...Words From God~O Allah, The Lord~...

"Closer and closer to mankind comes their Reckoning: yet they heed not and they turn away."

"Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.." (Al-Anbiyaa':1)

AWAS! Anda berada di zon::Alangkah Indahnya Hidup Ini::

::SELAMAT DATANG:::WELCOME:::

Salam sejahtera, salam singgah, salam melawat, salam menjengok, dan semua salamlah saya ucapan kepada pengunjung rumah saya ni teratak; Alangkah Indahnya Hidup Ini...

Saya sangat berbesar hati sekiranya anda dapat meluangkan masa untuk membaca perkongsian saya di dalam blog ini. Saya juga mengalu-alukan anda untuk 'copy' atau ambil apa sahaja yang ada di teratak saya ini yang memberi manfaat kepada anda. Namun saya mengharapkan jasa baik anda untuk melampirkan link 'Alangkah Indahnya Hidup Ini' sebagai rujukannya. Ini kerana sebarang artikel yang saya hasilkan sendiri pasti menjadi tanggungjawab saya kepada ALLAH. ^_^

~Moga ' Alangkah Indahnya Hidup Ini' sentiasa menjadi inspirasi anda~
~Moga segala kandungannya dapat memberi manfaat kepada semua~
~Moga dengan 'Alangkah Indahnya Hidup Ini' menjadikan kita sama-sama beroleh rahmat dan hidayah Allah S.W.T..aminnn~

Sekian Terima Kasih.

Saturday, March 30, 2013

Musibah itu 'hadiah' yang Allah beri...

بسم الله الرحمن الرحيم


Saya sekarang sebenarnya tengah berusaha untuk siapkan entry April dan di dalam entry Februari yang telah 'kelewatan' tempoh hari saya ada cakap yang saya akan bagitahu sebab kelewatan saya post entry tersebut dalam entry April nanti. Walaubagaimanapun, memandangkan ada sesuatu yang saya nak kongsi pada tarikh ini eloklah kiranya saya 'reveal'kan sebab itu lebih awal..hehehe #Entry ni akan ada kesinambungannya dengan entry April nanti..

Alhamdulillah, 26hb Mac. (ok, sepatutnya saya post pada tarikh ni, tapi masa tu internet agak mencabar 'kewibawaan' saya so, tak dapat nak buka blog.. *memang susah nak berjodoh dengan blogger nih! -_-'')  So, sepatutnya 'hari ini' sebenarnya kira genap sebulan selepas kaki saya terseliuh. Ya itulah dia! antara sebab yang membuatkan saya tak berjaya nak siapkan entry Februari tu adalah kerana kaki saya terseliuh.

*gambar untuk rekod..heheh. :D

Alhamdulillah. hari ini walaupun mungkin takla 'fully-cured' (sebab...kalau jalan banyak dan 'terlupa' yang kaki tu sebenarnya masih sakit dan jalan macam orang gagah memang masih terasa juga sakitnya tu) tapi selepas sebulan ni... Alhamdulillah, saya boleh katakan da dapat jalan macam orang normal means tak ada terencot-encot da. Alhamdulillah! #Allah begitu baik dengan menyembuhkan kaki saya! Love you, Allah! ^_^ 

 [26:80]: "Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku"

26 Mac. dah sebulan. Maknanya kena haritu 26Feb kan. Serius. 26Februari! Hari lahir saya yang ke-sweet sokmo!! (haha :D) 

Kalau tanya perasaan saya masa tu...hurmmmm...frankly, tak tahu nak describe macam mana. Lagipun sebelum ni sebenarnya kaki saya memang pernah injured macam ni jugak *gaya macam dah biasa je kan..hahaha dan waktu tu lagilah kelakarnya, tak ada sebab pun....ntah macam mana dalam rumah pun boleh nak kena. itulah takdir namanya. kunfayakun, Allah kata!

Mak saya pun saya bagitahu 3 hari lepas kejadian tu...huhu tak nak bagi dia risau sebenarnya. Perasaan bila kena kali ni macam tak tahu nak cakap macam mana. Sedih...hurmm...lepas kena tu tak la pulak menangis. kelakar...agak kelakar jugala saya rasa sebab sebelum tu elok aje pergi tengok rumah untuk survey rumah sewa. Tup-tup on the way balik tu takdirnya terjatuh dari 'pengangkutan awam' kat sini. Haaa tu, split second je Allah nak tarik nikmat jalan.

Masa tu tak tahu nak rasa macam mana. Mungkin feelingless sebab macam terima aja keadaan tu. Masu'lah saya kata ada beza antara pasrah dan sabar, tapi saya pun tak tahu saya masa tu kategori pasrah ke sabar...hahha bak kata akhi Salim A. Fillah; sabar tu pun menunjukkan taqwa apabila....


Actually haritu saya puasa sebab memang saya suka puasa masa birthday sebagai hadiah untuk diri sendiri...tapi Allah beri saya 'hadiah' yang lebih besar lagi.

Betul...musibah itu 'hadiah'! 


Terbaikkan hadiah hari lahir saya? haha Agak-agak 'cool' tak hadiah Allah takdirkan ni??

Seriuosly, memang cool! *ni bukan sakartik. Demi Allah, memang cool!

Rasanya memang macam tak berapa nak ada perasaan tapi mungkinla ada macam down juga sebenarnya. (walaupun nampak macam saya rilek jer...haha #control macho! ) Tapi lepas tu macam banyak aja kata-kata semangat yang saya baca untuk berikan semangat. Macam Aagym ni..macam tau-tau je saya ditimpa musibah hari tu...hehe

Betul. Kalau kita terima keadaan dengan berlapang dada, insyaAllah hati kita akan jadi tenang. Maka saya pun memberikan kata-kata semangat kepada diri sendiri...hehe ^_^

 
Sebenarnya, walau seteruk manapun keadaan yang datang kat kita tapi kalau kita berfikiran positif, dan bersangka baik kat Allah insyaAllah kita akan dapat menghadapinya dengan tenang. Dulu saya selalu pesan kat adik saya; kalau benda buruk atau perkara negatif jadi or datang kat kita dan kita menerima dan memandangnya negatif juga, maka akan jadi lagi negatiflah perkara tu. Then, kalau buruk sekali pun tapi kita berfikiran positif insyaAllah kita akan rasa lebih baik. Kita takkan rasa stress lebih-lebih dan sebagainya. Pokok pangkalnya semua pada kita, bagaimana kita nak menerima sesuatu keadaan tu. Even sebenarnya kalau perkara tu negatif tapi kita still positif, kita tak rugi apa-apa pun kan... :)
hidup kalau nak lancar, baik, tenang, happy kenalah husnuzon (baik-sangka), berharap, bergantung dan minta kepada Allah. :) (Athirah Taha, 2013)
  
Musibah akan jadi hadiah dari Allah kalau kita sabar dan tenang menghadapinya. Sebab....banyak sebabnya!
  • Allah uji kita sebab sebenarnya kita mampu.  
  "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (Al-Baqarah 2:286)
 
  • Allah nak dekat lagi kita denganNya.
Tenang dan sabarlah dalam menghadapi cubaan, Allah mahu mendekatkan kamu kepadaNya. (Athiran Taha, 2013)

 "Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman." (Ali-'Imraa 3:139)
  
  • Supaya dengan musibah kita akan meletakkan tawakkal dan pergantungan kita yang maha tinggi  kepada Allah!
Aku meminta pada Tuhan manusia; yang empunya setiap jiwa dan segala sesuatu yang ada di langit, di bumi dan yang di antara. Aku meminta kepada Allah bukan untuk dimakbulkan tapi kerana Aku tahu Dia tuhan yang tiada selain Dia yang harus aku meminta. Aku meminta kerana aku mengharapkan Dia, bukan manusia.Walauapapun yang aku minta semuanya mudah bagi Dia, tidak terkurang sedikit pun apa yang milikNya.

Tanpa sedar kita seakan memperlekehkan Allah dengan tidak meminta dan tidak bergantung harap kepadaNya.

 Pada siapa lagi harus meminta, berharap dan menagih kasih kalau bukan Allah yang Maha Punya Segala.
 (Athirah Taha, 2013)

  • Supaya dengan musibah kita lebih menghargai hidup!
benarlah, jika kita tak pernah rasa susah atau sakit, kita mungkin akan 'kurang' nak rasakan apa dan bagaimana rasa susah dan sakit itu...atau mungkin...kita yang tak pernah nak cuba rasa 'kasut' orang lain yang mungkin 'saiz'nya memang tak pernah sama dengan kita...

belajar bersusah-susah itu akan membuatkan kita lebih mengerti dan lebih menghargai hidup.
 (Athirah Taha, 2013)

  • Supaya kita sedar kita ada Allah! Allah campak kita jauh-jauh, sorang-sorang dan bagi pulak kita musibah sebab Dia nak kita sedar kita ada Dia!
Ya Allah, kau permudahkanlah dalam setiap urusan melalui ujianMu.

 Akan aku berdoa dalam setiap sujud, akan aku meminta dalam setiap tasbih
 
  ...kerana aku mencintai Tuhanku dengan Maha sangat!

 ...kerana aku ini tiada apa melainkan Tuhanku, Allah!

 ...kerana hati ini selalu terikat untuk Dia, Maha Pencipta.

  Maha benar, Allahlah permata hati yang tiada galang-ganti!

(Athirah Taha, 2013) 

  • Supaya dengan musibah  Allah nak kita meminta dengan sangat-sangat kepadanya! 
 Aku meminta dengan sangat: Allah, permudahkanlah!
 (Athirah Taha, 2013)

  •  Supaya dengan musibah kita muhasabah hidup kita. Adakah kita hidup mengikut apa yang Allah suka??
Adakah aku telah menggunakan umur ini untuk Islam?
Aku ini berdosa kepada Tuhanku. Allah ampunkanlah.
prescribe istighfar untuk hati..
 (Athirah Taha, 2013)
 Ya Allah ya tuhanku, tolonglah aku dan bantulah aku dalam mengingatiMu dan bersyukur kepadaMu dalam memperelokkan ibadah kepadaMu.
 
  • Supaya dengan musibah kita bersangka-baik dengan Allah!
 Allah yang melancarkan hidup, maka bersabarlah!

seakan sakit ini tiada apa, kerana aku tahu Allah pasti menjanjikan aku sesuatu... =)
(Athirah Taha, 2013)



Saya juga dah pernah kongsi banyak perkara dalam post yang ini {MeNgataSi PeRSoaLaN HiDuPPP...}, {Adakah saya bernasib malang???}.

Kadang-kadang kita (atau lebih tepatnya saya!) selalu mengeluh dengan banyaknya cubaan Allah bagi, tapi kita lupa Allahlah yang telah dan akan melancarkan, memudahkan hidup kita. Para sahabat dulu akan tertanya-tanya pula: "Mengapa Allah tak uji aku, tak datangkan musibah?" sebab..bagi mereka, bila Allah uji, itu tandanya Allah sayang dan care dekat kita. 
Musibah itu sebenarnya nikmat; ia kasih-sayang, teguran, tarbiyyah (didikan) dan rahmat dari Allah! (Athirah Taha, 2013)

 Semoga apa pun musibah yang menimpa, kita melihatnya sebagai 'hadiah' dari Allah SWT. Jadi, ^_^ lah menghadapi kepayahan!!



______________
Kata-kata ini sebenarnya hasil komplasi dari karutan di kicauan saya. 
Hidup biasanya bukan seperti yang kita lihat, sentiasa ada maksud tersirat~



(:alangkah indahnya hidup ini>>>bila Allah menjadi permata hati! :)







 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam..
Rekod sebenar entry siap:
-MES,9.29am, Sabtu, 30-Mar-2013, 1 Jamadil Akhir, 1434-

Friday, March 8, 2013

Dobi 'hingga rasa'! =)

بسم الله الرحمن الرحيم


Eh, dah Mac da... alahai tak sempat nak post entry Februari padahal kat draf dah ada da satu. Tak apalah, yang tu nanti saya post kemudian. Ini entry Mac.. :)


Dobi 'hingga rasa'! =)

Hari ni saya mendobi hanya dengan menggunakan sedikit sabun. sebab sabun dah habis. tak sempat nak pergi beli. itu pun nasib baik kali terakhir basuh tu sempat spare lagi sikit kot-kot nak basuh baju lagi nanti...dan memang betul ada baju yang nak kena basuh lagi.. ..huhu

Haisyhh rugi pulak tak ambil gambar 'kesedikitan' sabun serbuk yang saya gunakan tadi. *eh, perlu ke?? hahha..untuk rekod perlu kott..kihkih ;)

Biasa kena bilas dua kali. sebab biasa saya basuh kain saya suka letak banyak sikit sabun supaya ada banyak buih.. haha #macamla indikator bersih tu, pada banyaknya buih..ngeh3...

Jadi, tadi lepas basuh boleh sekali bilas aja..*sape yang selalu basuh baju dengan tangan tahulah apa yang saya maksudkan...huhu  tapi takla basuh baju tadi cam 'mandi kerbau' atleast ada jugak buih-buih sabun tu, tak ada la tak ada langsung buih-buih..hehe. kira-kira saya basuh kain tadi 'hingga rasa'.

Tau 'hingga rasa' tu macam mana?

Abah saya suka guna term tu. contohnya macam kalau buat air teh'o, kira gula dia yang kita letak tu cukup-cukup je. 'hingga rasa'! katakanlah kuantiti gula nak bagi rasa manis tu 0.5 jadi maknanya kita letak gula tu cukup-cukup aja 0.5...tak ada lah 0.51 ke..0.505 ke...so maknanya 'hingga rasa' lah tu!

Masa tengah ralit basuh kain yang hampir satu baldi dengan satu lagi baldi kecik basuh tuala, dengan berbekalkan sabun yang 'hingga rasa' tu saya terfikirkan ini...

Allah itu memang Maha Mencukupkan.

Alhamdulillah, cukup aja sebenarnya nak basuh baju tadi. Siap dengan basuh tuala.

Sebenarnya kalau kita cuba untuk hidup sederhana dan hidup dengan apa adanya kita, insyaAllah memang akan cukup. Allah itu Maha Mencukupkan.

Yang kita nak 'lebih-lebih' tu sebenarnya keinginan kita saja sebenarnya. Tambah dorongan nafsu dan godaan si setan tu yang meng'kuasa-dua'kan keinginan kita.

Hidup di 'bumi tarbiyyah yang seterusnya' ini mengajar saya banyak perkara. Bersyukur dan sentiasa muhasabah untuk selalu berasa beruntung dengan apa yang Allah dah berikan nikmat kepada saya, supaya sedar dan tahu kesusahan orang lain.

benarlah, jika kita tak pernah rasa susah atau sakit, kita mungkin akan 'kurang' nak rasakan apa dan bagaimana rasa susah dan sakit itu...atau mungkin...kita yang tak pernah nak cuba rasa 'kasut' orang lain yang mungkin 'saiz'nya memang tak pernah sama dengan kita... #It takes a loss before you found it.~ (Athirah Taha, 2013)

Hiduplah secara sederhana.

Sederhana itu adalah dengan hidup yang 'hingga rasa' atau mungkin 'cukup rasa' bukan 'sesedap rasa'.. *macam perencah plak kan...haha

Kalau hidup nak 'sesedap rasa'...hai binasalah kita! #na'uzubillahi min zalik!


Maha benar, Allah yang akan mencukupkan!


"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui." (An-Nur 24:32)

"Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya." (At-Talaaq 65:3)




(:alangkah indahnya hidup ini>>>bila hidup seadanya kerana Allah selalu ada! :)










 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam..
 
 -MES,1.25pm, Jum'ah, 08-Mar-2013, 25 Rabi'ul Akhir, 1434-