...Words From God~O Allah, The Lord~...

"Closer and closer to mankind comes their Reckoning: yet they heed not and they turn away."

"Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.." (Al-Anbiyaa':1)

AWAS! Anda berada di zon::Alangkah Indahnya Hidup Ini::

::SELAMAT DATANG:::WELCOME:::

Salam sejahtera, salam singgah, salam melawat, salam menjengok, dan semua salamlah saya ucapan kepada pengunjung rumah saya ni teratak; Alangkah Indahnya Hidup Ini...

Saya sangat berbesar hati sekiranya anda dapat meluangkan masa untuk membaca perkongsian saya di dalam blog ini. Saya juga mengalu-alukan anda untuk 'copy' atau ambil apa sahaja yang ada di teratak saya ini yang memberi manfaat kepada anda. Namun saya mengharapkan jasa baik anda untuk melampirkan link 'Alangkah Indahnya Hidup Ini' sebagai rujukannya. Ini kerana sebarang artikel yang saya hasilkan sendiri pasti menjadi tanggungjawab saya kepada ALLAH. ^_^

~Moga ' Alangkah Indahnya Hidup Ini' sentiasa menjadi inspirasi anda~
~Moga segala kandungannya dapat memberi manfaat kepada semua~
~Moga dengan 'Alangkah Indahnya Hidup Ini' menjadikan kita sama-sama beroleh rahmat dan hidayah Allah S.W.T..aminnn~

Sekian Terima Kasih.

Friday, June 25, 2010

get busy living~~

  
بسم الله الرحمن الرحيم


Lepas hip-hop rap dgn I'm not afraid to stand alone & i've seen...skrg country music dgn get busy living& generous peace pulak...huuhhu~~;D dulu fallin' in love dgn native deen&outlandish skrg dgn kareem salama pule...hhiihi^__^

~~get busy living yang latarnya country music dengan suara penuh kelunakan Kareem Salama ni membuatkan saye me'repeat track' kannye..(huh..saye memang nak jadi tukang merosakkan bahasa ke ape ni?!..p/s: jgn tiru gaya bahasa ni di atas kertas peperiksaan Bahasa Melayu anda...sekian, terima kasih..hhihi;))~~

Bile dengar lagu ni dan hayati liriknya..membuatkan saye terfikir tentang hidup saye yang Alhamdulillah ditakdirkan Allah berjaya sampai ke tahun ke-21 ni...dan  katakanlah jika ade yang tanya saye " what do you love/like most about your life?"...

saye dah ade jawapannye sekarang...

"thing i like most in my life is my-life! and my self!", seriously!...without any second thought!

Dan bile recap mula-mula tertubuhnya blog saya ni..saya sangat bersyukur kerana Allah telah mengilhamkan dan mengtakdirkan "Alangkah Indahnya Hidup Ini" untuk jadi nama blog saya ni.. i really feel...homely with that sweet title, seriously!

sebabnya...

bagi saya, apa yang berlaku dalam hidup kita ini memang segalanya indah dan akan jadi indah bila kita melihat kepada hikmahnya! nak-nak pulak segala yang berlaku dalam hidup kita ini memang dalam pengetahuan dan kekuasaan Allah s.w.t. Macam Allah kata dalam Al-Quran;

"Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan Allah sentiasa Meliputi (pengetahuanNya dan kekuasaanNya) akan tiap-tiap sesuatu." (4:126)

Maka,

bila saya hayati lirik lagu kareem salama ni membuatkn saya terfikir tentang hidup saya selama ni...dan saye ni sebenarnye memang seorang yang sibuk dan akan bertambah sibuk lagi semester ni, insyaAllah.
bagi saya...hidup saye ni memanglah sentiasa sibuk, tapi saya sendiri memang suka sibuk sebenarnya...hihi;)

moga sibuk saya inilah yang menjadikan saya bersedia untuk bertemu Allah...insyaAllah

macam juga kareem salama kata...

"That I get busy living and I get ready to die"

kerana apa??

-kerana biar kesibukkan ini yang boleh dipersembahkan kepada Allah supaya dengan rahmat Allah saye dapat claim syurga..aaamin.. insyaAllah..
-kerana biar sibuk ini yg menjadikan saya cinta kepada Allah dan Allah cinta kepada saye...subahanAllah.
-kerana biar hikmah dari sibuk ni yang menemani saye dibarzakh nanti...insyaAllah.
-kerana saya mahu sibuk ini yang menjadikan orang ingat pada saye jika saye dah tiada di dunia ni..aaaminn..;)
-dan kerana sibuk inilah yang mengajar saye erti hidup yang sebenarnya..


insyaAllah, andai Allah panjangkan umur saye (untuk membuat kebaikan, insyaAllah.) saya tak sabar-sabar nak cerita pada anak-anak saye tentang kesibukan masa muda saye ini...

masa konco-konco kat sekolah rendah...
-sibuk belaja kat sekolah...aktif bersukan..wakil sekolah sana sini..
-sibuk carik ilmu agama sebelah petang bila abah hantar pergi sekolah fardhu ain... belaja perkara basic agama ni pun bukan belajar saja-saja..

lepas tu, zaman geng muda-muda kat sekolah menengah..
-sibuk belajar disekolah yang persaingannya dgn budak-budak yang bijak pandai..
-sibuk juge wakil itu-ini...seronok dapat berjalan tempat orang, dapat banyak pengalaman..
-sibuk organize program-program untuk membawa hati kawan-kawan dan juniour kepada Allah yang memegang hati mereka..

kemudian tahun bertukar dengan geng-geng nak membesar pulak..
-sibuk belajar yang sangat 'rush' dan 'compact program' di matrik..
-sibuk dengan tarbiyah..tarbiyah diri untuk tarbiyah anak-anak jagaan wing...

kini..melangkah ke 'sekarang', dengan geng-geng bile dah besar sikit..bertambah lagi senarai 'kesibukan' itu..
-masih tetap sibuk studi dengan course yang 'agak-agak cam' memang tough ni..huhu
-sibuk untuk memenuhi tuntutan pelajaran...mana nak buat assignmnt, nak buat research lagi sem ini..nak study subject yang tak kurang 'tough'nye tu..
-sibuk memastikan diri supaya menjadi anak yang baik... yang peka dengan mak, abah dan keluarga.
-sibuk meneruskan perjalanan tarbiyah diri yang perlu dipertingkatkan lagi...kerana tarbiyah atau peningkatan diri ini adalah satu perjalanan bukan destinasi...
-sibuk berukhuwah, bersilaturrahim dengan kawan-kawan, dan akhawat..
-sibuk memikirkan masalah umat yang melanda kawan-kawan rapat..
-sibuk juge memikir cara untuk mendekati mereka supaya dapat menyentuh dan membawa hati-hati ini dekat dengan Allah..
-otak dan fikiran juge sentiasa sibuk memikirkan idea supaya dapat siapkan novel pada 'interval time' yang dah dipersetujui..
-tuntutan dari hati nak sibukkan diri dengan ayat-ayat Allah...rasa sangat bersalah bila tiada progression dan bila susah nak pergi tasmi' sebab sekarang dah ada kengkangan jarak...~oh, Athirah Taha..jangan jadikan itu alasan~
-sibuk juge nak menghabiskan praktikal kereta supaya cepat ckit dpt lesennye..huhu;)

inilah antara 'kesibukan-kesibukan' yang perlu saye tempuh kini...

saye tak tahu bagaimana anda menilai kesibukkan anda...setiap orang pasti ada justifikasi kesibukkan masing-masing...namun bagi saye...inilah kesibukkan yang membuatkan saye rasakan hidup saye ni begitu indah..
 
"That I get busy living and I get ready to die" 

Dengan itu, saye menyeru kepada diri saye sendiri dan untuk anda juge...

MARILAH KITA SAMA-SAMA MENJALANI HIDUP YANG SIBUK dan KITA BERSEDIA UNTUK MENINGGALKAN DUNIA YANG FANA NI BILA-BILA MASA PUN!


Jadi dengan senyum-lebar-sampai-telinga-tak boleh-reversible...saye membawakan 'kareem salama; get busy living' kepada anda semua...



Every single day, someone is born and someone dies
It wasn't long ago my uncle passed and my little niece came to life
I get to thinking about my time to go and it won't be long from now
I shiver inside at the chance that I might leave a life untouched by a vow

And I believe tonight is the night that I decide
That I get busy living and I get ready to die
So that when the fateful day does come when I'm six feet in the ground
The poor and the weak and the orphan and meek will miss having me around

When I pass I don't wanna leave a life of regret
So I give rise to change today by trying not to forget
That pleasures do pass and sunrises end and stars do fade away
But it's love and it's virtue and honor and truth that remain for all days

I want that final breath to be the sweetest of all
And it will be certainty if I answer the call
To help all those in need and decipher the meaning of life
'Cause the seekers of truth they fear not death anymore than they fear life 
 

Yang akhirnya, hanya satu yang saye harapkan dari kehidupan saye yang sibuk ini...
"I want that final breath to be the sweetest of all"



p/s: sayu pulak rasenye...da la tgh dgr khutbah jumaat pasal kematian: tajuk--pergi tak kembali~~^__^
p/s: eh lupe pule...sibuk juge nak meng'update' blog ini...hehe;D 
p/s: Alhamdulillah...Allah masih jaga 'hati-perasaan' saye ni supaya tak nk sibuk2kn diri dgn perkara such as 'couple-couple' ni..cume skarg menunggu nak 'bercouple' dgn org yg berhak aje..hehe*wink*=))
p/s: huhu...saye ni..byk btolla sibuknya..mcm entry yg hari tu jugak...;)



(:alangkah indahnya hidup ini>>>bile sibuk dengan Allah s.w.t:)

 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~


...wallahu'alam...

Monday, May 17, 2010

Berjaya & Cemerlang kita yang mcm mane??


بسم الله الرحمن الرحيم


Baru-baru ini...saya dan kawan-kawan berada dalam kehangatan mendapat result...dan sangat gembira kerana 'berduyun-duyun' dapat deanlist...tapi...yang sedihnya...saya tak termasuk pun dalam golongan yang berduyun-duyun itu..frust juga...xpela..sikit lagi nak dapat tu.....cuba untuk sem ni pula, insyaAllah, amin~~;)


"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorg melainkan (balasan) apa yang diusahakannya..."(53:39)


Dan saya tetap bersyukur Alhamdulillah...walaupun tak dapat deanlist tapi result previous sem tu naik dan CGPA pun maintain 3..Alhamdulillah... dan saya menerima seadanya result ni..kerana telah bermuhasabah diri... (sama macam entry yg ini: Post-mortem ble da dpt result...) usaha masih tak cukup lagi...jadi untuk sem depan kenalah berganda-ganda lagi usaha saya untuk dapatkan yang lebih baik dari result sekarang.. cara menghafal pun harus diperbaiki dan dipertingkatkan lagi.. (al-maklumlah orang macam saya ni tak suka sangat nak menghafal ayat buku tu..somehow kena belajar dari kesilapan..learn from mistake dan tak boleh ulanginya lagi, jadi kenalah ambil pengajaran...remember: orang beriman, tidak melakukan kesilapan yang lama berulang kali~~)

Bila sesuatu perkara berlaku kepada saya...saya lebih suka melihat kepada hikmahnya...jadi saya pun nak ajak anda begitu... berbalik pada result saya ni kan.. katakanlah Allah beri saya rezeki dan dapat deanlist sedangkan saya ni 'tak study sangat' or banyak 'main dan tido aje'...huhu bimbang juga mungkin terbit perasaan yang macam gini: Aku yang tak berapa study pun dapat deanlist...jadi Allah lebih tahu yang terbaik untuk saya maka saya tahu yang usaha saya tu belum cukup kuat lagi untuk menjadi asbab untuk dapat deanlist...

Bila kita kenal Allah dan mengharapkan persandaran hanya padaNya, kita akan menerima segala sesuau yang ditakdirkan untuk kita dengan berlapang dada. orang yang dihatinya bersama Allah... baik ke, buruk ke dia tetap akan bersederhana...

Bila mendapat musibah dan ujian... dia berbaik sangka dengan Allah..tahu itu adalah tarbiyah (didikan) Allah untuknya..untuk menguji sejauh dan setakat mana kesabaran, muhasahabah hambaNya.. dan Bila diberikan kejayaan.. dia bersyukur tetapi tidaklah merasakan kejayaan itu hak miliknya yang mutlak.. jangan kejayaan itu menjadikannya isti'raj (bimbang  nikmat yang dikurniakan Allah, menjadikan kita lalai..)


"Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah dia (dengan sombongnya): Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah dia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu)."(39:49)


Buat saya dan anda yang membaca,


jadilah kita MUSLIM yang belajar BUKAN pelajar MUSLIM! ada beza ke kn??

urmm..banyak bezanya...

pelajar muslim hanya semata-mata kerana dia tengah belajar dan agama dia islam..

tapi kalau MUSLIM yang belajar...belajarnya kerana ALLAH...


  • studynya success...tapi solat still awal waktu, tak dilengah-lengahkn..
  • stay up, stay up jugak...qiyam dilazimi, subuh tak lajak. (i hate myself the most whenever i've stayed up to study but then..my Subuh is almost 7. astaghfirullah! kelemahan yang masih perlu diperbaiki..;'(( Oh Allah, ampuni kelalaian aku yang satu ini..)
  • berkawan..kawan juga..tapi berkawan dia kerana ukhuwah & membwa kebaikan kepada teman..
  • mase mudanya ini dihiasi dengan taubat, bakti, dan akhlak mulia.. (tak sibuk nak 'couple-couple' or such things yang tak berfaedah dan lagho..)
  • sukannya untuk kesihatan, moga dimudahkn ibadah dan menjaga 'dressing code' sukan yg syariat tetapkan..
  • sibuk, sibuk juga dengan assignment, lab report, ulangkaji, dan  nota...tapi masih dapat memberikan hak pada Quran untuk tidak meninggalkannya walaupun sehari..


Ada pro dan kontra nya...


Kalau tak baca quran hari-hari pun, solat ada jugak tinggal, 'dating' pun ada jugak.. dan bila studi sungguh-sungguh pun... memang Allah akan bagi result yang bagus..sebab Allah tu Ar-Rahman.. tapi sayanglah kita, tak dapat Ar-Rahim Allah. yang mana dua sifat Allah yang sangat berkait rapat bahkan permulaan surah juga dengan dua sifat Allah yang agung itu..kalau yang begini..rugilah kita... kita sama aja macam Ah Chong atau Mutu yang dapat result bagus-bagus tu...


Pastu pula yang...solatnya tak tinggal, baca quran hari-hari...tapi bila waktu ambil result, keputusannya takla bagus pun...urmm.. memang Allah nak uji...tapi kita kena muhasabah diri.. solat,quran memang hak Allah.. tapi sunnatullahnya.. nak ilmu, nak pengetahuan kenalah studi juga...solat, baca quran tapi langsung tak study tak bolehla cam gitu kan...ada juga study tapi result still biasa2 aja.... itu maknanya usaha tak cukup kuat lagi...


Maka..


Marilah  muhasabah diri...kita nak kejayaan yang bagaimana...

Berjaya atas slip result, tapi hak Allah fault...(walaupun orang puji itu-ini...)
Sukses dengan hak Allah tapi kat slip result fault juga...(ini tak boleh, fitnah pada Islam nanti)

Yang sebaik-baiknya... JOM kita jaga hak Allah tu yang utama dan jaga juga Sunnatullah yang sepatutnya.. itulah orang yang berjaya... iaitu MUSLIM yang BELAJAR kerana ALLAH!!^__^




(:alangkah indahnya hidup ini>>>bile berbaik sangka dengan Allah s.w.t:)


 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...

Monday, May 10, 2010

Khaibar khaibar ya yahud!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Khaibar khaibar ya yahud!!!!
Khaibar khaibar ya yahud Jaisyu Muhammad saufa ya'ud!!!!
Jaisyu Muhammad saufa ya'ud!!!!
Khaibar khaibar ya yahud jaisyu Muhammad saufa ya'ud
Tunggu saatnya hai yahudi, tentara Allah kan kembali

 Ayuhhh, RIJJAL!!! Bangunlah!!!
Ayuhhh, PEMUDA!!! Bangkit!!!
Ayuhh, REMAJA!!! Sedarlah!!


*****

Perhimpunan Perdana Palestin @Stadium Melawati Shah Alam...

Sebenarnya memang rezeki sangat nak pergi...
ceritanye...
petang tu saye baru aje habis midsem paper utk entomology dan malaysian studies.. 
lebih kurang  pukul 2.30..tolak-tambah itu ini..alih-alih dkt pukul 3 jugakla makan tengah hari di giant..
saye dan kawan saye sorang nk cikZ ni agak2 adela 'cadangan2' nk pergi perhimpunan ni sebelah malam tu...
lepas tu mase saye dekat giant tu hujan lebatla pulak, mase tu saye ade bersama dengan 3lagi kwn saye yang lain cik himawari, cik mata, dan cikTq....
so saye pun mesgla CikZ nak tny jadi tak nak pergi malam tu ke stadium...
kawan saye yang lagi 3org ni pun berminat nk ikut sekali kalau saye jadi pergi...mase tu...
memandangkan hari tengah hujan, tambah pulak masing-masing penat baru lepas perah otak jawab entomo dengan 'sangat2 sukses' itu..(hihihih)..maka.. 
kami pun 'macam-cancel'kanlah program nak pergi stadium  malam tu...
dan saye mesg la pada CikZ tu 'xpela kte g surau je la'... tulepas balk je la rumah....
Allah takdirkan balik tu saye tertidur..ingat nak 'baring-baring' kejap sebelum mandi...
sedar-sedar dah agak lambat..
so saye pun lambatla bersiap nak ke surau.. 
jadi saye pun solat maghrib kat rumah...
lepas tu jalanla pergi surau...
*semangat tu nk pergi surau..huhu~*
tp on the way jalan tu...terserempak dengan sorang makcik yang selalu datang surau..
die cam nak balik umah... 
makcik tu kate xde kuliah, so ramai yang balik... 
mase tu saye pun berbelah bagila nk terus g surau ke tak..
so saye  nak la mesg salah sorang akak yang selalu datang surau tu jugak
 (kire2 kteorg je yg ala2 mude-remaja sikit yang sebolehnya cube nak ikut sekali imarah surau munawarah tu...hhihi)
*ni agak2 cam nak 'meroger' geng dulu la..haha* 
kalau ade akak tu kat surau maybe saye akan pergi..
tp tanyalah dulu kat makcik tu...
then katanye akak tu xde... 
saye pun agak pelik jugak..jarang akak ni xde kat surau..make...
saye pun mesg la die...
ingatkan die gi stadium sbb smlm cm ade gakla 'rase2 cm' nk gi kn...
saye taip mesg terus je tanya..

'Salam.kak.F g stadium ke?'
 'Nti g ke? kta g pas isyak nak? Sempat lagi kan? ana br nak siap gi surau'
saye ni mule2 cm rase malas2 ckit...akak tu bls mesg lambat ckit td..maka saye da smpai bilik semula..
'bole gak. nk g cmne ek? Nt trah btau Z. td da otw g surau. tp xdeorg sgt mkck sal kte. ni bce quran kt bilk je.'
'kita g jalan kaki je lah. Ana nak gi surau da ni. Ana tau jalan. kita g pas isya. ok?'
'insyaAllah'

selepas insyaAllah di 'send' kn saye pun tanpa berlengah lagi terusla meroger cikZ....huhu..
dan kate sepakat pun didapati make lepas isyak tu agak2 kol 9.15 kteorg pun bergeraklah dgn 'car-ki' kteorg tu ke stadium...kteorg ikutla jalan akak tu tunjukkan, biase kteorg ikut belakang giant tu je..
utk kelainan kte pun setuju je ikot jalan yang lain tu..xsalah kn cube alternatif lain..
tapi rase cm lebih jauh plak dari jln ikut giant tu..urmm..smpai kteorg kte 'biar btol ni kak..karang kte sampai orang lain balik...'hehe
then kiteorg jalan je malam2 tu dengan berlapang dada walaupun cm agak jauh...huhu..
then Alhamdulillah..sampai2 raihan on the stage! wah..saye mmg excited sgt ni..kumpulan favourite ni...last time tgk mase KAD dulu..lepas raihan..adelah selang-seli dgn ucapan2 wakil2 NGO turki dan wakil yg bacakah teks ucapan terima kasih dari warga Palestin..
ade jugak persembahan Muadz dan...persembahan yang ditunggu2...SHOUTUL HAROKAH!!!
memang rase btol semangat jihad bila berada di stadium ni!

TAKBIRRRR!!! ALLAHUAKBAR!!

saye nak upload juge videonye..tp agak slow internet ni skarang.. nwy..feel free to watch all these videos...SURE! anda akan dapat rase, insyaAllah..rase yang macam mase saye berade kt stadium tu..
urmmm..
~kalau anda xrase ape2....elokla hayati lirik, dengar banyak kali lagu2 ni..hiihi;D~



p/s: i'm really sorry Himawari, Cik Mata, CikTq...i can't make it for you all.... ni yang rase cm xsaba nk dpt lesen cepat2 ni...nnt nk gi mane2 program senang nak ajak n bawak korang sume~(~__*)


******












Khaibar khaibar ya yahud jaisyu Muhammad saufa ya'ud
Tunggu saatnya hai yahudi, tentara Allah kan kembali
Kobarkan perang suci, bebaskan seluruh negeri

Jiwa-jiwa pemberani maju meski harus mati
Ingatlah wahai diri, syurga Allah tlah menanti
Tinggalkan semua mimpi, berjihad teguhkan hati

Khaibar khaibar ya yahud jaisyu Muhammad saufa ya'ud
Derap tank senjata berat, jangan surutkan langkah
Lontar batu penuh semangat, yakin kita takkan kalah

Bom syahid mengguncang bumi, tebar takut kaum yahudi
Bebaskan palestina, bebas dari durjana
Majulah wahai jiwa, jadilah kau syuhada


Munsyid : Ar-Ruhul Jadid



 
 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...

Wednesday, May 5, 2010

The Words I like beSt todaY....


"Jangan diulang kesilapan lama... Bersama kita pastikannya... kerna ORANG BERIMAN tidak melakukan... kesilapan berulang-kali~~"

..Kedamaian by Brothers..

Saturday, May 1, 2010

melihat diri; melihat hati...

بسم الله الرحمن الرحيم

 
Sebenarnya saye pun kurang pasti tujuannya saye nak menulis entry ini..namun matlamatnya jelas...insyaAllah..hanya Allah matlamatnya..maka sekira anda telah solat dan memang free..maka saye sangatlah mengalu-alukan  anda meneruskan pembacaan entry ini sehingga akhir..kerana insyaAllah ade manfaat yang ingin saye kongsikan bersama..


Alhamdulillah...belakangan ini nampaknye saye sedikit istiqomah (tetap, tepat dan berterusan) meng'update' blog ni...faktor utamanya..tentulah saye ade sedikit kelapangan waktu... memandangkan waktu cuti kan...namun...bila dah mula sem minggu depan ni..saye rase, saye tidak akan lagi se'istiqomah' ini...ade juga mase turun naiknya...macam iman kita juge~~*walaubagaimanapun saye sentiasa berdoa agar Allah sentiasa istiqomahkan iman di hati ini*..harap anda juge...;)


ok then..back to the topic as titled!
 
Bagaimana anda melihat diri anda? bagaimana pula anda melihat hati anda?


aduii..saye nak mengajar bahasa melayu pulak ke?..tak.tak..sabar.sabar...jawab je soalan tu dulu..ahaha..*suspen kn?!..hehhe*


saya bertanyakan soalan yang same tapi ade satu je perkataan yang membezakan.....

sebenarnya dua2 soalan tu sama aje...nk je saye letak simbol equilibrium kt situ...


jadi...bagaimana anda melihat diri 
  hati anda????

Bagi saya, kebaikan DIRI seseorang adalah satu konsistensi dengan kebaikan HATInya..
Hati yang baik, akan melahirkan perbuatan yang baik...begitu jugalah mengikut definisi Imam Al-Ghazali terhadap AKHLAK..akhlak yang baik dan mulia adalah suatu perbuatan yang terlahir daripada hati yang benar-benar mantap. 


"Mengikut Imam Al Ghazali akhlak adalah, satu kajian berkaitan kepercayaan agama yang membicarakan tentang kebenaran dan kebatilan berkaitan sesuatu amalan dan ia bukan sekadar sebagai satu bidang ilmu. Matlamat utama akhlak ialah untuk mempengaruhi kelakuan sebenar seseorang individu. Setiap amalan baik individu adalah untuk menyuci jiwa dirinya semoga ia memperoleh pembalasan yang baik di alam akhirat. Kelakuan berakhlak adalah persamaan dengan tuntutan agama. Makin beramal seseorang individu dengan ajaran agama makinlah berakhlak individu tersebut."

Maka,  formula yang saya nak reveal kat sini adalah...

perbuatan yang baik=akhlak yang mulia=hati yang baik


maka kerana itu agaklah canggung bagi saye jika ada yang mengatakan...

"mulut aje yang jahat, tapi hati die baik"
Dah lama saye dengar ungkapan ini dalam hidup saye...dan sepanjang hidup saye yang sememangnya saye ni orang yang suka memerhatikan tingkah laku manusia...  

bagi saye..ungkapan ini hampir tidak boleh diterima..
Kemantapan nilai diri seseorang bergantung pada hatinya. baik hatinya, baiklah dirinya. maka sebab itu jugalah pentingnya kita perlu membersihkan hati kita@penyucian jiwa (tazkiyahtun nafs)...bahkan pentingnya hati  itu Allah dah berfirman dalam Al-Quran: 


"Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)." (91:9-10)

imam al-ghazali pun kate, lidah itu cermin hati...maka sebab itulah orang-orang baik..bicaranya dan kata-katanya sentiasa baik, kn..


 Ya Allah..jadikan HATIku BAIK, PERBUATANku BAIK, FIKIRANku BAIK...untuk mudahkan aku mengajak yang lain menjadi BAIK, berbuat BAIK... "Allah itu BAIK, tidak menerima sesuatu kecuali yang BAIK!!">> tak mampu nak cegah mungkar, JOM ajak orang jadi baik dan buat baik,agar sentiasa dalam keBAIKan~~!!! ^__^  (saye pernah postkn ini di FB...hihi;D)

Bila hati, fikiran, dan perbuatan kita baik...maka mudahlah kita nak ajak orang pula jadi baik...kite juga akan mudah mengalirkan cas-cas positif pada org di sekeliling..
maka sebab itu...nak keadaan jadi baik..kita yang kena jadi baik dulu!! dan pokok pangkalnya adalah HATI!

Cabaran tetap ade nk jadi baik bukan?!...tapi yang pentingnya didik diri kita dulu..tarbiyah diri (tarbiyah fardhi) yang utama...bila berjaya didik hati jadi baik, insyaAllah segala yang terhasil melalui perkataan, perlakuan, spontan..akan jadi yang baik-baik belaka... jadinya..nak jadi baik senang...BAIKKAN HATI KITA DULU!!



Mengikut kata-kata iman Al-Ghazali yang ini: Makin beramal seseorang individu dengan ajaran agama makinlah berakhlak individu tersebut...

Menunjukkan bahawa kefahaman dan sejauh mana dia mengamalkan agama dalam hidupnya (menjadikan agama sebagai cara hidup@addin)...akan diterjemah kepada akhlaknya. Inilah juga yang dikatakan  fikrah.. Islam itu yang terrbaik dari yang baik...maka kerana itu...'sepatutnya'  semua yang dalam I/C nya beragama ISLAM perlu dan mesti berakhlak mulia! Namun persoalan timbul..bila penganut agama lain mempertikaikan...'orang yang beragama Islam tak 'macam' orang Islam'...sebab nilai-nilai dan kefahaman dalam beragama tidak kita aplikasikan dalam hidup...

Malulah pada diri kite bile kite tak mampu jadi contoh penganut agama Islam yang baik kepada penganut agama lain..Malulah! Malulah! Malulah kamu! (sedikit sinis...utk muhasabah diri sendiri jugee~)

Fikrah@kefahaman dan sejauh mana kita mengamalkan agama dalam hidup kita inilah yang memacu,memandu, dan mendidik hati menjadi baik...

Jadi..nampak tak perhubungan semua ini sekarang...

Kefahaman dan agama sbg addin=mendidik hati=terdidik diri


ataupun mungkin boleh persamaan yang ni pulak...

BAIK AGAMAnya=BAIK HATInya=BAIK DIRInya!

maka dah bole muhasabah diri sekarangkan...

kadang-kadang susah juge nak tau hati kita ni baik ke tak, bersih ke tidak kan...
setiap orng perlu berusaha menjadi baik...sebab Allah memang suka yang baik-baik  saja...(even kita, manusia itu sendiri..fitrahnya suka yang cantik2, comey2, hebat2...dalam erti kata yang merangkumi semuanya..kita pun suke yang BAIK-BAIK aje...)

persoalannya...satu je yang kita tak nak>>> berubah menjadi lebih BAIK???
kenape ye manusia macam tu?? haisyhh...tepuk dada tanya IMAN...



just to share...bagi saye, saye ade indicator sendiri macam mane nak pantau keadaan hati...these a few la yang bole saye kongsi..
  • Biasanya kalau respon pertama saye terhadap apa2 yang diperkatakan kawan-kawan adalah negatif maka...saye tau..mesti dah ade something wrong pada hati saye...dan perlu cepat diubati..

  • Dan tiba-tiba cepat mengeluh dan kurang tenang apabila menghdapi sesuatu situasi...

  • kemudian kalau macm mudah sangat timbul fikiran yang tak baik tentang orang lain..means x berbaik sangka... 

 Akhirnya yang baik itu hanya dari Allah..kite hanya cuba dan berusaha menjadikannya baik. Dalam perjalanan yang panjang nak menjadi baik itu juge...kadang-kala kita pun ade masanya terlatah...Manusia biasakan...tak dpat lari daripada melakukan kesilapan...jangan kerana 'hujan' setahun dilupakan dek 'kemarau' sesaat...(maaf peribahasa yang sengaja dihiperbolakn..utk anda mentafsirknnye sendiri..=D)..Segala kelemahan diakui sebagai hambaNya yang lemah jua~~


p/s:
-actually dah lama entry ni pending yang tersimpan sebagai draf...almost a month.. 4/4/2010: tarikh save as draft..hehe^__^ 
-skarang kena praktis taip penuh...sbb bile mula nak continue novel..asyek nk buat shortform aje...huhuhu;D
-rujukan: ikim.gov



 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...

Friday, April 2, 2010

Hidup Hanya Sementara~

 بسم الله الرحمن الرحيم

"Din Beramboi dikebumikan sebelum solat Jumaat"

Pagi ini saye online di FB agak terkejut saye membace beberapa status kwn2 ttg pemergian Allahyarham Din Beramboi...*innalillahi wainnailaihirajiun* mmg sudah diketahui beliau berada dlm keadaan kritikal  disebabkan demam denggi berdarah..sebelum ni ade juga mendengar di radio supaya mendoakan kesembuhannya..sebagai seorg yg ade juga belajar tentang perubatan..apabila dikatakan demam denggi berdarah yg kritikal dan telah merosak organ dalaman...saye berpendapat memang peluang utk Allahyarham kembali sembuh adalah sgt tipis..tetapi saye ade menulis komen di status kwn2 seblm ni...saye mendoakn agar Allah kembalikan kesihatan itu padanya supaya dia sedar hidup ini hanya sementara~~
Namun perancangn Allah s.w.t mendahului kita..DIA pemilik manusia..berhak mengambil nyawa dan jasad kite bila2 masa...
saye pernah menulis entry di kala ini selepas permegian Yasmin Ahmad dan Ustaz Asri..kini saye suka sekali lagi mengingatkn diri saye dan anda semua ttg peringatan2 yg Allah dah bagi dekat kita semua melalui kalamNya...

******

" Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan." (21:35)

"(Diperintahkan demikian) supaya jangan seseorang (menyesal dengan) berkata: Sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku terhadap Allah serta aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan (agama Allah dan penganut-penganutnya)!"(39:56)

"(Tiap-tiap balasan berdasarkan kaedah): Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang berbuat kejahatan, maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu."(45:15)

"Sesungguhnya orang-orang yang berdosa berada dalam keadaan sesat (di dunia), dan (di akhirat pula mereka berada dalam) api Neraka."(54:47)

"Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)." (91:9-10)

".....tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya." (52:21)

"Sesiapa yang mengerjakan amal soleh maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya."(41:46)

*****
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! - Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!  (89:27-30)

~Hidup Hanya Sementara~
hayatilah lirik lagu ini..marilah kita menginsafi diri sejauh mana kita telah mentaati perintah Allah dan menjauhi laranganNya...renung2kn dn slmat beramal!



Mungkinkah kita hidup untuk selamanya
Mungkinkah kita mati membawa harta
Mungkinkah kita menjadi penghuni sorga
Ataukah kita kekal di dalam neraka

Hidup kita bukan akhir dari semua
Hidup kita bukanlah segalanya
Siapkah kita saat ajal menjemput kita
Siapkah kita menghadap kepadaNya

Bergegaslah siapkanlah semua
waktu kita tinggal sebentar saja
Bergegaslah perbanyak amal ibadah
Hidup di dunia ini hanya sementara

Ketahuilah... selama kita hidup di dunia
Kerjakan segala perintahNya, jauhi laranganNya

Pahamilah... malaikat tlah datang menjemput kita
Takkan ada lagi kesempatan untuk mengucap kata taubat




 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...

Wednesday, March 31, 2010

The Words I like beSt todaY....

 

"khilaf...tegurlah, nasihatilah aku...lupa..ingatkanlah aku...mungkar..nahikanlah aku... ma'ruf...ajaklah aku...jauh dari Allah...bawalah aku kembali dekat padaNya...jika benar...kau benar-benar sahabatku..aku rindu seperti dulu~"

 

Tuesday, March 30, 2010

Damai yg dirasa...

بسم الله الرحمن الرحيم

Damai yang dirasa...di Pulau Aman..


Betol2 sehari lepas tamatnya peperiksaan akhir semesta saye baru-baru ini..saye dan kawn2 yang lain bertolak ke Pulau Aman, Penang.. Pulau Aman?? serius..saye pun xpernah tau kt Penang ade Pulau Aman..hehe*xlayak lagi jadik rakyat msia ni*..tp..masih bole diterima sbb saye bkn org penang..org penang sendri pun xtau ade Pulau Aman kt negeri pulau mutiara tu..hisyh2..mmg xpatt...
sebenarnya Pulau Aman ni adalah perkampungan nelayan...bkn tempat perlancongan..so no wonderla mgkin org xbrape nk tau sgt..

Saye berpeluang menjejakkan kaki ke Pulau Amn ni pun sebb join aktiviti untuk community service anjuran fakulti..selain medical check up for the basic screening...mmg aktivitinya untuk lawatan la kn..(mcm sopan ckit dr ckp berjalan2, melancong..heheh)

Kami bertolak dr MSU sekitar 12.30am...tp bas tiba2 buat hal la pulak..so terpaksa menunggu bas lain..plus minus..lebih kurang 1.30am jugakla br btol2 meninggalkan Sh.Alm...then sampai di jeti Batu Musang almost at 6am..bot yg pling awal pun 8.30 pg..so kami ambilla mase utk solat subuh dan jalan2 sekitar jeti tu...sampai kat Pulau Aman...kami dijamu dgn sarapan pagi dulu..yelah semalam dlm bas je kn..lepas tu barulah pengagihan homestay....iaitu dpt mk angkat msing2...berdebar2 saye menunggu sape yg bertuah jadi mak angkat saye..hehe.*wink*..org len sume kena panggil berpartner..ade 2org ade 3 orang, ade 4 org...untuk satu rmh mak angkat tu....tup-tup..sampai tang saye..saye sorg jer..heheh anak angkat tunggal..*cayalah*..hihih..=D

Pros di Pulau Aman...


Mmg aman kt Pulau Aman ni....lagi2 sayelah satu2nya anak angkat tunggal..ehehh.. bukak je tingkap dapur rumah mak angkat saye tu..btol3 mengadap laut..sgt2 best...tp hari yg kami dtg ni...Pulau Aman ni agak panas..so kurang la nk dpt rase angin2 laut tu..

then mase kt pulau aman ni mmg saye tak teringat pun ttg perkara2 len yg perlu saye bereskan....xterfikir langsng pasal nk smbg novel ke..study apetah lagi kn..hahah...nk2 pulak btol je br lepas habis exam ni....mmg  btol2 nk free kn mind ni...sebelah petang hari yg kami sampai tu...pergi jaln2 sekitar pulau ni...Subahanallah cantiknya keindahan alam yg Allah ciptakan!! pattla org suke bercuti kt pulau...

bercerita ttg Pulau Aman ni..xtaully xde ape2 sgt pun kt cni..just sekadar tempat perkampungan nelayan..dan mee udang mungkin menjadi tarikannya...tp kalau nk dikirakan ttg 'kemenarikannnya' *ade ke perkataan ni*...huhu..Pulau aman bukan semaju dan secantik pulau2 yg len..sbb mmg xde ape2 pun kt cni...tp bg saye seronok sebb dpt freekn kepala ni dan mungkin dgn niat nk berkomuniti servis..

Pronya  lagi...saye seronok bile dpt teman mk angkat saye..mk angkat saye ni ibu tggl....mula2 nampak mcm xsuka sgt bercerita..tp leps saye yg suke berckp ni tnyla sedikit sebanyk ttg die..byk pulak die bercerita...hiihhi..saye dgr je la kan...mgkin selama ni xde org jadi peneman die nk berborak..

Satu perkara membuatkan saye kagum dgn mak angkat saye ni...bg saya mentalitinya tidaklah same seperti kebanyakkn org2 tua yg ddk di kampung...perkataan mcm direct, phobia, boring slalu je mk angkat saye guna..yogurt  pun die tau..hehehe..dgn umur lebih krg 57 thn..dan hidup pulak mmg dr kecik kt pulau aman tu..saye rase ni adalah suatu perkara yg mengagumkn....bila berborak2...byk perkara yg saye belajar dari mak angkat saye...kata die: cerita senng2 makcik xtau..cerita susoh2 makcik tau la.'.(dgn intonasi org penangla noh...hihi..) Alhamdulillah..Allah takdirkan saye jadi ank angkat tunggal! rumah pun kecik aje..tp bersih dan kemas..kesedaran diri sendiri yg menjadikan pemikiran mk angakat saye ni agak berbeza...dekat tv tu..rancangn tanyalah ustaz, halaqah, al-kuliyyah, forum perdana..sume die tau bila waktunya...kuliyah kat radio kedah pun dia tau...kata mak angkt saye tu lagi...kalo nk berubah mmg pada diri sendiri...byk rancangn baguih2 kt tv tu kita je la yg nk ke tak nk tgknya...mmg btoi pun ape yg mk angkt saye tu kate!




Moga Allah kurniakan kesihatan yang berpanjangan buat mak angkat saye.. makcik Ramlah bt Rashid! Moga Allah panjangkn umur makcik untk menggandakan amalan..amin..^_^




oppss...terlupa..pronya lagi..jungle trackkingnye sgtlah mencabar..naik bukit 45 darjah.. hohhoh... Alhamdulillah...berjaya jugak habiskanla..


Consnya di Pulau Aman...


Sebagai seorg yg pertama kali menjejakkn kaki ke Perkampungan Nelayan, Pulau Aman ni..saye rase aspek kebersihan persekitaran perlulah lebih dititik beratkan..yelah..projek homestay tu pun dilaksanakan dibwh kementerian perlancongan..jadi perkara yang berkaitan dgn memeliharaan alam sekitar pun perlu diambil perhatian..(cewah..dah ala2 pegawai alam sekitar pulak gayenye..hihii)

Malam hari yg kami smpai tu...diadakan malam kebudayaan...kami disajikan (cm xsesuai je pekataan ni..urmmm..) dgn persembahan oleh adik2 di pulau aman tu dgn joget pahang dan beberapa lagi tarian....semasa menonton persembahan mereka tu..saye bertanya kepada kwn di sebelah...

" Yus tgk dieorg ni...ape yg yus terfikir??"

kawn saye yg agak ralit dgn persembah tu pun jadik sedikit blur dgn soalan saye...jadi saye pun teruskanlah dgn komen saye..

"bile trah tgk dieorg ni...10 thn lagi xmustahil kalo dieorg msk AF18..."

Risau saye melihat adik2 yg saye kira masih berada di sekolah rendah itu bermakeup, dgn gincu, pemerah pipi, eyeshadow, rambut lagi..huh..saye pun xpernah mencalit bende2 alah ni semua ke muka.. iyelah yg len2 mungkin terhibur dgn persembahan mereka...cikgu yg mengajar tarian tu pun bukn main bersemangt lagi...

saye beristighfar panjang dlm hati..apalah nk jadi dgn generasi pulau ni kalau dah didik sebegini.. melihat adik2 yg laen pun...tidak keterlaluan jika saye katekn...perangai mereka yang masih kecil itu agak 'pelik'..ape yg pelik tu...fikirlah sendiri...huhuhu..

ibu2 muda dalam kalangan pendudk pulau ni pun masih kurang kesedaran...anak berusia 2bln dah dibawa berjalan sakan..siap menonton persembahn ini bersama kami... adik yg berusia 10bulan..menggoyang-goyangkan (saye xtau nk describe mcm mne..) kepala dan bdn sambil memegang kerusi bile mendengar lagu wali band- tomat yg dijadikan salah satu lagu latar utk persembahn mereka..adik kecik ni pun nk join sekaki..aduiii..saye menggeleng kepala lagi..xsmpai hati nk tgk baby yg kecil ni menjadi mngsa kejahilan ibu bapanya yg sukakan hiburan..


lepas tu...nk berkaraoke la plak...kwn2 yg lelaki nk nyanyi lagu tu xla kisah sgt..tp bila yg perempuan saye pulak yg cm segan..kalaulah semua audience perempuan bole je saye nk join...2kaki pun bole...stay kt ctu pun sbb kesian ketua kitaorg tu..katenye PA sistem ni pun kami dah bayar..urmm..xde ke bende laen yg lebih berfaedah selain karaoke nih...haisyhh...payahnye org skarggg....


Lawatan ke Pulau Aman dah menjadi kenangn...26-27 march 2010 akan setiasa diingiti..inilah serba sedikit coretan kenagan di pulau aman...actually saye tgh frust ni..xdpt nk upload gamba sbb tak dpt nk transfer dr hp..insyaAllah..ble da bole nnt saye edit entry ni dan tmbh gamba2 ok?!*wink*

p/s: yeahhhh..saye da berjaye upload gamba...^__^



 

~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...

Thursday, March 25, 2010

Ada apa dgn..'bile dah habis exammm..'

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah~~~
setelah 2minggu berhempas pulas... 
akhirnya hari ni tamat final exam saye!!
Oh bahagianye!!
yeah~~merdeka!!! antara shout out kwn2 di FB..


kenapa bagi kebanyakan pelajar...memang tak saba2 nk habiskan exam..hari pertama exam pun da kate..
"bilala nk abis exam ni yer?"
hehhe..saye pun tak nafikannya...
rasenye peperiksaan ini kadang2 adalah satu penyeksaan...
tadi...Research Methdology a.k.a RM tu mengakhiri penyeksaan saye tu..
huuuhuhu..tp kate2 yg mcm ni mgkin terlahir dari org2 yg kurang bersedia mental, fizikal dan intelektual...*ini xterkecualilah saye...hihih*
nk2 pulak bile antara yg menjadi 'killer paper' masih lagi tak selesai..
huh..mcm ni la yg saye rase penyeksaannya masa nk menunggu kedatangan exam pharmacology&toxicology tempoh hari..
iyelah ini antara 'killer paper' paper bg saye dan kawan2 dlm sem ni selain paper clinical pathology and medical parasitology..
dan bila habis paper pharmacology tu..saye sangatlah gembira!!! memang bahagia je rasenye dpt habis paper yg boleh membunuh tu...


bercerita sedikit sekitar minggu exam saye ni...
setiap kali lepas exam..mlm tu saye akan buka planner saye dah catatkan berapa bintang saye nk bg bagi setiap paper tu..mengikut instinct sejauh mane saye da perform dlm menjawab soalan2 yg mencabar itu...hehhe..
dan antara kelima-lima subjek...hanya English for Academic Enrichment ajelah yang saye berani nk bagi perfect 5! yang lain pasti ade ayt...out of 5stars..i just give....hehhhee..rahsia la kn subjek yg lain2 tuh..
mungkin juge lepas geram nk mengarang....
bila nk fokus exm dan study..saye akn pause dan gantungkan dulu nk mengayat novel..jadik ayat2 novel tu seakan terapung2 dalam serebrum saye ni....byk btol rasenye skrip nvel dlm kepala saye yang belum berjaye saye zahirkan di layar microsof word laptop saye ni...hehehe..

then bile da habis exam ni..mulalah to-do-list saye da mengambil tempat..buat queue..da line up panjang-panjang...hohoho..

~nak abiskn bace Sirah Nabawiyyah tu!
~nak baiki n improve mutaba'ah..
~nak hafal doa2..
~nak perbaiki dan improve surah2 hafalan..
~nak start praktikal klas memandu...
~nak continue 2nd novel!!! *mesti2*
~nak balik kampung...
~nak makn satey...ihihihi
~oh..last but not least..nk tukar layout blog..(tak tau la bilenye tu...urmm...~__*)

wah....byknye yg saye nak!! tp cuti kali ni seminggu aje sbb lepas tu kne smbung utk short sem...bg belajar biomed mcm saye ni..short sem mmg ade dlm program course ni..short sem ini bukanlah utk memperbaiki pointer atau sebagainya....melainkan ianya adalah wajib! then lepas short sem nt insyaAllah baru ade cuti lame ckit...

O...Allah, make my time enough for me!!  xpela put first thing first kan...and sikit-sikit lame jadi gunung everest ye tak? hiihi..
ok..post entry ni pun sbb da lame xupdate kn..so..these're all for this time being..


P/s: hari khamis ni nk mulakn percutian ke pulau aman..hehhe..
'percutian' ke??urmm...uhuuhu...
actually join program 'first aid tour and community service' di pulau aman, penang..
pulau aman? kt penang? saye pun xpernah pegi...hhhehe*carik dlm peta Msia ye kwn2* 
i'll be off for 2days~tp....yg xseronoknye xdpt la nk  join mabit!!!:'(((




~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
..wallahu'alam..

Tuesday, March 9, 2010

Selongkar almari lama: BONDA...


بسم الله الرحمن الرحيم

Baru-baru ada seorg akak ISMA yg incharge utk Kelab Remaja ISMA-Shah Alam-Klang (KRIM-SAK)  mempelawa saye (saye lebih suke perkataan ni drpd mungkin ayat 'meminta saya') menyumbangkan karya bg menjadi antara bahan untuk dipaparkan di blog KRIM-SAK... akak tu cadangkan kalau boleh berbentuk cerpen...pada mulanya agak berat bagi saye untuk menghasilkan cerpen yang baru kerana sekarang saye memang agak kesuntukkan masa...novel kedua saye pun baru je 25% in progress. Rasenya memang tak mampu andai  nak menulis cerpen yang baru sebab idea belum tentu mudah nak dilakar di komuter riba saye ni... 

sebelum ini saye ada menulis entry: Aku Menulis Bukan Kerna Nama..

" ...minat dalam bidang penulisan adalah antara fakta utama yg saya mmg saye tak terfikir pn utk nafikannya..."

..dan mmg betullah kenyataan ni bila saye dah menenemui buktinya...ihiiihi..memmandangkan kesuntukkan masa...jadi saye pun teringtalah cerpen-cerpen yang saye pernah tulis mase sekolah dulu..balik kg tempoh hari saye buka semula file lama saye..then jumpa salah satu cerpen yg saye pernah tulis ni...Nov'05, tercatat di helaian tu...dan seingat saye saye pernah hantar cerpen saye ni kt Fokus SPM..tp xtaula diterbitkan ke tak...ahahha..sbb sgt jarang beli majalah ni dulu..Almost 5years simpan cerpen ni... bile bace balik yg original.nk tergelak pun ade tgk ayat saye dulu..hehehe..yg ini saye taip semula (sebb xde simpn soft copy) dan ade edit sikitla...tp 95% masih ayat-ayat dan perkataan asal yg saye gunakan mula-mula tulis cerpen ni. Jadi..buat semua..selamat mengikutinya..^__^
 
 ******

BONDA

“ Hari yang di lalui kini, tak seindah semalam, bintang yang bersinar sudah tiada lagi…mentari yang memancar kini semakin suram bayangan wajahmu kini tiada lagi…”

Demikianlah lirik lagu Bonda nyanyian kumplan Wildan mengalun menyapa lembut kedinginan malam itu melalui corong Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (ikim.fm). Aku tidak dapat melelapkan mata. Entah mengapa sunyi bertandang di kala kegelapan malam yang semakin menghimpit. Aku menghayati senikata lagu itu hingga tak sedar ada air jernih, laju, menghujani pipiku ini. Terasa sayu dan sedih menggamit di hati. 

“ Kini bonda tiada lagi,
Apa yang ada hanyalah secebis kenangan,
Di tabir seribu penyesalan,
Kerana belum sempatku menabur budi,
Kau pergi mengadap Ilalhi.”

Alunan lirik lagu itu menyapa lagi telingaku: Apalah gunanya ditangisi, penyesalan sudah tiada gunanya,. Biarpun air mata yang ku tumpahkan, tak bisa mengundur masa. Pusara bonda masih lagi merah menjadikan aku terasa amat kehilangannya. Masih terngiang lagi kata-kata semangat, dorongan dan nasihat di telingaku ini. Bondalah penawar hati kala diri berputih mata, bondalah permata dikala diri ini bergembira. Hati kadang-kadang hiba kerana terpaksa melihat bonda yang membanting tulang demi sesuap nasi untuk keluarga. Ayah tidak meninggalkan sebarang harta apatah lagi tanah berekar-ekar, bukanlah aku meminta, namun bagaimana harus kami teruskan hidup ini tanpa apa-apa. Namun aku tahu bonda tabah dan cekal orangnya. Berbekalkan semangat dan tulang empat keratnya, digagahi juga kehidupan yang penuh ranjau berduri ini demi melihat anak-anaknya berjaya.

Suatu hari aku terpaksa memberanikan diri bercakap dengan bonda mengenai yuran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah lama aku pendamkan sejak beberapa bulan yang lalu. Kalau tidak kerana bebelan Cikgu Latifah tempoh hari, nescaya tidak akan aku buka mulut mengenainya kerana aku tahu bonda pasti gusar dengan permintaanku.

“Kenapa Along tak bagi tahu bonda siang-siang. Bertuah betul anak aku ni. Tak apalah, beritahu cikgu seminggu lagi dapatlah bonda usahakan duitnya.”

Tenang saja jawapan yang meluncuri bibir bonda. Tidak langsung mempamerkan air muka amarahnya. Sejurus selepas itu bonda terus berlalu ke dapur. Aku sudah lali. Dia bonda yang melahirkan aku dan membesarkan aku. Segalanya dipendamkan dalam hati untuk tidak merunsingkan anak-anaknya. Namun aku tahu bonda tentu sedang berfikir cara untuk mendapatkan wang yang harus dibayar itu. Aku menjadi serba salah. Bonda akan tetap melarang aku bekerja apabila setiap kali aku suarakan keinginanku untuk membantunya.

“Along belajar baik-baik, biarlah bonda yang susah asalkan anak-anak bonda berjaya.”

Begitulah ucapannya acap kali menasihatiku dan kerana itulah aku berazam untuk mencapai cita-citaku agar dapat menyenangkan bonda suatu hari nanti. Berkat doa bonda dan usaha aku selama ini, aku berjaya dalam SPM dan mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Walaupun diberikan biasiswa, namun aku terpaksa menolak kerana berasa berat hati untuk meninggalkan bonda dan adik-adik. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti awam di ibukota. Walaupun diberikan biasiswa juga, namun itu masih tidak mampu untuk menampung segala kos pelajaran dan hidup di universiti. Maklum sajalah semuanya berbayar. Kadang-kala aku terpaksa mengikat perut dan sering berjimat-cermat untuk memastikan aku tidak meminta wang daripada bonda. Adik-adikku yang lain juga turut memerlukan wang yang banyak. Aku masih ingat, kesempitan duit ini juga yang meyebabkan bonda terpaksa menggadaikan satu-satunya gelang pusaka peninggalan nenek padanya. Tak cukup dengan itu, bonda juga akan mengambil upah membasuh pakaian dan bangun seawal terbit fajar sidiq untuk membuat kuih-muih untuk dijual. 

Sedang aku mengulangkaji pelajaran di perpustakaan seminggu yang lalu, Syarina, rakan rapat merangkap teman sebilikku berlari-lari anak mendapatkan aku yang sedang tekun mentelaah. Syarina yang tercungap-cungap itu menenangkan dirinya terlebih dahulu. Aku hairan melihat kelakuannya pada hari itu. Dia merapati aku dan dalam nada sayu suaranya itu aku dapat menangkap dengan jelas butir-butir perkataan yang dilafazkannya. 

“ Hanim, aku harap kau dapat bersabar. Kuatkan semangat.” Terasa berlainan sekali bunyi pengucapannya. Aku dapat merakan sesuatu yang tidak enak sedang berlaku. “Bonda kau baru saja kembali ke rahmatullah.” 

Terkejut bukan kepalang, bagai direntap rasanya jantungku ini apabila kalimah itu selesai diungkapkannya. Baru sebentar tadi adikku Nadhirah, menelefon telefon bimbitnya yang sering menjadi medium perhubungan kami selama ini. Aku tanpa berlengah berkemas untuk pulang ke kampung. Syarina yang sejak mula aku memasuki universiti telah menjadi teman rapatku tidak pernah lokek untuk membantu. Syarina mempelawa untuk menghantarku pulang ke kampungku terletak di selatan tanah air. 

Sesampai di halaman rumah aku lihat orang kampung sudah memenuhi perkarangan rumah. Aku tidak dapat menahan lagi air mata yang sudah lama bergenang di kelopak mata ini sejak tadi. Tanpa mempedulikan orang ramai yang memerhatikan aku, aku terus masuk ke dalam rumah dan mataku tertancap pada sekujur tubuh yang kedua tangannya sudah berdakap di ruang tamu rumah. Adik-adik mula mendapatkanku dan memelukku. Mereka menangis dalam dakapan aku. Adik bongsuku, Aiman yang bajunya sudah lencun dek air mata dengan tangisnya berkata, “Along, bonda dah tak ada, tinggallah kita sendiri.” Demi mendengar kata-katanya itu aku tidak dapat berkata apa-apa lagi kerana hatiku sendiri sarat dengan kesayuan dan kesedihan yang teramat. Aku rapati jasad bonda. Aku kucupi dahi bonda. Kelihatan bonda tenang seperti dalam tidurnya. Aku redha dengan pemergian bonda. Mungkin tuhan lebih menyayanginya. 

“Along marilah bergambar, semua orang tunggu along dekat luar.”

Panggilan Nadhirah mengejutkan aku dari lamunan. Aku meletakkan gambar bonda di atas meja dan berlalu ke ruang tamu. Selepas bergambar, kami akan melawat ke pusara bonda. Walaupun aidilfitri kali ini agak istimewa berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana saudara-mara datang bertandang ke rumah kami, namun tidak seindah ketika bonda ada bersama kami seperti suatu ketika dulu. Alunan takbir raya itu sungguh menyentuh kalbu, mengingatkan aku pada bonda tercintaku. Aku telah berjaya menjadi seorang doktor. 

Bonda pergi semasa semester terakhirku di universiti. Itulah yang membuatkan aku begitu terkilan. Tak sempat bonda melihat aku menggengam ijazah dan berjubah konvokesyen. Adik-adik pula telah berjaya menempatkan diri di universiti dalam negara walaupun sebenarnya mereka layak mendapat biasiswa ke luar negara. Mahu mengikut jejak langkahku, kata mereka.  Masing-masing berjaya dalam bidang kejuruteraan dan perniagaan. Aku menjadi tempat pergantungan mereka selepas ketiadaan bonda. Aku mengambil keputusan tekad untuk bekerja sambil belajar semasa hampir satu semester tempoh hari. Walaupun memang agak sukar bagiku untuk membahagikan masa pada ketika itu, tambah pula aku adalah pelajar perubatan. Namun aku kuatkan semangat demi adik-adik. Aku tidak dapat memberi kesenangan kepada bonda kerana Allah telah menjemputnya terlebih dahulu. Namun melihat kejayaan adik-adik, aku merasa gembira. Dapat aku merasa kesusahan yang dialami bonda serta pengorbanannya walaupun apa yang aku lalui mungkin tidaklah sepahitnya. Sekurang-kurangnya aku tahu pengorbanan bonda selama ini tidak aku persiakan. 

Bait kata dalam puisi sasterawan negara, Allahyarham Dato’ Usman Awang yang menjadi lirik lagu kumpulan UNIC-Ke Makam Bonda itu memang benar seperti rasaku…

“ Kini ku rasakan kasihnya lagi, meskipun jauh  dibatasi bumi.
”

Oh bondaku!
 
-Athirah Taha, Nov'05-
****