Pages

Saturday, July 17, 2010

Di mana silapnya:Sebelum, Semasa, atau Selepas?? ~

بسم الله الرحمن الرحيم


 "Allahuma bariklana fi rajjab wa syaaban wabalighna RAMADHAN..." Ya Allah berkatilah kami di bulan rejab dan syaaban,dan sampaikanlah kami bulan ramadhan..aaminn~


Kini Rejab dah berlalu dan kita sekarang sedang bersama Sya'aban... Hampir seminggu sudah Rejab pergi..tetapi saya sebenarnya masih mahu berkata tentangnya...kerana apa? kerana ada sesuatu yang penting di dalam bulan Rejab yang kelihatan seperti kita semakin melupakannya....mungkin juga tanpa sengaja kita terlupa, tak perasan dek kesibukan seharian atau mungkin sebabnya kita tak peka tarikh hijrah, ya lah kelender yang kita guna..kan kalender masihi... agak terlewat, namun saye menulis kali ini kerana 27rejab...

Ada apa dengan 27 Rejab???

27 Rejab....hah..yang tak ingat mungkin dah lupa...Tp yang pasti Rejab itu bulan ALLAH! (harap yg ni  masih ramai lagilah yang ingat..)

Pada malam 27 Rejab yang lalu...saye statuskan di FB..

"27rejab akan melabuhkan tirai~~pensyariatan terbesar yang perlu diambil penghayatan..."

Terlupa lagi? Masih tak ingat?

Mari saye ingatkan anda semua...

Sejarahnya: 27Rejab adalah tarikh Isra' Mikraj...Allah dah rakamkan sejarah ini di dalam Al-Quran...(homework utk anda...(nk mendapat hidayah perlulah berusaha jugee, kan..hihi;)); cari Al-Quran terjemahan atau tafsir dan silalah go through ayat ini..)

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (17:1)

Allah S.W.T memperjalankan hambaNya (Nabi kita Muhammad s.a.w) dari MasjidilHaram ke MasjidilAqsa kemudiannya baginda melalui perjalanan langit ke Sidratul Muntaha...Isra' Mikraj berlaku di tahun dukacita di mana selepas kematian Abu Talib dan Siti Khadijah yang mana kedua-duanya adalah insan kesayangan nabi. Isra' Mikraj juga adalah satu simbolik Allah memujuk kekasihNya yang telah kehilangan orang-orang yang sayang dan banyak berjasa kepada baginda. Yang utama,  Isra' mikraj adalah titik tolak penerimaan perintah atau pensyariatan terbesar dari Allah s.w.t kepada umat Nabi Muhammad. 
p/s: siapa umat Muhammad??? KITA lah itu!!! (yang ini tak bolehlah nk buat-buat lupe yer~)

Then, the rest is history...anda bolehlah google atau cari buku-buku yang ada menceritakan berkenanan Isra' Mikraj dengan lebih lanjut...(huh! homework lagi...hihii;)

Saye tak berhajat nak menceritakan sejarah Isra' mikraj secara detail...sebab fokus saye dalam post ni adalah untuk ingatkan anda "pensyariatan terbesar yang perlu diambil penghayatan~" itu...^__^

Pensyariatan ape tu???

Syariatnya....yang kita kena tunai 5 waktu sehari semalam tulah! Yang menjadi rukun ke-2 dalam RUKUN ISLAM!!

itulah dia>>> SOLAT!!!


....yang harus dikerjakan 5kali sehari...yang wajib bagi setiap yang baligh, yang berakal, yang suci dari sebarang keuzuran, yang beragama ISLAM!

kenapa saye nak tekankan "pensyariatan yang perlu diambil PENGHAYATAN"????

Saye tahu, saye bukanlah insan yang layak memperkatakan tentang perkara yang besar ini...ilmu pun masih belajar, solat saye pun mungkin belum tentu diterima Allah..namun..atas nama Islam..dan kerana saye sayangkan agama dan umat ini seperti mana Rasullah menyebut "ummati. ummati.ummati" di nafas terakhir baginda...(yang insyaAllah, begitu juga saye inginkan)...saye tetap mahukan bicara tentang ini..moga Allah memperbaiki diri saye  dan anda semua melalui perkongsian ini..aaaaminnn..^__^

Berapa ramai 'yang baligh-berakal-suci dari sebarang keuzuran-yang beragama Islam!' pada hari ini yang tak solat??
Berapa ramai yang 'take for granted' tentang solat?? 
Berapa ramai yang solatnya tak penuh?
Tak kurang juge berapa ramai yang tak solat langsung? (sengaja tinggalkan tanpa rasa berslah langsung!)

Bila kita tak menghayati pensyariatan solat ini MAKA sebab itulah tujuan pelaksanaan solat yang Allah s.w.t perintah itu seakan tidak ada maknanya, seakan tiada impak pada kita; hambaNya...

Allah Ta'ala dah kata dalam Al-Quran:

"Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;.." (23:9)


Betapa masih ramai lagi yang kurang faham dan tidak menghayati tuntutan SOLAT yang Allah dah perintahkan tu...

MARI...saye tambahkan kefahaman anda..;)

'Memelihara' SOLAT pada pandangan hati saye ini merangkumi 3 fasa...memelihara sebelum-semasa dan selepasnya...

Ramai juga yang tidak mengambil berat yang sebelumnya...
'SEBELUM' ini dalam dalam erti kata lainnye adalah persediaan sebelum solat tu...pastinya soal thoharah atau kebersihan yang paling dititik-beratkan..perlu bersih dari sebarang hadas...begitu juga soal WUDHU! saye kira, wudhu adalah elemen penting yang menjadi cerminan kepada solat yang bakal didirikan..
tak salah rasanya, jika dikatakan: pincang wudhu, pincanglah solatnya!!

Wudhu itu permulaan solat! Bagaimana kita mengambil berat solat begitu jugalah wudhu!

Seringkali berulang-alik balik ke rumah dari Sh.Alam atas urusan tertentu,...saye sering menjadikan surau KL sentral sebagai tempat transit saye untuk melunas solat jamak-qasar. Kerap juga saye memerhatikan muslimat yang sedang mengambil wudhu ketika menanti giliran. 

*air tak diratakan hingga ke siku*basuh kaki tak cecah buku lali pun*nampak macam tak sungguh-sungguh pun nak ambil wudhu*ambil wudhu macam keretapi da sampai landasan je gayenye*bukak pili air punye la gedabak besar*

aduii...inilah antara perkara yang saye 'perasan' sepanjang pemerhatian itu....bukan sengaja mencari salah, tapi kalau dah terang lagi bersuluh, itu pastilah bukan sesuatu yang saye sengajakan... alangkan berwudhu di sungai pun Rasulullah tak bagi membazir....mentang-mentanglah bukan kita yang bayar bil air surau tu kan..ketahuilah...air yang kecil itulah yang membawa kekhusyukan 'SEMASA'  solat nanti~

Mari kita ambil iktibar dari kisah ni;

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?".

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimanakah wuduk zahir dan batin itu?."

Hatim berkata, "Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengna air. Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan 7 perkara:-

   1. Bertaubat
   2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
   3. Tidak tergila-gilakan dunia
   4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
   5. Tinggalkan sifat berbangga
   6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
   7. Meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata , "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap ke kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan ALLAH, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal Mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

Setiap bacaan dan doa dalam solat ku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

SubahanAllah! kisah ni memang betul-betul membuatkan saye tersentap, memuhasabah diri...ahli ibadah pun boleh menangis mengenangkannya, inikan pula kita... memang wajar mungkin rase macam nak terjerit kerana apalah sangat tahap kita, jika mengenangkan  SOLAT yang kadang-kala mungkin kita rasa payah itu.

Semasa solat tu pula...sempurna atau tak rukunnya semua tak tahu lagi, tambah khusyuknya pun entah ke mana... maksud setiap bacaan juga selari atau tak dengan apa yang dibaca pun tak pasti juge...(oh Allah! utk saye...muhasabah diri ni!) 'semasa' solat ini kalo tak ada penghayatan, mungkin kita  da 'out' awal-awal dari pandangan Allah..na'uzubillah..

Bila cerita pasal  SELEPAS solat pulak...lagilahnye....

Solat itu sebenarnya hidup! Bagaikan Roh yang menghidupkan Jasad!

Namun, berapa ramai yang masih tak sedar akan hakikat ni... 

Secara fizikal atau zahirnya, selepas salam tamat dan selesailah sudah solat kita. Tetapi lebih dari itu, hakikat rohani dan batinnya, roh solat itu akan sentiasa bersama kita jika.... perkara 'SEBELUM dan SEMASA' solat itu dihayati sepenuhnya. Bila 'roh' solat ini hidup dalam diri setiap orang Islam.. barulah SOLAT yang dikerjakan itu dapat menariknya pada yang MAKRUF dan mencegahnya dari yang MUNGKAR!

Hari ini...kata-kata sumbang sering kedengaran....

-dia solat, tapi tak tutup aurat..
-dia solat tapi suka fitnah orang...
-dia solat tapi pengotor....
-dia solat tapi suka sakitkan hati orang...
-dia solat tapi...banyak lagilah itu dan ini...

Mengapa jadi macam ni? Salah Solat ke? Tuan punya badan yang solat macam mane pula?

Kita ini memang tak berhak menilai solat orang, bahkan solat kita pun kita tak pun tak tahu bagaimana.... sah dan terima atau tidak itu hanya pada Allah... 
Namun hati dan akal telah dibekalkan dengan pesanan dari Allah dalam Al-Quran...

Solat yang diterima Allah s.w.t itu PASTI akan membawa yang MAKRUF, dan dijauhkan dari yang MUNGKAR!!

MARILAH kita sama-sama reksi diri...bermuhasabah mana silapnya solat kita: Sebelum, Semasa, atau Selepas yang membuatkan solat kita itu tak mampu nak cegah kita dari yang keji dan mungkar~

MARILAH solat dengan penuh penghayatan!!!

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya." (Riwayat Abu Daud dan Termizi)


MARILAH KITA SOLAT DENGAN SEBENAR-BENARNYA!! 

"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (29:45)



p/s: kalau Solat pun kita masih tak settle, jangan mimpi nak bebaskan Palestin!!




"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya." (2:45-46)







(:alangkah indahnya hidup ini>>>bile SOLAT itu tanpa rasa berat!:)


 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...

No comments:

Post a Comment