...Words From God~O Allah, The Lord~...

"Closer and closer to mankind comes their Reckoning: yet they heed not and they turn away."

"Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.." (Al-Anbiyaa':1)

AWAS! Anda berada di zon::Alangkah Indahnya Hidup Ini::

::SELAMAT DATANG:::WELCOME:::

Salam sejahtera, salam singgah, salam melawat, salam menjengok, dan semua salamlah saya ucapan kepada pengunjung rumah saya ni teratak; Alangkah Indahnya Hidup Ini...

Saya sangat berbesar hati sekiranya anda dapat meluangkan masa untuk membaca perkongsian saya di dalam blog ini. Saya juga mengalu-alukan anda untuk 'copy' atau ambil apa sahaja yang ada di teratak saya ini yang memberi manfaat kepada anda. Namun saya mengharapkan jasa baik anda untuk melampirkan link 'Alangkah Indahnya Hidup Ini' sebagai rujukannya. Ini kerana sebarang artikel yang saya hasilkan sendiri pasti menjadi tanggungjawab saya kepada ALLAH. ^_^

~Moga ' Alangkah Indahnya Hidup Ini' sentiasa menjadi inspirasi anda~
~Moga segala kandungannya dapat memberi manfaat kepada semua~
~Moga dengan 'Alangkah Indahnya Hidup Ini' menjadikan kita sama-sama beroleh rahmat dan hidayah Allah S.W.T..aminnn~

Sekian Terima Kasih.

Tuesday, February 26, 2013

common sense~

 بسم الله الرحمن الرحيم



*Ini sebenarnya entry Februari, tapi disebabkan keadaan saya yang tak berapa nak mengizinkan jadi saya postkan ia di 1 Mac setelah memaksa diri untuk menyiapkan entry ini sebaik mungkin. #ingat nak jadikan ia hadiah hari lahir, niat tak kesampaian...huhu apa-apapun, Alhamdulillah, siap pun entry ni! ^_^* (rupanya 1 mac pun tak siap jugakk...-__-", insyaAllah nanti entry April saya bagi tahu sebab apa tak sempat siapkan..)

Bulan 2.

Ini entry Februari. Saya sebenarnya sangat suka bulan Februari -----> *Alhamdulillah to see February! ^__^*

bukan sebab ada satu hari yang dalam bulan ni 'ada orang berkasih-kasihan' sibuk nak buat sambutan.

saya suka sebab Februari adalah bulan kelahiran saya.. hehe :) (macam juga Rasulullah suka berpuasa pada hari Isnin sebab pada hari itu baginda dilahirkan. Awesome!)  saya juga suka sebab biasanya ia akan dekat-dekat dengan sambutan kelahiran 'kekasih hati' saya, Muhammad s.a.w. walaupun sebenarnya kalau ikut bulan Islam saya lahir bulan Rejab.. (macam masa tahun ni: {A beutiful day i share with you, love.}...hari lahir saya jatuh sama tarikh Maulidurrasul). #uishh..dekat 3thn da post tu rupanya...

saya juga suka Februari sebab (dengan 'perasan'nya) selalu jumpa orang-orang yang 0sem lahir dalam bulan yang sama dengan saya.. #ini memang jelas masuk troli tolak sendiri...haha 

Lagi satu, saya rasa bulan Februari macam istimewa sikit sebab 'dia' je sorang-sorang ada 28 hari, siap kalau tahun lompat tetiba ada 29hari...kan..kan.. *haha:D

Sebenarnya saya sangatlah ingin mengistiqamahkan diri saya untuk selalu post artikel di layar 'rumah' saya ni, tapi..... *anda tau sendiri..*  insyaAllah saya berdoa dengan sangat dan saya berharap dapat istiqamah untuk update setiap bulan walaupun hanya dengan sebuah artikel. #istiqamahlah sangatkan?? huhu anyway, tak apalah, biar istiqamah dengan yang kecil kalau yang besar kita tak mampu. ;)

Ok, jom borak-borak tentang Common Sense....

Kenapa saya nak post tentang common sense?? #agak-agak sebab apa??? cuba teka...


sebab....


sebab....


jeng-jeng-jeng...


semua yang anda teka semuanya salah! hahahah *yo-yo-o jerr..:P

tak caya?

saya nak tulis tentang common sense sebab...saya suka perkara-perkara tentang common sense!

memandangkan bulan Februari adalah bulan yang saya suka, jadi saya nak post kan sesuatu yang saya suka juga... ;)


**********
Common Sense. Automatik teringat dekat lecturer Microbiology saya dulu. Kitaorang panggil lecturer ni dengan panggilan manja; "Dr.P"..Lecturer saya ni perempuan, dari negara India. Dia tinggi, cantik dan bertambah cantik lagi sebab selalu menggayakan sari ke kelas. Macam model, serius! (sikit lagi nak jadi cam Aishwarya Rai..hehe :D)  
Sebab tu juga Dr. P pernah kata "Although i'm far away from my country but India is always with me!" (sambil tunjuk sari dia..aiceceh.)

Guess what?

Ha, masa belajar dengan Dr. P ni memang perkataan "Common Sense" sangat famous kat kitaorang semua. Sebabnya, Dr.P suka guna terma ni. Kalau nak tau, Dr. P ni memang digeruni semua student cos dia adalah Dr yang paling garang. Kalau terlambat datang kelas baiklah tak payah cuba-cuba nak masuk sebab confirm kena halau keluar semula. Datang lambat ke kelas adalah salah satu 'kepantangan' Dr. P.  Lagi satu, kalau tak ada further reading pun, tak payahlah berangan nak masuk kelas, sebab Dr P akan pusing satu kelas dan randomly-picked untuk tengok logbook microb..*scary kan...huhu

Term "Common Sense" memang sebati dengan Dr.P... pernah ketua kelas (aduh, klasiknye bunyi...) ok, class representative@ class rep kitaorang yang selalu jadi mangsa "Common Sense" dari Dr. P,  pernah sekali white board kelas jauh dari tempat duduk kitaorang...ha, siapla kena dengan Dr.P: "Don't you have a common sense?". Maksud dia tu macam;  "tak ada common sense ke nak tarik white-board ke depan sikit so then bolehlah kawan-kawan  nampak dengan lebih jelas sikit. Jadi, sejak tu sebelum je mula kelas Dr.P mesti class rep kitaorang dah tengok alignment white board tu siap-siap, make sure ada pemadam white-board tu juga.

#Itulah antara kenangan "Common Sense" dan Dr. P. Sekarang beliau dah balik India for good pun. *Miss the old days sooo much! ;(
******selingan tamat*******


Jadi...apa sebenarnya "Common Sense" tu???


Mengikut kata 'Kamus Percuma' (TheFreeDictionary) hasil carian daripada Prof SerbaTahu Al-Google;  yang secara 'noun'nya "Common Sense" adalah 'Sound judgement not based on specialized knowledge; native good judgement' atau membawa maksud yang lainnya; 'plain ordinary good judgement; sound practical sense' dan sekiranya di'adjective'kan bermaksud 'inspired by or displaying sound practical sense'.

Saya yang tak berapa nak 'teror' bahasa orang putih ni al-fenin la juga nak tangkap maksud tu...tapi secara sekala besar atau secara general, dapatlah kita mengambil idea umum (general idea) nya yang mana Common Sense ini boleh dikatakan sebagai suatu pertimbangan yang wajar tapi tidak berdasarkan pengetahuan khusus. Ia adalah pertimbangan yang baik dan relatifnya adalah sesuatu yang praktikal.

Itu dari sudut bahasalah.

....tapi, pada pandangan hati saya yang melihat common sense ini pula memahaminya sebagai sesuatu (sama ada fikiran, perkataan, atau perbuatan) yang baik/wajar yang terlahir dari dalam diri seseorang secara sendirinya dalam menghadapi pelbagai keadaan . (mungkin di sinilah dapat masuk atau kena dengan definisi di atas tadi: plain ordinary good judgement).

...dan bagi saya common sense ini juga boleh jadi sesuatu yang kita bina (develop),  sesuatu yang kita cipta (create), atau mungkin juga dari pengamatan kita (observation), atau mungkin juga yang kita dapat dari sekeliling (acquired)... tapi pandangan peribadi saya lebih menyokong kepada hasil didikan di rumah (faktor ibubapa) dan berdasarkan pengalaman (through experience) yang lebih membawa kepada peratusan yang besar untuk kita dapat common sense ni.

Itu dari pandangan sayalah.

....tapi kalau kita tengok dari sudut dan kaca mata Islam, "Common Sense" ini sebenarnya sangat berkait rapat dengan AKHLAK!
bak kata Imam Al-Ghazali:

"Matlamat utama akhlak ialah untuk mempengaruhi kelakuan sebenar seseorang individu. Setiap amalan baik individu adalah untuk menyuci jiwa dirinya semoga ia memperoleh pembalasan yang baik di alam akhirat. Kelakuan berakhlak adalah persamaan dengan tuntutan agama. Makin beramal seseorang individu dengan ajaran agama makinlah berakhlak individu tersebut."
Common Sense is a part of akhlak which possesses almost whole of the proportion. (Athirah Taha, 2012)

Common sense ini bagi saya ter'apply' dalam banyak perkara.  kenapa saya guna ter'apply' bukan 'boleh di'apply'? sebenarnya saja je,  ter'apply' tu maksudnya 'boleh jadi' dalam setiap dan banyak perkara. kalau saya kata boleh di'apply' tu memberikan option atau pilihan sama ada kalau nak, kita boleh buat kalau tak nak tak apa. tapi yang lebih saya nak maksudkan adalah supaya common sense ni goes naturally atau spontaneous. bukan yang kita perlu fikir nak buat atau tak. sebab tu saya guna ter'apply'!

Common sense itu boleh dalam banyak perkara: common sense dari segi kita berfikir, cara kita berinteraksi dengan orang lain, cara kita komunikasi, cara kita bawa diri kita (self-bringing) or even bila kita seorang diri pun kita perlu ada common sense bersama Allah!

Common sense juga mungkin boleh dimaksudkan dengan perkataan lain....

Contohnya macam kakde saya; dia kalau nak marah atau tak puas-hati dengan attitude orang dia akan kata macam ni: "awak ni tak alert la!"

Haa, ke'alert'an kita terhadap sesuatu perkara pun menunjukkan sejauh mana 'konsentrasi' atau kepekatan zat common sense dalam diri kita! (err..tinggi sangat ke metafora ni?? hehe) Itu maknanya, kalau konsentrasi common sense itu tinggi dalam diri kita, sudah pastilah kita  dengan sendirinya akan alert terhadap banyak perkara!


Common sense juga sebenarnya adalah bersifat spontaneous. Tak perlu kita nak rancang apa yang kita nak fikir, nak cakap atau nak buat. Macam juga akhlak. Akhlak yang baikkan tak perlu nak tunggu kena fikir, ia adalah satu tidakan yang spontan. Saya memandang Common Sense sebagai sesuatu yang cukup besar untuk membentuk seseorang menjadi seorang yang berakhlak mulia dan maha sesungguhnya ikon yang highly-common-sensed yang patut kita contoh dengan sangat-sangat adalah baginda Rasulullah SAW sendiri.
saya ada satu impian, impian yang sangat besar: mahu melihat remaja Malaysia bergenerasi sahabat, berketrampilan Rasulullah! Ayuh, mari perkasakan diri dengan akhlak nabi! subhanAllah! ;D (Athirah Taha, 2012)

saya ada satu harapan besar: mahu ada orang bukan Islam yang cakap pada saya seperti ini; "Awak Muslim terbaik yang pernah saya jumpa". Maka saya dengan senang hatinya akan menjawab; "Alhamdulillah, tapi awak baru berjumpa saya, belum lagi mentor saya, dia adalah yang terbaik di bumi ini " (Athirah Taha, 2013)

"you are the best Muslim I've ever met".
"O yeahh! come on, meet my mentor, Muhammad (pbuh)!"

"baik betul akhlak budak ni...mewarisi akhlak sapalah ni?"
"Saya mewarisi akhlak Nabi!" (Athirah Taha, 2013)

Membaca Sirah Nabawiyyah, Ar-Rahiq Al-Makhtum membuatkan saya begitu teruja dengan tahap tingginya Common Sense Rasulullah SAW. Baginda sentiasa ada banyak moment yang indah bersama para sahabat. Anda pernah dengar lagu ni?



[credit: AngelPakaiGucci!]

Lagu ni pun secara tak langsung menceritakan betapa Osemnya Common Sense Rasulullah yang membantu seorang tua yang tidak menegenalinya malah mengatakan yang dia sangat membenci Muhammad tapi akhirnya apabila Rasulullah menunjukkan akhlak yang baik apabila berhadapan dengan orang yang membencinya, serta menunujukkan comman sense yang tinggi dengan tidak memarahi orang tua itu kerana kejahilannya maka di akhirnya baginda dapat menarik hati orang tua tersebut apabila mengatakan "Akulah Muhammad, yang kamu katakan itu!"

Common sense pun boleh buat orang suka kat kita tau! Cayalah!

Kalau kat rumah memang adik-beradik tau yang saya ni agak macam kuat 'nagging' juga...terutama sekali abang saya. sebab dia yang selalu kena nag dengan saya...hahha mana taknya, saya memang tak suka kalau jam dah dekat pukul 7pm, hari pun dah nak gelap tapi ada pulak orang boleh sedap-sedap tengok TV tapi tingkap pintu semua tak tutup lagi. Haii, nanti masukla nyamuk pastu bila malam banyak nyamuk punyalah bising! Pastu lagi kalau makan suka tinggal sisa makanan kat atas meja camtu je...ha, memang siap nak kena dengan saya lah tu...huhu
 

Tau sebab apa saya 'bising' bila berhadapan keadaan-keadaan yang macam tu semua... sebabnya mudah, semua tu common sense! Nama pun 'common' sense, so sepatutnya benda simple macam tu semua dah common, dah biasa, dan dah tahu. So tak perlu orang lain nak 'bising'.  

Tapi yalah, saya tak nafikan, bukan semua orang mampu hidup ber'Common Sense' dan tahu sendiri. Cuma saya percaya dan sangat pasti bahawa sebenarnya common sense tu boleh kita praktikkan dan jadi habit kita kalau kita sendiri suka nak praktikkan.

Kalau kita selalu pentingkan diri, suka berkira, nak sering mengharapkan orang lain yang buat atau mulakan dulu....nampaknya memang susahlah common sense nak dekat dengan kita...


Kita sering mengkesampingkan atau memandang remeh terhadap perkara-perkara kecil seperti senyum, tolong atau buang sampah ditempat yang betul, cuci tandas, tunjukkan jalan kepada orang yang tersesat/tak tahu jalan, menghiburkan anak-anak kecil dll. Ini perkara yang mungkin nampak tak penting dan  remeh bagi kita tapi sebenarnya ia adalah penyumbang yang besar buat saham akhirat.

....dan perkara-perkara tu semua adalah common sense! 



See, senang je nak dapat 'saham' yang besar di akhirat...ianya hanya dengan common sense! Melihatnya kecil, kita yang rugi besar.

Cuba tengok kehidupan kita sehari-hari. Banyak sebenarnya common sense yang perlu dan boleh kita buat. Contohnya atleast dua-minggu sekali kena tukar tuala, tukar cadar. Seminggu sekali kena potong kuku. Or even bila tengok toilet kotor, kita kena ada common sense nak kena basuh. Kalau rambut dah banyak kat lubang air nak keluar tu, kenalah buang. See, semua tu common sense sebenarnya. 


Sama juga, contohnya kalau sebelum nak cuci pinggan kita mestilah buang dulu sisa makanan supaya singki tak tersumbat dan kalau kita tak buang pun, lepas cuci tu kita ambillah sisa dalam singki tu dan buang supaya clear untuk orang lain yang nak guna singki tu nanti. Senang je kan sebenarnya nak guna common sense kita. 

Common sense pun terpakai juga interm of interaction or communication kita dengan orang. Contohnya, kalau tengok kawan kita macam tengah tak ada mood ke, tak payahlah nak buat lawak seposen, buat kena marah je kan...huhu Ha, lagi satu saya suka nak bagi contoh...bila mak kita dah masak, kita kenalah tolong buatkan hidang...sediakan pinggan-mangkuk-cawan, angkatkan makanan buat air ke, pastu nanti tolong cuci pinggan ke...ini juga common sense tau. dahlah mak kita dah masak, takkan kita nak makan aja kan...hoho

Banyak sangat lagi perkara-perkara common sense dalam hidup kita ni; even bila nak bayar hutang pun kira common sense juga, sebaiknya janganlah tunggu orang minta baru kita nak bayar, tolong ringankan tangan angkat barang orang pun common sense juga! memberi nasihat/menegur dengan cara yang hikmah juga common sense. menerima kritikan dengan berlapang dada juga common sense! Mendoakan orang terbersin juga common sense! MasyaAllah, banyak sangat-sangat-sangat (infiniti sangat) common sense ni! So, kitalah yang kena alert! Semoga Allah mengilhamkan common sense kita serba-serbi! :)

Perkara bab-bab common sense ni macam tak best la kan kalau nak orang 'bising', nag, atau kena tegur sebab sebenarnya semua benda tu kita dah kena maklum sendiri. Jadi, janganlah kita menjadi orang yang 'tak-berapa-nak-tinggi/tahu-common sense' sehingga boleh mendatangkan perasaan tak senang hati pada orang lain. 


Macam saya sendiri, saya sebenarnya memang tak suka nak tegur-tegur orang kalau perkara yang berkaitan dengan common sense. Kalau saya tegur tu maknanya saya dah tak tahan sangattttt! huhu (@__@)

Maka, marilah kita cuba develop, practice, create and sharpen common sense kita sehingga tak perlu tunggu sampai orang nak kena beritahu kita. 

Ya Allah, jadikan aku orang yang tinggi common sensenya!!! ^_^



__________
#ringan-ringankan tangan, selamat beramal! :)



"Dan sesungguhnya engkau tetap beroleh pahala yang amat besar, yang tidak putus-putus, (sebagai balasan bagi menjalankan ajaran Islam) Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat-sangat mulia." (Al-Qalam 68: 3-4)


(:alangkah indahnya hidup ini>>>bila kita ada common sense yang tinggi! :)





 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam..
Rekod sebenar entry siap:
-MES, 7.52pm, Khamis, 21-Mar-2013, 9 Jamadil Awal, 1434-

Thursday, January 31, 2013

CNY + Prosperity Burger

بسم الله الرحمن الرحيم


[CNY + Prosperity Burger = McD]

tersaliva dengan daging bersalut sos lada hitam??
membuak-rasa nak makan kentang pusing-pusing??

tercuit juga kan bila tengok iklan, lalu tepi restoren ada huruf 'M' warna kuning besar tu...

sabar. sabar.

derita palestin dan umat Islam masih berpanjangan. mereka dah nak sampai penghujung kejayaan. jangan pula kita mengalah di tengah jalan.

tak apa. tak apa.

stakat daging bersos lada hitam, kentang pusing-pusing tu apalah sangat...kat syurga lebih dari tu ada...pendek kata macam-macam ada!!!! 
 
 
***********
p/s: the shortest post! oyeay, hajat tercapai..haha ^_^ 
 
 
(:alangkah indahnya hidup ini>>>bila hidup ceria tanpa McD, hati senang syurga menanti!! :)







 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam..

Monday, December 17, 2012

Seronoknya upgrade imann!! :)

بسم الله الرحمن الرحيم
 
[Roots of Barakah that bring happiness..^_^]


After my100th post, after soooo long (for me) not into bloging...here it goes~ (ayat standard saya kalau lama tak update kan..hihi) Memang saya lama tak update, tapi sebenarnya saya memantau juga 'kesawangan' di blog saya ni. Kalau lama tak menulis di blog, 'ke-tak-hadiran' post baru saya biasanya berasas. *ayat cover!* haha ;)

Anyway, masa tengah buat rondaan 'kesawangan' di blog ni, saya singgah di Formspring saya, dan ada satu direct question kat inbox saya...

Kata-kata dari seorang annonymous:
"Assalmu'alikum. . . .I wanna to up grade my Iman...."

Me: Thank you very much! :)

Memang si annonymous ni tak tanya soalan pun sebenarnya, kalau dari perspektif saya membacanya mungkin sekadar ayat penyata...tapi saya nak berterima kasih juga sebab telah beri saya inspirasi (ceywahh) untuk buat satu entry baru.. jzkk!! ^_^

I wish i could response it in English, but i rather to use BM because i also wish to 'mengarut banyak' about Iman!  =)

So here, my special post dedicated to the ms/mr annonymous and to all~



***Macam mana nak 'upgrade' iman???***


Iman itu sifatnya dinamik, kerana itu ada up and down nya...
Tapi, takkanlah kita nak down aja kan?? huhu
Salah satu cara kita nak bagi iman kita ni 'up' adalah dengan cara upgrade iman kita la.. (kalau app kat hp kita boleh upgrade selalu, takkan iman pun nak berkira kan? hihi. ;))

Sebenarnya memang kita sangat dituntut untuk selalu upgrade iman kita. Even, syahadah kita pun dalam sehari berapa banyak kali kita upgrade, kan. Ha, dalam sehari 9 kali tau kita upgrade syahadah kita! (nak tau, masa bila kita upgrade, cari sendiri! huhu :P)

Cara nak upgrade iman juga sangatlah banyak!! Kita aja mungkin tak sedar!

Ok, kalau saya cakap cara nak upgrade tu dengan cara, solat, baca quran, hadir majlis ilmu...semua tu,  betul kan?? tapi dengar cam cliche kan?? Even if, saya tak cakap yang itu pun anda memang dah tau dah, dah sedia maklum dah...

Tapi...perkara yang 'dengar-dengar' cliche tu memang betul pun. Memang itulah basicnya! If tak mau buat yang cliche2 tu memang 'down'lah jawabnya iman kita. *nauzubillah!*

What if, dah buat dah yang cliche tu...tapi masih lagi rasa macam something missing?? Kenapa ek??

Ok, masalah-masalah yang timbul bila kita masih rasa 'something missing' bila dah buat perkara basic tu mungkin juga ada kaitan dengan mungkin kita belum cukup menghayati ke, tak khusyuk, tak ikhlas ke..macam-macamlah. Saya faham, kita manusia biasa memang akan ada je jadi macam tu sebab kita bukan malaikat kan...so saya tak mau nak panjang-panjangkan soal tu. Just nak kongsi, apa yang boleh kita buat untuk 'topup'kan something missing tu... Jadi, disinilah perlunya kita upgrade iman kita!!

Nak jaga iman kita ini, adalah macam juga satu proses, satu rutin, sebab tu jugalah kita solat kena hari-hari. Malah, lima kali sehari pun kan. Bukan solat suka-suka hati bila suka, atau pun solat bila rasa sedih dan susah je.

Nak jaga iman juga, kena jaga amal, nak jaga amal kena istiqamah kan??  Nak istiqamah, itu yang payah, kan. kan.... :'(  Tak apa, nanti saya bagai tips cara nak istiqamah cara best! ...tungguuuu! :D

Bila cakap tentang Islam dan Iman, mungkin kita akan rasa berat, susah, stress. Ada tak antara anda yang bila cakap tentang Islam, Iman...akan excited??? kalau anda betul-betul excited (tak 'buat2' atau tak 'plastik') tu tandanya Islam dan Iman anda memang AWESOME!! MasyaAllah!! :DDD

Tapi...berbalik kepada pernyataan tadi, kenapa rasa nak jaga Islam dan Iman itu susah, payah dan stress???

Biasanya kita akan ada persepsi macam ni kalau kita hanya nampak Islam dari suatu sudut, dan sudut yang kita pandang itu pula adalah suatu sudut yang terlalu sempit! Sebaaaab, sebenarnya kita sendiri masih tak faham Islam dan apa perlunya kita 'rasa' ber'iman' tu. Jadi, sebab itulah bila nak istiqamah dengan amal-amal Islam yang akan meng'up'kan iman kita, kita akan rasa susah.

Tapiii....tak apa. tak apa dan tak apa. Mari, lapangkan dada, bersihkan hati. InsyaAllah, senang je nak upgrade iman! Berusaha ke arah pembaikan diri pun salah satu cara nak upgrade imann, tau! ^_^
 "Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah pertunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit- sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman." (Al- An'aam 6:125)
# man yuridullahu khair, yufaqqihu fid din.
(siapa yang Allah inginkan kebaikan kepadanya, akan diberikan kefahaman beragama)~
Bila Allah menginginkan kebaikan untuk seseorang, maka akan diberikannya kefahaman beragama; 'nampak' Allah dalam setiap perkara.

~Islam rasa mudah, syariat rasa indah, ujian nampak hikmah. Sakit, payah jadi sabar. Susah jadi senang. Hidup macam tak ada masalah. (Athirah Taha, 2012)

***Seronoknya upgrade imann!! :)***
 
Ok then, here a few tips to upgrade our eemann! ^_^

1st: Live life to the fullest dengan Islam!
[Allah dalam hati, Islam dalam setiap gerak diri]


  • Setiap amalan dengan niat. Ayuh, jadi saudagar niat! Bangun je pagi-pagi, mulalah niat yang baik banyak-banyak. Tak apa misal kata kita tak dapat buat pun, sebab niat pun dah dapat satu pahala walaupun tak buat apa yang diniatkan tu. Insya Allah, kat akhirat nanti biar kita jadi saudagar niat! Masuk syurga sebab banyak niat aje...hehe :) *tapi maksudnya kat sini, tak ada lah niat aje memanjang tapi tak buat apa-apa pun..huhu
  • Setiap apa yang kita lihat, lihatlah ia dari kaca mata Islam atau pun kata lainnya, nilailah sesuatu dengan neraca Allah.
"Lihatlah hidup dgn mata hati, nilailah hidup dengan kesederhanaan, timbanglah hidup dgn neraca Tuhan...Hidup di dunia jangan disia-siakan kerana itu bukan tujuan penciptaan"~  (Athirah Taha, 2011)
  • Setiap yang di dengar, dengar apa yang Allah 'suka'... Al-Quran, Lagu-lagu semangat, Selawat, Nasyid etc. Al-quran pun dah banyak versi Imam-iman yang baca. Ada Sheikh Saad Said Al-Ghamidi, ada Sheikh Abdurrahman Assudaisi, ada Sheikh Mishary Rashed Alafasy dan lain-lain. So, pilih je mana yang berkenan di telinga..hehe 
  • Lagu-lagu semangat pun banyak, bukan makna lagu nasyid je...dengar lagu The Climb by Miley Cyrus, When You Believe by Whitney Houstan and Mariah Carey pun kira ok what...hehe. Pastu lagu-lagu nasyid sekarang pun dah banyak genre dah, kalau suka yang English, Arabic boleh dengar Maher Zain, Sami Yusuf, Zain Bikha, Raef, Hamza Robertson. Kalau rasa nak hiphop boleh cuba dengar Outlandish, Native Deen and banyak lagila. If rasa nak country music boleh dengar Kareem Salama. ^_^ 
  • Yang nasyid kontemporari kat Malaysia tak payah saya senaraikanlah, banyak sangat tapi yang saya nak suggest and yang saya suka: Raihan, Rabbani, Inteam, Brothers, Nowseeheart, UNIC, Hijjaz. Kalau dari seberang saya sangat-sangat galakkan anda dengarkan Opick!! Hayati senikata setiap lagu-lagunya. SubhanaAllah yang mengilhamkan lirik-lirik yang sangat indah!  ^_^  nampak tak sekarang??? Islam warna-warni kan.. =)
#tapi agak2 kalau tengak Running Man, Allah suka tak? huhu tepuk dada tanya imaan! :D
  • Ingat, apa yang kita lalui setiap saat dari dalam kehidupan ini ada hikmah yang tersembunyi. Jadi, bersyukur atas di mana kita berdiri, pada udara 'kepunyaan' siapa yang kita hirup. Berfikiranlah positif, berbaik-sangka dan terus semaikan banyak lagi kebaikan sebab kita ada ALLAH!
"Setiap hari ada tarbiyyah yang nak Allah ajarkan. Lihatlah hikmah, moga hidup jadi indah." (Athirah Taha, 2012)
2nd: Jadikan Rasulullah SAW the awesome, dan tanam azam untuk jadi 'Rasulullah'!
[ok, saya bukan nak suruh anda jadi Rasul/Nabi palsu ye! Astaghfirullah, na'uzubillahi min zalik!! Jangan. Jangan salah faham ye.]
Macam ni maksud saya, kita kena tanamkan azam dan berusaha untuk tiru akhlak Rasulullah. Rasulullah tu sendiri diutus Allah untuk menyempurnakan akhlak manusia. Jadi kita memang disuruh untuk tiru Rasulullah SAW.
#Jadi, jangan takut nak jadi macam Rasulullah. Kalau berangan nak jadi Rasul ke-26 ituuu yang kena takut!! Na'uzubillah!

Ini bebarapa tips nak jadikan Rasulullah '0sem' pada kita:
  • Leadership cara Nabi [qudwah dan ketrampilan Rasulullah!] 
  • Dimensi pemikiran-pemikiran orang yang berjaya seperti para sahabat [Umar Al-Khattab, Solahuddin Al-Ayubi, Sultan Muhammad Al-Fateh, Imam Hassan Al-Banna]
  • Mensibukkan diri dengan al-quran [Sekarang semuanya dah serba canggih jadi Al-quran pun dan boleh bawa ke mana saja. Masukkan software/app Al-Quran dalam telefon bimbit anda, mudahkan?]
  • Menguatkan badan dengan sukan dengan etika yang benar [Sukan-sukan juga, adab bersukan kena jaga. Yang perempuan tutup aurat ye, yang lelaki seluar kena tutup lutut. :D]
  • Mampu membantu membentuk rakan-rakan lain menjadi generasi sahabat!
#Nak dapat feel macam ni memang bukan mudah, tapi boleh cuba dengan cara kita cuba nak mengenali Rasulullah. Rajin-rajinkanlah diri baca sirah baginda. You'll find it awesome, seriously! ^_^

3rd: Get busy living.
[Busy living yang saya maksudkan ini adalah busy living untuk Islam.]
  • Carilah 'geng-geng' sekepala yang boleh bawa kita dekat dengan Allah
  • Carilah kawan-kawan yang sibuk dia, sibuk fikir nak membina ummat. Boleh kita join sekaki kesibukan dia tu..hihi
  • Carilah halaqah atau ruang-ruang untuk kita tarbiyyah diri kita
"Usah merasa belum waktunya untuk membuat banyak kebaikan, kerana setiap waktu dan ketika itu sentiasa diberi ruang oleh Allah untuk melakukan kebaikan; walau di mana saja, bila-bila masa dan walau siapa pun kita." (Athirah Taha, 2012)
#ala..Get busy living cam lagu Kareem Salama tu...hihi :)

4th: Jadikan buat ibadah rasa seronok dan rasa 'addicted' [ala-ala buat sesuatu ibadah tu cam suatu perkara yang comel, gitu..~ :D]
  • Buatlah "denda" kat diri sendiri. Contohnya; kalau tak buat Solat Dhuha kena ganti dengan  Solat Sunat yang lain macam Solat Sunat Rawatib ke, Witir ke etc. 
  • Pastu rasakan 'addicted' untuk beribadah lagi contohnya kalau tak baca quran dalam sehari mesti tak 'sah' atau pun mesti akan ada feel something wrong somewhere.
  • Kalau ada waktu yang kita terfikir negative atau ter'bersangka-buruk' cepat-cepat istighfar dalam hati dan cover up balik dengan buat atau cakap sesuatu yang baik. Contoh belanja kawan makan ke, bagi hadiah ke etc. So, jadilah kreatif!!

"[Tips istiqamah]: jadikan perkara yang nak diistiqamahkan tu sebagai rutin, tabiat. Barulah tak rasa segan nak berbuat.

Ayuh, 'tabiat'kan qiamulail, dhuha, mathurat, quran tiap2 hari, cakap baik-baik, solat rawatib, puasa sunat dll. ^__^" (Athirah Taha, 2012)



_____________
Entry pertama di 'bumi tarbiyyah yang seterusnya'. Ini kuasa Allah, aku tak punya apa. 
[MES_(13:19)_17/12/2012]
Allah sentiasa ada perancangan yang lebih baik daripada kita kerana sememangnya Dia; tuhan yang tiada selain Dia. Menunduk ke bumi, bersyukurlah atas di mana kita berada. Mendongak ke langit, bersyukurlah. Kita sentiasa ada Dia. (Athirah Taha, Sept 2012)




(:alangkah indahnya hidup ini>>>bila hidup 'denganMu' Ya Allah, aku tenang!! :)








 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...