Pages

Friday, March 16, 2012

BioMed Sc dan saya!



  بسم الله الرحمن الرحيم




*versi orang dah grad menulis..hehe ^__^*


Saya masih ingat lagi ketika mula membuat pertimbangan untuk memasuki sebuah universiti swasta, saya adalah pemecah tradisi keluarga yang memilih ke institusi itu. Namun ada harapan besar yang disandarkan kepada saya, jadi Biomedicine (nama bidangnya ketika itu; bioperubatan. Kini, Biomedical Science; BioMed Sc) menjadi pilihan saya.

Melangkah ke universiti yang pada mulanya...hanyalah sebuah universiti (yang saya kira tak patut digelar universiti). Mana tidaknya, belajar di dalam deretan kedai-kedai  (shop lots) yang disewa, yang selalu menghadapi masalah dengan penghawa dinginnya juga kemudahan makmal yang serba terhad.

Tambah pula sepanjang tahun pertama, saya menjadi penghuni di sebuah hostel rumah kedai, dengan bilik yang 'sekangkang kera' (dikongsi bersama 8orang yang lain dengan 4 katil double-decker) sewa yang sebanyak rm180 itu memang dirasakan sangat tak patut! Sangat cemburu dengan universiti orang lain. Semuanya besar dan ada bangunan sendiri.  Pinjaman pelajaran masa tu pun hanya cukup untuk menampung yuran pengajian. Belanja makan dan lain-lain pun masih perlu minta pada mak abah. Jadi,  saya menyekat belanja makan hanya sekitar rm5 sehari.

Pernah suatu ketika, ditingkap bilik itu saya merenung masa depan saya (ceywah...cam ala-ala drama gitu, tapi ni betul...sebab dah tak ada kerja nak buat masa tu..haha).

"Mampukah aku lalui 3tahun yang akan datang ini..." 

Namun setahun itu digagahi juga demi ijazah BioMed Sc. dan Alhamdulillah, tahun kedua bertambah baik. Bertukar menjadi 'anak angkat' MARA mengizinkan kewangan yang lebih baik dan tak perlu lagi minta duit belanja dari mak dan abah (this one relief me soooo much, Alhamdulillah; thank you Allah!).  Saya juga telah berpindah ke rumah sewa, yang sewanya separuh dari sewa di hostel dulu dan persekitaran rumah dan  biliknya juga  lebih selesa. Saya ada ceritanya dulu di sini>> it's time to make a change..~hijrah's beautiful~ (Part 1)
 
[Credit: FB AinAmin]
Melangkah ke tahun ketiga, Alhamdulillah bertambah baik lagi. 'Aku sudah punya universiti!' baru tahu perasaannya bila ada 'universiti sendiri'. Alhamdulillah, 'sempat  juga merasa universiti baru ni!' (this is much better then the seniors yang tak sempat dengan bangunan baru ni..hihi). Saya juga telah berpindah ke sebuah apartment yang lebih dekat dengan bangunan universiti yang baru dibina dan di rumah baru ini memudahkan lagi perjalanan tarbiyyah saya. 

Kini...macam tak percaya! Setelah melalui 3tahun yang penuh suka duka...sekarang saya menunggu tarikh bergraduasi (*semasa mendraf entry ini..huhu), dah nak konvo dah! Alhamdulillah. (sekarang, dah grad dah pun! Alhamdulillah!)

Teringat lama dulu, (semasa tahun pertama BioMed Sc) saya berborak dengan salah seorang "Rinduu...kamu.kamu..dan kamuuu" ditelefon.  Kawan saya ni,  mengambil jurusan Biochemistry dan dia kata dia memikirkan sesuatu, mengenai jurusan yang dia ambil sekarang. Kalau dulu, di matrik apa yang kami belajar semua boleh dikaitkan dengan Allah secara langsung. Contohnya di matrik tu, subjek Biologi.  Apa saja yang tentang biologi ni memang dapat kita rasakan kekaguman terhadap ciptaan Allah. Jadi, dalam Biochemistry ni, dia masih memikirkan apa yang boleh dikaitkan secara langsung kepada Allah. Persolannya yang menarik itu menjentik pemikiran saya;


''What've BioMed Sc gave me??"


Lama dah saya fikir...Kalau jurusan lain, mungkin sedikit sukar untuk mencari hikmah penciptaannya. Namun, ditakdirkan Allah dalam lapangan Sains Bioperubatan ini, sangat rugilah kiranya saya gagal mencari hikmah dari ilmu Allah yang ini. Sesungguhnya ilmu yang ada di dunia ini hanyalah sedikit daripada ilmu-ilmu Allah yang ada. Setiap ilmu dan amalan itu seharusnya menambahkan cinta dan mendekatkan kita kepada Allah!


''What've BioMed Sc gave me??"




Semasa di tahun pertama saya...

Biostatistics sebenarnya telah mengajar saya mengEsakan Allah! Luas dibawah graf yang infiniti  di kiri dan kanannya itu akan sentiasa bersamaan dengan 1! 

[Credit]


"Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa." (Al-Ikhlaas 112:1)


 Subahanallah! Cell Biology and Genetics mengagumkan saya dengan gene mutation yang sebenarnya telah dulu Allah sebut dalam Al-Quran. 'Gene mutation' atau pun 'mutasi gen' adalah perubahan kekal dalam jujukan DNA yang membentuk gen dan meyebabkan kecatatan kepada kromosom. Mutasi gen juga boleh disebabkan penambahan atau kehilangan gen dalam kromosom yang boleh mengakibat beberapa jenis penyakit keturunan seperti Down Syndrome dan lain-lain.


[Credit]

"" Allah mengetahui akan apa yang dikandung oleh tiap-tiap ibu, dan mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih. Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu."  (Ar-Ra'd 13:8)

Anatomy pun sama hebatnya, setiap persendian yang maha diatur tuhan Allah yang menciptakan. Subhanallah!
[Credit]


“Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)? Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).” (Al-Qiyamah 75:3-4)

“Kamilah yang menciptakan mereka serta menguatkan tulang sendi dan urat saraf mereka (Kami berkuasa membinasakan mereka) dan apabila Kami kehendaki, Kami gantikan (mereka dengan) orang-orang yang serupa dengan mereka, dengan penggantian yang sebaik-baiknya.” (Al-Insaan 76:28)


Semasa di tahun kedua pula...

Clinical Biochemistry dalam setiap proses itu....macam kreb cycle dan beberapa lagi proses semua tu buat saya takjub, Subhanallah! 

[Credit]
Bertambah hairan, macam mana saintis boleh kemukakan semua 'substance' yang terlibat dalam proses tu sedangkan proses tu semua berlaku dalam satu organel. Anda mungkin pernah dengar sel adalah unit asas hidupan dan saiznya sangatlah kecil. Untuk pengetahuan anda juga, dalam setiap sel pula ada lagi unit lain iaitu organel. Contoh process kreb cycle yang saya berikan itu adalah process pengoksidaan glucose (glukosa) untuk menghasilkan ATP (tenaga) yang berlaku  di dalam mitochondria dan ketahuilah anda bahawa mitochondria itu sangatlah super-duper nano saiznyer....MasyaAllah! Allah maha kaya dengan pengetahuannya!

 "Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan TadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!" (Al-Mulk 67:14)



Semasa di tahun ketiga...

Banyak serangga yang dapat kenal masa belajar Medical Entomology dulu. Dari kutu, lalat, rama-rama. kumbang macam-macam lagilah! Antara serangga yang sangat penting belajar dalam subjek ni dulu adalah nyamuk sebab nyamuk ni adalah vektor (pembawa) penyakit yang berbahaya contohnya Denggi dan Malaria. Hurmm, contohnya nyamuk yang menjadi vetor penyakit Denggi tu; Aedes. Bukan ada satu spesis je Aedes tu tau. Ada dua-tiga spesis lagi and every species  poses their own characteristics. Aedes ada banyak jenis contohnya ada Aedes egypti.  Dan yang sebenarnya, dah lama Allah sebut pasal nyamuk dalam Al-Quran. Subhanallah!

[Credit]

"Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat pertunjuk dengan sebabnya dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik." (Al-Baqarah 2:26)



Ini sebahagian sahaja yang daripada apa yang 'BioMed Sc' dah bagi pada saya. Sebenarnya banyak lagi perkara yang saya nak cerita...termasuklah;

Clinical Microbiology yang banyak cerita pasal penyakit yang semuanya berasal daripada microorganisma yang kecil tetapi bila dah menyerang buruk padahnya, Allahlah yang maha bijaksana, kalau tak tak, tak ada pulak kerja doktor kan...hehe

Kemudian, Clinical Pathology iaitu antara subjek yang saya suka. Mengkaji sebab berlakunya penyakit dengan lebih mendalam lagi...dan antara perkara yang membuatkan saya rasa sangat 'wow' masa belajar subjek ni dulu adalah tentang lapisan usus (GI tract) kita. Ha, sebenarnya usus kita ada lapisan mucosa dan beberapa lapisan lain. tapi yang saya nak ceritanya tentang  lapisan mukosa ni...lapisan mukosa ni pula terdiri daripada beberapa bahagian, dan yang saya nak highlight kat sini adalah lapisan lamina propia iaitu sejenis tisu penghubung (connective tissue). Banyak fungsinya lapisan lamina propia ni, dan antaranya adalah menjadi lapisan pertama pertahanan usus dari serangan jangkitan kuman. 'wow' saya takjub kerana betapa telitinya Allah sehinggakan dalam lapisan mukosa pun tetap ada lapisan lamina propia untuk pertahanan badan. Allah sayang kat kita tau!


Hispathology pulak dapat pengalaman 'marathon lab' yang panjang. Hampir 8 jam jugaklah untuk lalui semua process untuk membuat satu slaid (bagi membolehkan pathologist buat pemeriksaan untuk tengok keadaan sesuatu sel (perubahan struktur etc) yang berlaku pada sel tu yang mungkin akibat jangkitan penyakit atau disebabkan kanser). Susunan dan struktur sel-sel yang rosak tu pun kadang-kadang nampak cantik..hehe. Pasti kagum kita melihatnya! (Kalau anda nak tengok contoh slaid boleh tengok kat entri ini..."What it takes to be a biomedical science student?")

Dalam Neuropharmacology pun banyak belajar penyakit yang berkaitan dengan saraf dan otak..(penyakit-penyakit yang menyebabkan ramai orang masuk 'tanjung rambutan' hehe...) yang menariknya masa belajar subjek ni adalah tentang neurotransmitter (*saya tak pandai nak terangkan ini...tapi ianya kira-kira macam isyarat (implus) untuk membolehkan kita memberikan tindak balas).anda pasti akan takjub bila mengetahui cara neurotransmitter bergerak dan macam mana tindaknya tu sehingga boleh menghasilkan tindakan oleh badan kita.

Medical Diagnostic memerlukan pembacaan journal yang banyak jugaklah, kalau tak silap saya hampir 20 journal dan artikel kesihatan tentang bidang-bidang (subjek) yang kami dah belajar. Huh, bukan senang nak faham apa yang jurnal tu nak sampaikan tau. Dan bila anda baca semua journal tu, anda (yang celik hati dan minda) pasti kagum, kagum dengan penulis jurnal yang buat kajian tu dan jugak anda pasti sebutkan ini: MasyaAllah! Luasnya ilmu Allah tu!

Maaf, untuk perkongsian subjek-subjek yang akhir tu, tak dapat saya nak sertakan contoh dan ayat qurannya. InsyaAllah,  saya akan cuba untuk update dalam versi editnya dan sekiranya anda membaca entry ini anda pasti tahu mengapa blog saya agak 'kesawangan' sejak kebelangan ini, kan..hehe

Apa-apapun, semoga perkongsian tentang 'BioMed Sc-saye' ni sedikit sebanyak akan men'trigger' anda yang membaca untuk  lihat apa yang 'course/jurusan' atau 'apa yang anda sedang belajar' sekarang telah beri pada anda.

“Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Luqman 31:27)


~Semoga ilmu ini, ilmu yang berkat lagi manfaat...aminn~



***the coolest sigh…Alhamdulillah***

*a picture is worth a thousand words*
Alhamdulillah, dah berkonvokesyen! (^^,)

p/s: maaf kerana mengambil terlalu banyak masa untuk mengepos entri  ini ke layar blog.. ;)
p/s: moga anda terINSPIRASI!






(:alangkah indahnya hidup ini>>>bila bertambahnya ilmu seiring bertambahnya lagi tingkat keimanan kita kepada Allah! ! :)


 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...