Pages

Saturday, November 27, 2010

Anda Nakk 'Couple' (2)???

  
بسم الله الرحمن الرحيم


"C.O.U.P.L.E????" apekah???(=___='')


Isu 'couple' adalah antara isu yang sukar difahami oleh masyarakat kita. Yang sedih, buat-buat tak faham sebenarnye...'couple' ni jugaklah  yang menjadi senjata utama syaitan bagi nak menjauhkan umat Muhammad dari sunnahnya serta sekali gus menjauhkan manusia dari redha Allah..

 "Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdayakan pendengarnya. Dan jika Tuhanku menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah meraka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu. Dan juga supaya hati orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat cenderong kepada bisikan itu, dan supaya disetujui oleh mereka, dan juga supaya mereka (terus) melakukan apa yang mereka lakukan itu." (6:112-113)

saye memang meminta Allah menjauhkan diri saye sejauh-jauhnya (sama juga seperti meminta Allah menjauhkan diri dari api neraka) dari such thing a.k.a couple ni...

~mendekati couple bererti mendekati zina (baca yg ini:Anda Nakk 'Couple'???)
~menjerumuskan diri ke alam couple ni samalah keadaannye menjerumuskan diri kita ke kancah kemaksiatan..
~mencari jalan ber'couple' analoginya, kita sendirilah yang mencari jalan ke neraka...
~mencari jodoh dengan ber'couple' adalah same seperti menyerahkan pemilihan pasangan kita yang diaturkan syaitan...

kasar, keras pernyataan saye di atas tu?
rebellious? tak puas hati?

itu maknanya, anda masih menyokong budaya yang tak sihat ini!

SEDARLAH...pernyataan-pernyataan saye yang berbunyi kasar dan keras itu adalah hakikat dan kebenaran yang sukar masyarakat kita nak terima.
sekali lagi suka saye nak ulang...SUKAR NAK TERIMA!
dan kenapa sukar nak terima ni adalah sebab, kita ditipu oleh syaitan... yang membuatkan dan menampakkan yang perbuatan 'couple' ini indah-indah belaka.

"Maka (fikirkanlah) adakah orang yang diperelokkan kepadanya amal buruknya (oleh Syaitan) lalu ia memandangnya dan mempercayainya baik, (bolehlah disifatkan sebagai orang yang menjalankan peraturan yang ditetapkan Allah untuk memberi hidayah kepadanya, atau sebaliknya)? Kerana sesungguhnya Allah, menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga memberi hidayah pertunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Oleh itu, janganlah engkau membinasakan dirimu (wahai Muhammad) kerana menanggung dukacita terhadap kesesatan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka kerjakan." (35:8)

berbicara topik  couple ni..(yalah topik yang tak pernah padam dalam kalangan remaja kita ni) dan bab-bab kawen la kan...saye memang sentiasa bersependapat dengan Hilal Asyraf bile dia menulis artikel di blognya tentang topik ini...(entrynya tentang ini..1, 2, 3, 4,5,6..)

bagi saye, nak bercouple boleh...bolehhhh sangaaaat...malah saye sebenarnya memang menggalakkan budaya couple ni...

TAPI! TAPI! dan TAPI!....HANYA bercouple dengan KEKASIH HALAL ANDA SAHAJA OK!!

but then, before nak bercouple dengan kekasih halal kita...pasti kita nak kena praktis dulu kan?! betol tak? sebab tu ramai yang salah guna konsep bercouple ni....

pengalaman berdasarkan pemerhatian saye, saye lihat inilah antara konsep-konsep atau faktor yang menyebabkan orang nak atau sedang 'bercouple':

  • nakkan kasih sayang....(alasan ni mungkin bole terima bagi sesiapa yang sudah tiada ibu bapa....tapi kepada yang mak bapaknye masih hidup, dan sesetengahnya memang rapat dgn familiy, saye memang tak paham kalau masih mahu menggunakan alasan ni...huh! (=__=')
  • ade orang ambil berat.....(macamlah mak ayah, abang kakak tak ade...tapi mungkin jugakla kan kalau jenis famili yang buat hal sendiri...hisyhh...nauz'ubillah..)
  • suka nak ade orang panggil 'manja2'....(manja ke? cam kembang  je tekak teman nak menyebut dan mendengonye...pelik orang sekarang...huhu)
  • ada orang tempat berkongsi suka duka...(aduyai...yelah sangat tu...alih-alih selalu gadoh gak..hahaha)
  • ada orang nak mengharap, tempat bergantung...(nak gantung ke cik adik, cik abg? gantung la dekat tiang letrik tu..baru betol..huhu..xdelah...bukan tempat bergantung pun...silap-silap kita yang  digunakan, atau diambil kesempatan...)
  • sumber inspirasi@ pendorong belajar...(hurmm..kot ye betol....ntah berape ramaila yang kantoi sebab dek couple ni..nantilah saye buat kajian..huhu...tapi kalau ade pun saye boleh garenti mesti hanya dalam peratusan yang sangat minoriti)

banyak lagilah, tapi saye dah malas nak senaraikan...
dan dari rasional akal, iman, dah akhlak....nampaknye semua konsep-konsep ini  dah-terang-lagi-bersuluh-dgn-sportlight  sememangnya sah-sah adalah konsep-konsep dan faktor-faktor yang SONGSANG!

alasan-alasan ni sengaja dicipta untuk 'menghalalkan' kecouplelan golongan ini...

so mari saye kongsi dengan anda cara bercouple sebelum nak bercouple dengan kekasih halal kita yang sebenar tu....tak payahlah bersusah-payah nak praktis sikap romantis, manja kita  tu  semua sebelum kawen pada mereka yang tak layak...

kawan-kawan kita kan ramai...

Praktis dengan kawan-kawan kita sebagai persediaan nak bercouple dengan kekasih halal kita tu nanti. JOM, bercouple dengan kawan-kawan kita! (peringatan: kawan di sini bermaksud yang HANYA sejantina dengan anda ok!)

saye bukan nak menggalakkan anda menjadi les**** ataupn homo*******. NAUZUBILLAHIMINZALIK!

Mari fahami konsep bercouple dengan kawan-kawan yang saye yakin anda boleh aplikasikan nanti, insyaAllah...

  • nakkan kasih sayang....ha...nilah masanya kita perlu menunjukkan kasih-sayang kita kepada kawan-kawan kita...bila tarikh hari lahir dia, suka makan ape, suka buat ape, suka dengar ape...serba-serbi kita tahu tentang kawan kita..
  • ade orang ambil berat.....kenalah ambil tahu jugak sakit pening kawan-kawan kita...jangan lepas diri sendiri aje...
  • suka nak ade orang panggil 'manja2'....tak salah buat panggil manja-manja dengan kawan-kawan..tapi janganlah panggilan nak mengejek ye...hehhe... mungkin panggilan tu nanti yang buat kawan kita ingat kat kita sampai dia tua...
  • ada orang tempat berkongsi masalah share suka duka....masa-masa belajar ni, kebanyakkan masa kita banyak dengan kawan-kawan kan..kat kelas, kat cafe, kat library, kat rumah sewa pun semua kawan kita...so feel free to share...however, make sure kita telah dulu cuba membina foundation persahabatan yang kuat dengan cara kita telah dulu cuba 'bercouple' dengan kawan kita ni...baru senang nak bercerita...
  • sumber inspirasi@ pendorong belajar... tengoklah kawan-kawan kita yang pandai or excellent dalam pelajaran..bolehlah kita tiru kesuksesan dia studi..yang kurang sikit, kalau kita lebih, kita tolong diaorang pulak..
  • ada orang nak mengharap tempat bergantung...orang kata, apa gunanya kawan kalau tak membantu...jadi gunakanlah kawan-kawan kita dengan sebaiknya..
  • yang pandai masak, kita boleh tanya recepi
  • yang bila kita masak, ada kawan yang rasa...(boleh improve bila masak untuk kekasih halal nanti..hihihi)
  • yang ada kereta, feel free untuk tolong hantar kawan kita pergi beli tiket, hantar ke stesen bas etc..
  • yang bila pakaian kita 'menjolok' mata, ada kawan kita yang akan tegur supaya kita nampak lebih sopan bila berpakaian...
  • yang sekali-sekala kita tak terbangun subuh, terleka nak solat, ade yang tolong ingatkan..
  • yang pandai mengaji, dia atau kita sudi nak ajar dan diajarkan...(untuk polish-up tajwid dan fasihah untuk ajar anak-anak kekasih halal kita nanti juge..ngee(~__*)
  • yang boleh same-same tolak troli bile beli barang-barang rumah sewa...
  • yang same-same boleh diajak menghadiri majlis ilmu...
  • yang boleh bergilir-gilir jadi imam bila berjemaah...

ha tu...kan banyak bende yang boleh dipraktikkan dengan kawan-kawan kita...comelkan...sweetkan..so tak payahlah susah-susah nak cari pasangan couple berlainan jantina dengan kita...^__^


pesanan ikhlas tuan rumah;

"kepada kawan-kawan yang mungkin pernah@sedang@tercouple...
insyaAllah...masih belum terlambat untuk anda mengundurkan diri dari arena yang dijadikan syaitan 'indah' di dalamnya itu...kita yang selalu tinggalkan dan lupakan Allah,
BUT REMEMBER!
Allah tak pernah tinggalkan atau lupakan kita....
jangan biarkan kita terus bergelumang dilembah kehinaan dalam pandangan Allah itu...
hentikanlah dan tinggalkanlah 'couple-couple' ni...
insyaAllah...anda pasti akan melahirkan generasi-generasi yang diredhai Allah..."


praktislah 'bercouple' dengan kawan-kawan kita sebagai bersediaan nak 'bercouple' dengan kekasih halal kita nanti...

katakan YA kepada FREINDS, katakan TIDAK kepada BOYFRIEND!

KATAKAN TIDAK PADA PERGAULAN BEBAS! (...dari adab dan syariaat!)

#nota penting: kekasih halal=suami/isteri...;D
p/s:artikel ini bukan untuk menyinggung perasaan sesiapa namun hasrat hati ingin mengajak semua menilai semula erti persahabatan. Nilai yang perlu disandarkan atas dasar taqwa dan iman. Saye juge mahu memuhasabah 'masa lalu' kerana ada antara kawan-kawan yang tidak berkesempatan untuk saye 'bercouple' dengan mereka. Maafkan saye kerana kelemahan yang satu ini...


(:alangkah indahnya hidup ini>>>jika tiada pergaulan bebas dan 'couple-couple' !:)





 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...

Sunday, November 21, 2010

**Kekasih Halal (2)**

 بسم الله الرحمن الرحيم



Dulu saye pernah menulis entry kekasih halal..
dalam entry tu ada saye senaraikan beberapa kriteria 'kekasih halal'...(yang sebenarnya bukan utk saye)...tapi sepatutnya itulah kriteria secara general bagi seseorang perempuan (khususnya) bila nak memilih kekasih-halal mereka... entry kali ni pula adalah antara perwatakan@sifat kekasih-halal yang secara spesifiknya saye sendiri pun memang dalam proses mencari..hiihi

dari entry kekasih halal yang lalu:~ handsome aqidah dan akhlaknya~

  • yang subuhnya senang digerak, senang juge dibangunkan diri
  • yang bila ada bersama, pasti 27kali ganda pahala solatnya..
  • yang boleh menjadi teman beral-ma'thurat
  • yang nanti dhuha kita tak berseorangan lagi
  • yang boleh mengajak dan diajak berqiam bersama..
  • yang bile di depan kuali, dia membancuh air
  • yang bile menghidangkan makanan, dia pula sediakan pinggan di meja
  • yang boleh bersama ringankan tangan membasuh, menjemur, melipat kain.
  • yang ada 'common sense' bile sampah dah penuh nak kena pergi buang
  • yang boleh menolak troli di pasaraya
  • yang  juge berjaga malam bila anak menangis nak susu dan tukar diaper..
  • yang boleh menjadi perunding imej kita...(yang memastikan pakaian kita mengikut syariat!)
  • yang tak kisah bile diajak mencuci longkang, membersih sawang di rumah mak ayah kita
  • yang akan join sama-sama mengurut kaki mak dan abah kita
  • yang bersama-sama mengencangkan dakwah dan mengimarahkan masjid/surau

dan it goes the same to him...kitalah yang perlu ~gorgeous aqidah dan akhlaknya~

  • yang tangan ini, dialah lelaki ajnabi pertama yang memegangnya
  • yang segala kecantikan diri hanya untuk dipertontonkan kepada dia...
  • yang akan dijaga sebaik mungkin kehormatan diri dan hartanya bile dia outstation
  • yang subuhnya kita senang terjaga
  • yang sentiasa bila solat, kitalah makmumnya..
  • yang boleh menjadi teman dia beral-ma'thurat
  • yang nanti dhuha dia tak berseorangan lagi
  • yang boleh mengajak dan diajak berqiam bersama..
  • yang akan dididik anaknya dengan didikan yang terbaik
  • yang akan disuapkan buah, bila dia letih memandu
  • yang memasak...(walaupun simple) dengan penuh kasih sayang untuk dia
  • yang menjadi perunding imej, perapi tie dan yang me'mix n match'kan pakaian dia...
  • yang tak kisah nak membersihkan rumah mak dia
  • yang akan join sama-sama mengurut kaki mak dan abah dia
  • yang bersama-sama mengencangkan dakwah dan mengimarahkan masjid/surau




p/s: so, kepada sesiapa yang ~ handsome aqidah dan akhlaknya~ bolehla masuk meminang saye...hihhi...ooopss! sorry, saye dah berpunya...(kepunyaan Allah dan rasulNya, mak abah, dan agama yang saye cintai ini!)..(~__*)
p/s:sebenarnye entry ni dikeluarkan kerana insyaAllah ada kesinambungannya dengan entry akan datang... 'Anda Nakk 'Couple' (2)???' nantikan kemunculnnye ye..;)



“(lazimnya) perempuan-perempuan Yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki Yang jahat, dan lelaki-lelaki Yang jahat untuk perempuan-perempuan Yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) Yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan Yang mulia.” (An-Nur 24:26)

 JOM! Searching for 'kekasih _halal' yang ~handsome/gorgeous aqidah & akhlaknya~




(:alangkah indahnya hidup ini>>>bile dapat 'kekasih halal' dalam redha ALLAH !:)


 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...

Tuesday, November 9, 2010

kat mana 'degree' kita???


بسم الله الرحمن الرحيم


'Degree'?
#Peringatan awal: ini bukan 'degree' Science, bukan 'degree' accountancy, bukan  'degree' engineering, bukan  'degree' medicine, bukan juga 'degree' Syariah! yang anda dah dapat atau bakal dapat tu..(saye tak kisah semua 'degree' anda....jom baca dulu!;)


sebelum tu suke saye nak berkongsi dengan anda tentang "KAWAN"...


kawan...
Ada ape dengan kawan???
kawan@sahabat@rakan@teman@geng sekepala etc...
tak kisahlah apa pun sebutan itu tapi hakikatnya perkataan-perkataan ini semua digunakan untuk memaksudkan perkara yang sama... Namun bergantung juga kepada keselesaan anda nak 'guna'kannya macam mana, lalu dalam entry saye ini saye lebih suka nak gunakannya sebagai 'kawan'...


Anda ada kawan?
Ramai tak kawan-kawan anda?
'Macam Mana' kawan-kawan anda tu?
Anda suka tak kawan dengan kawan-kawan anda?


K.A.W.A.N....
mari kita mula bercerita tentang 'dia'....

Dalam kehidupan remaja (khususnya...dan tidak terkecuali kepada semua peringkat umur..) kawan ni sebenarnya akan membawa IMPAK yang besar kepada diri seseorang dan kerana itu juga banyak 'kata-kata' yang mengingatkan dan memberi panduan kepada kita bila nak berkawan dan bila nak mencari kawan.


"Jangan berkawan dengan orang yang tamak kerana pada zahirnya
ia ingin membahagiakanmu tapi hakikatnya dia akan mencelakan
Jauhilah berteman dengan pembohong kerana 
ia boleh menjadikan orang yang dekat lari daripadamu dan sebaliknya
Janganlah berkawan dengan orang yang bakhil kerana 
ia akan melupaimu di waktu kamu sangat memerlukannya dan
jauhilah bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat kerana 
ia tidak malu untuk menjualmu dengan harga yang sangat murah"
-Saidina Ali bin Abi Thalib-


"Manusia yang paling lemah ialah orang yang tak sanggup cari
teman dan yang paling lemah daripada itu ialah orang yang
mensia-siakan teman yang telah diperolehinya".
-Imam Al-Ghazali-

"Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri
sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang"
-hamka-


"Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia
begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan
masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya
telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan.
Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian
dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang
benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai
dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya
."



"Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di
beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun ,
dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah
bercakap-cakap lama dengannya".



Jadi, bagaimana anda memilih sahabat atau kawan-kawan ada?
saye sangat suka akan pesanan Al-Qamah kepada anaknya tentang ciri-ciri kawan-kawan yang 'sepatutnya' bila jadi kawan kita...

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
• Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
• Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
• Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
• Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
• Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
• Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
• Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
• Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
• Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
• Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
• Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
• Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
• Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.


"Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu
ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka
sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan."


Personally, saya seorang yang memang pilih kawantapi saye boleh kawan dengan semua orang tanpa mengira agama, bangsa dan negara (hihiihi)...Saye juge berkawan dengan semua orang tanpa mengira fikrah mereka, rupa paras, kepandaian, dan sebarang nilai material yang lain...

Bagi saye, saye akan berkawan dengan semua orang dengan niat yang satu, ingin membawa kebaikan padanya bila bersahabat. Maka, saye seorang yang memang sentiasa (harap maaf, insyaAllah tiada unsur riya' di sini ye...^__^) ber'tangan' dan hati terbuka sekiranya ada yang inginkan pertolongan, nasihat, menjadi pendengar yang baik kepada sesiapa saja yang berkawan dengan saye. Means, to all my friends...you can count on me whenever  you need me! seriously!

TAPI, bagi kawan-kawan yang berlainan jantina pula...ada sempadan dalam agama yang telah dulu saye letakkan. Namun, insyaAllah saye masih boleh berikan kerjasama yang baik sekiranya ada apa-apa khidmat saye yang anda perlukan selagi tidak menyeberangi sempadan itu..(chewahhh....;D)

TAPI...SEBENARNYA!

walaupun saye ni kawan dengan semua orang tanpa memilih bulu (TAPI...SEBENARNYA!) setiap  kawan-kawan yang saye ada itu, saye ada letakkan degree masing-masing....jangan terkejut... saye memang orang yang macam ni! hahaha*gelak jahat*


  • kawan-kawan 1st degree  saye...(kira2 kawan saye yang kelas atasan dalam list saye la kan...hehhe. jangan marah...(~__*))   
  • ciri-cirinya:
    • mestilah dia kawan-kawan yang rapat dengan saye. 
    • yang tahu hati budi saye macam mana. 
    • yang 'sekepala' dengan saye (walaupun kami  mempunyai IQ & EQ yang berbeza..hihihi) 
    • lazimnya kawan-kawan saye yang berjaya masuk ke dalam degree ni adalah kawan-kawan yang faham prinsip-prinsip dan pendirian saye...
    • contohnya, yang sei'YA' dengan saye mengatakan 'TIDAK' kepada pergaulan bebas dan kami juge 'Anti-Couple'! 
    • Mereka juga sering solat berjemaah dengan saye, yang saye boleh menegur perbuatan dia yang kurang baik dan dia juge boleh menegur dan menasihatkan saye dengan hikmah.   *bab-bab ke arah pembaikan diri memang kami tak ambil hati* 
    • mereka inilah yang sering saye rinduu!! yang sentiasa bertanya kaba walaupun jarak jauh. mereka jauh di mata, namun tetap dekat di hati saye!

  • kawan-kawan 2nd degree saye... 
  • ciri-cirinya:
    • dia masih solat, pakaian sopan, bab-bab agama masih 'terjaga'... 
    • saye rapat juga dengan mereka tapi mungkin saye lebih banyak faham mereka berbanding mereka faham saye...
    • mungkin ada antara prinsip-prinsip kami yang tak sama. 
    • Ada perkara yang saye ambil berat tapi tidak pada dia. Kami 'sekepala' tapi untuk sesetengah perkara sahaja.
    • Walauapapun saye tetap suka berkawan dengan mereka.

  • kawan-kawan 3rd degree saye... 
  • ciri-cirinya: 
    • mereka mungkin belum habis kenal saye...sebab jarang dapat peluang nak  mengenali saye...(hehehe). 
    • Yang ini maybe kawan-kawan coursemate, batch etc.
    • namun jika mereka perlukan pertolongan saye, saye sentiasa bersedia untuk membantu.

  • ...dan yang lain-lainnya....(kawan-kawan degree tak tahu...hahaha) 
    • anda semua tetap kawan-kawan saye...
    • sama juge macam anda yang telah membaca novel saye dan cuba mendekati saye dengan cara mesej di FB atau di blog ni...
    • saye hargai anda semua! anda adalah kawan-kawan saye walaupun kita tak pernah berjumpa. (^__^)

Teruk kan saye!  Siap ada buat peringkat-peringkat kawan lagi....
(suka hati sayelah kan...huhu..*kidding*)


BUKANNYA APA...

sebenarnya saye nak bawa anda kepada satu anologi yang cukup indah berdasarkan konsep 'degree' kawan-kawan saye tu....

Anologinya.... 

Di manakah degree kita di sisi Allah S.W.T???

Allah itu Maha Pemurah dan Penyayang kepada hamba-hambaNya...Namun masih ramai antara kita yang terlepas pandang, tak ambil peduli pun...Allah sayang kepada semua; hambanya....

Orang yang 'degree'nya paling dekat dengan Allah pastilah yang sentiasa buat apa yang Allah suka, yang mengatakan 'YA' pada semua ajaran Islam! 

Dan kita yang mungkin masih tak 'seberapa' amalannya ini masih tak tahu di mana degree kita...

lagi pula...dah lah tak buat apa yang Allah suruh, buat pula apa yang Allah larang...ha...kat mana lah kita...memang Allah sayangkan kita, tapi agak-agaknya Allah tengok tak kita ni?

Jangan sangka, kita yang tak ikut syariat, kita yang tak solat, kita yang tak tutup aurat akan sama 'degree' sayangnya Allah kepada hamba-hambaNya yang berusaha mendekatkan diri kepadaNya dengan cuba melaksanakan segala suruhan dan berusaha meninggalkan segala laranganNya. 


Orang yang lebih taqarrub (dekat) dengan Allah, pastilah lebih Allah sayang!

Jadi, kat mana degree kita disisi Allah, kita yang letakkan....



tepuk dada, tanya iman...
(jangan tanya Aiman, kalau Aiman asyek tak kisah aje!!)


Ayuh, kita dekatkan degree kita dengan Allah!!
insyaAllah, we can make a difference!





(:alangkah indahnya hidup ini>>>bile 'degree' kita dekat dengan ALLAH!:)


 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...