Pages

Monday, November 9, 2009

MESTI BELI & BACA!!!!!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

pilihan mata hati: MESTI BELI & BACA!!!!

~~~Untukmu Wanita by Ustaz Zaharuddin Abd Rahman~~~

Athirah Taha gives 9.9 out of 10 to this book!!!(0_0)


***UNTUKMU WANITA***


“Buku ini dihasilkan bagi menghampiri kaum wanita dan menghulurkan secebis nasihat buat tatapan mereka. Ia turut dikhususkan untuk para lelaki yang sedang berusaha mencari-cari intipati ilmu kebaikan dan nasihat untuk hidangan mereka yang bernama ibu, isteri, kakak, adik dan anak,” beritahu Ustaz Zaharuddin dalam mukadimah bukunya.


Dengan huraian yang padat, jelas dan tegas, buku ini dipersembahkan dalam bentuk soal-jawab, menjadikannya bahan bacaan yang lebih santai dan bersahaja. Terdapat juga kisah-kisah motivasi dan rantaian cebisan pengalaman yang dialami sendiri oleh penulis untuk dijadikan iktibar kepada pembaca.


Buku ini mengandungi tiga bahagian utama iaitu:
Bahagian 1: Wanita, maruah dan aurat
Bahagian 2: Wanita dan munakahat
Bahagian 3: Wanita dan rumah tangga


Setiap bahagian pula mengandungi lebih kurang 10 bab yang dikupas bersama dalil-dalil al-Quran dan hadis untuk memantapkan pemahaman pembaca.


Buku setebal 214 muka surat itu boleh didapati di pasaran dengan harga RM23.


1 comment:

  1. buku nie wajib dibeli oleh setiap pasangan suami isteri supaya ilmu2 di dalambuku nie boleh diamalkan untuk kebahagian seisi keluarga dunia dan akhirat, insyaallah.. =)

    ReplyDelete