Pages

Tuesday, December 7, 2010

waktu 'jahiliyah'...kemudian bila 'hijrah' saye...

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam HIJRAH, semua!

Sedar tak sedar...dah setahun berlalu...dan sekarang dah nak melangkah ke 1432H. Selalu, sambutan tahun Islam ni seperti dikesampingkan..ramai yang tak perasan kecuali sebab 1malaysia cuti!.

Sejarahnya: tahun hijrah diasaskan Syaidina Umar Al-Khattab r.a, Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua..(ha...ingat lagi tak ni??) Tahun Hijrah adalah sempena memperingati peristiwa hijrah Nabi dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Namun lebih dari itu, hijrah sebenarnya membawa pengertian yang lebih hebat dan lebih luas lagi..

Sebagai contoh, Syaidina Umar yang selaku pengasas kalender Islam ini sendiri telah melalui hijrahnya. Bermula dengan hijrah dari masa jahiliyahnya itulah yang membawanya menjadi Umar yang berani mencabar orang-orang musyrik dari menghalang perjalanan orang-orang Islam berhijrah ke Madinah.

"Barangsiapa yang sanggup menjadikan ibunya keseorangan disebabkan kematian anak, meletakkan anak-anak mereka menjadi yatim piatu lantaran kematian bapa, sanggup menjadikan isteri kesayangannya menjadi balu kerana kematian suami, marilah kita adu senjata di sebalik bukit ini."

Demikian barulah kaum muslimin Mekah berani menyahut seruan hijrah kerana berasa aman dari ancaman kaum musyrikin. Dialah Umar, Umar yang menjadi pembeza yang hak dan yang batil! Dia juga adalah Umar yang masa jahiliyahnya, dia pernah menanam anaknya hidup-hidup. Namun 'HIJRAH' dirinya kepada ISLAM itulah yang mengangkat darjatnya di sisi Allah dan mendapat jaminan syurga daripada Rasulullah s.a.w.

Lihat!
betapa besarnya erti 'HIJRAH' ini...jika Umar boleh, mengapa tidak kita???
Umar manusia, kita juga manusia...dalam pandangan Allah...semua manusia sama kecuali yang membezakan kita adalah amalan dan taqwa!

Saye juga sentiasa berusaha untuk meng'hijrah'kan diri dari segala 'karat' jahiliyah yang mencengkam dalam diri setelah sekian lama...


 waktu 'jahiliyah'...kemudian bila 'hijrah' saye...



waktu 'jahiliyah' saye...
-saye pelik dan kadang-kadang menyampah orang solat lama-lama...(macam poyo ajekan...*astagfirullah, orang waktu jahil memang cam gini*) sebab bagi saye, tak payahlah lama-lama pun..kalau solat lama-lama tapi fikiran entah ke mana tak guna jugak...

kemudian bila 'hijrah' saye...

  • saye tahu sebenarnya, orang-orang yang soleh solatnya lama sebab dia menghayati setiap bacaan, dan perbuatan solatnya. Kesan bacaan solat itu sampai ke hati...dan mereka juga mahu 'masa' untuk mereka bersama Allah itu lebih lama...


waktu 'jahiliyah' saye...
-bila solat, saye selalu buat yang wajib aje...lepas Al-Fatihah tak baca surah pun... sebab tak buat yang sunat tu pun sah jugak solat kan...solat pun nak cepat-cepat macam tak cukup masa...

kemudian bila 'hijrah' saye...
  • saye tahu sebenarnya, perkara sunat dalam solat itulah yang mendekatkan diri kepada Allah. Solat tanpa yang sunat itu umpama muka tanpa make-up (a.k.a macam mayat hidup...bak kata make-up artist tu la kan..hehhe) dan bila solat nak cepat-cepat tu, sebenarnya syaitan sedang menipu kita,  menipu kata tak cukup masa. Padahalnya solat tu sebenarnya tak effect pun masa kita! Allah tulah pemilik masa. Janganlah kita 'berkira' dengan Allah!


waktu 'jahiliyah' saye...
-saye ada rasa macam perlu ke pakai tudung labuh, pakai purdah tu... asalkan tudung melabuhi dada kira macam ok lah kot...

kemudian bila 'hijrah' saye...
  • saye tahu sebenarnya, orang-orang mampu bertudung labuh dan berpurdah itu menunjukkan sejauh mana mujahadahnya. orang yang taqarrub dengan Allah pasti akan melakukan yang terbaik untuk melaksanakan syariat yang Allah tetapkan. Dah saye juga berdoa, agar suatu hari nanti, Allah akan berikan taufiq dan hidayahnya pada saye untuk mengenakan busana yang sejuk hati dan indah memandang itu...aaaaminnn..=)


waktu 'jahiliyah' saye...
-saye ada rasa macam yang tudung labuh, yang pakai jubah, yang pakai kopiah, pakai kurta tu...kebanyakkannye mesti ustaz-ustazah aje...

kemudian bila 'hijrah' saye...
  • saye tahu sebenarnya, orang-orang yang bertudung labuh tudung labuh, yang pakai jubah, yang pakai kopiah, yang pakai kurta tu tak semestinya ustaz-ustazah aje... malah bila dah ada tarbiyah (didikan) dan fikrah (kefahaman) beragama, ramai 'akak-akak & abang-abang' yang saye jumpa terdiri daripada golongan professional. Macam akak-akak tu ade yang engineer, yang TESL, doktor, QS, IT, ACC...tapi semuanya bertudung labuh...sangat respectla kt diaorang semua...


waktu 'jahiliyah' saye...
-saye selalu rasa tak puas hati dengan mak abah jika kata-kata mereka seakan 'membebel' di pendengaran saye....dan asyik nak 'menjawab' aje kerjanya...(darah muda..biasalah kan..huhu)

kemudian bila 'hijrah' saye...
  • saye tahu sebenarnya, berdosa melawan cakap mak abah hatta dengan perkataan 'ha' atau pun 'ah' (17:23)~sekali pun...(huh! berapa ramai anak derhaka zaman ni..bukan setakat 'ah' aje...=__="") dan saye tahu, diam itu adalah yang lebih baik dan perasaan memberontak itu boleh di atasi dengan bersikap tenang. Orang yang tenang itu emosinya tidak akan mudah terusik dan tak pula mudah marah. Macam mana nak tenang? (13:28)~


waktu 'jahiliyah' saye...
-saye selalu rasa tak adil bila asyik saye aje yang kena buat kerja rumah...adik saye selalu skip...padahal jarak kitaorang dua tahun aje...


kemudian bila 'hijrah' saye...
  • saye tahu sebenarnya, setiap perbuatan kita perlu ikhlas. Bila ikhlas, kita takkan rasa terpaksa dan kita akan buat dengan rela hati. dan sekarang bila balik kampung, matlamat saye adalah nak berbakti pada mak abah...bersih rumah, kemas rumah, bab-bab kain-kain tu mesti diselesaikan sebelum balik semula ke tempat belajar.


waktu 'jahiliyah' saye...
-saye selalu ada sikap macam ni...'ko buatlah, awak buatlah, kenapa aku, kenapa saye pulak'...

kemudian bila 'hijrah' saye...
  • saye tahu sebenarnya, nak membuat kebaikan dan mendapatkan pahala itu tak perlu nak mengharap dan menunggu orang lain. Kitalah yang harus mencarinya dan mendahului orang lain.


waktu 'jahiliyah' saye...
-saye selalu rasa macam tension bila kena membersihkan benda-benda yang kotor...toilet ke, dapur ke..etc.. 'sikit-sikit aku, sikit-sikit saye...'

kemudian bila 'hijrah' saye...
  • saye tahu sebenarnya, lebih baik kita tak suka kotor dari suka bersih. Orang yang tak suka kotor akan membersihkan sesuatu jadi bersih! Lagi pun buat kerana Allah suka bersih!


waktu 'jahiliyah' saye...
-saye tak kisah pun orang ber'couple'...ade juga kawan saye yang menggalakkannye...

kemudian bila 'hijrah' saye...
  • saye tahu sebenarnya, ber'couple' itu bukan cara yang Allah suka. lagipun itu tak menjamin cinta sampai syurga. 'Couple' hanyalah senjata syaitan semata-mata nak merosakkan umat Muhammad supaya jauh dari redha Allah...


waktu 'jahiliyah' saye...
-saye suka dengar lagu-lagu yang lagho-lagho...lagu cintala, lagu orang puteh la..etc..

kemudian bila 'hijrah' saye...
  • saye tahu sebenarnya, lagu-lagu tu tak bawak ketenangan pun...dengar lagu yang lirik dan muziknya baik-baik..(tapi tak semestinya nasyid aje..) dan mendengar ayat-ayat cinta dari Allah lagi mendamaikan dan boleh membentuk peribadi saye menjadi lebih baik...


hurmmm...sebenarnya banyak lagi persepsi waktu 'jahiliyah' saye...yang saye nak kongsi dengan anda supaya sama-sama kita memuhasabah diri...tetapi saye agak kebatasan waktu...tapi yang akhirnya saye nak kongsikan yang satu ni...


waktu 'jahiliyah' saye...
-saye rasa hidup ni kosong, tak ada matlamat yang jelas. Adakah sekadar belajar, masuk universiti, dapat degree, berjaya dapat kerja bagus-bagus, kahwin, dapat anak, dan menunggu mati..


kemudian bila 'hijrah' saye...
  • saye tahu sebenarnya, banyak yang perlu saye perbuat di dunia ni. Masih banyak yang belum saye lakukan! Segala amalan di dunia inilah yang menentukan siapa kita di akhirat nanti.


Pasti, hijrah kali ini adalah hijrah 'penebusan' bagi target-target yang masih belum terlaksana. Moga hijrah kali ini juga adalah langkah 'pembetulan' bagi segala kekhilafan...

Jadi, jangan buang masa...jangan berlengah untuk berhijrah!
Ayuh kita jadi Umar, ayuh kita sahut seruan hijrah!
Berhijrahlah!
Allah tidak memandang masa lalu kita sebaliknya kebaikan-kebaikan yang bakal kita lakukan...





azam saye hijrah ini;
-moga saye menjadi dai'e yang lebih baik...amin...(oh Allah, bantu aku!)
-moga saye memanfaatkan waktu lepas subuh selain daripada kalah di medan tilam..(yang bukanlah empuk mana pun...huhu)
-moga saye mengistiqamahkan diri dengan hafazan dan tasmi'..amin..(oh Allah, permudahkanlah!)
-moga saye mengikis sikap lagho dalam perbualan...(oh Allah, jauhkanlah yang buruk dari perkataanku!)
-moga saye dapat siapkan novel kedua ini secepat mungkin, mengikut keizinan Allah!
-moga saye melalui tahun ni dengan penuh berkat dan kebaikan...aaaaaaaaaminn..^__^


p/s: banyak lagi sebenarnya..tapi tak apelah..biar saye simpan sendiri...cukuplah yang itu azam yang ingin saye kongsikan dengan anda...banyak-banyak pun jangan hanya tahu berazam! (pesan dekat diri sendiri!..huhu) 
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya." (61:2-3)



(:alangkah indahnya hidup ini>>>dari 'jahiliyah' kepada HIJRAH !:)





 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...

6 comments:

  1. salam maal hijrah !

    nice entry..

    i miss u athe..

    T_T

    ReplyDelete
  2. salam hijrah jue!
    tq..praise be to Allah;)
    rindu kamu juge!!!!
    moga Allah kuatkan hatimu dan membimbingmu selalu..

    ReplyDelete
  3. salaam~

    Hurm.. Ana x berapa pasti dengan perkara ini.. Cuma, adalah lebih baik jika kesalahan lalu yang kita lakukan itu disimpan untuk kita sahaja dan taubat nasuha itu adalah jalan keluarnya..

    Hijrah menuju Ilahi~

    ReplyDelete
  4. wassalam'alayk...lil biruny..

    jazakallah for the words.
    yup. i know that. in fact, 'jahiliyah saye' ini not totally me. jauh sekali nak membuka pekung di dada. hanya mengambil pengalaman dari orang2 yang berfikiran begitu. daripada menunding jari kepada orang lain, biarla ana menjadikannya seolah diri ana untuk dijadikan contoh. dan ana
    percaya bukan ana sahaja yang pernah melalui ini. mungkin ramai lagi yang 'sedang' menghadapi karat jahiliyah seperti yang ana nyatakan dalam entry ini. ana kongsikan supaya kita tahu yang alangkah indahnya hidup ini bila berhijrah! walau bagaimana 'jahiliyah' pun kita, jika kita hijrah menuju illahi, pasti Allah akan menerima kita dan tidak memandang masa lalu kita. matlamatnya entry ini adalah supaya kita sama-sama mengubah persepsi 'jahiliyah' ini dengan berhijrah.

    daie itu menjadikan kelemahan sebagai kelebihan...=) usah hanya menceritakan yang baik, sedangkan kita ada syurga dan neraka...dan pilihan sentiasa ada, hijrah atau jahiliyah!^__^

    ReplyDelete
  5. salam trah..
    slmt mnymbut maal hijrah..ayuh same2 kita berubah ke arah yg lbih baik..moga Allah redha kita smua..
    moga kita istiqamah dalam setiap perubhn yg kite lakukan..ameen..

    ayuh berhijrah!
    doakn sy juge..

    rindu cik trah..;)

    ReplyDelete
  6. wassalam..tehah..;)
    salam hijrah...aaaaaaaaminnnn ats doanya..
    yuk, kita hijrah! JADI UMAR!(~__*)

    moga Allah permudahkan sahabatku, fatihahhamzah@{bintuhamzah} dalam hijrahnya. Oh Allah...bantulah dia, kuatkanlah hatinya...aaminn.

    pasti, rindu kamu juge cik tehah!;)
    bila mau ziarah sh.alam?

    ReplyDelete