
then Alhamdulillah..sampai2 raihan on the stage! wah..saye mmg excited sgt ni..kumpulan favourite ni...last time tgk mase KAD dulu..lepas raihan..adelah selang-seli dgn ucapan2 wakil2 NGO turki dan wakil yg bacakah teks ucapan terima kasih dari warga Palestin..
ade jugak persembahan Muadz dan...persembahan yang ditunggu2...SHOUTUL HAROKAH!!!
memang rase btol semangat jihad bila berada di stadium ni!

TAKBIRRRR!!! ALLAHUAKBAR!!

saye nak upload juge videonye..tp agak slow internet ni skarang.. nwy..feel free to watch all these videos...SURE! anda akan dapat rase, insyaAllah..rase yang macam mase saye berade kt stadium tu..
urmmm..
~kalau anda xrase ape2....elokla hayati lirik, dengar banyak kali lagu2 ni..hiihi;D~



p/s: i'm really sorry Himawari, Cik Mata, CikTq...i can't make it for you all.... ni yang rase cm xsaba nk dpt lesen cepat2 ni...nnt nk gi mane2 program senang nak ajak n bawak korang sume~(~__*)


******












Khaibar khaibar ya yahud jaisyu Muhammad saufa ya'ud
Tunggu saatnya hai yahudi, tentara Allah kan kembali
Kobarkan perang suci, bebaskan seluruh negeri

Jiwa-jiwa pemberani maju meski harus mati
Ingatlah wahai diri, syurga Allah tlah menanti
Tinggalkan semua mimpi, berjihad teguhkan hati

Khaibar khaibar ya yahud jaisyu Muhammad saufa ya'ud
Derap tank senjata berat, jangan surutkan langkah
Lontar batu penuh semangat, yakin kita takkan kalah

Bom syahid mengguncang bumi, tebar takut kaum yahudi
Bebaskan palestina, bebas dari durjana
Majulah wahai jiwa, jadilah kau syuhada


Munsyid : Ar-Ruhul Jadid



 
 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...

Wednesday, May 5, 2010

The Words I like beSt todaY....


"Jangan diulang kesilapan lama... Bersama kita pastikannya... kerna ORANG BERIMAN tidak melakukan... kesilapan berulang-kali~~"

..Kedamaian by Brothers..

Saturday, May 1, 2010

melihat diri; melihat hati...

بسم الله الرحمن الرحيم

 
Sebenarnya saye pun kurang pasti tujuannya saye nak menulis entry ini..namun matlamatnya jelas...insyaAllah..hanya Allah matlamatnya..maka sekira anda telah solat dan memang free..maka saye sangatlah mengalu-alukan  anda meneruskan pembacaan entry ini sehingga akhir..kerana insyaAllah ade manfaat yang ingin saye kongsikan bersama..


Alhamdulillah...belakangan ini nampaknye saye sedikit istiqomah (tetap, tepat dan berterusan) meng'update' blog ni...faktor utamanya..tentulah saye ade sedikit kelapangan waktu... memandangkan waktu cuti kan...namun...bila dah mula sem minggu depan ni..saye rase, saye tidak akan lagi se'istiqomah' ini...ade juga mase turun naiknya...macam iman kita juge~~*walaubagaimanapun saye sentiasa berdoa agar Allah sentiasa istiqomahkan iman di hati ini*..harap anda juge...;)


ok then..back to the topic as titled!
 
Bagaimana anda melihat diri anda? bagaimana pula anda melihat hati anda?


aduii..saye nak mengajar bahasa melayu pulak ke?..tak.tak..sabar.sabar...jawab je soalan tu dulu..ahaha..*suspen kn?!..hehhe*


saya bertanyakan soalan yang same tapi ade satu je perkataan yang membezakan.....

sebenarnya dua2 soalan tu sama aje...nk je saye letak simbol equilibrium kt situ...


jadi...bagaimana anda melihat diri 
  hati anda????

Bagi saya, kebaikan DIRI seseorang adalah satu konsistensi dengan kebaikan HATInya..
Hati yang baik, akan melahirkan perbuatan yang baik...begitu jugalah mengikut definisi Imam Al-Ghazali terhadap AKHLAK..akhlak yang baik dan mulia adalah suatu perbuatan yang terlahir daripada hati yang benar-benar mantap. 


"Mengikut Imam Al Ghazali akhlak adalah, satu kajian berkaitan kepercayaan agama yang membicarakan tentang kebenaran dan kebatilan berkaitan sesuatu amalan dan ia bukan sekadar sebagai satu bidang ilmu. Matlamat utama akhlak ialah untuk mempengaruhi kelakuan sebenar seseorang individu. Setiap amalan baik individu adalah untuk menyuci jiwa dirinya semoga ia memperoleh pembalasan yang baik di alam akhirat. Kelakuan berakhlak adalah persamaan dengan tuntutan agama. Makin beramal seseorang individu dengan ajaran agama makinlah berakhlak individu tersebut."

Maka,  formula yang saya nak reveal kat sini adalah...

perbuatan yang baik=akhlak yang mulia=hati yang baik


maka kerana itu agaklah canggung bagi saye jika ada yang mengatakan...

"mulut aje yang jahat, tapi hati die baik"
Dah lama saye dengar ungkapan ini dalam hidup saye...dan sepanjang hidup saye yang sememangnya saye ni orang yang suka memerhatikan tingkah laku manusia...  

bagi saye..ungkapan ini hampir tidak boleh diterima..
Kemantapan nilai diri seseorang bergantung pada hatinya. baik hatinya, baiklah dirinya. maka sebab itu jugalah pentingnya kita perlu membersihkan hati kita@penyucian jiwa (tazkiyahtun nafs)...bahkan pentingnya hati  itu Allah dah berfirman dalam Al-Quran: 


"Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)." (91:9-10)

imam al-ghazali pun kate, lidah itu cermin hati...maka sebab itulah orang-orang baik..bicaranya dan kata-katanya sentiasa baik, kn..


 Ya Allah..jadikan HATIku BAIK, PERBUATANku BAIK, FIKIRANku BAIK...untuk mudahkan aku mengajak yang lain menjadi BAIK, berbuat BAIK... "Allah itu BAIK, tidak menerima sesuatu kecuali yang BAIK!!">> tak mampu nak cegah mungkar, JOM ajak orang jadi baik dan buat baik,agar sentiasa dalam keBAIKan~~!!! ^__^  (saye pernah postkn ini di FB...hihi;D)

Bila hati, fikiran, dan perbuatan kita baik...maka mudahlah kita nak ajak orang pula jadi baik...kite juga akan mudah mengalirkan cas-cas positif pada org di sekeliling..
maka sebab itu...nak keadaan jadi baik..kita yang kena jadi baik dulu!! dan pokok pangkalnya adalah HATI!

Cabaran tetap ade nk jadi baik bukan?!...tapi yang pentingnya didik diri kita dulu..tarbiyah diri (tarbiyah fardhi) yang utama...bila berjaya didik hati jadi baik, insyaAllah segala yang terhasil melalui perkataan, perlakuan, spontan..akan jadi yang baik-baik belaka... jadinya..nak jadi baik senang...BAIKKAN HATI KITA DULU!!



Mengikut kata-kata iman Al-Ghazali yang ini: Makin beramal seseorang individu dengan ajaran agama makinlah berakhlak individu tersebut...

Menunjukkan bahawa kefahaman dan sejauh mana dia mengamalkan agama dalam hidupnya (menjadikan agama sebagai cara hidup@addin)...akan diterjemah kepada akhlaknya. Inilah juga yang dikatakan  fikrah.. Islam itu yang terrbaik dari yang baik...maka kerana itu...'sepatutnya'  semua yang dalam I/C nya beragama ISLAM perlu dan mesti berakhlak mulia! Namun persoalan timbul..bila penganut agama lain mempertikaikan...'orang yang beragama Islam tak 'macam' orang Islam'...sebab nilai-nilai dan kefahaman dalam beragama tidak kita aplikasikan dalam hidup...

Malulah pada diri kite bile kite tak mampu jadi contoh penganut agama Islam yang baik kepada penganut agama lain..Malulah! Malulah! Malulah kamu! (sedikit sinis...utk muhasabah diri sendiri jugee~)

Fikrah@kefahaman dan sejauh mana kita mengamalkan agama dalam hidup kita inilah yang memacu,memandu, dan mendidik hati menjadi baik...

Jadi..nampak tak perhubungan semua ini sekarang...

Kefahaman dan agama sbg addin=mendidik hati=terdidik diri


ataupun mungkin boleh persamaan yang ni pulak...

BAIK AGAMAnya=BAIK HATInya=BAIK DIRInya!

maka dah bole muhasabah diri sekarangkan...

kadang-kadang susah juge nak tau hati kita ni baik ke tak, bersih ke tidak kan...
setiap orng perlu berusaha menjadi baik...sebab Allah memang suka yang baik-baik  saja...(even kita, manusia itu sendiri..fitrahnya suka yang cantik2, comey2, hebat2...dalam erti kata yang merangkumi semuanya..kita pun suke yang BAIK-BAIK aje...)

persoalannya...satu je yang kita tak nak>>> berubah menjadi lebih BAIK???
kenape ye manusia macam tu?? haisyhh...tepuk dada tanya IMAN...



just to share...bagi saye, saye ade indicator sendiri macam mane nak pantau keadaan hati...these a few la yang bole saye kongsi..
  • Biasanya kalau respon pertama saye terhadap apa2 yang diperkatakan kawan-kawan adalah negatif maka...saye tau..mesti dah ade something wrong pada hati saye...dan perlu cepat diubati..

  • Dan tiba-tiba cepat mengeluh dan kurang tenang apabila menghdapi sesuatu situasi...

  • kemudian kalau macm mudah sangat timbul fikiran yang tak baik tentang orang lain..means x berbaik sangka... 

 Akhirnya yang baik itu hanya dari Allah..kite hanya cuba dan berusaha menjadikannya baik. Dalam perjalanan yang panjang nak menjadi baik itu juge...kadang-kala kita pun ade masanya terlatah...Manusia biasakan...tak dpat lari daripada melakukan kesilapan...jangan kerana 'hujan' setahun dilupakan dek 'kemarau' sesaat...(maaf peribahasa yang sengaja dihiperbolakn..utk anda mentafsirknnye sendiri..=D)..Segala kelemahan diakui sebagai hambaNya yang lemah jua~~


p/s:
-actually dah lama entry ni pending yang tersimpan sebagai draf...almost a month.. 4/4/2010: tarikh save as draft..hehe^__^ 
-skarang kena praktis taip penuh...sbb bile mula nak continue novel..asyek nk buat shortform aje...huhuhu;D
-rujukan: ikim.gov



 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...

Friday, April 2, 2010

Hidup Hanya Sementara~

 بسم الله الرحمن الرحيم

"Din Beramboi dikebumikan sebelum solat Jumaat"

Pagi ini saye online di FB agak terkejut saye membace beberapa status kwn2 ttg pemergian Allahyarham Din Beramboi...*innalillahi wainnailaihirajiun* mmg sudah diketahui beliau berada dlm keadaan kritikal  disebabkan demam denggi berdarah..sebelum ni ade juga mendengar di radio supaya mendoakan kesembuhannya..sebagai seorg yg ade juga belajar tentang perubatan..apabila dikatakan demam denggi berdarah yg kritikal dan telah merosak organ dalaman...saye berpendapat memang peluang utk Allahyarham kembali sembuh adalah sgt tipis..tetapi saye ade menulis komen di status kwn2 seblm ni...saye mendoakn agar Allah kembalikan kesihatan itu padanya supaya dia sedar hidup ini hanya sementara~~
Namun perancangn Allah s.w.t mendahului kita..DIA pemilik manusia..berhak mengambil nyawa dan jasad kite bila2 masa...
saye pernah menulis entry di kala ini selepas permegian Yasmin Ahmad dan Ustaz Asri..kini saye suka sekali lagi mengingatkn diri saye dan anda semua ttg peringatan2 yg Allah dah bagi dekat kita semua melalui kalamNya...

******

" Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan." (21:35)

"(Diperintahkan demikian) supaya jangan seseorang (menyesal dengan) berkata: Sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku terhadap Allah serta aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan (agama Allah dan penganut-penganutnya)!"(39:56)

"(Tiap-tiap balasan berdasarkan kaedah): Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang berbuat kejahatan, maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu."(45:15)

"Sesungguhnya orang-orang yang berdosa berada dalam keadaan sesat (di dunia), dan (di akhirat pula mereka berada dalam) api Neraka."(54:47)

"Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)." (91:9-10)

".....tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya." (52:21)

"Sesiapa yang mengerjakan amal soleh maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya."(41:46)

*****
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! - Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!  (89:27-30)

~Hidup Hanya Sementara~
hayatilah lirik lagu ini..marilah kita menginsafi diri sejauh mana kita telah mentaati perintah Allah dan menjauhi laranganNya...renung2kn dn slmat beramal!



Mungkinkah kita hidup untuk selamanya
Mungkinkah kita mati membawa harta
Mungkinkah kita menjadi penghuni sorga
Ataukah kita kekal di dalam neraka

Hidup kita bukan akhir dari semua
Hidup kita bukanlah segalanya
Siapkah kita saat ajal menjemput kita
Siapkah kita menghadap kepadaNya

Bergegaslah siapkanlah semua
waktu kita tinggal sebentar saja
Bergegaslah perbanyak amal ibadah
Hidup di dunia ini hanya sementara

Ketahuilah... selama kita hidup di dunia
Kerjakan segala perintahNya, jauhi laranganNya

Pahamilah... malaikat tlah datang menjemput kita
Takkan ada lagi kesempatan untuk mengucap kata taubat




 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...

Wednesday, March 31, 2010

The Words I like beSt todaY....

 

"khilaf...tegurlah, nasihatilah aku...lupa..ingatkanlah aku...mungkar..nahikanlah aku... ma'ruf...ajaklah aku...jauh dari Allah...bawalah aku kembali dekat padaNya...jika benar...kau benar-benar sahabatku..aku rindu seperti dulu~"