بسم الله الرحمن الرحيم
[Roots of Barakah that bring happiness..^_^] |
After my100th post, after soooo long (for me) not into bloging...here it goes~ (ayat standard saya kalau lama tak update kan..hihi) Memang saya lama tak update, tapi sebenarnya saya memantau juga 'kesawangan' di blog saya ni. Kalau lama tak menulis di blog, 'ke-tak-hadiran' post baru saya biasanya berasas. *ayat cover!* haha ;)
Anyway, masa tengah buat rondaan 'kesawangan' di blog ni, saya singgah di Formspring saya, dan ada satu direct question kat inbox saya...
Kata-kata dari seorang annonymous:
"Assalmu'alikum. . . .I wanna to up grade my Iman...."
Me: Thank you very much! :)
Memang si annonymous ni tak tanya soalan pun sebenarnya, kalau dari perspektif saya membacanya mungkin sekadar ayat penyata...tapi saya nak berterima kasih juga sebab telah beri saya inspirasi (ceywahh) untuk buat satu entry baru.. jzkk!! ^_^
I wish i could response it in English, but i rather to use BM because i also wish to 'mengarut banyak' about Iman! =)
So here, my special post dedicated to the ms/mr annonymous and to all~
***Macam mana nak 'upgrade' iman???***
Iman itu sifatnya dinamik, kerana itu ada up and down nya...
Tapi, takkanlah kita nak down aja kan?? huhu
Salah satu cara kita nak bagi iman kita ni 'up' adalah dengan cara upgrade iman kita la.. (kalau app kat hp kita boleh upgrade selalu, takkan iman pun nak berkira kan? hihi. ;))
Sebenarnya memang kita sangat dituntut untuk selalu upgrade iman kita. Even, syahadah kita pun dalam sehari berapa banyak kali kita upgrade, kan. Ha, dalam sehari 9 kali tau kita upgrade syahadah kita! (nak tau, masa bila kita upgrade, cari sendiri! huhu :P)
Cara nak upgrade iman juga sangatlah banyak!! Kita aja mungkin tak sedar!
Ok, kalau saya cakap cara nak upgrade tu dengan cara, solat, baca quran, hadir majlis ilmu...semua tu, betul kan?? tapi dengar cam cliche kan?? Even if, saya tak cakap yang itu pun anda memang dah tau dah, dah sedia maklum dah...
Tapi...perkara yang 'dengar-dengar' cliche tu memang betul pun. Memang itulah basicnya! If tak mau buat yang cliche2 tu memang 'down'lah jawabnya iman kita. *nauzubillah!*
What if, dah buat dah yang cliche tu...tapi masih lagi rasa macam something missing?? Kenapa ek??
Ok, masalah-masalah yang timbul bila kita masih rasa 'something missing' bila dah buat perkara basic tu mungkin juga ada kaitan dengan mungkin kita belum cukup menghayati ke, tak khusyuk, tak ikhlas ke..macam-macamlah. Saya faham, kita manusia biasa memang akan ada je jadi macam tu sebab kita bukan malaikat kan...so saya tak mau nak panjang-panjangkan soal tu. Just nak kongsi, apa yang boleh kita buat untuk 'topup'kan something missing tu... Jadi, disinilah perlunya kita upgrade iman kita!!
Nak jaga iman kita ini, adalah macam juga satu proses, satu rutin, sebab tu jugalah kita solat kena hari-hari. Malah, lima kali sehari pun kan. Bukan solat suka-suka hati bila suka, atau pun solat bila rasa sedih dan susah je.
Nak jaga iman juga, kena jaga amal, nak jaga amal kena istiqamah kan?? Nak istiqamah, itu yang payah, kan. kan.... :'( Tak apa, nanti saya bagai tips cara nak istiqamah cara best! ...tungguuuu! :D
Bila cakap tentang Islam dan Iman, mungkin kita akan rasa berat, susah, stress. Ada tak antara anda yang bila cakap tentang Islam, Iman...akan excited??? kalau anda betul-betul excited (tak 'buat2' atau tak 'plastik') tu tandanya Islam dan Iman anda memang AWESOME!! MasyaAllah!! :DDD
Tapi...berbalik kepada pernyataan tadi, kenapa rasa nak jaga Islam dan Iman itu susah, payah dan stress???
Biasanya kita akan ada persepsi macam ni kalau kita hanya nampak Islam dari suatu sudut, dan sudut yang kita pandang itu pula adalah suatu sudut yang terlalu sempit! Sebaaaab, sebenarnya kita sendiri masih tak faham Islam dan apa perlunya kita 'rasa' ber'iman' tu. Jadi, sebab itulah bila nak istiqamah dengan amal-amal Islam yang akan meng'up'kan iman kita, kita akan rasa susah.
Tapiii....tak apa. tak apa dan tak apa. Mari, lapangkan dada, bersihkan hati. InsyaAllah, senang je nak upgrade iman! Berusaha ke arah pembaikan diri pun salah satu cara nak upgrade imann, tau! ^_^
"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah pertunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit- sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman." (Al- An'aam 6:125)
# man yuridullahu khair, yufaqqihu fid din.
(siapa yang Allah inginkan kebaikan kepadanya, akan diberikan kefahaman beragama)~
Bila Allah menginginkan kebaikan untuk seseorang, maka akan diberikannya kefahaman beragama; 'nampak' Allah dalam setiap perkara.
~Islam rasa mudah, syariat rasa indah, ujian nampak hikmah. Sakit, payah jadi sabar. Susah jadi senang. Hidup macam tak ada masalah. (Athirah Taha, 2012)
***Seronoknya upgrade imann!! :)***
Ok then, here a few tips to upgrade our eemann! ^_^
1st: Live life to the fullest dengan Islam!
[Allah dalam hati, Islam dalam setiap gerak diri]
- Setiap amalan dengan niat. Ayuh, jadi saudagar niat! Bangun je pagi-pagi, mulalah niat yang baik banyak-banyak. Tak apa misal kata kita tak dapat buat pun, sebab niat pun dah dapat satu pahala walaupun tak buat apa yang diniatkan tu. Insya Allah, kat akhirat nanti biar kita jadi saudagar niat! Masuk syurga sebab banyak niat aje...hehe :) *tapi maksudnya kat sini, tak ada lah niat aje memanjang tapi tak buat apa-apa pun..huhu
- Setiap apa yang kita lihat, lihatlah ia dari kaca mata Islam atau pun kata lainnya, nilailah sesuatu dengan neraca Allah.
"Lihatlah hidup dgn mata hati, nilailah hidup dengan kesederhanaan, timbanglah hidup dgn neraca Tuhan...Hidup di dunia jangan disia-siakan kerana itu bukan tujuan penciptaan"~ (Athirah Taha, 2011)
- Setiap yang di dengar, dengar apa yang Allah 'suka'... Al-Quran, Lagu-lagu semangat, Selawat, Nasyid etc. Al-quran pun dah banyak versi Imam-iman yang baca. Ada Sheikh Saad Said Al-Ghamidi, ada Sheikh Abdurrahman Assudaisi, ada Sheikh Mishary Rashed Alafasy dan lain-lain. So, pilih je mana yang berkenan di telinga..hehe
- Lagu-lagu semangat pun banyak, bukan makna lagu nasyid je...dengar lagu The Climb by Miley Cyrus, When You Believe by Whitney Houstan and Mariah Carey pun kira ok what...hehe. Pastu lagu-lagu nasyid sekarang pun dah banyak genre dah, kalau suka yang English, Arabic boleh dengar Maher Zain, Sami Yusuf, Zain Bikha, Raef, Hamza Robertson. Kalau rasa nak hiphop boleh cuba dengar Outlandish, Native Deen and banyak lagila. If rasa nak country music boleh dengar Kareem Salama. ^_^
- Yang nasyid kontemporari kat Malaysia tak payah saya senaraikanlah, banyak sangat tapi yang saya nak suggest and yang saya suka: Raihan, Rabbani, Inteam, Brothers, Nowseeheart, UNIC, Hijjaz. Kalau dari seberang saya sangat-sangat galakkan anda dengarkan Opick!! Hayati senikata setiap lagu-lagunya. SubhanaAllah yang mengilhamkan lirik-lirik yang sangat indah! ^_^ nampak tak sekarang??? Islam warna-warni kan.. =)
#tapi agak2 kalau tengak Running Man, Allah suka tak? huhu tepuk dada tanya imaan! :D
- Ingat, apa yang kita lalui setiap saat dari dalam kehidupan ini ada hikmah yang tersembunyi. Jadi, bersyukur atas di mana kita berdiri, pada udara 'kepunyaan' siapa yang kita hirup. Berfikiranlah positif, berbaik-sangka dan terus semaikan banyak lagi kebaikan sebab kita ada ALLAH!
"Setiap hari ada tarbiyyah yang nak Allah ajarkan. Lihatlah hikmah, moga hidup jadi indah." (Athirah Taha, 2012)
2nd: Jadikan Rasulullah SAW the awesome, dan tanam azam untuk jadi 'Rasulullah'!
[ok, saya bukan nak suruh anda jadi Rasul/Nabi palsu ye! Astaghfirullah, na'uzubillahi min zalik!! Jangan. Jangan salah faham ye.]
Macam ni maksud saya, kita kena tanamkan azam dan berusaha untuk tiru akhlak Rasulullah. Rasulullah tu sendiri diutus Allah untuk menyempurnakan akhlak manusia. Jadi kita memang disuruh untuk tiru Rasulullah SAW.
#Jadi, jangan takut nak jadi macam Rasulullah. Kalau berangan nak jadi Rasul ke-26 ituuu yang kena takut!! Na'uzubillah!
Ini bebarapa tips nak jadikan Rasulullah '0sem' pada kita:
- Leadership cara Nabi [qudwah dan ketrampilan Rasulullah!]
- Dimensi pemikiran-pemikiran orang yang berjaya seperti para sahabat [Umar Al-Khattab, Solahuddin Al-Ayubi, Sultan Muhammad Al-Fateh, Imam Hassan Al-Banna]
- Mensibukkan diri dengan al-quran [Sekarang semuanya dah serba canggih jadi Al-quran pun dan boleh bawa ke mana saja. Masukkan software/app Al-Quran dalam telefon bimbit anda, mudahkan?]
- Menguatkan badan dengan sukan dengan etika yang benar [Sukan-sukan juga, adab bersukan kena jaga. Yang perempuan tutup aurat ye, yang lelaki seluar kena tutup lutut. :D]
- Mampu membantu membentuk rakan-rakan lain menjadi generasi sahabat!
#Nak dapat feel macam ni memang bukan mudah, tapi boleh cuba dengan cara kita cuba nak mengenali Rasulullah. Rajin-rajinkanlah diri baca sirah baginda. You'll find it awesome, seriously! ^_^
3rd: Get busy living.
[Busy living yang saya maksudkan ini adalah busy living untuk Islam.]
- Carilah 'geng-geng' sekepala yang boleh bawa kita dekat dengan Allah
- Carilah kawan-kawan yang sibuk dia, sibuk fikir nak membina ummat. Boleh kita join sekaki kesibukan dia tu..hihi
- Carilah halaqah atau ruang-ruang untuk kita tarbiyyah diri kita
"Usah merasa belum waktunya untuk membuat banyak kebaikan, kerana setiap waktu dan ketika itu sentiasa diberi ruang oleh Allah untuk melakukan kebaikan; walau di mana saja, bila-bila masa dan walau siapa pun kita." (Athirah Taha, 2012)
#ala..Get busy living cam lagu Kareem Salama tu...hihi :)
4th: Jadikan buat ibadah rasa seronok dan rasa 'addicted' [ala-ala buat sesuatu ibadah tu cam suatu perkara yang comel, gitu..~ :D]
- Buatlah "denda" kat diri sendiri. Contohnya; kalau tak buat Solat Dhuha kena ganti dengan Solat Sunat yang lain macam Solat Sunat Rawatib ke, Witir ke etc.
- Pastu rasakan 'addicted' untuk beribadah lagi contohnya kalau tak baca quran dalam sehari mesti tak 'sah' atau pun mesti akan ada feel something wrong somewhere.
- Kalau ada waktu yang kita terfikir negative atau ter'bersangka-buruk' cepat-cepat istighfar dalam hati dan cover up balik dengan buat atau cakap sesuatu yang baik. Contoh belanja kawan makan ke, bagi hadiah ke etc. So, jadilah kreatif!!
"[Tips istiqamah]: jadikan perkara yang nak diistiqamahkan tu sebagai rutin, tabiat. Barulah tak rasa segan nak berbuat.Ayuh, 'tabiat'kan qiamulail, dhuha, mathurat, quran tiap2 hari, cakap baik-baik, solat rawatib, puasa sunat dll. ^__^" (Athirah Taha, 2012)
_____________
Entry pertama di 'bumi tarbiyyah yang seterusnya'. Ini kuasa Allah, aku tak punya apa.
[MES_(13:19)_17/12/2012]
Allah sentiasa ada perancangan yang lebih baik daripada kita kerana sememangnya Dia; tuhan yang tiada selain Dia. Menunduk ke bumi, bersyukurlah atas di mana kita berada. Mendongak ke langit, bersyukurlah. Kita sentiasa ada Dia. (Athirah Taha, Sept 2012)
(:alangkah indahnya hidup ini>>>bila hidup 'denganMu' Ya Allah, aku tenang!! :)
~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...
...wallahu'alam...