Pages

Friday, August 7, 2009

This is what we call sharing...^__^

بسم الله الرحمن الرحيم

wah..comel plak rasenye ada Bismillah kat permulaan entry..mmgla ***Alangkah Indahnya Hidup Ini***
>>In the name of Allah-Dengan Nama Allah..<<

minggu ni mgg exm..saye pun men'studi'knlah diri...dgn agak tepu otak mase tu..maka saye pun round la kt blogger ni ha..pastu saye ziarahla kejap kt blog sahabat saye ni..then die br post entry ttg membaca..saye sgt suke entry ni jadi tnpa teragak-agak lagi saye pun telah meminta izin daripada tuan empunye entry ni utk copy n paste (from head to toe..dgn gmba tu skali saye ambl..hhihi=p) kt blog saya yg dah agak lame x update ni..

This is what we call sharing...^__^
Special thanks to Mr.Naufal Jailani a.k.a pemilik .:LifeIsAnAcademy:.

Salaam Alayk~

Membaca.. Hurm.. Bila orang tanya ana macam mana cara membaca? Ana sendiri x tahu. Ana membaca macam biasa. Atau biasa ana ni pelik untuk orang lain? X mengapa la.. Ana kongsikan tips bagaimana mahu membaca. Moga bermanfaat..

:: Sediakan masa untuk membaca

Masa untuk membaca adalah sangat penting.. At least, ana akan memperuntukkan 15 minit untuk membaca sesuatu setiap hari. X mengapa kalau lambat. Terjadi juga pada ana. Ana mengambil masa 2 minggu untuk menghabiskan sebuah bahan bacaan. Hurm.. Tapi baca Al-Qur'an memang x boleh kacau.. Wajib ada setiap hari x kira sibuk atau tidak!!

:: Tahu apa yang kita baca

Membaca bukanlah suatu aktiviti yang semberono. Ana harus tahu apa yang ana baca. Andai kata ana membaca sebuah novel, ana akan setkan minda ana untuk merasai dan menjiwai apa yang ditulis. Begitu juga semasa membaca Al-Qur'an. Membaca ini bukanlah hanya menghabiskan sesebuah buku bermula dari kulit hadapan sehingga kulit belakang. Namun, intipati yang ingin disampaikan itu lebih penting.

:: Getting in love with it

Maaf!! Kadang kala ana bersikap sedikit cerewet. Ana akan mendahulukan sebuah buku yang mempunyai cover yang cantik berbanding yang lain. Yup!! Muka depan sesebuah buku sebenarnya memberikan ana inspirasi utnuk terus membaca. Jika muka depan sesuatu buku tu x menarik perhatian ana, ana biarkan saja di almari ana terlebih dahulu.

:: Bawa buku yang ingin dibaca ke mana sahaja ana pergi

Menjadi kelaziman ana untuk membawa buku sewaktu mahu keluar dari rumah. Tips ini bagus untuk memupuk minat untuk membaca. Ada kalanya, ana keluar membawa buku setebal 600 muka surat.. Nak tahu?? Ana hanya selak sehelai dua.. Lama kelamaan, tak sedar buku tu ana dah habis baca.

:: Pastikan postur badan yang betul

Jika ana merancang untuk membaca pada suatu jangka masa yang lama, ana akan duduk di meja study. Bimbang jika ana membaca sambil berbaring, akan mengatuk dan tidur tanpa disedari(walaupun time duduk pon ana tidur.. zzzZZZ).

:: Sediakan air + etc (refreshment)

Mata ana akan keletihan jika membaca terlalu lama. Maka, ana akan mengatuk. Ana sarankan untuk banyakkan minum air. Jika ada sesuatu yang boleh menyegarkan kembali minat dan motivasi ana, ana lebih prefer untuk gunakan yang itu. Maybe ice-cream, chocolate, juice.. (or Eyemo moist)


:: Untuk bahan bacaan akademik

Hurm.. Pembacaan bahan akademik belainan dengan membaca novel dan artikel. Andai kata ana ingin membaca buku pelajaran, ana akan memastikan tangan ana memegang pen(berwarna-warni or ana prefer pensel tekan) untuk menanda point2 yang penting. Caranya sedikit berbeza. Untuk bahan bacaan akademik, ana akan ulang pembacaan hingga 2-3 kali. Kali pertama, ana akan baca secara pantas(speed reading). Kali kedua ana tandakan point2 penting. Yang ketiga, ana tekankan pembacaan pada bahagian yang ana tandakan pada pembacaan kedua. Kemudian, ana try untuk recall isi2 yang telah ana dapati.

:: Untuk bacaan bukan akademik

Ana biasanya akan speed reading sahaja. Dalam masa yang sama, ana akan cuba untuk menghayati apa yang ingin disampaikan dalam karya tersebut. Untuk Al-Qur'an, sudah semestinya dgn tartil dan bertajwid. Ana juga cuba menyelami maksud-maksud puisi indah kalam Allah swt.


~~Selamat Ber'amal~~
...wallahu'alam...

2 comments:

  1. Hi, it's a very great blog.
    I could tell how much efforts you've taken on it.
    Keep doing!

    ReplyDelete
  2. salam..bgus la..bagi tips utk aku membaca dgn lbih effective

    ReplyDelete