Pages

Friday, February 18, 2011

~Berlapang Dada~

  بسم الله الرحمن الرحيم


Niat awal entry ni nak jadikan ia rekod dalam sejarah entry saye sebagai entry yang terpendek..hehehe (tapi tak taulah tercapai atau tidak...ahaha) Didraf asal, pada 27hb Januari.  Kemudian 'berdating di taman syurga' pada 28hb Januari telah diingatkan sekali lagi tentang indahnya berlapang dada ni. Namun takdirnya...9hb Februari, entry KEMM1511 menjengah blog lebih awal...Maka hari ni, terimalah....


~Berlapang Dada~


Dulu saye pun tak berapa familiar dgn 'term' ini. Tapi berlapang dada ni memang memberi suatu impak yang besar dalam diri saye. Terima kasih kepada Arifah, si kembar singa yang mula mendedahkan saye kepada berlapang dada! (sejak matrik dulu). Sekarang saye pulak yang sebarkan kebaikan berlapang dada ni. Moga kita bersama beroleh pahala berpanjangan hendakNya.

Berlapang dada. These words are such a soothing tone that Allah used to calm prophet Muhammad s.a.w! Keindahan belapang dada ini sangat saye rasa. Oh, Allah memang maha romantik! Romantiknya Dia memujuk hati KekasihNya! SubahanAllah! Cantiknya Allah!

"Bukankah Kami telah meLAPANGkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah pertunjuk)?, Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -, Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?, Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?, Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran ada disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran ada disertai kemudahan, Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal salih), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal salih yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)." (94:1-8)

Hikmahnya berlapang dada dalam kehidupan seharian, mari saye bawa contoh yang ini:

Kadang-kadang secara tak sengaja kata-kata (dan perbuatan) kita yang 'terkeluar' (kerana@dipengaruhi sesuatu situasi) tanpa kita sedar, sebenarnya memberi impak yang sangat dalam kepada hati dan perasaan orang lain. Namun, sebenarnya, kita tak berniat atau tak sengaja pun.

Hari tu: saye (mungkin kerana tengah menyapu satu rumah, dan pula dalam aura2 sedikit 'keletihan' & 'kepanasan') adik saye telefon mak saye. Kemudian dia pun berhajat la (ceywahh...cam ala2 nk meminang aje gayenye..hehe) nak cakap dengan saye.  'Mungkin' kerana dipengaruhi situasi tadi, saye yang tengah agak 'berpeluh-peluh' ni  jadi macam tak ada mood nak cakap telefon dengan dia.. So, bila kak de saye nak bagi telefon tu, saye jadi cam malas nak cakap. Pastu saye pun kata nak telefon balik, tapi lepas tu saye pun dah lupe nak telefon balik semula...(haha..kejam punye kakak!)

Dan lepas tu, adik saye yang juga merangkap bestfriend saye ni..(ni versi nak pujukla kira..kalau die baca mesti tersenyum lebar punye...;D) pun merajuk la dengan saye. Bila saye call dia, beberapa hari lepas tu die pulak tak mau cakap dengan saye..huhu( p/s: anyway sekarang kitaorang dah baik da...hehe)

Hari ini: kawan saye, 'mengeluarkan sesuatu yang boleh difahami dari sudut maksud bahasanya dengan baik', 'mungkin' dia nak bergurau (jika saye tak 'emo'  memang boleh diterimalah 'kot' jika rasanya dia nak bergurau). Dia 'mungkin' nak beritahu sesuatu yang memang daripada hatinya atau 'mungkin' dia sebenarnya memang jenis yang begitu.

Rasionalnya bagi saye, memang kata-kata itu biasa saja. Namun situasinya berbeza, mungkin pada saat itu tak kena dengan 'mood' saye, mungkin juga sebab hati tak berapa bersih, jadi saye 'kurang-rasa-nak-boleh-terima' itu sebagai suatu 'gurauan-kasar-tapi-manja' yang dia maksudkan sebenarnya.

Hurmmm...

Perkara ini membuatkan saye terfikir dan bersyukur! Oh, Allah sayangkan saye! (walaupun perasan. Saye tak kisah, sebab saye tahu Allah memang tak akan pernah kecewakan saye kalau saye sayang Dia!..^__^)

Allah nak saye refleksi diri saye semula. Jadi, Allah bagi saye 'rasa' dan 'terkena'!

Memang kita mungkin 'tak berniat', 'tak sengaja'... tapi  'ke-tak-ter'tak berniatan dan 'ke-tak-ter'tak sengajaan kita ini sebenarnya sangat terkesan di hati orang-orang di sekeliling kita.

Jadi, jangan ikut 'ke-tak-ter'tak berniatan dan 'ke-tak-ter'tak sengajaan kita aje... berfikirlah dengan bijaksana! (pesan pada diri sendiri!)


Maka, marilah berlapang dada dengan segala kekhilafan.
Jom doakan kita dan dia supaya mendapat rahmat dan redha Allah sentiasa.^__^

" (Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa." (53:32)

Oh, Allah bantulah saye mendidik diri untuk jadi orang yang 'bersih' & 'baik hati'! aaaminn!!


(:alangkah indahnya hidup ini>>>bila sentiasa berlapang dada!:)




 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...

Wednesday, February 9, 2011

Ada apa dengan "Melayu Sepakat, Islam Berdaulat"?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Konvensyen Memperingati 500 Tahun (1511-2011) Kejatuhan Empayar Melayu Melaka Islam (KEMM1511)

"Melayu Sepakat, Islam Berdaulat"


Dah 2minggu lebih dah berlalu. Namun saye tetap gagahkan diri (ceywahh...hehe) untuk melayarkannya ke  blog saye ni...1: kerana saye memang dah berniat nak mengeposnya ke blog ni seperti yang saye lakukan selepas KOBANA yang lalu..2: mengira 'ia'nya sudah berupa janji pada kembar singa di UK, dan orang di Sabah..(hehe)..

Namun saye ini juga manusia yang tidak dapat tidak terlepas dari kelemahan... Selepas KEMM1511 yang lalu, saye bertungkus-lumus memasukkan data-data research saye dalam SPSS, kemudian nak siapkan abstrak research tersebut untuk dihantar kepada supervisor saye...lepas tu berkejar (takdelah berkejar pun..rushing aje..hehe) balik kampung cuti CNY...dan menyumbangkan pula tenaga membantu persiapan kenduri-kendara sepupu saye. Sudahnya memang tak sempat nak mendraf pasal KEMM1511 ni.. (=__=""). Thus,  i make it today!..;) (walaupun actually sekarang dah kena siapkan full thesis sebab dan nak kena design poster untuk presentation Research Project 2..huhu)

UTeM Overview
Nak diceritakan, perjalanan nak ke UTeM agak adventure juge (hehe)...  Rombongan kami dari Shah Alam membelah highway dengan menaiki bas sewa Ikhwan  Travel ke Durian Tunggal , Melaka...Bandar Bersejarah. Namun kehendak Allah juga, berlaku 'kesilapan' jalan (hehe).
Maka kami pun 'sedikit' kelewatanlah. Selesai pendaftaran, kami masuklah ke dalam dewan dan waktu tu memag dah ramai memenuhi ruang bawah dan atas dewan. Kami sampai almost 10 dan terlepaslah pembentangan kertas kerja pertama;

Pembentangan 1: "Kegemilangan Empayar Kesultanan Melayu Melaka"
Prof. Emeritus Datuk Dr Yusuf B. Hashim (Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka).

Semasa kami sampai tu majlis sedang berehat seketika sebelum meneruskannya ke pembentangan 2. Selingannya, adalah sebuah pidato penuh bersemangat ini...rugi tak dengar!


Cuba bayangkan, kami dahlah baru sampai..terlepas pulak pembentangan 1. Tup-tup diperdengarkan pidato ini. Tak sempat nak warm-up pasal KEMM1511 dah di'sentap'kan dengan pidato ni. Tapi pidato ni memang 'terbaikk' lah! Serius, meremang bulu roma rasa, tersentap pun ada. 'BANGUNLAH MELAYU!'. Bila kena sergah macam ni...dengan automatiknya sensor untuk ambil berat agenda umat dan bangsa dah ter'aktif'! Tiada masa untuk berpangku tangan!

Seterusnya, 
Pembentangan 2: "Kejatuhan Melaka Satu Tragedi kepada Jatidiri Bangsa Melayu dan Islam"
Dato' Dr. Hassan Ahmad (Mantan Pengarah DBP).

Sebenarnya, begitulah tajuk asal pembentangan kedua ni..tapi Dr. Hassan telah memposifkan sedikit tajuk ni dari tragedi kepada pengajaran.. Jadi bunyinya tajuk pembentangan 2 ini adalah:

"Kejatuhan Melaka Sebagai Pelajaran Penting Untuk Bangsa Melayu-Islam Hari Ini"

Jika melihat kepada kertas kerja ini, hampir 10 mukasurat (saiz A4 paper) jugaklah... Namun yang menariknya Dr. Hassan membentangkan kronologi kejatuhan Melaka dengan rilex dan sempoi (ala-ala macam atok2 kita bercerita kt cucu-cucu..hehe.) Yalah, cerita pasal Melaka kan, kena klasik sikitla bunyinya. Apa-apa pun memang best! Memang boleh nampak flow ceritanya. Ianya tak lah susah nak faham macam masa kita belajar Sejarah kat sekolah dulu, kan..hehe.

Dan pengajaran yang  boleh kita dari kejatuhan ni memang banyak. Antara yang saye suka nak highlight, adalah kerana kita tiada kepimpinan 'Islam-Melayu' yang betul-betul dipraktikkan di ambang kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka. Selain itu, pentingnya kita membaca buku-buku sejarah seperti Sejarah Melayu (Sulalat Al-Salatin) dan Hikayat Hang Tuah yang merupakan tinggalan Melaka yang sangat berharga untuk kita ambil pengajaran. Seperti juga 'Ini Sejarah Kita' yang perlu kita ambil pengajaran dari Keruntuhan Empayar Islam dahulu.

Kemudian,
Pembentangan 3: "Perjuangan Bangsa Melayu Dalam Mempertahankan Jatidiri dan Agama Islam"
Ust Mohd Fauzi Asmuni (Naib Presiden Isma).

Kali ni ketebalan kerja tersebut adalah sebanyak 25 muka surat (termasuk rujukan..hihi). Dalam pembentangan ini Ustaz Fauzi ada menerangkan sedikit sebanyak asalnya perkataan 'MELAYU' tersebut dengan itu ditunjukkan bahawa yang bernama 'Melayu' ini memberi penegasan bahawa ia ditakrifkan berdasarkan komponen penting yang membentuk jatidiri dan identiti 'Melayu' itu sendiri. Antaranya adalah dari aspek agamanya, cara kehidupan (adat resam) dan juga pemikiran mereka. Faktor-faktor inilah yang amat penting yang menjadikan Melayu-Islam sangat berkait-rapat.

Bagi saye, menerusi pembentangan Ustaz Fauzi ini kita dapat melihat dan mendapat input-input baru dan menarik tentang 'Melayu' itu sendiri yang mungkin tak pernah didengar sebelum ini. 'Perjuangan Bangsa Melayu Dalam Mempertahankan Jatidiri dan Agama Islam' dapat disimpulkan bahawa Orang Melayu perlu menjadi suatu bangsa yang juga sebagai Pendakwah Islam, yang menyebarkan Islam kepada umat manusia, Bahasa Melayu juga perlu sebagai Jati Diri Kaum Melayu dan juga Tulisan Jawi. Orang Melayu juga amat mudah memahami Ilmu Islam sebenarnya dengan itu seharusnya undang-undang kita adalah undang-undang Islam yang mampu mengubah Sistem Hidup rakyat seperti kejayaan undang-undang Melaka yang berjaya mengubah Sistem Hidup masyakat Melaka ketika itu menjadi lebih baik. Karya-karya seni juga merupakan salah satu cara untuk kita mempertahankan jati diri kita melalui kehalusan bahasanya. Jihad orang Melayu juga penting dalam menegakkan Islam. Kitalah yang perlu mewakili agama dan bangsa kita dan jihad kita bukanlah hanya jihad politik semata!

Selesai pembentangan Ustaz Fauzi, agenda seterusnya adalah;  

Forum: Kejatuhan Melaka dalam Tahun 1511 Sebagai Pelajaran Penting kepada Bangsa Melayu-Islam Hari Ini"

Dipengerusikan oleh: Hj Aminuddin Yahaya (S/U Agung ISMA)
Antara panel-panelnya adalah:
-Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman (Presiden ISMA)
-Prof. Datuk Dr. Abdul Latif Abu Bakar (Ketua II, GAPENA)
-Dr. Muhamad Razak Idris (Presiden ABIM)
-Dato' Seri Dr Zaharah Sulaiman (Mantan Menteri Perpaduan Negara & Pembangunan Masyarakat)

Sebelum mem'draf'kan entry ini saye ada katakan pada salah seorang kembar singa, terlalu banyak input dari KEMM1511 ini.  Sememangnya forum inilah  sesi yang paling  paling hangat. Selesai soalan dari pengerusi@moderator forum, bertubi-tubi (exaggrate aje bunyinya..hhaha)  soalan yang diajukan dari peserta. Rasa saye, mungkin hampir 30 soalan agaknya. Masing-masing beratur panjang di 3 tempat (barisan) mikrofon yang disediakan. Ikhwah dan akhawat masing-masing melontarkan pandangan dan soalan yang bernas dan semakin di akhir-akhir masa, bertambah 'panas' pula soalan-solan yang ditanya. Namun pengerusi bijak mengawal keadaan kerana masa dah tak mengizinkan.

Jadi, bersama ini saye sertakan RESOLUSI Konvensyen Memperingati 500 Tahun (1511-2011) Kejatuhan Empayar Melayu Melaka Islam (KEMM1511).

Tn. Hj Aminuddin Yahaya membacakan resolusi KEMM

Resolusi Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka

Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka (KEMM) telah berlangsung dengan jayanya pada 29 Januari 2011 di UTEM. Tiga kertas kerja telah dibentang dan dibincangkan.
Dengan ini KEMM merumuskan bahawa:
  1. Bangsa Melayu telah menjadi bangsa Islam yang sebaris dengan bangsa-bangsa lain di kalangan umat Islam di serata dunia, memainkan peranan mengembang dan mendaulatkan Islam di rantau ini.
  2. Kedudukan yang hebat itu telah dicapai kerana Islam telah sebati dengan pemikiran serta adab budaya Melayu sehingga melahirkan tamadun bangsa yang agung.
  3. Sejarah mencatatkan kecekalan bangsa Melayu mempertahankan keperibadian dan jatidiri keIslaman mereka dalam siri perjuangan yang panjang menentang penjajah yang bertujuan menjadikan Melayu bangsa yang lemah.
  4. Kesatuan agenda Islam dan semangat kebangsaannya telah berjaya menyatukan orang Melayu sepanjang sejarah.
  5. Kelunturan pegangan umat Melayu kepada Islam telah melemahkan sendi-sendi kekuatan yang menjadi pemangkin untuk agenda penjajah yang berteraskan humanism dan materialism bertapak lalu melemahkan jatidiri bangsa Melayu.
Berdasarkan rumusan tersebut Konvensyen Memperingati 500 Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka menegaskan bahawa bangsa Melayu mesti:
  1. Menyedari keperluan yang mendesak supaya kembali kepada keperibadian Islam mereka yang asal.
  2. Mengharmonikan kefahaman antara Nasionalis dengan Islamis dalam perjuangan bangsa Melayu di Malaysia.
  3. Menjadikan usaha mengumpul bukti-bukti sejarah yang boleh mengembalikan Melayu kepada jatidiri mereka sebagai agenda nasional.
  4. Mendedahkan fakta-fakta sejarah bagi memberi nafas baru dalam memahami sejarah perjuangan bangsa Melayu.
  5. Mentajdid peradaban Melayu dalam rangka mewariskan kisah kegemilangan, peradaban dan kepahlawanan umat Islam.
  6. Mencari persepakatan atas satu agenda yang boleh mambangunkan sebuah bangsa yang mempunyai agenda yang didukung bersama, “Melayu sepakat Islam berdaulat”.
  7. Memperkasakan institusi yang memperjuangkan dan memartabatkan identiti keperibadian bangsa Melayu.



p/s: Oh Melakaku! Tempat tumpah tarbiyyah & ukhuwwah yang pasti saye akan kenang sampai bila-bila!


(:alangkah indahnya hidup ini>>>bila Melayu Sepakat, Islam Berdaulat!:)





 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...