Pages

Tuesday, November 9, 2010

kat mana 'degree' kita???


بسم الله الرحمن الرحيم


'Degree'?
#Peringatan awal: ini bukan 'degree' Science, bukan 'degree' accountancy, bukan  'degree' engineering, bukan  'degree' medicine, bukan juga 'degree' Syariah! yang anda dah dapat atau bakal dapat tu..(saye tak kisah semua 'degree' anda....jom baca dulu!;)


sebelum tu suke saye nak berkongsi dengan anda tentang "KAWAN"...


kawan...
Ada ape dengan kawan???
kawan@sahabat@rakan@teman@geng sekepala etc...
tak kisahlah apa pun sebutan itu tapi hakikatnya perkataan-perkataan ini semua digunakan untuk memaksudkan perkara yang sama... Namun bergantung juga kepada keselesaan anda nak 'guna'kannya macam mana, lalu dalam entry saye ini saye lebih suka nak gunakannya sebagai 'kawan'...


Anda ada kawan?
Ramai tak kawan-kawan anda?
'Macam Mana' kawan-kawan anda tu?
Anda suka tak kawan dengan kawan-kawan anda?


K.A.W.A.N....
mari kita mula bercerita tentang 'dia'....

Dalam kehidupan remaja (khususnya...dan tidak terkecuali kepada semua peringkat umur..) kawan ni sebenarnya akan membawa IMPAK yang besar kepada diri seseorang dan kerana itu juga banyak 'kata-kata' yang mengingatkan dan memberi panduan kepada kita bila nak berkawan dan bila nak mencari kawan.


"Jangan berkawan dengan orang yang tamak kerana pada zahirnya
ia ingin membahagiakanmu tapi hakikatnya dia akan mencelakan
Jauhilah berteman dengan pembohong kerana 
ia boleh menjadikan orang yang dekat lari daripadamu dan sebaliknya
Janganlah berkawan dengan orang yang bakhil kerana 
ia akan melupaimu di waktu kamu sangat memerlukannya dan
jauhilah bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat kerana 
ia tidak malu untuk menjualmu dengan harga yang sangat murah"
-Saidina Ali bin Abi Thalib-


"Manusia yang paling lemah ialah orang yang tak sanggup cari
teman dan yang paling lemah daripada itu ialah orang yang
mensia-siakan teman yang telah diperolehinya".
-Imam Al-Ghazali-

"Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri
sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang"
-hamka-


"Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia
begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan
masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya
telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan.
Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian
dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang
benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai
dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya
."



"Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di
beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun ,
dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah
bercakap-cakap lama dengannya".



Jadi, bagaimana anda memilih sahabat atau kawan-kawan ada?
saye sangat suka akan pesanan Al-Qamah kepada anaknya tentang ciri-ciri kawan-kawan yang 'sepatutnya' bila jadi kawan kita...

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
• Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
• Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
• Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
• Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
• Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
• Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
• Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
• Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
• Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
• Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
• Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
• Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
• Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.


"Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu
ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka
sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan."


Personally, saya seorang yang memang pilih kawantapi saye boleh kawan dengan semua orang tanpa mengira agama, bangsa dan negara (hihiihi)...Saye juge berkawan dengan semua orang tanpa mengira fikrah mereka, rupa paras, kepandaian, dan sebarang nilai material yang lain...

Bagi saye, saye akan berkawan dengan semua orang dengan niat yang satu, ingin membawa kebaikan padanya bila bersahabat. Maka, saye seorang yang memang sentiasa (harap maaf, insyaAllah tiada unsur riya' di sini ye...^__^) ber'tangan' dan hati terbuka sekiranya ada yang inginkan pertolongan, nasihat, menjadi pendengar yang baik kepada sesiapa saja yang berkawan dengan saye. Means, to all my friends...you can count on me whenever  you need me! seriously!

TAPI, bagi kawan-kawan yang berlainan jantina pula...ada sempadan dalam agama yang telah dulu saye letakkan. Namun, insyaAllah saye masih boleh berikan kerjasama yang baik sekiranya ada apa-apa khidmat saye yang anda perlukan selagi tidak menyeberangi sempadan itu..(chewahhh....;D)

TAPI...SEBENARNYA!

walaupun saye ni kawan dengan semua orang tanpa memilih bulu (TAPI...SEBENARNYA!) setiap  kawan-kawan yang saye ada itu, saye ada letakkan degree masing-masing....jangan terkejut... saye memang orang yang macam ni! hahaha*gelak jahat*


  • kawan-kawan 1st degree  saye...(kira2 kawan saye yang kelas atasan dalam list saye la kan...hehhe. jangan marah...(~__*))   
  • ciri-cirinya:
    • mestilah dia kawan-kawan yang rapat dengan saye. 
    • yang tahu hati budi saye macam mana. 
    • yang 'sekepala' dengan saye (walaupun kami  mempunyai IQ & EQ yang berbeza..hihihi) 
    • lazimnya kawan-kawan saye yang berjaya masuk ke dalam degree ni adalah kawan-kawan yang faham prinsip-prinsip dan pendirian saye...
    • contohnya, yang sei'YA' dengan saye mengatakan 'TIDAK' kepada pergaulan bebas dan kami juge 'Anti-Couple'! 
    • Mereka juga sering solat berjemaah dengan saye, yang saye boleh menegur perbuatan dia yang kurang baik dan dia juge boleh menegur dan menasihatkan saye dengan hikmah.   *bab-bab ke arah pembaikan diri memang kami tak ambil hati* 
    • mereka inilah yang sering saye rinduu!! yang sentiasa bertanya kaba walaupun jarak jauh. mereka jauh di mata, namun tetap dekat di hati saye!

  • kawan-kawan 2nd degree saye... 
  • ciri-cirinya:
    • dia masih solat, pakaian sopan, bab-bab agama masih 'terjaga'... 
    • saye rapat juga dengan mereka tapi mungkin saye lebih banyak faham mereka berbanding mereka faham saye...
    • mungkin ada antara prinsip-prinsip kami yang tak sama. 
    • Ada perkara yang saye ambil berat tapi tidak pada dia. Kami 'sekepala' tapi untuk sesetengah perkara sahaja.
    • Walauapapun saye tetap suka berkawan dengan mereka.

  • kawan-kawan 3rd degree saye... 
  • ciri-cirinya: 
    • mereka mungkin belum habis kenal saye...sebab jarang dapat peluang nak  mengenali saye...(hehehe). 
    • Yang ini maybe kawan-kawan coursemate, batch etc.
    • namun jika mereka perlukan pertolongan saye, saye sentiasa bersedia untuk membantu.

  • ...dan yang lain-lainnya....(kawan-kawan degree tak tahu...hahaha) 
    • anda semua tetap kawan-kawan saye...
    • sama juge macam anda yang telah membaca novel saye dan cuba mendekati saye dengan cara mesej di FB atau di blog ni...
    • saye hargai anda semua! anda adalah kawan-kawan saye walaupun kita tak pernah berjumpa. (^__^)

Teruk kan saye!  Siap ada buat peringkat-peringkat kawan lagi....
(suka hati sayelah kan...huhu..*kidding*)


BUKANNYA APA...

sebenarnya saye nak bawa anda kepada satu anologi yang cukup indah berdasarkan konsep 'degree' kawan-kawan saye tu....

Anologinya.... 

Di manakah degree kita di sisi Allah S.W.T???

Allah itu Maha Pemurah dan Penyayang kepada hamba-hambaNya...Namun masih ramai antara kita yang terlepas pandang, tak ambil peduli pun...Allah sayang kepada semua; hambanya....

Orang yang 'degree'nya paling dekat dengan Allah pastilah yang sentiasa buat apa yang Allah suka, yang mengatakan 'YA' pada semua ajaran Islam! 

Dan kita yang mungkin masih tak 'seberapa' amalannya ini masih tak tahu di mana degree kita...

lagi pula...dah lah tak buat apa yang Allah suruh, buat pula apa yang Allah larang...ha...kat mana lah kita...memang Allah sayangkan kita, tapi agak-agaknya Allah tengok tak kita ni?

Jangan sangka, kita yang tak ikut syariat, kita yang tak solat, kita yang tak tutup aurat akan sama 'degree' sayangnya Allah kepada hamba-hambaNya yang berusaha mendekatkan diri kepadaNya dengan cuba melaksanakan segala suruhan dan berusaha meninggalkan segala laranganNya. 


Orang yang lebih taqarrub (dekat) dengan Allah, pastilah lebih Allah sayang!

Jadi, kat mana degree kita disisi Allah, kita yang letakkan....



tepuk dada, tanya iman...
(jangan tanya Aiman, kalau Aiman asyek tak kisah aje!!)


Ayuh, kita dekatkan degree kita dengan Allah!!
insyaAllah, we can make a difference!





(:alangkah indahnya hidup ini>>>bile 'degree' kita dekat dengan ALLAH!:)


 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...

No comments:

Post a Comment