...Words From God~O Allah, The Lord~...

"Closer and closer to mankind comes their Reckoning: yet they heed not and they turn away."

"Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.." (Al-Anbiyaa':1)

AWAS! Anda berada di zon::Alangkah Indahnya Hidup Ini::

::SELAMAT DATANG:::WELCOME:::

Salam sejahtera, salam singgah, salam melawat, salam menjengok, dan semua salamlah saya ucapan kepada pengunjung rumah saya ni teratak; Alangkah Indahnya Hidup Ini...

Saya sangat berbesar hati sekiranya anda dapat meluangkan masa untuk membaca perkongsian saya di dalam blog ini. Saya juga mengalu-alukan anda untuk 'copy' atau ambil apa sahaja yang ada di teratak saya ini yang memberi manfaat kepada anda. Namun saya mengharapkan jasa baik anda untuk melampirkan link 'Alangkah Indahnya Hidup Ini' sebagai rujukannya. Ini kerana sebarang artikel yang saya hasilkan sendiri pasti menjadi tanggungjawab saya kepada ALLAH. ^_^

~Moga ' Alangkah Indahnya Hidup Ini' sentiasa menjadi inspirasi anda~
~Moga segala kandungannya dapat memberi manfaat kepada semua~
~Moga dengan 'Alangkah Indahnya Hidup Ini' menjadikan kita sama-sama beroleh rahmat dan hidayah Allah S.W.T..aminnn~

Sekian Terima Kasih.

Sunday, November 21, 2010

**Kekasih Halal (2)**

 بسم الله الرحمن الرحيم



Dulu saye pernah menulis entry kekasih halal..
dalam entry tu ada saye senaraikan beberapa kriteria 'kekasih halal'...(yang sebenarnya bukan utk saye)...tapi sepatutnya itulah kriteria secara general bagi seseorang perempuan (khususnya) bila nak memilih kekasih-halal mereka... entry kali ni pula adalah antara perwatakan@sifat kekasih-halal yang secara spesifiknya saye sendiri pun memang dalam proses mencari..hiihi

dari entry kekasih halal yang lalu:~ handsome aqidah dan akhlaknya~

  • yang subuhnya senang digerak, senang juge dibangunkan diri
  • yang bila ada bersama, pasti 27kali ganda pahala solatnya..
  • yang boleh menjadi teman beral-ma'thurat
  • yang nanti dhuha kita tak berseorangan lagi
  • yang boleh mengajak dan diajak berqiam bersama..
  • yang bile di depan kuali, dia membancuh air
  • yang bile menghidangkan makanan, dia pula sediakan pinggan di meja
  • yang boleh bersama ringankan tangan membasuh, menjemur, melipat kain.
  • yang ada 'common sense' bile sampah dah penuh nak kena pergi buang
  • yang boleh menolak troli di pasaraya
  • yang  juge berjaga malam bila anak menangis nak susu dan tukar diaper..
  • yang boleh menjadi perunding imej kita...(yang memastikan pakaian kita mengikut syariat!)
  • yang tak kisah bile diajak mencuci longkang, membersih sawang di rumah mak ayah kita
  • yang akan join sama-sama mengurut kaki mak dan abah kita
  • yang bersama-sama mengencangkan dakwah dan mengimarahkan masjid/surau

dan it goes the same to him...kitalah yang perlu ~gorgeous aqidah dan akhlaknya~

  • yang tangan ini, dialah lelaki ajnabi pertama yang memegangnya
  • yang segala kecantikan diri hanya untuk dipertontonkan kepada dia...
  • yang akan dijaga sebaik mungkin kehormatan diri dan hartanya bile dia outstation
  • yang subuhnya kita senang terjaga
  • yang sentiasa bila solat, kitalah makmumnya..
  • yang boleh menjadi teman dia beral-ma'thurat
  • yang nanti dhuha dia tak berseorangan lagi
  • yang boleh mengajak dan diajak berqiam bersama..
  • yang akan dididik anaknya dengan didikan yang terbaik
  • yang akan disuapkan buah, bila dia letih memandu
  • yang memasak...(walaupun simple) dengan penuh kasih sayang untuk dia
  • yang menjadi perunding imej, perapi tie dan yang me'mix n match'kan pakaian dia...
  • yang tak kisah nak membersihkan rumah mak dia
  • yang akan join sama-sama mengurut kaki mak dan abah dia
  • yang bersama-sama mengencangkan dakwah dan mengimarahkan masjid/surau




p/s: so, kepada sesiapa yang ~ handsome aqidah dan akhlaknya~ bolehla masuk meminang saye...hihhi...ooopss! sorry, saye dah berpunya...(kepunyaan Allah dan rasulNya, mak abah, dan agama yang saye cintai ini!)..(~__*)
p/s:sebenarnye entry ni dikeluarkan kerana insyaAllah ada kesinambungannya dengan entry akan datang... 'Anda Nakk 'Couple' (2)???' nantikan kemunculnnye ye..;)



“(lazimnya) perempuan-perempuan Yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki Yang jahat, dan lelaki-lelaki Yang jahat untuk perempuan-perempuan Yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) Yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan Yang mulia.” (An-Nur 24:26)

 JOM! Searching for 'kekasih _halal' yang ~handsome/gorgeous aqidah & akhlaknya~




(:alangkah indahnya hidup ini>>>bile dapat 'kekasih halal' dalam redha ALLAH !:)


 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...

Tuesday, November 9, 2010

kat mana 'degree' kita???


بسم الله الرحمن الرحيم


'Degree'?
#Peringatan awal: ini bukan 'degree' Science, bukan 'degree' accountancy, bukan  'degree' engineering, bukan  'degree' medicine, bukan juga 'degree' Syariah! yang anda dah dapat atau bakal dapat tu..(saye tak kisah semua 'degree' anda....jom baca dulu!;)


sebelum tu suke saye nak berkongsi dengan anda tentang "KAWAN"...


kawan...
Ada ape dengan kawan???
kawan@sahabat@rakan@teman@geng sekepala etc...
tak kisahlah apa pun sebutan itu tapi hakikatnya perkataan-perkataan ini semua digunakan untuk memaksudkan perkara yang sama... Namun bergantung juga kepada keselesaan anda nak 'guna'kannya macam mana, lalu dalam entry saye ini saye lebih suka nak gunakannya sebagai 'kawan'...


Anda ada kawan?
Ramai tak kawan-kawan anda?
'Macam Mana' kawan-kawan anda tu?
Anda suka tak kawan dengan kawan-kawan anda?


K.A.W.A.N....
mari kita mula bercerita tentang 'dia'....

Dalam kehidupan remaja (khususnya...dan tidak terkecuali kepada semua peringkat umur..) kawan ni sebenarnya akan membawa IMPAK yang besar kepada diri seseorang dan kerana itu juga banyak 'kata-kata' yang mengingatkan dan memberi panduan kepada kita bila nak berkawan dan bila nak mencari kawan.


"Jangan berkawan dengan orang yang tamak kerana pada zahirnya
ia ingin membahagiakanmu tapi hakikatnya dia akan mencelakan
Jauhilah berteman dengan pembohong kerana 
ia boleh menjadikan orang yang dekat lari daripadamu dan sebaliknya
Janganlah berkawan dengan orang yang bakhil kerana 
ia akan melupaimu di waktu kamu sangat memerlukannya dan
jauhilah bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat kerana 
ia tidak malu untuk menjualmu dengan harga yang sangat murah"
-Saidina Ali bin Abi Thalib-


"Manusia yang paling lemah ialah orang yang tak sanggup cari
teman dan yang paling lemah daripada itu ialah orang yang
mensia-siakan teman yang telah diperolehinya".
-Imam Al-Ghazali-

"Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri
sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang"
-hamka-


"Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia
begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan
masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya
telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan.
Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian
dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang
benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai
dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya
."



"Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di
beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun ,
dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah
bercakap-cakap lama dengannya".



Jadi, bagaimana anda memilih sahabat atau kawan-kawan ada?
saye sangat suka akan pesanan Al-Qamah kepada anaknya tentang ciri-ciri kawan-kawan yang 'sepatutnya' bila jadi kawan kita...

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
• Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
• Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
• Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
• Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
• Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
• Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
• Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
• Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
• Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
• Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
• Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
• Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
• Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.


"Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu
ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka
sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan."


Personally, saya seorang yang memang pilih kawantapi saye boleh kawan dengan semua orang tanpa mengira agama, bangsa dan negara (hihiihi)...Saye juge berkawan dengan semua orang tanpa mengira fikrah mereka, rupa paras, kepandaian, dan sebarang nilai material yang lain...

Bagi saye, saye akan berkawan dengan semua orang dengan niat yang satu, ingin membawa kebaikan padanya bila bersahabat. Maka, saye seorang yang memang sentiasa (harap maaf, insyaAllah tiada unsur riya' di sini ye...^__^) ber'tangan' dan hati terbuka sekiranya ada yang inginkan pertolongan, nasihat, menjadi pendengar yang baik kepada sesiapa saja yang berkawan dengan saye. Means, to all my friends...you can count on me whenever  you need me! seriously!

TAPI, bagi kawan-kawan yang berlainan jantina pula...ada sempadan dalam agama yang telah dulu saye letakkan. Namun, insyaAllah saye masih boleh berikan kerjasama yang baik sekiranya ada apa-apa khidmat saye yang anda perlukan selagi tidak menyeberangi sempadan itu..(chewahhh....;D)

TAPI...SEBENARNYA!

walaupun saye ni kawan dengan semua orang tanpa memilih bulu (TAPI...SEBENARNYA!) setiap  kawan-kawan yang saye ada itu, saye ada letakkan degree masing-masing....jangan terkejut... saye memang orang yang macam ni! hahaha*gelak jahat*


  • kawan-kawan 1st degree  saye...(kira2 kawan saye yang kelas atasan dalam list saye la kan...hehhe. jangan marah...(~__*))   
  • ciri-cirinya:
    • mestilah dia kawan-kawan yang rapat dengan saye. 
    • yang tahu hati budi saye macam mana. 
    • yang 'sekepala' dengan saye (walaupun kami  mempunyai IQ & EQ yang berbeza..hihihi) 
    • lazimnya kawan-kawan saye yang berjaya masuk ke dalam degree ni adalah kawan-kawan yang faham prinsip-prinsip dan pendirian saye...
    • contohnya, yang sei'YA' dengan saye mengatakan 'TIDAK' kepada pergaulan bebas dan kami juge 'Anti-Couple'! 
    • Mereka juga sering solat berjemaah dengan saye, yang saye boleh menegur perbuatan dia yang kurang baik dan dia juge boleh menegur dan menasihatkan saye dengan hikmah.   *bab-bab ke arah pembaikan diri memang kami tak ambil hati* 
    • mereka inilah yang sering saye rinduu!! yang sentiasa bertanya kaba walaupun jarak jauh. mereka jauh di mata, namun tetap dekat di hati saye!

  • kawan-kawan 2nd degree saye... 
  • ciri-cirinya:
    • dia masih solat, pakaian sopan, bab-bab agama masih 'terjaga'... 
    • saye rapat juga dengan mereka tapi mungkin saye lebih banyak faham mereka berbanding mereka faham saye...
    • mungkin ada antara prinsip-prinsip kami yang tak sama. 
    • Ada perkara yang saye ambil berat tapi tidak pada dia. Kami 'sekepala' tapi untuk sesetengah perkara sahaja.
    • Walauapapun saye tetap suka berkawan dengan mereka.

  • kawan-kawan 3rd degree saye... 
  • ciri-cirinya: 
    • mereka mungkin belum habis kenal saye...sebab jarang dapat peluang nak  mengenali saye...(hehehe). 
    • Yang ini maybe kawan-kawan coursemate, batch etc.
    • namun jika mereka perlukan pertolongan saye, saye sentiasa bersedia untuk membantu.

  • ...dan yang lain-lainnya....(kawan-kawan degree tak tahu...hahaha) 
    • anda semua tetap kawan-kawan saye...
    • sama juge macam anda yang telah membaca novel saye dan cuba mendekati saye dengan cara mesej di FB atau di blog ni...
    • saye hargai anda semua! anda adalah kawan-kawan saye walaupun kita tak pernah berjumpa. (^__^)

Teruk kan saye!  Siap ada buat peringkat-peringkat kawan lagi....
(suka hati sayelah kan...huhu..*kidding*)


BUKANNYA APA...

sebenarnya saye nak bawa anda kepada satu anologi yang cukup indah berdasarkan konsep 'degree' kawan-kawan saye tu....

Anologinya.... 

Di manakah degree kita di sisi Allah S.W.T???

Allah itu Maha Pemurah dan Penyayang kepada hamba-hambaNya...Namun masih ramai antara kita yang terlepas pandang, tak ambil peduli pun...Allah sayang kepada semua; hambanya....

Orang yang 'degree'nya paling dekat dengan Allah pastilah yang sentiasa buat apa yang Allah suka, yang mengatakan 'YA' pada semua ajaran Islam! 

Dan kita yang mungkin masih tak 'seberapa' amalannya ini masih tak tahu di mana degree kita...

lagi pula...dah lah tak buat apa yang Allah suruh, buat pula apa yang Allah larang...ha...kat mana lah kita...memang Allah sayangkan kita, tapi agak-agaknya Allah tengok tak kita ni?

Jangan sangka, kita yang tak ikut syariat, kita yang tak solat, kita yang tak tutup aurat akan sama 'degree' sayangnya Allah kepada hamba-hambaNya yang berusaha mendekatkan diri kepadaNya dengan cuba melaksanakan segala suruhan dan berusaha meninggalkan segala laranganNya. 


Orang yang lebih taqarrub (dekat) dengan Allah, pastilah lebih Allah sayang!

Jadi, kat mana degree kita disisi Allah, kita yang letakkan....



tepuk dada, tanya iman...
(jangan tanya Aiman, kalau Aiman asyek tak kisah aje!!)


Ayuh, kita dekatkan degree kita dengan Allah!!
insyaAllah, we can make a difference!





(:alangkah indahnya hidup ini>>>bile 'degree' kita dekat dengan ALLAH!:)


 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...

Wednesday, October 20, 2010

Ya Allah, jadikan berkat dalam urusan waktuku..~


  بسم الله الرحمن الرحيم


Lama sungguh rasanya tak menulis (atau dalam erti kata lainnye, menaip entry dan mengeposnye ke rumah saye yang satu ini...hehhe). Sedikit-sebanyak, 'kesibukan' hidup belakangan ini, agak membataskan waktu.. namun Alhamdulillah, masih diizinkan Allah untuk bernafas bagi menggunakan nikmat-nikmatnya yang maha banyak ini untuk kebaikan, insyaAllah...

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" (55:13)

(saye, hambaNya yang masih  belajar untuk cuba memanfaatkan nikmat itu sebaik mungkin, insyaAllah..)
Dan kerana itu, nikmat MASA-Nya inilah yang saye mohon (dengan sangat) keberkatan dari Allah, pemilik masa yang mutlak!

"Demi masa! Sungguh, manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang berimandan mengerjakan kebaikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan kesabaran." (103:1-3)

Macam dalam entry saye tempoh hari ~get a busy living~...biar kesibukan ini yang membuatkan saya...(dan kita) tersenyum bertemu Allah nanti, aminn...

"Barang siapa yang mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah pasti datang. Dan Dia Yang Maha mendengar, Maha mengetahui." (29:5)

"Ya Allah, jadikan berkat dalam urusan waktuku.." aminn...

macam mana kita nak tahu waktu@masa kita ni berkat ataupun tidak?

mari, saya bagi anda satu anologi...

katakanlah,

A adalah seorang yang dah kaya-raya, perniagaan pun memang maju, duit pun memang banyak, kereta pun 2-3 buah. semua hebat-hebat belaka jenamanya....tapi anak dia bermasalah, malas nak kerja, malas nak belajar, tau mintak duit aje...lepas tu, dia pun rasa yang duit dia cepat  habis, kat situ, kat sini...sudahnya tak sedar mana duit tu pergi, lepas tu lagi isteri dia nak itu, nak ini...duit banyak sebenarnya tapi tetap rasa tak cukup dan tak puas...

B pulak, biasa-biasa aja...kerja pun tak la besar mana..tapi Alhamdulillah, cukup je untuk tanggung keluarga dan besarkan anak. dah tu anak-anak pun semua berjaya, baik akhlaknya...dan rezeki, banyak sama banyak, sikit sama sikit.. apa-apa pun sentiasa dirasakan cukup...

maka,

dengan pandangan mata hati dan neraca Allah, pastilah kehidupan B adalah kehidupan yang lebih berkat.

memang berkat tak berkat ini urusan Allah dan diluar pengetahuan kita... tapi,  Allah itu mengaturkan hambaNya mengikut persangkaan kita juga. jadi secara tak langsung dipamerkan Allah kesan keberkatan atau keredhaanNya itu dalam kelancaran hidup seseorang.

dan sebagai seorang pelajar, saye cukup faham kalau ade yang kata 'tak cukup masa'. kadang-kadang, saye pun ade juga kata macam tu...namun hati cepat-cepat beristighfar semula...24jam Allah bagi, pasti belum dimanfaatkan sebaiknya. Allah tu Maha mengetahui lagi bijaksana, takkan Dia bagi 24jam kat kita untuk sia-sia.
Pada saye memang masa belajar ni adalah saat-saat yang kritikal, tambahan pula tak menang tangan dengan tanggungjwab lain...

yelah...studentkan...manalah nak terkejar...(dgn nada sarkastik..PERLI DIRI SENDIRI!..hhuhu)

  • tanggungjawab dengan Allah...(yg fardhu ain; solat...wajib buat..tp ade jugak yg xbuatkn..yang jage solat, Alhamdulillah, yang xsolat tu..sah-sah la da jauh dari berkat Allah, nauzubillahiminzalik...)
  • tanggungjwab dengan mak ayah...(bile masa nak call tanya kaba, nak balik ziarah lagi, balik rumah, kemas rumah lagi, basuh pinggan lagi..etc)
  • tanggungjawab dengan diri sendiri sbg pelajar...(nak buat assignmentla, research projekla..and so on..)
  • tanggungjwab nak besosial dgn kwn2 lagi..(tanggungjawab ni masuk list jugak ek?? huhu..apa-apa ajelah..) nak keluar makan sama-sama tanya perkembangan masing-masing...

wah! ni baru jadi student! belum kawen, kerja, keluarga etc...haisyhh....mudahnya kita cakap xcukup masa! malu rasenya!
ini pun banyak lagi yang boleh masuk senarai sebenarnye tapi dah rase macam tak cukup masa....
cube fikir! (hei, diri saye sendiri!) berkat tak masa ni sebenarnya??
sebab tu saye minta dgn maha sangat...

"Ya Allah, jadikan berkat dalam urusan waktuku.." aminn...

oh, kita yang masih belajar!

  • biarpun sibuk belajar: sibuk dgn assignment, lab report, program itu-ini, dengan jadual kelas (yang macam...tak ada ruang nak bernafas tu)...TAPI... solat kena awal waktu, al-ma'thurat cukup masa aje nak bace, quran tak tinggal, hafalan sukses, qiyam dilazimi, tarbiyah tak dela 'nak mengelakkan ' diri...
  • biarpun sibuk belajar: sibuk dgn assignment, lab report, program itu-ini, dengan jadual kelas (yang macam...tak ada ruang nak bernafas tu)... TAPI  tetap ade masa nak bertanya kaba menelefon mak dan abah.
  • biarpun sibuk belajar: sibuk dgn assignment, lab report, program itu-ini, dengan jadual kelas (yang macam...tak ada ruang nak bernafas tu)..TAPI... ade mase nak lakukan tanggungjawab sebagai daie.. bertanya kaba kwn2 (mad'u) yang cuba didekati untuk mengajak kepada kebaikan...

Huh, saye rase macam nk tutup muka! malu! masih banyak antara perkara di atas yang mungkin belum 'terbaik' saya lakukan. dan lagi pula yang extranya sekarang dalam list saye....

  • biarpun sibuk belajar: sibuk dgn assignment, lab report, program itu-ini, dengan jadual kelas (yang macam...tak ada ruang nak bernafas tu)... TAPI perlu sempat meluangkan masa mengupdate blog dengan entry yang membina...
  • biarpun sibuk belajar: sibuk dgn assignment, lab report, program itu-ini, dengan jadual kelas (yang macam...tak ada ruang nak bernafas tu)... TAPI cube beransur-ansur menyiapkan novel yang dah ter 'pending' lame tu!

nampak tak beza berkat tak berkat ni?

semua orang Allah beri 24jam sehari, 7hari seminggu, 366/365 hari setahun...
ade orang, tak banyak kebaikan yang dia buat dan dapat...
TAPI...
ade orang, banyak perkara yang 'sempat' dan dapat dia buat dalam kesempatan masa yang 'dikatakan' sibuk atau sempit itu.

saye nak jadi macam orang B, sedikit, sempit tapi CUKUP! bahkan pulangannya dihadapan Allah bakal berlipat kali ganda...

sesungguhnya memang Allah bagi masa kat kita di dunia ini untuk menggunakannya secara maximum untuk bekalan kita di akhirat nanti..
dan biar MASA MUDA ini hidup kita dipenuhi dengan AMAL dan BAKTI!


"Ya Allah, jadikan berkat dalam urusan waktuku.." aminn...





Dua artikel menarik tentang keberkatan, feel free to read, guys~ (~__*)





(:alangkah indahnya hidup ini>>>bile MASA itu sentiasa BERKAT!:)


 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...

Tuesday, September 21, 2010

Sirah Muzikal: Merentas kegemilangan ummah~~

بسم الله الرحمن الرحيم
 

hebahan untuk semua



InsyaAllah satu program kesenian dari Persatuan Belia Islam Nasional yang akan menemui anda semua akan berlangsung tak lama lagi.. 

1 program yang menyediakan pementasan teater sejarah jatuh bangunnya tamadun islam diperhebatkan dengan persembahan bertenaga artis nasyid tanahair..

mempersembahkan..


SiRAH MUZIKAL 2010
Merentas Kegemilangan Ummah

untuk pendaftaran tiket online :



program yang membentangkan sebuah sejarah yang hebat....

dari permulaan kedatangan Islam di Mekah..perkembangan di Madinah..merentas arus..terus...

kepada kejayaan dan kegemilangan Islam pada  zaman kebangkitan kerajaan Islam Umayyah & Abbasiyyah..

sehinggalah kejatuhan satu persatu wilayah dan kerajaan Islam..dan detik2 terakhir kejatuhan Khilafah Islamiyyah pada tahun 1924..

dan apa terjadi di akhirnya sehingga sekarang?

apa tindakan kita untuk mengkaji dan menelusuri sejarah silam kita semua yang gemilang?adakah kita lupa kita ada tanggungjawab yang besar untuk mengembalikan kegemilangan tersebut?

apa tindakan yang perlu kita lakukan?apa yang telah kita usahakan?atau jadilah kita seperti singa yang kehilangan taringnya....

temui semuanya di SiRAH Muzikal 2010,Dewan Auditorium D8,Blok D8,Kompleks D,Bangunan Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 1,Putrajaya [bersebelahan JAKIM & Kementerian Luar Bandar]..



Untuk keterangan lanjut dan tempahan sila hubungi :

Syauqi :013-3078097
Hamdan : 013-6286991
Rosezalina : 013-6784972


p/s: credits to akhi hamdan..^__^
 

Monday, August 9, 2010

....banyak yang BELUM...dan masih BOLEH kita perbuat~~

 بسم الله الرحمن الرحيم

PERHATIAN!!!!
SILA BUKA JENDELA, TINGKAP, PINTU  'RUMAH-HATI' KITA LUAS-LUASNYA...ADA YANG NAK DATANG.. 
 
SIAPA?????
MALAIKAT RAHMAT NAK MASUK...NAK TEBARKAN RAHMAT ALLAH S.WT YANG BANYAK ITU KERANA RAMADHAN KAREEM DAH SAMPAI!!! 

"Sambutlah Ramadhan dengan jiwa terbuka
seperti ketibaan orang yang kita cinta

dengan ucapan Ahlan Wa Sahlan Marhaban Ya Ramadhan
hati gembira pintu terbuka
rahmat Allah Yang maha Besar"
-By Rabbani, Ahlan Wa Sahlan Marhaban Ya Ramadhan-

Sengaja saye promosikan ini secara besar-besaran...ramai umat Islam sekarang tak ambil peduli dan tak nampak akan 'kebesaran-keutamaan-kemulian' Ramdhan...haisyhh...sedih! sedih! sedih! masyarakat kita ni! Bende len yang sibuk nak diagung-agungkannye... 

Jadi, 

saye menyeru kepada diri SAYE dan ANDA SEMUA...jom kita raikan Ramdhan dan jangan kita termasuk dalam kalangan 'mereka' yang 'take-for-granted' dengan Ramadhan yang istimewa ini!! MARI KITA!!
JOM AMBIL MOOD>>>> mari kita ambil mood dan aura2 RAMADHAN KAREEM...JOM!! mantoppkan mud-ramdhan; TO BE...mentally-and-spiritually prepared throughout thisholy RAMADHAN!(*__*)
Antara  salah satu cara saye 'mengambil' mood ini adelah dengar lagu-lagu Ramadhan playlist  di account utube saye..;)

 
"Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna


Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
 

Di bulan Ramadhan semula"
-By Raihan ft Manbai, Harapan Ramdhan-

memang betul kata2 lirik lagu Raihan; Harapan Ramdhan tu kan..."Masa yang pantas berlalu, Hingga tak terasa ku berada, Di bulan Ramadhan semula"... Rasenye macam baru je sekejap saye menulis entry Harapan Ramadhan tahun lalu...

"Bulan Ramadhan bulan yg berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan, doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yg istimewa

Isilah bulan ini, banyakkan amalan
Beribadah malam, siang berpuasa
Banyakkanlah sedekah jgn dikira
Moga ia menjadi penebus dosa
Membaca Al-Quran jgn dilupakan
Zikir dan Tasbih elok disertakan
Meriahkan Ramadhan dgn bermacam cara
Agar Ramadhan tidak sia-sia..
."
 -By Hijjaz, Ramadhan Bulan Berkat-

TAHUN INI, RECAPTURE..SEMUA pesta dah ada..Pesta Buku, Pesta Bola, Pesta Durian, Pesta muda-mudi' sume segala tu tak kira lagi...pesta itu, pesta ini...pendek kate sume PESTA dah ada.tpi ramai yang tak ambil kisah pun satu PESTA yang paling penting untuk kita ni!!! 

PESTA IBADAH!!! RAMADAHAN BERTANDANG LAGI!!!JOM..SAMA-SAMA kita semarakan PESTA IBADAH ini dgn QIYAMULAIL>QURAN>DHUHA>SODAQAH>SOLAT BERJEMAAH DAN AWAL WAKTU yang GILANG-GEMILANG!!!
 

Tapi..sebenarnye...


APE????.........banyak yang BELUM...dan masih BOLEH kita perbuat tu???
RAMADHAN inilah!! JANGAN KITA SIAKAN HADIAH DARI ALLAH S.W.T INI!! 

*for better zooming..kindly click on pics..(~__*)

p/s: ini adalah checklist yg saye buat sendiri...hehee..Sebarang kekurangan harap berlapang dada..Moga ini bermanfaat utk anda juga..Silalah larger view>>>right click>>>Save Image As ... pastu kindly please print it out, ok?!;D


"Ramadan rahmat dari Ilahi
Banyakkan beribadah dan berdoa

Hapuskan dosa tingkatkan pahala
Semoga beroleh maghfirah
Semoga kita menjadi hamba yang setia
Ramadan menyedarkan aku

Kesusahan yang dialami insan lain
Ramadan ujian Ilahi
Mengajar erti kesabaran dan kesetiaan
Andainya ini Ramadan terakhir bagiku
Kuharap ianya 'kan membela ku di akhir nanti
"
-By Brothers, Ramadhan-



lagi satu....
Nak JADI baik tak???
JOM!!! kita masuk MADRASAH@SEKOLAH RAMADHAN!

Para ulama menyifatkan Bulan Ramadhan adalah seperti MADRASAH@ SEKOLAH....ini adalah  kerana di dalam bulan Ramadhanlah kita boleh membentuk dan membuat latihan dan melenturkan diri kita supaya menjadi baik. Bulan Ramadhan adalah suatu sesi pentarbiyahan@didikan yang asas umpama seorang anak kecil yang baru masuk ke tadika ataupun-pra sekolah.  Malah kesan dan hikmah beramal dan melakukan kebaikan di dalam bulan Ramadhan ini jika dikonsistensikan selepas tamat Ramadhan ini mampu melahirkan dan membuatkan seorang manusia yang penuh noda dosa dalam  dirinya akan bersih dari segala dosa-dosa yang pernah dilakukannnya. Maka 1 SYAWAL pula adalah umpama hari graduasi kerana berjaya melalui ujian Ramadhan dengan jayanya. ^__^

 "Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan"
-By Raihan ft Manbai, Harapan Ramadhan- 

BUAT APA LAGI TU??? 

AYUH JANGAN BERLENGAH!!! SAMBUTLAH 'TETAMU ' KITA INI DENGAN PESTA IBADAH YANG GILANG-GEMILANG~



saye suka lagu ini....





(:alangkah indahnya hidup ini>>>bile RAMAMDHAN ini dapat dilalui dgn SEMPURNA!:)


 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...

Thursday, July 22, 2010

Imam Muda bagai penawar...

IMAM MUDA! penawar racun hiburan yang semakin membarah dalam kalangan masyarakat kita yang disogokkan dengan hiburan! hiburan! dan hiburan! tak habis2 hiburan! inilah Malaysia..MUJUR baru ada IMAM MUDA!!!





HIDUP IMAM MUDA! TAKBIRR!! ALLAHUAKBAR!!

Saturday, July 17, 2010

Di mana silapnya:Sebelum, Semasa, atau Selepas?? ~

بسم الله الرحمن الرحيم


 "Allahuma bariklana fi rajjab wa syaaban wabalighna RAMADHAN..." Ya Allah berkatilah kami di bulan rejab dan syaaban,dan sampaikanlah kami bulan ramadhan..aaminn~


Kini Rejab dah berlalu dan kita sekarang sedang bersama Sya'aban... Hampir seminggu sudah Rejab pergi..tetapi saya sebenarnya masih mahu berkata tentangnya...kerana apa? kerana ada sesuatu yang penting di dalam bulan Rejab yang kelihatan seperti kita semakin melupakannya....mungkin juga tanpa sengaja kita terlupa, tak perasan dek kesibukan seharian atau mungkin sebabnya kita tak peka tarikh hijrah, ya lah kelender yang kita guna..kan kalender masihi... agak terlewat, namun saye menulis kali ini kerana 27rejab...

Ada apa dengan 27 Rejab???

27 Rejab....hah..yang tak ingat mungkin dah lupa...Tp yang pasti Rejab itu bulan ALLAH! (harap yg ni  masih ramai lagilah yang ingat..)

Pada malam 27 Rejab yang lalu...saye statuskan di FB..

"27rejab akan melabuhkan tirai~~pensyariatan terbesar yang perlu diambil penghayatan..."

Terlupa lagi? Masih tak ingat?

Mari saye ingatkan anda semua...

Sejarahnya: 27Rejab adalah tarikh Isra' Mikraj...Allah dah rakamkan sejarah ini di dalam Al-Quran...(homework utk anda...(nk mendapat hidayah perlulah berusaha jugee, kan..hihi;)); cari Al-Quran terjemahan atau tafsir dan silalah go through ayat ini..)

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (17:1)

Allah S.W.T memperjalankan hambaNya (Nabi kita Muhammad s.a.w) dari MasjidilHaram ke MasjidilAqsa kemudiannya baginda melalui perjalanan langit ke Sidratul Muntaha...Isra' Mikraj berlaku di tahun dukacita di mana selepas kematian Abu Talib dan Siti Khadijah yang mana kedua-duanya adalah insan kesayangan nabi. Isra' Mikraj juga adalah satu simbolik Allah memujuk kekasihNya yang telah kehilangan orang-orang yang sayang dan banyak berjasa kepada baginda. Yang utama,  Isra' mikraj adalah titik tolak penerimaan perintah atau pensyariatan terbesar dari Allah s.w.t kepada umat Nabi Muhammad. 
p/s: siapa umat Muhammad??? KITA lah itu!!! (yang ini tak bolehlah nk buat-buat lupe yer~)

Then, the rest is history...anda bolehlah google atau cari buku-buku yang ada menceritakan berkenanan Isra' Mikraj dengan lebih lanjut...(huh! homework lagi...hihii;)

Saye tak berhajat nak menceritakan sejarah Isra' mikraj secara detail...sebab fokus saye dalam post ni adalah untuk ingatkan anda "pensyariatan terbesar yang perlu diambil penghayatan~" itu...^__^

Pensyariatan ape tu???

Syariatnya....yang kita kena tunai 5 waktu sehari semalam tulah! Yang menjadi rukun ke-2 dalam RUKUN ISLAM!!

itulah dia>>> SOLAT!!!


....yang harus dikerjakan 5kali sehari...yang wajib bagi setiap yang baligh, yang berakal, yang suci dari sebarang keuzuran, yang beragama ISLAM!

kenapa saye nak tekankan "pensyariatan yang perlu diambil PENGHAYATAN"????

Saye tahu, saye bukanlah insan yang layak memperkatakan tentang perkara yang besar ini...ilmu pun masih belajar, solat saye pun mungkin belum tentu diterima Allah..namun..atas nama Islam..dan kerana saye sayangkan agama dan umat ini seperti mana Rasullah menyebut "ummati. ummati.ummati" di nafas terakhir baginda...(yang insyaAllah, begitu juga saye inginkan)...saye tetap mahukan bicara tentang ini..moga Allah memperbaiki diri saye  dan anda semua melalui perkongsian ini..aaaaminnn..^__^

Berapa ramai 'yang baligh-berakal-suci dari sebarang keuzuran-yang beragama Islam!' pada hari ini yang tak solat??
Berapa ramai yang 'take for granted' tentang solat?? 
Berapa ramai yang solatnya tak penuh?
Tak kurang juge berapa ramai yang tak solat langsung? (sengaja tinggalkan tanpa rasa berslah langsung!)

Bila kita tak menghayati pensyariatan solat ini MAKA sebab itulah tujuan pelaksanaan solat yang Allah s.w.t perintah itu seakan tidak ada maknanya, seakan tiada impak pada kita; hambaNya...

Allah Ta'ala dah kata dalam Al-Quran:

"Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;.." (23:9)


Betapa masih ramai lagi yang kurang faham dan tidak menghayati tuntutan SOLAT yang Allah dah perintahkan tu...

MARI...saye tambahkan kefahaman anda..;)

'Memelihara' SOLAT pada pandangan hati saye ini merangkumi 3 fasa...memelihara sebelum-semasa dan selepasnya...

Ramai juga yang tidak mengambil berat yang sebelumnya...
'SEBELUM' ini dalam dalam erti kata lainnye adalah persediaan sebelum solat tu...pastinya soal thoharah atau kebersihan yang paling dititik-beratkan..perlu bersih dari sebarang hadas...begitu juga soal WUDHU! saye kira, wudhu adalah elemen penting yang menjadi cerminan kepada solat yang bakal didirikan..
tak salah rasanya, jika dikatakan: pincang wudhu, pincanglah solatnya!!

Wudhu itu permulaan solat! Bagaimana kita mengambil berat solat begitu jugalah wudhu!

Seringkali berulang-alik balik ke rumah dari Sh.Alam atas urusan tertentu,...saye sering menjadikan surau KL sentral sebagai tempat transit saye untuk melunas solat jamak-qasar. Kerap juga saye memerhatikan muslimat yang sedang mengambil wudhu ketika menanti giliran. 

*air tak diratakan hingga ke siku*basuh kaki tak cecah buku lali pun*nampak macam tak sungguh-sungguh pun nak ambil wudhu*ambil wudhu macam keretapi da sampai landasan je gayenye*bukak pili air punye la gedabak besar*

aduii...inilah antara perkara yang saye 'perasan' sepanjang pemerhatian itu....bukan sengaja mencari salah, tapi kalau dah terang lagi bersuluh, itu pastilah bukan sesuatu yang saye sengajakan... alangkan berwudhu di sungai pun Rasulullah tak bagi membazir....mentang-mentanglah bukan kita yang bayar bil air surau tu kan..ketahuilah...air yang kecil itulah yang membawa kekhusyukan 'SEMASA'  solat nanti~

Mari kita ambil iktibar dari kisah ni;

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?".

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimanakah wuduk zahir dan batin itu?."

Hatim berkata, "Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengna air. Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan 7 perkara:-

   1. Bertaubat
   2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
   3. Tidak tergila-gilakan dunia
   4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
   5. Tinggalkan sifat berbangga
   6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
   7. Meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata , "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap ke kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan ALLAH, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal Mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

Setiap bacaan dan doa dalam solat ku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

SubahanAllah! kisah ni memang betul-betul membuatkan saye tersentap, memuhasabah diri...ahli ibadah pun boleh menangis mengenangkannya, inikan pula kita... memang wajar mungkin rase macam nak terjerit kerana apalah sangat tahap kita, jika mengenangkan  SOLAT yang kadang-kala mungkin kita rasa payah itu.

Semasa solat tu pula...sempurna atau tak rukunnya semua tak tahu lagi, tambah khusyuknya pun entah ke mana... maksud setiap bacaan juga selari atau tak dengan apa yang dibaca pun tak pasti juge...(oh Allah! utk saye...muhasabah diri ni!) 'semasa' solat ini kalo tak ada penghayatan, mungkin kita  da 'out' awal-awal dari pandangan Allah..na'uzubillah..

Bila cerita pasal  SELEPAS solat pulak...lagilahnye....

Solat itu sebenarnya hidup! Bagaikan Roh yang menghidupkan Jasad!

Namun, berapa ramai yang masih tak sedar akan hakikat ni... 

Secara fizikal atau zahirnya, selepas salam tamat dan selesailah sudah solat kita. Tetapi lebih dari itu, hakikat rohani dan batinnya, roh solat itu akan sentiasa bersama kita jika.... perkara 'SEBELUM dan SEMASA' solat itu dihayati sepenuhnya. Bila 'roh' solat ini hidup dalam diri setiap orang Islam.. barulah SOLAT yang dikerjakan itu dapat menariknya pada yang MAKRUF dan mencegahnya dari yang MUNGKAR!

Hari ini...kata-kata sumbang sering kedengaran....

-dia solat, tapi tak tutup aurat..
-dia solat tapi suka fitnah orang...
-dia solat tapi pengotor....
-dia solat tapi suka sakitkan hati orang...
-dia solat tapi...banyak lagilah itu dan ini...

Mengapa jadi macam ni? Salah Solat ke? Tuan punya badan yang solat macam mane pula?

Kita ini memang tak berhak menilai solat orang, bahkan solat kita pun kita tak pun tak tahu bagaimana.... sah dan terima atau tidak itu hanya pada Allah... 
Namun hati dan akal telah dibekalkan dengan pesanan dari Allah dalam Al-Quran...

Solat yang diterima Allah s.w.t itu PASTI akan membawa yang MAKRUF, dan dijauhkan dari yang MUNGKAR!!

MARILAH kita sama-sama reksi diri...bermuhasabah mana silapnya solat kita: Sebelum, Semasa, atau Selepas yang membuatkan solat kita itu tak mampu nak cegah kita dari yang keji dan mungkar~

MARILAH solat dengan penuh penghayatan!!!

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya." (Riwayat Abu Daud dan Termizi)


MARILAH KITA SOLAT DENGAN SEBENAR-BENARNYA!! 

"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (29:45)



p/s: kalau Solat pun kita masih tak settle, jangan mimpi nak bebaskan Palestin!!




"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya." (2:45-46)







(:alangkah indahnya hidup ini>>>bile SOLAT itu tanpa rasa berat!:)


 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...

Tuesday, July 6, 2010

Di suatu malam dari malam-malamku...

بسم الله الرحمن الرحيم
 

في ليلة من الليالي
لست أدري ما اعتراني
ظلمةٌ تغمرني يا رب

Di suatu malam dari malam-malamku,
Aku tidak tahu apa yang terjadi padaku,
Kegelapan menyelubungi diriku, wahai Tuhan.


الأرض ضاقت والسماء
وقلبي ما عرف الضياء
والدمع بات يبكي يا إلهي

Bumi dan langit ku rasakan sempit,
Hatiku tidak menjumpai cahaya,
Dan air mataku sentiasa bercucuran, wahai Tuhanku.


عصيت والذنب كبير
وإني في حزني أسير
مقيد بالذنب يا رب

Aku ingkar dan dosaku bertimbun,
Sesungguhnya aku di dalam penjara kesedihan,
Dirantai oleh dosa-dosaku, wahai Tuhan.


فهل يستحق يا إلهي
العفو مجرماً
مقرٌّ بالذنوب يا إلهي

Akan layakkah, wahai Tuhanku,
kemaafan diberikan kepada si pesalah,
yang sering berbuat dosa, wahai Tuhanku?


أنت الذي خلقتني
رحمتني ورزقتني
دوماً يا رب قد كنت معي

Engkau yang menciptakanku,
Mengasihiku dan memberikanku rezeki,
Wahai Tuhan, Engkau sentiasa mendampingiku,


لكنني نأيت عنك
نسيت ما قد كان لك
وسرت في طريقي يا إلهي

Namun aku pula menjauhi-Mu,
Aku melupai apa yang ada pada-Mu,
Dan aku mengikuti jalanku sendiri, wahai Tuhanku.


واليوم يا رب أعود
من ظلمة خلف الحدود
فالقلب منكسر وطرفي حائر

Pada hari ini wahai Tuhan, aku kembali
daripada kegelapan di belakang sempadan,
Hatiku berkecai dan jalanku mengelirukan,


وأنا الغريق فلا أرى
إلا سواك لي منقذاً
لا منجى ولا منجى إلا أنت يا إلهي

Aku yang kelemasan tidak melihat sesiapa
melainkan Engkau untuk menyelamatkanku,
Tiada penyelamat, tiada penyelamat kecuali Engkau, wahai Tuhanku! 


Friday, June 25, 2010

get busy living~~

  
بسم الله الرحمن الرحيم


Lepas hip-hop rap dgn I'm not afraid to stand alone & i've seen...skrg country music dgn get busy living& generous peace pulak...huuhhu~~;D dulu fallin' in love dgn native deen&outlandish skrg dgn kareem salama pule...hhiihi^__^

~~get busy living yang latarnya country music dengan suara penuh kelunakan Kareem Salama ni membuatkan saye me'repeat track' kannye..(huh..saye memang nak jadi tukang merosakkan bahasa ke ape ni?!..p/s: jgn tiru gaya bahasa ni di atas kertas peperiksaan Bahasa Melayu anda...sekian, terima kasih..hhihi;))~~

Bile dengar lagu ni dan hayati liriknya..membuatkan saye terfikir tentang hidup saye yang Alhamdulillah ditakdirkan Allah berjaya sampai ke tahun ke-21 ni...dan  katakanlah jika ade yang tanya saye " what do you love/like most about your life?"...

saye dah ade jawapannye sekarang...

"thing i like most in my life is my-life! and my self!", seriously!...without any second thought!

Dan bile recap mula-mula tertubuhnya blog saya ni..saya sangat bersyukur kerana Allah telah mengilhamkan dan mengtakdirkan "Alangkah Indahnya Hidup Ini" untuk jadi nama blog saya ni.. i really feel...homely with that sweet title, seriously!

sebabnya...

bagi saya, apa yang berlaku dalam hidup kita ini memang segalanya indah dan akan jadi indah bila kita melihat kepada hikmahnya! nak-nak pulak segala yang berlaku dalam hidup kita ini memang dalam pengetahuan dan kekuasaan Allah s.w.t. Macam Allah kata dalam Al-Quran;

"Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan Allah sentiasa Meliputi (pengetahuanNya dan kekuasaanNya) akan tiap-tiap sesuatu." (4:126)

Maka,

bila saya hayati lirik lagu kareem salama ni membuatkn saya terfikir tentang hidup saya selama ni...dan saye ni sebenarnye memang seorang yang sibuk dan akan bertambah sibuk lagi semester ni, insyaAllah.
bagi saya...hidup saye ni memanglah sentiasa sibuk, tapi saya sendiri memang suka sibuk sebenarnya...hihi;)

moga sibuk saya inilah yang menjadikan saya bersedia untuk bertemu Allah...insyaAllah

macam juga kareem salama kata...

"That I get busy living and I get ready to die"

kerana apa??

-kerana biar kesibukkan ini yang boleh dipersembahkan kepada Allah supaya dengan rahmat Allah saye dapat claim syurga..aaamin.. insyaAllah..
-kerana biar sibuk ini yg menjadikan saya cinta kepada Allah dan Allah cinta kepada saye...subahanAllah.
-kerana biar hikmah dari sibuk ni yang menemani saye dibarzakh nanti...insyaAllah.
-kerana saya mahu sibuk ini yang menjadikan orang ingat pada saye jika saye dah tiada di dunia ni..aaaminn..;)
-dan kerana sibuk inilah yang mengajar saye erti hidup yang sebenarnya..


insyaAllah, andai Allah panjangkan umur saye (untuk membuat kebaikan, insyaAllah.) saya tak sabar-sabar nak cerita pada anak-anak saye tentang kesibukan masa muda saye ini...

masa konco-konco kat sekolah rendah...
-sibuk belaja kat sekolah...aktif bersukan..wakil sekolah sana sini..
-sibuk carik ilmu agama sebelah petang bila abah hantar pergi sekolah fardhu ain... belaja perkara basic agama ni pun bukan belajar saja-saja..

lepas tu, zaman geng muda-muda kat sekolah menengah..
-sibuk belajar disekolah yang persaingannya dgn budak-budak yang bijak pandai..
-sibuk juge wakil itu-ini...seronok dapat berjalan tempat orang, dapat banyak pengalaman..
-sibuk organize program-program untuk membawa hati kawan-kawan dan juniour kepada Allah yang memegang hati mereka..

kemudian tahun bertukar dengan geng-geng nak membesar pulak..
-sibuk belajar yang sangat 'rush' dan 'compact program' di matrik..
-sibuk dengan tarbiyah..tarbiyah diri untuk tarbiyah anak-anak jagaan wing...

kini..melangkah ke 'sekarang', dengan geng-geng bile dah besar sikit..bertambah lagi senarai 'kesibukan' itu..
-masih tetap sibuk studi dengan course yang 'agak-agak cam' memang tough ni..huhu
-sibuk untuk memenuhi tuntutan pelajaran...mana nak buat assignmnt, nak buat research lagi sem ini..nak study subject yang tak kurang 'tough'nye tu..
-sibuk memastikan diri supaya menjadi anak yang baik... yang peka dengan mak, abah dan keluarga.
-sibuk meneruskan perjalanan tarbiyah diri yang perlu dipertingkatkan lagi...kerana tarbiyah atau peningkatan diri ini adalah satu perjalanan bukan destinasi...
-sibuk berukhuwah, bersilaturrahim dengan kawan-kawan, dan akhawat..
-sibuk memikirkan masalah umat yang melanda kawan-kawan rapat..
-sibuk juge memikir cara untuk mendekati mereka supaya dapat menyentuh dan membawa hati-hati ini dekat dengan Allah..
-otak dan fikiran juge sentiasa sibuk memikirkan idea supaya dapat siapkan novel pada 'interval time' yang dah dipersetujui..
-tuntutan dari hati nak sibukkan diri dengan ayat-ayat Allah...rasa sangat bersalah bila tiada progression dan bila susah nak pergi tasmi' sebab sekarang dah ada kengkangan jarak...~oh, Athirah Taha..jangan jadikan itu alasan~
-sibuk juge nak menghabiskan praktikal kereta supaya cepat ckit dpt lesennye..huhu;)

inilah antara 'kesibukan-kesibukan' yang perlu saye tempuh kini...

saye tak tahu bagaimana anda menilai kesibukkan anda...setiap orang pasti ada justifikasi kesibukkan masing-masing...namun bagi saye...inilah kesibukkan yang membuatkan saye rasakan hidup saye ni begitu indah..
 
"That I get busy living and I get ready to die" 

Dengan itu, saye menyeru kepada diri saye sendiri dan untuk anda juge...

MARILAH KITA SAMA-SAMA MENJALANI HIDUP YANG SIBUK dan KITA BERSEDIA UNTUK MENINGGALKAN DUNIA YANG FANA NI BILA-BILA MASA PUN!


Jadi dengan senyum-lebar-sampai-telinga-tak boleh-reversible...saye membawakan 'kareem salama; get busy living' kepada anda semua...



Every single day, someone is born and someone dies
It wasn't long ago my uncle passed and my little niece came to life
I get to thinking about my time to go and it won't be long from now
I shiver inside at the chance that I might leave a life untouched by a vow

And I believe tonight is the night that I decide
That I get busy living and I get ready to die
So that when the fateful day does come when I'm six feet in the ground
The poor and the weak and the orphan and meek will miss having me around

When I pass I don't wanna leave a life of regret
So I give rise to change today by trying not to forget
That pleasures do pass and sunrises end and stars do fade away
But it's love and it's virtue and honor and truth that remain for all days

I want that final breath to be the sweetest of all
And it will be certainty if I answer the call
To help all those in need and decipher the meaning of life
'Cause the seekers of truth they fear not death anymore than they fear life 
 

Yang akhirnya, hanya satu yang saye harapkan dari kehidupan saye yang sibuk ini...
"I want that final breath to be the sweetest of all"



p/s: sayu pulak rasenye...da la tgh dgr khutbah jumaat pasal kematian: tajuk--pergi tak kembali~~^__^
p/s: eh lupe pule...sibuk juge nak meng'update' blog ini...hehe;D 
p/s: Alhamdulillah...Allah masih jaga 'hati-perasaan' saye ni supaya tak nk sibuk2kn diri dgn perkara such as 'couple-couple' ni..cume skarg menunggu nak 'bercouple' dgn org yg berhak aje..hehe*wink*=))
p/s: huhu...saye ni..byk btolla sibuknya..mcm entry yg hari tu jugak...;)



(:alangkah indahnya hidup ini>>>bile sibuk dengan Allah s.w.t:)

 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~


...wallahu'alam...