Pages

Tuesday, February 26, 2013

common sense~

 بسم الله الرحمن الرحيم



*Ini sebenarnya entry Februari, tapi disebabkan keadaan saya yang tak berapa nak mengizinkan jadi saya postkan ia di 1 Mac setelah memaksa diri untuk menyiapkan entry ini sebaik mungkin. #ingat nak jadikan ia hadiah hari lahir, niat tak kesampaian...huhu apa-apapun, Alhamdulillah, siap pun entry ni! ^_^* (rupanya 1 mac pun tak siap jugakk...-__-", insyaAllah nanti entry April saya bagi tahu sebab apa tak sempat siapkan..)

Bulan 2.

Ini entry Februari. Saya sebenarnya sangat suka bulan Februari -----> *Alhamdulillah to see February! ^__^*

bukan sebab ada satu hari yang dalam bulan ni 'ada orang berkasih-kasihan' sibuk nak buat sambutan.

saya suka sebab Februari adalah bulan kelahiran saya.. hehe :) (macam juga Rasulullah suka berpuasa pada hari Isnin sebab pada hari itu baginda dilahirkan. Awesome!)  saya juga suka sebab biasanya ia akan dekat-dekat dengan sambutan kelahiran 'kekasih hati' saya, Muhammad s.a.w. walaupun sebenarnya kalau ikut bulan Islam saya lahir bulan Rejab.. (macam masa tahun ni: {A beutiful day i share with you, love.}...hari lahir saya jatuh sama tarikh Maulidurrasul). #uishh..dekat 3thn da post tu rupanya...

saya juga suka Februari sebab (dengan 'perasan'nya) selalu jumpa orang-orang yang 0sem lahir dalam bulan yang sama dengan saya.. #ini memang jelas masuk troli tolak sendiri...haha 

Lagi satu, saya rasa bulan Februari macam istimewa sikit sebab 'dia' je sorang-sorang ada 28 hari, siap kalau tahun lompat tetiba ada 29hari...kan..kan.. *haha:D

Sebenarnya saya sangatlah ingin mengistiqamahkan diri saya untuk selalu post artikel di layar 'rumah' saya ni, tapi..... *anda tau sendiri..*  insyaAllah saya berdoa dengan sangat dan saya berharap dapat istiqamah untuk update setiap bulan walaupun hanya dengan sebuah artikel. #istiqamahlah sangatkan?? huhu anyway, tak apalah, biar istiqamah dengan yang kecil kalau yang besar kita tak mampu. ;)

Ok, jom borak-borak tentang Common Sense....

Kenapa saya nak post tentang common sense?? #agak-agak sebab apa??? cuba teka...


sebab....


sebab....


jeng-jeng-jeng...


semua yang anda teka semuanya salah! hahahah *yo-yo-o jerr..:P

tak caya?

saya nak tulis tentang common sense sebab...saya suka perkara-perkara tentang common sense!

memandangkan bulan Februari adalah bulan yang saya suka, jadi saya nak post kan sesuatu yang saya suka juga... ;)


**********
Common Sense. Automatik teringat dekat lecturer Microbiology saya dulu. Kitaorang panggil lecturer ni dengan panggilan manja; "Dr.P"..Lecturer saya ni perempuan, dari negara India. Dia tinggi, cantik dan bertambah cantik lagi sebab selalu menggayakan sari ke kelas. Macam model, serius! (sikit lagi nak jadi cam Aishwarya Rai..hehe :D)  
Sebab tu juga Dr. P pernah kata "Although i'm far away from my country but India is always with me!" (sambil tunjuk sari dia..aiceceh.)

Guess what?

Ha, masa belajar dengan Dr. P ni memang perkataan "Common Sense" sangat famous kat kitaorang semua. Sebabnya, Dr.P suka guna terma ni. Kalau nak tau, Dr. P ni memang digeruni semua student cos dia adalah Dr yang paling garang. Kalau terlambat datang kelas baiklah tak payah cuba-cuba nak masuk sebab confirm kena halau keluar semula. Datang lambat ke kelas adalah salah satu 'kepantangan' Dr. P.  Lagi satu, kalau tak ada further reading pun, tak payahlah berangan nak masuk kelas, sebab Dr P akan pusing satu kelas dan randomly-picked untuk tengok logbook microb..*scary kan...huhu

Term "Common Sense" memang sebati dengan Dr.P... pernah ketua kelas (aduh, klasiknye bunyi...) ok, class representative@ class rep kitaorang yang selalu jadi mangsa "Common Sense" dari Dr. P,  pernah sekali white board kelas jauh dari tempat duduk kitaorang...ha, siapla kena dengan Dr.P: "Don't you have a common sense?". Maksud dia tu macam;  "tak ada common sense ke nak tarik white-board ke depan sikit so then bolehlah kawan-kawan  nampak dengan lebih jelas sikit. Jadi, sejak tu sebelum je mula kelas Dr.P mesti class rep kitaorang dah tengok alignment white board tu siap-siap, make sure ada pemadam white-board tu juga.

#Itulah antara kenangan "Common Sense" dan Dr. P. Sekarang beliau dah balik India for good pun. *Miss the old days sooo much! ;(
******selingan tamat*******


Jadi...apa sebenarnya "Common Sense" tu???


Mengikut kata 'Kamus Percuma' (TheFreeDictionary) hasil carian daripada Prof SerbaTahu Al-Google;  yang secara 'noun'nya "Common Sense" adalah 'Sound judgement not based on specialized knowledge; native good judgement' atau membawa maksud yang lainnya; 'plain ordinary good judgement; sound practical sense' dan sekiranya di'adjective'kan bermaksud 'inspired by or displaying sound practical sense'.

Saya yang tak berapa nak 'teror' bahasa orang putih ni al-fenin la juga nak tangkap maksud tu...tapi secara sekala besar atau secara general, dapatlah kita mengambil idea umum (general idea) nya yang mana Common Sense ini boleh dikatakan sebagai suatu pertimbangan yang wajar tapi tidak berdasarkan pengetahuan khusus. Ia adalah pertimbangan yang baik dan relatifnya adalah sesuatu yang praktikal.

Itu dari sudut bahasalah.

....tapi, pada pandangan hati saya yang melihat common sense ini pula memahaminya sebagai sesuatu (sama ada fikiran, perkataan, atau perbuatan) yang baik/wajar yang terlahir dari dalam diri seseorang secara sendirinya dalam menghadapi pelbagai keadaan . (mungkin di sinilah dapat masuk atau kena dengan definisi di atas tadi: plain ordinary good judgement).

...dan bagi saya common sense ini juga boleh jadi sesuatu yang kita bina (develop),  sesuatu yang kita cipta (create), atau mungkin juga dari pengamatan kita (observation), atau mungkin juga yang kita dapat dari sekeliling (acquired)... tapi pandangan peribadi saya lebih menyokong kepada hasil didikan di rumah (faktor ibubapa) dan berdasarkan pengalaman (through experience) yang lebih membawa kepada peratusan yang besar untuk kita dapat common sense ni.

Itu dari pandangan sayalah.

....tapi kalau kita tengok dari sudut dan kaca mata Islam, "Common Sense" ini sebenarnya sangat berkait rapat dengan AKHLAK!
bak kata Imam Al-Ghazali:

"Matlamat utama akhlak ialah untuk mempengaruhi kelakuan sebenar seseorang individu. Setiap amalan baik individu adalah untuk menyuci jiwa dirinya semoga ia memperoleh pembalasan yang baik di alam akhirat. Kelakuan berakhlak adalah persamaan dengan tuntutan agama. Makin beramal seseorang individu dengan ajaran agama makinlah berakhlak individu tersebut."
Common Sense is a part of akhlak which possesses almost whole of the proportion. (Athirah Taha, 2012)

Common sense ini bagi saya ter'apply' dalam banyak perkara.  kenapa saya guna ter'apply' bukan 'boleh di'apply'? sebenarnya saja je,  ter'apply' tu maksudnya 'boleh jadi' dalam setiap dan banyak perkara. kalau saya kata boleh di'apply' tu memberikan option atau pilihan sama ada kalau nak, kita boleh buat kalau tak nak tak apa. tapi yang lebih saya nak maksudkan adalah supaya common sense ni goes naturally atau spontaneous. bukan yang kita perlu fikir nak buat atau tak. sebab tu saya guna ter'apply'!

Common sense itu boleh dalam banyak perkara: common sense dari segi kita berfikir, cara kita berinteraksi dengan orang lain, cara kita komunikasi, cara kita bawa diri kita (self-bringing) or even bila kita seorang diri pun kita perlu ada common sense bersama Allah!

Common sense juga mungkin boleh dimaksudkan dengan perkataan lain....

Contohnya macam kakde saya; dia kalau nak marah atau tak puas-hati dengan attitude orang dia akan kata macam ni: "awak ni tak alert la!"

Haa, ke'alert'an kita terhadap sesuatu perkara pun menunjukkan sejauh mana 'konsentrasi' atau kepekatan zat common sense dalam diri kita! (err..tinggi sangat ke metafora ni?? hehe) Itu maknanya, kalau konsentrasi common sense itu tinggi dalam diri kita, sudah pastilah kita  dengan sendirinya akan alert terhadap banyak perkara!


Common sense juga sebenarnya adalah bersifat spontaneous. Tak perlu kita nak rancang apa yang kita nak fikir, nak cakap atau nak buat. Macam juga akhlak. Akhlak yang baikkan tak perlu nak tunggu kena fikir, ia adalah satu tidakan yang spontan. Saya memandang Common Sense sebagai sesuatu yang cukup besar untuk membentuk seseorang menjadi seorang yang berakhlak mulia dan maha sesungguhnya ikon yang highly-common-sensed yang patut kita contoh dengan sangat-sangat adalah baginda Rasulullah SAW sendiri.
saya ada satu impian, impian yang sangat besar: mahu melihat remaja Malaysia bergenerasi sahabat, berketrampilan Rasulullah! Ayuh, mari perkasakan diri dengan akhlak nabi! subhanAllah! ;D (Athirah Taha, 2012)

saya ada satu harapan besar: mahu ada orang bukan Islam yang cakap pada saya seperti ini; "Awak Muslim terbaik yang pernah saya jumpa". Maka saya dengan senang hatinya akan menjawab; "Alhamdulillah, tapi awak baru berjumpa saya, belum lagi mentor saya, dia adalah yang terbaik di bumi ini " (Athirah Taha, 2013)

"you are the best Muslim I've ever met".
"O yeahh! come on, meet my mentor, Muhammad (pbuh)!"

"baik betul akhlak budak ni...mewarisi akhlak sapalah ni?"
"Saya mewarisi akhlak Nabi!" (Athirah Taha, 2013)

Membaca Sirah Nabawiyyah, Ar-Rahiq Al-Makhtum membuatkan saya begitu teruja dengan tahap tingginya Common Sense Rasulullah SAW. Baginda sentiasa ada banyak moment yang indah bersama para sahabat. Anda pernah dengar lagu ni?



[credit: AngelPakaiGucci!]

Lagu ni pun secara tak langsung menceritakan betapa Osemnya Common Sense Rasulullah yang membantu seorang tua yang tidak menegenalinya malah mengatakan yang dia sangat membenci Muhammad tapi akhirnya apabila Rasulullah menunjukkan akhlak yang baik apabila berhadapan dengan orang yang membencinya, serta menunujukkan comman sense yang tinggi dengan tidak memarahi orang tua itu kerana kejahilannya maka di akhirnya baginda dapat menarik hati orang tua tersebut apabila mengatakan "Akulah Muhammad, yang kamu katakan itu!"

Common sense pun boleh buat orang suka kat kita tau! Cayalah!

Kalau kat rumah memang adik-beradik tau yang saya ni agak macam kuat 'nagging' juga...terutama sekali abang saya. sebab dia yang selalu kena nag dengan saya...hahha mana taknya, saya memang tak suka kalau jam dah dekat pukul 7pm, hari pun dah nak gelap tapi ada pulak orang boleh sedap-sedap tengok TV tapi tingkap pintu semua tak tutup lagi. Haii, nanti masukla nyamuk pastu bila malam banyak nyamuk punyalah bising! Pastu lagi kalau makan suka tinggal sisa makanan kat atas meja camtu je...ha, memang siap nak kena dengan saya lah tu...huhu
 

Tau sebab apa saya 'bising' bila berhadapan keadaan-keadaan yang macam tu semua... sebabnya mudah, semua tu common sense! Nama pun 'common' sense, so sepatutnya benda simple macam tu semua dah common, dah biasa, dan dah tahu. So tak perlu orang lain nak 'bising'.  

Tapi yalah, saya tak nafikan, bukan semua orang mampu hidup ber'Common Sense' dan tahu sendiri. Cuma saya percaya dan sangat pasti bahawa sebenarnya common sense tu boleh kita praktikkan dan jadi habit kita kalau kita sendiri suka nak praktikkan.

Kalau kita selalu pentingkan diri, suka berkira, nak sering mengharapkan orang lain yang buat atau mulakan dulu....nampaknya memang susahlah common sense nak dekat dengan kita...


Kita sering mengkesampingkan atau memandang remeh terhadap perkara-perkara kecil seperti senyum, tolong atau buang sampah ditempat yang betul, cuci tandas, tunjukkan jalan kepada orang yang tersesat/tak tahu jalan, menghiburkan anak-anak kecil dll. Ini perkara yang mungkin nampak tak penting dan  remeh bagi kita tapi sebenarnya ia adalah penyumbang yang besar buat saham akhirat.

....dan perkara-perkara tu semua adalah common sense



See, senang je nak dapat 'saham' yang besar di akhirat...ianya hanya dengan common sense! Melihatnya kecil, kita yang rugi besar.

Cuba tengok kehidupan kita sehari-hari. Banyak sebenarnya common sense yang perlu dan boleh kita buat. Contohnya atleast dua-minggu sekali kena tukar tuala, tukar cadar. Seminggu sekali kena potong kuku. Or even bila tengok toilet kotor, kita kena ada common sense nak kena basuh. Kalau rambut dah banyak kat lubang air nak keluar tu, kenalah buang. See, semua tu common sense sebenarnya. 


Sama juga, contohnya kalau sebelum nak cuci pinggan kita mestilah buang dulu sisa makanan supaya singki tak tersumbat dan kalau kita tak buang pun, lepas cuci tu kita ambillah sisa dalam singki tu dan buang supaya clear untuk orang lain yang nak guna singki tu nanti. Senang je kan sebenarnya nak guna common sense kita. 

Common sense pun terpakai juga interm of interaction or communication kita dengan orang. Contohnya, kalau tengok kawan kita macam tengah tak ada mood ke, tak payahlah nak buat lawak seposen, buat kena marah je kan...huhu Ha, lagi satu saya suka nak bagi contoh...bila mak kita dah masak, kita kenalah tolong buatkan hidang...sediakan pinggan-mangkuk-cawan, angkatkan makanan buat air ke, pastu nanti tolong cuci pinggan ke...ini juga common sense tau. dahlah mak kita dah masak, takkan kita nak makan aja kan...hoho

Banyak sangat lagi perkara-perkara common sense dalam hidup kita ni; even bila nak bayar hutang pun kira common sense juga, sebaiknya janganlah tunggu orang minta baru kita nak bayar, tolong ringankan tangan angkat barang orang pun common sense juga! memberi nasihat/menegur dengan cara yang hikmah juga common sense. menerima kritikan dengan berlapang dada juga common sense! Mendoakan orang terbersin juga common sense! MasyaAllah, banyak sangat-sangat-sangat (infiniti sangat) common sense ni! So, kitalah yang kena alert! Semoga Allah mengilhamkan common sense kita serba-serbi! :)

Perkara bab-bab common sense ni macam tak best la kan kalau nak orang 'bising', nag, atau kena tegur sebab sebenarnya semua benda tu kita dah kena maklum sendiri. Jadi, janganlah kita menjadi orang yang 'tak-berapa-nak-tinggi/tahu-common sense' sehingga boleh mendatangkan perasaan tak senang hati pada orang lain. 


Macam saya sendiri, saya sebenarnya memang tak suka nak tegur-tegur orang kalau perkara yang berkaitan dengan common sense. Kalau saya tegur tu maknanya saya dah tak tahan sangattttt! huhu (@__@)

Maka, marilah kita cuba develop, practice, create and sharpen common sense kita sehingga tak perlu tunggu sampai orang nak kena beritahu kita. 

Ya Allah, jadikan aku orang yang tinggi common sensenya!!! ^_^



__________
#ringan-ringankan tangan, selamat beramal! :)



"Dan sesungguhnya engkau tetap beroleh pahala yang amat besar, yang tidak putus-putus, (sebagai balasan bagi menjalankan ajaran Islam) Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat-sangat mulia." (Al-Qalam 68: 3-4)


(:alangkah indahnya hidup ini>>>bila kita ada common sense yang tinggi! :)





 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam..
Rekod sebenar entry siap:
-MES, 7.52pm, Khamis, 21-Mar-2013, 9 Jamadil Awal, 1434-

2 comments: