Pages

Sunday, January 17, 2010

This is what we call sharing...^__^

بسم الله الرحمن الرحيم 

Salam to all...
Rasanye inilah entry pertama saye tahun ni...nur kasih adalah penutup entry thn lepas..dan entry Alhamdulillah~~ adalah entry pembukaan untk thn ini..chantek pulak tu tarikhnye *10/01/10*..xtually xdirancg pun nk post entry pd tarikh chantek sebegitu...nk taip entry ni barulah saye perasan mase nk cek traikh last saye update blog..
supposely..saye rase mmg saye kne panjangkan kot tjk entry Alhamdulillah tu kpd entry yg ini...ihihihi(^__^)


Alhamdulillah~~~
  • 2009 da berlalu, da tinggl kenangan dan dah jadi sejarah...ape2 pun saye sgt2 bersyukur dgn segala yg Allah dah takdirkan dan ape yg telah saye lalui thn lepas..Alhamdulillah..
  • Semoga segala pengalamn yg dilalui thn lps memberi pengajaran dan menjadikan diri manusia yg lebih baik dan bermanfaat untk manusia yg lainnye..insyaAllah:)
Alhamdulillah~~~
  • Saya masih dipanjangkan umur (insyaAllah utk membuat kebaikn) oleh Allah s.w.t yg masih memberi peluang untuk untuk terus bernafs dan menggunakn nikmat2nya di bumi mciptaanNya ini...
  • Yang pasti....thn ni bkal bertambah lagi kiraan umur...huhuuhuh...
  • moga2 segala plan untuk kehidupn yg akn dtg ni...dipermudahkan dan moga sentiasa dlm bimbingn Allah selalu...amin..
ok then...saye nk share something...yg inilah juge tujuan tjk entry tu mcm tu.. saya dpt artikal ni dr facebook.(yg insyaAllah kalo kita pandai kawal n jage diri, mmg byk manfaatnya utk kite..p/s:so ber'FB' secara berhikmah iye...ihihhi:)) this is from:Ustaz Zahazan Mohamed's Notes





UMAR BIN AB AZIZ R.A & PANDUAN MENDAPATKAN ANAK YANG SALIH



Kita pasti mendengar tentang Umar bin Abdul Aziz (61-101 H) seorang yang banyak ilmu, warak, zuhud, rajin beribadah dan juga merupakan seorang khalifah yang adil sehingga semua rakyatnya hidup dalam kemakmuran. Selama dua tahun ia memerintah, tidak ada seorang pun yang berasa berhak menerima zakat kerana keadilan telah memperkayakan mereka. Kisah keadilan dan kesolehan khalifah ini sangat masyhur sehingga Imam al-Syafiʻi berkata, “Khulafa’ al-Rasyidin sebanyak lima orang; Abu Bakar, Umar, Usman, Ali dan Umar bin Abdul Aziz.”

Imam Abu Muhammad Abdullah bin Abdil Hakam (w. 214 H), seorang murid cemerlang Imam al-Syafiʻi di Mesir, pernah menulis riwayat hidup khalifah soleh ini dalam sebuah buku yang berjudul Sirah ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz: Kama Rawahu Malik bin Anas wa Ashabuhu. Beliau membuka buku ini dengan kisah Amirulmukminin Umar bin al-Khattab yang sedang meninjau di tengah malam di sekeliling kota Madinah untuk mengetahui keadaan rakyatnya dari dekat. Tiba-tiba, Umar mendengar dari sebuah rumah suara perempuan tua yang sedang berkata kepada puterinya, “Campurkanlah air ke dalam susu (jualan) itu. Waktu telah hampir pagi.”


Anak perempuan itu menjawab: “Bagaimana saya akan mencampurkannya padahal Amirulmukminin telah melarang perbuatan tersebut.” Ibunya berkata lagi: “Semua (pedagang) melakukan itu, maka lakukanlah. Lagi pula Amirulmukminin tidak akan tahu.” Anak itu kembali menjawab: “Meski Umar tidak tahu, namun tuhan Umar tahu. saya tidak akan melakukan sesuatu yang dilarang.”


Ucapan ini sangat berkesan di hati Umar. Pada pagi harinya, ia segera memerintahkan anaknya yang bernama ‘Ashim untuk mendatangi rumah itu. Ia berkata, “Pergilah wahai anakku dan pinangilah beliau. Ia akan melahirkan seorang satria yang akan menguasai bangsa Arab.”Ashim melaksanakan perintah itu.


Hasil daripada perkahwinan mereka berdua lahirlah seorang anak perempuan yang diberi nama Ummu ‘Ashim. Setelah dewasa, Ummu ‘Ashim menikah dengan ‘Abdul Aziz bin Marwan dan melahirkan seorang anak yang kelak membuktikan kebenaran firasat Umar bin al-Khattab. Anak itu bernama Umar bin Abdul Aziz.


Memilih Pasangan


Seorang anak tidak lahir dari ruang hampa, namun ia lahir dari dua orang manusia dewasa yang menurunkan kepadanya sel-sel genetik yang akan membentuk tubuh dan otaknya. Dalam tulisan kali ini, saya hendak mengingatkan hakikat yang mungkin sering kita lupa iaitu bahawa anak-anak itu juga mewarisi akhlak dan sikap keagamaan orang tuanya.


Seorang ulama akhlak di Mesir yang bernama Syeikh Ali al-Khawas pernah berkata, “Hendaklah setiap orang memperhatikan sifat anak-anaknya. Jika sifat mereka baik, maka itu adalah akhlaknya. Jika buruk, itu juga akhlaknya. Sebab sperma (mani) turun dari dirinya dengan membawa sifat-sifat tersebut. Maka tidak ada yang boleh disalahkan selain dirinya sendiri.”


Hakikat yang terpaksa kita terima ,bahawa anak yang soleh hanya lahir dari ibu bapa dan keturunan yang soleh. Ini sebuah kaedah umum yang selalu terjadi, kecuali Allah berkehendak lain lalu mentakdirkan seorang anak soleh lahir dari kedua orang tua yang fasik. Meski hal itu tidak mustahil, tapi ianya sangat sedikit dibandingkan kaedah umum yang disebutkan tadi.


Mungkin itulah sebabnya agama kita sering berpesan agar kita berhati-hati memilih pasangan, dan menganjurkan agar kita menjadikan agama sebagai kriteria utama. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, “Dan janganlah kamu menikahi wanita-wanita musyrik sebelum mereka beriman. Sesungguhnya hamba wanita yang mukmin lebih baik daripada wanita musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Dan janganlah kamu menikahi orang musyrik (dengan wanita-wanita mukmin) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya hamba yang mukmin lebih baik daripada orang musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Mereka ( orang-orang musyrik ) itu mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke syurga dan ampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran.” (Surah al-Baqarah 2: 221)



Hadis-hadis yang mendukung hal ini pun sangat banyak. Imam al-Hakim meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud, “Pilih-pilihlah untuk sperma (mani) kalian.”  Begitu juga sebuah hadis yang sangat terkenal riwayat al-Bukhari dan Muslim bahawa Baginda s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Seorang wanita (biasanya) dinikahi kerana empat perkara, kecantikannya, keturunannya, hartanya dan keagamaannya. Maka dapatkanlah perempuan yang memiliki keagamaan (yang baik), berdebulah tanganmu.


Imam al-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim berkata, “Makna yang benar untuk hadis ini bahawa Nabi s.a.w. memberitakan tentang kebiasaan masyarakat pada saat itu yang menginginkan empat sifat ini (ketika mencari isteri), dan meletakkan agama di tempat terakhir. Maka dapatkanlah, wahai orang yang meminta nasihat, isteri yang berpegang teguh kepada agama.”



Al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari berkata, “Makna hadis ini, sepatutnya bagi orang yang beragama dan bermaruah menjadikan sifat soleh itu sebagai fokus pandangannya dalam segala sesuatu, terutamanya (ketika memilih) orang yang akan berdampingan lama dengannya.”




Para ulama berbeza pendapat tentang makna “berdebulah tanganmu”. Sebahagian mengatakan bahawa kalimat ini sekadar ucapan yang biasa dilontarkan orang Arab tanpa mengandung makna apa-apa di dalamnya. Dan sebahagian yang lain mentafsirkannya dengan “kefakiran”, ertinya engkau akan mendapat kefakiran jika tidak melaksanakan anjuran ini.


Kesolehan Ibubapa


Apabila kedua-dua ibu bapa telah menjadi hamba Allah yang sempurna, maka kesan daripada hal itu dapat dilihat pada diri keturunannya. Kesan itu bahkan boleh terus terlihat meskipun mereka telah lama meninggal dunia. Imam Abu Bakar Muhammad bin Ja’far al-Kharai’thi (w. 327 H) meriwayatkan dalam kitab Makarim al-Akhlaq dari Ibn Abbas, “Sesungguhnya kebaikan (yang dilakukan seseorang) akan dibalas hingga ke anak cucunya.”



Al-Hafiz Abu Nu’aim dan al-Khatib al-Baghdadi meriwayatkan daripada imam tabiin ahli tafsir di Makkah yang bernama Mujahid bin Jabr (w. 103 H), “Sesungguhnya Allah s.w.t. memperbaiki anak cucu seseorang kerana kesolehan dirinya.” Ucapan serupa diriwayatkan oleh Ibn al-Mubarak dalam kitab al-Zuhd wa al-Raqa’iq dari Muhammad bin al-Munkadir (w. 130 H), seorang ulama tabiin di Madinah.



Makna ini bahkan dapat ditemukan dukungannya daripada al-Quran, iaitu ketika hamba yang soleh (Nabi Khidr) membangunkan rumah milik dua orang anak yatim yang hampir roboh. Apabila Nabi Musa bertanya mengapa ia melakukan perbuatan itu, ia menjawab, “Ayah keduanya adalah seorang yang soleh.” (Surah al-Kahf 18: 82). Imam ahli tafsir terkenal berasal dari Andalusia, Abu Abdillah al-Qurtubi (w. 671 H) berkata dalam tafsirnya al-Jami’ li Ahkam al-Quran 11/27, “Ini menunjukkan bahawa Allah s.w.t. menjaga diri orang yang soleh, juga menjaga anak keturunannya meskipun jauh.”


Tidak ada penjagaan yang lebih diharapkan orang tua yang soleh selain agar Allah menjaga anak-anaknya daripada perbuatan maksiat yang akan mengundang murka Allah di dunia dan akhirat.


Mendidik Anak


Kesolehan ibu bapa memang modal utama yang mesti dipenuhi, tapi bukan bererti hal itu sudah mencukupi untuk membentuk anak soleh. Pendidikan juga sangat penting dalam menentukan akhlak dan personaliti anak. Dan antara kekeliruan yang berlaku jika kita menyangka bahawa pendidikan anak hanya akan dimulakan ketika ia mencapai usia sekolah.Pendidikan sewajarrnya mesti dimulai jauh sebelum ia diciptakan.


Pertama sekali, ibu bapa yang menginginkan anak soleh harus menerapkan semua adab-adab bersetubuh sebagaimana yang diajarkan Rasulullah s.a.w. dan disebutkan para ulama di dalam buku-buku mereka. Salah satunya saya nukilkan di sini ucapan Imam Abdul Wahab al-Sya’rani (w. 973 H). Dalam kitab Lathaif al-Minan wal Akhlaq, ia menulis, “Aku sangat menyayangi keturunanku sebelum mereka dilahirkan. Yakni dengan cara aku tidak pernah menyentuh ibu mereka sambil lalai mengingat Allah, atau sambil menyimpan sifat marah, serakah dengan dunia, dengki ataupun ujub.”


 
Selanjutnya, jika Allah menentukan tercipta anak dari hubungan tersebut, maka ibu bapa harus menjaga perkembangan spiritual anaknya dengan menyediakan persekitaran yang islami. “Aku selalu memelihara perjanjian yang Allah ambil daripadaku ketika aku berada di alam arwah. Dan aku menjaga anakku sejak waktu tersebut hingga Allah mengeluarkannya ke alam dunia.”
Imam Sahl bin Abdillah al-Tustari berkata,


Tugas mendidik anak semakin bertambah berat setelah anak itu lahir, membesar dan mempunyai keperibadiannya sendiri. Pada saat ini, orang tua harus telah membiasakan anaknya dengan aktiviti tertentu yang akan membentuk jiwa anaknya sesuai dengan apa yang mereka harapkan.


Imam Abu Abdillah al-Dzahabi dalam Siar ʼAlam al-Nubala dari ‘Urwah bin al-Zubair bercerita bahawa ayahnya (al-Zubair bin Awwam seorang sahabat Nabi yang gagah berani) meletakkan anaknya, Abdullah bin al-Zubair yang masih berusia 10 tahun, di atas seekor kuda pada perang Yarmuk lalu mengamanahkannya kepada seseorang untuk mengawasinya. Ia melakukan hal itu untuk mengajarkan kepada anaknya erti keberanian dan keperwiraan. Mungkin kerana itu, Abdullah bin al-Zubair kemudian terkenal sebagai seorang panglima yang gagah berani.


Imam Ibrahim bin Adham berkata, “Ayahku selalu berkata kepadaku, ‘Wahai anakku, pelajarilah hadis. Setiap kali engkau menghafal sebuah hadis, aku akan memberi keapadamu satu dirham. Aku lalu menghafal hadis kerana itu.’” Hingga saat ini, nama Ibrahim bin Adham masih dikenal sebagai ulama yang banyak menyumbang untuk kemajuan ilmu-ilmu keislaman.


Itu juga yang dilakukan Imam Abu Abdillah al-Syafiʻi. Al-Hafiz Abu Nuʻaim dalam Hilyat al-Awlia meriwayatkan bahawa Imam al-Syafiʻi sering melontarkan soalan-soalan fiqah kepada anaknya yang bernama Abu Usman dan muridnya Abu Bakar al-Humaidi sambil berkata, “Siapa dia antara kalian yang dapat menjawabnya, maka aku akan memberinya satu dirham.”


Perhatian Imam Ahmad kepada pendidikan anaknya tidak kurang dari itu. Imam Ibn al-Jauzi dalam kitab Manaqib al-Imam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan dari Saleh bin Ahmad bin Hanbal, “Ayahku (Imam Ahmad) selalu memanggilku setiap kali ada seorang zahid datang bertamu agar aku melihatnya. Ia ingin agar aku menjadi sepertinya.”


Doa Nabi Ibrahim


Satu lagi yang terpenting, ibu bapa dituntut untuk semakin mendekatkan dirinya kepada Allah s.w.t. dan tidak henti-henti meminta penjagaan untuk anaknya. Pemimpin ulama tabiin di Madinah, Said bin al-Musayyab pernah berkata, “Sering kali apabila aku melakukan solat, aku teringat kepada anakku. Lantas aku menambahkan solatku kerananya.”


Membiasakan diri dengan mendoakan anak pada saat-saat mustajab adalah sikap terpuji yang mempunyai sandaran kuat daripada Nabi Ibrahim a.s. Setiap kali kita membaca doa-doa Nabi Ibrahim dari al-Quran, kita akan melihat beliau selalu menyertakan anak-anak keturunannya dalam setiap doa yang ia panjatkan kepada Allah s.w.t. Akhirnya, Allah mengabulkan doanya dengan mengeluarkan seorang rasul terbesar di antara anak-anak keturunannya sebagai penutup semua nabi dan rasul.


Imam Ahmad dalam Musnad-nya meriwayatkan daripada Abu Umamah al-Bahili, ia berkata, “Wahai Nabi Allah, beritahukanlah tentang awal kejadian Nabi.” Baginda menjawab yang bermaksud, “(Awal kejadianku adalah) doa bapaku Ibrahim, khabar gembira Isa, dan ibuku pernah bermimpi bahawa sebuah cahaya keluar daripada tubuhnya lalu menerangi istana-istana Syam.” 




p/s:DIPETIK DARI MAKALAH US UMAR M NOR, MAJALAH SOLUSI EDISI KE 12 
-Actually saje je nk share artikel ni..tiada kene mengena dgn Tuan Rumah blog ni..hehehe..just suke sbb artikel ni menarik dan bgs utk dijadikn panduan..
- lagi pun kalo xsmpai 'seru' pn xsalah untuk kumpul ilmu kn...*PENTING NIE!!!*



...wallahu'alam... 


2 comments:

  1. huhhuuh..k.syima..
    mmg pnjang2..
    pnjang2 pn bermanfaat n penting utk membina generasi ummah pd mase hdpan tu..
    so tidak boleh tidak kne bace!! hehehe..
    nwy amikla point yg penting2 tu...;)

    ReplyDelete