Pages

Thursday, May 10, 2012

Jangan Tidur Lagi dan Hijrah~


بسم الله الرحمن الرحيم


[credit]


Jangan tidur lagi (JTL). Aha, biasanya saya dah tidur...tapi haritu Ahad baru ni saya tak tidur lagi jadi saya pun berpeluanglah tengok  rancangan 'Jangan Tidur Lagi' kat  televisyen swasta yang popular tu. Rancangan ini dihoskan oleh Adlin Aman Ramli yang jadi geng si AC Mizal tu dalam Filem CicakMan...haha. Sebenarnya taklah rancang sangat nak tengok rancangan ni walaupun teringin juga nak tengok sebab promo dia ada tunjuk artis jemputannya: Diana Amir, Iwan Syahman dan Nazrey Johani tapi tak tahu tentang tajuk apa.

Then malam tu, yang mana (saya masih tak tidur lagi) dari ruang tamu, masa saya tengah mengadap laptop, saya dapat dengar suara TV yang datangnya dari rancangan tu la. Abang saya kata dia memang saja tunggu nak tengok rancangan tu (agak tak boleh bla di situ, orang lelaki sekarang pun kuat bergosip..haha).

Oooo....patutla dia jemput Diana Amir, Iwan Syahman dan Nazrey Johani,  tajuk hari tu pasal 'Hijrah' rupanya. Memang sepanjang rancangan tu pun banyak soalan-soalan Adlin berkenaan 'penghijrahan' mereka.

Saya pernah tonton Filem 'Aku Masih Dara' as filem tu disiar kat Astro Citra hari tu. Sebelum ni ada juga dengar 'orang-orang' komen pasal filem tu dan katanya macam cerita tu 'tak berapa' elokla.
Jadi sebagai nak memenuhi keharusan, seorang daie tu perlu mengetahui juga perkara-perkara semasa yang berlaku dalam dunia hiburan as madu' (yakni ramai remaja masih terdorong kepada hiburan...jadi, da'ie sekarang perlu juga mengambil tahu hal ini bagi tujuan memanipulasikannya dengan bijak untuk menjadikan 'senjata' bagi digunakan ke jalan yang baik atau untuk menarik remaja mendekati agama). 
Maka saya pun tengok filem tu secara overview (tengok tebuk-tebuk). Bagi saya memang ada banyak part-part 'tak soleh' dalam cerita ini dan saya memang 300% tidak menyokong 'aksi-aksi' berkenaan, Walaubagaimana, yang sisi baiknya dari filem tu, tetap ada mesej kebaikan dalam filem tu yang mana mesejnya banyak disampaikan menerusi Asyraff Muslim yang dulu pernah sangat popular dengan jolokan 'Ustaz Amirul'.  Di dalam filem tu memang tak dapat dinafikan  ke'seksi'an Diana Amir, begitu juga dalam filem terbarunya iaitu 3 Temujanji (yang ini saya tengok The Making aje...) dan dalam filem itu juga adalah 'dia' sebelum 'penghijrahan' Diana Amir.

Namun, kehadirannya dengan imej bertudung dalam Filem 7 Petala Cinta (oh, yang ni pun saya tak tengok sebab banyak komen yang tak memberangsangkan...tapi nanti kalau berpeluang boleh juga try tengok overview, nak tengok sikit realiti sebenar cerita tu..hehe) dan kemunculan Diana Amir bersama Raja Farah dalam sitcom Annisa di TV Al-Hijrah, kemudian melihat dia dalam rancangan JTL  dengan imej 'baru'nya itu membuatkan saya tersenyum. Bersyukur melihat dia begitu. Ada juga dia bercerita sedikit sebanyak perkara yang mecetuskan 'penghijrahannya', tapi saya tak berminat nak ber'gosip' di sini...haha. Namun sesuatu yang nak saya kongsikan di sini,

Kata Diana: Kini dia lebih tenang.   

Apa-apapun, semoga Allah istiqamahkan hatinya. Aminn..

Itu Diana Amir,  kemudian giliran Iwan Syahman pula bercerita. (Iwan...ala dulu-dulu yang nyanyi lagu 'Yang Sedang-sedang Saja' dan 'Memori  Daun Pisang' dengan Amelina tu...) Ha, sekarang dia dikenali dengan Iwan Syahman bukan lagi Iwan dangdut ok!  Dia pun ada bercerita tentang penghijrahannya dan sesuatu yang nak saya kongsikan di sini,

Kata Iwan: Kehidupan dulu dan sekarang banyak bezanya. Dulu walaupun hidup dengan dunia muzik yang menjadi darah dagingnya, tapi dalam hati masih tetap merasa kosong.

Kini, Alhamdulillah dia menyanyikan lagu-lagu ketuhanan pula menerusi Albumnya, Segalanya Allah.

[credit]

Dan berkenaan Nazrey Johani rasanya ramai yang dah sedia memaklum hijrah yang dilalui oleh bekas anggota Kumpulan Raihan ini. Bagaimana beliau memeluk Islam daripada seorang penganut Kristian seawal usia 13tahun .

Semasa menonton rancangan bual bicara hiburan yang membawa 'sesuatu' yang berlainan berbanding episod-episodnya sebelum ini, membuatkan saya terfikir beberapa perkara dan membawa saya untuk mengaitkannya dengan 'sesuatu' yang saya perolehi dari bacaan Riyadhus Shalihin...

1) Taubat.

Dalam satu hadis yang panjang (yang mana secara ringkasnya oleh saya),
Dari Abu Said bin Malik bin Sinan Al-Khudry r.a bahawa Rasulullah S.A.W menceritakan:  Pada suatu ketika ada seorang pemuda yang telah membunuh 99 orang. Dia pergi berjumpa dengan seorang pendeta dan mengatakan keinginannya ingin bertaubat, tetapi pendeta itu mengatakan bahawa taubatnya tidak mungkin diterima. Maka, dibunuhnya pendeta itu dan lengkaplah 100 orang telah dibunuhnya. Kemudian, dia berjumpa dengan seorang yang alim dan menceritakan mengenai 100 orang yang telah dibunuhnya. Orang alim ini menyuruhnya pergi ke suatu daerah di mana penduduknya menyembah Allah Ta'ala dan melarang pemuda itu kembali ke kampung halamannya yang merupakan daerah hitam. Maka pergilah pemuda itu ke daerah tersebut dan dalam perjalanan pemuda itu telah meninggal dunia. Kemudian bertengkarlah malaikat rahmat dan malaikat seksa.

Berkata malaikat rahmat: "Ia telah berangkat untuk benar-benar bertaubat dan menyerahkan dirinya dengan sepenuh hati kepada Allah Ta'ala."

Kata malaikat seksa pula:"Sesungguhnya ia belum  berbuat kebaikan sedikit pun."

Lantas datanglah seorang lagi malaikat dalam bentuk manusia maka kedua malaikat itu menjadikannya sebagai hakim dan katanya: "Ukurlah olehmu dua daerah itu maka kepada daerah yang lebih dekat itulah ketentuan nasibnya."

Mereka mengukurnya kemudian mereka mendapatkan daerah yang ditujui itulah lebih dekat, maka orang itu dicabut nyawanya oleh malaikat rahmat.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Orang berdosa (yang andai dosanya setinggi gunung sekali pun) lalu membawa hatinya kepada Allah dengan sebenar-benar taubat, maka Allah akan menerima taubat hambaNya itu. MashaAllah!

"Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan itu dan memperbaiki amal usahanya, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Al-Maaidah 5:39)


2) Takut kepada Allah.

Daripada Ibnu Mas'ud r.a. beliau berkata: "Rasulullah S.A.W yang selalu benar dan dibenarkan menceritakan kepada kami bahawa sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia mengniupkan padanya ruh dan dia diperintahkan pula untuk mencatat dengan empat kalimat maka malaikat itu menulis tentang rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga." (Riwayat  Bukhari dan Muslim)

3) Berharap kepada Allah.

Daripada Abu Dzarr r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda:"Allah 'Azzawajalla berfirman: "Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan maka ia dibalas dengan sepuluh kali lipat atau bahkan lebih,  dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan maka balasannya adalah sesuai dengan kejahatan yang ia kerjakan atau bahkan Aku mengampuninya. Barangsiapa yang mendekat padaKu sejengkal, maka Aku mendekat kepadaNya sehasta, barangsiapa yang mendekat kepadaKu sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa dan apabila ia datang kepadaku berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari. Dan barangsiapa yang mengadapKu membawa dosa seisi bumi tetapi tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun maka Aku akan menerimanya dengan ampunan sebanyak isi bumi pula.” (Riwayat  Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah S.A.W  bersabda: "Ketika Allah menciptakan makhluk, Ia menulis pada suatu kitab yang mana itu berada di sisiNya di atas 'Arasy, iaitu tulisan yang berbunyi: "Sesungguhnya rahmatKu itu mengalahkan murkaKu." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


"Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya). Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih - bertambah-bertambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)"  (Asy-Syam  91:7-10)



Moga beroleh ibrah!




p/s: Oh ya, semasa saya mencari imej program JTL di gudang google menemukan saya dengan page [credit] pada gambar JTL di atas tu dan pemilik laman itu telah menghubungan tulisan dari blog En.Nara (blog gosip artis ni you all! haha) tapi yang saya nak kongsi ini adalah keprihatihan En.Nara (yang walaupun blognya  adalah blog gosip) tapi tetap TAK menyokong menggunakan 'kanak-kanak' yang turut menjadi 'hos' bersama dalam JTL tu, yang boleh dikatakan 'dieksploitasi' kerana kanak-kanak itu ditugaskan untuk bertanyakan soalan-soalan 'panas' kepada artis-arts jemputan.  Saya sokong tulisan orang yang memberi emel kepada En. Nara tu; {Jangan Tidur Lagi Ekploitasi Kanak-Kanak}.

p/s: Oh ya lagi satu...ini entry ke-99. Entry ke-100 nak tulis tentang apa yer?? hehe ^_^




 




 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...

Wednesday, May 2, 2012

Braces dan saya!


 بسم الله الرحمن الرحيم


[credit]

Ini sebenarnya cerita semalam (tarikh draf: 5/1) dan rasanya seperti tak perlu nak berkongsi di sini tapi tengah gosok gigi pagi tadi membuatkan saya membatalkan niat yang itu sebab ada sesuatu yang patut di kongsi agar mendapat manfaat bersama.

Cerita semalam: Setelah 2 bulan pakai retainer jadi semalam baru ada appointment dengan Orthodontist untuk review retainer tu. Saya sampai awal juga tapi kena menunggu hampir sejam. Mungkin kerana ramai patient dan procedure yang mengambil masa. Selepas hampir sejam tu, tiba giliran saya dan saya rasa mungkin tak sampai 10-15 minit saya dah siap...haha (memang dah agak pun sekejap, sebab just nak review retainer jer!) Lagipun gigi saya tak ada masalah..hihi

Kemudian, masuk je kereta saya cakap kat abang saya yang hantar saya (yang lebih kurang cam ginilah dialog kami semalam) >>>

saya: Sekejap je masuk tadi tak sampai 15 minit pun..
bunbun: La...tunggu punyalah lama, dekat sejam lebih dah ni (dengan nada exaggerate..)
saya: tula, da agak dah kejap je, arini ramai orang pastu ada pulak budak sekolah tu tadi bracket off...dia kena potong queue...
bunbun: yela, esokkan cuti. budak tu sekolah arini tu yang diaorang bagi masuk dulu.
saya: tapi yang bestnye...masa doktor pakar cek tu dia kata: "oral hygiene sangat bagus."
(sebelum doktor pakar tu cek, ada lagi sorang doktor (dokor biasa) dah cek, dia pun mengiayakan kata-kata doktor pakar tu..hihi kembang hati saya dengar doktor cakap macam tu...)
bunbun: memangla, dah gosok gigi 7-8 kali! (sehari)
saya, gelak aje...the rest is history.

Sebenarnya mungkin juga betul cakap abang saya tu, "memangla, dah gosok gigi 7-8 kali! (sehari)"  tapi  ada sedikit ke'exaggerate'tan lah di situ. Opss.. plus, saya tak sarapan pagi tu..(memang sengaja tak nak bersarapan pagi tu sebab nak jumpa doktor kan, malas dah nak berus gigi dengan 'gigih' nanti..hehe).

Saya rasa tak lah sampai 7-8x tu, tapi sejak pakai braces dulu yang pasti setiap kali lepas makan memang saya gosok gigi dan kadang-kadang lepas minum air manis pun saya gosok gigi...(tapi gosok gigi yang dengan ubat gigi berfluorida tu, 3-2 kali sehari jelah, yang lain-lain tu biasa saya gosok gigi tanpa ubat gigi. Kalau tak, lebih sangat fluorida, gigi dapat fluorosis pulak nanti...haha)

Dan semasa saya memberus gigi pagi tadi saya terfikirkan ini...

Memang terbuktilah, hasil gosok gigi "7-8x" tu membuahkan hasilnya: "oral hygiene yang sangat bagus"...hehe  ianya memang kedengaran agak klise bila kita kata: usaha tangga kejayaan, tak berusaha tak berjaya tapi sebenarnya memang betulkan kata-kata tu, bahkan ianya adalah satu sunnatullah, seperti yang telah ditetapkan Allah dengan sifat RahmanNya; Man Jadda Wa Jadda (siapa yang berusaha, dia yang berjaya)

Dan bercakap lagi tentang {gosok gigi "7-8x" tu membuahkan hasilnya: "oral hygiene yang sangat bagus"} mengingatkan saya kepada sebuah hadith ini:

"Dari Jabir r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan solat yang lima itu adalah seperti sungai yang penuh air pada pintu salah seorang di antara kamu sekalian di mana ia mandi lima kali setiap hari dari sungai itu." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
-Imam Nawawi, Riyadhus Shalihin I, Bab Berharap kepada Allah-

Sekiranya seseorang itu mandi di sungai sebanyak 5 kali sehari, apakah masih tertinggal kotoran di badannya?

Tidak.

Ya, itulah perumpaan yang cuba Rasulullah SAW sampaikan. Sekiranya kita solat lima waktu...dengan izin Allah, segala dosa kita akan diampunkan. MasyaAllah!

Malah permulaan solat itu sendiri sudah menyumbang kepada 'penyucian dosa' kita. Sesiapa yang berwudhu dengan sempurna pada setiap anggota wudhunya, maka akan berguguranlah dosa-dosanya seperti air yang menitis dari wudhunya. Dalam kitab-kitab fekah sekali pun Bab Thoharah (bersuci) sangatlah penting sehingga menjadi bab pertama dan utama yang dibincangkan. Seperti juga dalam hadith nabi yang lain ini:

Dari Aisyah r.a, katanya: Rasulullah S.A.W bersabda: “Sepuluh perkara dari (peraturan-peraturan kebersihan) yang dituntut oleh agama, iaitu: menggunting misai, membiarkan janggut(tumbuh panjang serta mengemaskannya), bersugi(membersihkan gigi), menyedut air-membersihkan hidung, memotong kuku, membasuh buku-buku jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, dan beristinjak”. Kata Mus`ab (salah seorang rawi hadis ini): “dan aku lupa akan perkara yang kesepuluh, aku fikir perkara itu) tidak lain dari berkumur-kumur.” (Riwayat Muslim)

Dulu, saya pun kadang-kadang malas nak berus gigi.. (masa kecik-kecik dulu la...haha) Namun, saya melihat hikmah yang sangat besar sejak saya memakai braces. Ya, sekarang saya telah menjadi antara orang yang mementingkan kebersihan gigi! (ceywah..hehe) 
Yang patut kita maklum (tahu), berus gigi adalah antara sunnah Nabi! Tak gembirakah kita ikut sunnah Nabi? Law kana bainana habib, Ya Rasulullah: Seandainya Rasulullah SAW ada di sini bersama kita, pasti baginda akan tersenyum bila tahu ummatnya suka berus gigi!
Sebenarnya juga, berus gigi menambahkan kekhusyukkan dalam solat juga bagi yang menghafal, insyaAllah akan memudahkan hafalannya. Masa belajar dulu, sebelum membaca pun saya suka gosok gigi! hehe

Lihatlah bagaimana {gosok gigi "7-8x" tu membuahkan hasilnya: "oral hygiene yang sangat bagus"} saya ini dapat memberikan suatu refleksi dan anologi yang cukup mendalam sekiranya kita mahu berfikir.

Analogi saya ini barukan gosok gigi, ini apa lagi solat. Pasti berkilat hati kita nanti!

Allah, aku mahu solatku indah, agar hatiku cantik...
Allah, jangan aku menghirup udaraMu untuk meninggalkan suruhanMu...(Athirah Taha, 2012)


 
Moga beroleh ibrah!


KosaKata:

braces=pendakap gigi
retainer=suatu alat  yang perlu dipakai selepas braces di debond (dicabut/ditanggalkan) untuk memastikan gigi tak bergerak...
orthodontist= pakar orthodontik (pakar yang pakar bab-bab pendakap gigi tu la..)
bracket off= bracket (alat pendakap) tertanggal
fluorosis= gejala terlebih fluorida
exaggerate= melebih-lebih 
sunnatullah= ketetapan Allah
ibrah=pengajaran


 
(:alangkah indahnya hidup ini>>>bila suka gosok gigi! ! :)




 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam...