Pages

Monday, April 22, 2013

ukhuwwah berbau syurga~

بسم الله الرحمن الرحيم


Pernah baca entry saya yang ini {kat mana 'degree' kita???}, yang ini {Anda Nakk 'Couple' (2)???}   ..ha, nak tambah lagi satu dalam koleksi dengan tema yang ala-ala sama.

Saya sebenarnya tak suka nak cerita hal yang agak peribadi di blog. Walaubagaimanapun saya tak nafikan...memang di blog ni semua cerita saya, tapi kebanyakkan cerita-cerita yang saya kongsi semuanya adalah berdasarkan pengalaman yang membuatkan saya terfikirkan sesuatu dan tujuan saya berkongsi dengan anda adalah untuk anda turut 'terfikir' sama. Cuma kali ini, saya kira memang satu entry yang sangat peribadi. saya kongsikan juga supaya anda dapat memahami dan saya sebenarnya mahu anda cuba 'create' kan dan rasakannya juga!

Saya tahu, selaku pembaca blog biasanya kita (termasuk saya!) suka baca cerita-cerita tentang si penulis blog tu kan...(ha, jangan ada yang tak mengaku..haha) Jadi tak hairanlah blog-blog  seperti honeykoyuki, mariaelena, irinenadia, farahlee, denabahrin, hamiasraff mendapat follower yang banyak.. (sound jealous je kan..hahha) tapi sebenarnya tak pun...sebab saya faham, itu semua lumrah manusia. suka mendengar cerita! ;D
Kita memang suka baca, dengar cerita kan...dan sebab itu jugalah Allah banyak mempamerkan kisah-kisah dan cerita-cerita dalam Al-quran supaya kita baca. bahkan cerita-cerita dan kisah-kisah tersebut diulang beberapa kali supaya kita mengambil pelajaran. tapi kita aja yang mungkin tak nampak tujuan tersebut dengan mata hati. (Ya Allah, jauhi kami dari menjadi orang yang dirugikan!)

Frankly, masa mula-mula saya decide nak tulis blog dulu adalah sebab ramai kawan-kawan yang tanya; saya tak ada blog ke? So, di situlah mulanya 'ada hatinya' nak mula ber'bloging'. Blog ni sebenarnya macam online personal diary, bezanya diari kita orang boleh baca...huhu Jadi, pada pandangan peribadi saya di situlah letaknya 'kebijaksanaan' atau 'integriti' (ceywahh) blogger tu untuk menggunakan kelebihan menulis atau (should i say mengarut..macam saya..haha) tu macam mana. Harapnya bukan hanya untuk attention seeker aja. *na'uzubillah!

Macam saya mula-mula tulis blog dulu banyak mengarut aja. Pastu sebenarnya kadang-kadang nak luahkan perasaan sebenarnya...susah nak cerita kat orang, baik mengarut sorang-sorang banyak-banyak, kan..haha sampai sekarang pun banyaknya entry lebih kepada luahan perasan selepas mengalami proses muhasabah diri..hehe tapi tujuan utamanya harap bermanfaat buat orang lainlah... :) #peace

So, tak kisahlah apa tujuan blog yang semua blogger nak buat, tapi untuk entry ini sebenarnya sangatlah personal bagi saya dan memang sengaja saya nak postkannya sebab saya memang nak abadikan ia kat blog saya ni...hehe

Entry februari haritu sebenarnya dah delay saya postkan. *susah kot nak siapkan entry tu..lama gila waras!! hhaaha :D tapi rasanya bukan sebab tu pun...sebab yang sebenarnya adalah 1) saya tak ada mood nak menulis 2) saya tak ada mood nak menulis sebab saya ditimpa sedikit musibah tempoh hari...

Al-kisahnya....pada 26hb februari yang lalu..(sila baca ala-ala intonasi cerita arnab&kura-kura..kihkih) sorry2, saya memang ada masalah ketawa berbunyi...haha (ok, lagi sekali.. -__-")

Ok, pada tarikh tu bersamaan tarikh hari lahir saya, saya telah ditakdirkan Allah untuk terseliuh kaki... (Ok, saya da cerita dah pada entry sebelum ni. di sini: Musibah itu 'hadiah' yang Allah beri...). makanya, saya tak begitu nak ada mood untuk menulis di blog masa tu padahal memang saya ada sedikit memaksa diri saya untuk siapkannya pada tarikh 1mac yang lepas. Telah menjadi prinsip dan motto saya untuk 'menulis dengan hati' (aiceceh~ so, saya tak ada lah nak push sangat-sangat...just go with the follow bila dapat hasilkan entry tu...Alhamdulillah, common sense menjengah juga blog akhirnya. ^_^

Menyedari hakikat yang saya ini manusia biasa, saya sebenarnya ada juga berasa sedikit 'down' semasa mendapat 'hadiah' dari Allah tempoh hari..(walaupun maybe nampak macam saya ok ja...huhu cover baik punya! :P)

Saya ada seorang kawan yang (berani saya katakan) saya sering curhat, kongsi dan dapatkan pandangan dll dengan dia. Saya ada cerita sedikit sebanyak tentang dia dalam entry ini: {Rinduu...kamu.kamu..dan kamuuu..} ; dia yang empunya resume 'Ai'. Jadi untuk mudah cerita seterusnya dalam post ni, saya akan mewakilkan dirinya sebagai Ai..hehe

Jadi, di waktu ke'down'an saya tempoh hari saya ada curhat dengan Ai. (malu sebenarnya nak publish benda alah ni...tapi ada something nak share sebenarnya...)

Inilah sedikit sebayak thread inbox kitaorang haritu...selamat mengikutinya...eheh!

[sebenarnya Ai yang tolong printscreen benda alah ni..hihi]

[masa tu memang kitaorang guna propic yang sama ;)]

Sebenarnya saya jenis yang ramai kawan baik. (serius, ini bukan perasan.) sebabnya saya akan selalu cuba letakkan kawan-kawan saya semua istimewa di hati saya. Usahlah memberi saya membuat pilihan kerana mereka semua dekat di hati saya dan Ai adalah salah seorang yang sangat memahami saya walaupun kami mungkin ada beberapa berbezaan seperti yang saya nyatakan dalam post Rinduu...kamu.kamu..dan kamuuu.. itu. Adik saya yang merangkap (BFF saya) pun sangat menyenangi Ai walaupun baru sekali berjumpa dengan Ai.

Persahabatan kami melalui proses yang agak panjang juga dan persahabatan kami dikuatkan dengan ukhuwwah apabila kami mendapat tarbiyyah yang sama.

Bagi saya asas sebuah persahabatan itu terdiri sama seperti pembinaan sebuah usrah. Asas persahabatan kami adalah berdasarkan 3T: Taaruf, Tafahum, Takaful.

Saya bertaaruf dengan Ai semasa kami di matrik. Ditakdirkan Allah, kami satu kelompok semasa minggu orientasi. Kemudian yang menarik lagi, rupa-rupanya kami satu blok asrama cumanya saya ditingkat dua, Ai di tingkat satu. Sungguh, persahabatan ini memang ditakdirkan Allah! saya bersyukur dengan sangat untuk nikmat yang ini!

Kemudian kami sama-sama mengikuti halaqah tarbiyyah. Memang Ai dan saya adalah geng dalam soal ini. Allah juga memudahkan persahabatan kami kerana lazimnya kami mempunyai sudut pandang yang sama. Malah apa yang kami rasakan juga biasanya serupa. Jadi, agak mudah mencari konklusi dengan tidak perlu berhujah panjang, kerana itu kami mempunyai tafahum atau kefahaman yang sama.

Selepas tamat matrikulasi kami membawa haluan berbeza. Saya di negeri banyak roundabout dan Ai terbang ke negeri di bawah bayu. Tapi ukhuwwah kami masih seperti selalu, sentiasa manis dan wangi. saya akui, sehingga sekarang pun kami sebenarnya bukan selalu sangat berhubung. Ia juga ada masa-masa tertentu...tapi saya tahu, bila dia kata dia mendoakan saya, saya yakin memang dia mendoakan saya. dan  bila saya kata saya mendoakan dia atau dia minta saya doakan dia, saya  memang akan mendoakannya.

Banyak perkara saya lebih tegar berkongsi dengan Ai daripada mas'ulah saya sendiri dan hatta banyak masalah saya, saya ceritakan pada Ai dulu bukan pada mak saya. Kami bertakaful (membantu) bukan sekadar pendapat, malah tenaga. dan kadang-kala soal kewangan juga. Ai pernah meminta tolong saya menempahkan tiket flight dia, dah dia pasti membayar semula. kalau saya meminjam wang dia pun saya akan bayar kembali. persahabatan kami bukan persahabatan mengambil kesempatan. Saya tahu kewangan dia, dia juga faham kewangan saya, kami sama-sama belajar dan bukan dari keluarga yang berada. Jadi kami berpada-pada.

Oh ya, maaf saya tersilap mengatakan kami tidak mengambil kesempatan antara satu sama lain. Bahkan sebenarnya kami sangat mengambil kesempatan antara satu sama lain. kesempatan itu, 'kesempatan' untuk saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. juga mengambil kesempatan terhadap kekuatan yang dimiliki antara kami untuk menjadikan kami peribadi yang lebih baik.

Pernah dulu, saya menyambut ulangtahun kelahiran salah seorang housemate dan dalam majlis kecil itu semua yang hadir adalah perempuan. maka, ada salah seorang kawan saya telah mengambil gambar untuk kenangan. Semua kami memakai tudung dengan baju berlengan panjang. Lalu, kawan saya itu telah menguploadkan gambar tersebut di facebook dan menge'tag' saya. Tidak lama selepas itu Ai menghantar mesej kepada saya. katanya ada satu gambar yang lengan baju saya sedikit terangkat dan dia bimbang sekiranya gambar itu bersifat public dalam privacy kawan saya yang mengupload.

Saya sebenarnya tak perasan pun akan gambar tersebut. Alhamdulillah, dan saya bersyukur Ai menegur saya untuk itu. betapa ruginya saya sekiranya gambar itu dilihat oleh kaum lelaki. walaupun mungkin ada yang berpendapat 'hanya lengan yang terlihat sedikit' tak apa. bagi saya itu, soal besar, bukan soal 'tak apa'. sesungguhnya saya menjaga kehormatan saya hanya untuk bakal suami saya, bukan orang lain! kawan saya yang mengupload juga memahami dan dia juga telah memadamkan gambar tersebut.
MasyaAllah, lihat betapa Ai mahu menjaga saya dari api neraka! Itulah tugas utama sahabat sebenarnya, menyelamatkan kita dari api neraka dan membawa kita ke syurga. itulah yang baru dikatakan; ukhuwwah berbau syurga! ^_^

Benarlah kata mas'ulah saya dulu; ikatan yang berasaskan aqidah sebenarnya akan lebih kuat  daripada ikatan darah! dan kerana itu juga kita sanggup boikot produk yahudi hanya kerana saudara-saudara se'aqidah kita di Palestin kan!

Demi Allah, Ai salah satu bukti nikmat ukhuwwah yang Allah kurniakan.
Demi Allah, Ai salah satu bukti ukhuwwah berbau syurga saya~

Maka saya tidak hairan bagaimana kesediaan Ansor yang sanggup melepaskan isteri mereka untuk Muhajirin. Rupanya mereka sudah mencium ukhuwwah berbau syurga!

Keterikatan kita dengan dunia kadang-kadang menghijabkan hati dari merasakan nikmatnya ukhuwwah itu, kerana ia membuatkan kita selalu 'berkira'; tentang masa kita, harta kita, wang/duit kita, tenaga kita, perasaan kita, ego kita.

Akhlak yang baik dan hati yang bersih itu antara faktor utama keberhasilan sesebuah ukhuwwah berbau syurga! ewahh! :D

Ukhuwwah tu efeknya seperti amphetamin, tak pun candu...ukhuwwah boleh bawa ketagihan tau! tapi kalau semakin kenal, semakin kita tak suka...itu maknanya ada something wrong some wherelah tu! (Athirah Taha, 2013)

bersahabat itu perhubungan hati..ia bisu, ia buta tapi ikhlas berkata, perbuatan dan hikmah perkataannya membukakan mata dan kerana itu aku ingin bersahabat dgnmu, kau sahabat dgnku..

khilaf...tegurlah, nasihatilah aku... lupa..ingatkanlah aku... mungkar..nahikanlah aku... ma'ruf...ajaklah  aku... jauh dari Allah...bawalah aku kembali dekat padaNya... jika benar... kau benar-benar sahabatku..aku rindu seperti dulu~

Ukhuwah itu nikmatnya indah. Diuji bila ada hati yg 'terasa', xpuashati, terusik, terkilan dgn perlakuan atau perbuatan.Terasa indahnya ukhuwah itu bile ubatnya berlapang dada dan memberi peluang untuk memperbaiki diri. Maka berlapang dadalah!;)

 Athirah Taha, 2010


Maka, beruntunglah orang-orang yang telah dulu menghidu wanginya 'ukhuwwah berbau syurga'. 
 
[Saya berdoa Ai yang akan menjadi jiran saya di syurga! amin.] 

(:alangkah indahnya hidup ini>>>bila  ukhuwwah itu berbau syurga!! :)





 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam..
Rekod sebenar entry siap:
-MES,4.55pm,Isnin, 22-Apr-2013, 12 Jamadil Akhir, 1434-

No comments:

Post a Comment